The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by airilfirdaus1404, 2021-09-07 03:40:34

TUNKU ABDUL RAHMAN

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Keywords: SEJARAH

Tunku Abdul
Rahman Putra
Al-Haj

BAPA KEMERDEKAAN

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada tuhan yang
maha berkuasa kerana dengan limpah kurnianya saya mampu menyediakan sebuah buku skrap yang
yang mengisahkan tokoh terbilang kita ini. Sebagai penutup saya sudahi dengan harapan agar saya
. dapat melaksanakan buku skrap ini dengan jayanya supaya buku skrap ini boleh dijadikan bahan
rujukan pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

BIODATA PELAJAR

• Nama : Muhammad Airil Firdaus Bin Muhamad Fairuz
• Umur : 13 Tahun
• Asal : Muar, Johor
• Sekolah : MRSM Batu Pahat Johor
• Hobi : Membaca buku dan bermain badminton

BIODATA
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Nama: Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj
Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Halim Shah.

Tarikh lahir: 8 Februari 1903

Pendidikan: 1911 - Maktab Sultan Abdul
Hamid Alor Setar.

1916 - Penang Free School,
Penang.

1925 - Lulus B.A dari
University Cambridge.

1945 - Lulus LLB dari Inner
Temple, London.

RASIONALISASI

TUNKU ABDUL RAHMAN

PADA 1946 TUNKU BERTUGAS
DENGAN KERAJAAN KEDAH
SEBAGAI D.O (PEGAWAI DAERAH)
LANGKAWI, KULIM DAN SUNGAI
PETANI, (SEBELUM LULUS LLB).
DILANTIK PENOLONG PENDAKWA
RAYA KL DAN PRESIDEN
MAHKAMAH SESSION SELANGOR.
KEMUDIAN PADA TAHUN 1951
TUNKU DILANTIK SEBAGAI
PRESIDEN UMNO DAN BERGIAT
SEPENUH MASA UNTUK UMNO.

KELEBIHAN ROMBONGAN KEMERDEKAAN

TUNKU ABDUL RAHMAN 18 Januari 1956 – Satu persidangan yang dinamakan
Persidangan Malaya Merdeka bagi menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah diadakan di
Lancaster House, London.

WAKIL PERSIDANGAN MALAYA

Rombongan menuntut kemerdekaan Malaya ini
diketuai oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman dengan
wakil-wakil dari Rakyat Malaya terdiri dari :

Dato’ Abdul Razak bin Hussein,
Dr, Ismail Abdul Rahman,
Kolonel H.S.Lee,
Tuan T.H. Tan,
Bahaman Shamsudin.

Wakil-wakil dari Raja-Raja Melayu pula terdiri dari :

Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin
Toh Muda Abdul Aziz (wakil Sultan Perak),
Dato’ Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan),
Encik Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor),
Dato’ Mohd. Seth Mohd. Said (wakil Sultan Johor).

BUKTI KREDIBILITI PENURUNAN BENDERA UNION JACK

TUNKU ABDUL RAHMAN Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30
Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala
Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack seiring
lagu kebangsaan British menandakan berakhirnya penjajahan British di
Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan berganti
oleh anggota Angkatan Laut Tanah Melayu sambil disaksikan sendiri
Tunku Abdul Rahman menandakan lahirnya sebuah negara baru yang
berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara dunia.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan

PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Tanggal 31 Ogos 1957, setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada
Great Britain atas pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula
membaca teks "Pemasyhuran Kemerdekaan" di hadapan khalayak ramai di
Stadium Merdeka.

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "merdeka" sebanyak 7 kali
sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di
hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta
perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing
lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan
Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan
secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan
seruan azan oleh Hassan Azhari sebagai simbolik keberadaan Islam sebagai
agama rasmi negara Tanah Melayu baru terlahir, serta tembakan meriam
seratus satu das.

JASA DAN SUMBANGAN

TUNKU ABDUL RAHMAN

PENUBUHAN MALAYSIA

PENUBUHAN MALAYSIA DIJADUALKAN PADA 31 OGOS
1963 SETELAH PERJANJIAN DI ANTARA WAKIL
DARIPADA SARAWAK, SABAH, SINGAPURA DAN
MALAYA DITANDATANGANI DI LONDON PADA 9 JULAI
1963. NAMUN BEGITU, TARIKH INI TERPAKSA DITUNDA
SETELAH MENDAPAT TENTANGAN DARIPADA FILIPINA
DAN INDONESIA.
PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA PADA HARI
INI DALAM TAHUN 1963 BUKAN SAHAJA TELAH
MEMERDEKAKAN SINGAPURA, SABAH DAN SARAWAK
DARIPADA BRITISH TETAPI JUGA MENUNJUKKAN
KELAHIRAN SEBUAH NEGARA BARU DI DUNIA.

W.B. Yeats

Kesimpulannya, kita perlulah menghargai
jasa tokoh-tokoh ini kerana tokoh-tokoh

tersebut mengorbankan
masa dan tenaga untuk mendapatkan
kemerdekaan mutlak untuk Malaysia.
Ini adalah kerana untuk menjadikan negara
Malaysia sebuah negara yang aman,
harmoni dan baik akhlak penduduknya.
Akhir kata saya sebagai anak Malaysia
berbangga kerana dapat menyiapkan buku

skrap ini dengan jayanya walaupun
mempunyai halangan yang tidak disangka

tetapi itu semua bukan alasan untuk
saya tidak menyiapkan buku skrap ini.
Saya sudahi dengan serangkap pantun :

Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,

Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version