The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 669-3-aina, 2022-03-26 10:44:48

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TUGASAN 1 - PENGHASILAN PRODUK

BMMB1104 Tugasan 1
KESUSASTERAAN

DAN
KEBUDAYAAN

MELAYU

NAMA : AINA QHAIRINA BINTI NORHASHIMAN
ANGKA GILIRAN : 2021252310010

SOALAN TUGASAN 1

Dalam kesusasteraan, tulisan atau karangan harus meliputi bahasa yang baik dan
bersantun. Isinya baik, bermaksud benar-benar menggambarkan kebenaran dalam
kehidupan manusia di alam ini. Cara mempersembahkannya juga haruslah indah dan
menarik sehingga menimbulkan kesan dan dapat menyentuh hati pembaca atau
pendengarnya. Karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan
fikiran pengarangnya.

TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK (30%)

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan flipbook yang
mengandungi penerangan mengenai takrif, jenis, bentuk, ciri-ciri kesusasteraan Melayu
dan fungsi kesusasteraan Melayu serta menjelaskan manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional yang terdiri daripada setiap sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

Muat naik flipbook tersebut dalam pelantar pembelajaran kendiri (PLE) yang dibina bagi
kursus GAPD1032 Asas Pembelajaran Digital. Nyatakan pautan tersebut dalam
pelantar GC yang disediakan.

Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Teknologi Digital Melestarikan Kehidupan dengan
kursus GAPD1032 Asas Pembelajaran Digital.

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kesusasteraan didefinisikan sebagai seni yang menggambarkan
keindahan dengan bahasa, karang mengarang, persuratan dan seni sastera. Kesusateraan Melayu diaplikasikan
dalam kedua-dua bentuk lisan dan tulisan. Ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa ialah kesusasteraan.
Kesusasteraan boleh ditakrifkan kepada tiga bahagian iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Inggeris dan segi pendidikan.
Bahagian yang pertama ialah bahasa Sanskrit kerana istilah kesusateraan berasal daripada perkataan sastra
yang terdapat pada bahasa Sanskrit. Sas- membawa maksud mengajar, mengarahkan ataupun memberi petunjuk
dan -tra ialah alat maka perkataan sastra membawa maksud alat untuk mengajar. Imbuhan awalan su- bererti
indah atau baik. Penambahan morfem terikat ke- dan -an membantu mewujudkan maksud yang menyeluruh iaitu
karya tertulis, yang memiliki nilai seni dan estetika serta maksud yang menyampaikan pengajaran, panduan serta
petunjuk.

Selain itu, perkataan bahasa Inggeris ‘literature’ memiliki maksud yang sama dengan kesusasteraan Melayu dan
perkataan tersebut berasal daripada perkataan literate yang bererti huruf atau abjad. Perkataan ‘literature’
diaplikasikan untuk tatabahasa dan puisi.

Akhir sekali, kesusasteraan Melayu dari aspek pendidikan ialah karya asal yang tertulis menggunakan bahasa
Melayu dan memiliki unsur keindahan dan kehalusan melalui novel, drama, cerpen, puisi tradisional atau prosa
tradisonal dan sajak supaya aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat diimbangi malah turut menunjukkan
nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa kesusasteraan Melayu merupakan sebuah karya masyarakat Melayu yang
berfungsi untuk menyampaikan mesej, kata-kata indah dan gambaran perasaan serta keadaan tertentu
berkaitan diri sendiri ataupun golongan masyarakat.

JENIS, BENTUK DAN CIRI
KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan Melayu merupakan salah
satu cara komunikasi massa yang mampu
menyebarkan maklumat serta hiburan
kepada masyarakat Melayu. Karya-
karya sastera Melayu ialah medium
utama untuk memberi mesej serta
maklumat-maklumat kepada masyarakat
Melayu pada zaman itu. Jenis dan bentuk
kesusasteraan Melayu terbahagi kepada
prosa tradisonal, prosa moden, puisi
tradisional dan puisi moden.

1.1 PROSA TRADISIONAL (LISAN)

Tradisional didefinisikan sebagai berkaitan
dengan, bersifat atau mengikut tradisi
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010).

Tradisional turut ditakrifkan sebagai serius
serta nilainya yang abadi, memounyai gaya
yang sederhana, tidak berubah mengikut masa
dan mempunyai ciri-ciri yang lazim.

Antara jenis dan bentuk kesusasteraan
Melayu ialah prosa tradisional yang
terbahagi kepada dua iaitu secara lisan untuk
sastera rakyat manakala sastera istana
pula adalah secara tulisan. Sastera rakyat
terbahagi kepada naratif yang terdiri
daripada mitos, legenda dan cerita rakyat
manakala bukan naratif pula terdiri daripada
puisi rakyat.

PROSA TRADISIONAL : MITOS

Mitos merupakan cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi
unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa dan
kejadian alam (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Mitos juga ditakrifkan sebagai sebuah cerita
yang disangkakan benar-benar berlaku dan di luar pemikiran akal manusia.

Mitos ialah karya yang menceritakan kejadian manusia, binatang, muka bumi, tumbuh-tumbuhan
dan kejadian alam semesta. Tokoh yang terlibat dalam karya ini ialah makhluk halus dan dewa
ataupun Tuhan, sebuah peristiwa penting yang berlaku aneh dan dianggap sebagai keramat yang
mampu memberikan kesan kepada masyarakat. Latar belakang karya mitos berlaku pada zaman
lampau.

MITOS ASAL USUL MITOS INSTITUSI MITOS POLITIK
SOSIAL
Struktur pemerintahan dan
Karya yang mengemukakan kerajaan. Misalnya, mitos
keturunan raja-raja Melayu,
Mempengaruhi gaya asal usul sesebuah institusi mitos penubuhan kerajaan
Samudera, Pasai dan Melaka.
pemikiran masyarakat yang sosial dalam kalangan

bersifat mistik serta masyarakat Melayu seperti

berkaitan dengan magis mitos kedatangan Islam,

dan sesuatu yang rahsia. institusi adat, institusi bomoh

Sebagai contohnya, karya serta adat berandam.

mitos asal usul ialah Kisah

Tasik Chini.

PROSA TRADISIONAL : LEGENDA

Sastera rakyat yang seterusnya ialah legenda yang didefinisikan sebagai cerita dongeng yang bersangkutan
dengan kisah-kisah yang bersejarah (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Legenda turut ditakrifkan sebagai
sebuah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap suci.

Ciri-ciri legenda :
- Sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita bertunjangkan kisah-kisah pahlawan atau tokoh.
- Latar masa bagi karya ini tidak semestinya masa lampau tetapi tetap berkait dengan masa silam.
- Berhubung kait dengan zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap keramat seperti Perigi Hang Tuah.
- Tokoh terdiri daripada manusia atau tempat yang memiliki sifat luar biasa.

LEGENDA KEAGAMAAN LEGENDA ALAM GHAIB LEGENDA PERSEORANGAN

Karya yang menceritakan Kisah yang disangkakan benar- Berkaitan tokoh-tokoh tertentu
orang alim dan penyebar benar berlaku dan pengalaman yang dianggap peristiwa-peristiwa
agama seperti Makam Habib yang dialami oleh seseorang yang terjadi kepada tokoh tersebut
Noh dan Tok Kenali yang seperti menziarahi ke alam benar-benar terjadi.
memang wujud serta menjadi ghaib. Legenda alam ghaib
bualan masyarakat. berfungsi untuk meneguhkan 1.Tokoh kepimpinan - Tok Perak
kebenaran terhadap sesebuah 2.Tokoh agama - Sheikh Omar
kepercayan.
Bashyir
3.Tokoh perniagaan - Si Tanggang

LEGENDA TEMPAT

Karya berkaitan sesebuah tempat yang kadangkala berkaitan dengan nama tokoh atau binatang.
Legenda yang berunsur historiografi berkaitan peristiwa yang rapat dengan fakta-fakta sejarah
tempatan, berunsur tokoh istimewa seperti tempat yang dikaitkan dengan tokoh istimewa yang menjadi
pengasas tempat itu serta berunsur tanda-tanda alam yang mempunyai kesan dan tanda tersebut
masih dapat dilihat.

PROSA TRADISIONAL : CERITA RAKYAT

Cerita rakyat merupakan sebuah cerita yang diceritakan untuk orang biasa (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010).
Cerita rakyat juga didefinisikan sebagai sebuah cerita yang berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar terjadi.
Cerita rakyat ialah sumber hiburan, menegakkan kebenaran serta mengandungi moral atau sindiran.

Cerita Binatang Cerita Penglipur Lara Cerita Jenaka Cerita Teladan

Sebuah cerita yang Disampaikan oleh para penglipur lara Cerita yang dapat menimbulkan

bersifat menghibur dan seperti Tok Selampit, Awang Batil rasa geli hati dan kegembiraan Mempunyai unsur deduktif
mendidik. Antara ciri dan Awang Belanga secara lisan. kepada orang-orang yang atau pengajaran. Ciri-ciri
cerita binatang ialah Cerita lipur lara dituturkan secara mendengarnya. Cerita ini cerita ini ialah watak terdiri
ditokohi oleh binatang lisan dari satu generasi kepada disampaikan secara suka-suka daripada manusia biasa yang
yang mempunyai sifat generasi yang lain dengan tokoh dengan menggunakan bahasa mengalami kesukaran pada
dan tingkah laku tambah serta menjadi milik pertuturan seharian. Ciri-ciri permulaan cerita dan
seperti manusia. masyarakat. Cerita lipur lara cerita ini adalah terdapat unsur mendapat kebahagiaan pada
Kebiasannya tokoh berfungsi sebagai hiburan, pendidikan kebetulan dan kelucuan yang pengakhiran cerita tersebut.
binatang bersaiz kecil serta citra sistem masyarakat ditimbulkan dalam cerita jenaka Watak utama selalunya
dan cerdik tetapi Melayu tradisonal. Cerita lipur lara adalah daripada jalan cerita itu menjadi watak yang baik dan
binatang yang bersaiz turut diselitikan dengan puisi sendiri. Cerita ini turut jujur seperti anak bongsu
besar pula selalunya tradisional berkaitan percintaan, menggunakan permainan kata- atau anak tunggal. Watak
dianggap kurang cerdik pengembaraan dan peperangan. kata yang melucukan. Watak utama sering memperoleh
dan dianggap bodoh. Watak utama cerita ini ialah dalam cerita ini mempunyai pertolongan daripada kuasa
Sebagai contohnya, manusia biasa serta watak dewa sifat-sifat tertentu seperti sakti melalui watak dewa
karya Sang Kancil dan dewi dan mengandungi unsur watak bodoh melalui watak Pak ataupun pari-pari serta
Menipu Gergasi. magis serta menggunakan latar Pandir, watak bodoh sial iaitu binatang. Misalnya, Bawang
tempat seperti istana dan alam watak Pak Kaduk dan watak Putih Bawang Merah dan
ghaib. Misalnya, Hikayat Malim Dewa pintar seperti Pak Belalang. Batu Belah Batu Bertangkup
dan Hikayat Anggun Cik Tunggal. Contoh-contoh cerita jenaka merupakan contoh cerita
ialah Pak Pandir, Lebai Malang teladan.
dan Si Luncai.

1.2 PROSA TRADISIONAL - SASTERA ISTANA (TULISAN)

Sastera istana iaitu sastera tulisan telah diperkenalkan setelah penerimaan Islam sekitar abad ke-15 dan berkembang
dalam istana. Tulisan didefinisikan sebagai hasil daripada menulis, sesuatu yang ditulis dan cara menulis (Kamus Dewan
Edisi Keempat, 2010). Sastera istana terbahagi kepada lima iaitu sastera hikayat, sastera undang-undang, sastera
epik, sastera panji dan sastera agama.

Sastera hikayat terbahagi kepada tiga jenis Sastera panji yang isinya menceritakan kisah
berdasarkan unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam. pengembaraan, peperangan dan percintaan. Watak
Sebagai contohnya, Hikayat Gul Bakawali, Hikayat utama bagi sastera jenis ini digelar sebagai Panji.
Raja Pasai dan Hikayat Seri Rama. Selama mengembara, Panji menghadapi pelbagai
peristiwa sehingga dapat bertemu dengan
Sastera undang-undang pula ialah bahan kajian berkaitan pasangannya. Misalnya, karya Hikayat Cendawan
sistem pemerintahan dan pentadbiran, hierarki masyarakat Putih merupakan salah satu karya sastera panji.
lama. Terdapat dua kumpulan genre iaitu Adat Temenggung Sastera agama merupakan karya yang memberi fokus
dan Adat Perpatih. Misalnya, Hukum Kanun Melaka, Undang- pada cerita-cerita yang membawa gambaran tentang
undang Pahang dan Undang-undang Laut Melaka. kehebatan Nabi Muhammad SAW ketika menyebarkan
agama Islam ke seluruh dunia. Contohnya, karya yang
Sastera epik ialah sastera pahlawan yang bersifat menunjukkan bukti bagi sastera agama ialah Hikayat
sejagat dan memfokuskan ciri keperwiraan dan Bulan Berbelah.
kepahlawanan yang unggul. Gambaran tokoh yang diberikan
adalah berlebih-lebihan sehingga menjadi sempurna dan
disanjung oleh masyarakat. Genre ini terbahagi kepada epik
kebangsaan seperti Hikayat Hang Tuah dan epik berunsur
Islam yang diwakili oleh Hikayat Amir Hamzah.

2. PROSA MODEN

Jenis dan bentuk kesusasteraan Melayu yang seterusnya ialah prosa moden. Prosa moden ialah karya sastera yang
dihasilkan selepas tahun 1800 Masihi (Annas Hj Ahmad 1988:152). Prosa moden terbahagi kepada cerpen, novel dan drama.

Cerpen ialah gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek. Novel iaitu prosa rekaan yang panjang dan isinya
Pada awalnya, cerpen berkembang melalui kegiatan dimuatkan sebahagian daripada sebuah kehidupan seperti
persuratkhabaran. Cerpen merangkumi aspek pengalaman konflik antara manusia, imaginasi, perjuangan dalam
peribadi, imaginasi dan realiti rencam hidup serta melambangkan kehidupan dan sebagainya. Novel didefinisikan sebagai
sikap, pandangan, fikiran dan perasaan pengarang Melayu serta cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan
menggambarkan sesuatu zaman berkaitan masalah sosial, ekonomi kompleks, yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan
dan politik. Ciri-ciri cerpen ialah cerita pendek yang direka, kelakuan sosial (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Novel
sebenar ataupun kisah berbentuk prosa yang menumpukan satu terbahagi kepada dua corak iaitu kemasyarakatan dan
tema dan satu kesatuan yang mengisahkan sesebuah peristiwa semangat kebangsaan.
secara terperinci. Watak dan latar bagi cerpen juga terhad dan
menujukkan unsur-unsur dramatik seperti cerpen Segeluk Air Corak yang pertama ialah kemasyarakatan iaitu novel
karya Khadijah Hashim. yang dipengaruhi oleh faktor sosial dan politik, Novel
bercorak kemasyarakatan menceritakan
Bentuk prosa moden yang seterusnya ialah drama iaitu karya yang permasalahan-permasalahan yang dihadapi oloeh
dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio atau TV. Drama juga masyarakat pada zamannya. Sebagai contohnya,
ditakrifkan sebagai karya sastera yang disampaikan oleh penulis melalui Pelayan dan Bilik 169 hasil penulisan Ahmad Lutfi, dan
lakonan serta dialog yang berfungsi untuk menyampaikan mesej. Karya
sastera yang dibangunkan oleh unsur instrinsik ialah drama. Skrip drama Darah Kedayan, Minah Joget Moden serta Cinta Gadis
merupakan salah satu unsur yang mendukung sesebuah drama dan Rimba iaitu karya Harun Aminurrashid.
dijadikan sebagai panduan untuk pengarah. Unsur-unsur yang seterusnya
ialah pengarah yang memainkan peranan penting untuk menyesuaikan Novel bercorak kebangsaan pula merupakan novel yang
pementasan drama tersebut dan pelakon yang memegang watak turut memberi persoalan tentang kemerdekaan dan politik.
dianggap penting. Unsur-unsur yang terakhir ialah panggung ataupun Sebagai contohnya, semangat kebangsaan pejuang
pentas yang akan digunakan untuk pementasan drama serta cahaya, gerila Melayu yang menentang penjajahan Jepun.
bunyi, tata rias, kostum dan penonton juga penting dalam menghasilkan Misalnya, karya Harun Aminurrashid bertajuk Siapakah
pementasan drama yang sempurna. yang Bersalah yang menceritakan pengalamannya
ketika Jepun menjajah kerana dia terpaksa
bekerjasama dengan Jepun. Karya ini ditulis untuk
memajukan bangsanya sendiri.

3. PUISI TRADISIONAL

Puisi ialah genre sastera terawal bagi semua bangsa yang wujud di dunia. Puisi didefinisikan sebagai karangan yang
berbentuk sajak (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Puisi tradisonal terbahagi kepada empat iaitu pantun, gurindam, syair
dan seloka.

Antara bentuk puisi tradisional ialah pantun yang ditakrifkan Bentuk puisi tradisional yang seterusnya ialah
sebagai puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris syair yang membawa maksud sejenis karangan
dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama ialah pembayang bersajak yang tiap-tiap rangkap terdiri
maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya (Kamus Dewan daripada empat baris yang sama bunyi hujungnya
Edisi Keempat, 2010). Karangan berangkap yang terikat dari (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Syair ialah
aspek bentuk dan perkataan ialah takrif untuk pantun. Pantun puisi berlagu yang disangka berasal dari Parsi
merupakan kaedah rangkapan yang tertua dan kepunyaan dan kedatangan Islam telah membawa masuk
masyarakat Melayu. syair ke Nusantara. Pada ketika itu, syair telah
diubahsuaikan mengikut kesesuaian bahasa
Pantun terbahagi kepada dua jenis iaitu tema dan bentuk. Tema pantun Melayu klasik.
terbahagi kepada teka-teki, jenaka, cinta dan kasih sayang, kiasan atau
sindiran, agama, nasihat, adat, kanak-kanak, perpisahan dan budi. Jenis Ciri konvensional syair ialah mengandungi empat
pantun berdasarkan bentuk ialah dua kerat, empat kerat, enam kerat, baris dalam setiap rangkap dan menggunakan
lapan kerat, sepuluh kerat dan dua belas kerat. Penciptaan pantun rima akhir ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’. Setiap baris
terkandung dalam dua rangkap, empat rangkap, lapan rangkap, dua belas mengandungi empat hingga lima patah perkataan
rangkap dan pantun berkait. manakala suku kata pula sebanyak lapan hingga
12. Setiap baris syair memiliki hentian serta
Ciri-ciri pantun ialah jumlah baris pantun yang genap iaitu dua hingga 16 setiap rangkap perlu diikuti beberapa rangkap
baris untuk serangkap, menggunakan lapan hingga 12 suku kata pada setiap yang lain agar dapat membentuk idea yang
baris, setiap rangkap hendaklah mempunyai pembayang dan maksud dan rima lengkap. Syair berfungsi untuk mengemukakan
akhir yang digunakan untuk pantun ialah a-b-a-b. Pantun mempunyai maksud cerita, buah fikiran, kisah, puji-pujian dan
dan unsur-unsur tersirat, disampaikan secara halus serta lebih berkesan nasihat. Misalnya, syair berbentuk cerita ialah
digunakan untuk memberi pengajaran tanpa membuat orang lain terasa Martabat Ilmu manakala syair bentuk bukan
hati. cerita pula ialah Bahaya Fitnah.

Gurindam ialah bentuk puisi tradisonal Seloka juga merupakan salah satu bentuk puisi
yang seterusnya dan ditarifkan sebagai tradisional iaitu sejenis puisi yang mengandungi
sejenis bentuk puisi terdiri daripada dua ajaran seperti sindiran, jenaka dan lain lain (Kamus
baris, berisi dengan berbagai-bagai Dewan Edisi Keempat, 2010). Seloka merupakan puisi
pengajaran (Kamus Dewan Edisi Keempat, yang bercorak karangan berangkap atau bahasa yang
2010). Gurindam merupakan sejenis syair berirama, seloka merupakan bidalan, perumpamaan
yang melarat yang sukatan dan atau pepatah yang mengandungi unsur jenaka, olokan,
rangkapannya tetap. sindiran, gurau senda dan ejekan. Walaupun begitu, isi
dan mesej seloka merupakan sindiran yang berguna
Gurindam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri untuk dijadikan sebagai pengajaran dan teladan oleh
seperti bentuk gurindam adalah terikat pembaca atau pendengar. Kebanyakan seloka Melayu
kerana terdiri daripada dua baris serangkap, berbentuk terikat iaitu terdapat empat baris dalam
setiap baris mengandungi tiga hingga enam satu rangkap sama seperti pantun namun binaan
patah perkataan, menggunakan rima akhir seloka lebih sama dengan bentuk pantun atau syair.
‘a’. ‘a'. Suku kata gurindam dalam sebaris Walaupun begitu, seloka juga ditemui ditulis dalam
adalah antara lapan hingga 12 suku kata. Isi bentuk bebas iaitu setiap baris menjadi isi seperti
gurindam mengandungi pengajaran, Seloka Emak Si Randang dan Seloka Badut Politik.
kebenaran, nasihat serta penjelasan
perasaan cinta dan menggunakan bahasa Ciri konvensional syair ialah mengandungi empat
yang riang dan suka sebagai nyanyian. baris dalam setiap rangkap dan menggunakan rima
Sebagai contohnya, Gurindam 12 dan akhir ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’. Setiap baris mengandungi
Gurindam Jujur Bekerja. empat hingga lima patah perkataan manakala suku
kata pula sebanyak lapan hingga 12. Setiap baris
syair memiliki hentian serta setiap rangkap perlu
diikuti beberapa rangkap yang lain agar dapat
membentuk idea yang lengkap. Syair berfungsi
untuk mengemukakan cerita, buah fikiran, kisah,
puji-pujian dan nasihat. Misalnya, syair berbentuk
cerita ialah Martabat Ilmu manakala syair bentuk
bukan cerita pula ialah Bahaya Fitnah.

4. PUISI MODEN

Jenis kesusasteraan Melayu yang terakhir ialah puisi moden, dalam puisi moden hanya terdapat satu genre
sahaja iaitu sajak. Makud sajak ialah persamaan bunyi pada suku kata dalam syair, pantun dan lain-lain
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010).

Sajak merupakan puisi moden yang lebih bebas Bentuk sajak :
yang terikat pada sesutau pola khusus meskipun Sajak bebas
ada ketika sajak memerikan ciri matra, rentak Sajak terikat
dan rima.
Distikon - 2 baris serangkap
Sajak merupakan luahan perasaan atau suara hati Terset - 3 baris serangkap
penyairnya yang lahir daripada perasaan dan jiwa. Kuantrain - 4 baris serangkap
Kuitain - 5 baris serangkap
Jenis sajak : Sestet - 6 baris serangkap
Balada - Kisah sedih yang pernah dialami oleh penulis. Septet - 7 baris serangkap
Roman - Cinta atau kasih sayang. Oktaf - 8 baris serangkap
Oda - Pujian atau sanjungan terhadap seseorang. Soneta - 14 baris , 4 rangkap.
Epigram - Pengajaran atau nasihat.
Himne - Pujaan dan pujian terhadap Tuhan. - Susunan baris ialah 4, 4, 3, 3.
Elergi - Keluhan jiwa dan rintihan sukma oleh penulis. - Susunan rima abba, abba, aab, aab
Satira - Sindiran atau kecaman.

FUNGSI SASTERA MELAYU

Sastera Melayu telah lama wujud
bersama-sama bangsa Melayu dan
kewujudan itu telah membuktikan
segala-galanya digambarkan dengan
indah. Keindahan sastera Melayu dapat
dilihat melalui gaya bahasa, struktur
cerita serta peranan yang dimainkan
oleh sastera tersebut. Membentuk
pemikiran yang bijaksana sentiasa
membimbing manusia supaya mengecapi
kemajuan yang bersesuaian untuk
kemaslahatan hidup. Fungsi sastera
Melayu terbahagi kepada hiburan,
dakwah, pendidikan dan kritikan sosial.

FUNGSI SASTERA MELAYU :
PENDIDIKAN

Pengalaman para pengarang diekspresikan melalui Membina sifat kemanusiaan dalam diri
karya-karya sastera yang merangkumi bidang ilmu seseorang individu.
seperti agama, ekonomi dan politik. Pengalaman
mereka dijadikan sebagai prosa atau puisi yang Di peringkat sekolah, Kesusasteraan
mempunyai pengajaran dan ilmu pengetahuan yang Melayu menjadi satu cabang ilmu yang
tinggi manfaatnya yang dapat dikutip oleh berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu
pembaca atau pendengar. seiring dengan konsep bahasa merentas
kurikulum.
Pada tahun 1957, mata pelajaran Kesusasteraan
Melayu telah diperkenalkan agar para pelajar Di peringkat pengajian tinggi, para
atau rakyat Malaysia dapat menjiwai unsur dan pelajar perlu mempelajari teknik
nilai murni yang terdapat dalam sastera Melayu penulisan ilmiah, penulisan kreatif dan
jadi pendidikan ini dapat melahirkan masyarakat rencana. Pelajar turut didedahkan
yang kreatif dalam mengkaji keindahan pada tentang dunia penyiaran dan
karya-karya sastera serta kemahiran berbahasa penerbitan sejajar dengan matlamat
bahasa Melayu turut dikuasai. pembudayaan bahasa Melayu dalam
sistem pendidikan.
Fungsi sastera Melayu dalam bidang pendidikan :

FUNGSI SASTERA MELAYU : DAKWAH

Dakwah adalah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang Saranan atau medium dakwah mestilah menggunakan
lain untuk menerima sesuatu kepercayaan (Kamus Dewan bahasa. Bahasa ialah saranan komunikasi dakwah yang
Edisi Keempat, 2010) berkesan.

Dakwah merupakan proses menyampaikan pesan suci Pertemuan antara agama dengan kesusasteraan telah
daripada Tuhan kepada manusia yang disampaikan terlihat dalam realiti peradaban Islam sebagai agama
melalui saranan atau medium yang diketahui sebagai Rahmatan Lil Alamin yang menjadikan agama sebagai
objek dakwah. sistem mengatur hubungan manusia bersama Tuhannya.

Saranan atau medium dakwah mestilah menggunakan Sastera Melayu yang berfungsi sebagai dakwah telah
bahasa. Bahasa ialah saranan komunikasi dakwah yang membantu dalam pembentukan akhlak masyarakat
berkesan. Melayu, menyampaikan ajaran Islam dan sebagainya.

Islam turut menjunjung tinggi nilai-nilai kesusateraan
yang membantu menjadikannya sebagai kaedah baharu
untuk berdakwah.

FUNGSI SASTERA Sastera merupakan rakaman kehidupan berkaitan
MELAYU : KRITIKAN kehidupan manusia daripada pelbagai aspek.
Karya sastera bukan sahaja berkaitan sesuatu yang luar
SOSIAL biasa tetapi perkara biasa yang dibentuk dalam karya
kreatif yang indah.
Dalam konteks hierarki masyarakat, sudah tentu
wujudnya jurang dalam kalangan mereka maka sastera
Melayu digunakan untuk :

Memberikan Mengkrtik. Menyampaikan
teguran. mesej.

Dalam kalangan masyarakat pasti akan wujudnya watak
yang memainkan peranan tertentu dalam masyarakatnya.
Kadangkala mereka tidak dapat menjalankan tugas
seperti yang ditanggungjawabkan.
Sebagai contohnya, karya yang ditulis oleh Azizi Abdullah
iaitu Harga Sebuah Maruah dan Titis Darah Terakhir
yang ditulis oleh Adhyat Helmy.

FUNGSI SASTERA MELAYU : HIBURAN

Keperluan untuk menghiburkan telah melahirkan Pantun ialah karya yang terkenal kerana mampu
karya sastera yang memberikan keseronokan membawa keindahan yang dapat menghiburkan
dengan menggunakan kata-kata yang indah, irama orang.
ataupun rentaknya yang tersusun.
Cerita jenaka turut mempunyai unsur hiburan seperti
Keperluan untuk menghiburkan telah melahirkan dalam cerita Pak Kaduk malahan mempunyai banyak mesej
karya sastera yang memberikan keseronokan dan pengajaran yang hendak disampaikan.
dengan menggunakan kata-kata yang indah, irama
ataupun rentaknya yang tersusun, terdapat unsur
kelucuan, kebolehan sesebuah karya untuk membelai
emosi pendengar atau pembaca dan lain-lain.

Kepentingan fungsi hiburan dapat menjadikan
sesebuah karya sastera seperti cerita penglipur
lara yang diterima oleh masyarakat dan dijadikan
sebagai sebuah karya yang disukai dan diminati
pada ketika itu.

MANIFESTASI AKAL BUDI
MASYARAKAT MELAYU DALAM

KARYA PUISI TRADISIONAL

Akal budi menggambarkan pemikiran,
perbuatan dan sikap seseorang individu
yang mendokong keindahan, kehalusan
jiwa dan kebijaksanaan. Budi ditakrifkan
sebagai keyakinan, kesedaran dan
dorongan manakala akal pula merupakan
proses pemikiran menggunakan minda
untuk mencari makna, membuat
pertimbangan, memahamkan sesuatu
perkara dan sebagainya. Manifestasi
akal budi dapat dilihat menggunakan
empat aspek iaitu gaya hidup, pemikiran,
perturan dan perlakuan.

MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM
PANTUN

Banyaklah rajut perkara rajut, Terdapat nilai-nilai luhur agama dalam pantun
Rajut bertali bunga bercanggah, Melayu seperti nilai akhlak, nilai iman dan
sebagainya. Dalam pantun ini, manifetasi akal budi
Banyaklah sujud perkara sujud, yang dapat dilihat pada kedua-dua rangkap pantun
Sujud sejati kepada Allah. ini ialah Islam mendidik umatnya agar sentiasa
menjauhi perlakuan-perlakuan yang bercanggah
Kalau merenda supaya indah, dengan nilai-nilai Islam. Perkembangan peraturan
Tekat tenun beri berjambul, sosial seperti adat dan tradisi turut memberi
penekanan kepada kepentingan memelihara akhlak
Kalau meminta kepada Allah, dan moral. Orang Melayu sangat mengutamakan
Lambat laun pasti terkabul. tentang kepentingan bersama, akhlak dan moral
(Wan Abdul Kadir, 2000). Jelaslah bahawa, perilaku
nilai dalam masyarakat Melayu dikawal oleh agama,
adab dan adat yang melingkari mereka.

MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM
GURINDAM

Dengan bapa jangan durhaka, Manifestasi akal budi yang terdapat dalam Gurindam 12 Fasal
Supaya Allah tidak murka, 10 yang ditulis oleh Raja Ali Haji ialah gurindam yang
memfokuskan hal-hal moral, pengajaran dan pendidikan seperti
Dengan ibu hendaklah hormat, menghormati kedua ibu dan bapa agar tidak dimurkai oleh Allah
Supaya badan dapat selamat. SWT. Hal ini adalah demikian kerana, masyarakat Melayu malah
agama Islam telah menekankan bahawa setiap inidvidu
hendaklah menghormati ibu dan bapa kerana mereka yang
melahirkan serta membesarkan kita, mereka juga telah banyak
mengorbankan diri untuk memberikan kesenangan kepada anak-
anak mereka. Berdasarkan aspek pemikiran, penulis telah
menggunakan akal budi dan akal fikiran untuk menyampaikan
nasihat kepada masyarakat Melayu terutamanya yang
beragama Islam dengan menggunakan pengetahuan tentang
agama Islam. Penulis juga mengemukakan aspek pertuturan
yang baik malah tidak menggunakan bahasa-bahasa yang tidak
santun dalam gurindam ini supaya dapat mengelakkan daripada
berlakunya salah faham dan konflik dalam penyampaian nasihat
ini kepada masyarakat.

MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR

Jangan mengata jangan mengeji, Berdasarkan rangkap kedua syair Panduan untuk Para
Jangan aniaya bengis dan benci, Remaja yang ditulis oleh Za’ba pada tahun 1962,
Jangan takbur diri dipuji, manifestasi akal budi yang dapat dilihat dari aspek
Jangan sekali mungkir janji. perlakuan ialah masyarakat Melayu melarang kita semua
daripada melakukan perlakuan-perlakuan yang buruk
seperti mengeji, mencaci, bersikap bengis, menganiaya
orang lain, membenci, bersikap takbur dan memungkiri janji.
Masyarakat Melayu dikenali sebagai sebuah masyarakat
yang kaya dengan perilaku yang baik maka setiap susun
lapis masyarakat mestilah menjaga tingkah laku agar
tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Berdasarkan
aspek pertuturan pula, syair ini menggunakan bahasa
yang sopan dan sesuai untuk disampaikan kepada para
pendengar atau pembaca agar mereka tidak berasa
marah dan sakit hati terhadap kata-kata yang
disampaikan oleh penutur.

MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SELOKA

Baik budi emak si Randang, Seloka Emak Si Randang karya Md. Ali Bachik ini berbentuk
Dagang lalu ditanakkan, sindiran namun jelas membuktikan bahawa masyarakat Melayu
Tiada kayu rumah diruntuhkan, yang mengutamakan kehadiran tetamu. Manifestasi akal budi
Anak pulang kelaparan, yang dapat dilihat pada seloka ini ialah dari aspek perlakuan
Anak di pangku diletakkan, masyarakat Melayu yang sentiasa meraikan tetamu meskipun
Kera di hutan disusui, dalam keadaan yang tidak mengizinkan seperti sibuk bekerja
Dagang pergi awak terhutang, ataupun tidak memiliki wang yang mencukupi malah sanggup
Beras habis padi tak jadi. bersusah payah semata-mata ingin menyambut kedatangan
tetamu tersebut. Budaya masyarakat Melayu sangat berbeza
dengan masyarakat daripada negara lain kerana mereka akan
berterus terang sekiranya terdapat halangan untuk melayan
kehadiran tetamu tersebut dan menyuruh tetamu pulang.
Manifestasi akal budi turut dapat dilihat pada gaya hidup
masyarakat Melayu dalam pengamalan nilai-nilai murni, adat
istiadat dan perkara-perkara lain yang baik seperti tidak
membuatkan tetamu menunggu dan pulang dengan perasaan
yang bercampur baur.

RUJUKAN

Dr. Azman Rahmat, Dr. Mohd Nazri Zainuddin, Shamsuddin Abu Bakar, Haji Abdul Rani Hassan,
Dr. Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu.
Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Zakaria, N., Abdullah, A., Zarina, S., Zakaria, S., Hanida, M., Mutalib, A., Lambri, A., Jamaldin,
S., Sulaiman, M., Derak, R., Kunci, K., Nilai, & Diri, J. (2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri
Melayu Dalam Pantun Akal Budi and Reflection of Malay Identity in Pantun.
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files7/jsass_vol4bil2_008_norazimah.pdf
Zubir Idris. (2015). Komunikasi Moral Lewat Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji. Malaysia
Journal of Communication, 31(2), 601-616.
http://journalarticle.ukm.my/10035/1/V31_2_35.pdf
Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh. (2015). Pemikiran Melayu tentang Ilmu dan
Adab dalam Puisi Melayu Tradisional. Internasional Journal of the Malay World Civilisation,
3(2), 121-129. https://core.ac.uk/download/pdf/33344506.pdfZurakintan Abdul Razak &
Che Ibrahim Salleh. (2015). Pemikiran Melayu tentang Ilmu dan Adab dalam Puisi Melayu
Tradisional. Internasional Journal of the Malay World Civilisation, 3(2), 121-129.
https://core.ac.uk/download/pdf/33344506.pdf

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version