hasil pembelajaran: DI HUJUNG PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT: i) Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 faktor kemajuan seni bina Rom dengan tepat. ii) Menghuraikan 1 seni bina terkenal Tamadun Rom selepas guru mengajar.
Empayar yang luas Kesinambungan daripada Tamadun Yunani Zaman Klasik Sebuah kuasa terkuat di Mediterranean pengenalan Tamadun Rom?
Lokasi Tamadun Rom terletak di Lembah Latium berhampiran Sungai Tiber
Zaman Beraja (753-509 SM) Zaman Empayar (27 SM-476 M) Zaman Republik (509-27 SM) Tamadun rom terbahagi kepada 3 zaman:
Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina Faktor kemajuan Seni Bina Rom: Kepakaran, pendidikan, dasar pemerintahan, kewangan, teknologi, sumber alam & buruh. Perkembangan seni bina melibatkan bangunan, jalan raya, saliran air & tempat mandi awam PENINGKATAN SENI BINA DALAM TAMADUN ROM
Seni bina Rom adalah gabungan antara teknik seni bina zaman Yunani dengan inovasi baharu. CIRI-CIRI PEMBINAAN BANGUNAN TAMADUN ROM
7 seni bina rom yang terkenal COLOSSEUM AMFITEATER AKUEDUK PANTHEON
JALAN RAYA ROM TEMPAT MANDI AWAM TEMBOK PERTAHANAN
COLOSSEUM Merupakan binaan yang melambangkan keagungan Tamadun Rom. Tujuan: tempat mengadakan persembahan dan pertandingan besar seperti acara gladiator. Tinggi : 50 Meter panjang, lebar 156 meter dan luas 2.5 hektar. Memuatkan 50 ribu orang dalam satu masa.
PANTHEON Binaan berkubah terbesar di dunia. Digunakan sebagai tempat pemyembahan dewa-dewi masyarakat Rom. Dibina oleh Marcus Visanius Agrippa (27 SM) dan dibangunkan semula oleh Maharaja Hadrian (125 M). Diambil daripada gaya binaan zaman Yunani.
AMFITEATER Merupakan Colosseum mini atau gelanggang terbuka. Terdapat 230 amfiteater dibina di seluruh Rom. Terkenal: Amfiteater di El Djem
AKUEDUK Sistem perancangan dan pengawalan air sistematik (lambang teknologi & kejuruteraan Rom) Fungsi: membekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar Rom. Akueduk pertama dibina di Aqua Appia pada tahun 312 SM dengan panjangnya 16 Kilometer.
JALAN RAYA ROM Jalan raya mula dibina pada tahun 500 SM Tujuan: Bagi menghubungkan bandarbandar utama untuk memudahkan pergerakan tentera dan sistem pengangkutan. Dibina secara berlapislapis menggunakan batu besar, batu kecil dan batu kerikil supaya tahan & kuat.
Tujuan pembinaan: Untuk melindungi Tamadun Rom daripada serangan musuh. Tembok ini menjadi pemisah antara kawasan kekuasaan Rom dgn kawasan bukan wilayah Rom.Tarikh dibina: 100 M Bahan binaan: Batu Ketinggian tembok: Boleh mencapai 5 meter Tembok terkenal: Tembok Hadrian, Britian (dibina oleh Maharaja Hadrian) TEMBOK PERTAHANAN
TEMPAT MANDI AWAM Kepercayaan orang Rom: Mandi penting untuk kebersihan & kesihatan. Melambangkan kehidupan bertamadun. Dilengkapi banyak kemudahan seperti: Tandas, ruang mandi, ruang untuk mengurut, perpustakaan, bilik berehat & bersenam. Tempat mandi awam terkenal: Caracalla (dibina oleh Maharaja Caracalla).
Secara ringkasnya, Tamadun Rom merupakan tamadun yang menunjukkan perkembangan seni bina yang unggul, kekal lama, tahan dan kuat. Sehingga kini, kita boleh lihat banyak peninggalan bangunan atau seni bina yang mengagumkan seperti Colosseum, Pantheon, Amfiteater, Akueduk, Jalan raya, tembok pertahanan malah tempat mandi awam. Kesimpulan
Info tambahan tamadun rom Link Youtube: https://youtu.be/Oe-j877no3k
Info tambahan tamadun rom Link Blogspot: http://sejarah2us.blogspot.com/2012/05/tamadun-rom.html
aktiviti kelas ARAHAN: Pelajar dikehendaki membuat satu peta minda kreatif iaitu dengan menghuraikan 1 seni bina terkenal Tamadun Rom dalam masa 10 minit. Contoh peta minda