RASIONAL
Menghargai segala jasa dan pengorbanan guru dalam
Mendidik anak-anak merupakan usaha murni
Permuafakatan antara ibu bapa dengan warga pendidik
OBJEKTIF
Menggalakkan ibu bapa, komuniti dan swasta
Terlibat sama dalam meraikan sambutan
Hari Guru Peringkat Sekolah, PPD, JPN dan KPM
Sekapur sirih
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh,selamat pagi dan salam sejahtera.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.
Sebelum saya meneruskan ucapan ini terlebih dahulu saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” dan “Terima
Kasih Cikgu” kepada semua guru di negeri Sabah . Terima kasih diucapkan kerana telah memberi kepercayaan kepada permuafakatan PIBG
Kinabatangan untuk menjadi pengelola Gerakan Massa Sambutan Hari Guru yang pertama kali dianjurkan di Daerah Kinabatangan ini untuk
meraikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah tahun 2021.
Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,
Bagi meraihkan sambutan Hari Guru pada tahun ini, pelbagai aktiviti yang telah dilancarkan. Antaranya Kembara Kasih iaitu menziarahi
pesarah guru-guru dan guru yang sakit tetapi masih berkhidmat .Selain daripada itu juga Rakaman video/gambar serta ucapan hari guru
daripada komuniti, Jabatan kerajaan, Swasta, ibubapa dan murid sekolah turut di laksanakan. Dan banyak lagi aktiviti yang dirancang dan
dilaksanakan tetapi tidak dapat dilaksanakan oleh kerana kekangan Pendemik covid 19 dan mesti mematuhi SOP MKN/KKM.
Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,
Kita sedia maklum, sambutan Hari Guru yang diadakan pada setiap tahun sesungguhnya ialah satu pengiktirafan dan penghargaan kepada
guru-guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak-anak kita khususnya di negeri Sabah ini. Jadi, sangat wajar sekali jika
Sambutan Hari Guru ini diraikan oleh murid-murid, ibu bapa dan seluruh masyarakat khasnya sebagai pengiktirafan kepada jasa dan
sumbangan guru-guru yang telah bertungkus lumus mendidik dan mengajar anak-anak kita semua. Inilah cara yang terbaik untuk menyatakan
rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru-guru yang tidak ternilai ini.
Sekapur sirih
Oleh kerana kekangan Pandemik Covid 19, menyebabkan perancangan kita amatlah terbatas. Perancangan awal sambutan majlis Hari
Guru diadakan di Sabah Hotel Sandakan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Namun demikian saya ucapkan terima kasih kepada AJK PIBG
dan PPD Daerah Kinabatangan atas usaha dan kerjasama semuanya maka majlis ini dapat diadakan secara atas talian online. Kepada
semua guru-guru, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak-anak kami amat dihargai dan disanjung tinggi,
terima kasih cikgu.
Akhir kalam, saya mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik “Berguru demi Ilmu Bina genarasi Baru”.
“Terima kasih cikgu!”
TUAN HAJI MOHD JUKIN HJ MATA
PENGERUSI PEMUAFAKATAN PIBG DAERAH KINABATANGAN
Seuntai bicara
“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.
Para hadirin yang dihormati,
Segala puji dan syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bersama-sama meraikan sambutan Hari Guru pada
hari ini. Saya ingin merakamkan ucapan setulus penghargaan kepada semua warga pendidik di seluruh Negeri Sabah atas segala jasa
dan pengorbanan anda semua mendidik anak bangsa dan menyumbang kepada kemajuan Negara.
Tema hari guru pada tahun ini ialah “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”. Tema ini memberi penekanan terhadap peranan
penting guru dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan membina generasi baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Biasanya, hari ini sekolah akan meriah dengan pelbagai aktiviti sambutan Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh
keramat yang amat besar maknanya kepada semua yang bergelar guru. Saya pasti whatsapp, twitter atau instagram cikgu dihujani
dengan mesej ucapan Selamat Hari Guru.
Namun, pada tahun ini suasana sambutan Hari Guru jauh berbeza. Ini kerana kita masih lagi menangani penularan wabak COVID-19.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna hari istimewa untuk guru tidak dapat diraikan. Sumbangan, jasa, bakti dan pengorbanan para
guru selama ini tidak akan pernah dilupakan, bahkan akan terus dihargai dan tetap subur dalam hati sanubari kita semua.
Warga Pendidik yang dihormati sekalian,
Penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah amalan pendidikan di negara kita. Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan
dilaksanakan, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dijalankan secara bersemuka. Sebaliknya, guru menggunakan pelbagai kaedah
lain untuk berhubung dengan pelajar. Ramai yang menggunakan aplikasi dalam talian seperti Google Classroom, cikgooTUBE dan Zoom
untuk melaksanakan pembelajaran di rumah atau home- based learning. Tidak kurang juga cikgu yang menggunakan Whatsapp dan
Telegram. Saya diberitahu, ada juga cikgu yang menyampaikan latihan sukan secara online.
Seuntai bicara
Namun saya sedar bahawa masih ada kekangan dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian di rumah kerana tidak semua murid
mempunyai akses internet yang baik. Ramai juga yang tidak memiliki peranti yang sesuai. Untuk pelajar dalam kumpulan ini, saya tahu cikgu
telah menggunakan pelbagai kaedah lain. Sebagai contoh, ada yang mencetak soalan untuk kerja rumah murid dan bekerjasama dengan PIBG
bagi menghantar soalan ke rumah murid. Saya amat terharu dan sangat menghargai kesungguhan para guru dan ibu-bapa kita.
Warga Pendidik yang dihormati sekalian,
Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada guru- guru yang telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang di
peringkat negeri dan kebangsaan . Guru-guru telah berusaha dengan penuh pengorbanan mendidik anak-anak dengan cemerlang. Saya percaya
ramai anak-anak kita yang mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang yang tidak dapat saya sebutkan di sini . Mereka adalah harapan
kita semua. Saya doakan mereka diberikan kejayaan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
Warga Pendidik yang dihormati sekalian,
Sempena Hari Guru tahun ini , saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru, selamat Hari Guru semuga pengorbanan guru-guru dibalas
dengan ganjaran yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Guru-guru adalah tiang Negara bagi memastikan penyampaian ilmu kepada anak-anak
didik dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan bagi menghasilkan generasi baharu yang cemerlang. Justeru, tema Hari Guru pada
tahun 2021 iaitu ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’, amat bertepatan dengan fungsi Pendidikan Guru dalam melahirkan guru yang
berkualiti. Tema ini adalah selari dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat kerana berguru merupakan suatu proses pembelajaran yang
berterusan.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Terima kasih atas segala jasa dan
pengorbanan anda semua dalam mendidik anak bangsa kita.
“Terima kasih cikgu!”
YBhg. DATUK DR. MISTIRINE BINTI RADIN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH
TEKS UCAPAN PERASMIAN
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Saban tahun pada tanggal 16 Mei, kita pasti merayakan Hari Guru dengan meriah sebagai pengiktirafan kepada semua guru atas
sumbangan mendidik anak bangsa dalam membina generasi masa hadapan yang cemerlang. Alhamdullillah, syukur kita ke hadrat Allah
SWT kerana dengan rahmat- Nya, kita masih lagi dapat menyambut Hari Guru pada tahun ini walaupun dalam suasana yang amat berbeza
berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada para guru, lebih-lebih lagi apabila menerima tanda
terima kasih dan penghargaan yang dizahirkan daripada anak- anak didik, rakan-rakan serta masyarakat di sekeliling.
Guru merupakan insan yang banyak membentuk karektor dan keperibadian seseorang. Peranan yang dimainkan oleh seorang guru
sangat penting sehingga tidak ada manusia yang berjaya tanpa kehadirannya. Keilmuan, kepakaran dan kemahiran yang ada pada
seorang guru sentiasa menjadi rujukan pelajar untuk memperoleh ilmu berasaskan sumber yang betul dan sahih. Oleh itu, guru perlu
sentiasa melengkapi diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran terkini serta nilai supaya kekal relevan pada masa kini dan masa
hadapan.
Warga Pendidik yang saya hormati sekalian,
Negara sangat memerlukan guru yang sentiasa berusaha mencari ilmu-ilmu baharu bagi memastikan penyampaian ilmu kepada anak-
anak didik dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan bagi menghasilkan generasi baharu yang cemerlang. Justeru, tema Hari
Guru pada tahun 2021 iaitu ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’, amat bertepatan dengan fungsi Pendidikan Guru dalam
melahirkan guru yang berkualiti. Tema ini adalah selari dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat kerana berguru merupakan suatu
proses pembelajaran yang berterusan.
TEKS UCAPAN PERASMIAN
Berguru demi memperoleh ilmu perlu dilakukan dengan ikhlas sehingga terpahat di dalam hati agar dapat melahirkan generasi yang
mampu memberi impak positif kepada masyarakat. Tema ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’ diharapkan dapat menyuntik
semangat baharu kepada warga pendidik dalam membentuk budaya masyarakat yang sentiasa dahagakan ilmu dan ikhlas dalam
menuntut ilmu. Kita perlu sentiasa ingat bahawa murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh
itu, guru berperanan menanam semangat kecintaan terhadap ilmu dalam jiwa dan kehidupan setiap murid.
Warga Pendidik yang dihormati sekalian,
Dunia pendidikan sentiasa dipenuhi dengan cabaran bagi seorang insan bergelar guru kerana pendidikan bersifat dinamik. Pada ketika
ini, guru di seluruh dunia berhadapan situasi baharu akibat pandemik Civid-19. Saya percaya, warga Pendidik yang ada ‘di hadapan saya’
merupakan pendidik- pendidik berhualiti yang mampu mengadaptasi diri dengan situasi semasa dan mampu mencabar diri untuk
menukar masalah menjadi satu peluang. Norma baharu akibat pandemik ini memberi implikasi terhadap kebanyakan aspek kebiasaan kita
seperti aspek pergurusan akademik, peperiksaan, hal ehwal pelajar, latihan profesionalisme perguruan, serta penyelidikan dan inovasi.
latihan profesionalisme perguruan, serta penyelidikan dan inovasi.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan atas komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga Pendidik. Keikhalasan dan
kesabaran semua pihak sama ada dalam situasi biasa atau situasi sukar, perlu diteruskan dan diharapkan akan memperoleh ganjaran
yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Marilah kita berdoa semoga pembinaan generasi baharu yang cemerlang dapat dihasilkan
melalui kecintaan terhadap ilmu, di samping beroleh kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Hari Guru.
YB DATO’ BUNG MOKTAR HJ RADIN TIMBALAN KETUA MENTERI 1
MERANGKAP SABAH MENTERI KERJA RAYA SABAH
Aturcara majlis
MASA PERKARA
09.30 Pagi Pendaftaran Masuk Online Semua Guru, Pesara Guru & PGB
09.50 Pagi Pendaftaran Masuk Online Semua Jemputan
Pendaftaran Masuk Online Semua Timbalan Pengarah
10.00 Pagi
Pendaftaran Masuk Online Semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Pendaftaran Masuk Online Perasmi
Lagu Negaraku & Sabah Tanahairku
Bacaan Doa
Ucapan Pengerusi Pelaksana Tn. Hj. Mohd Jukin, Pengerusi Permuafakatan PIBG
PPD Kinabatangan
Ucapan alu-aluan Ybhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin, Pengarah JPN Sabah
Ucapan Perasmian YB. Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin, Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah
Persembahan Montaj
Penyampaian Sijil Focal Person (24 PPD)
Bersurai
JAWATANKUASA INDUK
Penaung
YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Penasihat
Tuan Hj. Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Penyelaras
Tuan Hj Sani Paijo
KPPK, Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Penyelaras Gerakan Massa
Dr. Azman bin Othman
KPPK, Unit Sekolah Jenis Khas
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat
Puan Hjh Munah Hj Nasri
Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan
Penyelaras Gerakan Massa
Tuan Jamaluddin Pitrus
Timbalan Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Kinabatangan
Pengerusi
Tuan Hj Mohd Jukin Hj Mata
Pengerusi Pemuafakatan PIBG Daerah Kinabatangan
Timbalan Pengerusi
Puan Hjh Sarmiah Hj Mislong (YDP PIBG SMK Bukit Garam)
Timbalan Setiausaha
Cikgu Alke Rozy Intang (Setiausaha PIBG SMK Bukit Garam II)
JAWATANKUASA PELAKSANA
AJK PENDAFTARAN : PIBG SK.SENTOSA JAYA AJK PERHIASAN PENTAS : PIBG SK.SUNGAI LOKAN
AJK BACAAN DOA : PIBG SK.BUKIT GARAM FLOOR MANAGER : PIBG SK.SINGGAH MANIS
AJK JEMPUTAN : ABDUL SANIH HJ NASRI AJK PROTOKOL : PIBG SMK.PARIS
YDP PIBG SK BATU PUTEH
AJK BANNER & BACKDROP : PIBG SK.BUKIT GARAM II AJK JURUACARA : PIBG SMK BUKIT GARAM
CIKGU ISMAIL AHMAD & CIKGU DG
NORLISA
AJK CENDERAHATI & SIJIL : PIBG SK.LDG BODE KRETAM
AJK PEGAWAI PERHUBUNGAN : PIBG SMK.SUKAU
AJK JAMUAN : PIBG SK.SUKAU AJK PENYAMBUT TETAMU : TIMBALAN PPD
PENGERUSI PPSMS
AJK BUKU ATURCARA : PIBG SK PARIS 3 PENGERUSI MGB
PENGERUSI PEMUAFAKATAN PIBG
AJK TEKS UCAPAN : PIBG SK.KOTA AJK MONTAJ / GIMIK : PIBG SMK BUKIT GARAM
AJK SOP COVID : PIBG SK.PARIS
AJK MULTIMEDIA : PIBG SMK BUKIT GARAM II
AJK TEKNIKAL : EN ALHASSIM ATTIP , EN REDZUAN
MOHD JUKIN , EN. EFFENDY KOH
EN. JUPRI MAJID & EN. AZLAN DASRAN
Ikrar hari guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Lagu kami guru malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
penghargaan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Semua Pegawai Pendidikan Negeri Sabah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan
Majlis Pemuafakatan PIBG Daerah Kinabatangan
Semua Pengetua & Guru Besar
Semua guru, murid dan pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu Peringkat Negeri Sabah kali ke - 50 Tahun 2021
Channel Youtube PPD Kinabatangan : https://www.youtube.com/channel/UCSNkt5Aq_B_9mjiBEWtsMEQ/featured
LAMPIRAN
LAWATAN PIBG SK BATU PUTEH KE RUMAH PESARA GURU
04 MEI 2021
LAWATAN PPD KE RUMAH PESARA GURU PN. HJH SARMIAH HJ. MISLONG
05 MEI 2021
LAWATAN KE RUMAH PESARA GURU EN. MUSTAPA DATU TAMBOYONG
06 MEI 2021
LAWATAN KE RUMAH PESARA GURU
07 MEI 2021
LAMPIRAN
LAWATAN KE RUMAH PESARA GURU EN. KASNON MANGUN
09 MEI 2021
LAWATAN KE SMK BUKIT GARAM CIKGU AB WAHAB
09 MEI 2021
SK PARIS
SK BATU PUTEH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINABATANGAN
&
MAJLIS PERMUAFAKATAN PIBG DAERAH KINABATANGAN
CATATAN