Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur
MPU 3062
UNIT BERUNIFORM ( KRS )
PISMP Ambilan Jun 2020
Semester 1 Tahun 2 (Sesi Jun-Nov 2021)
Kumpulan/Unit: BNK1
Tarikh Hantar: 10 September 2021
Nama Pelajar No. Kad Pengenalan Angka Giliran
MUHAMMAD AKMAL ADAM BIN 010626-01-0171 2020112350165
JAMIRON
Nama Pensyarah : EN. ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN
Tarikh Terima : _______________________
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah
telah saya rujuk dan fahami.
____________________ ____________________ ____________________
Nama: Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh: Tarikh:
BIODATA PELAJAR
NAMA PENUH MUHAMMAD AKMAL ADAM BIN JAMIRON
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, PAHANG
ALAMAT 19, JALAN LAKSAMANA 8, TAMAN UNGKU TUN
AMINAH, 81300 JOHOR BAHRU.
NO TELEFON 017-6205473
JAWATAN ( KRS ) AHLI PLATUN KRS
KUMPULAN KULIAH BNK 1
AMBILAN PISMP JUN 2020
NOMBOR KAD 010626-01-0171
PENGENALAN 2020112350165
NO MATRIK
TANDA TANGAN :
ADAM
SENARAI NAMA AHLI PLATUN
Bil Nama Pelajar Unit
1 FARIS NUQMAN BIN CHE SAMSUDIN BM 1
2 MUHAMMAD AZAHAR BIN MUHAMMAD HAFIZ BM 1
3 MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN FAUZI BM 1
4 MUHAMMAD HAZRUL IMRAN BIN ABD RASHIB BM 1
5 NG SHENG WEN BM 1
6 NUR AIZAH BM 1
7 SRI NEEVETHA A/P BALU BM 1
8 VIENASSRI A/P VENKETRAMANA BM 1
9 WAN ZHARFANHADI BIN WAN ZAHARI BM 1
10 DANNEIL HAQIMMI BIN MAJID BM 2
11 MUHAMMAD SAADUDDIN BIN NOR AZMAN BM 2
12 NUR HAZIQAH BINTI HASKI BM 2
13 NURUNNISA BINTI ABDUL KHALIL FADZLI BM 2
14 SHARVNI A/P MURUGESAN BM 2
15 VAITHISHWARY A/P VELMURUGAN BM 2
16 MOHAMAD FAKHRUL NAJMI BIN CHE RAZAK BM 3
17 ISMAH FARZANA BT AHMAD RAZALI BM 3
18 NUR NAJAHAH BINTI MOHD NASIR BM 3
19 SANGGITA A/P GUNALAN BM 3
20 NIK ABDUL WAFI BIN AZHAR BM 3
21 MOHAMAD HAZRUL HAKIM BIN MANSOR BM 4
22 MUHAMMAD HAIQAL ALIF BIN SAHARIN BM 4
23 MUHAMMAD MIRZA BIN ASHA'ARI BM 4
24 WAN ALIFF NAIMAN BIN WAN IDRIS BM 4
25 RENUKAH A/P RAVI BM 5
26 SALINA ANAK MARIN BM 5
27 THIVIYAH A/P RAJAH RETNAM BM 5
28 ABDUL AIMAN BIN AZALEE BM 6
29 HAMIZAN BIN ABU KARIM BM 6
30 AKIF KASHFULLAH BIN FAUZI PAI 1
31 MUHAMMAD AKMAL BIN MAT SUAN PAI 1
32 MUHAMMAD ARIF AIMAN BIN ROHAIZAM PAI 1
33 NIK NURUL FATIHAH BINTI ISMAIL PAI 1
34 SITI BATRISYIA DANIA BINTI SHAMSUDDIN PAI 1
35 TUAN NABILA HANIM BINTI TUAN RAHIM PAI 1
36 WAN MUHAMMAD HASIF BIN WAN HANIPA PAI 2
37 IZZAT AMIRUL BIN SALLEH PAI 3
38 MUHAMMAD NUR AZHAN BIN ABDUL RAUF PAI 3
39 MUHAMMAD RAZIN FARIS BIN FOUZI PAI 3
40 NUR ANIS SOLEHAH BINTI ABD HALIM PAI 3
41 NUR FATIN FARHANAH BINTI RAHIM PAI 3
42 SITI NUR AISYAH BINTI ALIAS PAI 3
43 MOHAMAD NABIL FADLAN BIN MOHAMAD FARIS BNK 3
44 SHAHRUL FIRDAUS BIN JASMIN BNK 3
45 KHAIRUN NISA BINTI JAYA BNK 3
46 NUR ANIS IRDINA BINTI MOHAMAD ZUHDI BNK 3
47 NUR AQILAH HUSNA BINTI HASNAN BNK 3
48 NUR ZIELYANA BINTI BUHARI BNK 3
49 NURUL IZZATUL FATIHAH BINTI ABDUL MANAN BNK 3
50 NURULHUDA AMIRAH BINTI MOHD RAFI BNK 3
51 SHAFYNIE BINTI ZULKEFFLEEY BNK 3
52 MUHAMAD AFIQ HAIQAL BIN MOHAMAD NOR BNK 2
53 MUHAMAD ALIFF NAJMI BIN ABD HALIMEE BNK 2
54 MUHAMAD AZRIN BIN NOR AZIAN @ MOHD ISHAM BNK 2
55 RIDZMAN AZWANSYAH BIN RADZLAN BNK 2
56 MUHAMMAD AIZAT AIMAN BIN MOHD AERWADI BNK 1
57 MUHAMMAD AKMAL ADAM BIN JAMIRON BNK 1
58 MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR BNK 1
59 MUHAMMAD FARHAN BIN AZRI BNK 1
60 NAZRAN IQMAL AMRULLAH BIN MAHDA BNK1
61 NURFAIZZATUL NAJWA BINTI ZARA'IM BNK 1
62 NIK AHMAD FAKHRURRAZI BIN NIK AZLAN PAKK 2
63 JOANNE TING CHIEN HUEI PAKK 2
64 LEE JIE PING PAKK 2
65 NUR FARHANA BINTI A.RAZAK TESL
CARTA ORGANISASI KADET REMAJA SEKOLAH 2021
PENSYARAH PENASIHAT
ENCIK NIK ZAIDI BIN ISMAIL
PENGERUSI
MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
TIMBALAN PENGERUSI
MUHAMMAD MIRZA BIN ASHA’ARI
SETIAUSAHA I BENDAHARI I
MOHAMAD HAZRUL HAKIM BIN MANSOR AKIF KASHFULLAH BIN FAUZI
SETIAUSAHA II BENDAHARI II
MUHAMMAD AZRIN BIN NOR AZIAN WAN ZHARFANDI BIN WAN ZAHARI
AJK
MAKANAN KESELAMATAN DISIPLIN
1. HAMIZAN BIN ABU KARIM 1. DANNEIL HAQIMMI 1. MUHAMMAD SAADUDDIN
2. NUR HAZIQAH BINTI BIN MAJID BIN NOR AZMAN
HASKI 2. SALINA ANAK MARIN 2. NUR ZIELYANA BINTI BUHARI
KEROHANIAN FOTOGRAFI & DOKUMENTARI
1. IZZAT AMIRUL BIN 1. MUHAMMAD RAZIN FARIS
SALLEH BIN FOUZI
2. SHAVNI A/P 2. VAITHISHWARY A/P
MURUGESAN
VELMURUGAN
LOGO DAN MOTTO PLATUN
BENTUK LOGO HURAIAN
Bulan dan B intang Melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi
Negara Malaysia.
Dua Tangkai Padi Bersilang Melambangkan resmi padi iaitu platun kamisentiasa
menitikberatkan ilmu pengetahuan sebagai perkara utama
Buku Yang Terbuka Melambangkan ketekunan ahli-ahli platun dalammenimba
ilmu pengetahuan untuk diri sendiri dan masyarakat nanti.
Warna Hijau Tua Melambangkan kami siap sedia menempuh segala
cabaran untuk sampai ke sesuatu sasaran.
Warna Merah Melambangkankeberanian ahli-ahlI platun dalam
mendepani cabaran yang melanda.
Warna K uning Melambangkan kesetian kami kepada kepimpinan
Sultandan kepimpinan atasan yang mengeluarkan
arahan.
Warna Putih Melambangkan kami menitikberatkan keikhlasan dalam
segala urusan.
Warna Hijau Muda Melambangkan kepatuhan kami kepada kepadaagama
Motto Bersatu, Bersama masing-masing
Melambangkan kami sentiasa akan bekerjasama dan
bersatu padu dalam apa jua perkara yang kami hadapi
semasa bekerja.
LOGO KRS DAN HURAIAN
BENTUK LOGO HURAIAN
Perisai Melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala
Bulan Dan Bintang yang tidak sihat.
Dua Tangkai Padi Melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi
Bersilang Negara Malaysia.
Buku Yang Terbuka Dan Melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
Rehal berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua
tindakan.
Warna Hijau
Warna KuniNg Melambangkan peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira
Warna Putih keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke
Warna Merah arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
Melambangkan alam sekitar yang sihat.
Melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak
kedaulatan Negara Malaysia.
Melambangkan keikhlasan serta kesucian.
Melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang
mempertahankan negara yang tercinta.
8
BENDERA KRS
Warna Hijau melambangkan
1) Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
2) Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
3) Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum
KRS/TKRS.
Cogan kata KRS/ TKRS ‘ ILMU IMAN AMAL’
➢ ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
➢ IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas
pembinaan diri.
➢ AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihatyang
berterusan merupakan natijah daripadakekuatan intelektual
dan disiplin diri.
9
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 1 TARIKH : 22 JUN 2021
TAJUK : PENGENALAN, KONSEP, DAN SEJARAH KRS
LOKASI : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)
JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH
KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA : 65 ORANG
MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 PAGI – 1. Kami diberi pendedahan berkenaan sejarah Matlamat utama
12.00 dan maklumat asas berkenaan KRS dan TKRS. penubuhan KRS ialah
TENGAHARI untuk melahirkan
2. Antara isi pelajaran ialah: pelajar cemerlang
yang
a) Kami mempelajari berkenaan sejarah
bagaimana tertubuhnya KRS dan TKRS di i. BERILMU
sekolah. ii. BERIMAN
iii. BERAMAL
b) Kami juga diajarkan beberapa maklumat
seperti logo, cogan kata dan matlamat bI ersemangat
penubuhan KRS di sekolah. patriotik, berakhlak
mulia, dan
c) Bendera dan lagu pertubuhan KRS berketrampilan
selaras dengan usaha
d) Pakaian seragam ahli KRS dan hasrat mengisi
tuntutan Falsafah
3. Peluang yang saya perolehi ialah perlu banyak Pendidikan
membaca lagi berkenaan dengan KRS dan Kebangsaan ke arah
menghafal lagu KRS kerana lagu lagu ini akan Wawasan 2020.
digunakan semasa berkhidmat menjadi guru.
10
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 1
TARIKH : 22 JUN 2021
HARI : SELASA
TAJUK : PENGENALAN ,KONSEP SEJARAH DAN PERLEMBAGAAN KRS
1. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
Nama Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja
Sekolah atau ringkasnya KRS bagi sekolah menengah.
Alamat berdaftar atau alamat KRS
Peringkat Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kebangsaan Blok E 8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Peringkat Negeri Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan
Peringkat Daerah Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan
Peringkat Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh
Sekolah Jawatankuasa KRS dari semasa ke semasa.
2. SEJARAH UNIT BERUNIFORM
Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad
Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada
27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia
(KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA
(PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada
pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar
cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat
patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah
Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM
SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN) Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di
Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun
Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Sri
Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad
Hamidiah, Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun
1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM.
Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan
dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu
11
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini
tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah
dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan
ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM (KPIM). Walau bagairnanapun nama
pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)
Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian
Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh
yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama
pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) yang bertujuan agar
keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara
Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan teah diiaksanakan pada 20
Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj
Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan
Kepong, Kuala Lumpur.
3. LAGU KADET REMAJA SEKOLAH
4. PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI KADET REMAJA SEKOLAH
12
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 2 TARIKH : 29 JUN 2021
TAJUK : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
LOKASI : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)
JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH
KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA : 65
MASA AKTIVITI CATATAN
1. Kami diberi taklimat berkaitan panduan
8.00 PAGI – menulis buku log dengan betul mengikut Setiap kumpulan
12.00 standard. dikehendaki membuat
TENGAHARI pembetangan Powerpoint di
2. Jurulatih menerangkan serba sedikit info dalam google meet
berkaitan semua persatuan Unit Uniform yang berkenaan tajuk gadget dan
terdapat di IPG. kegunaanya.
3. Antara isi pelajaran lain termasuklah :
a) Pendaftaran ahli
b) Struktur unit
c) Pengurusan folio/Buku Log
d) Pakaian seragam ahli & pemimpin
4. Takwim dan rancangan aktiviti
5. Kraf perkhemahan, Pengurusan dan
penjagaan khemah, Tujuan dan faedah
membuat gajet, serta Jenis-jenis gajet dan
kegunaannya
13
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 2
TARIKH : 29 JUN 2021
HARI : SELASA
TAJUK : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
1. PENGENALAN BUKU LOG
Buku Log merupakan catatan peribadi yang terpenting di dalam aktiviti yang
melibatkan ujian-ujian tertentu kerana bukulog akan menjadi dokumen pengesahan kepada
setiap anggota tentang aktiviti yang dilakukan. Pergerakan Pengakap, Pandu Puteri atau
Pergerakan Puteri Islam amat terkenal dengan penyedian buku log yang bermutu terutama
bagimereka yang akan menyertai Ujian Pentaraf Pengakap Raja.
Bagi anggota KRS, buku log memainkan peranan penting untuk membuktikan
penglibatan mereka di dalam sesuatuaktiviti. Bagi tujuan Ujian kenaikan Pangkat, buku log
akan menjadi dokumen sokongan bagi seseorang anggota untukmembuktikan penglibatan
mereka.
2. CIRI-CIRI BUKU LOG YANG BAIK
a)Dicadangkan agar setiap anggota KRS mengikuti garis panduan ini dalam usaha
menyediakan Buku Log yang terbaik dan menjadi dokumen sokongan yang tidak boleh
dipertikai sewaktu menjalani Ujian Kenaikan Pangkat.
b) Selain itu, Buku Log akan menjadi dokumen sejarah peribadi diri anggota pada masa akan
datang. Sebaiknya Buku Log dari jenis berkulit tebal dan mempunyai sekurang-kurangnya
400 jumlah mukasurat dan dihias sesuai dengan identiti KRS dan dibalut dengan plastiK.
sebaik mungkin, sehelai Plastik lain yang lebih tebal dijadikan sebagai pembalut luar kerana
aktiviti KRS dilaksanakan tanpa mengira cuaca. Buku log selamat dari ancaman hujan dan
sebagainya.
c) Setiap nota, laporan ditulis pada mukasurat yang berlainan. Diberikan tarikh dan masa
bagi memudahkan penguji membuat semakan. Bahagikan Buku Log kepada beberapa
bahagian seperti :
i. Muka surat 2 dan 3 - Maklumat peribadi. Masukkan butiran-butiran yang penting di dalam
ruangan ini terutamanama ,alamat ,no kad pengenalan, no telefon sewaktu kecemasan dan
orang yang boleh dihubungi sewaktu kecemasan.
ii. Muka surat 5 hingga 200 adalah untuk mencatat nota-nota latihan sama ada yang
dilakukan di dalam pasukan atau bersama pasukan lain. Juga, jangan lupa tarikh dan masa.
iii. Muka surat 301 – 400 - Peruntukan ruangan ini untuk laporan penglibatan di dalam aktiviti-
aktiviti yang boleh menyokong anggota sewaktu Ujian Kenaikan Pengkat. Dapatkan
tandatangan penganjur jika boleh dan lebih baik jika mempunyai bukti bergambar. Buku Log
akan bertambah menarik dengan bukti yang kukuh begini. Jika sesuatu acara mempunyai
buku program, dapatkan buku tersebut dan tampalkan di dalamBuku Log sebagai Bahan
Bukti sokongan.
14
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 3 TARIKH : 6 JULAI 2021
TAJUK : KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
LOKASI : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)
JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH
KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA : 65
MASA AKTIVITI CATATAN
1. Pensyarah telah memperdengarkan semua
8.00 PAGI – lagu unit beruniform Kami telah belajar
12.00 dengan bersungguh-sungguh dan menyanyi
TENGAHARI dengan penuh semangat.
2. Antara isi pelajaran lain termasuklah :
a) Ikatan Cara menyusun ahli dalam 3
b) Simpulan baris dengan bilangan ahli
c) Asas kawad kaki 15 orang. Seorang sebagai
d) Khidmat Kesukarelawan ketua platun.
3. Kami belajar tentang cara yang betul untuk 1. Simpulan
menyusun 3 baris dengan kekuatan 15 orang. ➢ Tali-temali
➢ Enam jenis
4. Mempelajari beberapa hukuman kawad simpulan asas
statik, baris, dan asas kawad. ➢ Simpul Manuk
➢ Simpul Buku Sila
5. Kami mempelajari bagaimana beberapa ➢ Simpul Tindih
ikatan asas yang perlu dipelajari oleh Kasih
sesebuah unit beruniform yang mana ➢ Simpul Bunga Geti
diperlukan semasa sesi perkhemahan dan ➢ Simpul Balak
sebagainya. ➢ Simpul Belit
2. Ikatan
➢ Ikatan Seraya
➢ Ikatan Serong
➢ Ikatan Lilit
Kacang
15
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 3
TARIKH : 6 JULAI 2021
HARI : SELASA
TAJUK : KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
1. IKATAN
Kami telah belajar beberapa jenis ikatan tali. Antaranya termasuklah thumb knot,
Number Eight, ikatan buku sila, ikatan bunga keti, simpul manuk, ikatan pengail, ikatan tindih
kasih dan Lassor knot. Ikatan tali ini mempunyai kegunaan dan fungsinya masing- masing.
Justeru, ikatan tali ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian untuk memudahkan
kerja seseorang.
2. JENIS-JENIS IKATAN
16
3. SIMPULAN
3.1. Balak
Simpulan balak merupakan satu ikatan yang digunakan untuk menurunkan ataupun
menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya. Ia juga digunakan untuk memulakan
iaktan serong. Bukan itu sahaja, simpulan ini juga digunakan untuk mengikat hujung tali ke
tiang atau pokok dengan mudah.
Teknik:
17
3.2. Bunga Geti
Simpulan bunga geti digunakan untuk menyambungkan dua tali yang sama saiz. Ia
juga digunakan untuk menyambungkan tali yang tidak mempunyai saiz yang sama.
Menyambungkan tali yang licin juga salah satu kegunaan daripada simpulan bunga geti ini.
Teknik:
3.3. Tindih Kasih
Simpulan ini digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Simpul
tindih kasih sangat berguna dalam kerja-kerja semasa menyelamat. Simpulan ini akan
diikat pada pinggang si malang. Kemudian si malang akan ditarik ke tempat yang selamat.
18
Teknik :
a) Mulakan simpulan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.
3.4. Buku Sila
Buku sila adalah simpulan yang kerap digunakan bagi menyambung dua tali yang
sama besarnya. Simpulan ini tegap dan tidak boleh terlucut. Biasanya, simpulan ini
digunakan untuk mengikat benda-benda kecil dengan mengunakan tali yang kecil dan ringan
seperti bungkusan, mematikan simpulan dalam balutan bandage dan untuk mengikat
khemah yang sudah dilipat atau bagi mengikat layar.
19
Teknik :
a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
b) Masukkan hujung A di bawah B.
c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah A.
3.5. MANUK
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau
sebagainya.
Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung
pancang khemah, botol dan sebagainya. Ia mudah diikat atau disimpulan dan juga mudah
ditaggal dan dibuka.
20
3.6. Simpul Belit
Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang,
pokok dan sebagainya. Fungsinya ialah digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk
mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak
mudah tertanggal dan mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat.
Teknik:
21
4. IKATAN
4.1. SERAYA
a) Kegunaan :
✓ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut
tepat
✓ Untuk membina jambatan, menara dan aktiviti pioneering
b) Teknik mengikat:
1. Mulakan ikatan dengan simpul manuk
2. Kemudian, lilit tali dicelah kayu dengan kemas dan ketat
3. Akhir sekali, matikan ikatan dengan simpul manuk.
4.2. SERONG
a) Kegunaan :
✓ Untuk membina jambatan, menara dan aktiviti pioneering
✓ Menyambung kayu
b) Teknik mengikat :
1. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu
bersilang.
2. Belitkan membujur kemudian melintang
3. Akhir sekali, matikan dengan simpulan manuk.
22
4.3. LILIT KACANG
1. floor / snake lashing
a) Kegunaan :
✓ Untuk mengikat batang kayu/ buluh bagi membuat lantai untuk
sesuatu gajet atau binaan
b) Teknik
1. Mulakan dengan simpulan manuk
2. Belitkan pada kayu
3. Akhir sekali, matikan dengan simpulan manuk.
23
2. Dua Lilit
a) Kegunaan :
✓ Untuk mengikat kayu/ buluh ketika membina gajet dengan
lebih kemas, ketat dan kuat
b) Teknik
1. Mulakan dengan ikatan seraya
2. Kemudian, diselang seli dan tarik tali dengan kejap serta ketat
supaya ikatan kemas dan kuat
3. Akhir sekali, matikan ikatan dengan manuk
24
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 4 TARIKH : 13 JULAI 2021
TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS
LOKASI : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)
JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH
KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA : 65
MASA AKTIVITI CATATAN
1. Kami telah belajar tentang pengetahuan Setiap kumpulan
8.00 PAGI – mengenai pertolongan cemas. dikehendaki membuat
12.00 pembetangan Powerpoint di
TENGAHARI 2. Antara isi pelajaran lain termasuklah : dalam google meet
a) Tujuan dan prinsip berkenaan tajuk pertolongan
b) Anduh dan balutan cemas.
c) Merawat luka dan gigitan
d) Melecur, pitam dan patah
e) Keracunan dan terseliuh
f) Pemulihan pernafasan
.
25
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 4
TARIKH : 13 JULAI 2021
HARI : SELASA
TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS
1. PERTOLONGAN CEMAS
Pada hari ini, saya telah belajar tentang cara untuk membuat anduh seperti anduh
besar, anduh segitiga dan anduh kecil. Saya juga mempelajari ikatan buku sila yang
digunakan untuk mengikat anduh. Ikatan buku sila dapat memastikan sesuatu anduh
tersebut senang untuk ditanggalkan. Di samping itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari
cara untuk membuat balutan dalam tiga situasi, iaitu apabila seseorang itu didapati
mempunyai luka, kakinya kejang dan kakinya terseliuh.
2. KEPENTINGAN PERTOLONGAN CEMAS
Setelah pembelajaran pada hari tersebut, saya telah menyedari kepentingan
seseorang untuk menguasai ilmu tentang pertolongan cemas. Dengan ilmu pertolongan
cemas ini, saya dapat menghulurkan bantuan kecemasan kepada orang yang sakit tanpa
memudaratkannya. Sebagai contoh, dari aspek pembalutan luka, kita perlu membersihkan
luka seseorang sebelum membalut lukanya. Sekiranya tiada air bersih yang dibekalkan,
kita boleh menggunakan air kelapa sebagai alternatif untuk mencuci luka seseorang.
Sekiranya mencuci luka dengan air mineral, maka sedikir antiseptik perlu dibubuh sebelum
membalut luka.
Dengan menguasai ilmu tentang pertolongan cemas, saya dapat membantu orang
di sekeliling saya yang mengalami kesakitan dan kecederaan. Sebagai contoh, apabila
kekejangan berlaku, kami perlu meluruskan kaki pesakit dan meregangkan kakinya
sebelum membuat balutan. Bagi kaki yang terseliuh, letakkan ais pada bahagian kaki yang
terseliuh dan sapukan ubat sebelum membuat balutan.
26
3. ANDUH DAN BALUTAN
Mohd Nur bin Abdul Rahman (2006) menjelaskan tentang beberapa jenis dan kegunaan
pembalut. Terdapat 4 jenis pembalut iaitu pembalut tiga persegi (Triangular Bandage),
pembalut lebar (Broad Bandage), pembalut panjang (Narrow Bandage) dan pembalut gulung
(Roller Bandage). 4 kegunaan utama pembalut adalah bagi menetapkan tuap (splint) dan
menjadikan tulang-tulang itu tidak bergerak dan juga bagi menetapkan pelapik (dressing)
pada lukanya. bagi mengampukan anggota yang tercedera itu dengan cara anduh, menahan
daripada keluar darah dan mengurangkan daripada bengkak.
Pembalut tiga segi (seperti dalam Gambar A) mempunyai kegunaan (i) mengampu bahagian
yang cedera, (ii) menahan darah, dan (iii) membalut bahagian cedera atau patah.
Pembalut tiga segi, kain balutan asas yang digunakan dalam perkhemahan badan
beruniform khususnya dalam badan beruniform KRS. Antara jenis balutan anduh adalah
anduh balutan tapak tangan dan tapak kaki, pembalut cincin, anduh kecil /anduh
pergelangan tangan, anduh besar / anduh lengan, anduh lutut dan anduh kepala,
27
a) Ikatan balutan tapak tangan dan tapak
kaki
28
Langkah bagi tapak kaki dan tapak tangan adalah sama.
b) Pembalut cincin
Digunakan semasa membalut luka di mana terdapat benda luar seperti kaca da sebagainya
ataupun luka itu disertakan dengan patah. Lilitkan anduh di jari hingga menjadi seperti rajah
diatas.
29
c) Balutan anduh besar / anduh di lengan
Langkah balutan anduh besar / anduh di lengan
1.Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera.
2.Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
3.Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke
bahagian dalam untuk lebih kemas.
30
d) Ikatan balutan lutut
31
e) Ikatan balutan kepala
Langkah 1
Sediakan pembalut cincin dan letakkan
di atas kepala.
Langkah 2
Tarik kedua-dua bucu ‘end’ ke belakang
kepala.
Langkah 3
Silangkan bucu ‘End’ kain anduh dan ikat
buku sila kedua- dua bucu “End’ tersebut
di bahagian hadapan kepala. Manakala
bucu point ditarik ke atas belakang kepala
dan di pinkan
32
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 5 TARIKH : 27 JULAI 2021
TAJUK : PERANCANGAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM
LOKASI : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)
JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH
KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA : 65
MASA AKTIVITI CATATAN
1. Kami mempelajari tentang keseluruhan Setiap kumpulan
8.00 PAGI – aspek yang perlu diambil kira dalam dikehendaki membuat
12.00 merancang sesuatu aktiviti atau program unit pembetangan Powerpoint di
TENGAHARI beruniform. Antara aspek nya ialah : dalam google meet
berkenaan tajuk
➢ Konsep perancangan tahunan unit
➢ Penglibatan beruniform.
➢ Sijil
➢ Tujuan perkhemahan ➢ Keperluan Asas
➢ Jenis perkhemahan Pekhemahan
➢ Struktur organisasi
➢ Staf perkhemahan ➢ Pemilihan Tempat
➢ Perancangan dan persiapan awal ➢ Perancangan dan
➢ Pemilihan tempat
➢ Aspek keselamatan Persiapan
➢ Kemudahan asas Perkhemahan
➢ Pemeriksaan pagi ➢ Kemudahan Asas
➢ Surat-menyurat
➢ Laporan dan refleksi
.
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 5
33
TARIKH : 27 JULAI 2021
HARI : SELASA
TAJUK : PERANCANGAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM
1. PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL
A) PERANCANGAN
Penyediaan Kertas Kerja- Kertas kerja mestilah mengandungi beberapa perkara penting
supaya perancangan program jelas diketahui oleh pihak pentadbiran. Antara perkara penting
adalah seperti berikut :-
– Tajuk
– Tarikh
– Matlamat
– Objektif
– Plan tindakan
– Pengisian Program
– Sumber tenaga
– Sumber kewangan
– Kawalan
– Penilaian
B) PERSIAPAN AWAL
Tinjauan - perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Banyak faktor yang perlu diberi
perhatian seperti kesesuaian tempat, keselamatan kawasan, sumber air dan makanan,
sistem perhubungan dan lain-lain faktor yang difikirkan perlu.
Surat menyurat – surat-surat untuk dalaman seperti permohonan kelulusan program kepada
pengetua, perlantik jawatan kuasa, permohonan peralatan dan sebagainya. Surat-surat
kepada kepada berbagai pihak luar seperti pihak pengurusan kawasan perkhemahan, polis,
hospital dan lain-laian lagi.
Sumber kewangan – perlu jelas sumber kewangan. Sebagai contoh kutipan dari ahli atau
tajaanmana-mana pihak
Perancangan perbelanjaan – perlu sedia satu senarai perancangan perbelanjaan seperti
pembelian bahan makanan, alatan dan sebagainya
Persediaan alatan – Alatan yang hendak digunakan perlu diperiksa, dan dibaik pulih jika
perlu atau ditambah jika kurang, dikelaskan dan dikumpulkan di satu tempat.
34
Pengangkutan - Perlu tahu apa jenis pengangkutan yang diperlukan. Buat tempahan supaya
tidak berlaku kesulitan
2. PEMILIHAN TEMPAT
2.1 Pemilihan kawasan perkhemahan
Pemilihan kawasan tapak perkhemahan merupakan perkara yang perlu dinilai bagi
memastikan tempat tersebut selamat daripada sebarang kecelakaan yang boleh
membahayakan peserta. Pemilihan kawasan tidak boleh ditetapkan jika tidak mengambil
kira beberapa faktor penting seperti di bawah:
a) Tanah atau tapak rata
Tapak khemah yang rata bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan
memastikan ia selesa untuk berehat. Walaupun tempat yang rata, cuba elakkan
daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.
Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika
hujan.
b) Corak tapak perkhemahan
Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon mudah rekah atau
berdahan kering, permukaan tidak berselut, dan permukaan yang curam juga
haruslah dielakkan. Elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam
selekoh sungai agar tidak berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras jika hujan
lebat.
c) Berhampiran punca air
Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih
samada sungai, anak air, telaga, kolam atau sebagainya. Air yang bersih boleh
digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.
d) Tapak yang lebih tinggi dari punca air
Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan
daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai
dan air pasang dan sebagainya.
e) Mudah untuk mendapat bantuan
Tapak perkhemahan yang di pilih juga berdasarkan keadaan tempat yang mudah
untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan
itu haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Sebelum melakukan
35
aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib
seperti Polis, Jabatan Hutan atau pihak yang bertanggungjawab yang lain.
f) Mudah untuk mendapat bahan bakar
Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar juga merupakan faktor yang
penting. Bahan bakar seperti kayu atau ranting-ranting kering, daun-daun kering,
rumput-rumput kering adalah penting untuk memasak, membuat unggun api,
menjauhi gangguan binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk.
g) Keselamatan kawasan perkhemahan
Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan tersebut
perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan
sebagainya.
h) Jangka masa perkhemahan
Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah sesuai dengan jangka masa perkhemahan.
Sekiranya berkhemah untuk satu jangka masa yang lama maka perlulah memastikan
bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga
kegunaan lain.
i) Bilangan peserta perkhemahan
Penetapan bilangan peserta penting untuk menggelakkan daripada berlakunya
lebihan bilangan peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahan makanan dan juga
khemah sebagai tempat tidur.
2.2 Pemilihan tempat mendirikan khemah
Adalah dinasihatkan tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali setelah mendapat
arahan daripada ketua pasukan. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
semasa mendirikan khemah adalah seperti berikut:
a) Tanah yang rata (selesa untuk baring)
b) Terlindung dari angin.
c) Tidak terlalu hampir dengan punca air seperti sungai.
d) Mempunyai pandangan persekitaran yang menarik (seronok, lapang,dan terhibur
apabila melihatnya).
e) Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan
sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah.
f) Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita
bergerak semula bagi tujuan kecemasaN
36
13.10 ASPEK KESELAMATAN
1) Semasa perkhemahan, tuan / puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal-
mengenali dan hormat- menghormati antara satu sama lain.
2) Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang
ditetapkan oleh kem komandan.
3) Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
program yang diatur.
4) Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau memindahkan
peralatan ke tempat lain.
5) Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan.
6) Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.
7) Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan
perkhemahan.
8) Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
9) Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian
juga sebaliknya tanpa kebenaran.
10) Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain
pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
11) Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
12) Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas
jam 12.45 pagi.
13) Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran
semasa perkhemahan.
14) Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.
15) Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
16) Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
17) Penjagaan diri / peralatan / harta persendirian perlu diberi keutamaan.
18) Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan / pengawasan
dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
19) Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan
pihak bertanggungjawab.
20) Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak
penganjur. 21 Peraturan – peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan
dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
➢ Peraturan-peraturan adalah contoh yang mana boleh dipinda /
diperkembangkan / diubahsuai mengikut kesesuaian tempat / peserta /
keadaan sekeliling dan lain-lain yang difikirkan perlu.
37
3. KEMUDAHAN ASAS
Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu diberi perhatian untuk satu perkhemahan akan
bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Di
bawah disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan
anda selamat dan selesa:
⚫ Khemah yang sesuai.
⚫ Bag galas
⚫ Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
⚫ Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
⚫ Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain
⚫ Botol air, kole dan bekas minuman
⚫ Pisau dan pembuka tin
⚫ Lampu picit serta beteri dan lat gantinya
⚫ Mancis dan lilin atau bahan penyala api
⚫ Kotak pertolongan cemas
⚫ Kotak ikhtiar hidup
⚫ Tali
⚫ Ponco atau baju hujan
⚫ Parang/kapak kecil
⚫ Bekas air tambahan
⚫ Selimut atau bag tidur
Kalau anda tidak membawa messtin, anda perlu membawa periuk dan cerek. Selain perkara-
perkara yang disebut anda perlu juga membawa keperluan-keperluan peribadi seperti berus
gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu diingatkan bahawa apa yang disebutkan di atas
adalah merupakan keperluan asas dan boleh ditambah jika difikirkan perlu. Adalah
diingatkan bahawa segala peralatan yang anda bawa hendaklah 1/3 daripada berat badan.
Beratan ini adalah yang sesuai dipikul pada jarak yang jauh. Jika anda berkhemah dengan
kenderaan beratan boleh ditambah mengikut kesesuaian. Pastikan segala peralatan untuk
berkhemah disiapkan dengan awal sebelum tarikh anda kan pergi berkhemah untuk
mengelakkan daripada tertinggal.
38
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 6 TARIKH : 17 OGOS 2021
TAJUK : PENGURUSAN AMALI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
LOKASI : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)
JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH
KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA : 65
MASA AKTIVITI CATATAN
1. Antara tajuk pelajaran pada minggu ini Setiap kumpulan
8.00 PAGI – adalah berkenaan pengurusan amali dikehendaki membuat
12.00 perkhemahan unut beruniform : laporan lengkap tentang
TENGAHARI persiapan pengurusan amali
a) surat-menyurat (pihak yang terlibat perkhemahan unit
dan kepentingannya) beruniform
b) pemeriksaan pagi
c) Kepentingan laporan aktiviti dan
refleksi
.
39
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 6
TARIKH : 17 OGOS 2021
HARI : SELASA
TAJUK : PENGURUSAN AMALI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
1. PEMERIKSAAN PAGI
Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta kawasan
perkhemahan perlu diambil kira, sebagai satu amalan disiplin diri yang mesti dipupuk. Oleh
yang demikian adalah perlu Pemeriksaan Pagi dilakukan. Pemeriksaan Pagi ini dilakukan
oleh beberapa orang pemimpin yang mengadakan lawatan ke setiap khemah. Lazimnya,
pemeriksaan pagi dilakukan pada pukul 8.00 pagi. Antara aspek-aspek yang dinilai
termasuklah:
⚫ Kebersihan dalam dan persekitaran khemah
⚫ Susun atur barang dan peralatan kumpulan
⚫ Pakaian yang dibawa
⚫ Gajet yang dibawa
Cara Pemeriksaan Pagi dilaksanakan adalah seperti berikut:
1. Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan peralatan masak
yang digunakan, menyusun peralatan perkhemahan dan sarapan pagi hendaklah
selesai sebelum pemeriksaan pagi.
2. Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagi
menandakan Pemeriksaan Pagi akan dilakukan.
3. Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli badan unit beruniform berdiri sebaris
mengikut sistem patrol iaitu ketua patrol berada di kanan sekali, kuarter master, ahli-ahli
dan di kiri sekali ialah penolong ketua patrol.
4. Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol berkenaan
diletakkan di hadapan ahli-ahli patrol.
5. Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya. Seperti “Patrol Nuri
Sedia,” sebelum pemimpin berada di pintu gerbang patrol itu.
6. Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol bergerak ke hadapan
lalu memberi tabik hormat dan melapor diri kepada pemimpin bertugas. Contoh ayat
laporan: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang, siap sedia menerima arahan tuan.”
40
7. Manakala penolong ketua patrol dan kuarter master akan keluar baris sejurus selepas
menerima arahan daripada salah seorang pemimpin. Kemudian kembali ke dalam
barisan setelah selesai pemeriksaan.
8. Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan meminta kebenaran
menjalankan tugas-tugas lain. Contoh ayat: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang
mengucapkan ribuan terima kasih, dan minta kebenaran menjalankan tugas-tugas lain,
tuan.”
9. Maka selesailah Pemeriksaan Pagi, selepas pemimpin keluar daripada pintu gerbang.
Ketua Patrol mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris.
2. SURAT MENYURAT
Surat menyurat ini merupakan salah satu perkara asas dalam pengurusan dan persiapan
perkhemahan. Dalam hal ini, surat merupakan antara saluran komunikasi yang utama dan
penting antara agensi kerajaan, organisasi, persatuan dan orang awam. Surat disediakan
bagi menyampai atau mendapatkan maklumat, arahan, keputusan dan pandangan. Surat
yang disediakan oleh sesuatu pihak bukan sahaja merupakan salah satu dokumen dan rekod
rasmi, malah ia merupakan bukti wujudnya penyaluran maklumat telah berlaku. Urusan
surat-menyurat mempunyai tatacara khusus yang perlu diketahui dan diamalkan oleh semua
organisasi. Dalam konteks pengurusan perkhemahan, surat menyurat kebiasaannya
dilakukan untuk memberi makluman dan mendapatkan kebenaran seperti:
i. Pemilik / Penguasa Lokasi (Ikuti Prosedur)
ii. Kementerian / JPN / PPD / Pihak Swasta
iii. Surat permohonan / Lantikan / Jemputan / Makluman
iv. Surat kebenaran membawa pelajar keluar daripada kawasan sekolah daripada
Pengetua
v. Surat kebenaran ibu bapa pelajar
vi. Surat permohonan peminjaman barang
Surat kebenaran perlu dihantar lebih kurang satu setengah atau dua bulan sebelum
perkhemahan diadakan. Kebenaran dan persetujuan daripada pengetua atau guru besar dan
pemilik tapak perkhemahan diperolehi terlebih dahulu sebelum kebenaran lain
dipohon.
41
3. LAPORAN DAN REFLEKSI
Laporan merupakan penerangan ke atas sesuatu aktiviti yang dijalankan. Manakala refleksi
adalah tindak balas (reaksi) ke atas hasil daripada laporan yang dibentangkan. Ia ibarat ‘post
mortem’ yang sangat penting bagi semua aktiviti atau program yang telah dilaksanakan oleh
mana-mana institusi atau organisasi. Ia bertujuan untuk mendapatkan semua maklum balas
daripad individu yang terlibat secara langsung seperti ahli jawantankuasa mengenai hasil
dapatan program yang dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan dan kelemahan yang
ada dan mencari pendekatan yang boleh dijadikan panduan bagi program akan datang.
Semua ahli jawantankuasa program perkhemahan yang terlibar secara labgsung dijemput
menghadiri mesyuarat pelaporan akhir ini bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan.
Hasil maklumat ini akan di minit sebagai bukti pelaksanaan program dan difailkan.
Laporan juga terbahagi kepada:
i. Laporan ringkas mesyuarat jawatankuasa kerja program perkhemahan
ii. Laporan aktiviti
iii. Laporan kewangan
Semua aktiviti, peruntukan dan hal-hal berkaitan dengan perkhemahan mestilah direkod dan
dilapor sebagai bukti pada pemantauan akhir. Refleksi laporan dilakukan pada akhir untuk
mengetahui kelebihan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan dalam pengurusan
perkhemahan yang telah dijalankan.
42
43