DIRASMIKAN OLEH:
TN. HJ DARMANSHAH HJ. ASAKIL
TIMBALAN PENGARAH
SEKTOR PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PPD
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
LOGO PERTANDINGAN InNewVation 2021
PPD KINABATANGAN
2
SEUNTAI BICARA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Yang Berbahagia Datuk Dr. Mistirine Binti Radin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan rombongan. Yang Berusaha Timbalan-timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Kinabatangan, penolong-penolong pegawai pendidikan daerah kinabatangan, pengetua-pengetua dan guru besar. Sabah Hebat : Say Yes To Top 10 dan
Say No To No 16 dan salam PPD Kinabatangan Agirot.
Seperti yang semua warga pendidik Kinabatangan sudah sedia maklum, Pertandingan Inovasi peringkat Daerah Kinabatangan telah dilaksanakan 2 tahun berturut
-turut iaitu tahun lalu dan tahun ini. Kedua2nya menggunakan medium secara talian dalam melaksanakannya. Tema tahun ini adalah InNewVation 2021 yang
memberi maknanya yang tersendiri iaitu ia terdiri daripada 3 perkataan - In New Innovation membawa maksud Inovasi Dalam Norma Baharu. Tema ini di pilih
untuk disesuaikan dengan keadaan norma baharu yang sedang kita lalui sekarang akibat pandemic Covid 19. Sebagai memenuhi kehendak norma baharu yang
mementingkan keselamatan dan kesihatan, pihak PPD mengadakan pertandingan inovasi ini secara dalam talian. Ini menunjukkan bahawa peri pentingnya inovasi
sebagai satu wadah ke arah peningkatan kualiti pendidikan semasa dalam apa jua keadaan.
Pertandingan Inovasi ini diadakan bertujuan untuk :-
1. Memberi pengiktirafan kepada Pentadbir, guru, murid dan kumpulan KIK di PPD Kinabatangan melaksana Inovasi dan penyelidikan di peringkat sekolah dan
PPD seperti yang dihasratkan oleh PPD/JPN/KPM.
2. Menilai sejauh mana perkembangan budaya inovasi di peringkat daerah selepas usaha pendedahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
3. Memberi gambaran tentang tahap KIK daerah ini agar perancangan penambah baikan berterusan dapat dilakukan.
Oleh itu, pihak PPD berharap pertandingan ini akan dapat :-
1. Dapat mewujudkan budaya inovasi dan penyelidikan di peringkat sekolah bagi membolehkan mereka melonjakkan prestasi pendidikan .
2. Menggalakkan Pentadbir dan guru menghasilkan KIK/Inovasi yang boleh diguna pakai bagi meningkatkan kemenjadian murid dan kualiti sekolah.
3. Menggalakkan pentadbir, guru dan pelajar keluar dari kebiasaan dengan mendedahkan mereka dgn pertandingan di luar sekolah.
4. Membuktikan kepada pihak PPD/JPN/KPM bahawa segala usaha dan pelaburan/peruntukan yang disalurkan memberi pulangan yang setimpal/lebih cemer-
lang. (value for money).
5. Membuktikan kepada pihak JPN/KPM bahawa PPD Kinabatangan sentiasa berusaha menerajui perubahan seperti yang dihasratkan. Sesuai dengan slogan
PPD Kinabatangan Agirot, yang membawa maksud Hebat.
3
SEUNTAI BICARA
Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar, guru-guru dan anak2 murid yang terlibat dalam
pertandingan ini. Terima kasih juga kepada para juri yang menjadi panel penilai bagi pertandingan ini. Semoga kolaborasi ini akan dapat diteruskan dan ditingkatkan
pada masa hadapan.
Diharap pertandingan ini akan dapat mencungkil bakat-bakat kreatif dan inovatif dalam kalangan pentadbir, guru dan murid-murid dalam daerah ini. Budaya berfikir
untuk mencipta inovasi ini diharap akan dapat menyokong Hasrat dan slogan Sabah Hebat : Say Yes To Top 10 dan Say No To No 16.
Akhir sekali, budaya berfikir untuk mencipta inovasi diharap akan dapat menghasilkan pelbagai ciptaan yang boleh memberikan manfaat kepada sekolah, murid,
masyarakat dan negara secara amnya. Semoga dengan platform ini kita boleh menemukan para innovator yang baharu seperti Thomas Alva Edison yang mencipta
lampu untuk menerangi kegelapan.
“Salam PPD Kinabatangan Agirot”
PN. HJH. MUNAH HJ. NASRI
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KIBATANGAN
SABAH
4
TEKS UCAPAN INOVASI InNewVation
Para hadirin yang dihormati,
Segala puji dan syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bersama-sama dalam Pertandingan Inovasi InNewVation 2021 Peringkat Daerah
Kinabatangan Tahun 2021. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pihak jaw atankuasa penganjur iaitu
Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan yang telah berusaha merealisasikan pertandingan ini dengan jayanya. Penghargaan juga
diucapkan kepada para panel penilai yang menyumbangkan kepakaran mereka untuk menjadi pengadil dalam pertandingan ini. Di samping itu, setinggi-tinggi
tahniah diucapkan kepada semua peserta pertandingan yang terdiri daripada para pentadbir, guru-guru dan pelajar-pelajar dari sekolah daerah Kinabatangan yang
telah menunjukkan kreativiti mereka dengan menghasilkan pelbagai inovasi sama berbentuk kaedah atau produk yang saya pasti mempunyai nilainya yang
tersendiri dalam menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
Hadirin yang dihormati,
Seperti yang semua sedia maklum, Pertandingan Inovasi tahun ini juga di laksanakan secara online seperti tahun lepas. Oleh itu, Tema InNewVation 2021 telah di
pilih sebagai focus kepada Penghasilan Inovasi dalam Norma Baharu yang sedang melanda dunia pada masa ini . Penganjuran pada tahun ini agak berlainan
berbanding tahun-tahun sebelumnya. Cabaran bagi kita untuk melaksanakan program ini dalam era norma baharu yang telah menetapkan SOP yang wajib
dipatuhi demi memastikan keselamatan dan kesihatan semua terjamin. Walau bagaimanapun kesedaran bahawa peri pentingnya inovasi sebagai satu wadah ke
arah peningkatan kualiti pendidikan semasa, mendorong pihak jpn dan ppd untuk berusaha memastikan program ini tetap berjalan walaupun dalam talian.
Hadirin yang dihormati,
Penghasilan inovasi yang berkualiti dan berkesan, diyakini akan menjadi pengerak terhadap usaha untuk menyemarakkan budaya inovasi khususnya dalam
kalangan pentadbir, guru dan pelajar dan usaha ini dapat meningkatkan produktiviti penyampaian perkhidmatan dan proses PDPc serta bersedia untuk membuat
pembaharuan dalam proses susun atur perkongsian ilmu bagi meningkatkan pencapaian selaras dengan slogan JPN Sabah iaitu Sabah Hebat, Say Yes To
Number 10, Say No To Number 16. Begitu juga dengan Slogan PPD Kinabatangan iaitu “ PPD Kinabatangan AGIROT!. Dengan lahirnya budaya inovasi ini,
pembudayaan kreativiti dan memupuk budaya kerja berpasukan dapat ditingkatkan.
5
Peserta pertandingan pada hari ini patut berbangga kerana telah berjaya mencabar diri untuk menyertai pertandingan. Hal ini kerana, berbanding dengan
pertandingan yang lain, pertandingan inovasi memerlukan kreativiti dan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang baharu atau menambah baik
sesuatu yang sedia ada seterusnya dapat menyumbang kepada kecemerlangan Sekolah masing-masing.
Tahukah anda bahawa individu yang berjaya menghasilkan inovasi memiliki tiga perkara dalam diri mereka iaitu kepakaran, pemikiran kreatif dan bermotivasi
dalaman. Kepakaran merujuk kepada kecekapan, keupayaan, pengetahuan serta bakat istimewa yang dimiliki oleh seseorang. Memiliki perkara seperti yang
disebutkan di atas akan menjadikan individu tersebut dilihat berupaya untuk melahirkan idea-idea kreatif dan inovatif. Pemikiran kreatif pula merujuk kepada
individu yang mempunyai idea inovasi. Hal ini berkait rapat dengan keupayaan kognitif yang dimiliki. Individu yang berdisiplin, tidak bergantung kepada orang
lain, bersedia menanggung risiko, bersikap toleransi dikatakan mereka yang mampu untuk berfikir secara kreatif. Manakala faktor ketiga pula ialah motivasi
dalaman individu iaitu berkaitan dengan seseorang yang merasakan seronok untuk terlibat, perasaan ingin tahu yang tinggi serta suka kepada cabaran. Oleh itu,
berbanggalah kerana inovasi yang anda pertandingkan pada hari ini membuktikan anda memiliki kriteria- kriteria yang saya nyatakan tadi.
Hadirin yang dihormati ,
Inovasi pada hari ini telah menjadi penanda aras baru global dan sudah pasti menuntut kepada keupayaan penciptaan yang bukan sahaja bersifat baharu, unik
dan bermanfaat tetapi juga mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kemantapan pendidikan negara.
Hadirin yang dihormati,
Akhir kata, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga pendidik di PPD Kinabatangan khususnya warga yang menyahut cabaran untuk menyertai
pertandingan ini. Tahniah juga kepada ahli Jawatankuasa penganjur yang telah bersungguh-sungguh dalam merangka dan menganjurkan pertandingan inovasi
ini. Saya yakin, pertandingan ini akan menjadi platform kepada semua peserta untuk mencipta lebih banyak lagi inovasi dan seterusnya menyebarluaskannya
kepada semua sama ada dalam bentuk pameran atau pertandingan.
Dengan ini saya merasmikan Pertandingan Inovasi InNewVation 2021 Peringkat Daerah Kinabatangan.
Sekian sahaja, saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan salam sejahtera
SEKIAN, TERIMA KASIH.
YBhg. DATUK DR. MISTERINE BINTI RADIN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH
6
ATURCARA MAJLIS
MASA PERKARA
09.30 AM Pendaftaran Masuk Online Peserta dan AJK
09.50 AM Pendaftaran Masuk Online Jemputan
Pendaftaran Masuk Online Perasmi
10.00 AM Lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku
Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan Pengerusi
Ucapan Perasmian
Persembahan Montaj
Penutup
7
JAWANTANKUASA INDUK
Penaung:
YBhg. Datuk Dr. Misterine binti Radin
Penasihat:
Tn. Mohd Zaini bin Yanin
Pengerusi:
Pn. Hjh. Munah binti Hj. Nasril (PPD Kinabatangan)
Tim. Pengerusi:
En. Amdan bin Asim -TPPD Sektor Perancangan
Pn. Salmah binti Md Zain – TPPD Sektor Pembelajaran
En. Jamaludin bin Pitrus – TPPD Sektor Pengurusan Sekolah
En. Aniswandy bin Muhammad – TPPD Sektor Pembangunan Murid
Setiausaha:
En. Alhassim Hj Attip (Sektor Perancangan)
Pen. Setiausaha:
En. Jupri bin Abdul Majid ( Sektor Pembelajaran)
Bendahari:
Pn. Rosmiyati binti Amit ( Sektor Pengurusan )
8
JAWANTANKUASA PELAKSANA
Kertas kerja/konsep : En, Alhassim Hj Attip Pegawai Pelan Kontingensi : En. Syarir bin Sihabudin
Pengacara Majlis : Pn. Misni Hj. Saman
Pegawai Redaksi/ Publisiti : En. Effendy bin Koh Eng Luk Pegawai Persiapan Pembentangan : En. Jupri bin Abdul Majid
Persediaan tempat : En. Arifin bin Nanas Backdrop/banner : En. Alhassim Hj. Attip
Protokol/ Floor Manager : 1. En. Zefree bin Hj. Shahirin Pegawai ICT : En. Azlan bin Dasran
2. En. Hamzah bin Hj. Albani Post mortem : En. Amdan bin Asim
Pendaftaran Peserta : Pn. Fazlinah binti Amir Ali
: Cik I. Pareda binti Mohd. Aspar Pelaporan Program : En. Alhassim Hj. Attip
Buku Atucara : En. Jupri bin Abdul Majid Maklumbalas Pelanggan : En. Effendy bin Koh Eng Luk
PA Sistem & Dokumentasi : En. Asiang bin Andud Pegawai Perhubungan : Semua Penolong Pegawai
Penyambut Tetamu : Semua Timbalan PPD & Pegawai SIP+ Gambar & Video : En. Adrian Tan &
Ainah Abdul Rahim
Sijil dan Hadiah : En. Azlan bin Dasran
Makan dan Minum : Pn. Rusmiah binti Rindau
Makan minum VIP : Pn. Lizawati bin Hj. Salim Juri : 1. Pegawai SPPD JPN Sabah
Encik Makmur Ibak
Hiasan Dewan : En. Fitri bin Abdul Ghani (Ketua)
2. Persatuan Teknologi dan
Semua Staf PPD Inovasi Negeri Sabah
(En Azmi Ahmad)
Bacaan Doa : Ustaz. Azman bin Ghani
Cenderahati Perasmi : Pn. Rosliah binti Ribut Borang Pemarkahan : En. Alhassim Hj. Attip
9
SENARAI PESERTA PERTANDINGAN InNewVation 2021
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINABATANGAN
Kategori Pentadbir (Sekolah Rendah) Kategori Guru Berkumpulan (Sekolah Rendah)
1. SK Singgah Manis - Pn. Suryatie Abdullah 1. Sk Singgah Manis – Cikgu Noorziana Binti Asgali + Donacia
2. SK Singgah Manis - Pn. Siti Haja Mohammad Peter + Muhd. Aiman Hamid
3. SK Sungai Lokan - Pn. Masnah Apong
4. SK Paris - En. Salleh Jahaya 2. Sk Singgah Manis – Cikgu Nik Muhammad Nuur Khaidir B.
Nik
Kategori Guru Individu (Sekolah Rendah)
3. Sk Singgah Manis – Cikgu Nor Azirah Binti Ab Rahim + Mohd
1. Sk Abai – Cikgu Jamaludin Baharudin Ilman Bin Kasmuri
2. Sk Balat – Cikgu Muhammad Nurshazlie Bin Ali
3. Sk Buang Sayang – Cikgu Nur Farah Shafeera Binti Jainal 4. Sk Singgah Manis – Cikgu Siti Norhidayah Binti Yo
4. Sk Bukit Garam 2 – Cikgu Harry Jade Victor hanis@Mohamad + Jasri Bin Hassan
5. Sk Bukit Garam 2 – Cikgu Nur Atikah Binti Awang
6. Sk Kampung Suan Lamba – Cikgu Mohd. Redzwan Bin 5. Sk Singgah Manis – Cikgu Kartina Binti Asgali + Mohamad
Ilman Mohd Kasmuri
Abdul Majid
7. Sk Kuala Suan Lamba – Cikgu Muhd Aminuddin Bin Asmad 6. Sk Singgah Manis – Cikgu Yati Nur Fatihah Tikson + Abdul
8. Sk Ladang Bode Kretam – Cikgu Penny Binti Makinsal Qayyoum Bin Alias
9. Sk Paris – Cikgu Mohd Zul Fiqry Bin Adisah
10. Sk Sandau – Cikgu Razniza Binti Maidin 7. Sk Sukau – Cikgu Ahmad Tirmidzi Bin Yahaya + Mohamad
11. Sk Sandau – Cikgu Mohd Hafiz Bin Yatin Nazrul Bin Hamid
12. Sk Sandau – Cikgu Mohd Ramzi Bin Taufik
13. Sk Sukau –Cikgu Nurfarizah Binti Mohd Fazal 8. Sk Sukau – Cikgu Mohd Hairulanuar Bin Mohd Adros +
Nur Lyana Binti Mohd Ustar
9. Sk Sukau – Cikgu Ahmad Saleh Bin Ladalle + Ardey Joss
10. Sk Bukit Garam 2 – Cikgu Sharifah Athirah Hj Wan
Abu Bakar + Norazan Rahim + Rafitah Yusof
10
SENARAI PESERTA PERTANDINGAN InNewVation 2021
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINABATANGAN
Kategori Guru Berkumpulan ( Sekolah Rendah ) Kategori Pelajar Individu (Sekolah Rendah)
11. Sk Bukit Garam 2 – Cikgu Azimah Binti Abdul Azid + 1. Sk Buang Sayang - Hilal Hamzi Bin Onu
Hidayah Binti Abu Kassim + Azizah Binti Innah
Kategori Pelajar Berkumpulan(Sekolah Rendah)
12. Sk Bukit Garam 2 – Cikgu Mazlin Atiqah Binti Mohd
Samsudin + Noor Amalina Binti Abd Latif 1. Sk Paris - Izz Zayani Binti Abdullah + Aliyah Syafiqah Binti
Abdullah + Azmin Bin Azlee
13. Sk Kota Kinabatangan – Cikgu Siti Nuralisha Binti Ali +
Shafiqah Noor Binti Martuki 2. Sk Kampung Suan Lamba - Tiz Zahierah Binti Abdullah +
Nur Aliah Qaisarah Binti Mohd Rizal + Muhammad Aliff Bin
14. Sk Kota Kinabatangan – Cikgu Samariah Haruna + Bridget Hamzah
Benedict
3. Sk Ladang Bode Kretam - Nur Athirah Adawiyah Binti
15. Sk Paris 3 – Cikgu Siti Ramona Edora Binti Roslan + Nurul Abdullah + Nathanneal Rudolf + Nur Hawa Umairah Binti
Asikin Binti Ismail + Gelson Ganting Sabturani
16. Sk Sandau – Cikgu Mohd Ramzi Bin Taufik + Razniza Binti Kategori Pelajar Individu (Sekolah Menengah)
Maidin + Rahah Asmaharun
1. SMK Bukit Garam - Noel darrel tai + Nigel Donovan Tai
17. Sk Sinar Jaya – Cikgu Norina Binti Darampin + Julwandy
Bin Ribin + Rosedah Binti Norsidi
Kategori Guru Individu (Sekolah Menengah)
1. SMK Bukit Garam – En. Khamsah Salleh
11
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima kasih
atas Kerjasama dan Sumbangan yang telah diberikan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah, Persatuan Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah, Pejabat
Pendidikan Daerah Kinabatangan, semua Pengetua/Guru Besar, semua guru dan
murid yang menyertai pertandingan dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Pelancaran
Pertandingan Inovasi InNewVation 2021 Peringkat Daerah Kinabatangan.
12