TAJUK 7:
KEPELBAGAIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA.
TUGASAN KETIGA:
E-FOLIO
KURSUS:
ETIKA PENGHAYATAN DAN PERADABAN (MPU 21032)
NAMA PENSYARAH:
MADAM ASMAH BINTI AWANG
PROGRAM:
DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
SESI:
SESI DISEMBER 2020
AHLI KUMPULAN: 25DSK20F2001
25DSK20F2014
INTAN ERNYDAWATI 25DSK20F2019
NURFARAH SYAQILAH 25DSK20F2010
NUR NILAM SARI 25DSK20F2025
NOR ZULFAH
DHIVYAEISWARY 0
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
2
Penghargaan 3
4-7
Pendahuluan
8-12
Kaum Melayu:
13-16
• Pakaian Tradisional
• Permainan Tradisional 17
• Tarian Tradisional 18
• Alat Muzik Tradisional 19
20
Kaum India: 21
22
• Pakaian Tradisional
• Permainan Tradisional
• Tarian Tradisional
• Alat Muzik Tradisional
Kaum Cina:
• Pakaian Tradisional
• Permainan Tradisional
• Tarian Tradisional
• Alat Muzik Tradisional
Kesimpulan
Saranan
Sumber Rujukan
Jadual Gerak Kerja
Jadual Pembahagian Tugas
Bukti Perbincangan Bersama Ahli Kumpulan
1
PENGHARGAAN:
Assalammualaikum dan selamat sejahtera,bersyukur ke hadra Ilahi kerana saya dan
rakan-rakan satu kumpulan saya telah berjaya menyiapkan tugasan ketiga kami iaitu e-folio
yang telah diberikan oleh Pensyarah Kursus Etika dan Penghayatan kami iaitu Puan Asmah
binti Awang.
Pertama sekali,ribuan terima kasih diucapkan kepada Madam Asmah kerana telah
banyak menerangkan dan memberi tunjuk ajar kepada kami semua sebelum tugasan kami
disediakan.Beliau juga telah memberi panduan tentang cara melakukan tugasan ketiga ini
dengan baik sekali.
Kedua,ribuan terima kasih dan syabas diucapkan kepada ahli kumpulan kami.Ini kerana
kami semua telah bekerjasama menyelesaikan tugasan kami tanpa ada sebarang konflik atau
masalah yang serious.Kerjasama yang diberikan oleh demua ahli kumpulan adalah sangat baik.
Ketiga terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas kerana turut membantu
memberiksn info tentang tugasan ketiga ini.Mereka juga banyak berkongsi ilmu dan
memberikan sokongan mental kepada sesama sendiri ini dan telah membangkitkan semangat
kami semua.
Akhir sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang telah banyak membantu
dalam menyiapkan tugasan ini dan tidak lupa juga kepada ibu bapa yang telah banyak berdoa
tentang kesejahteraan kami yang jauh dimata mereka.
2
PENDAHULUAN
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Kepelbagaian kebudayaan di Malaysia ini terjadi kerana ada masyarakat majmuk di dalam
negara ini . Negara yang mempunyai masyarakat majmuk bermaksud negara yang didiami oleh
pelbagai bangsa, kaum dan etnik. Tanpa masyarakat majmuk di dalam sebuah negara itu,
kepelbagaian kebudayaan di Malaysia tidak akan terjadi . Hasil daripada masyarakat majmuk
ini wujudnya pelbagai agama dan adat resam di dalam sebuah negara itu. Kepelbagaian budaya
yang menjadi keunikan di negara ini akhirnya membentuk masyarakat hidup bersatu-padu.
Seterusnya, masyarakat yang hidup bersatu-padu dapat melahirkan negara yang harmoni dan
akan dipandang tinggi oleh negara-negara yang lain. Hal ini kerana, keharmonian negara amat
penting dan perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Selain itu, kebijaksanaan pemimpin
juga menjadi salah satu asbab dalam membentuk keamanan antara kaum di bumi Malaysia
sekarang. Antara jumlah kaum yang terbesar di Malaysia ialah Kaum Melayu , Kaum Cina dan
Kaum India .
3
KAUM MELAYU;
Kaum Melayu merupakan etnik yang pertama terbesar di Malaysia.Kaum Melayu adalah
beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu dalam kehidupan seharian.Etnik
Melayu menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ibunda kerana berketurunan Melayu.Etnik
Melayu juga sangat terkenal kerana sangat peramah dan sopan-santun.
PAKAIAN TRADISIONAL:
1. BAJU MELAYU
Merupakan pakaian tradisonal kaum lelaki melayu.Ia merupakan
baju kemeja longgar yang dipakai dengan seluar
panjang.Biasanya digandingkan dengan kain pelikat ataupun
samping yang diikat dibahagian pinggang.Baju Melayu
dibahagikan kepada dua jenis iaitu lengan pendek dan lengan
panjang.Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk
belannga dan cekak musang.Baju Melayu biasanya dipakai
sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang,ke pejabat dan upacara
formal dan sebagai pakaian adat.Baju Melayu juga dirasmikan pakaian rasmi Malaysia.
2. BAJU KURUNG
Merupakan pakaian tradisional kaum wanita Melayu.Merupakan
baju longgar yang labuh diparat lutut dan dipadankan dengan kain
panjang yang berlipat tepi.Boleh juga digandingkan dengan songket
atau batik dan lazimnya dipakai dengan kain selendang di
kepala.Baju ini sesuai dipakai oleh semua peringkat umur.Di
Malaysia,secara amnya seluruh wanita Melayu memakai baju
kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan
menengah.Dari segi sejarahnya,baju kurung dikatakan mempunyai kaitan dengan pakaian
‘djallabiyah’ yang berasal dari Mesir di mana ia diertikan sebagai baju longgar.
4
PERMAINAN TRADISIONAL:
1. GASING
Merupakan sejenis permainan yang boleh berputar
pada paksinya,sambil mengimbangkan pada satu
titik.Gasing merupakan permainan tradisional orang-
orang Melayu sejak dahulu lagi.Biasanya dimainkan
selepas musim menuai.Permainan gasing
dipertandingkan antara kampong.Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing
mampu berputar.Gasing dibuat daripada kayu berbaru,kemuning,merbau atau
rambai.Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk
gasing.Tali gasing diperbuat daripada kulit pokok berbaru.Tapi sekarang tali gasing
dibuat daripada kulit pokok berbaru.Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali
nilon.Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan
seseorang.Biasanya 1 meter panjang.Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan
pergerakan gasing.
2. CONGKAK
Sejenis permainan tradisional Hindu yang sering dimaikan
oleh Burbank.Selalunya,ia menggunakan papan kayu
berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah
congkak menggunakan biji getah atau guli. Terdapat juga
permainan congkak dalam talian.Dari cara prmainan dua
orang pemain harus duduk secara berhadapan Untuk memulakan permainan.Dalam
permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah
congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung'
menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang
berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati.
5
ALAT MUZIK DAN TARIAN TRADISIONAL:
1. REBANA UBI
Rebana Ubi adalah sejenis alat muzik yang
dikelaskan sebagai gendang, dan dimainkan dengan
cara dipukul dengan pemalu. Rebana ubi lebih besar
dari rebana biasa. Diameter rebana ubi adalah
sekurang-kurangnya 70 cm dan tingginya hampir
satu meter. Bergantung kepada saiznya, rebana ubi
boleh digantung melintang atau diletakkan di atas lantai.Pada masa dahulu, rebana ubi
digunakan untuk tujuan komunikasi jarak jauh. Rebana ini diletakkan di atas bukit dan
dimainkan mengikut rentak tertentu bergantung kepada berita yang ingin disampaikan,
dari pengumuman majlis pernikahan hinggalah kepada amaran bahaya. Kini, rebana ubi
hanya digunakan dalam upacara istiadat atau persembahan tertentu.
2. KOMPANG
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional gegendang
bagi masyarakat Melayu. Selain itu, kompang juga
kadangkala digunakan oleh suku Bajau di pesisir Sabah,
Malaysia, meskipun tidak termasuk dalam tradisi asli
mereka. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing
betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah
getah sintetik. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan
bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan
semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi.
6
3. ZAPIN
Zapin merupakan salah satu tarian tradisional
masyarakat Melayu dalam kepulauan Nusantara
terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu khususnya
di Johor. arian ini sering dilakukan dengan iringan
muzik digubah khas.Tarian ini diilhamkan oleh
peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman
melalui para pedagang asal sana. Ia mengalami
pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang
ternyata lebih tradisional sifatnya lalu berpincang
melalui sifat ia dipersembahkan iaitu zapin Arab dan
zapin Melayu. Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha
individu.Pada awalnya, tarian ini khusus dimainkan oleh kaum lelaki sahaja namun kini
kaum wanita turut serta di mana dua-dua kaum menari dalam kelompok berasingan.
4. SILAT
Perkataan Silat bermaksud seni
beladiri yang membawa maksud
ilmu pergerakan mempertahankan
diri yang melibatkan permainan
senjata atau tangan kosong. Silat
memiliki maksud yang sama
dengan Wushu yang bermaksud
ilmu berlawan. Perkataan Silat
sinonim dengan seni beladiri dari Nusantara yang meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand,
Borneo dan keseluruhan negara-negara Asia Tenggara. Menurut Kamus Dewan, tipu
muslihat disebut sebagai elak, mengikut loghat utara Tanah Melayu disebut elat. Terdapat
teori mengatakan perkataan Silat bersal dari si-ilat (orang yang pandai muslihat).Selain itu
silat juga merupakan salah satu seni tarian untuk mempertahankan diri.
7
KAUM INDIA:
Kaum India pada asalnya berasal dari negara India.Mereka dtaang bermastautin di Tanah
Melayu sewaktu zaman penjajahan British.Kaum India kebanyakkan beragama hindu di
Malaysia ini.Kaum India adalah kaum ketiga terbesar di Maalaysia selepas Kaum Melayu dan
Cina.
PAKAIAN TRADISIONAL:
1. DHOTI
Pakaian tradisional bagi kaum lelaki
India antaranya ialah Dhoti. Dhoti
kebanyakkannya boleh dilihat dipakai
oleh kaum lelaki India terutamanya
pada hari perkahwinan kaum India.
Dhoti diperbuat daripada lembaran
kain putih yang panjang. Kain tersebut
dililit di bahagian pinggang dan diikat
pada celah paha dan kemudiannya
disangkutkan pada bahu pemakai.
Kemudian kain tersebut dihiasi dengan
manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Bukan itu sahaja, selain daripada warna
putih ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak
dipakai oleh golongan ceti.
8
2. SARI
Pakaian tradisional bagi kaum perempuan India iaitu Sari.
Sari merupakan antara pakaian tradisional yang paling
popular di kalangan kaum perempuan India. Pakaian sari
boleh dipakai waktu harian dan turut dipakai pada musim
perayaan yang tertentu. Pakaian sari ini terdiri daripada
lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter
lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas
meter mengikut saiz pemakai. Pakaian sari ini mempunyai
pelbagai jenis kain dan kebanyakkannya adalah jarang dan
lembut. Warna yang selalu menjadi pilihan hati pemakaian sari ini ialah berwarna gelap seperti
merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna inilah lebih menarik untuk dipakai pada musim
perayaan. Di samping itu, terdapat juga sari yang lebih mahal iaitu kain sari mempunyai hiasan
atau brokad bergeometri, berbunga atau kiasan yang teliti dicipta pada mesin tenun, sebahagian
daripada bahan hiasan. Tambahan pula, jenis sari ini telah dipergayakan mengikut
perkembangan melalui turun-temurun dan hasilnya pelbagai gaya yang telah dipergayakan
sehingga kini.
9
PERMAINAN TRADISIONAL:
1. CATURANGA
Asal-usul catur modern semula dikenal
dengan nama Charuranga, yang
berkembang di India pada abad ke-6.
Permainan caturanga ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang bermain,
perbedaan buah catur dengan kekuataan
yang berbeda, dan kemenangan tergantung
pada buah terakhir.Dalam terminologi
sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos
kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara”.
1. JALIKATTU
Jallikattu ialah permainan tradisional di mana lembu
jantan dilepaskan ke arah orang ramai.Jallikattu
biasanya diamalkan di bahagian Tamil Nadu di negara
India sebagai sebahagian sambutan ‘maatu
ponggal’.Kebanyakkan orang lelaki India akan cuba
untuk merebut bonggol besar lembu jantan dengan kedua-dua tangan dan tergantung
kepada ia manakala lembu jantan cuba untuk melarikan diri. Ini menunjukkan
kekuatan lelaki adalah lebih tinggi untuk mengawal lembu jantan.
10
ALAT MUZIK DAN TARIAN TRADISIONAL
1. DHOLAK
Dholak ialah sejenis alat gendang dua muka
berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alat
membranofon. Membranofon ialah jenis-jenis alat
yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil
daripada bahan kulit yang diregangkan. Dholak
adalah gendang berkepala dua dari benua kecil India yang diperbuat daripada kulit
kambing. Permainan tradisional ini mempunyai permukaan yang lebih kecil di
sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulit kambing yang ditala kepada pic
yang lebih tinggi. Manakala di sebelah muka yang lebih besar iaitu muka bes dipasang
dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian dalam kulit mukanya. Lapisan
khas tersebut yang diperbuat dari campuran tar, tanah liat dan pasir halus
menghasilkan pic yang rendah. Tambahan lagi, baluh alat ini diperbuat daripada kayu
dan diikat dengan tali. Dholak dimainkan di pangkuan pemain atau semasa berdiri,
tersangkut dari bahu atau pinggang atau ditekan dengan satu lutut sambil duduk di
lantai dan dimainkan dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.
11
2. TABLA
Tabla dan baya juga merupakan alat muzik di dalam
kategori membranofon iaitu bunyinya terhasil
daripada bahan kulit yang diregangkan. Tabla ialah
gendang trebel yang diletakkan di sebelah kanan
pemain yang diperbuat daripada beberapa lapisan
kayu manakala baya pula adalah gendang bes yang diletakkan di bahagian kiri pemain.
Muka kedua-dua gendang ini ditutupi dengan kulit kambing. Secara ringkas, tabla terdiri
daripada dua gendang kecil berkepala tunggal berbentuk tong dengan saiz dan bentuk yang
sedikit berbeza. Drum yang lebih kecil dimainkan dengan tangan yang dominan iaitu
disebut dayan bermaksud secara harfiah "sebelah kanan" tetapi disebut dengan betul “tabla”
Alat muzik tradisional ini diperbuat daripada kerucut yang kebanyakannya ialah daripada
kayu jati dan kayu ros berlubang hingga kira-kira separuh daripada kedalaman alat itu
tersebut. Tabla dan daya berfungsi bukan sahaja dimainkan di dalam Muzik Karnatik dan
Hindustan di Malaysia,malah ia juga digunakan untuk mengiringi muzik muzik sinkretik
seperti ghazal dan dangdut.
3. BHARATANATYAM
Bharathanatyam merupakan salah
satu tarian yang penuh dengan
tradisi, yang mana untuk
menguasai perlu mengambil masa
bertahun-tahun. Tarian ini berasal
daripada wilayah Tamil Nadu di
bahagian selatan India.Tarian ini
dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita atau sekumpulan wanita,terdapat
juga lelaki tetapi kuantiti yang sikit .Satu persembahan yang lengkap dalam tarian ini
merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaran, Sabdam, Varnam,
Padam dan Thillana.
12
KAUM CINA:
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China
telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Kedatangan orang
Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke-19. Kebanyakkan orang Cina datang
sebagai buruh dan tukang kraf.
PAKAIAN TRADISIONAL:
1. SAMFOO
Samfoo membawa maksud ' baju dan seluar ' dalam
dialek Kantonis. Ianya merupakan pakaian harian
wanita berketurunan Cina selain dari ' Cheongsam '.
Pakaian ini lebih digemari oleh wanita-wanita
separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong
atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis
yang tidak bercorak atau berbunga halus.Samfoo turut dipakai oleh lelaki tetapi mempunyai
sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita. Ianya terdiri daripada baju yang
longgar dan terbelah di depan, berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti
seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
2. CHEONGSAM
Pakaian Cheongsam atau ' baju panjang ' yang selesa
dan anggun juga sering dilihat sehingga hari ini.
Lazimnya, Cheongsam mempunyai leher tinggi,
butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian
ini dioerbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain
jenis kain lembut.Cheongsam juga merupakan gaun
khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh si pemakai. Cheongsam tradisional banyak
menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas.
13
PERMAINAN TRADISIONAL
1. XIANG QI
Xiang Qi merupakan sebuah permainan
papan cina yang dimainkan oleh dua orang
pemain. Xiang Qi berada dalam keluarga
yang sama dengan catur. Permainan ini
didapati telah mula dimainkan seawal abad
ke-4 selepas Masihi di China. Xiang Qi
merupakan salah satu permainan papan
yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao
(meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada
bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan
pergerakan sesetengah buah catur.
2. MAHJONG
Mahjong atau mahjung merupakan
permainan untuk empat orang yang berasal
dari China. Mahjong ini membabitkan
kemahiran, strategi dan pengiraan,
termasuk juga sehingga satu tahap iaitu
nasib. Bergantung kepada variasi yang
dimainkan,nasib boleh menjadi isu remeh
atau faktor utama kejayaan. Di Asia,
Mahjong ini popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer. Asasnya permainan
mahjong amat mudah dipelajari. Matlamat utama permainan ini adalah untuk membentuk satu
set gabungan atau kumpulan buah mahjong ini dengan sebanyak 14 biji buah mahjong. Orang
pertama berjaya mengumpulkannya dikira pemenang.
14
ALAT MUZIK DAN TARIAN TRADISIONAL
1. PIPA
Pipa ialah alat bertali yang mempunyai empat tali logam.
Badannya diperbuat daripada kayu,dadanya bulat dan
belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya pula
mendatar. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi
opera cina. Alat ini dipegang untuk berdiri atas paha
pemain. Tali-tali pula dipetik dengan hujung-hujung jari dan
kuku.
2. GUZHENG
Guzheng merupakan alat muzik yang
berasal dari China sekitar 2000 tahun
yang lalu. Alat ini merupakan instrumen
yang paling umum untuk dimainkan di
Tiongkok. Guzheng berbentuk seperti
kotak yang cembung dan diperbuat
daripada kayu sebagai kotak suara. Di
atasnya terbentang 21 senar, manakala di tengah senar tersebut ditempatkan Qin Ma yang dapat
digeser untuk menaikkan atau menurunkan frekuensi nada.
15
1. TARIAN NAGA
Tarian naga ialah sebentuk tarian
dan persembahan tradisional dalam
budaya Cina.Pada fikiran orang
Cina,naga adalah sejenis hidupan
yang menguntungkan . Naga
mewakili kekuatan yang tiada
bandingan yang boleh menghilangkan
nasib buruk dan mencegah jenayah. Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang replika
naga dengan tiang. Penari-penari di hadapan mengangkat,mencelup,membidas dan menyapu
kepala naga. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini
secara berbelok-belok dan beralun-alun. Tarian naga ialah salah satu acara utama sambutan
Tahun Baru Cina.
2. TARIAN SINGA
Tarian Singa adalah sebahagian
daripada tarian tradisional dalam
adat warisan masyarakat cina,yang
mana penari akan meniru
pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Dua
tarian singa yang amat popular
ialah " Tarian Singa Utara" dan " Tarian Singa Selatan". Tarian Singa Utara adalah berasal
dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum
singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning. Tarian Singa Utara adalah
lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
16
KESIMPULAN
Kesimpulan daripada tajuk ini ialah kebudayaan sesuatu kaum bukan dari satu aspek
sahaja tetapi daripada pelbagai aspek seperti pakaian tradisional, permainan tradisional, dan
tarian/alat muzik tradisional. Pertama sekali, pakaian tradisional amat istimewa dan spesifik
bagi setiap kaum. Contohnya, pakaian tradisional sari daripada kaum India hanya dipakai oleh
wanita sahaja, bukan dipakai oleh lelaki. Pakaian tradisional juga menjadi lambang kebanggan
setiap kaum kerana pada waktu perayaan, pakaian tradisional yang dipakai nampak sangat
'meriah' dan amat cantik reka bentuk bajunya. Kedua, permainan tradisional dapat
meningkatkan semangat kesukanan dan merapatkan jurang antara kaum. Contohnya,
permainan21 sepak takraw oleh kaum melayu boleh dibawa ke peringkat antarabangsa dan
dapat dimainkan oleh pelbagai kaum. Walaupun sepak takraw berasal daripada kaum melayu
tetapi ada juga kaum lain yang mahir dalam permainan ini kerana mereka bermain bersama-
sama dengan orang melayu. Terakhir sekali, tarian tradisional mempunyai maksud dan
kepentingan sendiri bagi setiap kaum. Contohnya, kaum cina menganggap tarian singa sebagai
pelindung . Kepercayaan seperti ini menjadi salah satu sebab kebudayaan sesuatu kaum
dikelaskan sebagai 'unik' kerana disebalik tarian kebudayaan itu, ia mempunyai maksud penting
dan tersirat yang sendiri dan tarian itu bukan dilakukan hanya kerana suka-suka sahaja.
17
SARANAN
Pandangan kami bagi kepelbagaian kebudayaan yang ada di Malaysia seperti kaum Melayu,
kaum Cina dan Kaum India ialah kita perlu hidup bersatu-padu agar peristiwa 13 Mei tidak
berulang kembali. Jika peristiwa ini berulang, maka runtuhlah kesepakatan yang sudah dibina
di negara tercinta kita Malaysia selama ini. Pada pendapat saya, aktiviti yang melibatkan
kerohanian warganegara Malaysia perlu dilakukan dan diterapkan oleh diri setiap individu.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah program gotong-royong, rumah terbuka dan
sukaneka. Aktiviti ini boleh meningkatkan semangat kerjasama antara satu sama lain dan
melahirkan semangat kesukanan di dalam diri individu tanpa mengira bangsa dan budaya. Oleh
itu, setiap individu perlu muhasabah diri dan melakukan pelbagai aktiviti kerohanian agar
keamanan negara tercinta Malaysia dapat dikekalkan dan kita dapat memajukan negara
Malaysia dengan bersaing secara sihat di peringkat antarabangsa.
18
SUMBER RUJUKAN
1 https://www.slideshare.net/mages79/kepelbagaian-budayamalaysia
2 http://tradisionalmusicalinstruments.blogspot.com/p/alat-muzik-bertali.html
3 https://malay.wiki/content/Kebudayaan%20Cina/Tarian%20Tradisional%20Cina.
html
4 https://www.slideshare.net/mobile/mages79/kepelbagaian-budayamalaysia
5 https://www.researchgate.net/publication/319271624_Kepelbagaian_Budaya_Di_M
alaysia_Analisis_Dari_Perspektif_Islam
19
JADUAL GERAK KERJA
MINGGU Aktiviti
MINGGU PERTAMA • Mendapat tajuk tugasan ketiga daripada Madam
MINGGU KEDUA Asmah binti Awang.
MINGGU KETIGA • Memilih tajuk tugasan ketiga.
MINGGU KEEMPAT • Penyerahan nama ahli kumpulan dan tajuk
tugasan ketiga kepada Madam Asmah.
• Pembahagian tugas kepada ahli kumpulan.
• Perbincangan secara atas talian dilakukan.
• Ahli Kumpulan mencari isi dan maklumat
masing-masing.
• Ahli Kumpulan mencari bahan tajuk tugasan
ketiga seperti gambar dan sumber rujukan
berdasarkan surat khabar.
• Ahli kumpulan meluaskan lagi isi dalam bentuk
huraian berdasarkan ayat sendiri.
• Ahli kumpulan memberi isi dan maklumat tajuk
tugasan ketiga dan sumber rujukan kepada Nyda
(25DSK20F2001) untuk dimasukkan ke dalam
Words.
• E-Folio dibuat menggunakan Microsoft Words
yang telah siap dan lengkap .
• E-folio dalam bentuk flipbook dijadikan dalam
bentuk QR CODE dan PDF.
• Tugasan ketiga telah berjaya disiapkan.
• Tugasan ketiga di hantar dalam bentuk Words,
E-folio dan PDF
20
JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS
INTAN ERNYDAWATI
• Mencari maklumat berkaitan isi-isi penting kaum Melayu bagi tajuk 7 yang dilakukan.
Membuat penghargaan untuk dimasukkan ke dalam E-folio. Mencari maklumat tentang
cara membuat E-folio dan QR Code.
NUR NILAM SARI & DHIVYAEISWARY
• Mencari maklumat berkaitan isi-isi penting kaum India bagi tajuk 7 yang dilakukan.
NURFARAH SYAQILAH
• Mencari maklumat berkaitan isi-isi penting kaum Cina bagi tajuk 7 yang dilakukan.
NOR ZULFAH BINTI ZAIMAN
• Membuat pendahuluan E-folio bagi tajuk 7. Membuat kesimpulan berdasarkan tajuk 7
yang dilakukan. Memberi saranan berdasarkan tajuk 7 yang dilakukan.
21
BUKTI PERBINCANGAN KUMPULAN DALAM WHATSAPP UNTUK
MENJAGA SOP
22