The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 0, 2023-06-23 01:18:25

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KE - 47 SKDABB

MESYUARAT AGUNG PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47 2023/2024 SEKOLAH DATO’ ABU BAKAR BAGINDA 43000 KAJANG, SELANGOR. DIRASMIKAN OLEH: TN HAJI ISHAK BIN ABDULLAH KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEPANG TARIKH ____________ 24 JUN 2023 MASA & TEMPAT ____________ 8.30 PAGI DEWAN SKDABB


ATURCARA MAJLIS 2 8.30 pagi -Kehadiran Ibu bapa/penjaga -Ibu bapa/penjaga mengimbas QR Code untuk link group WhatsApp pemilihan AJK PIBG sesi 2023/2024 dan buku program. 8.45 pagi -Kehadiran Perasmi 9.00 pagi -Kata- kata aluan pengacara majlis 9.00 pagi -Nyayian Lagu Negaraku -Bacaan Doa -Ucapan Guru Besar SKDABB Pn Hjh Wan Nor Fadriah binti Wan Idris 10.00 pagi -Ucapan YDP PIBG sesi 2022/2023 Tuan Haji Wan Ahmad Asmady bin Wan Md Din -Ucapan Perasmian Tuan Haji Ishak bin Abdullah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang -Tayangan montaj PIBG -Penyerahan Cenderahati Perasmi dan Ajk PIBG sesi 2022/2023 -Sesi Cabutah Bertuah I 10.30 pagi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 -Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 -Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan PIBG Sesi 2022/2023 -Membentang dan menerima laporan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2022 -Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 -Pelantikan pengerusi sementara -Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 -Membincang dan membahaskan usul -Hal-hal lain -Sesi cabutan bertuah II -Ucapan penangguhan 12.00 -Majlis tamat ATURCARA MAJLIS


ISI KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN 1 Kata-kata Aluan YDP 4 2. Kata-kata Aluan Guru Besar 5 3. Senarai Nama Ahli Jawatankuasa PIBG (2022/2023) 6 4. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat PIBG Kali ke-47 7 - 9 5. Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 10 - 18 6. Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 19 - 21 7. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2022/2023 22 - 23 8. Laporan Sumbangan PIBG 2022/2023 24 9. Laporan Kewangan PIBG 2022 25 - 28 10. Usul dan Cadangan 2023 29 - 37 11. Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG ke-46/2022 38 - 50 12. AJK PIBG 2023/2024 51 - 52 3 ISI KANDUNGAN


KATA-KATA ALUAN YDP PIBG 4 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan segala nikmat yang diberi dapat saya mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak di atas kerjasama yang diberikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawab ke atas kami. Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik sedia terjalin antara warga pendidik dan ibu bapa di sekolah ini bertambah akrab. PIBG adalah satu medium terbaik untuk mengeratkan hubungan dan kesempatan untuk mengetahui perkembangan serta keperluan sekolah. Sebagai YDP PIBG, saya mengakui bahawa guru-guru sudah melakukan yang terbaik dalam mendidik anak-anak supaya tidak keciciran dalam pelajaran. Semangat dan kerjasama ini amat diperlukan bagi memastikan kecemerlangan berterusan buat anak-anak kita. Iusteru, saya merayu ibu bapa agar sentiasa memberi sokongan moral dan material kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berwibawa serta membina syakhsiyyah terpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Permuafakatan, sikap saling membantu dan bekerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan tersebut. Akhir kalam, sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan sebagai tanda ukhuwwah kepada seluruh warga SK Dato’ Abu Bakar Baginda diterajui oleh puan Guru Besar yang bertungkus lumus menjayakan program PIBG dan pihak sekolah. Saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat dari-Nya. SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH HAJI WAN AHMAD ASMADY BIN WAN MD DIN YANG DIPERTUA PIBG SK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA SELANGOR.


KATA-KATA ALUAN GURU BESAR 5 Sekapur Sireh Seulas Pinang Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah setinggi- tinggi rasa syukur kita kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya dapat kita mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda bagi kali yang ke 47 pada tahun 2023 ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan semua ibubapa yang telah melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan agama, bangsa dan negara. Seperti yang kita sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan aktiviti boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sesebuah sekolah Justeru itu, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana PIBG yang sentiasa mwnyokong pihak sekolah dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan. Hasilnya, pihak sekolah berjaya mencapai kecemerlangan dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada tahun ini dan akan datang. InsyaAllah dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu untuk mengharungi cabaran. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga dan AJK PIBG sekolah atas sokongan dan kerjasama selama ini. Sewajarnya perkongsian ini dapat kita teruskan supaya sekolah ini lebih cemerlang pada masa akan datang. Besar harapan saya semoga jawatankuasa PIBG 2023/2024 yang akan dilantik dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan. Sekian, terima kasih. “ GURU MENDIDIK, MURID TERDIDIK ” Salam hormat, Pn Hjh Wan Nor Fadriah Bt Wan Idris Guru Besar / Penasihat PIBG SK Dato’ Abu Bakar Baginda


SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 6 BIL JAWATAN NAMA 1 Penasihat Puan Hjh Wan Nor Fadriah binti Wan Idris 2 Yang Dipertua Tuan Hj Wan Ahmad Asmady bin Wan Md Din 3 Naib Yang DiPertua Encik Mohd Taufik bin Mohd Tasrip 4 Setiausaha Puan Hafizah Husna binti Shafiee 5 Bendahari Encik Norhafis bin Kasimon 6 AJK Guru Encik Arosidin bin Ibrahim 7 AJK Guru Encik Mohd Syami Airi bin Mat Yunoh 8 AJK Guru Puan Maizatul Anam binti Ab Wahab 9 AJK Guru Puan Norhayati binti Omar 10 AJK Ibu Bapa Encik Mohd Malim bin Mondakir 11 AJK Ibu Bapa Puan Rohana binti Talib 12 AJK Ibu Bapa Encik Hamzah bin Isa 13 AJK Ibu Bapa Encik Mohd Helmi bin Jahaya 14 Juru Audit Puan Julia binti Abu Bakar 15 Juru Audit Encik Mohamed Salleh bin Mohamed Sidek


7 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-47 SK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA 2023/2024 SABTU 24 JUN 2023 (8.30 PAGI) Penaung Tuan Haji Ishak bin Abdullah ( Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang) Penasihat Pn Hjh Wan Nor Fadriah binti Wan Idris ( Guru Besar SK Dato’ Abu Bakar Baginda ) Yang Dipertua PIBG Tuan Hj Wan Ahmad Asmady bin Wan Md Din Naib Yang Dipertua PIBG Encik Mohd Taufik bin Mohd Tasrip Setiausaha Agung Puan Hafizah Husna binti Shafiee Bendahari Kehormat Encik Norhafis bin Kasimon


8 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-47 SK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA 2023/2024 SABTU 24 JUN 2023 (8.30 PAGI) Jawatankuasa Guru i. Juruacara / moderator: 1. Pn Nor Azzah binti Abd Aziz 2. Pn Zuria binti Abdullah v. Pencatat Minit: 1. Pn Rohaida binti Mohd Ali (K) 2. Cik Siti Sopia binti Usin 3. Pn Hjh Nor Laili binti Hasim 4. Pn Siti Naddiah binti Sheikh Ahmad ii. Bacaan doa: 1. En Mat Rozi bin Abdullah vi. Sijil AJK PIBG: 1. Cik Hjh Aszoura binti Muhamed Salleh (K) 2. Pn Amiratulizian binti Amir iii. Siaraya & Teknikal: 1. En Mohd Nor bin Jalani (K) 2. En Mohd Idzwan Farees bin Mohd Mohi vii. Cenderamata AJK PIBG: 1. Pn Nur Mardhiah Hayati Ainillah binti Abdullah (K) 2. Datin Seri Farizah binti Che Husin 3. Pn Mahani binti Ramli 4. Pn Suhaila binti Hasan iv. Pendaftaran: 1. Pn Nor Aimi binti Remli (K) 2. Pn Nor Azlina binti Mohd Rohani 3. Pn Zurina binti Ab Hamid 4. Pn Nor Aini binti Ahmad viii. Jamuan AJK PIBG & guru bertugas: 1. Pn Hjh Zainor Yarisah binti Sapari (K) 2. Pn Hjh Halimah binti Sidik 3. Pn Nurul Hidayat binti Ibrahim 4. Pn Siti Dora binti Dollah *Semua Ajk PIBG (ibu bapa)


9 ix. Buku Program: 1. YM Tengku Puteri Nur bt Tengku Adli (K) 2. Pn Aina Madia binti Omar 3. Pn Siti Zaharah binti Mohd Noor 4. Pn Nor Afini binti Mat Nain xiv. Persiapan pentas: 1. Pn Noor Arjuna binti Samsudin(K) 2. Pn Mastura binti Samad 3. En Mohd Syami Airi bin Mat Yunoh 4. Pn Nor Alina binti Ali x. Penyediaan teks ucapan YDP dan GB dalam buku Program: 1. Pn Nurhayati binti Omar(YDP 2. Pn Huraini binti Huzir 3. Pn Juridah binti Abdul Mubin (GB) 4. Pn Siti Badariah binti Mohd Radzi xv. Persiapan tempat: 1. En Muhammad Syibly bin Hussin(K) 2. Pn Syahreena binti Yaakob 3. Pn Kamariah binti Sutar 4. Pn Halimatun Saadiah binti Hassan 5. En Ab Fatah bin Abdullah xi. Usul dan Statistik: 1. Pn Hafizah Husna binti Shafiee (K) 2. Pn Razilah binti Abdul Hamid 3. Pn Mardhiatul Aishah binti Yusoff 4. En Shahrizal bin Ya’am xvi. Publisiti / Banner 1. En Fazirul Affendy bin Sharifuddin(K) 2. En Ahmad Mustaqiem bin Ibrahim xii. Penyediaan slide Tayangan: 1. Pn Masliza binti Mazelan (K) 2. Pn Noor Azah binti Ab Ghani 3. Pn Ida Suryani binti Samat 4. Pn Noresah Hadawiyah bt Bachok @ Makkah xiii. Jurukira undi: 1. En Ismail bin Ramli (K) 2. Pn Muslina binti Mokhtar 3. Pn Siti Nasuha binti Ab Rahman xvii. Fotografi dan dokumentasi: **Fotografi di lokasi mesyuarat: 1. Pn Zalina binti Dzulkifli 2. Pn Maizatul Anam binti Ab Wahab 3. Pn Noor Ashikin binti Mohd Zin ** Dokumentasi: 1. Pn Fairuz Nabilah binti Arif Shah 2. Pn Nurus Syazana binti Abd Wahid 3. Pn Rodziah Hanum binti Mohd Yusof 9


Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 10


11 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 SK Dato’ Abu Bakar Baginda, Sepang Tarikh : 25 Jun 2022 Hari : Sabtu Masa : 8:00 pagi Tempat : Kediaman masing-masing Medium : Google Meet Agenda 1 : Ucapan Guru Besar 1.1 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Tuan Haji Wan Ahmad Asmady bin Wan Md Din selaku YDP PIBG SKDABB, barisan pentadbir, semua Ahli Jawatankuasa PIBG 2021/2022, guru-guru serta semua hadirin yang menghadiri mesyuarat secara maya pada kali ini. 1.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 dan semua penjaga serta ibu bapa yang telah melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan agama, bangsa dan negara. Beliau percaya bahwa semua sedia maklum iaitu PIBG merupakan satu medium yang berkesan bagi menjalinkan hubungan dua hala di antara pihak sekolah dan ibu bapa. Untuk itu, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah.


12 1.3 Puan Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutama AJK PIBG 2021/2022 atas kerjasama dan sokongan kepada pihak sekolah. Puan Guru Besar mengalu-alukan kehadiran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 yang akan dipilih dalam organisasi PIBG SKDABB. Semoga Ahli Jawatankuasa baru dapat meneruskan kerjasama dan sokongan ke arah dengan kecemerlangan SKDABB. 1.4 Beliau juga menyatakan kesyukuran dan ucapan terima kasih kerana PIBG sentiasa memberikan sokongan dan komitmen dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ini selari dengan matlamat program Tranformasi Sekolah iaitu TS25 yang dilaksanakan oleh KPM dan SKDABB adalah salah sebuah sekolah TS25. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid-murid. Hasilnya pihak sekolah berjaya mencapai kecemerlangan dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Harapan beliau semoga, kecemerlangan ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Untuk itu, PIBG seharusnya bergerak seiring. 1.5 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru dan ibu bapa yang telah banyak memberikan sumbangan dan kerjasama yang jitu kepada pihak sekolah. Beliau juga memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap daripada pihak sekolah, pentadbiran, guru-guru, dan AJK PIBG kepada semua pihak termasuk kepada anak-anak. Agenda 2 : Ucapan Aluan Yang DiPertua PIBG : Tuan Haji Wan Ahmad Asmady bin Wan Md Din 2.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan hadirin atas kehadiran ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 secara dalam talian pada hari ini.


13 2.2 Beliau turut menyatakan bahawa mesyuarat kali ini akan membentangkan aktiviti-aktiviti, kedudukan kewangan PIBG beserta usul-usul yang dikemukakan oleh ibu bapa dan penjaga untuk dipertimbangkan pelaksanaannya pada sesi yang akan datang. 2.3 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberikan sepenuhnya kerjasama kepada PIBG. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan kepada ibu bapa yang telah menyumbangkan tenaga, kewangan dan sokongan secara langsung atau tidak dalam menjayakan segala aktivti yang telah dirancang. 2.4 Beliau juga berharap agar ibu bapa dapat terus menyumbangkan idea, tenaga dan masa dalam membantu anak-anak di SK Dato Abu Bakar Baginda ini. 2.5 Dengan lafaz Bismillah, beliau merasmikan mesyuarat PIBG SKDABB sesi 2022/2023. Agenda 3 : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45. 3.1 Puan Amiratul Izian bt Amir selaku Setiausaha PIBG sesi 2021/2022 membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-45 untuk disahkan. Minit berkenaan terkandung di dalam buku mesyuarat yang telah diedar secara softcopy. Cadangan disahkan oleh : Puan Rosmaniza Disokong oleh : Puan Rohana binti Talib


14 Agenda 4 : Perkara Berbangkit Tiada Agenda 5 : Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG sesi 2021/2022. 5.1 Encik Norhafis bin Kasimon selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan tahunan PIBG sesi 2021/2022 yang berakhir pada 31 Disember 2021. Cadangan disahkan oleh : Puan Azwanis binti Azemi Disokong oleh : Encik Kama Azizi Kamaruzaman Agenda 6 : Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022. 6.1 Tuan Haji Wan Ahmad Asmady bin Wan Md Din selaku Yang Dipertua PIBG sesi 2021/2022 mengucapkan terima kasih kepada semua AJK sesi 2021/2022 atas kerjasama, sokongan dan khidmat yang telah dicurahkan selama ini. 6.2 Mesyuarat dengan rasminya membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022.


15 Agenda 7 : Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 7.1 Pengerusi Majlis selaku Pengerusi sementara, Puan Nor Azzah binti Aziz memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 yang telah dibuat undian dan dipilih secara maya. Penasihat : Puan Hjh Wan Nor Fadriah binti Wan Idris (Guru Besar) Yang Dipertua : Tuan Hj Wan Ahmad Asmady bin Wan Md Din N/Yang DiPertua : Encik Mohd Taufik bin. Mohd Tasrip Setiausaha : Puan Hafizah Husna binti Shafiee Bendahari : Encik Norhafis bin Kasimon AJK Guru : Encik Arosidin bin Ibrahim Encik Mohd Syami Airi bin Mat Yunoh Puan Maizatul Anam binti Ab Wahab Puan Norhayati binti Omar AJK Ibu Bapa : Encik Mohd Malim bin Mondakir Puan Rohana binti Talib Encik Hamzah bin Isa Encik Mohd Helmi bin. Jahaya Juru Audit : Puan Julia binti Abu Bakar Encik Mohamed Salleh bin Mohamed Sidek


16 Agenda 8 : Perbincangan Usul 8.1 Tuan Hj Wan Ahmad Asmady membacakan usul-usul yang diterima untuk dibincangkan dalam mesyuarat kali ini. (dilampirkan dalam Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46) 8.2 USUL TAMBAHAN : 8.2.1Encik Syami Airi menyatakan kebimbangannya berkenaan longkang di pagar pintu C yang tidak bertutup. Situasi tersebut berkemungkinan boleh membahayakan murid-murid, terutama murid tahun 1 yang balik menggunakan pintu C. Beliau mencadangkan sekiranya longkang tersebut dapat ditutup demi keselamatan anak-anak. Memandangkan longkang tersebut berada di luar kawasan sekolah, Tn. Hj Wan Ahmad Asmady memberikan respon bahawa pihak PIBG akan cuba berhubung dengan pihak Majlis Perbandaran Kajang bagi mendapatkan solusi terbaik bagi menangani hal tersebut. 8.2.2Puan Norafiza mencadangkan penggunaan locker di sekolah bagi mengatasi masalah bebanan beg berat anak-anak. Puan Guru Besar membalas cadangan tersebut dengan menyatakan bahawa sekolah tiada ruang untuk melaksanakan cadangan tersebut. Pihak sekolah akan cuba menyusun semula jadual pembelajaran untuk mengurangkan subjek untuk sehari sekaligus meminimakan kuantiti buku yang akan dibawa pada setiap hari.


17 Agenda 9 : Hal-hal Lain 9.1 Encik Firdaus memohon agar pihak sekolah menyediakan program persediaan bagi murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi ujian kelayakan untuk masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan MRSM. 9.2 Encik Mohd Taufik b. Mohd Tasrip memberikan sedikit penerangan berkenaan permohonan ke sekolah khusus dan pendedahan aspek-aspek persediaan yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa. 9.3 Encik Kama Azizi memohon jasa baik dan keprihatinan semua ibu bapa dan penjaga agar tidak meletakkan kenderaan berhampiran dengan pintu A sewaktu menghantar atau menjemput anak dari sekolah. Keadaan tersebut boleh menghalang pandangan pemandu yang hendak keluar dari sekolah untuk melihat kenderaan sekaligus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Cadangan beliau agar pihak sekolah meletakkan kon di lokasi berkenaan.


18 Agenda 10 : Ucapan Penangguhan 10.1 Tuan Hj Wan Ahmad Asmady mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa hadir pada hari ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada AJK PIBG yang sebelum ini dan kepada AJK PIBG yang baru dilantik. 10.2 Beliau juga berharap agar ibu bapa terus memberikan sokongan dan sumbangan sama ada berbentuk buah fikiran, tenaga dan kewangan bagi memastikan semua akiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. 10.3 Beliau juga memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang beliau menerajui PIBG SKDABB sebelum ini dan juga sekiranya terdapat kekurangan sepanjang mesyuarat ini dijalankan. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar, guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru atas kerjasama yang diberikan. Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-46 ditangguhkan pada pukul 11:40 pagi. Disediakan oleh: Disemak oleh: ……………………………… ………………………………… (HAFIZAH HUSNA BT SHAFIEE) (HJ WAN AHMAD ASMADI Setiausaha PIBG SKDABB WAN MD DIN) YDP PIBG SKDABB Disahkan oleh: ………………………………………………………….. (PN HJH WAN NOR FADRIAH BT WAN IDRIS) Penasihat PIBG SKDABB


19 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023


20 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1. GOTONG-ROYONG DAN KHIDMAT MASYARAKAT Gotong-royong diadakan untuk membersihkan kawasan dan menceriakan keadaan di sekeliling kawasan sekolah. 1 Julai 2022 2. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA SKDABB 2022 Pihak sekolah, pihak PIBG dan pihak kantin bersama-sama dan bertungkus lumus memasak juadah untuk sambutan Hari Raya Aidiladha dan dapat mengeratkan hubungan silaratulrahim antara guru-guru, pihak kantin dan pihak PIBG 13 Julai 2022 3. PENARAFAN IMARAH SURAU AL-FALAH SKDABB Pihak sekolah dan pihak PIBG memberi sokongan penuh kepada guru-guru yang terlibat dalam pertandingan Penarafan Imarah Surau Al-Falah 14 Julai 2022 4. SUKAN TAHUNAN SKDABB 2022 KALI KE-39 Temasya sukan yang diadakan setiap tahun untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam bidang sukan. Pihak Sekolah dan PIBG sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pelajar yang aktif dalam bidang sukan. 21 Julai 2022 5. PEMBINAAN DATARAN BERBUMBUNG Pihak sekolah dan pihak PIBG sentiasa mengambil maklum dan meninjau perkembangan pembinaan dataran berbumbung di SKDABB 2 Ogos 2022 hingga Jun 2023 6. PERJUMPAAN ANTARA PIHAK SEKOLAH, PIBG DAN PENGUSAHA KANTIN Pihak sekolah dan pihak PIBG bersama-sama berbincang dengan pihak kantin menyelesaikan isu-isu yang sering dibangkitkan berkaitan isu kantin sekolah 8 Ogos 2022


21 7. PROGRAM KECEMERLANGAN MURID TAHUN 6 Pihak sekolah menjemput salah seorang wakil PIBG untuk memberi ceramah motivasi dan menyuntik semangat pelajar-pelajar tahun 6 untuk peningkatan akademik dan sahsiah pelajar. 30 Ogos 2022 8. PERKHEMAHAN MINI PERINGKAT SEKOLAH Pihak sekolah dan pihak PIBG bersama-sama membantu menjayakan perkhemahan mini peringkat sekolah bagi menyuntik semangat para pelajar dalam kokurikulum 28 Januari 2023 9. HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH SKDABB Memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan. 16 Februari 2023 10. MAJLIS HI TEA AKHIR SESI 2022/2023 Meraikan guru-guru sempena majlis HI TEA yang dikendalikan oleh KGK sekolah dan ini dapat mengeratkan hubungan guru-guru dan pihak PIBG. 16 Februari 2023 11. MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA, NEGARA SEJAHTERA Program yang diadakan sempena pembukaan sekolah sesi 2023/2024. Antara program yang dibuat adalah senamrobik, gotong-royong membersihkan kelas dan lain-lain. Program ini disertai oleh pelajar-pelajar, guru-guru dan ibubapa. 20-24 Mac 2023 13. PROGRAM IHYA RAMADAN DAN SUMBANGAN BAKUL RAMADAN Penyampaian Bakul Ramadan telah melibatkan 85 keluarga iaitu dari 79 keluarga murid-murid SKDABB dan 9 keluarga pekerja yang kurang berkemampuan. Pihak sekolah dan PIBG bersama-sama menjayakan program ini. 18 April 2023 14. PENYEDIAAN TABUNG KHAS DAN BENCANA Tabung khas dan bencana diadakan adalah untuk meringankan beban keluarga yang telah mengalami kesusahan seperti tanah runtuh dan banjir. Sepanjang Tahun


22 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2022/2023


23 Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Dato’Abu Bakar Baginda telah berkesempatan mengadakan Mesyuarat sebanyak 4 kali selepas Mesyuarat Agung yang diadakan pada 25 Jun 2022. Tarikh mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi sesi 2022/2023 yang diadakan adalah seperti berikut: Mesyuarat di atas diatur bagi membincangkan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dan PIBG. Ini bertujuan bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Bil. Mesyuarat Tarikh Hari Masa 1. Bil. 1 20 Ogos 2022 Sabtu 9:00 pagi - 1:00 petang 2. Bil. 2 7 Januari 2023 Sabtu 9:00 pagi - 1:00 petang 3. Bil. 3 15 Mei 2023 Isnin 8:45 malam - 11: 45 malam 4. Bil. 4 16 Jun 2023 Sabtu 8:30 pagi - 1:00 petang Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2022/2023


24 LAPORAN SUMBANGAN PIBG 2022/2023 AKTIVITI / SUMBANGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH PIBG BERSAMA PIHAK SEKOLAH SEPANJANG SESI 2022/2023 1. Sumbangan untuk Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 2. Sumbangan untuk Sukan Tahunan SKDABB 3. Sumbangan untuk Karnival Matematik Peringkat Sekolah Daerah Sepang. 4. Sumbangan untuk Program Kem Bestari Solat 5. Sumbangan untuk gotong royong SKDABB 6. Sumbangan untuk Program Bridge Building 2022. 7. Sumbangan untuk watikah perlantikan TKRS 8. Sumbangan untuk Hari Anugerah Kecemerlangan dan Sijil Tamat Sekolah.


25 Laporan Kewangan PIBG 2022


26


27


28


29 1 USUL JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 Ø Sumbangan PIBG Cadangan mengekalkan sumbangan PIBG bagi tahun 2023/2024 sebanyak RM 50 untuk satu keluarga. Ø Lembaran Kerja -Kertas A4 Cadangan sumbangan lembaran kerja sebanyak RM 25 untuk satu keluarga. Ø Sumbangan Penapis Air Coway Cadangan sumbangan penapis air Coway untuk bekalan minuman air bersih dan sihat kepada murid-murid sebanyak RM 10 untuk satu keluarga. Ø Sumbangan Pembantu Trafik Sumbangan Pembantu Trafik yang akan menjaga trafik ketika murid pulang sekolah sebanyak RM 15 untuk satu keluarga. 2 Tabung Sumbangan Penyelenggaraan Cadangan mewujudkan satu tabung untuk penyelenggaran tandas dan keceriaan sekolah. USUL / CADANGAN (AJK PIBG SESI 2022/2023)


30 1 Urusan Pendaftaran Perlu ada keseragaman dalam urusan pendaftaran sekolah. Anisa Nadhira Anuar Jawapan Prosedur yang berkaitan urusan pendaftaran sekolah telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 2 Bilik Darjah Cadangan meletakkan kipas berdiri di dalam bilik kelas. terdapat pelajar yang duduk jauh dari kipas siling Mohd Nasir Bin Nawawi Jawapan Kipas berdiri akan membahayakan murid, dan akan melibatkan pemasangan wiring eletrik yang berlebihan dan pihak JKR tidak membenarkan pihak sekolah berbuat demikian. 3 Laluan Pejalan Kaki ➢ Cadangan untuk hantar permohonan kepada pihak berkuasa terlibat bagi membaiki laluan pejalan kaki di luar kawasan sekolah, ditambah pagar keselamatan dan bumbung untuk kurangkan risiko hujan/panas terutamanya pada kanak-kanak. keselamatan kanak-kanak mesti diutamakan. Wan Siti Nur'Ain Binti Omar ➢ Keselamatan Anak-Anak Muhammad Hafidz Bin Ramli Jawapan Pihak sekolah dan pihak PIBG telah menghantar surat kepada JKR dan JKR memaklumkan cadangan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan ruang. Ini disebabkan sekolah kita berada di jalan utama. 4 Pagar C ➢ Saya amat berharap gate C di buka untuk hantar dan ambil anak seperti sebelum ni. penutupan gate C menyebabkan kesesakan lalulintas lampu isyarat dan berbahaya kepada pengguna jalanraya dan anak-anak sekolah khasnya. Suhaila E.Sulong ➢ Supaya pintu C dibuka semula semasa hantar dan ambil anak seperti sebelum ini. Tumpuan hanya pada pintu A menyebabkan kesesakan lalulintas di hadapan sekolah serta membahaya pengguna jalan raya yang lain. Mohd Hizamudin Ahmad Nasir Jawapan Pintu C akan dibuka apabila dewan berbumbung diserahkan kepada pihak sekolah. Buat masa ini kita masih menunggu penyerahan dewan berbumbung daripada Jabatan Pendidikan Selangor. USUL / CADANGAN (IBU BAPA HADIR)


31 5 Akademik 1) Mencadangkan supaya kertas pentaksiran/kertas ujian yang telah ditanda oleh guru diberikan kepada ibu bapa supaya ibu bapa boleh turut sama memantau perkembangan pelajar. penilaian berdasarkan TP adalah terlalu umum dan ibu bapa tidak pasti sejauh mana pemahaman pelajar terhadap subjek. Jawapan Kertas ujian akan diberikan semula kepada murid selepas sesi perbincangan di dalam kelas. Sekiranya ada sebarang kelemahan, pihak sekolah akan menambahbaik perkara ini. 2) Mencadangkan supaya SKDABB menghantar pelajar untuk memasuki pertandingan yang diiktiraf oleh kpm seperti kangaroo math / public speaking competition / pertandingan sukan untuk membentuk keyakinan diri pelajar. Jawapan Pemakluman mengenai pertandingan dimaklumkan oleh guru kelas melalui Whatsapp kelas masing-masing. Namun begitu pihak sekolah akan sentiasa membuat hebahan dari semasa ke semasa. Segala bentuk pertandingan masih belum dilaksanakan secara fizikal. 3) Mencadangkan supaya para guru memberikan makluman awal kepada ibu bapa sekurang-kurangnya dua hari sebelum bagi sebarang aktiviti bilik darjah yang memerlukan ibu bapa menyediakan keperluan/peralatan tertentu. Jawapan Pihak sekolah akan cuba menambah baik makluman awal selepas ini. 4) Mencadangkan supaya SKDABB mengadakan kerjasama strategik dengan universiti-universiti awam mahupun swasta yang berdekatan seperti upm, ukm dsb. bagi penganjuran sebarang program/aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada perkembangan pelajar. Mohd Najyasyraf Bin Hussin Jawapan Pihak sekolah mengalu-alukan kerjasama ibubapa yang mempunyai jaringan dengan IPTA/IPTS untuk membantu penganjuran program dengan pihak sekolah. USUL / CADANGAN (IBU BAPA HADIR)


32 USUL / CADANGAN (IBU BAPA HADIR) 6 Ruangan Menunggu ➢ Bina petak kuning (KOSONGKAN) di hadapan pintu kecil di laluan masuk pejalan kaki ke sekolah di pintu A. Ibubapa hanya dibenarkan drop off atau turunkan anak dan ambil anak sahaja tanpa boleh menunggu anak di dalam kereta. Sikap Ibubapa meletakkan kenderaan dan menunggu di pintu kecil masuk pejalan kaki di pagar A menyebabkan ibubapa lain berhenti jauh dari laluan pintu masauk. Keadaan ini membahayakan keselamatan anak2 dan menyumbang kepada kesesakan lalulintas. Mohd Hizamudin Ahmad Nasir Jawapan Ruangan pejalan kaki adalah di bawah kuasa JKR dan kawasan adalah amat terhad. ➢ Mohon bina tempat khas menunggu berbumbung untuk murid di sebelah kantin Ahmad Mustaqiem Ibrahim Jawapan Kawasan tersebut tidak boleh digunakan kerana tempat itu khas untuk kawasan permainan anak-anak Pra sekolah. 7 Waktu Persekolahan ➢ Mohon kajian waktu mula dan tamat persekolahan agar kenderaan tidak sesak kerana pertembungan sesi pagi dan petang. contoh : 30 minit jurang masa antara waktu tamat sesi pagi dan waktu masuk sesi petang. mohon juga waktu tamat persekolahan seragam pada setiap hari contoh : 610 petang sesi petang pada setiap hari. Muhd Ikmal Fairuz Bin Muhammad Noor ➢ Selaraskan waktu balik sekolah. Nur Atiqah Binti Othman Jawapan Keseragaman masa tertakluk kepada jadual waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.


33 8 Isu Sampah ➢ Sediakan Rumah Sampah Berhampiran Pintu B. Muhammad Azharuddin Shah Bin Shukri Jawapan Cadangan sangat bagus dan boleh dipertimbangkan. Boleh diwujudkan satu tabung khas iaitu Tabung Rumah Sampah sekiranya ibubapa ingin memberi sumbangan. ➢ Terdapat masalah di pintu pagar B, di mana tong sampah besar tidak bertutup dan bau yang busuk.mohon tindakan dari sekolah kerana sangat tidak bagus dan imej sekolah buruk Mohd Nor Amin Jawapan Pihak sekolah akan memaklumkan kepada pihak kantin supaya mengikat dengan kemas sampah-sampah yang dibuang dan akan berhubung dengan pihak Majlis Daerah Sepang tentang isu ini. ➢ Sekolah harus membuat peraturan yang ketat bagi warga sekolah yang suka membuang sampah merata rata Zarina Bt Mohd Jani Jawapan Pihak sekolah sentiasa mengingatkan warga sekolah dan mohon pada ibubapa juga untuk sentiasa memberi nasihat dan pesanan mengenai penjagaan kebersihan. 9 Kokurikulum ➢ Saya ingin bertanya, adakah cara terbaik untuk adakan hari kokurikulum bukan waktu persekolahan di mana mengganggu waktu persekolahan rendah agama.. Nur Nabiha Binti Abd Razak Jawapan Pihak sekolah dan pihak sekolah agama telah bersetuju mengenai jadual tersebut. USUL / CADANGAN (IBU BAPA HADIR)


34 10 Kantin ➢ Pelbagaikan Makanan Berkhasiat Di Kantin Sekolah Anisah Binti Seman @ Abdullah /Ahmad Fairuz Bin Abdul Hamid Jawapan Pihak sekolah sentiasa mengingatkan kepada pihak kantin supaya menyediakan menu-menu yang berkhasiat seperti mana yang telah ditetapkan oleh kementerian. ➢ Makanan Sekolah Mendapat Subsidi Mohd Nizar Jawapan Pihak sekolah ada memberi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada pelajar yang layak. ➢ Asingkan setiap (aliran) untuk rehat di kantin, atau banyakkan line untuk membeli supaya anak dapat makan semasa rehat. beri senarai harga makanan, pintu tandas tak boleh kunci. Norhidayah Binti Muhammed Ibarim Jawapan Masa yang ditetapkan waktu rehat selama 20 minit adalah berdasarkan peraturan pekeliling yang sedang berkuatkuasa. Ruangan untuk perbanyakkan barisan adalah amat terhad. Senarai harga makanan telah disediakan oleh pihak kantin. Pihak sekolah dalam proses membaiki pintu tandas yang tidak boleh dikunci. 11 Tandas ➢ Mohon baiki paip bocor, air takde & pintu tandas di Blok B yang sudah uzur Mohd Borhan b. Ab. Rahman Jawapan Paip yang bocor sudah dibaiki, pintu tandas akan dibaiki secepat mungkin. ➢ Mencadangkan supaya SKDABB memupuk budaya kebersihan penjagaan tandas dalam kalangan pelajar selaras dengan kempen kerajaan supaya tandas sentiasa berada dalam keadaan Bersih, Menawan dan Wangi (BMW). Selain itu, peralatan tandas yang rosak perlu diganti. PIBG boleh membuat kutipan sumbangan ibu bapa untuk tujuan tersebut. Mohd Najyasyraf Bin Hussin Jawapan Cadangan yang sangat bagus dan akan dipertimbangkan cadangan ini. USUL / CADANGAN (IBU BAPA HADIR)


35 12 Loker ➢ Mohon untuk anak-anak tinggalkan buku sekolah di loker. Siti Norjannah Binti Johari Jawapan Loker untuk murid tahun 1 dan tahun 2 sudah disediakan oleh KPM, murid-murid dibenarkan menyimpan buku didalamnya. 13 Sukan ➢ Tambah sukan tempur sebagai salah satu pilihan. Muhammad Shafiq bin Mezan Jawapan Sukan ini tiada dalam kalender KPM, manakala sukan tempur (mempertahankan diri) seperti taekwando adalah dibenarkan dan sedang dijalankan oleh pihak sekolah. 14 Tabung Sumbangan ➢ Wujudkan tabung sumbangan murid-murid kepada guru bagi menghargai jasa-jasa guru-guru mendidik anak-anak. Tempoh simpanan tabung adalah selama 1tahun. Contoh 1sekolah ada 1000 orang pelajar, sekiranya 1minggu seorang pelajar menyumbang RM1 bersamaan dengan RM1000, untuk sebulan ada 4 minggu jadi jumlah untuk sebulan bersamaan RM1000 x 4minggu = RM4000. Sekiranya disimpan selama 1 tahun bersamaan RM4000 x 12bln = RM48 000. Jumlah keseluruhan tabung selama 1thn boleh disumbangkan kepada guru dengan menghantar guru-guru mengerjakan Umrah. Dengan Kadar semasa harga Umrah RM7k@8k boleh mnghantar seramai 6 orang guru. Mohd Noor Syazuan bin Che Omar Jawapan Cadangan jenis sumbangan ini tidak dibenarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaubagaimanapun, murid-murid digalakkan menabung sendiri dengan bimbingan ibu bapa untuk kegunaan sendiri. USUL / CADANGAN (IBU BAPA HADIR)


36 1 Solat ➢ Mengadakan sesi solat untuk murid. Syafarah Shahrudin Jawapan Jadual solat telah disediakan dan ditampal di setiap kelas terutama untuk sesi petang. 2 Tandas ➢ Kebersihan Tandas. Nur Azila Jawapan Untuk makluman jadual pembersihan tandas dilakukan sebanyak 2 kali sehari, dan pihak sekolah akan memastikan pihak pembersihan sentiasa membuat kerja mengikut jadual. 3 Keceriaan Kelas ➢ Saya mencadangkan,untuk meminta bantuan ibu bapa untuk menghias kelas (bergotong-royong), untuk menarik minat anak². Roslinda Adam Mohd Jawapan Cadangan yang sangat bagus dan pihak sekolah mengalu-alukan penglibatan ibubapa untuk menghias kelas. Pihak sekolah bercadang akan mengadakan gotong royong pada 12 Ogos 2023. 4 Keceriaan Sekolah ➢ Mural dinding sekolah bahagian tangga. Safwan bin Mohammad ➢ Taman herba mini & tandas ceria. Norhayati Binti Md Khalid Jawapan Cadangan ini terbuka kepada ibubapa jika ibubapa ingin menyumbang dalam bentuk kewangan, bahan dan tenaga kerja. Pihak sekolah tiada halangan dan tindakan diserahkan kepada ibubapa melalui KSIB. USUL / CADANGAN (IBU BAPA TIDAK HADIR)


37 5 Kantin ➢ Isu harga makanan kantin, jajan yang dijual dikantin, harga biskut yang tidak masuk akal. tak ada yang menjaga di kantin. Berebut-rebut. anak saya selalu tidak sempat membeli. katanya orang berebut-rebut. dia kena tolak. last habis waktu rehat. dia tak dapat membeli. mohon ada cikgu yang pantau waktu rehat dikantin. atau pengawas sekolah turun awal sikit untuk jaga kantin. apa fungsi pengawas sekolah kalau tidak bantu dari segi ni. Nor Sabiha Jawapan Pihak sekolah akan mempertingkatkan pengawasan oleh pengawas sekolah dan guru bertugas sewaktu rehat agar perkara ini tidak berlaku lagi. ➢ Makanan harian ditempah awal seperti waktu Covid. Mohamad Hamizudin Bin Che Othman Jawapan Cadangan tersebut tiada keperluan buat masa ini. Akan tetapi ibubapa yang ingin menempah makanan boleh berurusan terus dengan pihak kantin. ➢ Pastikan kantin tidak menjual makanan ringan kepada pelajar (harga mahal & tidak berkhasiat). Mohd Hisham bin Samanal ➢ Mohon pantau harga makanan di kantin dan susun atur murid-murid semasa membeli supaya tidak berebut. ➢ Mohon pantau kualiti makanan dengan baik dan seimbang. Nursyahidatulnatasyha Jawapan Pihak sekolah sentiasa memberi peringatan dan memantau dari semasa ke semasa kepada pihak kantin. 6 Waktu Pulang ➢ Kalau musim hujan , mohon keluar kan murid-murid sesi petang lebih awal atau 10 minit sebelum hujan lebat atau guruh kuat. Kerana keadaan di jalan raya besar akn menjadi jem atau masing2 kelam kabut mencari anak-anak ketika hujan dan kesian murid-murid akan terkena hujan lebat. Nursyahidatulnatasyha Jawapan Keseragaman masa tertakluk kepada jadual waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. 7 Loker ➢ Mohon sediakan loker untuk pelajar tahun 3 atau parent bagi duit untuk beli rak supaya dapat tinggalkan buku teks di sek. Beg tahun 3 dan ke atas terlalu berat tidak sesuai dengan berat badan pelajar. Mohd Hisham bin Samanal Jawapan Pihak Kementerian Pendidkan Malaysia menyediakan loker hanya untuk pelajar tahun 1 dan 2 sahaja.


38 Kehadiran Mesyuarat PIBG Ke-46 2022/2023


KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 2022/2023 BIL NAMA GURU / AKP 1 ZALINA BT DZULKIFLI 2 NURUL HIDAYAT BINTI IBRAHIM 3 HALIMAH BINTI SIDIK 4 ISMAIL BIN RAMLI 5 SYAHREENA BINTI YAAKOB 6 MAIZATUL ANAM BINTI AB WAHAB 7 NOR AFINI BINTI MAT NAIN 8 KAMARIAH BT SUTAR 9 HAFIZAH HUSNA BINTI SHAFIEE 10 FAIRUZ NABILAH BINTI ARIF SHAH 11 MAZIAH BINTI CHE MUSA 12 SITI NUR SANAA BT JOHARI 13 HURAINI BINTI HUZIR 14 NORESAH HADAWIYAH BT BACHOK@MAKKAH 15 NOOR ARJUNA BINTI SAMSUDIN 16 IDA SURYANI BINTI SAMAT 17 JURIDAH BT ABDUL MUBIN 18 MARDHIATUL AISHAH BINTI YUSOFF 19 NURUS SYAZANA BINTI ABD WAHID 20 SITI BADARIAH BINTI MOHD RADZI 39


BIL NAMA GURU / AKP 21 SITI DORA BT DOLLAH 22 NOOR AZAH BINTI AB GHANI 23 WAN NOR FADRIAH BINTI WAN IDRIS 24 NOR AINI BINTI AHMAD 25 AMIRATULIZIAN BINTI AMIR 26 MAHANI BINTI RAMLI 27 MOHAMMAD IDZWAN FAREES BIN MOHAMAD MOHI 28 NOOR ASHIKIN BINTI MOHD ZIN 29 NORHAFIS BIN KASIMON 30 FARIZAH BINTI CHE HUSSIN 31 SITI SOPIA BINTI USIN 32 NOR AZLINA MOHD ROHANI 33 THOHIRAH BINTI ABD RAHMAN 34 NOR LAILI BINTI HASIM 35 AB FATAH BIN ABDULLAH 36 NURHAYATI BINTI OMAR 37 MOHD SYAMI AIRI BIN MAT YUNOH 38 ROSMANI BINTI MAT ISA 39 ZURIA BINTI ABDULLAH 40 MASTURA BINTI SAMAD 41 TENGKU PUTERI NUR BINTI TENGKU ADLI 42 SITI NASUHA BT AB RAHMAN 43 ZURAINI BINTI JUSOH 40


BIL NAMA GURU / AKP 44 MUHAMMAD SYIBLY BIN HUSSIN 45 NURUL FAISZA BINTI MOHAMMAD 46 AHMAD MUSTAQIEM BIN IBRAHIM 47 MASLIZA BINTI MAZELAN 48 FAZIRUL AFFENDY BIN SHARIFUDDIN 49 SUHAILA BINTI HASAN 50 AINA MADIA BINTI OMAR 51 ROHAIDA BINTI MOHD ALI 52 ASZOURA BINTI MUHAMED SALLEH 53 SHAHRIZAL BIN YA'AM 54 ZAINOR YARISAH BINTI SAPARI 55 MUSLINA BINTI MOKHTAR 56 SITI MANIRAH BINTI CHE ISMAIL 57 ZURINA BINTI AB. HAMID 58 HALIMATUN SAADIAH BT HASSAN 59 RODZIAH HANUM BINTI MOHD YUSOFF 60 NAZAITUL SHIMA BINTI RAHAMAT 41


BIL NAMA IBUBAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS 1 NUR NABIHA BINTI ABD RAZAK NUR MUHAMMAD AYMAN 3 MAWADDAH 2 HAIZAN BIN ABD RAZAK ADHWA HAFIY BIN HAIZAN 4 MAWADDAH 3 FARIDAH AMNI BINTI TAHIRON ANA TAQIYYA BINTI IZATUL LAIL 6 HIDAYAH 4 CHE AMAT BIN CHE YEM MUHAMMAD QKHAL QKHALIF BIN CHE AMAT 5 HIDAYAH 5 MAZIAH BINTI CHE MUSA ZAIDAN ZIDANE ASYRAF 6 MAWADDAH 6 ROSMAWATI BINTI CHE WELL NUR ZULAIKHA BATRISYIA BINTI ZULKEFLI 5 MAWADDAH 7 NORRASHIDAH TUMIJAN AINUR FAREEHA MOHAMAD SYAFIQ 5 MAHABAH 8 REYDA MAHFOUDZ BIN ABD RAHIM ADWA RIEZQAH BINTI REYDA MAHFOUDZ 1 HIKMAH 9 MARIAM BINTI ABD WAHAB ALTAF ZIYAD BIN MOHAMAD ZAID 3 MAWADDAH 10 AHMAD KAMIL BIN AHMAD NAZIR AHMAD DAIM DANIAL BIN AHMAD KAMIL 3 HIKMAH 11 KHAIRUL NASARUDEEN MOHAMED JOHARI MUHAMMAD UL HAQ B KHAIRUL NASARUDEEN 1 HIDAYAH 12 ABDULLAH BIN SALLEH NUR HANANI BINTI ABDULLAH 5 MAWADDAH 13 RODZI BIN BASNIH MUHAMMAD RAEES BIN RODZI 5 MAWADDAH 14 ROHANI MD JUNID RAUDHATUL JANNAH BINTI RODZI 3 HIDAYAH 15 NORAFZAN BINTI MOHD HASHIM MUHAMMAD AMSYAR RAYYAN BIN MOHD AFIZUL KAMAL 5 MAWAADAH 16 SITI FATIMAH BINTI HUSAIN KHAN BIN NAZRI 5 MAWADDAH 17 C W NORFATIHA BINTI C W MUHAMUD WAN DHIA HAZIQAH BINTI WAN MOHAMAD HAZLANIZAM 1MAHABBAH 42


BIL NAMA IBUBAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS 18 NATASHA NORASHIKIN QALESYA QAISARA BINTI USMAN 5 MAWADDAH 19 MUHAMMAD SHAFIQ BIN MEZAN HANA INSYIRAH BINTI MUHAMMAD SHAFIQ 3 HIDAYAH 20 SUHAIMI BIN ABD JALIL DHIA AZ-ZAHRA BINTI SUHAIMI 5 MAWADDAH 21 ARNIE JUBIRIN / KHAIRUL ANHAR ATIQA MAHIRAH 6 HIDAYAH 22 MOHD NASIR BIN NAWAWI MUHAMMAD ARYAN HARRAZ BIN MOHD NASIR 6 HIKMAH 23 ABDULLI BIN SAMIANI MUHAMMAD AZAM ADAM BIN ABDULLI 6 MAWADDAH 24 HAZLINA BINTI HANAFI AYRA ZULAIKHA BINTI MOHD KHAFIZ 2 MAWADDAH 25 RUSYDIE HUSAIN MUHAMMAD FAWWAZ BIN MD HUSAIN 2 HIKMAH 26 SITI NUR SARAH AIMI BALQIS & AUNI BALQIS 5 HIKMAH 27 NOORLIYANA BT. M.SAHARUDIN NOORKAWTHAR KHALISHA BT MOHD SHAHRUL NIZAM 2 HASANAH 28 NORHAFIZ AZIS AMMAR ZAFRAN 3 HIKMAH 29 MUHAMMAD SYUKRI BIN ZAINAL ISYRAF NAJWAN BIN MUHAMMAD SYUKRI 1 MAWADDAH 30 NURHAFIZAH BT ALI SOFEA DARMIA BINTI ANUAR 3 HASANAH 31 NURULJANNA BINTI KARTON ISYRAF NAJWAN BIN MUHAMMAD SYUKRI 1 MAWADDAH 32 ASRIAH BINTI AHMAD MUHAMMAD QARLIFF ARSYAD BIN SAHDALI 1 MAHABBAH 33 BUZIAH BINTI LAHMAT NUR BADZLINA BINTI MOHD RISHAM 4 HASANAH 34 RAFIK B MAT JURI AFFAN RAYYAN B RAFIK 2 HASANAH 43


BIL NAMA IBUBAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS 35 NARULLITA BINTI NORIN ANGGUN IZZARA UMAIRAH BINTI MOHAMAD ZAIHAN 3HIDAYAH 36 NIK HASLINDA BT NIK PA MIZA SYAZWANI BT ZAILAN AKMAM 5 MAHABBAH 37 HASNILIYANA BINTI HAMZAH AHMAD AQIL ZHAFRAN BIN MUHAMAD SAFWAN 3 MAWADDAH 38 MOHD KHAFIZ B. SABUAN AIMAN ZARIF BIN MOHD KHAFIZ 4 HIDAYAH 39 NUR HIDAYAH BINTI MAHADI HANNAN NUR SYAURAH BINTI MUHAMMAD SYAFIQ 1 MAHABBAH 40 NOORSHAMSIANA BINTI ABDUL WAHAB DEEBA MALAEKA BINTI MAHZAN 1 HIKMAH 41 MOHAMAD HAFIZ JAMALUDIN NUR AULIA IZZATUNNISA BT MOHAMAD HAFIZ 3 MAWADDAH 42 KAMA AZIZI BIN KAMARULZAMAN KAMARUL HAKIM DANIAL BIN KAMA AZIZI 6 MAWADDAH 43 NOR DEZLINAETY AKYD NURWAIE B MOHD FAIROS 4 HIDAYAH 44 NORA'AIN SAHARUDIN NADYN AFEEFA RAFIE 5 HIDAYAH 45 USMAN BIN MOHD HANIM QISTINA QAISARA BINTI USMAN 1 HIKMAH 46 NURUL FAISZA BINTI MOHAMMAD MUHAMMAD AQEEF DARWISY BIN MOHD SARIFUDIN 6 HIKMAH 47 NOOR AZLINA BINTI MOHD NOH ARIANNA AISYA BINTI MOHD ASRUL BUSTAMI 4 HASANAH 48 M AYATOLLAH KHOMEINI AB RAHMAN MUHAMMAD KAZIM FAIZ 1 HASANAH 49 NOR LAILI BINTI HASIM AKRAM MUHAMMAD BIN AZMAN 5 HIDAYAH 50 HAZARATUL DAMRAH NUR AQILAH AMANI BT ZAINAN 6 HIDAYAH 51 NURHAYATI MUHAMMAD FIRASH FARHAN BIN MOHAMAD NADZRIN 1HASANAH 44


BIL NAMA IBUBAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS 52 HAZARATUL DAMRAH NUR AFRINA HAZIQAH BT ZAINAN 4 HASANAH 53 AZMAN BIN YUSOFF AMIN AL HAFIZ BIN AZMAN 3 MAWADDAH 54 WAN AHMAD ASMADY WAN MD DIN WAN FATIN RAFIQAH IWANI BINTI WAN AHMAD ASMADY 5 HIKMAH 55 HAFIZAH MAT HASSIM ADRIANA SOFEA BINTI MOHD SYAHRIL 4 MAWADDAH 56 NURUL DIANA BINTI SUDI NURHUMAIRA QISTINA BINTI MOHD YUSRI 2 MAHABBAH 57 AZLINA TOMICHO ADAM HAQQ MOHAMAD JALANI 4HASANAH 58 MOHD AZRAN HAFIZ BIN AHMAD ZAID ZIDANE BIN MOHD AZRAN HAFIZ 1 HIKMAH 59 IR. MOHD ZAMRY BIN ZAKARIAH HANI QEANNA BINTI MOHD ZAMRY 4 HIKMAH 60 ISMAIL BIN NAAM NUR IRDINA BINTI ISMAIL 6 HIKMAH 61 SITI HAJAR BINTI SUDERMAN SYABIL HADI BIN ISMAIL 5 HIDAYAH 62 NASRULLAH HASAN SARAH BINTI NASRULLAH 3 MAWADDAH 63 NOR SYAFIKAH BINTI BAHRIN MUHAMMAD SYAHMIE BIN MOHD SAHRIL 4 HASANAH 64 HISAMUDDIN BIN BAHROM AZHAR NUR AUNI HUSNA BINTI HISAMUDDIN 6 HIDAYAH 65 AZWANIS BINTI AZEMI WAN MOHAMAD AMIR NAZRAN WAN MOHAMAD NAJDAN 5 MAHABBAH 66 NORAZRIANTI BINTI MISNGAN MUHAMMAD TAUFIQ BIN KHAIRUL AZHAR 6 HIKMAH 67 ZAIDI HARON NURUL DANIA DURRANI BT. ZAIDI 5 HIDAYAH 68 MOHD APANDI BIN MAT YAAKOB MUHAMMAD ANIQ ZILL QAYYIM BIN MOHD APANDI 2 HIDAYAH 45


BIL NAMA IBUBAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS 69 NOR FARHANA BINTI ZAINAL MUHAMMAD AUF BIN MUHAMMAD ALI 6 HIDAYAH 70 ZAIDAH BINTI MOHD NOR JAZMIE SAFWAN BIN JAFRI 2 HASANAH 71 NORAZILA BINTI SHAARI MUHAMMAD QAYS AR RAYQAL BIN MOHD JUZAIMEE 4 HIDAYAH 72 MARIYAM JAMEELAH BT GHAZALI ANEES SOFEA BT AHMAD SAHIDI 5 HIDAYAH 73 FAUZIAHNURLIZA BINTI ABDULLAH PUTRI NURBATRISYIA DARWISY BINTI MOHAMAD HAFIZAN 6 MAWADDAH 74 MOHD RADUAN BIN MOHD AMIN NUR DAMIA SAFFIAH BINTI MOHD RADUAN 6 MAWADDAH 75 KHADIJAH BINTI ARIFIN MUHAMAD ZAFRAN BIN ZAINAL ABIDIN 1 HIDAYAH 76 MOHD AZHAR BIN MHD ARSHAD NUR AQILAH BINTI MOHD AZHAR 4 HASANAH 77 MOHD FAUZI MD KHAIRUDDIN MUHAMMAD FAWWAZ BIN MOHD FAUZI 4 HIDAYAH 78 NORLIZA ABD. RAHMAN NIK ADAM ISKANDAR BIN NIK MANSOR 6 MAWADDAH 79 NORIZWATI BINTI AMDAN NUR ALESYA DAMIA BINTI YUSNAIRI 5 MAWADDAH 80 SYAFARIDAH BT LAZIM MUHAMMAD SHAH WAFIUDDIN 6 MAWADDAH 81 NORMADIHAH BINTI ARIFIN NUR HANA SAFIYYA BINTI MOHAMMAD HAFIZ 1 MAWADDAH 82 MOHD FIRDAUS OTHMAN NAZHAN FARISI BIN MOHD FIRDAUS 6 HIKMAH 83 ANISAH BINTI SEMAN ARIANA NUR DELISHA BINTI AHMAD FAIRUZ 84 NORMADIHAH BINTI ARIFIN NUR HANI SYAKIRAH PRASEKOLAH 85 ELLY YASMIN TAJUL HAKMAH OMAR HAKIM BIN MOHD RAFI 6 MAWADDAH 46


BIL NAMA IBUBAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS 86 AHMAD FAIRUZ BIN ABDUL HAMID ARIANA NUR DHUHA BINTI AHMAD FAIRUZ 3 HASANAH 87 NOR AFFIZAH BINTI AHMAD ZAINI RAIMI ADAM BIN RAZIF MOHAZAR 5 HIDAYAH 88 RABIATUL ADAWIAH BINTI ISMAIL NUR AINA BAKRIYAH BT MOHD ALBAKRI 4 HIDAYAH 89 NORMALA BINTI KADIR ABDUL HARITH ISKANDAR BIN BOKHORI 6 HIDAYAH 90 ROZITA BINTI ABU NUR IMAN BINTI SULAIMAN 5 HIDAYAH 91 NORMALA BINTI KADIR NOR FIKRIYATUL SAFIYA BINTI BOKHORI 3 HIDAYAH 92 RAJA MAZNI BINTI RAJA SHARIFF WAN NUR MYESHA IZZARA BINTI MUHAMMAD ISMAIL I HIKMAH 93 MUHAMAD ZULFADLI SUWANDI MUHAMAD ZIHNI ZIYAD BIN MUHAMAD ZULFADLI 4 HASANAH 94 NURUL NAHAR ABDUL AZIZ IJAZ KHALEEQ BIN RUZAIN 3 HIKMAH 95 MUHAMAD ZULFADLI BIN SUWANDI AISY NUR AQILAH BINTI MUHAMAD ZULFADLI 3 HIDAYAH 96 WAN SITI NUR'AIN BINTI OMAR SUMAYYAH BINTI MOHAMMAD AIDIL FIQRAM 1 MAWADDAH 97 MUHAMMAD AZHARUDDIN SHAH BIN SHUKRI ZILL ISKANDAR BIN MUHAMMAD AZHARUDDIN SHAH 1 HIKMAH 98 SITI KHATIJAH BINTI RAMLY SITI SYAKIRA SALSABILA BINTI MOHD SHAHRIL 1 MARHABAH 99 SUZANA BINTI IBRAHIM MOHAMAD AMMAR ZHAFRAN BIN MOHAMAD FAHMI 1 MAHABBAH 100 ROZITA BT EMBONG NURIN SYIFA'AUNI BT SAMURI 6 MAWADDAH 101 HASBULLAH HAFIZ BIN ALIAS MUHAMMAD HARIZ BIN HASBULLAH HAFIZ 6 HIKMAH 102 FITRIAH FARIHA BINTI MOHAMAD NUR FATIN INARA BINTI MOHD FAIZAL 1 MAHABBAH 47


BIL NAMA IBUBAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS 103 ANIS ROYANI BT ABDUL KALIM AMIRUL AFIF IQMAL BIN MOHAMED 6 HIDAYAH 104 HAFIZ BIN MOHD HASHIM EIRSYAD HASHIM BIN HAFIZ 3 HIKMAH 105 FARAH ZAHIRAH BINTI MD ZAKIR MUHAMMAD ISKANDAR AMSYAR BIN MUHAMAD IZZAT AMMIER 1 MAHABBAH 106 NURLIYANA BINTI ZULKIFLI NUR NASUHA BINTI AZMI 4 HIDAYAH 107 MUHAMMAD FIRDAUS MUHAMMAD FAYYADH FIRAS 1 HASANAH 108 MOHD SAHRIL BIN MOHD SAHAT NUR SYAFRIENA BINTI MOHD SAHRIL 2 HASANAH 109 NORMAH SULAIMAN AINUR BATRISYIA BINTI MOHD AIDIL 6 MAWADDAH 110 MOHD AIDIL BIN KASSIM AINUR BASHIRAH BINTI MOHD AIDIL 5 HIDAYAH 111 SUHAIME BIN GERAN SUFI RAFHANAH BINTI SUHAIME 3 HIKMAH 112 MOHD TAUFIK BIN MOHD TASRIP INAS ZARA SUFIYA BINTI MOHD TASRIP 5 HIKMAH 113 MOHAMAD FADZIL BIN WOOK HANA FARIHA BINTI MOHAMAD FADZIL 2 MAWADDAH 114 JALALLUDIN BIN ABD WAHAB AMMAR AL HAKIM BIN JALALLUDIN 2 MAWADDAH 115 MOHD NAJYASYRAF BIN HUSSIN MUHAMMAD FATIH HILMI BIN MOHD NAJYASYRAF 3 HIKMAH 116 MUHAMMAD ASRIZAL BIN AHMID NUR QURRATU'AINI BINTI MUHAMMAD ASRIZAL 4 HASANAH 117 NURUS SYAZANA BINTI ABD WAHID NUR AISYAH SYAFINA BINTI MOHD SAFUAN 1 MAWADDAH 118 KHAIRUL ANWAR DERAHMAN NUR ARDINI QALESYA BINTI KHAIRUL ANWAR 5 HIDAYAH 119 AZNIDA MOHAMED IDRIS DARISH ARYAN BIN ARMAN 2 MAWADDAH 48


BIL NAMA IBUBAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS 120 AROSIDIN BIN IBRAHIM FATIN NADIA HUDA BINTI AROSIDIN 3 HIKMAH 121 MOHD ADAM ZAHIN MOHD ADAM ZAHIN 4 HASANAH 122 MAZHAR AZRIN BIN JAMALUDIN MAISARAH ARIANNA BINTI MAZHAR AZRIN 2 MAWADDAH 123 ZURINA BINTI AB. HAMID NUR ADRIANA SYAZWEEN BINTI ZULKEFFLI 6 MAWADDAH 124 NOORLIYANA BT MUHAMAD SAHARUDIN AISY HUMAIRA BT MOHD SHAHRUL NIZAM 1 HIDAYAH 125 MOHD SANUSI AWANG NURMYAZARA SOFIA MOHD SANUSI 5HIKMAH 126 WAN AHMAD ASMADY BIN WAN MD DIN WAN FATIN RAFIQAH IWANI 5 HIKMAH 49


50 AJK PIBG Ke-47 2023/2024


Click to View FlipBook Version