The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazenibajili20, 2023-02-13 19:40:38

Nota PSV TINGKATAN 5

TAJUK 1 SENI BINA

1. PERSEPSI STANDARD PEMBELAJARAN • Di akahir pembelajaran murid dapat 1. Menjelaskan jenis seni bina di Malaysia iaitu: • Rumah Tradisional


PENDIDIKAN SENI VISUAL (KSSM) TINGKATAN 5 2022 Tarikh: 21 mac 2022 Disediakan oleh: Cikgu Mazeni Binti Bajili


SALIN DALAM NOTA DALAM BUKU PANJANG RUJUK BUKU TEKS TARIKH: 27 JANUARI 2021


KANDUNGAN TINGKATAN 5 • Bidang SEJARAH DAN APRESIASI SENI - Tajuk 1 SENI BINA • Bidang SENI HALUS - Tajuk 2 SENI LUKISAN - Tajuk 3 SENI CATAN - Tajuk 4 SENI ARCA - Bidang REKA BENTUK - Tajuk 5 REKA BENTUK INDUSTRI • Bidang SENI KRAF - Tajuk 6 SENI BATIK • Bidang KOMUNIKASI VISUAL - Tajuk 7 SENI REKA GRAFIK (Infografik) -Tajuk 8 SENI FOTO (Manipulasi Imej dan e-Portfolio)


BIDANG SEJARAH DAN APRESIASI SENI VISUAL TAJUK 1: SENI BINA


APA ITU SENI BINA??? Satu bidang menggabungkan seni dan sains untuk menghasilkan suatu binaan Seni - cantik, indah, nilai estiteka yang tinggi Sains – kukuh, kuat, selamatt dan stabil Gabungan yang penting untuk menghasilkan bangunan yang ideal dan sempurna Satu penghayatan terhadap ruang fizikal, emosi dan interlek


BIDANG SEJARAH DAN APRESIASI SENI TAJUK 1 SENI BINA 1. Rumah Tradisional 2. Rumah Ibadat 3. Istana 4. Kompleks Makam


TAJUK 1: SENI BINA DI MALAYSIA PENGENALAN •Unsur tradisi Timur dan Barat. •Pengekalan identiti masyarakat yang berbilang bangsa •Reka bentuk dan ragam hias yang berbeza dengan tujuan dan maksud yang tersendiri.


• Berakar umbi daripada masyarakat Melayu • Peranan penting dalam persejarahan bangsa Melayu - Reka bentuk, kebesaran dan kekayaan pemilik berdasarkan seni bina rumah yang dibina


RUMAH TRADISIONAL ciriciri Bertiang Berpanggung Bertangga Bumbung curam dan tinggi perabung panjang Tebar layar


ASPEK SENI BINA pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan. nilai kerohanian, estetika dan etika seni ukiran berfungsi sebagai ragam hias untuk menambahkan keunikan ciri-ciri asas, iaitu rumah ibu, loteng dan dapur.


BENTUK PENGGALAN SECARA MELINTANG RUMAH TRADISIONAL Anjung/Serambi Ruang untuk menyambut tetamu, tempat bersantai, berbincang, mengadakan majlis kenduri dan melakukan aktiviti seperti menyirat pukat. Rumah ibu Ruang untuk berbincang, tempat makan, tidur dan sembahyang. Dapur Tempat memasak dan menyimpan peralatan memasak. Pelantar Ruang untuk penyediaan makanan dan tempat simpanan barang-barang. LUKISKAN DAN LABEL MUKA SURAT 4


11 JENIS-JENIS RUMAH TRADISIONAL Rumah Bujang atau Rumah Tunggal Rumah Perabong Panjang Rumah Minangkabau Rumah Tiang Dua Belas Rumah Serambi Melaka Rumah Kutai atau Rumah Potong Pattani Rumah Limas atau Rumah Baju Kurung Rumah Panjang Rumah Perabong Lima Rumah Berpeleh Rumah Bumbung Perak


• Rumah ini terdiri ruang rumah ibu, rumah dapur selasar (serambi) • Rumah bujang berselasar mempunyai bumbung panjang dengan papan pemeleh dan atap singgora. • Salur angin yang menggantikan tingkap berfungsi sebagai pengudaraan dan pencahayaan. • Mempunyai pemeleh yang terletak di kedua-dua belah hujung bahagian atas tebar layar. • Bentuk pemeleh ini melengkung dan meruncing ke atas. • Pemeleh digunakan untuk menutup kasau lintang atau kasau jantan. • Pemeleh dikatakan mempunyai bentuk seperti ukiran bangau yang terdapat pada perahu nelayan tempatan. Rumah Bujang Atau Rumah Tunggal Rumah Berpeleh


• Rumah Melayu tertua • Mempunyai satu bumbung yang panjang dan melintang. • Ragam hias terdapat pada bahagian tebar layar dan pemeleh • Bentuk rumah ini memanjang dan bumbungnya melengkung pada bahagian hujung. • Bahagian muka tebar layarnya tirus dan tinggi. • Ruang di bawah bumbung dipanggil peran atau loteng -ruang tidur anak gadis dan tempat menyimpan barang. • kaya dengan seni ukiran pada bahagian dinding Rumah dan panel pintu. Minangkabau Rumah Perabong Panjang


• mempunyai 12 batang tiang yang terdapat pada rumah ibu enam batang tiang serambi enam batang tiang panjang • mempunyai ukiran yang rumit pada bahagian dinding sebagai lambang status pemiliknya. • Ukiran terdapat pada bahagian panel daun pintu, tingkap kekisi • mempunyai bumbung panjang yang berunsurkan seni bina Bugis, Jambi, Riau Minangkabau. • Keunikan - tangga batunya yang berwarna-warni dan bermotifkan flora. • Bahagian atap rumah ini dibuka sedikit untuk membenarkan sistem pengudaraan. • mempunyai tebar layar bermotifkan bunga dan papan pemuka yang berkerawang ringkas. Rumah Serambi Melaka Rumah Tiang Dua Belas


• Bentuk bumbung rumah ini panjang dan dikenali sebagai • 'bumbung Perak'. • Pada anjungnya diukir dengan pelbagai motif. • Didirikan dengan tiang yang tinggi untuk tujuan keselamatan. • mempunyai struktur asas daripada kayu keras. • Atap diperbuat - daun rumbia • dinding diperbuat-anyaman buluh atau rotan. • bumbung yang agak tinggi. • Terdapat dua jenis Rumah Kutai Tiang 12 Rumah Kutai Tiang 16 • Keunikan – ragam hias lebah bergantung dan penggunaan daun tepas sebagai kelarai pada muka tebar layarnya. Rumah Kutai atau Rumah Potong Pattani Rumah Bumbung Perak


• mempunyai bumbung berbentuk limas dan di puncaknya terdapat tunjuk langit. • Kekisi kayu dipasang pada bahagian bawah jendela sebagai sistem Keselamatan pengudaraan Pencahayaan • kaya dengan seni ukiran yang terdapat pada bahagian kekisi Panel pintu atau tingkap tebar layar. • Motif ukiran - kosmos, geometri, awan larat dan fauna. • bersaiz besar dan tidak memiliki tebar layar. • Strukturnya dikenali berdasarkan bentuk bumbung yang terdiri daripada sebuah perabung lurus. • Perabung ini bersambung dengan empat buah perabung yang turun ke cucuran atap dan dihiasi dengan ukiran kerawang. Rumah Perabong Lima Rumah Limas Atau Rumah Baju Kurung


• terdiri daripada satu deretan yang mengandungi rumah-rumah kelamin. • Seni bina - berpegang teguh dengan adat tradisi sesuatu suku kaum. • mengandungi ruang tanju (serambi) ruai (ruang terbuka) bilik • didirikan tinggi untuk tujuan keselamatan. Rumah Panjang


LATIHAN 1 NAMAKAN SENI BINA BERIKUT BERDASARKAN MAKLUMAT YANG DIBERI. 1. Rumah ini bersaiz besar dan tidak memiliki tebar layar.___________________________ 2. Motif yang digunakan bagi menghasilkan rumah ini adalah menggunakan motif komsas, geometri, awan larat dan fauna._________________________________ 3. Rumah ini mempunyai 12 batang tiang yang didirikan pada bahagian rumah ibu, iaitu 6 tiang serambi dan 6 tiang batang panjang.________________________ 4. Menggunakan kayu keras sebagai asas dalam struktur binaan rumah, penggunaan daun rumbia sebagai atap , dan anyaman dinding dari buluh atau rotan.___________________ 5. Dikatakan mempunyai bentuk seperti ukiran bangau yang terdapat pada perahu nelayan tempatan.________________________ 6. Mempunyai salur angin yang menggantikan tingkap berfungsi sebagai pengudaraan dan pencahayaan._______________________________ 7. Pada anjungg rumah ini diukir dengan pelbagai motif dan didirikan dengan tiang yang tinggi untuk tujuan keselamatan. _____________________________


SALIN NOTA LUKIS RUMAH MUKA SURAT 4 SALIN LATIHAN DI MUKA SURAT 15 TUGASAN


SEKIAN UNTUK HARI INI TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA PELAJAR SEMUA


Click to View FlipBook Version