The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguapis, 2021-08-29 13:02:02

BUKU SKRAP KEMERDEKAAN

KELUARGA SAYA




DAN




HARI KEMERDEKAAN











Nama:Fatini Hannani binti Hafiz

Kelas:4 Vivo


Nama Guru Sejarah:Cikgu Nurliza binti Ab Rahman

Merdeka..!



Merdeka..!





Merdeka..!








Laungan kemerdekaan ini pasti akan didengari
pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.




Saya dilahirkan selepas 54 tahun Malaysia
merdeka. Saya mempunyai 6 orang ahli
keluarga yang terdiri daripada ayah, ibu,
abang, kakak dan seorang adik. Kami
sekeluarga berbangga kerana dilahirkan di
Malaysia.




Apakah erti kemerdekaan? Bagi saya, maksud
kemerdekaan ialah negara kita bebas
daripada jajahan dari negara luar. Diri kita juga
bebas daripada pemikiran asing. Sebelum
negara dilanda wabak Covid 19, negara kita
bebas menyambut kemerdekaan. Saya teruja
dan gembira kerana dapat melihat perbarisan
Hari Kebangsaan, pakaian beragam dan
pelbagai persembahan yang kreatif.

Kata ayah



Datuk kamu pernah bercerita pada ayah, sebelum kita
saya... merdeka, negara kita pernah dijajah oleh orang Inggeris


dan Jepun. Semasa zaman Jepun, kehidupan amat

menakutkan. Pada zaman itu, siapa yang tidak hormat

kepada orang Jepun, kepalanya akan dipancung.
Makanan seperti beras pula perlu ditanam di dalam

tanah untuk mengelakkan dari dirampas oleh orang

Jepun. Orang zaman dahulu hanya makan ubi kayu

sahaja. Rumah pula tiada elektrik seperti sekarang. Air
perlu diangkut dari sungai atau perigi. Bersyukurlah kita

hidup selepas merdeka, kita tidak perlu melalui

kesusahan seperti datuk dan nenek kita.

Kata ibu





Betul kata ayah, apabila Inggeris menewaskan saya...
Jepun, bermulalah era penjajahan Inggeris pula di

negara kita. Pada waktu itu,negara kita dikenali

sebagai Tanah Melayu. Kita tidak bebas
sepenuhnya kerana masih perlu mengikut arahan

orang Inggeris. Tunku Abdul Rahman, nama inilah

yang berusaha bersungguh-sungguh untuk

mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957. Selepas merdeka, pelbagai kemajuan

telah dicapai dalam sektor pertanian, perindustrian,

pendidikan dan teknologi maklumat.

AKTIVITI KELUARGA SAYA APABILA



HARI KEBANGSAAN TIBA.....


















































Saya sedang

memasang bendera

AKTIVITI KELUARGA SAYA APABILA



HARI KEBANGSAAN TIBA.....




















































Inilah hasilnya rumah
merdeka saya..!!

KESIMPULAN







Malaysia telah melalui pelbagai cabaran dan

halangan untuk mencapai kemerdekaan

seperti yang dinikmati oleh kita pada masa

kini. Kita perlu bersyukur dengan kemerdekaan

yang dikecapi sekarang. Kita perlu bersatu

menentang kuasa asing, yang mahu

menduduki negara kita. Semangat patriotik

perlu disemai di dalam diri agar sentiasa

menyayangi negara tercinta. Hargailah

pengorbanan pejuang-pejuang tanah air


pada masa lalu untuk mencapai
kemerdekaan.







SAYA SAYANG MALAYSIA..!!


Click to View FlipBook Version