The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KONSEP KADET POLIS PERLIS 2022 TERKINI (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by worksmkbj, 2022-08-18 10:21:45

KERTAS KONSEP KADET POLIS PERLIS 2022 TERKINI (2)

KERTAS KONSEP KADET POLIS PERLIS 2022 TERKINI (2)

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022

CABARAN KOKURIKULUM KOR KADET POLIS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022
(PROGRAM SECARA DALAM TALIAN)

ANJURAN BERSAMA:
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DAN

JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN
KOMUNITI POLIS DIRAJA MALAYSIA

PENGELOLA BERSAMA:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

DAN
IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN PERLIS

TARIKH:
1 HINGGA 28 SEPTEMBER 2022

TARIKH PERASMIAN PENUTUPAN:
27 OKTOBER 2022
0

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022

CABARAN KOKURIKULUM KOR KADET POLIS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

1.0 Latar Belakang

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari
di dalam bilik darjah. Aktiviti kokurikulum menjadi elemen penting dalam pendidikan
negara selaras dengan konsep ini bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman,
selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan
masyarakat selari dengan konsep sekolahku SEJAHTERA. Penyertaan murid dalam
aktiviti pasukan badan beruniform sangat baik untuk membentuk semangat berdisiplin
dalam kalangan murid. Semangat berdisiplin ini akan terbawa-bawa dalam kehidupan
mereka, lebih bertanggungjawab, patuh kepada undang-undang dan tidak terlibat dalam
sebarang jenayah juvana. Tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa Kor Kadet Polis Diraja
Malaysia (KKPDRM) merupakan pasukan badan beruniform yang dapat menjadi medan
untuk memupuk pemimpin yang berwibawa. Melalui kegiatan dalam KKPDRM, murid
diasuh dan diasah sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah,
berdedikasi dan boleh berinteraksi dengan baik.

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022 merupakan anjuran
bersama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Polis
Diraja Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi mencapai Key Performance Indicator
(KPI) yang telah ditetapkan. Program ini akan dikelolakan secara bersama oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Perlis (JPN Perlis) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis (IPK
Perlis) secara atas talian. Namun penjurian dan majlis penutupan akan dilaksanakan
secara bersemuka berpandukan kepada SOP yang telah ditetapkan. Cabaran
Kokurikulum ini akan dilaksanakan secara atas talian dan bersemuka selaras dengan
penambahbaikan ke atas tatacara pelaksanaan aktiviti kokurikulum negara,. Program ini
dapat memberi peluang kepada murid sebagai anggota KKPDRM untuk berkongsi
pengalaman dan kemahiran kokurikulum melalui teknologi digital meliputi semua
jenis peranti elektronik, gajet dan aplikasi yang menggunakan maklumat dalam bentuk
digital termasuklah komputer riba, telefon pintar, dan lain-lain peranti berteknologi
tinggi. Melalui program yang dianjurkan ini murid akan kekal aktif dan berminat
terhadap aktiviti kokurikulum Pasukan Badan Beruniform khasnya KKPDRM
sepanjang tempoh persekolahan sesi 2022/ 2023.

1

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022
2.0 Objektif aktiviti

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-
nilai murni dalam kalangan murid;

2.2 Menyediakan murid yang menerima, menghormati dan menguruskan
kepelbagaian bagi membina Keluarga Malaysia yang bersatu padu

2.3 Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari
daripada jurulatih dan guru;

2.4 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta berkemahiran dalam
pembelajaran teknologi maklumat; dan

2.5 Mengaplikasikan teknologi digital dalam aktiviti kokurikulum.

3.0 Pelaksanaan aktiviti
3.1 Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan akan
dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.

3.2 Tarikh Perlaksanaan Peringkat Kebangsaan
Penghantaran Bahan (Atas Talian) : 1 – 19 September 2022
Proses Penjurian (Bersemuka) : 26 – 28 September 2022

Majlis Perasmian Penutupan (Bersemuka) : 27 Oktober 2022

3.3 Semua acara yang dipertandingkan dilaksanakan secara berpasukan. Setiap
peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam 1 acara sahaja.

3.4 Bilangan peserta bagi setiap kontinjen:

Cabaran Lelaki Perempuan
a. Video Log Pencegahan Jenayah 55
b. Video Organisasi PDRM 55
c. Kawad Tangan Berpasukan 16 16
d. Mara Lasak Berpasukan 55
e. Cakna PDRM Terbuka
31 31
Jumlah 62

3.5 Pertandingan ini terbuka kepada 2 kategori iaitu:
a. Ahli Kor Kadet Polis Lelaki (14 tahun ke atas)
b. Ahli Kor Kadet Polis Perempuan (14 tahun ke atas)

2

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022

3.6 Setiap kontinjen akan menghantar bahan pertandingan peringkat kebangsaan
melalui pautan google drive disediakan oleh JPN Perlis bermula pada 1
September 2022 dan ditutup pada 19 September 2022

4.0 Aspek Penilaian Markah
4.1 Cabaran Video Log Pencegahan Jenayah 60 markah

Bil Item / Perkara 10 markah
a. Kandungan utama (huraian tentang akta, jenis 10 markah
10 markah
kesalahan, jenis hukuman, kesan dan cadangan 10 markah
cara pencegahan jenayah) 100 markah

b. Audio visual
c. Kreativiti
d. Ketepatan masa (4 minit)
e. Pakaian dan keterampilan

Jumlah

4.2 Cabaran Video Organisasi PDRM Markah
60 markah
Bil Item / Perkara
a. Kandungan utama (Video Organisasi PDRM 10 markah
10 markah
mengenai salah satu jabatan utama PDRM) 10 markah
10 markah
b. Audio visual 100 markah
c. Kreativiti
d. Ketepatan masa (4 minit)
e. Pakaian dan keterampilan

Jumlah

4.3 Cabaran Kawad Tangan Berpasukan Markah

Bil Item / Perkara 5 markah
Bahagian A 5 markah
5 markah
1 Pakaian
2 Keterampilan 100 markah
3 Ketepatan masa 105 markah
220 markah
Bahagian B
1 Kawad Statik
2 Kawad Dinamik

Jumlah

4.4 Cabaran Mara Lasak Berpasukan
Bil Item / Perkara
1. Jumlah masa terkumpul sekali larian sahaja bagi 5 orang peserta
bagi setiap kategori dengan melengkapkan jarak
(a) 5 km (berpasukan Lelaki)
(b) 3 km (berpasukan wanita).

3

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022

4.5 Cabaran Cakna PDRM

Bil Item / Perkara

1. Penyertaan terbuka secara individu, kepada semua ahli kadet polis

seluruh Malaysia yang berumur 14 tahun ke atas.

E-Sijil Pencapaian akan dikira berdasarkan markah yang diperolehi

Emas 80-100 markah

Perak 70-79 markah

Gangsa 60-69 markah

Penyertaan 40 -59 markah

Tiada Sijil 0-39 markah

5.0 Penjurian dan Panel Penilai
Keputusan para juri bagi semua acara dalam pertandingan ini adalah MUKTAMAD.
Penjurian akan dilaksanakan secara bersemuka:
Tarikh: 26-28 September 2022
Tempat: Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Perlis, Jalan Padang Behor,
01000 Kangar, Perlis.

Panel penilai pertandingan peringkat kebangsaan akan dilantik oleh pihak KPM dan

JPJKK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman seperti berikut:
5.1 Cabaran Video Log Pencegahan Jenayah – JPJKK Bukit Aman

5.2 Cabaran Video Organisasi PDRM - JPJKK Bukit Aman

5.3 Cabaran Kawad Tangan Berpasukan - JPJKK Bukit Aman
5.4 Cabaran Mara Lasak Berpasukan – KPM
5.5 Cabaran Cakna PDRM – KPM

6.0 Peraturan Pakaian Peserta

6.1 Cabaran Video Log Pencegahan Jenayah dan Cabaran Video Organisasi

PDRM

Peserta dikehendaki berketerampilan kemas mengikut peraturan

pemakaian uniform yang betul dan lengkap. Pemakaian seragam dan lencana

adalah seperti berikut:

- Baju dan seluar uniform Kor Kadet Polis [warna biru hitam],

- Tudung berwarna biru hitam/bersanggul. [Perempuan]
- Lencana bahu [Shoulder Title] kain bersulam “ KADET POLIS”

- Tali pinggang nilon lebar berlogo PDRM di kepala tali pinggang [lelaki]

- Butang baju plastik biru hitam

- Lencana kolar [Collar Badges]

- Wisel & Rantai

- Lencana poket khidmat mesra dipakai di atas poket baju sebelah

Tanda Nama [latar berwarna hitam dengan tulisan berwarna putih]

dipakai di atas poket baju sebelah kanan.

- Kasut potong kulit/PVC bertali berwarna hitam dan bertumit. Sarung kaki

4

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022

6.2 Cabaran Kawad Tangan Berpasukan
Peserta dikehendaki Peserta dikehendaki memakai UNIFORM LENGKAP
KAWAD Kor Kadet Polis seperti berikut:
- Baju dan seluar uniform Kor Kadet Polis [warna biru hitam],
- Tudung berwarna biru hitam/bersanggul. [Perempuan]
- Lencana bahu [Shoulder Title] kain bersulam “ KADET POLIS”
- Tali pinggang putih, angklet, kasut kawad. [Lelaki]
- Kasut potong kulit/PVC bertali berwarna hitam dan bertumit. [Perempuan]
- Beret (pelapik biru muda) dan lencana
- Butang baju plastik biru hitam
- Lencana kolar [Collar Badges]
- Wisel & Rantai
- Lencana tangan bersalaman
- Tanda Nama [latar berwarna hitam dengan tulisan berwarna putih]
dipakai di atas poket baju sebelah kanan.
- Sarung kaki
- Pemakaian sarung tangan, mafla, dan jambul tidak diwajibkan

6.3 Cabaran Mara Lasak
Peserta dikehendaki berpakaian baju-T Kor Kadet Polis, berseluar
sukan dan berkasut sukan ketika membuat larian.

7.0 Syarat-syarat Pertandingan
Rujuk Lampiran A

8.0 Raptai Majlis Penutupan
Semua ketua kontinjen dan semua peserta yang memenangi tempat pertama hingga
kelima bagi setiap cabaran dikehendaki melapor diri untuk raptai majlis penutupan
pada 26 Oktober 2022 (Rabu) jam 3.00 petang di Pusat Kokurikulum Jabatan
Pendidikan Perlis, Kem Tasoh, Jalan Kaki Bukit, Perlis.

9.0 Majlis Perasmian Penutupan Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis
Peringkat Kebangsaan 2022

Tarikh : 27 Oktober 2022 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Pusat Kokurikulum JPN Perlis, Kem Tasoh, Jalan Kaki

Bukit, Kangar, Perlis.

VVIP : Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Rujuk Lampiran B

5

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022

10.0 Jumlah Penyertaan

Sijil penyertaan peringkat kebangsaan akan dikeluarkan oleh KPM

Bil Negeri Video Log Video Kawad Mara Lasak Cakna PDRM Jumlah
Pencegahan Organisasi Tangan Berpasukan (sijil digital) Peserta
Berpasukan
Jenayah PDRM LW LW LW L&W
LW LW
62
1. Perlis 5 5 5 5 16 16 5 5 62
62
2. Kedah 5 5 5 5 16 16 5 5 62
62
3. P. Pinang 5 5 5 5 16 16 5 5 62
62
4. Perak 5 5 5 5 16 16 5 5 62
62
5. Selangor 5 5 5 5 16 16 5 5 62
62
6. K. Lumpur 5 5 5 5 16 16 5 5 62
62
7. N. Sembilan 5 5 5 5 16 16 55 62
62
8. Melaka 5 5 5 5 16 16 5 5 62
62
9. Johor 5 5 5 5 16 16 5 5 1054

10. Kelantan 5 5 5 5 16 16 5 5

11. Terengganu 5 5 5 5 16 16 5 5

12. Pahang 5 5 5 5 16 16 5 5

13. Sabah 5 5 5 5 16 16 5 5

14. Sarawak 5 5 5 5 16 16 5 5

15. Putrajaya 5 5 5 5 16 16 5 5

16. Labuan 5 5 5 5 16 16 5 5

17. MARA 5 5 5 5 16 16 5 5

Jumlah 85 85 85 85 272 272 85 85

11.0 Hadiah dan Sijil Pencapaian

Hadiah pemenang peringkat kebangsaan akan disediakan oleh KPM.

Sijil Pencapaian peringkat kebangsaan akan dikeluarkan oleh PDRM.

Bil Cabaran Hadiah/ Sijil Pencapaian Jumlah
1. Video Log Pencegahan Jenayah (L) Johan hingga Kelima 5 x 5 = 25
5 x 5 = 25
2. Video Log Pencegahan Jenayah (W) Johan hingga Kelima 5 x 5 = 25
5 x 5 = 25
3. Video Organisasi PDRM (L) Johan hingga Kelima 16 x 5 = 80
16 x 5 = 80
4. Video Organisasi PDRM (W) Johan hingga Kelima 5 x 5 = 25
5 x 5 = 25
5. Kawad Tangan Berpasukan (L) Johan hingga Kelima
310
6. Kawad Tangan Berpasukan (W) Johan hingga Kelima

7. Mara Lasak Berpasukan (L) Johan hingga Kelima

8. Mara Lasak Berpasukan (W) Johan hingga Kelima.

9. Cakna PDRM e-Sijil Pencapaian

10 Cakna PDRM e-Sijil Pencapaian

12.0 Sijil Penghargaan
Sijil penghargaan akan dikeluarkan oleh KPM

Bil Hakim/ Urusetia/ Kontinjen JPJKK BA Jumlah
1. Video Log Pencegahan Jenayah JPJKK BA 10
2. Video Organisasi PDRM JPJKK BA 10
3. Kawad Tangan Berpasukan 10
4. Mara Lasak Berpasukan KPM 10

6

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022

5. Cakna PDRM KPM 10
6. Urusetia/ AJK Kerja JPN/IPK 80
7 Kontinjen (17 Kontinjen x 10) 170
300

13.0 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:
13.1 Encik Ahmad Zainie bin Mat
Penolong Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
No. Telefon: 017-6326733

13.2 Puan Iswani binti Ismail
Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
No. Telefon: 016-9825688

13.3 DSP/K Shuhaimi bin Abu Seman
Pegawai Teknikal Kor Kadet Polis Negeri Perlis
No. Telefon: 012-5544023

14.0 Penutup
Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli Kor
Kadet Polis untuk terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam
bentuk video. Penyertaan murid di dalam pertandingan ini juga akan
menggalakkan mereka untuk mengaplikasikan ilmu kepolisan dan kemahiran
teknologi digital yang ada pada mereka.

7

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022

LAMPIRAN A

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN CABARAN
KOKURIKULUM KOR KADET POLIS 2022

1. Cabaran Video Log Pencegahan Jenayah
1.1 Setiap kontinjen negeri dikehendaki memaparkan video log pencegahan jenayah
di bawah kesalahan jenayah kekerasan atau jenayah harta benda. Jenayah
kekerasan merangkumi bunuh, rogol, samun bersenjata api, samun tanpa senjata
api dan mencederakan manakala jenayah harta benda pula ianya merangkumi
curi, curi motokar, curi motosikal, curi van/lori/jentera berat, curi ragut dan
pecah rumah.

1.2 Elemen yang boleh dipaparkan dalam video tersebut ialah pengenalan, huraian
dan jenis kesalahan-kesalahan di bawah akta, jenis hukuman yang dikenakan
di bawah akta, kesan kesalahan di bawah akta serta mencadangkan cara
pencegahan kesalahan di bawah akta berkaitan.

1.3 Video boleh diedit atau disunting dengan memasukkan elemen- elemen audio
visual yang bersesuaian mengikut kreativiti.

1.4 Durasi masa bagi video adalah tidak melebihi 4 minit.
Video yang melebihi masa yang ditetapkan akan dibatalkan penyertaan.

1.6 Sekiranya didapati karya/video yang dihantar pernah dipertandingkan atau
diplagiat, penyertaan akan dibatalkan.

1.7 Setiap kontinjen negeri dikehendaki menghantar 1 video bagi setiap kategori
a) Kategori Lelaki (5 orang)
b) Kategori Perempuan (5 orang)

2 Cabaran Video Organisasi PDRM
2.1 Setiap kontinjen negeri dikehendaki 1 video yang memaparkan Organisasi
PDRM mengenai salah satu daripada 10 jabatan utama yang terdiri daripada:
Jabatan Pengurusan,
Jabatan Logistik dan Teknologi,
Jabatan Siasatan Jenayah,
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
Cawangan Khas,
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil,
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard,
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

8

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022

2.2 Durasi masa bagi video tidak melebihi 4 minit.

2.3 Video yang melebihi masa yang ditetapkan akan dibatalkan
penyertaan

2.4 Setiap negeri dikehendaki menghantar 1 video bagi setiap kategori
a) Kategori Lelaki (5 orang)
b) Kategori Perempuan (5 orang)

3 Cabaran Kawad Tangan Berpasukan
3.1 Urutan kata perintah kawad tangan yang ditetapkan:

Berjalan Masuk Dalam Cepat Jalan.
Berhenti pada kedudukan yang ditetapkan.
Menghadap kehadapan. Kiri /Kanan pusing.
Paraskan Squad.
Buka Barisan
Kekanan Lurus dan pandang depan.
Pengenalan Squad
Lapor untuk ujian kawad.
Gerak ke kanan…...kanan pusing.
Gerak ke kiri …….. belakang pusing.
Menghadap ke belakang ….. kiri pusing.
Menghadap ke hadapan …… belakang pusing.
Dua langkah ke kanan….gerak.
Dua langkah ke kiri ……..gerak.
Dua langkah ke belakang…gerak.
Dua langkah ke hadapan….gerak.
Hentak kaki cepat dan berhenti.
Hentak kaki perlahan dan berhenti
Hentak kaki berlari dan berhenti
Tutup barisan….gerak
Bergerak ke kiri……kiri pusing.
Dari kanan……cepat jalan.
Hormat ke hadapan hormat
Tukar langkah masa berjalan… 2 kali
Hormat ke kiri hormat
Hormat selaku terima sijil….hadapan hormat
Tukar langkah perlahan jalan dari cepat jalan
Tukar langkah masa perlahan… 2 kali
Pandang kanan/pandang depan
Bergerak ke kanan
Hentak kaki... maju
Tukar Langkah cepat jalan dari perlahan jalan.
Menghadap ke belakang….kiri/ kanan pusing.

9

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022
Menghadap ke hadapan …belakang pusing.
Hentak kaki.
Berhenti.
Berjalan dan berhenti (mara mengadap)
Luruskan barisan.
Lapor selesai ujian kawad.
Bergerak ke kiri / kanan….kiri/kanan pusing.
Berjalan keluar dan berhenti di luar kawasan litar ujian.

3.2 Setiap pasukan dikehendaki merakam video pergerakan kawad seperti
di Lampiran D dalam satu video yang tidak melebihi 15 minit tanpa sebarang
suntingan. Tempoh masa yang lebih daripada 15 minit akan dikenakan penalti
5 markah dan tiada markah diberi bagi perbuatan yang melebihi masa
tersebut.

3.3 Ketua platun dikehendaki memberikan kata perintah mengikut susunan
pergerakan kawad yang ditetapkan seperti Lampiran D. Hukuman dan
perbuatan kawad yang tidak mengikut urutan yang ditetapkan, tiada
pemarkahan bagi pergerakan tersebut.

3.4 Setiap negeri dikehendaki menghantar 1 video bagi setiap kategori
a) Kategori Lelaki (16 orang termasuk ketua platun)
b) Kategori Perempuan (16 orang termasuk ketua platun)

4 Cabaran Mara Lasak Berpasukan
4.1 Acara berpasukan ini akan dilaksanakan di peringkat negeri mengikut
ketetapan tarikh oleh JPN masing-masing.

4.2. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang peserta, dikehendaki melaksanakan
sekali larian sahaja secara serentak bagi melengkapkan jarak yang ditetapkan.
Penyertaan larian yang kurang daripada jarak yang ditetapkan akan terbatal.
Larian boleh dilakukan di kawasan yang bersesuaian dan selamat. Larian
dengan menggunakan treadmill adalah tidak dibenarkan.

4.3 Setiap peserta dikehendaki merekodkan larian menggunakan mana-mana
aplikasi running apps (fitness watch seperti Garmin, Coros, Fitbit, Suunto, atau
aplikasi menggunakan smartphone). Walau bagaimanapun para peserta
digalakkan menggunakan aplikasi Strava, Nike + Run Club, One You Couch To
5K, Relive, Runmates, Runtastic dan Samsung Health bagi memudahkan proses
semakan.

4.4 Eviden larian setiap peserta hendaklah dihantar di dalam satu [1] fail yang
mempunyai butir-butir seperti berikut:

10

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022

a. Nama aplikasi yang digunakan
b. Tarikh larian
c. Jarak larian
d. Pace larian (minit per kilometer)
e. Tempoh masa larian
f. Lampiran gambar semua peserta dalam pasukan sebelum, semasa dan

selepas larian.
g. Lampiran gambar trek larian dalam aplikasi yang digunakan.
h. Lampiran surat kebenaran ibu bapa dan deklarasi kesihatan peserta.

4.5 Pasukan yang menghantar eviden yang tidak lengkap akan dibatalkan
penyertaannya.

4.6 Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah catatan masa kesemua peserta
bagi setiap pasukan.

4.7 Semua peserta larian hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik dan wajib
menandatangani borang deklarasi kesihatan seperti di lampiran C.

4.8 Peserta larian hendaklah mengutamakan keselamatan diri sewaktu larian bagi
mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

4.9 Setiap negeri dikehendaki menghantar 1 pasukan bagi setiap kategori

a) Kategori Lelaki (5 orang) – 5 km

b) Kategori Perempuan (5 orang) – 3 km

5 Cabaran Cakna PDRM (Penyertaan secara individu)

5.1 Kuiz Cakna PDRM akan dijalankan secara atas talian seperti berikut:

Tarikh : 24 September 2022 (Sabtu)

Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. (1 jam)

5.2 Pautan bagi acara kuiz akan diberikan melalui JPN masing-masing.

5.3 Soalan kuiz mengandungi 40 soalan objektif yang merangkumi skop seperti
berikut:
a. Seksyen 68 hingga 73 Akta Polis 967
b. Buku Panduan Kor Kadet Polis 2015
c. Maklumat berkaitan PDRM
d. Maklumat berkaitan KPM
e. Kemahiran Kawad Kaki

5.4 Penyertaan terbuka kepada semua anggota kadet polis lelaki atau
perempuan yang berumur 14 tahun ke atas. Acara ini tidak
dimasukkan dalam pengiraan markah keseluruhan.

11

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022
LAMPIRAN B

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN CABARAN KOKURIKULUM
KOR KADET POLIS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

Tarikh : 27 Oktober 2022 (Khamis)
Masa : 8.30 – 11.00 pagi
Tempat
VVIP : Pusat Kokurikulum JPN Perlis, Kem Tasoh, Perlis.

: Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

0815 hrs - Kontinjen mengambil tempat
0820 hrs
0825 hrs - Ketibaan dif-dif jemputan

0830 hrs - Ketibaan Yang Berusaha Pengarah Pendidikan
0835 hrs Negeri Perlis

0840 hrs - Ketibaan Yang Dihormati Ketua Polis Perlis

0845 hrs - Ketibaan Yang Berbahagia Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia

- Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

- Ketibaan YDH Ketua Polis Negara

- Nyanyian dua buah lagu:-
- Negaraku
- Kadet Terus Maju

- Ucapan Aluan Pengerusi majlis
- Bacaan Doa

Lintas Hormat
- Ucapan Aluan oleh Y Bhg. Ketua Pengarah

Pendidikan Malaysia
- Ucapan Perasmian Penutupan oleh YDH Ketua

Polis Negara
- Penyampaian sijil dan hadiah.
- Perasmian Dataran Kawad Pusat Kokurikulum

Nyanyian Lagu Polis Sedia Berkhidmat
- Sesi Bergambar
- Majlis bersurai

12

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022
LAMPIRAN C

CABARAN KOKURIKULUM KOR KADET POLIS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

BORANG DEKLARASI KESIHATAN PESERTA
NAMA PENUH
KAD PENGENALAN
KONTINJEN

MAKLUMAT KESIHATAN

Penyakit Asma YA/ TIDAK

Pernah mengalami kepatahan YA/ TIDAK

Jika ya Bahagian Anggota Badan : …………………………………………….

Tarikh Kecederaan : ......................................................………………..

1. Kencing Manis YA/ TIDAK

2. Penyakit Jantung YA/ TIDAK

3. Penyakit Paru-paru YA/ TIDAK

4. Alahan YA/ TIDAK

Jika ya Jenis Alahan (nyatakan): ………………………………………………..

Keputusan Ujian kendiri

COVID-19 POSITIF NEGATIF

Tarikh Ujian Kendiri: …………………………………………………………

Saya mengaku maklumat yang diberikan di atas adalah benar.

…………………………………………. Tarikh : ……………………….
(Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga)

Disahkan oleh Pengetua: Cop Sekolah:
13

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022
LAMPIRAN D

CABARAN KAWAD TANGAN BERPASUKAN

NAMA KONTINJEN : KATEGORI : LELAKI / WANITA

NOMBOR GILIRAN : TEMPOH MASA:
BAHAGIAN A

BIL PERKARA PEMARKAHAN JUMLAH
0 12 3 4
1 Pakaian 5
2 Keterampilan
3 Ketepatan masa

JUMLAH

BAHAGIAN B

BIL PERKARA PEMARKAHAN JUMLAH

01 2 3 4 5

1 Berjalan Masuk Dalam Cepat Jalan.

2 Berhenti pada kedudukan yang
ditetapkan.

3 Menghadap ke hadapan. Kiri /Kanan
pusing.

4 Paraskan Squad.

5 Buka Barisan

6 Ke kanan Lurus dan pandang depan.

7 Pengenalan Squad

8 Lapor untuk ujian kawad.

9 Gerak ke kanan….kanan pusing.

10 Gerak ke kiri …….. belakang pusing.

11 Menghadap ke belakang ….. kiri
pusing.

12 Menghadap ke hadapan ……
belakang pusing.

13 Dua langkah ke kanan….gerak.

14 Dua langkah ke kiri ……..gerak.

15 Dua langkah ke belakang…gerak.

16 Dua langkah ke hadapan….gerak.
17 Hentak kaki cepat ……..henti.
18 Hentak kaki perlahan…..henti
19 Hentak kaki berlari …..henti

20 Tutup barisan….gerak

21 Bergerak ke kiri……kiri pusing.
22 Dari kanan……cepat jalan.

23 Hormat ke hadapan hormat

14

Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022

24 Tukar langkah masa berjalan. 2 kali

25 Hormat ke kiri

26 Hormat selaku terima sijil….hadapan
hormat

27 Tukar langkah perlahan jalan dari
cepat jalan

28 Tukar langkah masa perlahan.2 kali

29 Pandang kanan/pandang depan

30 Bergerak ke kanan

31 Hentak kaki dan maju

32 Tukar Langkah cepat jalan dari
perlahan jalan.

33 Menghadap ke belakang….kiri/ kanan
pusing.

34 Menghadap ke hadapan …belakang
pusing.

35 Hentak kaki.

36 Berhenti.

37 Berjalan dan berhenti (mara
mengadap)

38 Luruskan barisan.

39 Lapor selesai ujian kawad.

40 Bergerak ke kiri / kanan….kiri/kanan
pusing.

41 Berjalan keluar dan berhenti di luar
kawasan litar ujian.

PENALTI JUMLAH
JUMLAH
1 Terkeluar kawasan yang ditetapkan

2 Aksesori / Alatan Terjatuh atau Tidak
berada di kedudukan asal.

3 Kata perintah tidak mengikut susunan
pergerakan.

4 Penalti lebih masa

JUMLAH KESELURUHAN ( A – B )

PENILAIAN BERDASARKAN KEPADA BEBERAPA PERKARA BERIKUT :

1. KEJITUAN LANGKAH. 3. PERGERAKAN DINAMIK.

2. KESERAGAMAN PERGERAKAN 4. PENGENDALIAN PLATUN DAN KATA PERINTAH

Tandatangan Pengadil. Tandatangan Ketua Pengadil

…………………………………… ……………………………………
Pangkat / Nama: Pangkat / Nama :
Tarikh : Tarikh :

15


Click to View FlipBook Version