The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurinnabila1903, 2022-06-13 07:13:46

KUMPULAN GREAT MATES

KUMPULAN :
GREAT MATES

HUBUNGAN ANTARA PERLEMBAGAAN DAN
WARGANEGARA YANG TERDIRI DARIPADA

PELBAGAI ETNIK ATAU KOMUNITI

PERANAN DAN
KEPENTINGAN

"KONTRAK SOSIAL"

NURIN NABILA BINTI MOHD AMRUN
(17DIB21F2023)

NUR AIN QISTINA BINTI MAT SHAHARIM
(17DIB21F2055)

NUREEN SHAUQINA DAYANEEZ
BINTI DAHARI (17DIB21F2053)

MUHAMMAD HAZIM HAIKAL BIN
MOHAMMED MAZLAN (17DIB21F2031)

PHEUWRBLAUERNMGGBAAANNGEAAGNAATNRADARAAN
DARYIEAPKTNAONGDMIKTAUEPANRETIDTLABIIURAIGAI

PENGENALAN

Perlembagaan merupakan sebuah dokumen
yang mengandungi undang-undang tertinggi
yang menjadi dasar dan panduan dalam
pemerintahan sesebuah negara.

Dalam konteks negara Malaysia, perlembagaan
mengandungi beberapa peruntukan yang
berkaitan dengan corak pemerintahan
negara,kewarganegaraan, agama, bahasa
kebangsaan, kewangan,kehakiman,
kewarganegaraan, hak asasi , pilihanraya dan
sebagainya (SallehAbbas : 2).

KONSEP PERLEMBAGAAN

Definisi perlembagaan: ”Satu dokumen yang mengandungi semua
susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting
untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah
negara”(Hubungan Etnik Di Malaysia, Oxford Fajar). Manakala Salleh
Abbasmen definisikan perlembagaan “suatu suratan atau surat cara
yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan
mustahak bagi menubuhkan sebuah negara yang moden. Undang-
undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi semua undang-
undang, sama ada yang sudah atau yang akan dibuat” (Salleh Abbas :
2).

Perlembagaan terbahagi dua iaitu perlembagaan bertulis dan tidak
bertulis.

Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang dikumpul dan
disusun dalam satu dokumen, contohnya perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan bertulis boleh dipinda bagi memenuhi tuntutan semasa
menerusi proses parlimen (Perkara 159 dan 161E). Manakala
perlembagaan tidak bertulis adalah perlembagaan yang tidak
terkumpul dalam satu dokumen. Ianya merupakan undang-undang
yang diputuskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah
dan pandangan serta pendapat para ilmuan undang-undang (jurist)
yang terkemuka, contohnya perlembagaan negara Brittain. Ini adalah
kerana masyarakat Brittain merasakan kehidupan mereka terjamin oleh
konvensyen perlembagaan mereka dan kebijaksanaan mahkamah
mereka (SallehAbbas : 3)

KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di
Malaysia, yang menjadi punca kepada semua undang-undang samada
yang sudah digubal mahu pun yang bakal digubal.Semua undang
mestilah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sekiranya wujud percanggahan maka ianya akan terbatal dengan
sendirinya.

Badan eksekutif, legislatif dan kehakiman, malah YDPA juga
memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Dengan lain perkataan,
kesemua badan tersebut tertakluk kepada undang-
undang.•Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183
Perkara dan 13 Jadual. Secara ringkasnya ia menyentuh bidang
kuasaeksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama
Islam,kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu,Bumiputera
Sabah dan Sarawak dll.

Perlembagaan berperanan untuk menubuhkan negara,menentukan
bentuk pemerintahan, menentukan had-had kuasa pemerintah,
menjaga dan mendokong hak asasi serta membahagikan kuasa antara
eksekutif, legislatif dan kehakiman serta antara kerajaan pusat dan
kerajaan negeri di samping sebagai tempat rujukan tertinggi bagi
mahkamah.

Tiap-tiap negeri di Malaysia juga ada perlembagaan atau Undang-
undang Tubuh masing-masing yang menentukan corak pemerintahan
negeri berkenaan.

TUJUAN PERLEMBAGAAN

1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.

Kemasukan hak istimewa Orang Melayu, agamaIslam (perkara 3 (1)
dan bahasa Melayu (perkara152) adalah untuk berlaku adil kepada
penduduk peribumi negara ini.

2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa

Terdapat beberapa peruntukan khas kepada YDPA dan
raja-raja Melayu. Walaupun mereka mempunyai
bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka
tertakluk kepada (Bahagian 4, Bab 3,Perkara 40).
Maka dengan ini dapat mengelak penyalahgunaan kuasa.

3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat

Perlembagaan bukan sahaja peruntukkan kuasa kepada
pemerintah, tetapi juga kepada rakyat (Bahagian 2,Perkara 5-13).
Ini dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh pihak tertentu.

4. Menjamin keamanan dan kestabilan negara

Melalui sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengasasi
pergerakan setiap warganegara (Bahagian 2,Perkara 10).

S EJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

British kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan september 1945
dan menubuhkan British Militery Administration (BMA), iaitu
selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Usaha untuk mewujudkan perlembagaan bagi Tanah Melayu bermula
apabila British merancang untuk menggabung semua negeri di Tanah
Melayu di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Malayan
Union.

Penubuhan Malayan Union pada dasarnya adalah untuk menjaga
kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.

Walau pun ianya ditentang hebat oleh orang Melayu, namun gagasan
tersebut tetap diteruskan di mana Malayan Union diluluskan oleh
British pada 10 Oktober 1945.

Bagi menjayakan gagasan tersebut, Sir Harold Mac Micheal
ditugaskan untuk mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu.
Malayan Union diistiharkan pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa
Seri Negara) Kuala Lumpur dengan Sir Edward Gent sebagai gabenor
pertama.

FAKTOR MALAYAN UNION DIPERKENALKAN

1. Menyatukan negeri-negeri dan mempertingkatkan
kecekapan pengurusan dan pentadbiran kerana negeri
melayu bersekutu dan tidak bersekutu pada masa itu
memerlukan perbelanjaan yang besar. Sebelum PDII, Tanah
Melayu terbahagi kepada tiga sistem pentadbiran yang
berbeza iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Kepelbagaian sistem ini memakan kos yang tinggi dan ini
menyebabkan pembangunan ekonomi tidak
berseimbangan antara satu negeri dengan negeri yang
lain.

2. British menyimpan dendam terhadap Orang Melayu yang
telah dikatakan telah memberi sokongan kepada Jepun
dalam PDII. Dengan pembentukan Malayan Union, British
berharap orang Melayu akan menumpukan taat setia
kepada Malayan Union dan orang bukan Melayu akan
melupakan negara asal mereka. Ia akan menjamin
kepesatan pembangunan ekonomi Malayan Union.

3. Bagi menyediakan Tanah Melayu ke arah pemerintahan
sendiri apabila Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan
satu masa nanti.

1.Malayan Union 2.Singapura kekal
mengandungi sebagai tanah
sembilan buah
Jajahan British dan
negeriMelayu, Pulau ditadbirkan oleh
Pinang dan Melaka seorang Gabenor.

CIRI-CIRI MALAYAN UNION

3.Pentadbiran Malayan 4.Kedaulatan Raja-raja
Union diketuai oleh Melayu dihapuskan

seorang Gabenor British, kecuali dalam adat dan
dan ianya dibantu oleh agama Islam sahaja.

dua buah majlis iaitu
Majlis Eksekutif dan Majlis

Legislatif.

5.Hak kerakyatan sama bagi semua
tanpa mengira etnik menerusi konsep jus
soli . Melalui konsep ini etnik imigran yang layak
mendapat taraf warga negara ialah:

berumur 18 tahun atau lebih dan telah menetap
di Tanah Melayu selama 10 daripada
15 tahun sebelum 15 Februari 1942,
dan

Mereka yang lahir di Tanah Melayu selepas
penubuhan Malayan Union.

PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN
UNION

Sebab penentangan:

1.Pemerintahan negeri Melayu diletakkan di bawah gabenor
British.

2.Penghakisan kuasa raja-raja Melayu. Mereka berkuasa hanya pada
agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Orang Melayu sukar
menerima konsep pemerintahan Malayan Union kerana mereka
menganggap raja-raja Melayu adalah pelindung mereka. Pada mereka
raja-raja Melayu adalah lambang kekusaan orang Melayu, hilangnya
kuasa raja-raja Melayu bermakna lenyapnya kuasa orang Melayu.

3.Cara British mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dengan cara
paksaan dan ugutan. Sebagai contoh Sir Harold MacMichael mengugut
Sultan Badlishah Kedah akan kehilangan kuasa sekiranya baginda
enggan menandatangi persetujuan perjanjian untuk menubuhkan
Malayan Union.

4.Kebanyakan sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding
dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti mana yang terjadi kepada
Sultan Perak.

5.Hak kerakyatan diberikan kepada bukan Melayu. Mereka bimbang
pemberian kerakyatan yang begitu mudah akan mengancam status quo
orang Melayu dan akan membawa kesan politik dan ekonomi orang
Melayu. Kebimbangan mereka ini ada rasionalnya kerana pada tahun 1947
orang Melayu hanya mewakili 47.46%dari jumlah penduduk Tanah Melayu .

Penentangan Orang Penentangan Walau bagaimana pun
Melayu terhadap Malayan terhadap Malayan terdapat juga
Union adalah dalam Union bukan sahaja sebilanngan kecil
pelbagai bentuk datang dari orang orang Melayu dan
antaranya melalui media Melayu tetapi juga parti politik yang
massa (Utusan Melayu, dari bekas pegawai menyokong
Majlis,Saudara, Warta British yang pernah pembentukan
Malaya) dan melalui berkhidmat di Malayan Union.
organisasi (Persatuan Tanah Melayu Kebanyakan mereka
Melayu Singapura, seperti Frank ini terdiri daripada
Persatuan Melayu Swettenham, R.O. golongan Melayu
Selangor, Kesatuan Winstedt, radikal. Antaranya
Melayu Muda GeorgeMaxwell dan Parti Kebangsaan
dansebagainya) Cecil Clementi. Melayu Malaya
Nazaruddin, p.30. Di Alor Mereka telah (PKMM), Angkatan
Star, lebih 50,000 orang menyuarakan Pemuda Insaf dan
Melayu telah pandangan mereka Angkatan Wanita
mengadakan demonstrasi melalui media di Sedar.
pada Januari 1946, di London supaya
Kelantan 10,000orang British menjaga Tentangan beberapa
telah berdemonstrasi kepentingan dan pihak diatas telah
pada 15 Disember 1945 hak istimewa orang menyebabkan British
bilamana MacMichael Melayu. bersetuju untuk
tiba untuk mendapat membubarkan Malayan
tandatangan Sultan Union dan
Kelantan, manakala di menggantikannya
Johor pula lebih 15,000 dengan Persekutuan
mengadakan demonstrasi Tanah Melayu.
pada 10 Februari1946. Persekutuan Tanah
Tentangan orang Melayu Melayu telah
terhadap Malayan Union diisytiharkan dengan
telah menyebabkan rasminya pada 1
British mengambil Februari 1948
keputusan untuk
membubarkan Malayan
Union.

PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Selepas pembubaran Malayan Union, British telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja bagi
merangka perlembagaan baru bagi menggantikan perlembagaan Malayan Union.
Jawatankuasa tersebut terdiri dari 6 orang pegawai British, 4 orang wakil Raja-raja Melayu
dan 2 orang wakil Umno.

Jawatankuasa Kerja tersebut telah membuat beberapa cadangan,antaranya:

i. Mengekalkan kuasa dan daulat raja-raja Melayu
ii. Mengetatkan syarat pemberian taraf kewarganegaraan kepada orang bukan

Melayu
iii. Mengekalkan hak istimewa orang Melayu

Walau bagaimana pun beberapa pihak telah menolak cadangan yangdikemukakan oleh
Jawatankuasa Kerja tersebut, antaranya:

~ All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock
menyarankan beberapa perkara:

i. Penyatuan negeri termasuk Singapura
ii. Pemerintahan oleh sebuah badan legislatif pusat danahlinya dipilih oleh rakyat
iii.Taraf kewarganegaraan yang sama untuk semua

» PUTERA yang dianggotai oleh Angkatan Pemuda Insaf (API),Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) dan AngkatanWanita Sedar (AWAS), mahukan:

– Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
– Hubungan luar dan pertahanan adalah di bawah tanggungjawab bersama antara
kerajaan

Malaya dan British
– Perkataan “Melayu” digunakan untuk kerakyatan Malaya
– Warna pada bendera mestilah menggunakan warna kebangsaan Melayu

1 Februari 1948 British isytiharkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Ciri-cirinya:

; Persekutuan Tanah Melayu terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri
Selat. Singapura kekal sebagai sebuah tanah jajahan British.

; Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh
Majlis Mesyuarat Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerja.

; Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British.

; Orang Melayu diberi hak istimewa

Syarat kewarganegaraan diperketatkan. i.e orang yang layak memohon mestilah lahir di
Tanah Melayu dan bermestautin selama 8 daripada 12 tahun sebelum permohonannya dan
mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu atau Inggeris dengan baik.

HUBUNGAN ETNIK SEBELUM MERDEKA

Perpaduan dan hubungan antara etnik merupan satu permasalahan besar.
Ini adalah disebabkan penduduk negara ini bukan sahaja terdiri dari
berbilang etnik abahkan juga berbilang budaya, adat agama dan bahasa.
Masing-masing ingin menjadikan bahasa ibunda, agama, adat budaya
masing-masing sebagai teras dalam pembentukan negara.

British cuba menyelesaikan permasalah ini dengan menubuhkan
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada tahun 1949
(ComunitiesLiason Committee-CLC) sebagai medan perbincangan dan
pemyelesaian apa jua masalah perkauman. Ini termasuklah masalah
kewarganegaraan, politik, ekonomi, pendidikan,ekonomi dansebagainya.
Oleh itu penubuhan jawatankuasa ini dianggap amat bermakna dan dan
bertindak sebagai forum dalam menyemai semangat tolak ansur antara
etnik demi kemajuan dan keamanan negara.

Semangat tolak ansur antara etnik tersebut dapat dilihat menerusi
kerjasama antara etnik dalam pilihanraya perbandaran dan pilihan raya
umum. Pakatan UMNO dan MCA dalam pilihanraya perbandaran Kuala
Lumpur pada tahun 1952 telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang
dipertandingkan. Manakala pilihanraya umum 1955 menyaksikan Perikatan
menang 51 daripada 52 kerusi.

Memorandum Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London padaFebruari 1956
untuk berunding mengenai kemerdekaan Malaya.Rombongan tersebut diwakili oleh 4
orang wakil raja-raja Melayu iaitu Datuk Panglima Garang, Dato’ Ahmad Kamil, Abdul
Aziz Majid dan Dato’Mohd Sheth; manakala wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku
Abdul Rahman, Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Husseindan Kolonel H.S.
Lee dan wakil British Malaya.

Hasilnya satu perjanjian telah ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang dinamakan
Perjanjian London. Aantara isi kandungan Perjanjian London ialah:

- British akan memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

- Sistem pemerintahan Tanah Melayu adalah demokrasi dan Tanah Melayu adalah
anggota Komanwel.

- British berhak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.

- Sebuah Suruhanjaya bebas bagi merangka perlembagaan Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu susulan daripada Perjanjian London, British
memerintahkan supaya dirangka satu perlembagaan baru bagi Persekutuan Malaya
yang merdeka.Sebuah Suruhanjaya telah ditubuhkan dan diketuai oleh Lord
Reid.Manakala ahlinya terdiri daripada Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell(Australia),
B.Malik (India) dan hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya tersebut dinamakan
sebagai Suruhanjaya Reid mengambil sempena nama ketuanya iaitu Lord Reid.

Mesyuarat demi mesyuarat telah di adakan oleh Suruhanjaya tersebut dari bulan Jun
hingga Oktober 1956 da telah mengadakan telah menerima sebanyak 131
memorandum bertulis daripada parti politik dan juga orang ramai. Ini menunjukkan
ianya telah mendapat persetujuan ramai baik Melayu dan bukan Melayu. Cadangan
perlembagaan Suruhanjaya Reid telah diterima oleh Majlis Kerja Persekutuan (Faderal
Legislative Council) pada 15 Ogos 1957 dan mula dikuatkuasakan pada 27 Ogos
1957.

Berasaskan kepada beberapa perkara seperti kedudukan Yang Di PertuanAgong
sebagai ketua negara, orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal negara ini dan
diberi hak istimewa, bahasa Melayu dan agama Islam diiktiraf sebagai bahasa dan
agama rasmi negara, pemberian kewarganegaraan kepada bukan Melayu yang lahir di
Malaya selepas merdeka; maka dianggap Perlembagaan Malaya bolehlah dikatakan
satu perlembagaan berasaskan sistem monarki dan sistem demokrasi.

Orang Melayu dan bukan Melayu telah bersetuju mengenai beberapa perkara penting
seperti hak kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam,
kedudukan bahasa Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu. Inilah yang dikatakan
kontrak sosial.

Prof Ahmad Ibrahim: Perlembagaan Malaysia digubal atas persetujuan ramai. Oleh itu
ia bukan sahaja dokumen perundangan tetapi juga merupakan kontrak sosial antara
etnik di Malaysia.

Unsur-Unsur Tradisi Perlembagaan dan Kontrak Sosial.

1.Bahasa Melayu.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telahdimaktubkan dalam Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan. Iamestilah dugunakan untuk maksud-maksud rasmi
seperti dalamMajlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu, Majlis Mesyuarat KerjaKerajaan Negeri
dsb. Walau bagaimana pun Perkara 152 (1)menyatakan penggunaan bahasa lain dalam
pertuturan,pengajaran dan pembelajaran adalah tidak dilarang.

Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan status BahasaMelayu sebagai bahasa
kebangsan juga tidak boleh dipersoalkan.Sekiranya wujud pihak tertentu menggunakan
isu bahasa i.euntuk meraih undi, maka ia boleh dituduh melakukan kesalahandi bawah
Akta Hasutan 1984, sebagaimana yang diperuntukkanoleh Ordinan (kuasa-kuasa perlu)
Darurat Nombor 45, 1970.

Kesan dari jaminan Perlembagaan Persekutuan dan dari usahauntuk memertabatkan
Bahasa Melayu telah melahirkan DasarPelajaran kebangsaan dan juga penubuhan
Universiti KebangsaanMalaysia pada tahun 1970.

2.Agama Islam

Dimaktubkan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan diman a “Islam merupakan
agama bagi Persekutuan”, iaitu agama rasmi negara. Walau bagaimana pun Perlembagaan
tetap memberi kebebasan terhadap agama lain iaitu “agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan (Perlembagaan Persekutuan 1995;
Perkara 3(1).

Jaminan kebebasan beragama ini dinyatakan dalam Perlembagaan (Perkara 11) :

1. Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, dan
tertakluk kepada fasal (4),mengembangkan agamanya.

2. Tiada siapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai
itu adalah diperuntukkan khassamada kesemuanya atau sebahagiannya bagi
maksud-maksud suatu agama yang lain daripada agamanyasendiri.

3.Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak:

1.Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

2.Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau
khairat;

3.Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya
mengikut undang-undang(Perlembagaan Persekutuan 1995

Namun (Perkara 11) juga menyatakan limitasinya iaitu:

- Ia perlulah memelihara ketenteraman dan keharmonianmasyarakat awam, kesihatan
awam dan akhlak atau tingkah laku.

- Seseorang tidak boleh dipaksa membayar apa-apa cukai atau bayaran untuk tujuan
bukan agamanya.

- Hak seseorang untuk mengembangkan agama bolehdisekat oleh undang-undang
negeri, atau undang-undangPersekutuan dalam kes wilayah Persekutuan,
jika penyebaran agama itu dibuat di kalangan mereka yangsudah menganut agama
Islam.

Disamping menjelaskan status agama Islam sebagai agamaPersekutuan, Perlembagaan juga
menyatakan bahawa mazhabyang diiktiraf iaitu mazhab Shafei dari Ahli Sunnah Waljamaah

Natijah daripada pengiktirafan Islam sebagai agama persekutuan,maka kerajaan pusat dan
juga kerajaan negeri mempunyai kuasadan kebebasan untuk menubuh, menyelenggara
institusi-insitusi Islam serta mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan perkembangan Islam
(Perkara 12).

Dalam konteks ketua agama Islam, maka perlembagaan menyatakan Sultan adalah ketua
agama di negerinya masing-masing. YDPA adalah ketua agama bagi Wilayah
Persekutuan,Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.3.Hak istimewa Orang Melayu

- Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuanmentakrifkan Orang Melayu sebagai:

»Beragama Islam

»Bertutur bahasa Melayu

»Mengamalkan adat istiadat Melayu

Perkara berkaitan dengan Hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
ialah:

i.Perkhidmatan awam

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tanggungjawab YDPA atas
nasihat Jemaah Menteri merizabkan untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak
suatu kadar bilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam
memandangkan sebelum ini amat kurang golongan tersebut memegang jawatan
perkhidmatan awam.

ii.Ekonomi

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan Hakistimewa Orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam bidang ekonomi.

Jika sesuatu permit atau lesen yang dikehendaki bagi menjalankan perniagaan atau
perdagangan, YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang
bertanggungjawab bagi mengeluarkan permit atau lesen tersebut. Ini bagi menolong
golongan tersebut melibatkan diri dalam perniagaan memandangkan tidak ramai dari
kalangan mereka yang terlibat dalam sektor tersebut semasa penjajahan.

iii.Pendidikan

Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA bertanggungjawab
menentukan perizaban kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
seumpama biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran yang
diadakan oleh kerajaan persekutuan.

Namun YDPA tidak boleh memberhentikan apa-apa biasiswa, bantuan kepada kaum-kaum
lain.

iv.Tanah Rizab Melayu (Perkara 89 dan 90).

Tanah yang dirizabkan untuk orang Melayu dan tidak bolehditukar milik dan
diselenggarakan kepada bukan Melayu.

Menurut Mohd Salleh Abbas, ianya dijelaskan dalam “Perkara 86 dan 90 berhubung
dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang
perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada berkenaan perkara
melindungi tanah rizab orang Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan
Melayu.

Walau bagaimana pun menurut beliau lagi, “pada amalannya banyak tanah rizab
Melayu telah dipindahkan ke tangan orang bukan Melayu”.

v. Pemerintahan Beraja

Institusi Raja terus dikekalkan mana sistem pemerintahan Malaysia dikenali sebagai
pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Rasional Perkara 153

1.Pengorbanan orang Melayu dalam masalah kewarganegaraan.

Semasa proses penggubalan Perlembagaan dilakukan semangat toleransi di
antara orang melayu dan bukan Melayu ini dapat dilihat di mana orang Melayu
sanggup berkorban dengan memberi kerakyatan kepada bukan Melayu. Orang
Melayu menerima prinsip jus soli iaitu pengecualian mengetahui bahasa Melayu
kepada bukan Melayu. Ini membawa kepada pemberian kerakyatan kepada
800,000 kepada orang Cina.

2.Perkhidmatan awam.

Semasa pemerintahan British, jawatn tinggi dipegang olehBritish dan jawatan
bawahan pula dipegang oleh orang India dan Sri Lanka yang boleh bertutur
bahasa Inggeris.Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung
hanyalah sebagai petani sahaja.

1.Ekonomi.

Peruntukan ini adalah untuk menolong orang Melayu melibatkan diri dalam
dunia perniagaan memandangkan amat sedikit orang Melayu terlibat dalam
bidang tersebut sebelum merdeka.

Kerajaan juga ingin menghapuskan dominasi dan pengenalan satu-satu etnik
mengikut pekerjaan. Oleh itukerajaan lancarkan DEB.
2.Pendidikan

Keistimewaan dalam bidang pendidikan ini adalah untuk mengelak orang Melayu
ketinggalan dalam bidang ekonomi. Ini adalah kerana maju mundurnya ekonomi
orang Melayu adalah bergantung kepada pendidikan yang mereka terima.

ISLAM DAN PERLEMBAGAAN

Konsep negara berperlembagaan diperkenalkan oleh Rasulullah
melaluipenggubalan Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah). S.
Madinahmengandungi 47 fasal.
Ianya merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.

Prinsip-prinsip penting Sahifah Madinah dapat diringkaskan:

Penggantian ikatan kesukuan atau keetnikan digantikan dengan ikatan keislaman.

– Fasal ke2 menyatakan ” Sesungguhnya umat Islam di Yathrib dan Quraisy
adalah satu umat.”. Kesatuan umat Yathrib tidak berdasarkan asal usul dan
suku kaum, tetapi beradasarkan ikatan agama.Fasal ke 25 kemudiannya pula
menyebut bahawa orang-orang Yahudi dari Bani Auf adalah segolongan
dengan orang-orang mukmin.” Ini bermakna Yahudi juga dikira sebahagian
dari umat Madinah.

Pengiktirafan semua etnik terhadap Rasulullah sebagai ketua negara Madinah
.

–Fasal ke23 menyebut ”Sekiranya berlaku perselisihan faham antara kabilah
atau etnik dalam satu-satu perkara, maka ianya hendaklah diselesaikan
mengikut agama Islam dan dirujukkan kepada Rasulullah”. Ini akan memberi
keadilan kepada semua kabilah atau etnik tanpa mengira asal usul mereka.

Penekanan kepada prinsip persamaan dan keadilan kepada semua orang tanpa
diskriminasi.

–Fasal ke 15 dengan jelas menyatakan bahawa orang-orang yang beriman,
orang-orang yang lemah akan diberi perlindungan supaya menjadi kuat.
Perlindungan ini tanpa mengira kabilah atau puak.

–Fasal ke 16 ”Orang-orang Yahudi yang mengikuti langkah kami,akan
memperoleh pertolongan dan hak yang sama. Mereka tidakakan dianayai
dan dimusuhi.

Kebebasan di dalam mengamalkan adat tradisi masing-masing.

– Setiap etnik dibenar meneruskan adat tradisi yang mereka warisi dari
nenek moyang meraka. Ini dinyatakan dalam Fasal ke3 ”Kaum Mahajirin
bebas melaksanakan kebiasaan mereka. Mereka menerima atau
membayar tebusan darah antara mereka sendiri dengan cara yang baik
dan adil”.

–Begitu juga fasal ke 4 ”Suku Bani Auf bebas melaksanakan kebiasaan
mereka, akan menerima dan membayar tebusan darah serta menebus
tawanan mereka sendiri dengan cara yang baik dan adil, di antara orang-
orang yang beriman

Memerangi kemungkaran adalah tanggungjawab semua kabilah atau etnik.

– Fasal ke13 menyatakan : Orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah
harus melawan orang-orang yang melakukan kejahatan, dosa, rasuah,
meskipun yang melakukan itu adalah anak atau kabilahnya sendiri.

Dilarang bantu membantu dalam kejahatan.

–Fasal ke 14 Orang-orang beriman tidak boleh membunuh sesama orang
beriman untuk kepentingan orang kafir. Orang-orang beriman juga tidak
boleh membantu orang kafir memusuhi orang beriman.

KESIMPULAN

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas,
perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang penting
dalam sesebuah negara. Ia merupakan dasar yang
menyatakan hala tuju dalam pemerintahan sesebuah
negara. Dalam konteks Malaysia, proses penggubalannya
memakan masa yang panjang dan mengambil kira pelbagai
faktor seperti kedudukan orang Melayu, kerakyatan etnik
imigran, kedudukan sistem beraja, agama, bahasa dan
sebagainya.

Pengorbanan orang Melayu dan penerimaan etnik
imigran terhadap perkara-perkara yang terkandung dalam
perlembagaan telah membawa kepada keamanan negara,
perpaduan yang jitu di kalangan rakyat.Kesejahteraan dan
keharmonian hidup ini membolehkan kerajaan
menumpukan usaha untuk membangunkan negara ke arah
menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

PERANAN DAN
KEPENTINGAN
KONTRAK SOSIAL

PENDAHULUAN KONTRAK SOSIAL

Kontrak sosial merupakan istilah yang digunakan dalam bidang falsafah, sains politik dan
sosiologi bagi menjelaskan wujudnya persetujuan bersama secara sukarela di kalangan
rakyat sesebuah negara berkaitan hak dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat. Dalam
konteks Malaysia, kontrak sosial merujuk kepada perjanjian yang dibuat oleh para
pengasas kemerdekaan negara dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957.




Ini adalah mengenai perlembagaan Malaysia sebagai suatu ‘Kontrak Sosial’ yang
menstrukturkan sistem sosial Malaysia di negara yang bersifat majmuk, dimana Kontrak

Sosial merupakan satu persemuafakatan dan perkongsian murni antara kaum di Malaysia.
Penggubalan Perlembagaan merupakan satu proses rundingan kontrak sosial di mana

umat Melayu bersedia melepaskan sebahagian dari hak-hak mereka manakala kaum-kaum
bukan Melayu berjanji menerima syarat-syarat agar disahkan menjadi rakyat Persekutuan

Tanah Melayu. Hak keistimewaan Melayu, Kedudukan Raja-Raja Melayu, Agama Islam
sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta taraf kerakyatan
melalui Prinsip ‘Jus Soli’ merupakan sebahagian daripada kandungan dalam kontrak sosial
yang telah dipersetujui. Malangnya kontrak sosial ini kini semakin dilupakan oleh kaum-
kaum bukan Melayu dan segelintir umat Melayu. Akibatnya, secara beransur-ansur, sedikit
demi sedikit kedudukan umat Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan

sebagainya dikompromikan.

SEJARAH KONTRAK SOSIAL

Kontrak Sosial telah lama mekar di dalam masyarakat. Tiga orang ahli falsafah
yang banyak menghidupkan dan mewarnai teori Kontrak Sosial dalam sains politik
moden Barat, ketika zaman pencerahan dan Revolusi Industri adalah Thomas Hobbes
[Leviathan, 1651M], dikuti oleh John Locke [TwoTreaties of Goverment, 1690M] dan Jean

Jacques Rousseau [Du Contrat Social 1762M]. Karya Rousseau, Du Contrat
Social, dikatakan amat berpengaruh dalam mencetuskan Revolusi Perancis 1789.



Dalam konteks Islam, Kontrak Sosial dikenali sebagai Piagam Umat. Begitulah para
sahabat yang mulia telah melepaskan segala ikatan yang ada pada mereka hanya semata-
mata untuk mengikat diri mereka dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
Mereka meninggalkan ikatan sejarah mereka dan mengikat diri dengan ikatan Islam.
Setelah Rasulullah S.A.W hijrah ke Madinah, maka baginda terus menggubal piagam

yang dinamakan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) sebagai asas kepada
pembentukan sebuah negara baru, yakni Daulah Islamiyyah. Sahifah yang menjadi
dokumen asas negara ini digubal berdasarkan wahyu semata-mata. Antara kandungan
yang jelas adalah unsur pembentukan Negara, hubungan antara orang Islam dan kafir
serta hubungan luar negara. Yang paling penting sekali adalah jika wujud sebarang

persengketaan, hendaklah ia dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. Merujuk kepada
hubungan antara kaum. Hak setiap kaum masih dipelihara sebagai usaha mewujudkan

Negara Madinah yang harmoni.

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

Kontrak sosial memainkan peranan penting di dalam menjaga dan mempertahankan
prinsip ketuanan Melayu. Kontrak ini sebenarnya telah dipersetujui dahulu dan ia adalah

perjanjian antara orang Melayu dengan orang bukan melayu di dalam kedudukan hak
keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan pemberian hak kewarganegaraan

kepada orang bukan Melayu. Namun penekanan yang lemah tentang perkara ini telah
menyebabkan ramai golongan muda sekarang tidak mengetahui perkara ini. Sepatutnya

golongan bukan Melayu dan Bumiputera harus tahu bahawa kontrak sosial ini masih
digunapakai dan perlu diikuti sehingga bila bila. Namun dewasa ini, perkara ini telah di

ambil mudah dan menyebabkan ramai pihak lupa akan perkara ini maka wujudlah
pelbagai ancaman dan soal hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera

dipertikaikan.



ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kelompok diri atau masing-masing



untuk memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa
menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing

untuk memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun temurun

ISI KANDUNGAN KONTRAK
SOSIAL DI MALAYSIA





1) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara.
2)Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan
3) Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan.
4) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja - Raja Melayu
5) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu

KEISTIMEWAAN KONTRAK
SOSIAL

Tentang hak asasi tetap ada, hak bersekolah bahasa ibunda, berbudaya sendiri,
berbahasa sendiri, beribadat, berpakaian sendiri, berhiburan sendiri dan apa sahaja

seperti makan pakai cara sendiri



Dapat hidup secara aman dan selesa, bebas bergerak ke sana ke mari, tiada pergaduhan
antara kaum, tiada kekacauan di tengah-tengah jalan, boleh merayakan Aidilfitri, Tahun

Baru Cina, Deepavali dan Hari Gawai, boleh pergi ke universiti, boleh melancong ke
India, China, Hong Kong atau Taiwan, boleh menjadi menteri, wakil rakyat, hakim,

askar, dan setiap individu boleh tidak kira Melayu atau Cina dan India

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version