The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANIS NAJIHA BINTI MOHD ASHSERI KPM-Guru, 2024-06-21 02:21:58

BUKU PROGRAM PIBG

BUKU PROGRAM PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SENTUL 22 JUN 2024 | 8.00 PAGI DEWAN SERI GEMILANG, SK BANDAR BARU SENTUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 36 Dirasmikan oleh: Khairol Faddil Bin Sulaiman Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Wilayah Persekutuan Sub Zon 1 Batu


Falsafah PIBG Menjadikan PIBG sebagai agen pembantu kepada semua program peningkatan sekolah di samping menyediakan prasarana perhubungan yang mantap antara waris dan semua peringkat pengurusan pendidikan Matlamat PIBG Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) adalah komponen penting dalam merealisasikan wawasan sekolah Peranannya sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat hendaklah diterjemahkan melalui program peningkatan sekolah Dalam semua keadaan program dan tindakan PIBG hendaklah menjadi pelengkap program sekolah Moto PIBG PIBG GEMILANG. SEKOLAH CEMERLANG


Terima kasih kepada semua Ahli jawatankuasa PIBG 2023/2024


ISI KANDUNGAN Kata-kata Penasihat ....................................... Kata-kata Aluan YIDP PIBG ........................... Perutusan Perasmi ............................................ Notis Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2024/2025 .................................................. Aturcara Mesyuarat Agung PIBG ............... Agenda Mesyuarat Agung PIBG .................. AJK PIBG Sesi 2023/2024 ........................... Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 ........................................................... 01 01 02 03 04 05 06 Laporan Aktiviti Tahunan 2023 .................. Laporan Kewangan PIBG Berakhir pada 31 Disember 2023 ............................................... Usul-usul 2024 ................................................... Senarai AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 ............................................... Penghargaan .................................................... 06 06 06 06 06 06


PERUTUSAN DR ABDUL RAHIM ABU GURU BESAR SK BANDAR BARU SENTUL 2Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Bandar Baru Sentul kali ke-36 bagi sesi 2024/2025. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa dan penjaga yang sudi menyertai mesyuarat pada kali ini. Kehadiran ibu bapa serta penjaga sekalian pada mesyuarat kali ini menunjukkan rasa tanggungjawab dan keprihatinan yang tinggi terhadap perkembangan akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Tidak dilupakan juga, syabas kepada semua guru yang bertungkus lumus dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam persiapan bagi menjayakan mesyuarat pada hari ini. Diharapkan semua ibu bapa,penjaga dan guru menggunakan peluang keemasan ini untuk melontarkan idea-idea yang bernas dalam usaha kita merealisasikan visi dan misi sekolah supaya SK Bandar Baru Sentul menjadi sebuah sekolah yang gemilang. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu, amat sukar bagi kita mencapai kejayaan yang diharapkan. PIBG perlu memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan permuafakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa dipupuk dengan baik demi meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah. Kerjasama yang jitu dipupuk oleh PIBG semestinya berupaya meningkatkan kecemerlangan sekolah serta berupaya membentuk anak-anak menjadi insan berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang taat kepada bangsa, agama dan negara.


Hadirin yang dihormati sekalian, Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi pelbagai cabaran membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu menyokong satu matlamat, iaitu membantu murid berjaya. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan. Apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah mendapat banyak manfaat antaranya pencapaian murid meningkat, kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan dan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa menjadi lebih baik. Penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak khususya ketika di rumah sangat penting dan kajian membuktikan ia membawa perubahan yang ketara dalam kejayaan seseorang anak. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Anak-anak akan mencapai keputusan akademik yang lebih cemerlang serta mempunyai motivasi yang lebih tinggi di samping rekod kehadiran ke sekolah yang lebih baik. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Encik Mohd Taufiq bin Bakar sebagai YDP dengan dibantu oleh Puan Aniza Hayati binti Johari selaku NYDP serta sokongan AJK yang banyak memberi sokongan dalam pelbagai lapangan sama ada kewangan mahupun idea serta sokongan moral.


Akhir kata, saya mewakili pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG, barisan jawatankuasa, ibu bapa dan guru yang telah banyak menabur jasa, buah fikiran dan sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta program sekolah. Sesungguhnya segala bakti dan sumbangan yang telah diberikan kepada pihak sekolah amatlah dihargai. Saya berharap agar jalinan kerjasama PIBG dan pihak sekolah akan terus dipererat dan diperkukuh bagi meningkatkan lagi kecemerlangan murid SK Bandar Baru Sentul. Semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT. Selamat bermesyuarat. Sekian, terima kasih. (DR ABDUL RAHIM BIN ABU) Guru Besar SK Bandar Baru Sentul


PERUTUSAN EN. MOHAMAD TAUFIK BIN BAKAR YANG DI PERTUA PIBG SK BANDAR BARU SENTUL Bissmillahirrahmanirrahim Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih saudara dan saudari pengacara majlis,Yang Berbahagia En Khairol Faddil bin Sulaiman, Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Wilayah Persekutuan SUB Zon 1 Batu, Yang berusaha, Guru Besar SK Bandar Baru Sentul Dr. Abdul Rahim bin Abu,Yang dihormati, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Nooraishah bt Abu Bakar,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Yusoff bin Mohd,Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd Shahrul Asyraf bin Daud, Puan Anizah Hayati bt Johari NYDP PIBG, Barisan guru dan jawatankuasa PIBG, ibu bapa/waris serta hadirin yang dikasihi sekalian. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah taufikNya dapat kita berkumpul lagi di majlis Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini. Tuan-tuan dan puan-puan, Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakanpembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2023 dan di samping itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Selain dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak boleh berbincang serta memberi pendangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak SKBBS.


Dalam mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak memberikan pemikiran dan tenaga bagi transformasi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Adalah menjadiharapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini , agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa bagi membantu sekolah dapat menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah ini khususnya. Pada kesempatan ini juga, saya ingin meminta kerjasama para waris agar sentiasa peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan sesuatu yang mudah, pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen keduakedua pihak. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu sama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi perkembangan dan kejayaan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuantuan dan puan-puan, sekiranya di sepanjang ucapan saya ini terdapat katakata yang kurang menyenangkan Sekian, terima kasih.


PERUTUSAN PERASMI KHAIROL FADDIL BIN SULAIMAN TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK PARLIMEN WILAYAH PERSEKUTUAN SUB ZON 1 BATU Terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis, Yang Berusaha, Dr Abdul Rahim bin Abu, Guru Besar SK Bandar Baru Sentul, Yang Dihormati En Mohd Taufik bin Bakar, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), barisan guru penolong kanan, guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG serta tuan-tuan dan puanpuan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-36 bagi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Saya merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan untuk hadir ke majlis ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-36 SK Bandar Baru Sentul. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada penasihat dan ali jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini. Tuan-tuan dan Puan-puan, Secara peribadi, saya berasa amat bangga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke mesyuarat pada hari ini, di mana ia jelas membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan kita dalam organisasi yang dianggotai. Mudah-mudahan menerusi mesyuarat ini, idea-idea baharu akan diperolehi bagi tujuan pembangunan ilmu melalui sekolah ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap sekolah mesti mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada setiap tahun bagi memilih dan melantik Ahli Jawatankuasa PIBG. PIBG sekolah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan saling melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah.


Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. Hadirin yang dihormati sekalian, Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak, sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjwab itu sewenang-wenangnya ke atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan murid, guru dan juga pembangunan sekolah. Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah ditunjukkan oleh pihak sekolah dan PIBG. Saya berharap agar jasa guru-guru sekolah ini dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana. Tindakan yang terburu-buru dan cepat melenting tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua kerana menghantar anak ke sekolah ini. InsyaAllah kepercayaan dan keyakinan tuantuan dan puan-puan terhadap guru-guru sekolah ini dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dipersiakan dan didoakan murid-murid terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Pembiayaan persekolahan anak-anak memerlukan kos yang banyak dan semakin meningkat setiap tahun. Kegawatan ekonomi global turut memberikan kesan menyebabkan ibu bapa menghadapi kesukaran dalam memenuhi permintaan anak-anak termasuklah hal-hal yang melibatkan belanja persekolahan. Kata orang, keadaan sekarang ini ibarat memakai selimut pendek, ditarik ke bawah nampak kepala, ditarik ke atas nampak kaki. Begitupun saya berharap ibu bapa tetap memberi sokongan penuh kepada pihak sekolah dan berganding bahu membantu melancarkan program-program yang direncanakan oleh pihak sekolah. Sesungguhnya, kejayaan memerlukan pengorbanan dan keprihatinan. Di sinilah peranan PIBG tampil bersama-sama tenaga pengajar SK Bandar Baru Sentul dalam usaha membentuk modal insan yang cemerlang serta mencapai matlamat pendidikan berkualiti untuk semua murid. Tanpa kerjasama semua pihak, mustahil untuk kita mencapai kejayaan.


Tuan-tuan dan Puan-puan, Di majlis ini saya juga ingin mengambil kesempatan sekali lagi menyeru agar PIBG di sekolah ini dapat bergerak secara aktif dan terancang agar kewujudannya dapat memberi sumbangan bermakna lagi berkesan ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Budaya ilmu dan budaya kerja cemerlang perlulah dipupuk dan disemai agar PIBG ini terus relevan dan menjadi penyumbang kepada kecemerlangan pendidikan anak-anak. Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis pada pagi ini dan saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli jawatankuasa PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar lagi. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 ini akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Sebagai wakil Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sub Zon 1 Batu,kami sentiasa bekerjasama erat dengan pihak sekolah bagi membantu penyediaan prasarana yang lebih selesa untuk anak - anak kita. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul kali ke-36. Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbt.


NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2024/2025


MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2024/2025 ATURCARA


MASA AKTIVITI 8:00 hingga 8:30 pagi • Pendaftaran Kehadiran Ibu Bapa • Sarapan 8:30 hingga 9:00 pagi Perarakan Masuk VIP dan Pentadbir Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Nyanyian Lagu Persembahan Kompang Bacaan Doa 9:00 hingga 9:30 pagi Perkongsian Rakan Strategik - PTPN Ucapan Penasihat PIBG: Dr. Abdul Rahim bin Abu Ucapan Yang di Pertua PIBG: Encik Mohamad Taufik bin Bakar Ucapan Perasmi Encik Khairol Faddil bin Sulaiman Timbalan Pengerusi MPPWP Sub Zon 1 Batu 9:30 hingga 9:40 pagi Gimik Perasmian 9:40 hingga 10:00 pagi Persembahan Murid Gimik Pasukan Bola Sepak Cabutan Bertuah 10:00 hingga 11:30 pagi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 11:30 hingga 12:00 tengah hari Pengenalan Jawatankuasa Sesi 2024/2025 Pembahasan Usul Usul Cadangan sumbangan PIBG Sesi 2024/2025 12:00 hingga 12:30 tengah hari Penyampaian Cenderahati Penghargaan Cabutan Bertuah 12:30 tengah hari Majlis Bersurai


MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2024/2025 AGENDA


1 Ucapan Penasihat DR ABDUL RAHIM BIN ABU 2 Ucapan Pengerusi 3 Pembentangan penerimaan Minit Mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan 2023/2024 4 Pembentangan dan Penerimaan Laporan 2023/2024 5 Pembentangan, Penerimaan dan Kelulusan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2023 6 Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2024/2025 8 Pembahasan usul 9 Hal-Hal Lain Ucapan Penangguhan 10 Agenda


AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024


NAIB YANG DIPERTUA PIBG BENDAHARI YANG DIPERTUA PIBG SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI ENCIK MOHAMAD TAUFIK BIN BAKAR PUAN ANIZAH HAYATI BINTI JOHARI ENCIK MOHD ANIQ BINTI KANIMON PUAN NORAZIELAH BINTI KANIMON CIK SITI NADIA BINTI SULAIMAN ENICK MUHAMAD SYAIRAZI BIN SUHAIMI JURUAUDIT GURU NOOR HAYATI BINTI SHAFFEE AJK GURU PUAN ZAHARAH BINTI YUSUF PUAN RASILAH BINTI YAHYA ENCIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL JAMEL PUAN KALAWATI A/P MUTAYA PUAN NUR MAZLIYANA BINTI RAHIM


JURUAUDIT IBU BAPA ENCIK ISA BIN NIK MAT (DIPINDA) - AJK IBU BAPA ENCIK JALALUDDIN BIN MASOT PUAN NOOR JUHAIDA BT TUMPANG PUAN NORAZLINDA BINTI MOHAMAD NOR ENCIK FAZZLY ISMA BIN ABDULLAH @ LUIS ANAK MATIN PUAN NORDIANA BINTI MOHAMAD ENCIK WAHYUDDIN BIN ASWAT PUAN ZURINA BINTI ISMAIL PUAN KHAIRULIZA BINTI ZAINAL ABIDIN PUAN SYARIFATUL AZMA BINTI MAT NAWI DR SALPIAH BINTI SURADI PUAN NORAZLINDA BINTI MOHAMAD NOR


MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE-35


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SENTUL KUALA LUMPUR TARIKH: 24 JUN 2023 HARI: SABTU MASA: 8.30 PAGI-1.30 TENGAH HARI MEDIUM: GOOGLE MEET 1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS Puan Syafizan selaku Pengerusi Majlis. Pengerusi mengucapkan selamat datang ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali ke-35 Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul kepada hadirin. Pengerusi meminta guru-guru dan ibu bapa untuk mengisi kehadiran dan mengingatkan semua hadirin menutup mikrofon supaya majlis berjalan dengan lancar. Seterusnya Ustaz Firdaus memulakan majlis dengan bacaan doa. Diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah dan lagu Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Tindakan: Makluman 2.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG (ENCIK ABDUL RAHIM BIN ABU) Encik Abdul Rahim mengalu-alukan kehadiran perasmi majlis iaitu Cik Maihaniza binti Abdul Ghani. Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada barisan pentadbir dan ahli-ahli jawatankuasa PIBG iaitu ibu bapa dan guru-guru. Beliau mengucapkan perjumpaan kali ini merupakan perjumpaan yang kedua PIBG secara dalam talian. Hari ini 24 Jun 2023 merupakan masuknya 1/3 penggal persekolahan. Jumlah persekolahan ialah sebanyak 143 hari maka 1 hari telah ditolak disebabkan oleh cuti tambahan. Pada minggu hadapan, 2 hari sahaja baki yang tinggal. 58 hari telah berlalunya hari persekolahan anak-anak murid dan beliau berterima kasih kepada Puan Sarah Zeihan kerana telah menguruskan dengan baik hal-hal yang berkaitan dengan PIBG. Beliau memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan serta berterima kasih pada semua yang dapat menolong pihak sekolah atas kerjasama dalam mencapai mencapai matlamat meningkatkan prestasi murid dalam segi kognitif dan lainlain. Diikuti dengan penerangan program peningkatan murid dalam nilai murni dan disiplin murid. Maklum balas yang diperoleh akan dapat membantu sekolah dalam beroperasi dengan lebih baik. Fungsi PIBG ialah perantara sebagai orang tengah antara sekolah dan KPM yang meningkatkan sahsiah, akademik dan menepati falsafah pendidikan kebangsaan negara kita. Lebih kurang 120 hari lagi, sekolah akan memastikan fungsi terbaik sekolah untuk meningkatkan prestasi anak-anak. Sudah pasti dengan melancarkan pelbagai program untuk murid di sekolah.


Banyak perkara yang dapat disyukuri seperti kelonggaran yang diberi kepada KPM disebabkan oleh cuaca panas. Beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada perasmi dan Puan Sarah selaku nakhoda PIBG kali ini. Semoga apa yang dirancang dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjaya di masa akan datang. Cabaran yang sangat besar kepada sekolah setelah berlakunya pandemic Covid 19 dan beliau percaya semua pihak mampu menangani cabaran ini. Dalam operasi sekolah, semestinya ada kelemahan namun dengan bantuan ibu bapa kita pasti akan dapat atasi kelemahan tersebut. Tindakan: Makluman 3.0 UCAPAN YANG DI PERTUA PIBG (PUAN SARAH ZEIHAN BINTI MD SIDEK) Puan Sarah Zeihan mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis dan memberikan salutasi. Puan Sarah menzahirkan kesyukuran kerana dapat berkumpul dalam mesyuarat kali ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin dan pengelola dalam mesyuarat kali ini. Beliau menzahirkan kesyukuran di atas permuafakatan yang sangat baik antara guru dan ibu bapa. Beliau mengharapkan guru dapat memberikan pengajaran yang terbaik di sekolah dan mengadakan aktiviti yang terbaik buat semua anak-anak. Selain melantk jawatankuasa yang baru, usul dan cadangan juga dapat meningkatkan operasi PIBG. Ingatlah bahawa pembelajaran anak-anak bermula di rumah. Tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak guru dan sekolah sahaja. Ibu bapa juga patut memberikan sokongan bagi memenuhi tanggungjawab itu. Kerjasama yang erat dapat meningkatkan prestasi sekolah. Sebagai ibu bapa, kita perlu bertindak proaktif dalam apa-apa aktiviti yang diceburi anak-anak. Kita tidak boleh memberikan tanggungjawab tersebut kepada seorang guru sahaja. Kita perlu memahami guru yang mengendalikan 35-40 orang murid yang berada dalam satu kelas. Terima kasih kepada ibu bapa yang menjadi pedoman terbaik kepada ibu bapa. Pembiyaan anak-anak semakin meningkat setiap tahun. Beliau berharap ibu bapa dapat memberi sokongan penuh kepada pihak sekolah terutama program yang diadakan di sekolah. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa dan guru yang sangat komited dalam tempoh perkhidmatan. Beliau memohon maaf sekiranya tidak dapat memuaskan hati dan menyantuni semua pihak. Tindakan: Makluman


4.0 UCAPAN PERASMI (CIK MAIHANIZA BINTI AB GHANI) Cik Maihaniza binti Ab Ghani, Penolong Pegawai Pendidikan Sentul mengucapkan terima kasih kepada pengerusi dan pihak sekolah serta memberikan salutasi. Beliau menzahirkan kesyukuran kerana dapat berkumpul di dalam mesyuarat kali ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa PIBG kali ini kerana dapat mengadakan mesyuarat pada tahun ini. Mesyuarat sebegini wajib diadakan di sekolah bagi meningkatkan permuafakatan antara ibu bapa dan pihak sekolah. Program sebegini juga dapat meningkatkan mutu pengajaran guru-guru di sekolah selain menepati harapan KPM untuk meningkatkan jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa. Sebagai ibu bapa, anak-anak membesar terutamanya di rumah. Maka tanggungjawab perlu digalas oleh ibu bapa bukanlah menyerahkan bulat-bulat kepada guru sahaja. Beliau melihat kerjasama guru dan ibu bapa di sekolah ini amat erat dan percaya perkara tersebut mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Kepercayaan dan keyakinan ibu bapa dangat tinggi terhadap guru di sekolah ini dengan menghantar anak ke sekolah. Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua jawatankuasa yang berjaya mengadakan mesyuarat dan berharap mesyuarat ini dilancarkan dan melahirkan anak-anak yang berjaya masa akan datang. Beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 35 Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Tindakan: Makluman 5.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 YDP PIBG sesi 2022/2023 mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 35. Beliau meminta ibu bapa menyemak buku program yang dikongsi dan meminta wakil ibu bapa mencadangkan minit disahkan. Puan Zurina binti Ismail mengesahkan minit mesyuarat kali ke 34 disahkan. Puan Khairulniza menyokong minit mesyuarat agung tahunan ke 34 disahkan. Beliau menjemput Puan Nooraishah memulakan pembentangan laporan aktiviti tahunan 2022. Tindakan: Makluman


6.0 LAPORAN 6.1 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI 2022 6.1.1 Laporan aktiviti dibentangkan oleh Puan Nooraishah selaku Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau menzahirkan kesyukuran kerana dapat bertemu dalam mesyuarat pada tahun ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat bersama—sama dalam mesyuarat kali ini. 6.1.2 Seterusnya, laporan aktiviti tahunan 2022/2023 telah dinyatakan dalam buku pelaporan mesyuarat (rujuk buku aktiviti), terdapat aktiviti yang dilaksanakan bagi meningkatkan kurikulum, sahsiah disiplin dan 3K. Akhir sekali, aktiviti kokurikulum yang diadakan kepada murid tahun 4, 5 dan 6. Beliau memanjatkan kesyukuran setelah Covid melanda, sekolah dapat beroperasi dengan baik. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan waris kerana banyak membantu sekolah dalam memberi sokongan dari segi wang ringgit dan penyertaan dalam memeriahkan aktiviti sekolah. 6.1.3 Beliau meminta hadirin merujuk video tayangan yang memaparkan kesemua aktiviti sekolah. Laporan aktiviti tahunan 2022/2023 telah dinyatakan dalam buku program mesyuarat. Merujuk kepada halaman, laporan aktiviti tahunan jawatankuasa PIBG SKBBS 2022/2023 telah disenaraikan seperti berikut; bilangan mesyuarat yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022/2023 adalah sebanyak empat kali perjumpaan bermula bulan Februari 2022 sehingga yang terakhir pada bulan Mei 2023. Kehadiran ahli mesyuarat boleh diperhatikan di layar. 66.1.4 Seterusnya, aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2022/2023 mengikut pecahan yang telah dibuat iaitu di bawah unit pentadbiran dan kurikulum, terdapat 12 aktiviti dilaksanakan. Aktiviti tersebut termasuklah Minggu Bulan Bahasa BM/BI/BA, Minggu Stem, Program Quran Hour’, Program Khatam Al-Quran, Program Nilam, Program Nadi, Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Raya, Anugerah Bulanan,.Anugerah Nilam, Team Building Staf dan Program Nilai Patriotik (Tayangan Mat Kilau).


6.1.5 Bagi unit pengurusan hal ehwal murid pula terdapat lebih daripada 2 aktiviti yang telah dilaksanakan bermula Oktober yang lalu. Penglibatan aktiviti adalah melibatkan semua murid di dalam Sambutan Hari KanakKanak seperti yang ditunjukkan pada paparan di layar. Manakala, Kem Aulad pula dilaksanakan kepada murid yang terpilih sahaja. ari segi wang ringgit dan penyertaan dalam memeriahkan aktiviti sekolah. 6.1.6 Bagi unit kokurikulum pula, 18 aktiviti dilaksanakan iaitu melibatkan Kem Bestari Solat sebanyak 2 siri, Kem Cemerlang Jawi juga 2 siri, Perkhemahan Dalaman, Sambutan Hari Kemerdekaan, Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-31, Program Online Robotik, Kejohanan Merentas Desa SK Bandar Baru Sentul, Hari Sukan Negara SK Bandar Baru Sentul, Karnival Badan Beruniform dan Karnival Kelab/Persatuan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan oleh unit kokurikulum juga termasuklan Karnival Sukan/Permainan, Jalinan Kelab KL Thunder Hockey Team, Jalinan Pasukan Silat bersama Masjid Amru Al Asr, Jalinan Kelab Taekwando, Jalinan Pasukan Kompang Gema Nur Iman dan Program Pembangunan Pasukan Sukan SK Bandar Baru Sentul (Team Elit). YDP berterima kasih kepada Puan Nooraishah yang telah membentangkan laporan aktiviti. Tindakan: Makluman


6.2 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN 2022 6.2.1 Seterusnya beliau menjemput Cik Siti Nadia Binti Sulaiman selaku Bendahari PIBG. Cik Siti Nadia memberikan salutasi. Beliau selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan. Beliau meminta hadirin merujuk Buku Program muka surat 33. Beliau membentangkan laporan kewangan serta perbelanjaan berakhir pada 31 Disember 2022. 6.2.2 Baki bawa bawah adalah sebanyak RM45,017.76. Jumlah pendapatan hasil kutipan sumbangan PIBG adalah sebanyak RM35,553.59. Akaun tambahan berpecah kepada program peningkatan akademik, pembayaran ICT, 3K, bayaran sukan, majlis apresiasi, lain-lain sumbangan dan profit operasi. Jumlah pendapatan akaun tambahan adalah sebanyak RM16,718.09. Jumlah pendapatan setelah ditambah dengan Akaun Bayaran Tambahan berjumlah RM52,269.44. 66.2.3 Nota tambahan yang dinyatakan oleh Bendahari PIBG, baki bank pada 31 Disember 2022 dalam BSN adalah sebanyak RM58,559.74 manakala dalam Bank Rakyat adalah sebanyak RM4,254.43. 6.2.4 Perbelanjaan yang dicatatkan dalam Penyata Kewangan berjumlah RM 22,567.00 merangkumi perbelanjaan; pengurusan PIBG sebanyak RM 13,324.00, Perbelanjaan MAK sebanyak RM800.00, Perbelanjaan kokurikulum sebanyak RM7,842.00 dan lebihan pengeluaran sebanyak RM961.00. Akaun bayaran tambahan berjumlah RM16,160.70 yang disenaraikan iaitu program peningkatan akademik, 3K-HEM, sukan, lain-lain belanja dan cas operasi. Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM38,727.70. Oleh itu baki dalam bank pada 31 Disember 2022 adalah sebanyak RM58,559.74 6.2.5 Bendahari menerangkan setiap perbelanjaan yang disebut dalam Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022. Nota akaun perbelanjaan ditayangkan pada papan layar. Perbelanjaan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Perbelanjaan Pengurusan PIBG, Perbelanjaan MAK, Perbelanjaan Kokurikulum, Program Peningkatan Akademik, Perbelanjaan 3K-Hem, Sukan, lain-lain belanja dan caj perkhidmatan.


6.2.6 Bagi perbelanjaan pengurusan PIBG, jumlah yang dikeluarkan ialah sebanyak RM13,324.00 yang merangkumi Bantuan Yayasan Pelajaran sebanyak RM200, bantuan murid asnaf sebanyak RM5,000, MAK 2020 sebanyak RM1530.00, sumbangan duit raya murid sebanyak RM2136.00, belanja mesyuarat agong PIBG 2021 sebanyak RM2230.00, Elaun AJK Tertinggi PIBG adalah sebanyak RM900.00, dan lain-lan belanja yang dipaparkan di layar. 6.2.7 Perbelanjaan MAK adalah sebanyak RM800.00, Perbelanjaan kokurikulum adalah sebanyak RM7482.00. Bagi Program peningkatan akademik pula adalah sebanyak RM5213.00. Perbelanjaan 3K-HEM adalah sebanyak RM6,486.00. Sukan pula merangkumi hari sukan tahunan menelan belanja sebanyak RM2250.00. Lainlain perbelanjaan termasuklah Finco RM200.00 dan deposit penghawa dingin bilik guru dan pejabat sebanyak RM2000.00. Jumlah keseluruhan lain-lain perbelanjaan adalah sebanyak RM2200.00. Caj perkhidmatan pula merangkumi kos operasi adalah sebanyak RM11.70. 6.2.8 Bendahari PIBG membentangkan cadangan kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2023 iaitu sebanyak RM30.00. Lain-lain kutipan merangkumi bayaran ICT sebanyak RM10.00, 3K (HEM) RM5.00, peningkatan akademik sebanyak RM15.00, sukan sebanyak RM 5.00, hari kanak-kanak sebanyak RM8.00, kegiatan Pendidikan Islam/Moral adalah sebnayak RM10.00 dan Majlis Apresiasi Tahun 6 sebanyak RM70. Jumlah bagi tahun 1 hingga 5 adalah sebanyak RM83.00 dan tahun 6 adalah sebanyak RM153.00. Perincian kutipan adalah seperti Lampiran A.


6.2.9 Sementara membentang ada bapa Bernama Encik Azman Azidin usul mengenai pembayaran ICT. Encik Azman, ibu bapa Dania kepada menyatakan ketidakperluan mengutip sumbangan ICT kerana pada tahun 2022 tidak digunakan. Soal dijawab dengan bayaran ini adalah hanya cadangan dan boleh dibincangkan lagi, paparan tersebut hanya untuk makluman ibubapa. Cik Siti Nadia menjelaskan jadual tersebut disediakan oleh AJK baru. Selepas lantikan baru selepas ini barulah akan dijelaskan perihal ini. 6.2.10 Cik Siti Nadia membuka ruang untuk persoalan daripada ibu bapa berkenaan laporan kewangan yang dibentangkan. Bapa bernama Encik Khairul Nizam menyoalkan mengenai perbelanjaan mesyuarat Agong PIBG 2021. Cikgu Nadia menerangkan yang beliau membuat kesilapan dan dibantu oleh Cikgu Aniq untuk menerangkan dan kesilapan teknikal. Encik Khairul Nizam juga menyoalkan menyenai Penyata Kewangan 2020. Soalan ini dijawab oleh Cikgu Aniq. Cikgu Aniq terangkan bahawa itu adalah kerana duit Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAK) 2020 dibawa ke tahun terkini kerana disebabkan oleh Covid maka kewangan dibawa ke tahun ke bawah. 6.2.11 YDP PIBG memohon pengesahan dibuat untuk laporan kewangan yang dibentang oleh Bendahari sebentar tadi. Puan Sarah membuat pengesahan dan Puan Khairuliza, ibu kepada murid 2IQ mencadangkan laporan kewangan disahkan. Tindakan: Makluman


7.0 Pembubaran AJK 7.1.1 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA (MOHAMAD NASIR BIN MUSA) 7.1.1 YDP menyerahkan kepada pengerusi sementara untuk meneruskan mesyuarat bagi melantik AJK baharu Sesi 2023/2024. Encik Mohamad Nasir bin Musa memulakan dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir. selaku pengerusi sementara menerangkan tentang proses cadangan AJK. Pencadang perlu memberikan nama penuh, nama calon dan perlu ada penyokong. Nama penyokong juga perlu diberikan nama penuh bagi tujuan minit mesyuarat. 7.1.2 Nurashiqin binti Sofian sebagai pencadang mencadangkan Encik Mohd Taufiq sebagai YDP sesi 2023/2034. Nur Farhana binti Mohamad menyokong cadangan yang diberikan Cik Nurashiqin. Nama Pencadang: Norasyiqin Nama Calon: Muhammad Taufiq Nama Penyokong: Nur Farhana 7.1.3 Siti Nur Aishah binti Kamarudin mencadangkan Encik Jalaluddin bin Mahsood. Nur Faizah binti Asari menyokong cadangan yang dibuat oleh Siti Nur Aishah. Nama Pencadang: Siti Nur Aisyah Nama Calon: Encik Jalaluddin Nama Penyokong: Nor Faizah Asari 7.1.4 Nor Juhaidar ibu kepada Fara, 2 Ibnu Sina mencadangkan calon yang dicadangkan terus papar kamera untuk melihat siapakan calon yang dicalonkan. Hal ini bagi memperkenalkan ibu bapa dengan calon-calon. Encik Mohamad Nasir menerangkan sesi perkenalan akan dibuat setelah kesemua calon dicadang. Maka ibu bapa boleh berkenalan setelah sesi pencalonan ditutup. 7.1.5 Puan Hamidah mencadangkan Encik Khusaini bin Johari. Cik Rodiyanah menyokong cadangan Puan Hamidah. Nama Pencadang: Hamidah Nama Calon: Khusaini Bin Johari Nama Penyokong: Rodiyanah


7.1.6 Puan Hamidah mencalonkan Nazmi Najib bapa kepada Naura Nur, 1 Ibnu Sina. Wan Indera menyokong pencalonan Nazri Najib. Nama Pencadang: Hamidah Nama Calon: Nazmi Najib Nama Penyokong: Wan Indera 7.1.7 Wan Ridhuan mencadangkan Puan Aniza ibu kepada Dayang, 4 IS sebagai calon. Encik Syairazi menyokong Puan Aniza sebagai calon. Nama Pencadang: Riduan Nama Calon: Aniza Nama Penyokong: Syairazi 7.1.8 Pencalonan tersebut ditutup berdasarkan cadangan yang dibuat oleh Puan Zurina dan disokong oleh Puan Khairuliza.


7.3 Pengenalan AJK Sesi 2023/2024 7.3.1 Sesi pengenalan diri diadakan untuk memperkenalkan calon kepada ibu bapa. Pengerusi mencadangkan calon memperkenalkan diri menceritakan latar belakang, nama anak dan cadangan sumbangan yang akan dilakukan kepada masa yang akan datang. 7.3.2 Encik Mohd Taufiq bekerja di DBKL dan bapa kepada murid tahun 2. Beliau mempunyai pengalaman memegang jawatan sebagai Naib Yang Di-Pertua pada sesi yang lepas. 7.3.3 Encik Jalaluddin bin Masood merupakan kerani di bank Islam. Bapa kepada Faieqa di 6 IS. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pencalonan dan berharap hanya kekal menjadi AJK. 7.3.4 Encik Khusaini bin Johari dibatalkan pencalonan kerana tidak menyertai mesyuarat. 7.3.5 Encik Nazmi bin Najib juga tidak menyertai mesyuarat pada kali ini. 7.3.6 Calon yang terakhir iaitu Puan Anizah Hayati binti Johari. Ibu kepada Dayang, 2 IS dan 4 IS. Beliau merupakan seorang akauntan profesional. 7.3.7 Encik Jalaluddin menyatakan bahawa beliau menarik diri daripada pencalonan YDP dan hanya berminat menjadi AJK. 7.3.8 Encik Mohd Farid Wari bapa kepada Farra Alisha, 2AJ mencadangkan pelantikan sementara sahaja kerana ibu bapa masih tidak dapat mengenali calon-calon. 7.3.9 Pengerusi sementara menyatakan perlu melantik AJK PIBG yang baru kerana sesi lama telah dibubarkan. Maka mesyuarat diteruskan dengan persetujuan ibu bapa kepada dua calon. 7.3.10 Encik Fazli mencangkan sekiranya salah seorang nama tidak menjadi YDP maka automatik menjadi NYDP. Noor Juhaidi menyokong cadangan yang dibuat oleh Encik Fazli.


7.3.11 Undian dibuat melalui kutipan data dalam Google Form. 7.3.12 Encik Mohamad Taufik dipilih sebagai YDP Sesi 2023/2024. 7.3.13 Majlis diteruskan oleh Cikgu Mohamad Nasir dengan pencalonan AJK ibubapa seramai 10 calonan: 1 Encik Jalaluddin mencadangkan diri sendiri sebagai AJK Ibu Bapa, bapa kepada Nur Aqilah Syafiqah. 2. Puan Nurjuhaida mencalonkan diri sendiri, ibu kepada murid 2IS. 3. Muhammad Firdaus bin Jamil mencadangkan Puan Azlinda, ibu kepada Azzalea 6IS. . Mohd Hafez menyokong cadangan oleh Muhammad Firdaus. 4. Encik Fazli Isma bin Abdullah, bapa kepada murid 2IQ merupakan mantan YDP di SMKBBS mencadangkan diri sendiri sebagai calon. 5. Diana binti Mohd mencadangkan diri sendiri bagi calon, ibu kepada Delisha, 5IQ. 6. Isa bin Nik Mat, 3IK mencalonkan diri sendiri sebagai AJK. 7. Wahyudin anak di kelas 4 IQ dan 5 IQ 8. Encik Jalaluddin mencadangkan Puan Zurina Ismail, Nur Hana Damia, 6IQ. 9. Puan Siti Hajar mencadangkan Puan Khairuliza, anak di kelas 10. Puan Ema mencalonkan diri sendiri, ibu kepada murid 3 IQ dan 5 IQ 11. Dr Salpiah binti Suradi, mencalonkan diri sendiri, anak di kelas 5IK. 7.3.14 Encik Aidil mencadangkan pencalonan AJK ditutup. Puan Anizah menyokong pencalonan ditutup. 7.3.15 Pengerusi meminta ibu bapa menjadi wakil untuk jawatan Juruaudit. Encik Isa bin Nik Mat mewakilkan diri menjadi Juruaudit. Pengerusi mengesahkan jawatankuasa AJK PIBG Sesi 2023/2024 telah dipenuhi. AJK Guru masih kekal seperti sesi 2022/2023. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan yang baharu iaitu Encik Mohamad Taufik. 7.3.16 Encik Mohamad Nasir membentang semua ahli jawatankuasa PIBG SKBBS 2023/2024. Mesyuarat PIBG bersetuju dan sebulat suara mengesahkan AJK PIBG SKBBS 2023/2024 adalah seperti di dalam jadual di bawah.


YANG DIPERTUA PIBG ENCIK MOHAMAD TAUFIK BIN BAKAR NAIB YANG DIPERTUA PIBG PUAN ANIZAH HAYATI BINTI JOHARI SETIAUSAHA ENCIK MOHD ANIQ BIN MD DON NAIB SETIAUSAHA PUAN NORAZIELAH BINTI KANIMON BENDAHARI CIK SITI NADIAH BINTI SULAIMAN NAIB BENDAHARI ENCIK MUHAMMAD SYAIRAZI BIN SUHAIMI AJK GURU Puan Zaharah binti Yusof Puan Rasilah binti Yahya Encik Muhammad Firdaus bin Abdul Jamel Puan Kalawati A/P Mutaya Puan Nur Mazliyana binti Rahim JURUAUDIT GURU Noor Hayati binti Shaffee AJK IBU BAPA Encik Jalaluddin bin Masot Puan Nurjuhaida Puan Azlinda binti Mohamad Nor Encik Fazli Isma bin Abdullah Diana binti Mohd Encik Wahyudin Puan Zurina binti Ismail Puan Khairuliza binti Zainal Abidin Puan Ema Dr Salpiah binti Suradi JURUAUDIT IBU BAPA Isa bin Nik Mat


7.3.16 Encik Mohamad Nasir menjemput YDP Sesi 2023/2024 iaitu Encik Taufik memberikan sepatah dua kata dan mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa PIBG SKBBS 2023/2024 7.3.17 YDP sesi 2023/2024 memperkenalkan diri. Beliau merupakan bapa kepada murid tahun 2. Beliau bekerja di DBKL. Beliau berterima kasih kerana dilantik dan akan memberikan komitmen sepenuhnya dengan menggunakan tenaga dan pengalaman yang akan menaik taraf pentadbiran dan pengurusan PIBG. Beliau berharap kerjasama dan sokongan daripada kesemua ahli PIBG. Belia berharap semua ahli dapat mengenali anatara satu sama lain dengan rajin ke sekolah dan berbincang mengenai perkembangan tersebut. Tindakan: Makluman


8.1 USUL 8.1.1 Pentadbiran dan Kurikulum 8.1.1.1 Kelas tambahan murid (Usul oleh Suzlenazulaiha Jusoh ibu kepada Muhammad Adam Abdul Rahim, 5 Ar-Razi) 8.1.1.1.1 YDP akan membincangkan perkara berkenaan dengan barisan guru. 8.1.1.2 Pentaksiran murid (Usul oleh Azman bin Azidin bapa kepada Nurqisya Adila binti Azman kelas kepada 6 Ibnu Khaldun) 8.1.1.2.1 Puan Aishah selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum menyatakan peperiksaan terikat kepada keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Subjek teras yang dinyatakan tidak sesuai dengan yang terkini disebabkan oleh semua subjek adalah penting buat masa sekarang. 8.1.1.3 Kebersihan kelas (Usul oleh Siti Hajar binti Md Taib ibu kepada Siti Nur Husna binti Nurhasar, tahun 1 Ar-Razi) 8.1.1.3.1 Puan Nooraishah menyatakan kebersihan amat dititikberatkan. Kebersihan ditugaskan kepada petugas kebersihan namun murid diminta membersihkan kelas sebelum pulang ke rumah. 8.1.1.3.2 Encik Wahyuddin bertanya tentang jadual bertugas. 8.1.1.3.3 Puan Nooraisyah menyatakan masih terdapat jadual kebersihan dan penekanan semula perlu diberi serta penerapan nilai dipupuk kepada murid. 8.1.1.3.4 Puan Zuraida menyatakan kebersihan perlu dipupuk dan diterapkan dalam diri murid seperti Pertandingan Kebersihan Kelas dan mencuci tandas. 8.1.1.3.5 Encik Yusoff, selaku Guru Kanan Hal Ehwal Murid menyatakan pertandingan akan diadakan semula. 8.1.1.3.6 Encik Wahyuddin menyatakan pertandingan kebersihan kelas akan menambahkan beban kepada guru.


8.1.2 Hal Ehwal Murid 8.1.2.1 Pemasangan air mesin tapis (Usul oleh Nurbaizura binti Jamaludi, ibu kepada Nurhumaira binti Md Hasan, tahun 6 Ibnu Sina). 8.1.2.1.1 Encik Taufiq akan berusaha mendapatkan air tapis dan mempertimbangkan cadangan tersebut. 8.1.2.1.2 Encik Farid bin Wari menyatakan beliau merupakan pekerja servis air. Bagi mengurangkan kos, ibu bapa yang mempunyai penapis air boleh sumbangkan kepada pihak sekolah dan beliau akan menunjukkan cara menukar penapis air. Beliau akan mewakilkan diri untuk jadi AJK bagi memasang penapis air di sekolah. 8.1.2.1.3 Encik Taufik meminta Encik Farid bin Wari berbincang berkenaan perkara tersebut bersemuka dengannya di sekolah. 8.1.2.2 Kes buli di sekolah (Usul oleh Salina Zakaria, ibu kepada Qaiser Sufi Nafis bin Syamzari, tahun 1 Ibnu Sina) 8.1.2.2.1 Nurul Salwa, ibu Ammar Rayyan, 1AJ menyokong usul yang dibawa. Anak beliau selalu bercerita ternampak kes buli di sekolah antara murid tahun 1 dan tahun 3 serta tahun 2 dan tahun 3. 8.1.2.2.2 Encik Yusoff memandang serius terhadap kes buli di sekolah. Ibu bapa perlu melaporkan kepada pihak sekolah, murid yang tersebut akan berjumpa dengan kaunselor dan menyelesaikan perkara tersebut. Hal ini demikian kerana, murid tidak tahu apa itu buli. Kempen Hentikan Buli perlu diperluaskan lagi bagi memastikan buli dihentikan. Kes buli setelah dilaporkan akan disiasat, wujud atau tidak kes tersebut. Sekiranya didapati wujud, kaunselor akan terlibat mengkaunseling murid yang terlibat. Sekiranya perkara tersebut berlaku, rekod akan dimasukkan ke dalam SSDM. 8.1.2.2.3 Encik Wahyuddin meminta kes ini dipanjangkan lagi dengan mengadakan kempen kesedaran dan papan kenyataan yang memberi info apa itu buli. 8.1.2.2.4 Encik Yusoff menyatakan pihak sekolah akan sediakan papan info kes buli.


8.1.2.3 Kuantiti makanan di kantin tidak mencukupi terutamanya murid tahun 5 dan 6 (Usul oleh Azariah Mat Robi, ibu kepada Nur Alya Iman Salehuddin, tahun 5 Ar-Razi). 8.1.2.3.1 Encik Yusoff menyatakan pihak sekolah akan cuba membuat menu yang berbeza pada setiap hari. Perbincangan dengan pihak kantin telah diadakan bagi perkara yang dinyatakan. Buah-buahan juga turut disediakan untuk memberi makanan sihat kepada murid. 8.1.2.4 Disiplin murid semasa rehat (Usul oleh Siti Hajar binti Md Taib ibu kepada Siti Nur Husna binti Nurhasar, murid 1 Ar-Razi) 8.1.2.4.1 Encik Yusoff akan mengambil perhatian terhadap perkara tersebut dan meminta guru bertugas di kantin. 8.1.2.4.2 Encik Wahyuddin menyatakan system kaunter amat penting. Makanan perlu diperbanyakkan untuk murid-murid. 8.1.2.4.3 Encik Yusoff bersetuju dengan cadangan tersebut.Terdapat murid yang rehat di kantin tidak mendapat semula baki kerana murid terlalu ramai. 8.1.2.5 Tempat basuh tangan (Usul oleh Hazlinda binti Daud, ibu kepada Humaira Azzahra binti Fadhli, tahun 1 Al-Farabi). 8.1.2.5.1 Encik Yusoff akan mengambil perhatian dan cuba menambahkan bilangan tempat basuh tangan. 8.1.2.6 Kebersihan dan kerosakan tandas (Usul oleh Salina binti Nordin, ibu kepada Nur Tiara Raissa binti Rah8.1.2.8 Sukarelawan (Usul oleh Siti Nurhannim binti Mazuki, ibu kepada Safiyya binti Mohd Sharifuddin, murid 1 Ibnu Khaldun). 8.1.2.8.1 Respons daripada Encik Yusoff berkenaan pengawal. YDP menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Puan Siti dan meminta Puan Siti berjumpa untuk membincangkan perkara tersebut iaitu ibu bapa sebagai wakil. 8.1.2.9 Pemasangan CCTV (Usul oleh Wahyuddin bin Aswat, bapa kepada Nur Aina Iman, murid tahun 5 Ibnu Qayyim) 8.1.2.9.1 YDP akan berbincang perkara berkenaan dan membawa isu ini ke atas pihak atasan.


8.1.2.8 Sukarelawan (Usul oleh Siti Nurhannim binti Mazuki, ibu kepada Safiyya binti Mohd Sharifuddin, murid 1 Ibnu Khaldun). 8.1.2.8.1 Respons daripada Encik Yusoff berkenaan pengawal. YDP menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Puan Siti dan meminta Puan Siti berjumpa untuk membincangkan perkara tersebut iaitu ibu bapa sebagai wakil. 8.1.2.9 Pemasangan CCTV (Usul oleh Wahyuddin bin Aswat, bapa kepada Nur Aina Iman, murid tahun 5 Ibnu Qayyim) 8.1.2.9.1 YDP akan berbincang perkara berkenaan dan membawa isu ini ke atas pihak atasan. 8.1.3 Kokurikulum 8.1.3.1 Baju sukan sekolah (Usul oleh Roshalina binti Shahlan, ibu kepada Nur Raniah binti Roslan Azmi, 5 Ibnu Sina) 8.1.3.1.1 Encik Shahrul Ashraff menerangkan tentang stok baju sukan telah tiba di sekolah dan disusun oleh guru. Pada hari Isnin, baju sukan akan diagihkan kepada murid. 8.1.3.2 Aktiviti Kokurikulum (Usul oleh Yunni Aryani Maylisa Binti Mohd Nasir, ibu kepada Zayden Adam bin Abdul Rahman, murid tahun 1 Al-Farabi). 8.1.3.2.1 Encik Mohd Shahrul tertarik dengan cadangan. Beliau meminta ibu bapa yang ada kepakaran boleh menyumbang sumbangan kepada kokurikulum. Jurulatih yang diperlukan adalah sofbol, ragbi dan bola baling. Ibu bapa yang ada sijil kejurulatihan boleh berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang ada. 8.2 CADANGAN 8.2.1 Encik Wahyu menyatakan perlu adanya bumbung untuk menjadi laluan kepada murid semasa hujan. 8.2.1.1 Encik Taufiq telah berbincang dengan kontraktor berkenaan hal ini bagi mengatasi isu yang dibangkitkan. Beliau akan berbincang dengan pihak atasan bagi membincangkan berkenaan dengan pembinaan laluan berbumbung. 8.2.2 Encik Mohd Farid bin Wari mencadangkan PIBG mengadakan biro agama, biro keselamatan dan biro-biro lain dalam kalangan ibu bapa. Kelompok kecil ini akan bermesyuarat bagi membincangkan isu terkini. 8.2.2.2 Usul yang dibawa disambut baik oleh YDP dan akan dibawa perbincangan semasa mesyuarat AJK PIBG.


8.2.3 Puan Shukriah, ibu Adawiyah Batrisyia, 4 IQ mencadangkan program Bahasa Inggeris dan Matematik diadakan pada setiap pagi semasa menunggu masuk ke kelas. Buku Inggeris boleh disediakan kepada murid yang akan memupuk bacaan buku Inggeris dan juga buku Bijak Sifir pada tahap 1 dan tahap 2. Murid yang tidak rehat, boleh membuat aktiviti ini dan guru yang bertugas boleh menyemak murid yang telah baca.Aktiviti seperti satu perkataan boleh dibuat untuk murid. Murid yang dapat peluang boleh diberikan hadiah. 8.2.4.1 Puan Aishah menyatakan telah terdapat program Nilam yang menyatakan sebelum ini terdapat waktu Nilam yang memberikan peluang kepada murid. Pada tahun ini, murid tidak boleh diberikan waktu Nilam kerana peruntukan masa di dalam jadual tidak mencukupi oleh itu program membaca buku sahaja dijalankan pada waktu pagi sebelum murid naik ke kelas. 8.2.5 Puan Zubaidah, anak di kelas 1 Ibnu Batuta, mencadangkan agar pihak sekolah iaitu guru dan ibu bapa tidak menjual makanan ringan kepada muridmurid. Contohnya, air gula (spray) untuk anak di luar pagar sekolah. Beliau memohon perkara tersebut tidak terjual di sekolah. 8.2.5.1 Encik Yusoff menyatakan makanan di kantin terkawal. Makanan seperti nugget sudah tidak terjual di sekolah. Makanan terjual di sekolah. Perkara yang dijual di luar sekolah akan diambil maklum dan diberikan laporan kepada PBT. 8.2.6 Encik Mohd Farid bin Wari mencadangkan kepada ibu bapa di group masingmasing adakan jawatankuasa sendiri. Isu permasalahan boleh dibawa kepada ketua dan diberi usul kepada PIBG. Hal ini merupakan insentif daripada ibu bapa sendiri. 8.2.6.1 Encik Yusoff menyatakan penubuhan KISB yang mementingkan sumbangan terhadap anak-anak. Encik Yusoff memohon izin membenarkan pihak sekolah menggunakan gambar anak-anak memohon sumbangan di media sosial. Jabatan memberikan arahan untuk meminta izin gambar murid SKBBS dipaparkan sebagai ganjaran sosial kepada murid-murid. Murid yang mendapat anugerah misalnya boleh dipaparkan di media sosial. 8.2.6.2 Puan Anizah mencadangkan tinjauan diambil di dalam kelas masingmasing melalui google form. 8.2.6.3 Encik Wahyudin berpendapat untuk anugerah cemerlang, beliau setuju gambar anak-anak untuk dipaparkan di media sosial. Sebaliknya bagi masalah disiplin, wajah anak-anak tidak wajar dipaparkan di media sosial.


8.2.7 Puan Siti Nor Aishah, Fatihah 4 AF, mencadangkan guru membawa murid ke klinik sekiranya berlaku kecemasan. Anak beliau semalam terlewat ambil di sekolah dan apabila beliau membawa anaknya ke klinik, murid tersebut sudah tidak berdaya untuk mengangkat kaki. 8.2.7.1 Encik Yusoff menerangkan tentang guru tidak boleh membawa anak ke klinik atau hospital. Pihak sekolah tidak boleh memanggil ambulans sendiri sebaliknya ibu bapa yang perlu membawa anak ke klinik atau hospital. 9.0 USUL KUTIPAN PIBG Cadangan kutipan sumbangan PIBG pada tahun 2023/2024 adalah merujuk kepada perkara 6.2.8. Encik Jalaluddin mencadangkan usul diterima. Puan Khairuliza menyokong usul diterima. Maka, mesyuarat bersetuju sebulat suara cadangan kutipan pada perenggan 6.2.8. Tindakan: Makluman 10.0 USUL SUMBANGAN PIBG BAGI TAHUN 2023 Pengerusi mamaparkan senarai nama penyumbang sekolah. 10.1 SENARAI PENYUMBANG SEKOLAH


10.2 ANUGERAH PLATINUM (PENYUMBANG) 10.2.1 Pengerusi menerangkan anugerah ini diberikan kepada ibu bapa yang memberi sumbangan yang paling banyak kepada pihak sekolah. 10.2.2 Puan Anizah binti Hayati diberikan Anugerah Platinum Tindakan: Makluman 11.0 PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari. Disediakan oleh, ……………………………………………. (MOHD ANIQ BIN MD DON) Setiausaha PIBG Disediakan oleh, ……………………………………………. (MOHD ANIQ BIN MD DON) Setiausaha PIBG


Disediakan oleh, ……………………………………………. (MOHD ANIQ BIN MD DON) Setiausaha PIBG SK Bandar Baru Sentul, KL Disemak oleh, ……………………………………………… (MOHAMAD TAUFIK BIN BAKAR) YDP PIBG, SK Bandar Baru Sentul, KL Disemak oleh, …………………………………………… (ABDUL RAHIM BIN ABU) Guru Besar, SK Bandar Baru Sentul, KL Pencatat minit: 1.Siti A’isyah binti Roslan 2.Noor Hayati binti Shaffee 3.Syahidah binti Abdul Malik


LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2023/2024


BIL PERKARA TARIKH SASARAN 1 Program Celik Jawi 27/03/2023-19/05/2023 Semua Murid Islam 2 Minggu STEM (Panitia Matematik/Panitia Sains/Panitia Reka Bentuk Teknologi 22/05/2023-26/05/2023 Semua murid 3 Minggu Panitia Pend. Islam 19/06/2023-23/06/2023 Semua Murid Islam 4 Highly ImmersiveProgramme (HIP) & English Day -Panitia Bahasa Inggeris 26/06/2023 Semua murid 5 Minggu Panitia Pend. Moral 14/08/2023-18/08/2023 Semua Murid Bukan Islam 6 Minggu Panitia Pend. Muzik 15/08/2023-06/09/2023 Semua murid 7 Minggu Panitia Pend. Seni Visual 21/08/2023-25/08/2023 Semua murid 8 Dialog Kemenjadian Kualiti Murid (1) 08/09/2023 Semua murid & Ibu bapa 9 Minggu Panitia Sejarah 04/09/2023-15/09/2023 Semua murid 10 Bulan Bahasa Kebangsaan (Panitia Bahasa Melayu) 02/10/2023-31/10/2023 Semua murid 11 Bulan Bahasa Kebangsaan (Panitia Bahasa Inggeris) 02/10/2023-06/10/2023 Semua murid 12 Minggu Panitia Pend. Jasmani & Kesihatan 09/10/2023-13/10/2023 Semua murid 13 Bulan Bahasa Kebangsaan (Panitia Bahasa Arab) 16/10/2023-20/10/2023 Semua murid 14 Program Eksplorasi KerjayaSTEM & English Mania di Kidzania Kuala Lumpur 12/12/2023 Ahli Kelab Kaunseling Kerjaya/Pembimbing Rakan Sebaya/Murid Pend. Moral yang Tinggal di Rumah Kebajikan/Murid SKBBS (Tahap 2) 15 Majlis Penyampaian Anugerah Peningkatan Akademik Secara Simbolik 14/12/2023 Dua orang wakil dari setiap aliran 16 Penyampaian Anugerah Peningkatan Akademik Di dalam Kelas 15/12/2023 Semua murid 17 Penyerahan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) & Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)Murid (Melalui Aplikasi WhatsApp) 02/02/2024 Semua Murid & Ibu bapa 18 Majlis Anugerah Kecemerlangan 2023 08/02/2024 Penerima Anugerah & Ibu Bapa Kurikulum


BIL PERKARA TARIKH SASARAN 1 Anugerah bulanan peringat sekolah Setiap hujung bulan Warga sekolah 2 Sambutan Hari Guru 16/5/2023 Warga sekolah 3 Majlis sambutan hari raya aidilfitri 19/5/2023 Warga sekolah 4 Team building - Sedetik Cuma SKBBS 4 & 5/11/2023 Guru dan staf 5 Program Usahawan Cilik Tahun 6 17/1 - 23/1/2024 Semua murid tahun 6 Pentadbiran


BIL PERKARA TARIKH SASARAN 1 PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG SKBBS 2023 SEPANJANG TAHUN SEMUA MURID 2 PROGRAM JOM KE SEKOLAH-KE ARAH SIFAR PONTENG DAN ANTI BULI DAN HADIR AWAL KE SEKOLAH SEPANJANG TAHUN SEMUA MURID 3 MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN MURID DI PINTU PAGARPENYEDIAAN REKOD HADIR LEWAT DI PAGAR A & B SEPANJANG TAHUN SEMUA MURID 4 PROGRAM PEMUGARAN EMOSi-PRASEKOLAH, TAHUN 1-6 SEPANJANG TAHUN SEMUA MURID 5 MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA SEKOLAH 10 JUN 2023 (DALAM TALIAN) & 17 OGOS 2023 (BERSEMUKA) SEMUA PEMIMPIN MUDA SKBBS 6 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TAHUN 4, 5 & 6 2023 (TAHUN 4), 2023 (TAHUN 5) & 2023 (TAHUN 6) SEMUA MURID TAHUN 4, 5 DAN 6 7 SARINGAN MINDA SIHAT TAHUN 5&6 2023 (TAHUN 5) & 2023 TAHUN 6) SEMUA MURID TAHUN 5 DAN 6 8 PROGRAM KEPIMPINAN JOB TRAINING 1&2 22 JULAI 2023 & 13 JANUARI 2024 SEMUA PEMIMPIN MUDA SKBBS 9 KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA SENTUL 2023 SEPANJANG TAHUN SEMUA WAKIL SKBBS TERLIBAT 10 PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2023-SK SENTUL 1, SK SENTUL 2, SK CONVEN SENTUL 1, SK SERI NILAM, SK TAMAN KOPERASI POLIS, SK BANDAR BARU SENTUL 11 JULAI 2023 SEMUA PEMIMPIN MUDA TERPILIH DI 6 SEKOLAH KEJIRANAN SENTUL 11 PROGRAM MENTOR MENTEE GP (8 PERTEMUAN) ISNIN MINGGU KEEMPAT SETIAP BULAN SEMUA MURID 12 PELANCARAN DUTA SAHSIAH PERINGKAT DAERAH SENTUL - ANUGERAH DUTA SAHSIAH SKBBS 2023 6 November 2023 10 MURID PENCALONAN TERBAIK ANUGERAH SSDM 13 HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH -ANUGERAH CAKNA BUDI, ANUGERAH KEHADIRAN PENUH & ANUGERAH AMALAN TERBAIK SSDM 7 DISEMBER 2023 SEMUA MURID 14 KELAB KERJAYA-AKTIVITI KOKURIKULUM SEPANJANG TAHUN SEMUA AHLI KELAB KERJAYA 15 PROGRAM LAWATAN KEMBARA ILMU MERENTAS KUALA LUMPUR 2023 14 DISEMBER 2023 80 ORANG MURID ASNAF SKBBS 16 PROGRAM LAWATAN KERJAYA ENGLISH MANIA DI KIDZANIA KUALA LUMPUR 3 JANUARI 2023 80 ORANG AHLI KELAB KERJAYA, MURID P. MORAL & BAHASA INGGERIS 17 PROGRAM MINGGU PPDA 24-28 JULAI 2023 SEMUA MURID 18 SLOT BERSAMA UNIT BNK- CERAMAH KERJAYA, CERAMAH ANTI BULI, CERAMAH AWAL REMAJA & AKIL BALIGH, MOTIVASI ANAK BAIK LAGI CERDIK 19 PENYERAHAN SUMBANGAN GEROBOK REZEKI SEPANJANG TAHUN MENGIKUT KEPERLUAN SEMUA MURID YANG MEMERLUKAN 20 BANTUAN BUKU TULIS SEKOLAH (SUMBANGAN PUSAT ZAKAT) 23 MAC 2023 MURID YANG TERPILIH 21 PENYERAHAN BEG SEKOLAH (SUMBANGAN PIHAK MCDONALD) 24 MAC 2023 MURID YANG TERPILIH Hal Ehwal Murid


BIL PERKARA TARIKH SASARAN 1 PERTANDINGAN KHAT SEKOLAH-SEKOLAH PER. NEGERI 13 Jun 2024 2 KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD SENTUL 2024 11 & 12 JUN 2024 3 PROGRAM PEMANTAPAN SOLAT & KLINIK FATIHAH WPKL 12 Jun 3 ORANG 4 KEJOHANAN CATUR MSSD SENTUL 2024 6,7,10,11,12 JUN 2024 5 KEJOHANAN HOKI MSSWPKL TAHUN 2024 4,5,6,7 JUN 2024 6 ORANG TEMPAT KEEMPAT 6 KEJOHANAN HOKI MSSD SENTUL TAHUN 2024 3,7,9,10 MEI 2024 TEMPAT KETIGA PEREMPUAN B12,12 TERPILIH KE MSSWPKL 7 KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SENTUL TAHUN 2024 17,20,21,23,24 MEI 2024 JUARA DAERAH SENTUL 8 FESTIVAL NASYID SEKOLAH SEKOLAH PER. NEGERI 20 MEI 2024 9 KLINIK SUKAN BADMINTON BE THE NEXT CHAMPION 2024 15 MEI 2024 2 ORANG 10 PERLAWANAN PERSAHABATAN 3 PENJURU PRAKEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SENTUL TAHUN 2024 15 MEI 2024 11 PERLAWANAN PERSAHABATAN 4 PENJURU PRAKEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SENTUL TAHUN 2024 14 MEI 2024 12 KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSWPKL TAHUN 2024 7 MEI 2024 13 KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SENTUL TAHUN 2024 24 April 2024 2 ORANG TOP 20 KE MSSWPKL 14 BENGKEL LATIHAN DRON & ROBOTIK MOSTI 2 MEI 2024 2 ORANG 15 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 28 OKTOBER 2023 16 PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM 8 & 9 DISEMBER 2023 17 KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 8 JULAI 2023 SEMUA MURID 18 KEM CEMERLANG JAWI SIRI 1 12 OGOS 2023 MURID PILIHAN 19 KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 24 OKTOBER 2023 SEMUA MURID 20 KEM CEMERLANG JAWI SIRI 2 13 JANUARI 2024 MURID PILIHAN 21 HARI SUKAN NEGARA (JOGATHON) 14 OKTOBER 2023 SEMUA MURID 22 SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN-66 16 OGOS-15 SEPT 2023 SEMUA MURID 23 KARNIVAL BADAN BERUNIFORM 9 DISEMBER 2023 MURID TAHAP 2 24 KARNIVAL KELAB PERSATUAN 31 JANUARI 2024 MURID TAHAP 2 25 KARNIVAL SUKAN PERMAINAN 18-24 JANUARI 2024 MURID TAHAP 2 Kokurikulum


LAPORAN KEWANGAN PIBG Berakhir 31 Disember 2023


Click to View FlipBook Version