TAJUK 7:
KEPELBAGAIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA.
AHLI KUMPULAN: 25DSK20F2001
INTAN ERNYDAWATI 25DSK20F2014
25DSK20F2019
NURFARAH SYAQILAH 25DSK20F2010
25DSK20F2025
NUR NILAM SARI
NOR ZULFAH
DHIVYAEISWARY
SESI DISEMBER 2020
KURSUS:
ETIKA PENGHAYATAN DAN PERADABAN (MPU21032)
NAMA PENSYARAH:
MADAM ASMAH BINTI AWANG
PROGRAM:
DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
0
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 2
3
Penghargaan 4-7
Pendahuluan 8-11
Kaum Melayu: 12-15
Pakaian Tradisional
Permainan Tradisional 16
Tarian Tradisional 17
Alat Muzik Tradisional 18
19
Kaum India:
Pakaian Tradisional
Permainan Tradisional
Tarian Tradisional
Alat Muzik Tradisional
Kaum Cina:
Pakaian Tradisional
Permainan Tradisional
Tarian Tradisional
Alat Muzik Tradisional
Kesimpulan
Saranan
Sumber Rujukan & Jadual Gerak Kerja
Bukti Perbincangan Bersama Ahli Kumpulan
1
PENGHARGAAN:
Assalammualaikum dan selamat sejahtera,bersyukur ke hadra Ilahi kerana saya dan
rakan-rakan satu kumpulan saya telah berjaya menyiapkan tugasan ketiga kami iaitu e-folio
yang telah diberikan oleh Pensyarah Kursus Etika dan Penghayatan kami iaitu Puan Asmah
binti Awang.
Pertama sekali,ribuan terima kasih diucapkan kepada Madam Asmah kerana telah
banyak menerangkan dan memberi tunjuk ajar kepada kami semua sebelum tugasan kami
disediakan.Beliau juga telah memberi panduan tentang cara melakukan tugasan ketiga ini
dengan baik sekali.
Kedua,ribuan terima kasih dan syabas diucapkan kepada ahli kumpulan kami.Ini
kerana kami semua telah bekerjasama menyelesaikan tugasan kami tanpa ada sebarang
konflik atau masalah yang serious.Kerjasama yang diberikan oleh demua ahli kumpulan
adalah sangat baik.
Ketiga terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas kerana turut membantu
memberiksn info tentang tugasan ketiga ini.Mereka juga banyak berkongsi ilmu dan
memberikan sokongan mental kepada sesama sendiri ini dan telah membangkitkan semangat
kami semua.
Akhir sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang telah banyak
membantu dalam menyiapkan tugasan ini dan tidak lupa juga kepada ibu bapa yang telah
banyak berdoa tentang kesejahteraan kami yang jauh dimata mereka.
2
PENDAHULUAN
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Kepelbagaian kebudayaan di Malaysia ini terjadi kerana ada masyarakat majmuk di dalam
negara ini . Negara yang mempunyai masyarakat majmuk bermaksud negara yang didiami
oleh pelbagai bangsa , kaum dan etnik. Tanpa masyarakat majmuk di dalam sebuah negara itu
, kepelbagaian kebudayaan di Malaysia tidak akan terjadi . Hasil daripada masyarakat
majmuk ini wujudnya pelbagai agama dan adat resam di dalam sebuah negara itu.
Kepelbagaian budaya yang menjadi keunikan di negara ini akhirnya membentuk masyarakat
hidup bersatu-padu. Seterusnya, masyarakat yang hidup bersatu-padu dapat melahirkan
negara yang harmoni dan akan dipandang tinggi oleh negara-negara yang lain. Hal ini kerana,
keharmonian negara amat penting dan perlu diterapkan dalam diri setiap individu . Selain itu,
kebijaksanaan pemimpin juga menjadi salah satu asbab dalam membentuk keamanan antara
kaum di bumi Malaysia sekarang . Antara jumlah kaum yang terbesar di Malaysia ialah Kaum
Melayu , Kaum Cina dan Kaum India .
3
KAUM MELAYU;
Kaum Melayu merupakan etnik yang pertama terbesar di Malaysia.Kaum Melayu adalah
beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu dalam kehidupan seharian.Etnik
Melayu menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ibunda kerana berketurunan
Melayu.Etnik Melayu juga sangat terkenal kerana sangat peramah dan sopan-santun.
PAKAIAN TRADISIONAL: BAJU MELAYU
1.
Merupakan pakaian tradisonal kaum lelaki melayu.Ia merupakan
baju kemeja longgar yang dipakai dengan seluar
panjang.Biasanya digandingkan dengan kain pelikat ataupun
samping yang diikat dibahagian pinggang.Baju Melayu
dibahagikan kepada dua jenis iaitu lengan pendek dan lengan
panjang.Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk
belannga dan cekak musang.Baju Melayu biasanya dipakai
sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang,ke
pejabat dan upacara formal dan sebagai pakaian adat.Baju Melayu juga dirasmikan
pakaian rasmi Malaysia.
4
2. BAJU KURUNG
Merupakan pakaian tradisional kaum wanita
Melayu.Merupakan baju longgar yang labuh diparat lutut dan
dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi.Boleh juga
digandingkan dengan songket atau batik dan lazimnya dipakai
dengan kain selendang di kepala.Baju ini sesuai dipakai oleh
semua peringkat umur.Di Malaysia,secara amnya seluruh
wanita Melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi
ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah.Dari segi sejarahnya,baju
kurung dikatakan mempunyai kaitan dengan pakaian ‘djallabiyah’ yang berasal dari Mesir di
mana ia diertikan sebagai baju longgar.
PERMAINAN TRADISIONAL:
1. GASING
Merupakan sejenis permainan yang boleh berputar
pada paksinya,sambil mengimbangkan pada satu
titik.Gasing merupakan permainan tradisional orang-
orang Melayu sejak dahulu lagi.Biasanya dimainkan
selepas musim menuai.Permainan gasing dipertandingkan antara
kampong.Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu
berputar.Gasing dibuat daripada kayu berbaru,kemuning,merbau atau rambai.Kayu
tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.Tali gasing
diperbuat daripada kulit pokok berbaru.Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada
kulit pokok berbaru.Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon.Panjang tali
gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang.Biasanya 1 meter
panjang.Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan gasing.
5
1. CONGKAK
Sejenis permainan tradisional Hindu yang sering
dimaikan oleh Burbank.Selalunya,ia menggunakan
papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan
kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah
atau guli. Terdapat juga permainan congkak dalam
talian.Dari cara prmainan dua orang pemain harus
duduk secara berhadapan Untuk memulakan permainan.Dalam permainan ini, pemain akan
memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan
secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-
masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong
dan dianggap mati.
ALAT MUZIK DAN TARIAN TRADISIONAL:
1. REBANA UBI
Rebana Ubi adalah sejenis alat muzik yang
dikelaskan sebagai gendang, dan dimainkan dengan
cara dipukul dengan pemalu. Rebana ubi lebih besar
dari rebana biasa. Diameter rebana ubi adalah
sekurang-kurangnya 70 cm dan tingginya hampir
satu meter. Bergantung kepada saiznya, rebana ubi boleh digantung melintang atau
diletakkan di atas lantai.Pada masa dahulu, rebana ubi digunakan untuk tujuan
komunikasi jarak jauh. Rebana ini diletakkan di atas bukit dan dimainkan mengikut
rentak tertentu bergantung kepada berita yang ingin disampaikan, dari pengumuman
majlis pernikahan hinggalah kepada amaran bahaya. Kini, rebana ubi hanya digunakan
dalam upacara istiadat atau persembahan tertentu.
6
2. KOMPANG
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional
gegendang bagi masyarakat Melayu. Selain itu,
kompang juga kadangkala digunakan oleh suku
Bajau di pesisir Sabah, Malaysia, meskipun tidak
termasuk dalam tradisi asli mereka. Ia tergolong
dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada
kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu,
kerbau malah getah sintetik. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit
kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang
biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi.
3. ZAPIN
Zapin merupakan salah satu tarian tradisional
masyarakat Melayu dalam kepulauan Nusantara
terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu
khususnya di Johor. arian ini sering dilakukan dengan
iringan muzik digubah khas.Tarian ini diilhamkan
oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari
Yaman melalui para pedagang asal sana. Ia
mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan
ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya lalu
berpincang melalui sifat ia dipersembahkan iaitu zapin
Arab dan zapin Melayu. Tarian Zapin mementingkan
pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu.Pada awalnya, tarian ini khusus
dimainkan oleh kaum lelaki sahaja namun kini kaum wanita turut serta di mana dua-dua
kaum menari dalam kelompok berasingan.
7
4. SILAT
Perkataan Silat bermaksud seni
beladiri yang membawa maksud
ilmu pergerakan mempertahankan
diri yang melibatkan permainan
senjata atau tangan kosong. Silat
memiliki maksud yang sama
dengan Wushu yang bermaksud
ilmu berlawan. Perkataan Silat
sinonim dengan seni beladiri dari Nusantara yang meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand,
Borneo dan keseluruhan negara-negara Asia Tenggara. Menurut Kamus Dewan, tipu
muslihat disebut sebagai elak, mengikut loghat utara Tanah Melayu disebut elat. Terdapat
teori mengatakan perkataan Silat bersal dari si-ilat (orang yang pandai muslihat).Selain itu
silat juga merupakan salah satu seni tarian untuk mempertahankan diri.
KAUM INDIA:
Kaum India pada asalnya berasal dari negara India.Mereka dtaang bermastautin di Tanah
Melayu sewaktu zaman penjajahan British.Kaum India kebanyakkan beragama hindu di
Malaysia ini.Kaum India adalah kaum ketiga terbesar di Maalaysia selepas Kaum Melayu dan
Cina.
8
PAKAIAN TRADISIONAL:
1. DHOTI
Pakaian tradisional bagi kaum
lelaki India antaranya ialah Dhoti.
Dhoti kebanyakkannya boleh
dilihat dipakai oleh kaum lelaki
India terutamanya pada hari
perkahwinan kaum India. Dhoti
diperbuat daripada lembaran kain
putih yang panjang. Kain tersebut
dililit di bahagian pinggang dan
diikat pada celah paha dan
kemudiannya disangkutkan pada
bahu pemakai. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya
kelihatan lebih menarik. Bukan itu sahaja, selain daripada warna putih ada juga dhoti yang
bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.
2. SARI
Pakaian tradisional bagi kaum perempuan India iaitu Sari.
Sari merupakan antara pakaian tradisional yang paling
popular di kalangan kaum perempuan India. Pakaian sari
boleh dipakai waktu harian dan turut dipakai pada musim
perayaan yang tertentu. Pakaian sari ini terdiri daripada
lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter
lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas
meter mengikut saiz pemakai. Pakaian sari ini mempunyai
pelbagai jenis kain dan kebanyakkannya adalah jarang dan
lembut. Warna yang selalu menjadi pilihan hati pemakaian sari ini ialah berwarna gelap
seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna inilah lebih menarik untuk dipakai pada
musim perayaan. Di samping itu, terdapat juga sari yang lebih mahal iaitu kain sari
mempunyai hiasan atau brokad bergeometri, berbunga atau kiasan yang teliti dicipta pada
mesin tenun, sebahagian daripada bahan hiasan. Tambahan pula, jenis sari ini telah
9
dipergayakan mengikut perkembangan melalui turun-temurun dan hasilnya pelbagai gaya
yang telah dipergayakan sehingga kini.
PERMAINAN TRADISIONAL:
1. CATURANGA
Asal-usul catur modern semula dikenal
dengan nama Charuranga, yang
berkembang di India pada abad ke-
6.Permainan caturanga ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang bermain,
perbedaan buah catur dengan kekuataan
yang berbeda, dan kemenangan tergantung
pada buah terakhir.Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat
bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara”.
1. JALIKATTU
Jallikattu ialah permainan tradisional di mana
lembu jantan dilepaskan ke arah orang
ramai.Jallikattu biasanya diamalkan di bahagian
Tamil Nadu di negara India sebagai sebahagian
sambutan ‘maatu ponggal’.Kebanyakkan orang
lelaki India akan cuba untuk merebut bonggol
besar lembu jantan dengan kedua-dua tangan dan tergantung kepada ia manakala
lembu jantan cuba untuk melarikan diri .Ini menunjukkan kekuatan lelaki adalah
lebih tinggi untuk megawal lembu jantan.
10
ALAT MUZIK DAN TARIAN TRADISIONAL
1. DHOLAK
Dholak ialah sejenis alat gendang dua muka
berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alat
membranofon. Membranofon ialah jenis-jenis alat
yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil
daripada bahan kulit yang diregangkan. Dholak
adalah gendang berkepala dua dari benua kecil India yang diperbuat daripada kulit
kambing. Permainan tradisional ini mempunyai permukaan yang lebih kecil di
sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulit kambing yang ditala kepada
pic yang lebih tinggi. Manakala di sebelah muka yang lebih besar iaitu muka bes
dipasang dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian dalam kulit
mukanya. Lapisan khas tersebut yang diperbuat dari campuran tar, tanah liat dan
pasir halus menghasilkan pic yang rendah. Tambahan lagi, baluh alat ini diperbuat
daripada kayu dan diikat dengan tali. Dholak dimainkan di pangkuan pemain atau
semasa berdiri, tersangkut dari bahu atau pinggang atau ditekan dengan satu lutut
sambil duduk di lantai dan dimainkan dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.
2. TABLA
Tabla dan baya juga merupakan alat muzik di dalam
kategori membranofon iaitu bunyinya terhasil
daripada bahan kulit yang diregangkan. Tabla ialah
gendang trebel yang diletakkan di sebelah kanan
pemain yang diperbuat daripada beberapa lapisan
kayu manakala baya pula adalah gendang bes yang diletakkan di bahagian kiri pemain.
Muka kedua-dua gendang ini ditutupi dengan kulit kambing. Secara ringkas, tabla terdiri
daripada dua gendang kecil berkepala tunggal berbentuk tong dengan saiz dan bentuk
yang sedikit berbeza. Drum yang lebih kecil dimainkan dengan tangan yang dominan iaitu
disebut dayan bermaksud secara harfiah "sebelah kanan" tetapi disebut dengan betul
“tabla” Alat muzik tradisional ini diperbuat daripada kerucut yang kebanyakannya ialah
daripada kayu jati dan kayu ros berlubang hingga kira-kira separuh daripada kedalaman
alat itu tersebut. Tabla dan daya berfungsi bukan sahaja dimainkan di dalam Muzik
11
Karnatik dan Hindustan di Malaysia,malah ia juga digunakan untuk mengiringi muzik
muzik sinkretik seperti ghazal dan dangdut.
3. BHARATANATYAM
Bharathanatyam merupakan
salah satu tarian yang penuh
dengan tradisi, yang mana untuk
menguasai perlu mengambil
masa bertahun-tahun .Tarian ini
berasal daripada wilayah Tamil
Nadu di bahagian selatan
India.Tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita atau sekumpulan
wanita,terdapat juga lelaki tetapi kuantiti yang sikit .Satu persembahan yang lengkap
dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaran,
Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana.
KAUM CINA:
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China
telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Kedatangan orang
Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke-19. Kebanyakkan orang Cina
datang sebagai buruh dan tukang kraf.
PAKAIAN TRADISIONAL:
1. SAMFOO
Samfoo membawa maksud ' baju dan seluar ' dalam
dialek Kantonis. Ianya merupakan pakaian harian
wanita berketurunan Cina selain dari ' Cheongsam ' .
Pakaian ini lebih digemari oleh wanita-wanita
separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong
12
atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga
halus.Samfoo turut dipakai oleh lelaki tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo
yang dipakai oleh wanita. Ianya terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan,
berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian
ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
2. CHEONGSAM
Pakaian Cheongsam atau ' baju panjang ' yang
selesa dan anggun juga sering dilihat sehingga hari
ini. Lazimnya, Cheongsam mempunyai leher tinggi,
butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
Pakaian ini dioerbuat daripada kain sutera, satin dan
lain-lain jenis kain lembut.Cheongsam juga
merupakan gaun khas masyarakat Cina yang
melekat di tubuh si pemakai. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin
atau sutera yang bermotif khas.
PERMAINAN TRADISIONAL
1. XIANG QI
Xiang Qi merupakan sebuah permainan
papan cina yang dimainkan oleh dua
orang pemain. Xiang Qi berada dalam
keluarga yang sama dengan catur.
Permainan ini didapati telah mula
dimainkan seawal abad ke-4 selepas
Masihi di China. Xiang Qi merupakan
salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik
termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima
(seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai"
dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
13
2. MAHJONG
Mahjong atau mahjung merupakan
permainan untuk empat orang yang
berasal dari China. Mahjong ini
membabitkan kemahiran, strategi dan
pengiraan, termasuk juga sehingga satu
tahap iaitu nasib. Bergantung kepada
variasi yang dimainkan,nasib boleh
menjadi isu remeh atau faktor utama
kejayaan. Di Asia, Mahjong ini popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
Asasnya permainan mahjong amat mudah dipelajari. Matlamat utama permainan ini adalah
untuk membentuk satu set gabungan atau kumpulan buah mahjong ini dengan sebanyak 14
biji buah mahjong. Orang pertama berjaya mengumpulkannya dikira pemenang.
ALAT MUZIK DAN TARIAN TRADISIONAL
1. PIPA
Pipa ialah alat bertali yang mempunyai empat tali logam.
Badannya diperbuat daripada kayu,dadanya bulat dan
belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya pula
mendatar. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi
opera cina. Alat ini dipegang untuk berdiri atas paha
pemain. Tali-tali pula dipetik dengan hujung-hujung jari
dan kuku.
14
2. GUZHENG
Guzheng merupakan alat muzik yang
berasal dari China sekitar 2000 tahun
yang lalu. Alat ini merupakan instrumen
yang paling umum untuk dimainkan di
Tiongkok. Guzheng berbentuk seperti
kotak yang cembung dan diperbuat
daripada kayu sebagai kotak suara. Di
atasnya terbentang 21 senar, manakala di tengah senar tersebut ditempatkan Qin Ma yang
dapat digeser untuk menaikkan atau menurunkan frekuensi nada.
1. TARIAN NAGA
Tarian naga ialah sebentuk tarian
dan persembahan tradisional dalam
budaya Cina.Pada fikiran orang
Cina,naga adalah sejenis hidupan
yang menguntungkan . Naga
mewakili kekuatan yang tiada
bandingan yang boleh
menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina
memegang replika naga dengan tiang. Penari-penari di hadapan
mengangkat,mencelup,membidas dan menyapu kepala naga. Pasukan tarian meniru apa yang
dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.
Tarian naga ialah salah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.
15
2. TARIAN SINGA
Tarian Singa adalah sebahagian
daripada tarian tradisional dalam
adat warisan masyarakat cina,yang
mana penari akan meniru
pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Dua
tarian singa yang amat popular
ialah " Tarian Singa Utara" dan " Tarian Singa Selatan". Tarian Singa Utara adalah berasal
dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum
singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning. Tarian Singa Utara adalah
lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
KESIMPULAN
Kesimpulan daripada tajuk ini ialah kebudayaan sesuatu kaum bukan dari satu aspek
sahaja tetapi daripada pelbagai aspek seperti pakaian tradisional, permainan tradisional, dan
tarian/alat muzik tradisional . Pertama sekali, pakaian tradisional amat istimewa dan spesifik
bagi setiap kaum. Contohnya, pakaian tradisional sari daripada kaum India hanya dipakai oleh
wanita sahaja , bukan dipakai oleh lelaki. Pakaian tradisional juga menjadi lambang
kebanggan setiap kaum kerana pada waktu perayaan, pakaian tradisional yang dipakai
nampak sangat 'meriah' dan amat cantik reka bentuk bajunya. Kedua , permainan tradisional
dapat meningkatkan semangat kesukanan dan merapatkan jurang antara kaum. Contohnya ,
permainan sepak takraw oleh kaum melayu boleh dibawa ke peringkat antarabangsa dan dapat
dimainkan oleh pelbagai kaum. Walaupun sepak takraw berasal daripada kaum melayu tetapi
ada juga kaum lain yang mahir dalam permainan ini kerana mereka bermain bersama-sama
dengan orang melayu. Terakhir sekali , tarian tradisional mempunyai maksud dan kepentingan
sendiri bagi setiap kaum . Contohnya , kaum cina menganggap tarian singa sebagai pelindung
. Kepercayaan seperti ini menjadi salah satu sebab kebudayaan sesuatu kaum dikelaskan
16
sebagai 'unik' kerana disebalik tarian kebudayaan itu , ia mempunyai maksud penting dan
tersirat yang sendiri dan tarian itu bukan dilakukan hanya kerana suka-suka sahaja.
17
Saranan
Pandangan saya untuk tajuk kepelbagaian kebudayaan di Malaysia ialah kita perlu hidup
bersatu-padu agar peristiwa 13 Mei tidak berulang kembali. Jika peristiwa ini berulang , maka
runtuhlah kesepakatan yang sudah dibina di negara tercinta kita Malaysia selama ini . Pada
pendapat saya, aktiviti yang melibatkan kerohanian warganegara Malaysia perlu dilakukan
dan diterapkan oleh diri setiap individu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah program
gotong-royong , rumah terbuka dan sukaneka . Aktiviti ini boleh meningkatkan semangat
kerjasama antara satu sama lain dan melahirkan semangat kesukanan di dalam diri individu
tanpa mengira bangsa dan budaya. Oleh itu, setiap individu perlu muhasabah diri dan
melakukan pelbagai aktiviti kerohanian agar keamanan negara tercinta Malaysia dapat
dikekalkan dan kita dapat memajukan negara Malaysia dengan bersaing secara sihat di
peringkat antarabangsa .
18
RUJUKAN
1 https://www.slideshare.net/mages79/kepelbagaian-budayamalaysia
2 http://tradisionalmusicalinstruments.blogspot.com/p/alat-muzik-bertali.html
3 https://malay.wiki/content/Kebudayaan%20Cina/Tarian%20Tradisional%20Cina.
html
4 https://www.slideshare.net/mobile/mages79/kepelbagaian-budayamalaysia
5 https://www.researchgate.net/publication/319271624_Kepelbagaian_Budaya_Di_M
alaysia_Analisis_Dari_Perspektif_Islam
JADUAL GERAK KERJA: Aktiviti
Tarikh Mendapat tajuk pembentangan ketiga daripada
12 April 2021 Madam Asmah binti Awang.
Memilih tajuk pembentangan ketiga.
13 April 2021 Penyerahan nama ahli kumpulan dan tajuk
14 April 2021
pembentangan ketiga kepada Madam Asmah.
15 April 2021
Pembahagian tugas kepada ahli kumpulan.
Perbincangan secara atas talian dilakukan.
Ahli Kumpulan mencari isi masing-masing.
Ahli kumpulan mula memberi tajuk kepada
Nyda(25DSK20F2001) untuk dimasukkan ke
dalam E-Folio pembentangan ketiga
E-Folio mula dibuat menggunakan Microsoft
Words.
E-folio mula dijadikan sebagai flipbook.
Memasukkan QRcode untuk E-folio
pembentangan ketiga.
E-folio telah Berjaya disiapkan.
19
BUKTI PERBINCANGAN PEMBAHAGIAN TUGAS UNTUK PEMBENTANGAN
KETIGA YANG DILAKUKAN SECARA ATAS TALIAN DI APLIKASI WHATSAPP.
20