The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN BIL.5 PPD KINABATANGAN TAHUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juprimajidppdk, 2022-12-04 10:51:49

BUKU PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN BIL.5 PPD KINABATANGAN TAHUN 2022

BUKU PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN BIL.5 PPD KINABATANGAN TAHUN 2022

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaiakum, Salam Sabah Maju Jaya, Salam SEPAKAT Sabah HEBAT dan Salam PPD Kinatangan AGIROT
Mendepani Kecemerlangan.

Yang Berusaha Barisan Timbalan PPD Kinabatangan, Pegawai SIPartners+, Penolong-penolong Pegawai PPD Kinabatangan

Seterusnya Yang dihormati, barisan pengetua, guru-guru besar dan para hadirin sekalian

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama pada hari ini dalam Program
Perhimpunan Bulanan Bil 5 tahun 2022 Peringkat PPD Kinabatangan. Tahniah dan terima kasih kepada Sektor
Pembelajaran PPD Kinabatangan yang diterajui oleh Pn. Salmah Binti Md Zain Timbalan PPD Sektor Pembelajaran yang
bertidak sebagai Penyelaras program ini. Tidak lupa juga kepada ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung untuk menjayakan program ini. Tanpa adanya Kerjasama yang padu daripada semua pihak program ini tidak akan
berjalan dengan lancar. Dalam situasi kita yang terhimpit dengan pelbagai tugasan lain, kita dapat mengharungi cabaran-
cabaran tersebut .

Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

Pemimpin sememangnya telah diiktiraf sebagai faktor penting yang menerajui organisasi bagi menuju wawasan, matlamat
dan objektif yang ditetapkan. Keupayaan pemimpin dalam menerajui organisasi telah diterima sebagai faktor yang boleh
menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi berkenaan. Pemimpin melaksanakan pelbagai fungsi kepimpinan yang
membawa kepada kecemerlangan, keberkesanan dan kecekapan organisasi.

Dalam hal ini, peranan pemimpin dan pengurus perlulah dibezakan di mana pengurus adalah pegawai yang melaksanakan
fungsi pengurusan dan pentadbiran organisasi berasaskan prosedur dan garis panduan yang ditetapkan manakala
pemimpin adalah seorang yang mengemudi hala tuju dan strategi organisasi dengan melaksanakan peranan yang lebih
daripada pengurusan dan pentadbiran semata-mata. Pemimpin hendaklah berupaya memandang ke hadapan dan
menetapkan wawasan (vision), hala tuju dan strategi jangka pendek dan jangka panjang organisasi setelah mengambil kira
berbagai faktor dalaman dan luaran termasuk kelemahan dan kekuatan organisasi bagi membawa organisasi ke tahap yang
lebih tinggi dari segi kecekapan dan keberkesanan serta memenuhi matlamat dan objektif. Melalui proses ini, barulah
segala faktor-faktor dalaman organisasi baik struktur, sistem, sumber manusia dan sebagainya akan dapat dipandu untuk
menuju ke arah wawasan dan hala tuju yang ditetapkan oleh pemimpin. Bukan itu sahaja malah, pemimpin perlu
memastikan memastikan pekerja melaksanakan kerja secara rutin tetapi berupaya berkomunikasi dan mempengaruhi
mereka supaya percaya, taat dan sanggup bekerja keras dengan menggembleng dan mengutilisasikan segala sumber dan
peralatan organisasi ke arah mencapai visi dan halatuju yang ditetapkan.

Tuan-tuan dan Puan-Puan Sekalian

Terdapat pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan secara semula jadi tetapi bagi kebanyakan pegawai, ciri-ciri
kepimpinan ini perlu dibangunkan oleh organisasi melalui program pembangunan kepimpinan yang sistematik dan
terancang. Kegagalan organisasi membangunkan barisan pegawai yang berupaya untuk mengambil alih kepimpinan dan
menerajui organisasi boleh membawa kepada implikasi yang tidak baik kepada organisasi berkenaan di masa akan. Oleh
itu, amalan pengurusan strategik dalam pengurusan pendidikan adalah salah satu inisiatif dalam membangunkan
kompetensi dalam pembangunan profesionalisme Pendidikan dengan berpandukan data sedia ada dalam organisasi.
Dengan perubahan persekitaran pendidikan, pengurusan strategik merupakan satu pendekatan yang bersistem untuk
menentukan arah masa depan sesebuah organisasi. Ia juga bertujuan untuk menentukan cara sesebuah organisasi itu
diurus agar dapat terus bersaing, bertahan dan berjaya dalam persekitaran yang berubah dan tidak menentu. Pengurusan
strategik ini melibatkan proses menganalisis data yang berkaitan dengan persekitaran, perancangan, penstrukturan,
pembangunan staf, penyelarasan, pengawalan dan penilaian kegiatan organisasi yang bersesuaian dengan perkembangan
dan perubahan persekitaran luarannya. Pengurusan strategik memerlukan pihak pengurusan membuat analisis data
persekitaran, menetapkan matlamat dan strategi organisasi dan kemudiannya melaksanakan strategi itu. Ini termasuklah
membuat perancangan, penyusunan struktur organisasi, mementingkan pembangunan tenaga kerja dan memastikan
kawalan dan penilaian dilakukan.

Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa kepimpinan menekankan ciri-ciri kekuatan fizikal dan spiritual secara
bersepadu, akhlak yang mulia, kemahiran, ilmu pengetahuan dan komitmen yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin
yang berwibawa. Justeru itu, bahawa individu yang bergelar pemimpin berwibawa itu merupakan seorang insan yang
memiliki sifat keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain dalam sesuatu kelompok. Kewibawaan yang dimiliki akan
membantu seseorang pemimpin itu dalam memimpin keluarga, masyarakat, dan negara dengan lebih berkesan dan
sempurna. Sebagaimana yang telah ditegaskan, kewibawaan merupakan satu asas penting yang membolehkan seseorang
pemimpin mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta memupuk motivasi ahli-ahli organisasi dalam melaksanakan
amanah yang diberikan. Sesuatu kemahiran dalam apa jua bidang yang dimiliki oleh seseorang pemimpin akan
memantapkan lagi kewibawaanya. Jadi, kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh seseorang pemimpin akan memantapkan
lagi kewibawaannya dalam mentadbir dan menguruskan organisasi.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

PN. HJH. MUNAH HJ. NASRI
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KINABATANGAN

MASA ATUR CARA MAJLIS

7.30 pagi PERKARA

7.40 pagi Ketibaan semua Timbalan PPD/Penolong Pegawai/Pengetua/
Guru Besar/Akp
7.45 pagi Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan
Puan Hajah Munah Binti Hj Nasri
8.00 pagi Sesi Bergambar PPD Bersama Staf PPDK danPGB
Nyanyian Lagu Negaraku
8.10 pagi- Nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku
9.00 pagi Nyanyian Lagu Perkhidmatan Awam
9.00 pagi- Bacaan Doa
10.00 pagi Pembentangan Timbalan SPb
10.00 pagi Mini Forum Agirot
10.10 pagi- Tajuk: Kepimpinan Instruksional
11.00 pagi Perkongsian KSAD dan Ucapan Perasmian
Puan Hajah Munah Binti Hj Nasri, Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan
11.00 pagi
11.30 pagi Video Montaj
Penyampaian Anugerah/ Sijil
1.Anugerah Mengikut Sektor
2.Anugerah Pekerja Contoh Bulanan
3.Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat
Sambutan Hari Jadi PGB & Staf PPD
Bersurai

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT:
Pn. Hjh. Munah binti Hj. Nasri (PPD Kinabatangan)

PENGERUSI:
Pn. Salmah binti Md Zain – TPPD Sektor Pembelajaran

TIMBALAN PENGERUSI:
En. Amdan bin Asim -TPPD Sektor Perancangan
En. Jamaludin bin Pitrus – TPPD Sektor Pengurusan Sekolah
En. Aniswandy bin Muhammad – TPPD Sektor Pembangunan Murid

SETIAUSAHA:
En. Azlan Bin Dasran (Sektor Pembelajaran)

BENDAHARI:
Pn. Rosmiati binti Amit (Sektor Pengurusan)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras /kertas Kerja Program Pendaftaran
Encik Azlan Bin Dasran
Encik Asiang Andut@Andud
Jemputan
Cik. I Pareda Aspar Cik Siti Arnisa Binti Azman
Juruacara Majlis
Pengurus Penerima Hadiah/Anugerah/Sijil En. Ahmad Afzal Ahmad Zahir
Cik Ainah Hj Abdul Rahim Pn. Nurdiana Amiruddin
Pn. Katherine Undin Jurugambar
Encik Tan Shueh Li@Adrian
Cik Siti Arnisa Binti Azman

Banner Digital Bacaan Doa
Ustaz Redzuan Hj Mohd Jukin Ustaz Shahrul Khair Hj. Jalpah/Azman Ghani

Buku Aturcara Digital Teknikal Dan PA Sistem
Encik Jupri Abd Majid Encik Effendy Koh Eng Luk

Susun Atur Dewan
Semua Pegawai Sektor Pembelajaran

PENGHARGAAN

Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan
Sektor Perancangan
Sektor Pembelajaran

Sektor Pengurusan Sekolah
Sektor Pembangunan Murid

Sektor Pengurusan
Sektor Peperiksaan & Pentaksiran

Sektor Psikologi & Kaunseling
Pengetua & Guru Besar

Semua warga Sekolah Daerah Kinabatangan
&

pihak-pihak yang terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam
menjayakan

Perhimpunan Bulanan bil.5/2022 Peringkat
Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan


Click to View FlipBook Version