The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN Fire Drill 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shaiful Rezal, 2022-07-16 12:42:47

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN Fire Drill 2022

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN Fire Drill 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN RASA
44200 RASA, HULU SELANGOR

PROGRAM JALINAN

2022

0820 Pagi

 Loceng kecemasan dibunyikan
 Berkumpul Di Lokasi Selamat

(Hadapan Dewan Terbuka)
 Guru kelas memeriksa & mengambil

kehadiran murid

0830 Pagi

 Ketibaan Pasukan Bomba & Penyelamat
 Taklimat oleh Pegawai Bomba
 Demonstrasi Alat Pemadam Api
 Pameran Jentera Bomba
 Penyampaian Sijil & Cenderahati
 Bersurai
 Jamuan Ringan

PENGENALAN

Program latihan kebakaran merupakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah, seiring
dengan matlamat sekolah agar murid-murid lebih peka
terhadap keselamatan diri dan juga orang lain terutamanya
apabila berlaku kebakaran

MATLAMAT

Latihan kebakaran lebih memberi fokus kepada
penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan lebih
peka terhadap sekeliling mereka, berakhlak mulia dan
memupuk nilai-nilai murni seperti bantu-membantu. Ia juga
bertujuan agar murid-murid dapat menyesuaikan diri ketika
menghadapi situasi kebakarann yang sebenar.

RASIONAL

Murid-murid dapat menimba

pengalaman melalui latihan kebakaran

yang daOigjaaBlarJnElekKabTnihIFdbaenrwamspeamdbaandtuanmpuerikda-
murid

serta bertindak pantas jika berlaku

kebakaran dalamm situasi sebenar.

SASARAN

Semua murid, guru dan kakitangan
sekolah.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kepekaan murid-murid
dalam situasi sebenar.

2. Menanamkan semangat berani dalam diri
3. Membentuk sahsiah dan membina keyakinan murid.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN APABILA
BERLAKU KECEMASAN

1. Keluar dari bangunan dengan segera.
2. Keluar dengan tenang dan jangan panik.
3. Sila patuhi arahan penyelamat bertugas.
4. Sila turun mengikut laluan kecemasan yang ditetapkan
5. Berkumpul di kawasan lapang.

BALAI BOMBA
KUALA KUBU BHARU

03-6064 1444

PROGRAM JALINAN
DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN
BERSAMA JABATAN BOMBA & PENYELAMAT

(Fire Drill) TAHUN 2022

Jawatankuasa Induk dan Pelaksana :

Pengerusi : Pn. Nor Ashikin bt. Hj. Md Adnan ( Guru Besar )

Timb. Pengerusi : En. Shaiful Rezal b. Azmi ( PK Hem )

Naib pengerusi : Pn. Norakmar Niza bt. Zulkipli ( PK Pentadbiran )

: En. Mohamad Hairil b. Abdul Abbas ( PK Kokurikulum )

Penyelaras : En. Mohd Baharuddin b. Mat Hasan

Pen. Penyelaras : En. Ahmad Najmudin b. Abdullah

Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Kelas
JK Keselamatan & Kecemasan

Loceng : AKP Pejabat

Kawalan Murid (Tapak Perhimpunan) : Guru Kelas & Pembantu Guru Kelas
Semua AJK Unit Disiplin & Pengawas

Jururakam peristiwa : En. Mohd Zaini b. Mat Salleh

Kebersihan : Pekerja Kebersihan Sekolah

Guru Peronda : (Guru Bertugas Mingguan)
1. En. Nursyahmi Fitrie bin Ahmad Wani
2. Pn. Nurul Hainisal bt. Deroni (Tahap 1)
3. Pn. Siti Nor Hafizah bt. Zakaria (Tahap 2)

Pengacara Majlis : Pn. Norashikin bt. Mohd Yusof
(Guru Bertugas Mingguan)
Sijil & Cenderamata
PA Sistem : Pn. Ilyana bt. Abdul Halim
Jamuan
: En. Mohd Nazimi Kiteman bin Ibrahim
Penjaga Masa
Penilai : Pn. Suparela bt. Tasiran
Pn. Ilyana bt. Abdul Halim

: AKP Pejabat

: Pentadbir

Lampiran 1

Lampiran 2

SEKOLAH KEBANGSAAN RASA
LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN

1. Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA BERHENTI latihan mengosongkan bangunan
telah bermula.

2. Semua murid hendaklah:

- Berhenti daripada membuat semua kerja.

- Berdiri dengan tenang.

- Membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap,
tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.

- Mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.

- Guru atau Ketua Kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk menutup
suis dan lampu serta semua pintu.

- Semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.

3. Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka dinasihatkan untuk
menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains.

4. Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. Hanya
dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil.

5. Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat yang telah ditetapkan
dengan kadar segera.

6. Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman murid dalam pergerakan
menyelamatkan diri.

7. Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan (seperti
berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang ditetapkan
untuk bersama-sama dengan murid yang lain.

8. Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut kedudukan seperti yang telah
ditetapkan.

9. Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat mengikut kumpulan kelas masing-
masing. Ketua Kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba di tempat yang
ditentukan.

10. Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah serta-merta
melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.

11. Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Rasa juga harus berada di tapak
selamat.

12. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang
tertinggal.

13. Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.

14. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik ke kelas.

TUGAS GURU KELAS

1. Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.
2. Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan.
3. Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan rekod kedatangan murid.
4. Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat.

TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR
1. Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke tapak selamat
2. Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat

TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS
1. Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang.
2. Tutup semua suis elektrik dan pintu.
3. Iringi murid ke tapak selamat.

Lampiran 3

ATUR CARA PENTADBIRAN

PROGRAM JALINAN
DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN
BERSAMA JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA

(Fire Drill) TAHUN 2022

Tarikh : 19 Julai 2022
Hari : Selasa
Masa : 8.30 pagi

MASA BUTIR-BUTIR AKTIVITI
8.20 pg
▪ Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan.
▪ Panggilan kecemasan ke Balai Bomba.
▪ Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan dan menuju ke tempat

berkumpul seperti yang terdapat dalam Pelan Kebakaran (Kawasan Hadapan
Dewan Terbuka)
▪ Guru Kelas memeriksa kehadiran murid

8.30 pg ▪ Ketibaan Pasukan Bomba.
10.00 pg ▪ Taklimat Keselamatan Kebakaran Oleh Pegawai Bomba
▪ Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak Jabatan Bomba dan

Penyelamat Malaysia
▪ Pameran Kelengkapan Peralatan Memadam Kebakaran (Jentera Bomba)

▪ Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata
▪ Bersurai @ Rehat.
▪ Tetamu dijemput ke jamuan ringan.


Click to View FlipBook Version