MPU 23012 [PENGAJIAN ISLAM] :
KESAN DAN FUNGSI AR-RAHNU
NAMA PENSYARAH :
PUAN ALINAWATI BINTI ABDUL AZIZ
KELAS : DPR2B
EDITOR:
KHADIJAH NAJWA BINTI ROSLIDA BINTI CHE HIDYATUL AMIERA BINTI WAN MUHAMMAD IRWAN
MOHAMAD ZUKRI MOHD ROSDI BIN WAN AZMAN
04DPR21F1014 04DPR21F1004 04DPR21F1016 04DPR21F1026
PENGHARGAAN
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Alinawati Binti Abdul Aziz kerana telah mengajar kami dalam mata pelajaran Pengajian Islam bagi
semester dua ini. Terima kasih ini juga dikhaskan kepada ahli kumpulan yang telah bersama membantu
dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk menyiapkan projek e-majalah ini.
Terlebih dahulu, kami bersyukur kepada Allah kerana telah mengizinkan kami sekumpulan
menyiapkan projek e-majalah ini dalam masa yang ditetapkan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan
penghargaan kepada pensyarah Pengajian Islam kami, Puan Alinawati Binti Abdul Aziz . Beliau telah
memberi panduan, bimbingan dan nasihat yang sungguh bermanfaat dalam tempoh kami menyiapkan
projek e-majalah ini.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang tidak henti membekalkan sokongan dan
dorongan kepada kami sepanjang tempoh menyelesaikan projek ini. Ribuan terima kasih juga buat ahli
kumpulan yang tidak henti mencurahkan idea sepanjang proses menyiapkan e-majalah ini.
Abhir hata, setinggi-tinggi penghargaan diucaphan bepada semua pihak yang sedia
menghulurkan bantuan dan kata-kata dorongan kepada hari sehingga kami menjayakan e-majalah ini.
Segala bantuan dan pertolongan yang diberikan tidak akan kami lupakan.
ISI KANDUNGAN : MUKA SURAT
1
BIL. PERKARA
1 PENGENALAN 2-3
2 HUTANG 4–6
3 HUKUM DAN KEBURUKAN ENGGAN MEMBAYAR HUTANG 7–8
4 APA ITU AR-RAHNU 9 – 11
5 HADIS DAN KONSEP AR-RAHNU 12 - 13
6 KESAN DAN FUNGSI AR-RAHNU 14-16
7 4 SEBAB PERLU PILIH AR-RAHNU DAN PERANAN AR-RAHNU 17-19
8 KELEBIHAN DAN PERKARA YANG MEMBATALKAN AR-RAHNU
9 KESIMPULAN 20
10 LAMPIRAN DAN RUJUKAN 21-23
PENGENALAN
Pada zaman moden yang mencabar ini manusia berlumba-lumba mengejar kemewahan dan
kesempurnaan hidup sehingga memerlukan mereka berhutang. Ia secara tidak langsung menjadikan
berhutang sebagai lumrah dalam kehidupan manusia. Justeru, berhutang sebagai perkara yang tidak
dapat dihindarkan pada hari ini.
Definisi hutang menurut Islam bermaksud penyerahan sesuatu barang daripada pemiutang
kepada penghutang secara pinjaman. Penghutang memiliki tanggungjawab untuk memulangkan kembali
barang kepada pemilik asal tanpa apa-apa tambahan. Definisi hutang menurut Islam sudah cukup
menjelaskan bahawasanya hutang wajib dibayar tidak kira walau apa pun terjadi. Namun sebagai
pemiutang, sifat kemanusiaan perlu ada jika penghutang betul-betul tidak mampu membayar dalam
masa yang ditetapkan. Meskipun Islam membenarkan konsep hutang tetapi Islam telah menggariskan
beberapa penekanan utama perlu diperhalusi dalam hal ini.
Hutang itu dibolehkan tetapi mestilah melalui mekanisme yang dibenarkan oleh Islam iaitu
melalui kontrak yang berlandaskan syarak dan menjauhi elemen riba. Islam juga menegaskan supaya
bersegera dalam membayar hutang untuk mengelakkan hutang berpanjangan dalam kehidupan kita dan
sentiasa mengingatkan bahawa amalan berhutang bakal memberikan kesusahan pada waktu malam dan
menjadi satu penghinaan ketika siang. Nabi Muhammad SAW sendiri sentiasa memohon kepada Allah
agar sentiasa terhindar daripada berhutang.
1
Hutang bermaksud penyerahan
sesuatu barang daripada
pemiutang kepada penghutang
secara pinjaman.
Penghutang memiliki
tanggungjawab untuk
memulangkan kembali barang
kepada pemilik asal tanpa apa-
apa tambahan.
2
3
— HUKUM MEMBERI HUTANG DAN BERHUTANG
Hukum memberi hutang adalah sunat dan sangat digalakkan kerana orang yang memberi
hutang akan mendapat ganjaran yang istimewa di sisi Allah SWT. Ia merupakan satu amalan yang mulia
jika tujuannya untuk menolong meringankan bebanan orang yang dalam kesusahan dan kesempitan
hidup. Bukan dengan tujuan mengambil kesempatan atau faedah daripada orang-orang yang berhutang.
Hukum berhutang pula adalah harus. Walau bagaimanapun dalam lain-lain perkara, hukum
berhutang berubah mengikut keadaan. Jika seseorang itu benar-benar kesuntukan dan memerlukan
wang untuk membiayai keluarganya, maka wajib untuk dia berhutang. Manakala hukum berhutang bagi
pemberi hutang (pemiutang) adalah berubah mengikut keadaan dalam tiga bentuk iaitu:
1. Haram – Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk tujuan yang diharamkan
seperti minum arak, judi dan sebagainya
2. Makruh – Jika pemiutang mengetahui hutang itu digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat
atau penghutang tidak mampu membayar semula hutang tersebut
3. Wajib – Jika pemiutang mengetahui orang yang berhutang amat memerlukan hutang untuk
meneruskan hidupnya dan keluarganya dan tiada cara lain untuk dia memperolehinya kecuali dengan
cara berhutang.
4
5
KEBURUKAN ENGGAN MEMBAYAR
HUTANG
Mati dalam keadaan Urusan orang berhutang Orang yang berniat tidak
berhutang, pahala akan kekal tergantung mahu bayar hutang akan
dihukum sebagai pencuri
menjadi ganti
Orang yang Dosa hutang tidak akan Orang yang berhutang
berkemampuan tapi terampun walaupun mati tergolong sebagai
lambat bayar hutang pendusta
dikira sebagai zalim syahid
6
APA ITU AR-RAHNU?
Dalam bahasa Arab, Ar-Rahnu bermaksud sesuatu barang yang diserahkan kepada seseorang
sebagai cagaran hutang Dari segi syarak pula ia membawa erti harta yang dijadikan cagaran kerana
sesuatu hutang untuk menyamakan hutangnya apabila tidak berkemampuan pembayarannya oleh yang
berhutang mengikut ketentuan syarak. Manakala dari segi syarak merujuk kepada satu barang yang
berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar.
Selain itu Ar-Rahnu juga kita kenali sebagai satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan
shariah dan hukum islam. Perkataan Ar-Rahnu berasal daripada bahasa Arab (Rahn) yang membawa
maksud gadai. Ar-Rahnu juga dapat kita kaitkan dengan salah satu kaedah alternative untuk membantu
menyelesaikan hutang atau dalam keadaan terdesak seperti membiayai bil pembedahan, bil hospital dan
sebagainya.
Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang
tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya peminjam tidak begitu terbeban jika tidak
mampu membayar semula pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan emas.
Oleh itu, kita dapat lihat bahawa Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana
penghutang atau penerima pinjamin menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang
atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman.
7
8
HADIS
1. "Bahawasanya Nabi S.A.W menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang
Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk
keluarganya.“
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. "Dari Aisyah ra yang bermaksud Nabi S.A.W pernah membeli makanan dari seorang
yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi S.A.W
menyerahkan baju besinya"
(Riwayat Al-Bukhari)
3. "Dari Ibnu Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi S.A.W wafat, bajut besinya masih
dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha' (lebih 30 kg) bahan makanan yang
dibelinya untuk nafkah keluarganya“
(Riwayat Tirmidzi)
9
KONSEP AR-RAHNU
Wadiah Yad Amanah
• Penggadai perlu menyediakan barang gadaian sebagai jaminan pinjaman akan
dibayar.
• Penggadai mengamanahkan pemajak menjaga barang gadaian sepanjang tempoh
pinjaman. Jika sesuatu berlaku kepada barang gadaian tersebut tidak perlu diganti.
• Yuran Simpanan (Al-Ujrah).
• Pemajak dibenarkan mengenakan upah kerana menyimpan barang gadaian dengan
baik dan selamat Simpinan dengan jaminan (Wadiah Yadhomanah).
• Pemajak dipertanggungjawabkan menganti barang yang hilang/dicuri kepada
penggadai jika gagal mematuhi perjanjian.
Qardhul Hasan
• Adalah perjanjian pinjaman di antara pemajak dan penggadaikan.
• Pemajak dilarang meminta bayaran tambahan tetapi penggadai digalakkan memberi
token sebagai tanda penghargaan.
10
11
KESAN-KESAN AR-RAHNU
➢ Memudahkan peniaga muslim mendapatkan hutang
modal bagi memulakan perniagaan.
➢ Dapat memberi peluang kepada peniaga beragama Islam
untuk mengembangkan ekomoni negara.
➢ Dapat memberi kemudahan kepada peniaga muslim yang
memerlukan bantuan.
➢ Dapat memberi jaminan kepada orangy ang memberi
hutang.
➢ Dapat melahirkan sifat kerjasama dan perasaan kasih
sayang antara sesama manusia.
➢ Memberi kemudahan untuk peniaga muslim menghindari
riba.
➢ Mengelakkan daripada terjebak mengikut skim yang
berunsurkan penipuan.
12
FUNGSI – FUNGSI AR-RAHNU
Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim Ar-
Rahnu ini mengenakan upah simpan yang minimum iaitu separuh
daripada kadar yang dikenakan oleh kedai pajak konversional iaitu
24 peratus .
Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka
terdedah kepada unsur-unsur penyelewengan apabila mereka
melakukan gadaian di kedai-kedai pajak gadai konversional.
Menyediakan kemudahan kredit macro kepada ummah
khususnya kepada mereka yang memerlukan wang segera untuk
pelbagai tujuan.
Menggalakkan umat islam melakukan gandaian mengikut
syari'ah islam dan membebaskan mereka daripada berurusan
dengan sistem yang mengandungi unsur-unsur riba gharar dan
terjamin dari segi kebajikan sosial penggadai.
Merupakan pembiayaan yang berlandaskan Syariah Islam.
13
4 SEBAB KENAPA PERLU PILIH AR-RAHNU
Proses yang mudah dan cepat
➢ Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji diperlukan.
Wang tunai boleh diberikan segera dan amat sesuai jika
berlakunya kecemasan.
Kurang risiko ‘Non Performing Loan’
➢ Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus
kembali emas yang dipajakkan. Jika tidak mampu, peminjam
boleh memanjangkan lagi tempoh lagi 3 ke 6 bulan. Jika masih
tidak mampu, pembiaya akan melelong emas tersebut. Itupun
setelah diberikan tiga kali notis. Pembiaya akan mengambil
jumlah pinjaman + upah simpan daripada hasil lelongan
tersebut. Sebarang lebihan, akan dikembalikan kepada
peminjam. Ini mengurangkan risiko kepada pembiaya dan
peminjam pula tiada risiko berdepan tindakan saman atau
bankrup jika tiada kemampuan membayar.
14
Pembayaran yang fleksibel
➢ Apa yang menariknya dengan Ar-Rahnu, adalah pinjaman boleh dibayar secara
ansuran sama ada mingguan atau bulanan. Asalkan bayaran dilunaskan sehingga
tempoh penebusan. Ini memberikan kelebihan terutamanya kepada peniaga kecil yang
memperolehi keuntungan secara harian.
Kadar upah simpan yang sangat minimum
➢ Jika anda masih ragu-ragu, boleh buat perbandingan dengan pajak gadai konvensional.
Sebagai contoh, Ar Rahnu Bank Rakyat menawarkan RM0.65 bagi setiap RM 100 nilai
marhun (emas) sebulan.
15
PERANAN AR-RAHNU DALAM PEMBANGUNAN
SOSIAL EKONOMI
Peranan Ar-Rahnu dalam Selain itu, sebagai Khidmat Dengan skim Ar-Rahnu boleh
Pembangunan Sosial Ekonomi Masyarakat. Memenuhi meminimakan semua risiko di
ialah sebagai modal bagi keperluan masyarakat atas. Kita tidak akan tahu bila
perniagaan kecil. Cepat dan berpendapat rendah untuk bencana akan menimpa. Di
sistem yang lebih mudah mengelakkan mereka terjebak samping itu, Ar-Rahnu sebagai
berbanding prosedur perbankan dengan skim yang tidak sah. asas menggalakkan simpanan
biasa. Seterusnya, sebagai Secara amnya, semua skim dan pelaburan. Simpan duit
Sumber Keperluan Kewangan pinjaman haram, mengenakan dahulu membeli barang kemas.
Pendidikan terutamanya pada bunga yang tinggi, Aktiviti membeli dan emas
awal penggal persekolahan atau memanipulasi penggadai, adalah satu jenis pelaburan,
bergantung pada masa kehidupan diancam dan ada menggandakan untung melalui
pendaftaran. Tambahan pula, penggadai yang membunuh perbezaan harga emas, dan
Pembangunan Agrikultur & diri. meneruskan perniagaan
Industri Kampung. Mereka yang menggunakan pinjaman di
menjalankan projek agrikultur 16 bawah skim Ar- Rahnu.
dan juga industri kecil juga
memerlukan modal pusingan.
KELEBIHAN AR-RAHNU
SENARIO SEMASA
Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan
kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini.Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak
selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi
jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok
berpendapatan rendah.
Terdapat bilangan yang agak substantial mendapatkan perkhidmatan yang illegal
bagi tujuan yang dianggap produktif terutamanya bagi keperluan perniagaan, Keadaan ini
wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang yang agak ketara di antara penawaran
perkhidmatan kewangan (khususnya secara Islam).Pada umumnya skim-skim pinjaman
yang illegal ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi dalam urusan emas
dan terdapat kes immoral.
17
KELEBIHAN AR-RAHNU BERBANDING PAJAK
GADAI KONVENSIONAL
1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian
pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri.
Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu
riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadal Konvensional yang
menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan
oleh Islam.
2. Nilai Gadalan Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah
serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang
kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit
daripada sebelum digadai
3. Wang Lebih Gadalan Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang
yangditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu
18
PERKARA YANG MEMBATALKAN AR-RAHNU
Ar-Rahnu akan terbatal Apabila seseorang itu tidak
ataupun tamat tempoh apabila si menjelaskan hutangnya pada masa
yang ditetapkan ia akan
penggadai telah membayar menyebabkan barang gadaian dijual
keseluruhan hutang ataupun dan sekaligus turut membatalkan
barang yang digadai diserahkan gadaian yang dijalankan la juga akan
semula kepada penggadai. menyebabkan barang yang digadai tu
akan disewa ataupun disedekahkan
Selain itu, pembatalan ini kepada orang lain.
boleh berlaku jika barang
gadaian itu rosak dan orang yang Pembatalan juga akan
memegang gadaian itu meninggal berlaku sekiranya pemegang gadaian
dunia. itu membatalkan gadaian walaupun
tanpa pengetahuan si penggadai
. dengan syarat yang dibenarkan
19
KESIMPULAN
Ar-Rahnu membawa lebih Dengan pelbagai krisis Dengan
banyak kebaikan kepada masyarakat ekonomi dan kewangan yang bertambahnya institusi
Islam Malaysia berbanding pajak melanda dunia, kewangan Islam institusi baru yang
gadai konvesional. Ar-rahnu tidak dilihat berpotensi untuk menawarkan skim pajak
melibatkan unsur riba dalam urusan menawarkan alternatif sistem gadai islam misalnya Pos
perniagaan. Masyarakat Melayu dapat ekonomi dan kewangan yang leb Malaysia, maka diharapkan
dibantu dengan bermuamalat dengan adil kepada semua lapisan pihak pihak ini akan
system selaras Islam. Memperlihatkan masyarakat. Dari aspek mikro memberikan penekanan
Islam meliputi seluruh kehidupan kredit. pajak gadai Islam kepada pembangunan
manusia. Jelaslah bahaw Ar-Rahnu ini diharapkan akan dapat membantu sosio-ekonomi masyarakat
memberi peluang kepada masyarakat meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan bukannya
islam di negara kita untuk menguasai masayarakat bagi mewujudkan memfokuskan kepada
dalam bidang perniagaaan pajak komunitilestari dan menumbang potensi keuntungan yang
gadai yang sering dinominasikan oleh kepada ekonomi Malaysia secara bakal mereka kecapi.
golongan bukan Islam. mikro.
20
LAMPIRAN
21
22
RUJUKAN
1. https://online.anyflip.com/rzjyz/wham/mobile/index.html
2. https://online.anyflip.com/zlbjw/blzj/mobile/index.html
3. http://pispm.blogspot.com/2009/08/gadaian.html
23
SEKIAN
TERIMA KASIH