The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najwakhadijah34, 2021-12-03 23:15:17

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 2

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 2

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KELAS : DPR1B

TAJUK : SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH : ZULKIFLI BIN AWANG BESAR

AHLI KUMPULAN 2 :

 NUR HAYATI BINTI CHE
MARZUKI (O4DPR21F1006)

 HIDYATUL AMIERA BINTI
MOHD ROSDI (O4DPR21F1016)

 FATINIE NASUHA BINTI
MOHD NOOR (O4DPR21F1008)

ISI KANDUNGAN :

PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN
1.1 SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

DI MALAYSIA
1.2 FAKTOR KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA

2.0 MASYARAKAT MAJMUK
2.1 DARI MASYARAKAT MELAYU
2.2 DARI MASYARAKAT CINA
2.3 DARI MASYARAKAT INDIA

3.0 KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA
3.1 KESAN KEPADA MASYARAKAT MELAYU
3.2 KESAN KEPADA MASYARAKAT CINA
3.3 KESAN KEPADA MASYARAKAT INDIA
KESIMPULAN
LAMPIRAN
RUJUKAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T

Titipan penghargaan terhadap Allah SWT tuhan sekalian alam atas
rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya. Berserah kepada
atas takdir yang dikehendaki kepada isi alam seluruhnya. Selawat
dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para
sahabat serta para tabin. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan e-folio yang
telah diusahakan selama ini yang bertajuk ""Sejarah Pembentukan

Masyarakat Majmuk Di Malaysia". Ribuan terima kasih kami
ucapkan kepada individu yang banyak membantu dan memberi
kerjasama sepanjang menyiapkan projek e-folio ini. Kami menjulang
sepenuh penghargaan kepada Ustaz Zulkifli Bin Awang Besar,
Pensyarah Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032) di
atas kesudian beliau memberi tunjuk ajar kepada kami. Tanpa
sokongan mungkin kami tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti

ini. Ini kerana kerja- kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini
memerlukan motivasi, usaha, dan buah fikiran. Pelbagai ilmu yang
dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap

kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak ternyata
membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang

diberi ini.

1.0 PENGENALAN

 Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai kaum , bangsa dan juga
etnik . Dengan kepelbagaian kaum dan etnik ini maka wujud pula
kepelbagaian budaya , Bahasa , agama dan adat resam . Tiga kaum
yang terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu ,Cina dan India .Sebelum
penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848 ,
majoriti penduduk di Tanah Melayu adalah orang Melayu .Hanya
sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang
manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh .

 Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir

berdasarkan pendekatan “pecah dan perintah “ di Tanah Melayu
.Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya
masing -masing sementara perhubungan langsung dengan kaum –
kaum lain tidak digalakkan .Kesannya , terbentuklah masyarakat

majmuk seterusmya berbilang kaum di negara ini dari semasa
ke semasa .

Objektif

Terdapat beberapa objektif yang saya dapat dalam tajuk masyarakat
majmuk ini. Antaranva ialah:

1) Untuk mempelajari proses pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia. Hal ini demikian kerana rakyat pada masa kini tidak
mengetahui sejarah bagaimana mereka boleh bersatu dengan

pelbagai kaum. Sedikit sebanyak kita boleh membuka hati dan mata
rakyat untuk menerapkan cinta akan Negara.

2) Untuk mengkaji kesan-kesan yang berlaku dalam pembentukan
masyarakat majmuk Kita boleh menjadikan ikhtibar untuk kehidupan

kita. Kita juga dapat menghargai tokoh-tokoh yang sedaya upaya
untuk mencantumkan kita menjadi sebuah etnik yang terunggul.

3) Untuk mengetahui populasi rakyat Malaysia yang unik dan kaya
dengan pelbagai kaum. Sebagai rakyat yang prihatin, kita mesti tahu

siapa yang berada di dalam Malaysia ini. Saling kenal-mengenal
antara satu sama lain agar kita boleh mengambil ilmu melihat cara

sesuatu etnik.

1.1 SEJARAH PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA

 Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti
Melayu , Cina , India dan lain -lain . Setiap kaum mempunyai latar
belakang dan identity yang berbeza .Masyarakat majmuk biasanya
dikaitkan dengan Malaysia . Hal ini demikian kerana negara
Malaysia terdiri daripada masayarakat yang berbilang kaum dan
budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh
pelbagai kaum , bangsa dan etnik .Corak masyarakat Malaysia
berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan perubahan
struktur politik. Dengan adanya kepelbagaian kaum, maka wujudlah
kepelbagaian adat resam, budaya , Bahasa , agama , dan sebagainya
.

 Masyarakat majmuk merupakan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan , adat resam
dan budaya yang tersendiri .Setiap kaum di negara Malaysia ini
mempunyai latar belakanga dan sejarah kemasukannya .
Masyarakat majmuk dibahagikan mengikut garis- garis pemisah
seperti ras, etnik , agama , ideologi , Bahasa dan budaya . Menurut
Kamus Dewan( 2005) ,masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia
yang hidup Bersama-sama disuatu tempat dengan atur dan cara –
cara tertentu .

 Pada awal abad ke-19 , lebih 90 % penduduk di Tanah Melayu
adalah Melayu .Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi
kaum Cina dan India secara beramai- ramai ekoran dasar liberal
Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah
Melayu. Masayrakat majmuk di Malaysia terdiri dari perbagai

etnik yang di kategorikan mengikut cara hidup,pola penempatan ,
pekerjaan dan Pendidikan .

1.2 FAKTOR KEMUNCULAN
MASYARAKAT MAJMUK DI

MALAYSIA

A) Perkembangan pesat perusahaan bijih timah

Perkembangan pesat bijih timah memerlukan buruh yang ramai dan
British berhadapan dengan masalah tenaga buruh kerana orang Melayu
hanya tertumpu pada kegiatan pertanian. Kawasan pengeluar bijih timah
adalah Lembah Kinta ‚Lukut, Klang dan Sg Ujong. Bagi menarik kemasukan
orang Cina, kerajaan British telah melakukan beberapa perkara iaitu
melonggarkan syarat kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu, memberi
jaminan keselamatan nyawa dan harta benda serta diberi kebebasan
menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing di bawah kawalan ketua
masing-masing.

B) Perkembangan pesat perusahaan getah

Perusahaan getah berkembang menjelang abad ke 20 akibat
perkembangan perusahaan automobil di Amerika Syarikat. Pembukaan
ladang-ladang getah menyebabkan British memerlukan lebih banyak
buruh India. British lebih berminat mengambil buruh India bekerja di
ladang getah mereka disebabkan buruh India sanggup bekerja lebih lama,
menerima gaji rendah dan mudah dikawal. Bermula 1857 hingga 1938 ,
buruh India datang ke Tanah Melayu melalui tiga cara iaitu buruh kontrak,
sistem kangani dan buruh bebas. Masyarakat India telah membawa masuk
budaya kehidupan mereka ke Tanah Melayu.

C) Dasar kerajaan British

Matlamat British adalah menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui dasar
pecah dan perintah. British tidak mahu orang Melayu diberi peluang luas
dalam ekonomi moden kerana takut disingkirkan Kerajaan British membawa
masuk orang Cina dan India bagi mencapai matlamat untuk mengimbangi
kaum Melayu Masyarakat berbeza akan menyukarkan penduduk untuk
bersatu dan bangkit menentang mereka.

D) Lokasi pertempatan yang berasingan

Masyarakat Cina dan India mengamalkan budaya hidup mereka dari China
dan India.Mereka telah menubuhkan pergerakan, persatuan bagi
mempertahan dan melindungi amalan budaya mereka. Masyarakat berbilang
kaum di Tanah Melayu jelas dengan pengamalan dan anutan agama yang
berbeza dan dipertahankan iaitu orang Melayu beragama Islam, Cina
beragama Buddha dan Kristian, India beragama Hindu.

MASYARAKAT MAJMUK

Masyarakat Melayu

 Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana
nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu.
Namun penduduk Melayu kini sebenamya lebih ramai ekoran kemasukan
beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain Tanah
Melayu.Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai- ramai
masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu.Penghijrahan ini berlaku ekoran
kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang semuanya boleh menjamin
keselesaan mereka.Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pula
seperti Jawa,Sumatera,Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957,keturunan
penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8%.
daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Sebelum zaman penjajahan,kegiata
ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah
melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan
Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai. Penguasaan ekonomi
orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing- masing semakin berubah
dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan.
Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi
masyarakat Melayu.Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah
menggalakkan kemunculan bandar2 baru seperti Taiping, Ipoh,Port Weld,Tapah
dan Kampar di Perak, Kuala Lumpur,Port Swettenham dan Klang di Selangor serta
Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Bandar-bandar baru ini menjadi
tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar
tradisi atau perkampungan masing-masing.

Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa,
namun peratusan kaum Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil. Ekoran
perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman
kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot. British
memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan
mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak
digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar
adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan 9 pemodenan. Ini
sebenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi
keseluruhannya. Hal ini orang Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di
Malaysia,iaitu merangkumi lebih lima puluh peratus penduduk negara ini.Di
malaysia,jika merujuk kepada orang melayu menunjukkan orang itu beragama
islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu,berbahasa Melayu dan mempunyai
keturunan melayu.Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni
mereka yang sangat kaya.

DEMOGRAFI KAUM MELAYU

Jumlah dan peratus kaum Melayu mengikut negeri dan
Wilayah

Persekutuan menunjukkan kaun Melayu

Negeri/Wilayah Persekutuan Penduduk Peratus
Johor 1,893,100 53.2%
Kedah 1,569,100 75.7%
1,609,766 93.7%
Kelantan 552,700 63.3%
Melaka 598,628 54.5%
Negeri Sembilan 210,200 85.4%
Perlis 1,314,400 53.0%
Perak 1,146,000 70.6%
Pahang 682,000 40.0%
Pulau Pinang 3,069,100 50.5%
Selangor 1,080,829 93.7%
Terengganu 32.3%
Labuan 30,001 94.9%
Putrajaya 83,800 41.3%
Kuala Lumpur 729,500 7.6%
Sabah 268,500 23.4%
Sarawak 616,900

y

Masyarakat Cina

 Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia
dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad
dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai
pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia

adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu(1644 - 1911 ) kerana Manchu
merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad
ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan Kawasan memberontak kerajaan Manchu dan
juga yang paling hampir dengan Asia Tenggara.Kehidupan yang lebih baik di Tanah

Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan orang Cina.
Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka datang
seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi
supaya dapat hantar 10 balik ke China atau membawa ahli keluarga dating ke Tanah
Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung

membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka.

Pada peringkat awal,7 buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan
awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan
perkembangan aktiviti perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang tahun
1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut
Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang. Kawasan-kawasan lombong
bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya
diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan org
Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org
Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu pada tahun 1870an
masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.Orang Cina yang berhijrah ke
Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh
dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok
utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.

Masyarakat India

 Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah
satukaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat
majmuk di negara ini. Seperti masyarakat lain,masyarakat India juga kaya dengan
ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut
sehingga kini.Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang
atau estet. Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada
abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung
Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak
abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama
mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka.

Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19
dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah
berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi
apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan
seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang
India berniaga di pelabuhan Melaka. Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu
berlaku secara besar- besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India dating dari
selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di ladang-ladang tebu dan kopi
di Seberang Prai.

Tumpuan masyarakat India in ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10
tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka
ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga

1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal

dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam. Selain org Tamil,
terdapat juga orang Punjabi dan orang Cely2lon.Kumpuluan etnik penduduk India yang
terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di
Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%. Orang Telugu pula berjumlah 4%.
Kebanyakan orang-orang Tamil dan 12 orang-orang Telugu bekerja di estet-estet getah
sebagai buruh. Ada juga di kalangan orang Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan

kerajaan pada awal abad ke-20.

3.0 KESAN PEMBENTUKAN MAJMUK DI

MALAYSIA

 Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud
sejak zaman pemerintahan British lagi . Pada tahun 31 Ogos
2015, dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah
24,850,400 di mana orang warganegara beranggaran seramai
20,196 600 dan 40,53 800 orang bukan warganegara . Daripada
jumlah warganegara , 13.48 juta orang terdiri daripada kaum
bumiputera Melayu, 2.93 juta orang daripada bumiputera
bukan Melayu ,6.22 juta orang daripada kaum Cina, 1.86 juta
orang kaum India dan 318.9 ribu orang daripada kaum – kaum
lain . Dalam kumpulan kaum bumiputera ,orang Melayu
dianggar berjumlah lebih daripada 10 233200 orang . Pada awal
tahun 2011 , jumlah penduduk Malaysia mencapai 27 juta
orang

3.1 KESAN MASYARAKAT MELAYU :

 Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di
negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang. Orang

Melayu diistilahkan sebagai kaum 'bumiputera"
bersama-sama dengan penduduk peribumi yang lain.
Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada
orang yang bertutur bahasa Melayu, mengamalkan
adat istiadat Melayu dan beragama Islam Kriteria yang
diberikan oleh Perlembagaan ini member implikasi
bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi 'Melayu' asal

sahaja memenuhi tiga kriteria tersebut. Sebab itu,
apabila seseorang yang bukan Melayu memeluk Islam,

seseorang itu dianggap secara automatik fasih
berbahasa Melayu dan hidup seperti orang Melayu
hasil daripada pergaulannya dengan orang Melayu.

 Tafsiran kebudayaan pula menganggap 'Melayu' itu
sebagai merujuk secara mudahnya kepada satu

rumpun bangsa yang memiliki ciri-ciri umum seperti
berbudayakan budaya Melayu, berbahasa Melayu dan

berketurunan Melayu, Dengan kata lain, orang
Melayu itu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang

mempunyai pola-pola fizikal dan kebudayaan yang
berbeza daripada bangsa yang lain.

 Kalau ditinjau dari sudut tafsiran ini orang
Melayu tidak hanya terdapat di Malaysia
sahaja tetapi juga berselerak di wilayah-
wilayah yang menganjur dari Taiwan di
utara hingga ke Kepulauan Pasifik di selatan
dan dari Papua New Guinea di timur hingga
ke Madagsacar di barat. Terdapat teori yang
mengatakan orang Melayu sekarang adalah

berketurunan orang Melayu-Deutro
(Deutro-Malay) yang berhijrah dari Yunan di

selatan China ke kawasan-kawasan di
selatan Tanah Besar Asia, termasuk negara

ini pada kira-kira tahun 1 500 S.M.

 Teori ini bagaimanapun ditentang oleh
sejarahwan-sejarahwan tempatan. Alasannya

tori ini lebih berupa kan andaian atau
hipotesis yang tidak disokong oleh bukti yang

kukuh. Alasan kedua, tinjauan pakar-pakar
sejarah dan antropologi di kawasan yang

dikatakan tempt asal orang Melayu di
selatan China itu (Yunan) tidak menemui apa-

apa bukti yang boleh dihubungkan dengan
orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu
adalah penduduk yang sudah lama mendiami

negara ini.

3.2 KESAN MASYARAKAT CINA

 Orang Cina memasuki Malaysia sejak akhir abad ke-18 dan
awal abad ke-19 lagi. Pulau Pinang dan Singapura telah
menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-duanya

dibuka oleh British pada tahun 1876 dan 1819. Tetapi, orang
Cina telah pun berada di negara ini sebagai peladang gambir
dan lada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor.

Mereka kemudiannya berpindah ke Singapura selepas
Singapura dibuka oleh British. Pada awal abad ke-19,
saudagar Cina dan Eropah membawa masuk orang Cina

setelah saudagar berkenaan mendapat izin untuk
mengerjakan lombong daripada pemerintah tempatan
dengan tenaga buruh Cina yang tidak begitu banyak.

 Pada pertengahan abad ke-19, peladang gambir dan lada
hitam yang tertumpu di Singapura mula memasuki Johor.
Mereka diberi kawasan di sepanjang sungai oleh pemerintah
Johor untuk membuka ladang. Contohnya, Temenggung Johor
mengeluarkan Surat Sungai kepada seorang ketua (Kangchu)
di satu-satu kawasan ladang gambir atau lada hitam yang
disebut sebagai Kangkar. Di Perak, Long Jaafar yang menjadi
pembesar Larut telah membawa masuk buruh Cina dari
Negeri-negeri Selat (NNS) pada pertengahan abad ke-19
untuk mengerjakan lombong bijih timah di Larut. Gelombang
kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad ke-19
dan awal abad ke-20 seiring dengan perkembangan dalam
perlombongan bijih timah. Ini disebabkan suasana politik di
Tanah Melayu agak stabil jika dibandingkan dengan suasana

politik di China.

 Selepas pada itu, kebanyakan kaum Cina tidak bercadang
untuk terus menetap di Malaysia. Pada tahun 1930-an,
timbul kecenderungan di kalangan buruh Cina untuk
menetap di negara ini disebabkan suasana politik dan

ekonomi di China yang tidak stabil. Tambahan pula, ramai
imigran wanita Cina ke Tanah Melayu menyebabkan

bermulanya tanda-tanda perubahan terhadap komposisi
kependudukan di negara ini. Kedudukan orang Cina mula

mendapat perakuan British apabila Malayan Union
diperkenalkan pada tahun 1946 dan kemudian Tanah

Melayu 1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi
warganegara dan dengan ini komposisi sebenar penduduk

negara ini berubah.

 Pada hari ini terdapat kira-kira 6.2 juta orang kaum
Cina di negara ini dan merupakan kaum kedua

terbesar: Di Sabah, bilangan kaum Cina adalah sedikit
disebabkan tidak ada kegiatan perlombongan. Hanya
sebilangan kecil daripada mereka dibawa masuk ke

Sabah apabila ladang tembakau dibuka. Bilangan
orang Cina di Sarawak agak ramai berbanding di
Sabah. Orang Cina memasuki Sarawak melalui Indonesia.

3.3 KESAN MASYARAKAT INDIA

 Golongan awal orang India yang datang ke negara ini
dikesan sejak abad ke-19 lagi. Mereka datang ke Tanah

Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik
sebagai "saudagar raja". Bilangan mereka yang tidak

begitu ramai tidak memberi kesan besar terhadap
komposisi besar terhadap komposisi di negara ini
Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British

membawa masuk orang India dari Bangkahulu
(Bengkulen). Golongan ini merupakan orang tahanan
dalam proses pertukaran tawanan ekoran daripada

perjanjian tersebut. Mereka dibawa masuk untuk
bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah,

jalan raya dan jambatan.

 Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi
kumpulan buruh India untuk bekerja sebagai buruh ladang

tebu di Seberang Perai (Province Wellesley). Oleh itu,
sehingga pertengahan abad ke 19 terdapat dua jenis
golongan buruh India di negara ini iaitu buruh tawanan
perang dan buruh ladang. Apabila ladang kopi dan teh
dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan di
Johor selepas campur tangan British pada 1874, British
membawa masuk satu lagi kumpulan buruh India. Peladang-
peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh India
kerana upah nya lebih murah dan tambahan pula, pada
waktu itu pentadbiran British di India memudahkan proses
pengambilan buruh untuk bekerja di Tanah Melayu.

KESIMPULAN :

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar.
Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah

Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras,
etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok

ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan
budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan

yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.Kemasukan imigran di dunia Melayu
meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif

mahupun kesan negatif. la bergantung kepada cara bagaimana
kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun
kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah

mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk
budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor
ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat

dan sebagaimana. Pada hari ini, masyarakat majmuk di
malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19,

lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah
melayu.Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai

etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola
penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Diharapkan kita
sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu
padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara
kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita

menjaga apa sahaja yang kita kecapi masa kini.

LATIHAN PENGUKUHAN

1) Nyatakan contoh amalan tradisi masyarakat majmuk ?

2) Apakah kesan pengabaian amalan tradisi masyarakat
majmuk ?

3) Nyatakan 3 kepentingan tradisi dalam masyarakat
majmuk?

4) Bagaimanakah cara-cara mengekalkan tradisi dalam
masyarakat majmuk ?

LAMPIRAN



Rujukan

 https://www.slideshare.net/nordamia81/keadaan-
masyarakat-di-tanah-melayu-sebelum-dan-selepas-
penjajahan

 https://zanas.wordpress.com/tirai-
kemerdekaannegara/pembentukan-masyarakat-majmuk-

di-

 http://repo.uum.edu.my/3133/


Click to View FlipBook Version