The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by airilfirdaus1404, 2021-09-11 23:57:23

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Bapa Kemerdekaan Malaysia

Keywords: SEJARAH

Tunku Abdul
Rahman Putra
Al-Haj

BAPA KEMERDEKAAN

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada tuhan yang
maha berkuasa kerana dengan limpah kurnianya saya mampu menyediakan sebuah buku skrap yang
mengisahkan tentang tokoh terbilang kita ini. Seterusnya, saya mahu berterima kasih kepada Cikgu Nur
Rahifah Binti Karim yang selalu membimbing saya dalam menyiapkan buku skrap ini. Sebagai penutup saya
sudahi dengan harapan agar buku skrap ini boleh dijadikan bahan rujukan pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

BIODATA PELAJAR

• Nama : Muhammad Airil Firdaus Bin Muhamad Fairuz
• Umur : 13 Tahun
• Asal : Muar, Johor
• Sekolah : MRSM Batu Pahat Johor
• Hobi : Membaca buku dan bermain badminton

- Contoh buku :

Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

BIODATA
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Nama: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Halim Shah.

Tarikh lahir: 8 Februari 1903.

Tempat lahir: Alor Setar, Kedah.

Pendidikan: 1911 - Maktab Sultan Abdul
Hamid Alor Setar.

1916 - Penang Free School,
Penang.

1925 - Lulus B.A dari
University Cambridge.

1945 - Lulus LLB dari Inner
Temple, London.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama:
(31/8/1957 - 22/9/1970)

Tarikh meninggal dunia: 6 Disember 1990

RASIONALISASI

TUNKU ABDUL RAHMAN

Saya memilih Tunku Abdul Rahman sebagai tokoh
pilihan saya kerana beliau seorang yang suka
membantu ketika seseorang itu dalam kesusahan.
Seperti contoh, Tunku Abdul Rahman tidak
menghiraukan keselamatan diri sendiri apabila
menghulurkan tangan untuk membantu ramai tahanan
yang terlepas daripada membina " Landasan Kereta
Api Maut " dengan menyediakan tempat perlindungan
dan makanan.

KELEBIHAN TUNKU ABDUL RAHMAN SEBAGAI
KETUA ROMBONGAN KEMERDEKAAN
TUNKU ABDUL RAHMAN
18 Januari 1956 – Satu persidangan yang dinamakan
Persidangan Malaya Merdeka bagi menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah diadakan di
Lancaster House, London.
Persidangan ini diketuai oleh Y.T.M. Tunku Abdul
Rahman sebagai ketua rombongan dengan wakil-wakil
dari Rakyat Malaya yang terdiri daripada :

Dato’ Abdul Razak bin Hussein,
Dr, Ismail Abdul Rahman,
Kolonel H.S.Lee,
Tuan T.H. Tan,
Bahaman Shamsudin.

Wakil-wakil dari Raja-Raja Melayu pula terdiri dari :

Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin
Toh Muda Abdul Aziz (wakil Sultan Perak),
Dato’ Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan),
Encik Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor),

BUKTI KREDIBILITI PENURUNAN BENDERA UNION JACK

TUNKU ABDUL RAHMAN Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30
Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala
Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack seiring
lagu kebangsaan British menandakan berakhirnya penjajahan British di
Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan berganti
oleh anggota Angkatan Laut Tanah Melayu sambil disaksikan sendiri
Tunku Abdul Rahman menandakan lahirnya sebuah negara baru yang
berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara dunia.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan

PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Tanggal 31 Ogos 1957, setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada
Great Britain atas pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula
membaca teks "Pemasyhuran Kemerdekaan" di hadapan khalayak ramai di
Stadium Merdeka.

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "merdeka" sebanyak 7 kali
sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di
hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta
perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing
lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan
Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan
secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan
seruan azan oleh Hassan Azhari sebagai simbolik keberadaan Islam sebagai
agama rasmi negara Tanah Melayu baru terlahir, serta tembakan meriam
seratus satu das.

JASA DAN SUMBANGAN

TUNKU ABDUL RAHMAN

PENUBUHAN MALAYSIA

Penubuhan Malaysia dijadualkan pada 31 Ogos 1963 setelah perjanjian di
antara wakil daripada Sarawak, Sabah, Singapura dan Malaya
ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Namun begitu, tarikh ini
terpaksa ditunda setelah mendapat tentangan daripada Filipina dan
Indonesia.
Pengisytiharan Penubuhan Malaysia pada hari ini dalam tahun 1963 bukan
sahaja telah memerdekakan Singapura, Sabah dan Sarawak daripada British
tetapi juga menunjukkan kelahiran sebuah negara baru di dunia.

Kesimpulannya, kita perlulah menghargai
jasa bapa kemerdekaan ini kerana beliau
telah mengorbankan masa dan tenaga untuk
mendapatkan kemerdekaan mutlak untuk

Malaysia. Ini adalah kerana untuk
menjadikan negara Malaysia sebuah negara

demokrasi yang aman dan harmoni. Akhir
kata saya ingin mengucapkan selamat hari
Kebangsaan kepada rakan-rakan dan guru-
guru. Mari sama-sama kita meraikan hari

yang mulia ini dengan kegembiraan.



Saya sudahi dengan serangkap pantun :



Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,

Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.



Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version