SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SENTUL 22 JUN 2024 | 8.00 PAGI DEWAN SERI GEMILANG, SK BANDAR BARU SENTUL MESYUARAT TAHUNAN PIBG KALI KE- 36 Dirasmikan oleh: Khairol Faddil Bin Sulaiman Timbalan Pengerusi MPPWP
Falsafah PIBG Menjadikan PIBG sebagai agen pembantu kepada semua program peningkatan sekolah di samping menyediakan prasarana perhubungan yang mantap antara waris dan semua peringkat pengurusan pendidikan Matlamat PIBG Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) adalah komponen penting dalam merealisasikan wawasan sekolah Peranannya sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat hendaklah diterjemahkan melalui program peningkatan sekolah Dalam semua keadaan program dan tindakan PIBG hendaklah menjadi pelengkap program sekolah Moto PIBG PIBG GEMILANG. SEKOLAH CEMERLANG
ISI KANDUNGAN Kata-kata Penasihat ....................................... Kata-kata Aluan YIDP PIBG ........................... Perutusan Perasmi ............................................ Notis Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2024/2025 .................................................. Aturcara Mesyuarat Agung PIBG ............... Agenda Mesyuarat Agung PIBG .................. AJK PIBG Sesi 2023/2024 ........................... Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 ........................................................... 01 01 02 03 04 05 06 Laporan Aktiviti Tahunan 2023 .................. Laporan Kewangan PIBG Berakhir pada 31 Disember 2023 ............................................... Usul-usul 2024 ................................................... Senarai AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 ............................................... Penghargaan .................................................... 06 06 06 06 06 06
PERUTUSAN GURU BESAR SK BANDAR BARU SENTUL Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Salam Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Bandar Baru Sentul kali ke-35 bagi sesi 2023/2024. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa dan penjaga yang sudi menyertai mesyuarat pada kali ini. Kehadiran ibu bapa serta penjaga sekalian pada mesyuarat kali ini menunjukkan rasa tanggungjawab dan keprihatinan yang tinggi terhadap perkembangan akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada guruguru yang telah berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha meningkatkan prestasi SK Bandar Baru Sentul sehingga telah berjaya dinobatkan sebagai Sekolah TS25 pada tahun ini. Untuk pengetahuan semua, Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita. SK Bandar Baru Sentul menyokong penuh visi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negara Sejahtera dengan misi membangunkan sahsiah murid ke arah kecemerlangan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PERUTUSAN GURU BESAR SK BANDAR BARU SENTUL Dalam usaha merealisasikan visi dan misi tersebut, semua pihak haruslah berganding bahu dan bertanggungjawab membentuk persekitaran pembelajaran yang berkualiti kepada murid. Justeru, PIBG memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan permuafakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa dipupuk dengan baik demi meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah. Hal ini juga bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 yang menggalakkan penglibatan ibu bapa dan inisiatif sektor swasta dalam tiga gelombang. Kerjasama yang jitu dipupuk oleh PIBG semestinya berupaya meningkatkan kecemerlangan sekolah serta berupaya membentuk anak-anak menjadi insan berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang taat kepada bangsa, agama dan negara. Akhir kata, saya mewakili pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG, barisan jawatankuasa, ibu bapa dan guru yang telah banyak menabur jasa, buah fikiran dan sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta program sekolah. Sesungguhnya segala bakti dan sumbangan yang telah diberikan kepada pihak sekolah amatlah dihargai. Saya berharap agar jalinan kerjasama PIBG dan pihak sekolah akan terus dipererat dan diperkukuh bagi meningkatkan lagi kecemerlangan murid SK Bandar Baru Sentul. Semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT. Selamat bermesyuarat. Sekian, terima kasih.
PERUTUSAN YANG DI PERTUA PIBG SK BANDAR BARU SENTUL
PERUTUSAN PERASMI
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2024/2025
MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2024/2025 ATURCARA
MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2024/2025 AGENDA
1 Ucapan Penasihat DR ABDUL RAHIM BIN ABU 2 Ucapan Pengerusi 3 Pembentangan penerimaan Minit Mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan 2023/2024 4 Pembentangan dan Penerimaan Laporan 2023/2024 5 Pembentangan, Penerimaan dan Kelulusan Penyata Kewangan berakhir 00 Mac 2024 6 Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2024/2025 8 Pembahasan usul 9 Hal-Hal Lain Ucapan Penangguhan 10 Agenda
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024
YANG DIPERTUA PIBG NAIB YANG DIPERTUA PIBG SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI NAIB BENDAHARI
MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE-35
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2023/2024
LAPORAN KEWANGAN PIBG Berakhir 31 Disember 2023
USUL-USUL 2024/2025
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 PENGHARGAAN