SEKAPUR SIRIH
Bismillahirrahmanirrahim..
Terima Kasih tuan/puan Pengerusi Majlis
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sabah Maju Jaya, Salam Sabah HEBAT: Transform Aim For The Best.
Salam PPD Kinabatangan AGIROT Mendepani Kecemerlangan.
Yang Berbahagia Encik Muddin bin Beting Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor
Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Ngeri Sabah.
Yang Dihormati Sarjan Mejar (Bersara) Tuan Haji Mohd Jukin bin Mata, Focal
Person Persatuan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta Daerah Kinabatangan dan isteri
Yang Berusaha Encik Amdan bin Asim Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan.
Yang Berusaha Puan Salmah binti Md Zain Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran.
Yang Berusaha En. Jamaluddin bin Pitrus Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah.
Yang Berusaha En. Aniswandy bin Mohamad Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Sektor Pembangunan Murid.
Yang Berusaha En. Jaiman bin Lumak Pegawai SIPartners+, Pegawai SISC+,
Penolong-penolong Pegawai dan barisan Anggota Kumpulan Pelaksana PPD
Kinabatangan.
Terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang
Berbahagia En. Muddin bin Beting Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor
Pembangunan Murid, JPN Sabah dan rombongan kerana sudi hadir bersama-sama
dengan kita pada hari ini. Selamat datang juga diucapkan kepada Yang Dihormati
Sarjan Mejar (Bersara) Tuan Hj Mohd Jukin bin Mata Focal Person Persatuan Ibu
Bapa, Komuniti dan Swasta Daerah Kinabatangan bersama isteri ke majlis ini.
SEKAPUR SIRIH
Alhamdulillah, diam tak diam, hari ini merupakan hari yang ke-20 kita berpuasa
iaitu bersamaan 20 Ramadan 1443H. Marilah kita bersama-sama mengucapkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan
inayah-Nya, kita diberikan nikmat kesihatan yang baik, sekaligus berkesempatan
untuk hadir ke Majlis “Ziarah Kasih Mahabbah Ramadan” peringkat PPD
Kinabatangan pada hari ini.
Untuk makluman para hadirin program ini merupakan Program yang telah
dirancang oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan
kerjasama Unit Pendidikan Islam di setiap Pejabat Pendidikan Daerah di negeri
Sabah. Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pengurusan Unit Pendidikan
Islam, Sektor Pembelajaran PPD Kinabatangan khasnya dan semua warga PPD
Kinabatangan amnya kerana berjaya menganjurkan majlis pada hari ini. Bermula
dengan aktiviti ‘Ziarah Mahabbah Ramadan’ pada pagi tadi bersama rombongan
daripada Sektor Pembangunan Murid JPN Sabah selaku sektor angkat PPD
Kinabatangan, seterusnya Majlis Berbuka Puasa pada petang ini. Bukan itu sahaja,
malah pihak PPD Kinabatangan juga telah mengadakan Majlis Taddarus Al-Quran
sebagai menyokong penuh aktiviti yang telah dirancang oleh Sektor Pendidikan
Islam, JPN Sabah iaitu program “Bah, Bertadarus Kita”.
Tuan-tuan dan Puan-puan Yang Dihormati Sekalian
Bulan Ramadan adalah bulan kerahmatan, bulan maghfirah (keampunan) dan bulan
yang membawa pelbagai keberuntungan. Ramadan adalah bulan yang
ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam saban tahun, kerana bulan ini adalah
bulan istimewa yang penuh dengan keberkatan. Selain daripada menahan lapar dan
dahaga di siang hari, berpuasa turut mengajar kita erti kesabaran, ketabahan dan
selalu mensyukuri nikmat yang diperolehi. Selari dengan matlamat ini, marilah kita
bersama-sama menyempurnakan tahap keimanan dan meningkatkan ketaqwaan
dengan melakukan nilai tambah yang antara lainnya seperti memperbanyakkan
sedekah, melakukan solat sunat Terawih dan bertadarus. Sesungguhnya bulan
Ramadhan juga mengajar kita erti bersyukur dengan segala nikmat yang kita
perolehi ini. Dan dengan rasa kesyukuran itu ia diharapkan akan dapat
meningkatkan lagi ketaqwaan kita terhadap Allah SWT.
SEKAPUR SIRIH
Oleh itu, sambutlah Ramadan dengan penuh kegembiraan kerana pintu kebaikan
dibuka seluas-luasnya dengan gandaan pahala yang ditawarkan kepada mereka
yang melakukan kebaikan dalam bulan Ramadan seperti
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah,
serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang
telah lepas."
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Justeru, saya mengharapkan agar program seperti ini diteruskan pada masa akan datang.
Sesungguhnya, kerjasama erat antara PPD Kinabatangan dan JPN Sabah boleh menjadi
contoh yang baik kepada sektor kerajaan yang lain. Saya juga berharap, selain sumbangan
yang disampaikan, gunakan peluang ini untuk melihat, penderitaan golongan asnaf yang
boleh memberi impak dalam kerja kita, dari segi erti kesyukuran dan juga keinsafan.
Harapan saya ialah dengan adanya penganjuran majlis berbuka puasa seperti ini ia akan
dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.
Akhir kata, Kita kini sedang melalui Fasa sepuluh malam terakhir Ramadan.
Sesungguhnya pada fasa ini terdapat satu malam yang lebih mulia daripada seribu bulan
iaitu Malam Lailatul Qadar. Semoga kita dikurniakan rezeki untuk bertemu dengan malam
laitul Qadar dan segala amal kebaikan yang kita jalankan sepanjang bulan Ramadan akan
mendapat keberkatan dan ganjaran pahala yang besar daripada Allah S.W.T. Sekali lagi
saya ucapkan setinggi tahniah kepada pihak penganjur program “Ziarah Mahabbah
Ramadan” kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya
Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.
PN. HJH. MUNAH HJ. NASRI
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KINABATANGAN, SABAH
TENTATIF PROGRAM
MASA PERKARA
3:30 PM Taklimat ringkas kepada kumpulan Ziarah Kasih Mahabbah
4:00 PM Ramadan
5:30 PM Ziarah dimulakan ke rumah-rumah pelajar terpilih untuk
penyerahan sumbangan infak
6:17 PM Kembali ke PPD Kinabatangan untuk majlis penutupan Program
Ziarah Kasih Mahabbah Ramadan dan majlis Iftar Jamaie
Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan
Puan Hajah Munah binti Hj Nasri
Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan
Ucapan Penangguhan Program Ziarah Kasih Mahabbah Ramadan
Disempurnakan oleh:
Tn. Muddin bin Beting
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, JPN Sabah
Penyampaian cenderamata kepada perasmi
Majlis Iftar Jamaie PPD Kinabatangan Bersama Sektor Angkat:
Sektor Pembangunan Murid JPN Sabah
Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Tarawih Berjemaah
8:30 PM Bersurai
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT:
Encik Muddin bin Beting
Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
PENGERUSI:
Puan Hajah Munah binti Hj Nasri
Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan
TIMBALAN PENGERUSI:
En. Amdan bin Asim
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan
NAIB PENGERUSI:
Pn. Salmah binti Md. Zain
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran
En. Jamaluddin bin Petrus
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah
En. Aniswandy bin Muhammad
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid
SETIAUSAHA:
En. Redzuan bin Mohd. Jukin
Penolong Pegawai Pendidikan Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran
BENDAHARI:
Pn. Misni binti Saman
Penolong Pegawai Pendidikan Unit Prasekolah
Merangkap Bendahari Kelab Staf PPD Kinabatangan
JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA JEMPUTAN, PEMILIHAN PELAJAR DAN ZIARAH
Sektor Pembangunan Murid PPD Kinabatangan
JAWATANKUASA KUTIPAN DAN PENYEDIAAN PEK SUMBANGAN
Sektor Pembelajaran PPD Kinabatangan (Redzuan dan Sahrul Khir)
JAWATANKUASA TEKS UCAPAN PERASMI DAN KPPD
Sektor Pembelajaran PPD Kinabatangan (Nordiana binti Amirudin)
JAWATANKUASA FLOOR MANAGER / PROTOKOL
Sektor Perancangan PPD Kinabatangan
JAWATANKUASA SAMBUT TAMU DAN PENDAFTARAN
Sektor Perancangan PPD Kinabatangan
JAWATANKUASA BUKU ATURCARA DAN BANNER DIGITAL
Sektor Pembelajaran PPD Kinabatangan (Jupri dan Azlan)
JAWATANKUASA PERSIAPAN DEWAN DAN PENTAS (UNTUK MAJLIS
PENUTUPAN, IFTAR JAMAIE DAN SOLAT)
Sektor Pengurusan Sekolah PPD Kinabatangan
JAWATANKUASA P.A SISTEM DAN TEKNIKAL
Sektor Pembelajaran PPD Kinabatangan (Effendy dan Afzal)
JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA PENGHARGAAN DAN CENDERAMATA
Sektor Pengurusan dan Kewangan PPD Kinabatangan
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN
Sektor Pengurusan Sekolah PPD Kinabatangan
JAWATANKUASA PEMBACA DOA DAN IMAM
Sektor Pembelajaran PPD Kinabatangan (Ustaz Sahrul Khir bin Jalpah)
JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS
Sektor Pembelajaran PPD Kinabatangan (Redzuan dan Nordiana)
JAWATANKUASA JAMUAN
Sektor Pengurusan dan Kewangan PPD Kinabatangan
JAWATANKUASA DOKUMENTASI DAN FOTOGRAFI
Sektor Pembelajaran PPD Kinabatangan (Ainah dan Adrian)
PENGHARGAAN