UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK PUTERI WILAYAH
TINGKATAN 6
• Untuk pilihan ini, pelajar boleh memasuki
universiti dengan menggunakan keputusan
STPM. Dengan sistem peperiksaan modular
yang baru, di mana setiap semester akan
diuji, adik-adik sebenarnya sudah mula
melangkah ke alam pembelajaran gaya
universiti.
STAM
• Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh
memasuki universiti melalui keputusan Sijil
Tinggi Agama Malaysia, STAM. Ini adalah
khusus kepada pelajar-pelajar tingkatan 6
aliran agama
MATRIKULASI
• Ini juga salah satu laluan yang popular bagi
pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan
cemerlang dan sederhana cemerlang. Kursus
yang ditawarkan adalah aliran Sains Tulen,
Kejuruteraan, dan Perakaunan. Tempoh masa
program matrikulasi pula adalah selama 1 atau 2
tahun bergantung kepada kursus yang dipohon.
Pelajar akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi di
seluruh Malaysia. Pelajar seterusnya akan
ditempatkan di universiti terpilih mengikut
kursus pilihan dan juga keputusan akhir
matrikulasi.
ASASI
• Program asasi juga sebenarnya adalah sama
seperti program persediaan sebelum ke ijazah,
iaitu program matrikulasi. Bezanya, program
asasi diuruskan oleh pihak universiti sendiri,
seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pelajar
yang mendapat program asasi, kebiasaannya
akan ditempatkan di universiti tersebut selepas
tamat program.
•
PISMP
• Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP
ini juga merupakan pilihan popular kepada
pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang
cemerlang. Para pelajar akan mengikuti program
perguruan selama 4 tahun dengan 1 tahun
persediaan. Ini juga merupakan laluan cepat dan
selamat kepada pelajar lepasan SPM. Pelajar
akan ditempatkan di Institut Perguruan yang
terdapat hampir di semua negeri di Malaysia
mengikut pilihan kursus.
PROGRAM PERSEDIAAN LUAR
NEGARA
• Bagi program persediaan ke luar negara,
program akan ditawarkan kepada pelajar-
pelajar yang mendapat keputusan yang
sangat cemerlang. Kebiasaannya pelajar
tersebut juga akan ditawarkan biasiswa
penuh daripada pihak JPA. Selain daripada
pihak JPA, terdapat juga agensi lain seperti
MARA yang turut menaja pelajar untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara.
DIPLOMA ( IPTA)
• Bagi pelajar yang sudah tidak sabar-sabar
untuk memulakan pengajian di peringkat
yang lebih tinggi, ini adalah pilihan yang
paling sesuai. Banyak kursus yang ditawarkan
oleh IPTA seperti UiTM dan UTM yang
menawarkan kursus diploma kepada pelajar
lepasan SPM.
DIPLOMA ( POLITEKNIK )
• POLITEKNIK juga merupakan pilihan yang tepat
bagi pelajar lepasan SPM yang mahu
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
serta berkecenderungan kepada kursus-kursus
bidang teknikal. Namun, kursus yang ditawarkan
oleh POLITEKNIK sebenarnya lebih banyak lagi
pilihan. Tambahan pula, kini pelajar lepasan
Diploma dari POLITEKNIK juga mempunyai
peluang lebih cerah melanjutkan pelajaran ke
peringkat Ijazah Pertama di mana-mana
POLITEKNIK yang menawarkan kursus
sedemikian.
DIPLOMA (IPTS)
• Bagi pelajar yang mempunyai sumber kewangan
yang lebih, atau mempunyai minat dalam
bidang yang tidak ditawarkan di mana-mana
IPTA, pelajar boleh memohon untuk
melanjutkan pelajaran ke IPTS. Pemilihan IPTS
perlulah dilakukan dengan hati-hati bagi
mengelakkan pembelajaran hanya pada separuh
jalan. Walau bagaimana pun, kini kita ada
banyak pilihan IPTS yang berkualiti serta
terbukti dalam melahirkan graduan yang hebat
dan setaraf dengan lepasan IPTA. Bijak memilih!
DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA
• Kursus Diploma Kemahiran Malaysia pula
ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang
berminat dengan bidang-bidang kemahiran.
Pelajar-pelajar seperti ini boleh memasuki
Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti,
Akademi Binaan Malaysia CIDB dan banyak lagi
institusi lain. Ianya tidak terhad kepada
kemahiran perindustrian sahaja, malah
kemahiran seperti bertukang, pertanian juga
turut ditawarkan.
KERJA ( 5 THN PENGALAMAN)
• Bagi yang ingin bekerja dahulu, pengalaman
bekerja selama 5 tahun juga boleh digunakan
untuk memohon kursus tertentu dalam
mendapatkan Ijazah Pertama. Kementerian
Pengajian Tinggi KPT ada menyediakan ruang
dan laluan khas untuk mereka yang bekerja
dengan pengalaman lebih 5 tahun melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
•