Dirasmikan Oleh TUAN MOHD ‘AFIFF BIN MOHD ADZHAR PENGHULU MUKIM PLENTONG Mesyuarat Agung K A L I K E - Sekolah Kebangsaan Cahaya Baru 50
Atur Cara Program 3 Kata Alu-Aluan Guru Besar 4 Ucapan Yang Dipertua PIBG 5 Jawatankuasa Induk SKCB 6 Agenda Mesyuarat 9 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 10 - 15 AJK PIBG Sesi 2023/2024 16 02 01 03 04 06 05 07 08 09 11 10 12 Laporan Kewangan PIBG 17 - 20 Aktiviti Sesi 2023/2024 21- 28 Pembentangan Usul - Usul 29 - 31 Penghargaan 32 Ahli Jawatankuasa Pelaksana 7-8 Isi Kandungan
KETIBAAN PERASMI TUAN MOHD ‘AFIFF BIN MOHD ADZHAR (PENGHULU MUKIM PLENTONG) NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR NEGARAKU PERSEMBAHAN PEMBUKAAN TARIAN ZAPIN BACAAN DOA UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR SK CAHAYA BARU EN NAZARUDIN BIN ALI UCAPAN YDP PIBG SK CAHAYA BARU EN HAMBALI BIN SAPARON PERSEMBAHAN 2 NYANYIAN NASYID (TAHAP 2) UCAPAN PERASMIAN OLEH TETAMU KEHORMAT (PENGHULU MUKIM PLENTONG) TUAN MOHD 'AFIFF BIN MOHD ADZHAR PERSEMBAHAN 3 (TAHAP 1) CABUTAN BERTUAH 1 PENDAFTARAN IBU BAPA 01 8.00 - 8.30 pg S A B T U A T U R C A R A P R O G R A M 02 8.30 -10.00 pg 3 29 JUN 2024 03 10.00 - 10.30 pg KUDAPAN PAGI CABUTAN BERTUAH 2 04 10.30 - 12.00 tgh MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENGESAHAN KEWANGAN PEMBENTANGAN USUL. 05 12.00 - 12.30 tgh PERSEMBAHAN 4 CABUTAN BERTUAH 3 0612.30 tgh MAJLIS BERSURAI
. Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anakanak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. 4 En.Nazarudin bin Ali Guru Besar SK Cahaya Baru Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur kita kehadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-50 dapat diterjemahkan pada hari ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada ibubapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada Mesyuarat Agong PIBG kali ke 50 ini. Kehadiran ibubapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi Sekolah Kebangsaan Cahaya Baru untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. . Seperti yang kita sedia maklum, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) merupakan mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah.Di kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menggunakan ruang Mesyuarat pada kali ini untuk menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari masa ke semasa supaya SK Cahaya Baru menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan gemilang. Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan. K A T A A L U - A L U A N G U R U B E S A R
Encik Hambali bin Saparon YDP PIBG Sesi 2023/2024 5 S E K A P U R S I R E H Y A N G D I P E R T U A P I B G Y A N G D I P E R T U A P I B G ِ ْسمِ اللهِ الرَّ ْح ٰم ِن الرَّ ْحِ يمِ ب Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam perpaduan. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada hari yang berbahagia ini untuk Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Cahaya Baru Kali Ke-50. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, terutamanya kepada para ibu bapa dan penjaga yang meluangkan masa untuk turut serta dalam mesyuarat penting ini. Saya berasa amat berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh sekolah kita sepanjang tahun lalu. Dengan kerjasama yang erat antara pihak sekolah, PIBG, ibu bapa dan pelajar, kita telah mencapai banyak kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar. Ini adalah bukti bahawa usaha bersama kita mampu memberikan impak yang besar terhadap kecemerlangan sekolah. Tidak dapat dinafikan, pencapaian ini adalah hasil daripada komitmen dan dedikasi semua pihak. PIBG memainkan peranan yang amat penting dalam membantu pihak sekolah mencapai matlamatnya. Kerjasama dan sokongan padu daripada semua ahli PIBG adalah amat diperlukan untuk memastikan segala perancangan dan program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, saya menyeru semua ibu bapa dan penjaga agar terus aktif dan komited dalam menyokong setiap aktiviti dan program yang dianjurkan oleh sekolah dan PIBG. Dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan yang semakin kompleks, kita perlu sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan. Saya berharap agar kita semua dapat terus bekerjasama dalam memperkukuhkan sistem sokongan kepada anak-anak kita, memastikan mereka mendapat pendidikan yang terbaik serta membentuk mereka menjadi individu yang berwibawa dan berjaya pada masa hadapan. Marilah kita bersama-sama memastikan bahawa Sekolah Kebangsaan Cahaya Baru terus maju dan cemerlang. Akhir kata, marilah kita terus berusaha dan berdoa agar segala usaha kita diberkati dan dipermudahkan. Semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ini berjalan dengan lancar dan segala resolusi yang dicapai dapat memberikan manfaat yang besar kepada sekolah kita. Semoga ucapan ini dapat memberikan inspirasi dan semangat kepada semua yang hadir untuk terus menyumbang kepada kemajuan sekolah dan kejayaan anak-anak kita. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan guru yang berdedikasi dan komited dalam mendidik anak-anak kita. Tidak lupa juga kepada ahli jawatankuasa PIBG yang telah bekerja keras untuk memastikan segala program dan aktiviti berjalan lancar. Kepada semua ibu bapa dan penjaga, terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami. Tanpa sokongan padu daripada semua pihak, kejayaan yang kita capai hari ini mungkin sukar untuk direalisasikan.
PENAUNG En. Nazarudin Bin Ali (Guru Besar SK Cahaya Baru) PENASIHAT Pn Anida Binti Baharum (GPK Pentadbiran) En Azmi Bin Ahmad (GPK Kokurikulum) Pn Adibah Binti Sulaman (GPK Hal Ehwal Murid) Pn Rosni Binti Bahiki (GPK Petang) PENYELARAS Pn. Nur Sakinah Binti Hassan ( Setiausaha PIBG ) NAIB PENYELARAS Cik Anis Nabilah Binti Rosli ( Bendahari PIBG ) JAWATANKUASA 6 INDUK SKCB
AJK Penyambut Tetamu Jawatankuasa tertinggi dan semua guru MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 AJK Bacaan Doa En. Muhammad Noor Kyairi Bin Hassan AJK Buku Program Pn Noor Akma Binti Kaman Pn Anis Athirah Bt Abdullah Pn Noraini Binti Salleh AJK Pengacara Majlis Pn. Fatinoon Binti Gani Pn. Siti Noriehan binti Abdul Rahim AJK Persembahan Murid Pn Wan Nur Asma Amira Binti Wan Zulkifli Pn Zariah Binti Abdul Kadir Cik Natasha Nadira Binti Idris Pn Suhana Binti Abdullah En Muhammad Zulhilmi Bin Zulkifli AJK Jemputan Tetamu Kehormat/ Banner En. Abdul Azim bin Abd Aziz En. Abdul Muhaimin bin Muhsin AJK Hiasan Pentas Pn Suzliza Binti Ismail Pn Nur Humaira' Binti Asri Pn Rabi'atun Adawiyah Binti Masketar Pn Nur Faezah Binti Abd Rashid Pn Fatin Najihah Binti Hassan Pn Suzilawati Binti Ahmad Shani Pn Siti Aisyah Binti Rosli Pn siti Norsaadah Binti Ab Halim Pn Rabiatul Akmali Binti Mohd Yusof AJK Fotografi En. Muhammad Firdaus Bin Sulaiman Pn Azizah Binti Mohd Arsad AJK Persiapan Dewan & Mengemas Semula Dewan En .Abdul Muhaimin Bin Muhsin En Muhammad Nadzrin Bin Roslan En Muhammad Noor Kyairi Bin Hassan En Hanif Haikal Bin Ahmad Zaini En Mohammad Firdaus Bin Che Musa En Abdul Azim Bin Hj Abd Aziz En Muhammad Firdaus Bin Sulaiman En Muhammad Zulhilmi Bin Zulkifli En Sarozi Bin Abu Bakar AJK Sambutan dan Protokol Pn. Zailina Binti Razali Cik Iffa Nadia Binti Mukhtar 7
AJK Alat Siar Raya / PA Sistem AJK Laporan dan Dokumentasi Pn Nur Sakinah binti Hassan AJK Pencatat Minit Mesyuarat Pn.Tuan Nur Izzati Binti Tuan Mohamad Pn Safiah Najwa Binti Mohd Zaky AJK Pendaftaran Ibu bapa Pn Nor Hazwani Binti Mohd Ab Ghafar Pn Jivena A/P Ramo Pn Zainab Binti Mohd Arshad Pn Rosyati Binti Sapuan AJK Cabutan Bertuah Pn Norhalifah Binti Eshak Pn Ruzimah Binti Mohamed Jaid Pn Aida M Binti Setapa Pn Suhana Binti Salleh Pn Nurul Najwa Binti Masri Pn Raihan Binti Ramli Pn Normah Binti Ishak Pn Saziantyna Binti Mohd Zainal Pn Siti Nur Ain Binti Abdullah Pn Ruhaiza Binti Md Tap Cik Nuradibah Binti Ngah Pn Siti Hajar Binti Sharbini Pn Zakiah Binti Zaini AJK Jamuan Ibu bapa En Sarozi bin Abu Bakar Pn. Fatin Najihah binti Hassan Pn. Siti Nur Ain binti Abdullah ( AJK PIBG ) AJK Jamuan VIP Pn Norafidah Binti Simat Pn Siti Nur Syafiqa Binti Aiza Pn Nurul Liyana Binti Rahmat ( Ajk Pibg ) ( Ajk Pibg ) AJK Kebersihan Dan Keceriaan En Muhammad Nadzrin Bin Roslan Pekerja Kebersihan Sekolah 8 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 AJK Jamuan Guru / Murid Pn Rafidah Binti Suriman Pn Roshayani Binti Awang Pn Norzila Binti Abdullah Cik Nurul Ain Binti Abd Fattah Pn Amirah Binti Abdol Aziz AJK Lalulintas & Parkir Kereta En.Sarozi Bin Abu Bakar En. Abdul Muhaimin Bin Muhsin En Abdul Azim Bin Abd Aziz (Ajk Pibg) (Ajk Pibg) (Krt) En Hanif Haikal Bin Ahmad Zaini En Mohammad Firdaus Bin Che Musa
01 03 04 AGENDA PERSIDANGAN UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG, EN HAMBALI BIN SAPARON. 02 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49. 05 PENANGGUHAN MESYUARAT PERBAHASAN USUL 9 UCAPAN GURU BESAR SK CAHAYA BARU, EN NAZARUDIN BIN ALI. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN HAL-HAL LAIN
Ucapan Pengerusi YDP PIBG1. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK CAHAYA BARU KALI KE-48 1.1 En Hambali mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir untuk sama-sama menjayakan mesyuarat Agung kali ini. 1.2 En Hambali menyerahkan agenda seterusnya kepada setiausaha PIBG Pn NurSakinah untuk meneruskan agenda. SESI 2022/2023 Tarikh : 24 Jun 2023 Hari : Ahad Masa : 10.00-12.30 tengah hari Tempat : Dewan Muafakat SK Cahaya Baru 2. Ucapan Tuan Guru Besar ( Penasihat ) 2.1 Ucapan aluan oleh Cikgu Nazarudin bin Ali selaku Guru Besar SK Cahaya Baru. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke 49. 2.2 PIBG ditubuhkan bagi mengeratkan hubungan di antara ibu bapa, komuniti serta sekolah. PIBG banyak membantu pihak sekolah, sama ada daripada segi tenaga dan wang ringgit. 2.3 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang banyak membantu pihak sekolah samaada dari bentuk kewangan , tenaga dan fizikal. 10
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 3.1. Pn NurSakinah Hassan, Setiausaha Kehormat membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-49. 3.2. Cadangan untuk pengesahan oleh : Pn Jurida binti Mahmod 3.3. Disokong untuk pengesahan oleh : Siti Mashidah binti Haji Sudir 4. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan 4.1. Cik Anis Nabilah bt Rosli, Bendahari Kehormat membentangkan Penyata Kewangan. 4.2. Cadangan untuk pengesahan oleh : En Mohammad Saad 4.3. Disokong untuk pengesahan oleh : Pn Nursila binti Sulaiman 11 5. Perbahasan Usul JAWAPAN : PINTU PAGAR C (LALUAN MURID HADIR) AKAN DIBUKA PADA JAM 6.30 PAGI SUPAYA MURID HADIR AWAL BOLEH MASUK DALAM KAWASAN SEKOLAH. MURID HANYA BOLEH BERADA DI DEWAN BESTARI SAHAJA. NAMUN BEGITU,IBU BAPA PERLU MENGINGATKAN MURID YANG HADIR AWAL UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DAN TIDAK KE KELAS ATAU BERKELIARAN DI KAWASAN LAIN. WAKTU GURU BERTUGAS ADALAH BERMULA JAM 7.00 PAGI. NAMUN, TERDAPAT JUGA GURU YANG HADIR SEAWAL 6.50 PAGI UNTUK MENGAWAL KEHADIRAN MURID. USUL : Mohon Agar pihak sekolah buka pintu pagar sekolah lebih awal pada sebelah pagi untuk keselamatan murid-murid.Biar Pengawal keselamatan yang buka disebabkan guru biasanya sampai lewat dari murid. 1 ) Mohamad Saat bin Sukami 2 ) Fazilah Binti Jumat USUL : DICADANGKAN PADA WAKTU PAGI MURID DIBENARKAN TERUS MASUK KE KAWASAN SEKOLAH TANPA MENUNGGU GURU BERTUGAS MEMBUKA PINTU PAGAR...INI DISEBABKANMAJORITI IBUBAPA YG MENGHANTAR ANAK TERUS MENINGGALKAN ANAK DITEPI JALAN BERHADAPAN SEKOLAH TANPA PENGAWASAN PIHAK SEKOLAH...PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH HANYA MEMERHATI JAUH DIPINTU MASUK PAGAR UTAMA SAHAJA....DIKHUATIRI BERLAKU PERKARA YG TIDAK DIINGINI PD WAKTU PAGI...SBB JENAYAH BERLAKU TIDAK KIRA MASA. JANGAN BIARKAN MURID MENUNGGU LAMA DILUAR KAWASAN KERANA IA MENGUNDANG BAHAYA. GURU JUGA PERLULAH DATANG AWAL...JANGAN BIARKAN MURID LAMA MENUNGGU DI LUAR KAWASAN SEKOLAH.
12 3 ) Nilam Sentika Binti Mahbat USUL : 1.Saya ingin usulkn agar waktu pulang pelajar adalah tetap setiap Hari ,,,utk memudahkan urusan ibu bapa mngambil pelajar di sekolah,,memandangkan segelintir ibu bapa bekrja mengikut shift ,,jadi dpatlah ibu bapa mngatur jadual Masa mengambil anak di sekolah . contohnya: jika pihak sekolah melepaskn pelajar untuk pulang jam 5.50pm ,,saya minta agar kekalkan dari hari ahad hingga isnin adalah Masa yg sama,, 2.Mohon agar pihak sek meminta pengawal keselamatan mengawal pergerakan pelajar sewaktu datang & pulang sek ketika melintas dri sek ke kenderaan ibu bapa yg di parkir seberang jalan,bg mengelakkan berlakunya kemalangan nyawa yg xdiingini ,,kerana ada seglintr kenderaan yg bergerak agak laju & xsabar menunggu giliran utk bergerak .Dengan rasa rendah diri Saya mohon pihak sekolah mempertimbangkan usul Saya ini..terima kasih JAWAPAN : 1. WAKTU PULANG MURID ADALAH MENGIKUT JUMLAH MATA PELAJARAN YANG DIAJAR SETIAP HARI. NAMUN PIHAK SEKOLAH AKAN CUBA SELARASKAN PADA MASA AKAN DATANG. 2. PIHAK PENGAWAL KESELAMATAN HANYA BERTUGAS DI DALAM KAWASAN SEKOLAH SAHAJA. NAMUN MEREKA TELAH MEMBERIKAN KOMITMEN KAWALAN MURID TERUTAMA PADA WAKTU BALIK. DIHARAPKAN IBU BAPA MEMBERIKAN KERJASAMA SEMASA MENUNGGU MURID. 4 ) RAJA FAUZIAH BT RAJA OMAR 1. UNTUK KELAS PENDIDIKAN SENI VISUAL. HARAP GURU DAPAT MAKLUMKAN 1 MINGGU AWAL JIKA ADA BARANG2 YG PERLU DI BELI. PD THN LEPAS DIPERHATIKAN 2 3 HARI SEBELUM KELAS BARU DIBERITAHU. SEDANGKAN IBU BAPA PUN BEKERJA BALIK KEJE PUN ADAKALA MALAM DIA TAK SEMPAT CARI BRG YG DIPERLUKAN. 2. JIKA ADA PERUBAHAN PAKAIAN ATAU UNIFORM HARAP PIHAK SEKOLAH BERITAHU NOTIS AWAL 2 3 4 BULAN. SEPERTI SESI PERSEKOLAHAN 2022-2023. DAH CUTI SEKOLAH BLN 2 BARU BGTAU UNIFORM PENGAWAS DI TUKAR. SEDANGKAN SY DAH BUAT PERSIAPAN UNIFORM SEKOLAH SEJAK BULAN 12 DENGAN MEMBELI 3 PASANG UNIFORM BARU. SILA AMBIL MAKLUM RAMAI IBU BAPA MEMBUAT PERSIAPAN AWAL KETIKA HUJUNG TAHUN KERANA KEBANYAKAN PEKERJA SWASTA DAPAT BONUS PD HUJUNG TAHUN 3. MAJLIS JAMUAN RAYA..KENAPA PIHAK SEKOLAH NAFIKAN KEHADIRAN MURID UTK DATANG JAMUAN KERANA MURID TERBABIT TIDAK ADA BAJU KURUNG ATAU BAJU MELAYU. SEDANGKAN RAMAI IBU BAPA HANYA MEMBELI 1 SAHAJA BAJU TRADISIONAL RAYA KERANA TIDAK MAHU MEMBAZIR. BAJU KURUNG MALAYSIA PUN TAK BOLEH. APA SALAH KE MAKLUMKAN PAKAI BAJU YG LABUH DAN LONGGAR. BUKAN MENJOLOK MATA PUN. TERPAKSA PULA MENCARI BAJU KURUNG BARU UTK ANK HADIR JAMUAN. HARI RAYA .HARAP PIHAK SEKOLAH PIKIR JUGA KEWANGAN IBU BAPA DENGAN KEADAAN BRG SEMAKIN MAHAL SEKARANG. JAWAPAN : 1.PIHAK SEKOLAH MEMOHON MAAF ATAS PERKARA YANG BERLAKU. INGATAN DAN TEGURAN TELAH DIBERIKAN KEPADA SEMUA GURU TERUTAMA GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL. TINDAKAN SELEPAS INI GURU AKAN MERANCANG DAN MEMAKLUMKAN LEBIH AWAL KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA OLEH MURID SAMA ADA SECARA LISAN DAN MAKLUMAN MELALUI MEDIA MASSA. 2. PIHAK SEKOLAH AKUR TERHADAP KESILAPAN PERUBAHAN PAKAIAN DAN MAKLUMAN YANG LEWAT. PIHAK SEKOLAH MEMOHON MAAF ATAS KESILAPAN INI. PENAMBAIKKAN AKAN DIBUAT SELEPAS INI. PEMAKLUMAN AWAL AKAN DIBERIKAN SAMA ADA MELALUI LISAN, SURAT DAN MEDIA MASSA. 3.TIADA ARAHAN RASMI MENAFIKAN KEHADIRAN MURID SEMASA HARI KEJADIAN. SEBARAN MAKLUMAN MELALUI MEDIA MASSA MENERANGKAN BAHAWA PAKAIAN RAYA YANG TIDAK TERLALU MENJOLOK MATA DAN BOLEH BERPAKAIAN SEKOLAH BAGI MEMUDAHKAN IBU BAPA MENYEDIAKAN PAKAIAN. NAMUN PIHAK SEKOLAH MEMOHON MAAF JIKA BERLAKUNYA KETIRISAN SEMASA EDARAN MAKLUMAN. PADA MASA AKAN DATANG, IBU BAPA BOLEH MERUJUK DAN BERBINCANG DENGAN GURU KELAS UNTUK MENDAPATAN MAKLUMAT YANG LEBIH TEPAT.
13 5 ) SYED ISMAILBIN SYED AHMAD KEBENARAN UNTUK MEMAKAI KASUT SUKAN BILA BERSUKAN. Saya rasa wajar pihak sekolah membenarkan pelajar menggunakan kasut yang bersesuaian bila menjalani sukan. Penggunaan kasut sekolah adalah tidak sesuai kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada pelajar. JAWAPAN : TERIMA KASIH DI ATAS CADANGAN INI. SELEPAS INI, MURID DIBENARKAN UNTUK MEMAKAI KASUT SUKAN NAMUN HANYA MURID YANG TERLIBAT DENGAN SUKAN MEWAKILI SEKOLAH DAN SEMASA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN. WAKTU PENDIDIKAN JASMANI MINGGU TETAP MEMAKAI KASUT SEKOLAH. PIHAK IBU BAPA PERLU MENYEDIAKAN KASUT SUKAN YANG BERWARNA GELAP SAHAJA. 6 ) SARIMAH BINTI ABD GHANI SEMOGA SEKOLAH RAMAI MELAHIRKN ANAK 2 MURID YG BERPIKIR AGAMA..BERPEGANG SATU DLM AGAMA PELBAGAI AKTIVITI KEAGAMAAN TELAH DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN SESUAI DENGAN HALA TUJU SEKOLAH MEMASTIKAN KEMENJADIAN INSANIAH MURID. ANTARANYA IALAH BUDAYA MEMBERI SALAM, MEMBACA SURAH ALKAHFI SETIAP HARI KHAMIS, KETETAPAN MURID KHATAM ALQURAN PADA USIA 12 TAHUN, BERSELAWAT SETIAP KALI HABIS PERHIMPUNAN ATAU MAJLIS TERTENTU, MEMBACA DOA SEBELUM BERMULA PEMBELAJARAN DAN SEBELUM BALIK. PIHAK SEKOLAH SEDANG DALAM USAHA MEMBIMBING MURID MENGHAFAL SURAH YASSIN SEBELUM MEREKA TAMAT TAHUN 6. 7 ) NOR SHANTI BT SUMIRAN MEMPELBAGAIKAN & MEMPERTINGKATKAN MUTU MAKANAN MURID DI KANTIN. PIHAK SEKOLAH SENTIASA MEMANTAU DAN BERBINCANG DENGAN PIHAK KANTIN TENTANG KAWALAN MUTU MAKANAN DI KANTIN. PIHAK KANTIN SENTIASA AKUR DENGAN MENU YANG TERKANDUNG DI DALAM KONTRAK PERJANJIAN. PIHAK SEKOLAH JUGA TELAH MENGAMBIL INISIATIF MENYEDIAKAN LAPORAN PEMANTAUAN MUTU MAKANAN UNTUK DICATAT OLEH GURU SETIAP HARI PERSEKOLAHAN. INSYAALLAH, MUTU MAKANAN DI KANTIN AKAN SENTIASA DIPERTINGKATKAN. 8 ) SITI MARSYIDAH BT SUHIR MEMBINA BEBERAPA BONGGOL DI SEPANJANG JALAN RAYA BERMULA DARI PERSIMPANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN CAHAYA BARU HINGGA KE PERSIMPANGAN SEKOLAH AGAMA DATUK ABDUL RAHMAN CAHAYA BARU UNTUK LANGKAH KESELAMATAN PELAJAR BAGI MENGELAKKAN SEBARANG KEJADIAN KEMALANGAN KERANA TERDAPAT PENUNGGANG MOTOSIKAL YANG MENUNGGANG DENGAN LAJU SEWAKTU MELALUI JALAN TERSEBUT. PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS CADANGAN INI. USUL INI AKAN DIPANJANGKAN OLEH PIHAK PIBG KEPADA WAKIL KOMUNITI SEPERTI KETUA KAMPUNG, AHLI MAJLIS MPPG DAN PIHAK YB ADUN DAN PARLIMEN. PIHAK SEKOLAH MEMPUNYAI KEKANGAN UNTUK MENYEDIAKAN BONGGOL KERANA IANYA TIDAK TERMASUK DALAM PERUNTUKAN KEWANGAN SEKOLAH DAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH.
14 9 ) MAT SABRI BIN ABU HANIFAH Mengambil peluang dengan kemudahan dewan muafakat yang terdapat di Kampung Cahaya Baru untuk pembangunan sukan badminton SKCB dengan mengadakan program latihan badminton bagi melatih pelajar yang berminat (terbuka kepada semua pelajar) dengan sedikit yuran dikenakan terhadap pelajar yang menyertai bagi membayar sewa dewan, bulu tangkis dan lain-lain. USUL INI AKAN DIPANJANGKAN KEPADA PIHAK MPPG MELALUI AHLI MAJLIS KAWASAN CAHAYA BARU OLEH PIHAK PIBG. SEKIRANYA PERMOHONAN INI DILULUSKAN, KOMUNITI PERLU MENYEDIAKAN JAWATANKUASA KERJA UNTUK MENGAWAL PENGGUNAAN DEWAN TERUTAMA KESELAMATAN MURID, ALATAN SUKAN, KEMUDAHAN DEWAN DAN URUSAN PEMBAYARAN SEWA DEWAN. PIHAK SEKOLAH BOLEH MEMBANTU DARI SUDUT PENYEDIAAN MURID, ALATAN SUKAN DAN DOKUMENTASI. 10 ) NURUL AMALINA BILIK AIR TOLONG SENGARA DGN BAIK , TAMBAH PENAPIS AIR, TERIMA KASIH TANDAS MURID ( TANDAS LAMA) MEMANG BERKEADAAN UZUR NAMUN MASIH SESUAI DAN SELAMAT DIGUNAKAN. PIHAK SEKOLAH TELAH MEMANJANGKAN PERMOHONAN INI PADA TAHUN 2021. HASILNYA PADA BULAN JULAI 2022 INI, PIHAK JKR MEMAKLUMKAN KERJA-KERJA BAIK PULIH DAN SELENGGARA BERNILAI HAMPIR RM 300,000.00 AKAN DIMULAKAN. NAMUN BEGITU, KERJA-KERJA SELENGGARA KECIL KERAP DIBUAT OLEH PIHAK SEKOLAH DENGAN BANTUAN PIBG DAN ORANG PERSEORANGAN. PIHAK SEKOLAH TELAH MENDAPAT SUMBANGAN 2 PENAPIS AIR TETAPI 1 TELAH ROSAK. KAMI BERCADANG AKAN MENAMBAH BILANGAN PENAPIS AIR INI. 11 ) NUR FARAH AZURA BT ABD RAHIM 1) Penyangkut di semua tandas ikut ketinggian yg sesuai dgn murid. 2) Pasangkan pili paip yg senang murid buka tutup dan pasangkan getah supaya memudahkan murid. 3) Menaik taraf toilet atau bina semula toilet..terlalu terbuka utk binatang luar masuk (biawak), sy terjumpe semasa sesi melawat ke toilet. 4) Sediakan penapis air untuk pelajar boleh refill 5) Laluan khas dr padang ke atas..so pelajar x ganggu jalan raya mase nk jalan 1. USUL INI DALAM MAKLUMAN PIHAK SEKOLAH. PERUBAHAN AKAN DIBUAT DENGAN KADAR SEGERA. 2. PILI PAIP SEDIA ADA DALAM TANDAS SEKARANG ADALAH SUMBANGAN KERJA SELENGGARA DARI YB ADUN TIRAM SEBELUM INI. PIHAK SEKOLAH AKAN PASTIKAN KERJA SELENGGARA DAN MENUKAR PILI YANG LEBIH SESUAI SECARA BERANSUR-ANSUR. 3. USUL INI TELAH DIJAWAB BERSAMA USUL NOMBOR 10 4. USUL INI TELAH DIJAWAB BERSAMA USUSL NOMBOR 10 5. PADA 20 JUN 2022, LAWATAN YB STEVEN PARLIMEN TEBRAU KE SEKOLAH TELAH MENGAMBIL MAKLUM ISU PERGERAKAN MURID KE PADANG TERMASUK ISU PERPARITAN DI PADANG YANG MERBAHAYA. PIHAK PIBG AKAN MEMBUAT SUSULAN DAN CADANGAN KEPADA PIHAK YB BAGI MENGATASI MASALAH INI. ANTARA CADANGAN IALAH BONGGOL, LALUAN LINTASAN PEJALAN KAKI, JEJANTAS.
6. Hal-Hal Lain 15 6.1.1 Jumlah kutipan sumbangan PIBG bagi sebuah keluarga masih RM60. 6.1.2 Pn Nurul Azra mencadangkan agar pihak sekolah mewujudkan tempat kitar semula agar murid tidak membuang buku-buku sekolah yang terpakai dalam tong sampah atau di merata tempat. Pada akhir sesi tahun 2023/2024 pihak sekolah akan sediakan tong untuk kumpul buku terpakai. 6.1.3 En Mohd Khair Nizam mencadangkan untuk penambahbaikan dan kekangan mesyuarat agong PIBG diadakan pada hari prsekolahan. Kerana pada hujung minggu ibubapa mempunyai kekangan untuk meninggalkan anak-anak dirumah memandangkan mereka tidak bersekolah. Guru Besar menyatakan pihak sekolah tertakluk kepada surat pekeliling ikhtisas yang menyatakan Mesyuarat Agung PIBG perlu dilaksanakan sebelum 30 jun setiap tahun dan dilaksanakan pada hari sabtu atau hujung minggu. 6.1.4 En Azmi mencadangkan agar bendahari mewujudkan akaun dalam talian (online) agar memudahkan urusan menyemakbaki akaun. Cadangan ini di sokong oleh NYDP En Kamarudin bin Leiman 7.1 En Nazarudin mencadangkan AJK PIBG dikekalkan di bawah pimpinn En HAmbali bin Saparon 7. Pemilihan AJK PIBG 2022 / 2023 8 . Ucapan penangguhan 8.1 Encik Hambali bin Saparon, YDP PIBG mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli PIBG pada hari ini. Beliau berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dengan baik. 8.2 Encik Hambali bin Saparon menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 pada pukul 10.30 pagi. Dicatat oleh; Dicatat oleh; (NUR SYAMIMI BINTI CHE ABDUL RAHIM) (AMIRAH ABDOL AZIZ)
AJK PIBG GURU BESAR YANG DIPERTUA PIBG NAIB YANG DIPERTUA PIBG SETIAUSAHA KEHORMAT BENDAHARI KEHORMAT AJK GURUAJK IBU BAPA 16 E. NaÜa¸di bi Asi N¸ Sapiah bi²i Ha©©a Ha|basi bi ©aa Ka|a¸di bi Lei|a Ai© Nabisah Bi²i R©si PENOLONG SETIAUSAHA N Ap|a bi²i Ka|a Abd¸s AÜi| bi Hj Abd AÜiÜ M¸ha||ad N KÖaii bi Ha©©a Haif Haipas bi Ah|ad Zaii N AÜiÜah bi²i I©|ais M¸ha||ad NadÜi bi R©sa Si²i Nieha bi²i Abd¸s Rahi| Fa²i bi²i Gai Hai| bi²i Bae MaÖa²i Bi²i S¸²a¸ PaÏia S¸haa bi²i Se|a M¸ha|ad Ta¸fip B¸aha Ni²a bi²i Sah¸sha|id SESI 2023/2024 PENOLONG BENDAHARI Na²a©ha Nadia bi²i Idi©
LAPORAN KEWANGAN PIBG 17
LAPORAN KEWANGAN PIBG 18
LAPORAN KEWANGAN PIBG 19
LAPORAN KEWANGAN PIBG 20
Aktiviti Pibg KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2023 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SESI 2023/2024 21
PROGRAM SAYANGI DIRI, SAHSIAH TERPUJI PROGRAM BIJAK MEMBACA 22
PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN GOTONG ROYONG MADANI 23
PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK (SKCB PANTHERS) PROGRAM ADABI (ADAB DULU BARU ILMU) 24
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH PROGRAM SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN 25
HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH 2023 PROGRAM DUTA SAHSIAH PERINGKAT SEKOLAH VRUN 2023 26
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH TAHUN 6 2023/2024 PENYERAHAN BANTUAN BACK TO SCHOOL 27
MAJLIS HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2024 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 1 2024 28
PEMBENTANGAN Azmi bin Budin Aina Zafirah binti Azmi 6 Arif 29 Perlu pelbagaikan lagi makanan di kantin, dan kurangkan makanan yang pedas untuk anak yang tak makan pedas. NORRASIDAH BINTI HASHIL NUR SHAZIA ZAHRA BINTI MOHD ZAHIRUDDIN (3 ARIF) NUR SAFA ZAHRA BINTI MOHD ZAHIRUDDIN (1 BESTARI) NURSYUHADA BT ZJANIS MUHAMMAD AMMAR SHAFI BIN SAIFUL AZWAN (3 CERDIK) Guru SPBT perlu mencari stok buku di sekolah lain dan order buku lebih awal kerana setiap tahun buku yang diterima murid sangat buruk dan rosak. NOORAMINAH BY ZAM PUTERI NURHANANIA LUTHFIA (1 DEDIKASI) Tidak membenarkan denda dengan ketok ketampi sebab boleh merosakkan buah pinggang dan kosnya tinngi bila buat rawatan di klinik NOR SHANTI SUMIRAN NUR AQILAH FAREEHA BT MOHD FAIZAL (4 ARIF) Diharapkan ibu bapa tidak berlama-lama semasa menghantar atau menurunkan anak pada waktu pagi. Ada ibu bapa yang bekerja dan mengejar masa. SITI KHADIJAH BINTI RAZLAN IIVY MEDINA BT NOR MOHD FAIZAL (2 ARIF) Mohon supaya memasang penapis air bagi para pelajar, bayaran bulanan boleh buat kutipan dari yuran PIBG atau open wakaf dari ibu bapa. MUHAMMAD SYAZWANUDDIN BIN DAHLAN NUR HAFIYA (4 ARIF) MUHAMMAD HASIF (3 CERDIK) NUR HUWAIDA (1 ARIF) 1) Bahagian Keselamatan - Apabila program sekolah dibuat diluar kawasan sekolah, pihak sekolah perlu memastikan, bahagian keselamatan berfungsi lebih awal mengikut jadual yang ditetapkan. Untuk mengelak trafik yang sesak dan kekeliruan ibu bapa untuk menghantar anak mengikut laluan yang telah pihak sekolah tetapkan. Seperti apa yang berlaku, pada program sebelum ini, di dewan kg. Cahaya baru, dimana laluan keluar masuk tidak dijaga terlebih awal sehingga menyebabkan ibu bapa bersesak untuk menghantar anak-anak ke dewan tersebut. Usul - USUl
Usul - USUl 30 ROSNAH BINTI TASAK RANIA AFINA BINTI ABDUL QAYYUM (3 CERDIK) Mohon pihak sekolah buka 1 kelas tuisyen,contoh anak saya lemah dalam subjek Bi dan Matematik, pihak sekolah boleh mengenakan yuran tuisyen. Saya usulkan perkara ni sebab tuisyen diluar agak mahal. Kita ibu bapa tidak mampu, apa lagi yang ada anak yang ramai. Mohon cadangan saya dapat di pertimbangkan SHAIDZUAN BIN JOFFERY FASHA NUR UMAIRAH (1 CERDIK) Buat sistem beli buku online bagi mengelakkan kesesakan ibu bapa semasa membeli buku. Dapat jimatkan masa ibu bapa lain dari beratur terlalu lama. FAKHARIZAN BIN MAZNAN FATIN AQILA BT FAKHARIZAN (6 ARIF) AQIL FIKRI BIN FAKHARIZAN (3 BESTARI) Pastikan 1 pelajar 1 sukan bukan 1 pelajar 2,3 sukan. Sekiranya 2,3 sukan akan mengganggu jadual harian dan jadual sekolah agama. PEMBENTANGAN MOHD SABRI (5 EHSAN / 2 DEDIKASI) Pertingkatkan kualiti serta kuantiti makanan di kantin sekolah skcb untuk para pelajar. Bila makananan yang baik pelajaran juga akan mudah untuk anak-anak serap ilmu nya. Minta tolong ya cikgu-cikgu sekalian. Terima kasih di atas bantuan. Kepada pihak kantin juga buatlah sesuatu biarlah kerana Allah jangan kerana untung semata-mata. Perbaiki tandas agar murid dpt keselesaan. KAMARIAH BINTI MOHD KASIM ISKANDAR ZULKARNAIN BIN ZULKIFLI (5 BESTARI) ESZMAN AMIR MUHAMMAD FAIQ ESZMAN (3DEDIKASI) MUHAMMAD AQIL ESZMAN (1 BESTARI) 1. Kenapa baju sukan/krmj diuruskan oleh guru dan tak direct boleh dibeli di koperasi. Ini menambah beban guru. Guru boleh keluarkan list rumah sukan. Ibubapa/ pelajar boleh beli sendiri di koperasi. 2. Yuran pibg sesi 2023/2024 kenapa baru follow up pada sesi 2024/2025. Perlu ketegasan untuk follow up yuran ini untuk keselesaan pelajar.
Usul - USUl 31 MOHD AZLI BIN MOHD BAHRI MOHAMAD ALIFF HAIQAL BIN MOHD AZLI (3 DEDIKASI) MOHAMAD FAHREEZ ARSYAD BINMOHD AZLI (1 EHSAN) Harap koperasi tidak menjual barang-barang yang tidak berfaedah di sekolah. NURSUHANA BINTI JOHAR HAIRUL IRSYAD BIN HAIRUL RAMDZAN (3 ARIF) Saya ingin mencadangkan Pihak sekolah SK Cahaya Baru mengadakan peperiksaan akhir tahun untuk murid-murid bagi melihat potensi & kekurangan murid bagi sesuatu subjek.Ini kerana sebagai ibu bapa Kami tidak dapat melihat setakat mana pencapaian anak-anak kami. Harap usul ini diterima & dipertimbangkan. Terima Kasih. Semoga anak-anak murid SK Cahaya Baru menjadi lebih berjaya&terus success Di masa hadapan. KAMISAH BINTI IBRAHIM MUHAMMAD HAMIM HAMZAH BIN ROSLI (5 ARIF) ROSE HAWRA HUWAINA BINTI ROSLI (2 ARIF) MOhon ibu bapa yang menunggu anak tidak menghalang dan parking laluan depan pagar pelajar keluar masuk. Tindakan anda menyebabkan kesesakan dan membahayakan pelajar. PEMBENTANGAN NOOR ADILLA ARIFIN MELATI DARIA BINTI MOHD AZLAN AALI ZEESHAN BIN MOHD AZLAN saya cuma nak mencadangkan tambahan bayaran melalui e wallet seperti touch n go di kantin sekolah dan koperasi . kerana bagi saya itu mungkin lebih memudahkan ibu bapa yang sering sukar mendapatkan tukaran wang kecil dan kadang terlupa memberikan wang belanja kepada anak anak . seperti saya . NORIDAH BINTI DERIS NUR AFINA AULIA BINTI SULAIHAN (5 EHSAN) Bagi peruntukan pada anak-anak yang kurang pendapatan
PIBG SKCB mengucapkan jutaan terima kasih kepada : Para VIP, guru-guru, ibu bapa/penjaga yang sudi hadir serta menjayakan majlis ini. Para dermawan yang terdiri daripada organisasi atau perseorangan. Ahli Jawatankuasa PIBG SKCB 2023/2024. Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50. Semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak lansung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Penghargaan 32
PIBG SK CAHAYA BARU