Jenis pakaian kesukaan Rasulullah ﷺ
PAKAIAN
NABI ﷺ
IIX1004-PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN
NUR ATHIKA
AINA AFIQAH
NURUL AFIQAH
DAMIA BATRISYA
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN ...3
KONSEP ...4
LATAR BELAKANG ...5
BAB 1 : PAKAIAN NABI SAW ...6
...7
GAMIS PANJANG ...8
PAKAIAN BERWARNA PUTIH ...9
SELENDANG / RIDA' DAN SERBAN ...10
AL-HIBRAH ...11
JUBAH ...12
IZAR DAN SELUAR ...13
CINCIN ...14
KHUF ...15
...16
BAB 2 : PAKAIAN WANITA MENURUT NABI SAW ...17
...18
PAKAIAN YANG NIPIS
TIDAK BERLEBIHAN MEMAKAI WANGI-WANGIAN
PAKAIAN BERWANA GELAP SURAM ...19
...20
BAB 3: PAKAIAN LELAKI DAN WANITA MENURUT ...21
NABI SAW ...22
...23
TIDAK BERTASHABBUH ...24
PAKAIAN BERSEDERHANA ...25
MEMAKAI PAKAIAN BERSIH
KESIMPULAN
PENUTUP
SUMBER RUJUKAN
PENGENALAN
Buku ini membincangkan tentang cara pemakaian
mengikut sunnah Nabi saw. Terdapat beberapa
cara pemakaian yang telah kami senaraikan di
dalam buku ini, sebagai panduan kepada para
pembaca bagi mengenali cara pemakaian Nabi
saw. Antara cara pemakaian yang kami
bincangkan adalah pakaian menurut Nabi saw,
pakaian bagi lelaki dan wanita menurut Nabi saw
serta pakaian bagi wanita menurut Nabi saw.
Tujuan kami memilih tajuk ini adalah kerana kami
ingin pembaca di luar sana lebih mengetahui dan
memahami cara pemakaian yang sewajarnya yang
mengikut syariat Islam.
KONSEP
Pakaian adalah satu keperluan asas
utama dalam hidup kita. Baik lelaki
mahupun wanita, keutamaan
berpakaian dalam Islam ialah ia
haruslah menutup aurat, sopan, kemas
dan tidak mengundang fitnah.
LATAR BELAKANG
Allah berfirman dalam surah Al-A'raf, ayat 22 :
Sebagaimana yang kita tahu dalam Surah Al-A’raf, ayat 22
dimana Nabi Adam a.s dan istrinya Hawa telah melakukan
pelanggaran, yakni memakan buah terlarang atas pujukan
syaitan, kemudian nampaklah aurat-aurat mereka, lalu
keduanya menutupi auratnya dengan daun-daun syurga.
Allah berfirman dalam surah Al-A'raf, ayat 26 :
Dan diturunkan juga dalam surah yang sama, ayat 26. Dalam
ayat ini, Allah swt menegaskan bahawa diciptakannya pakaian
adalah untuk menutupi aurat dan sebagai perhiasan, yang
kedua-duanya harus terwujud dalam nilai-nilai ketaqwaan.
Berdasarkan ayat-ayat tersebut, maka dalam Islam fungsi
pertama dan utama pakaian adalah untuk menutupi aurat.
BAB 1 :
PAKAIAN
NABI SAW
GAMIS PANJANG
Pakaian yang berjahit
Daripada Ummu Salamah,
Rasulullah SAW suka memakai
gamis iaitu pakaian yang
dijahut seluruhnya dan
menutupi badan
Gamis Rasulullah sehingga
pergelangan tangan sahaja
PAKAIAN WARNA
PUTIH
Ibnu Abbas berkata kamu
hendaklah memakai warna putih
supaya dipakai oleh orang hidup
dikalangan kamu di dalamnya,
sesungguhnyaia adalah pakaian
terbaik bagi kamu
SELENDANG, RIDA'
ATAU SERBAN
Rida' :
Kain yang diletak di atas bahu
Serban :
Warna hitam atau putih jalur kuning
(Ekor serban diletak diatas bahu)
AL-HIBRAH
Pakaian dari Yaman
Berbelang merah atau biru atau
hijau
JUBAH
Sempit di bahagian lengan
seperti cara orang Rom
Tidak melebihi buku lali
IZAR DAN SELUAR
Izar :
- Kain sarung atau kini lebh dikenali
sebagai kain pelekat
- Memakai seluar di bahagian dalam
-Seluar mestilah atas buku lali seperti
jubah
CINCIN
Tangan kanan : Jari kelingking
Tangan kiri : Jari manis
Tidak diperbuat daripada emas
KHUF
Kasut daripada kulit atau kain
tebal
Tidak diperbuat daripada kulit
binatang yang haram
BAB 2 :
PAKAIAN
WANITA
MENURUT
NABI SAW
PAKAIAN TIDAK NIPIS
- Wanita Islam perlulah memakai pakaian yang
menutup aurat dan sopan.
- Pakaian yang sopan ini bermaksud pakaian
yang tidak menampakkan tubuh badan seperti
memakai pakaian yang tidak jarang atau ketat
yang boleh menampakkan tubuh badan.
- Bertepatan dengan satu hadis riwayat Abu
Daud di mana Rasulullah menegur Asma' binti
Abu Bakar yang berpakaian nipis.
-Asma' binti Abu Bakar pernah masuk ke tempat
di mana Rasulullah sedang berada, waktu itu
Asma' memakai pakaian yang nipis. Rasulullah
pun memalingkan mukanya daripada
memandang Asma' sambil bekata, “Wahai Asma',
sesungguhnya seorang wanita itu apabila dia
sudah cukup umur, maka dia tidak boleh
menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini,”
sambil beliau menunjukkan bahagian wajah dan
tapak tangannya (Riwayat Abu Daud).
TIDAK BERLEBIHAN
MEMAKAI WANGIAN
- Rasulullah menyamakan wanita yang memakai
wangi-wangian sehingga ada lelaki yang mencium
baunya.
- Sekiranya wanita itu hanya mahu memakai
wangi-wangian sekadar menghilangkan bau
badan tidak menjadi masalah.
" Wanita apabila memakai wangi-wangian,
kemudian melintasi kaum lelaki maka dia itu
begini dan begini iaitu pelacur".
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
MEMAKAI PAKAIAN
BERWARNA SURAM
Menurut Ibnu Kathir didalam tafsirnya pakaian
wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka
keluar rumah berwarna hitam.
- Berdasarkan tafsir Ibnu Kathir di atas jelaslah
bahawa, seseorang wanita muslim itu tidak boleh
memakai pakaian yang berwarna cerah sehingga
dapat menarik pandangan atau syahwat seseorang
lelaki.
- Sebaliknya, wanita perlulah memakai pakaian
yang berwarna suram atau gelap seperti hitam.
Contmohenpgaikkauitasnywarainatita
BAB 3 :
PAKAIAN lelaki
& wanita
menurut
NABI SAW
TIDAK BERTASHABBUH
- Tidak bertasyabbuh bermaksud tidak
menyerupai atau tidak menyamai.
- Seseorang Muslim tidak boleh menyerupai
pakaian orang musyrik atau orang kafir. Hal ini
bertepatan dengan satu hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud; “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu
kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”
[Riwayat Abu Daud]
- Contoh pakaian yang menyerupai agama lain
seperti rantai salib.
- Selain itu, kaum lelaki juga tidak boleh
menyerupai pakaian kaum wanita, begitu juga
sebaliknya, kaum wanita tidak boleh menyerupai
kaum lelaki.
- Berdasarkan hadis riwayat Al-Bukhari yang
bermaksud "Rasulullah S.A.W melaknat golongan
lelaki yang menyerupai orang perempuan dan juga
golongan perempuan yang menyerupai orang lelaki."
PAKAIAN YANG
BERSEDERHANA
- Rasulullah saw mengajar umatnya supaya
bersederhana dalam berpakaian.
- Maksud bersederhana dalam pakaian ini
adalah memakai pakaian yang bersederhana iaitu
pakaian yang dipakai tidak berlebih-lebihan atau
berniat untuk menunjuk-nunjuk.
-Wanita tidak digalakkan untuk memakai alat
solek apabila keluar rumah. Hal ini demikian
kerana, wanita tersebut berkemungkinan akan
menimbulkan fitnah atau menggoda para lelaki.
MEMAKAI PAKAIAN
BERSIH
- Rasulullah saw menyarankan umatnya
berpakaian yang bersih iaitu pakaian yang suci
daripada kekotoran.
- Saranan memakai pakaian yang bersih ini ada
ditulis dalam surah Al-Mudathir ayat keempat
yang membawa maksud "Dan pakaianmu, maka
hendaklah engkau bersihkan" (74:4).
- Selain itu, terdapat satu hadis Rasulullah saw
yang berkata "kebersihan merupakan sebahagian
daripada iman".
Surah
Al-Mudathir
Ayat 4
KESIMPULAN
1. Ia menggambarkan sikap Islam sebagai agama
yang universal yang menerima sebarang
bentuk pakaian selagi mana ianya masih
menutup aurat dan tidak mewakili agama
suatu kaum.
2. Ia mengajar kita bahawa sebagai umat Islam
mestilah sentiasa berpakaian bersih, kemas
dan terbaik.
3. Ia mengajar kita supaya sentiasa bersederhana
dalam pemakaian seharian kita.
4. Sebagai umat islam, kita hendaklah
perbanyakkan memakai pakaian yang
berwarna putih dan hijau kerana Nabi saw
amat menyukainya.
5. Kita dapat menutup dan menjaga aurat dengan
sempurna.
PENUTUP
Syukur alhamdulillah, kami panjatkan kesyukuran
kami kepada Allah s.w.t atas segala rahmat dan
kurnian-Nya sehingga kami dapat menyelesaikan
tugasan kami dengan baik dan jayanya. Di samping
itu, kami berbesar hati ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam membantu kami terutamanya kepada Dr
Faisal Bin Abdul Hamid selaku pembimbing kami
yang banyak memberi kami tunjuk ajar serta
dorongan dan sokongan untuk kami
menyelesaikan kajian kami. Seterusnya, jutaan
terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang
memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi
sehingga kajian ini dapat dilaksanakan dengan
mudah dan lancar. Akhir kata, semoga kajian ini
dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada
semua yang membaca. Sekian, terima kasih.
SUMBER
RUJUKAN
Kitab Biografi Rasulullah saw, Diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd No. 44
Astana Karya Jalan Pekaka 8/3 Seksyen 8 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
Selangor, Cetakan pertama dan kedua bagi buku ini pada tahun 2014, Jumlah
muka surat sebanyak 219, Buku ini dituliskan oleh Dr Sayyid Muhammad Bin
Alawi Al-Maliki, Terjemahan dan dikemaskini oleh Ustaz Muhadir Haji Joll.
Kitab Perihal Rasulullah saw, Diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd No.
44 Astana Karya Jalan Pekaka 8/3 Seksyen 8 Kota Damansara 47810
Petaling Jaya Selangor, Cetakan pertama buku ini pada tahun 2015,
Dicetak oleh 165 Print Solution Sdn. Bhd. Lot 563 Jalan 1b/2 Bandar Baru
Sungai Buloh 47000 Selangor, Buku ini dituliskan oleh Ustaz Muhadir
Haji Joll.
Kitab As-Syamail Al-Muhammadiyah, Ditulis oleh Imam Tirmizi,
Dicetak oleh Pts Islamika Sdn. Bhd. As-Syamail Al-
Muhammadiyah, Dicetak pada tahun 2011, Jumlah muka surat
adalah sebanyak 136.
https://www.idntimes.com/news/indonesia/fikriyah-
nurshafa/ingin-berpakaian-seperti-rasulullah-saw-begini-
caranya/4
https://www.idntimes.com/news/indonesia/fikriyah-
nurshafa/ingin-berpakaian-seperti-rasulullah-saw-begini-
caranya/4