ART JOURNAL
ASSESSMENT 1
(UNIT PLAN 1)
NAMA : WAN NURUL FAIZAH BINTI WAN MOHD
BAHARUDDIN
KELAS : 2 IBNU SINA
SEKOLAH : SMK SERI TUALANG
GURU YANG MENGAJAR : CG LAILY
PENGENALAN
02/03/2021 – Pengenalan Tajuk Cetakan
Pada 02/03/2021 pukul 7.30-8.30 pagi Cikgu Laily menerangkan tajuk seni
cetakan pada kelas kami iaitu 2 IBS/2IBK.
23/03/2021 – Penerangan tentang Assessment 1
Cikgu Laily menerangkan apa yang perlu dibuat dalam penghasilan assessment 1.
Cikgu Laily juga menerangkan secara ringkas maklumat apa yang perlu saya cari.
26/03/2021 – Proses Menyelidik/Mengkaji/Dapatan kajian
Saya telah mencari maklumat tentang seni halus.Saya juga mencari maklumat
tentang seni cetakan.Seni cetakan juga merupakan salah satu topik yang ada dalam
bidang seni halus.Saya juga baru mengetahui bahawa seni cetakan juga berada di
bawah bidang seni halus.
Saya juga mencari beberapa koleksi gambar yang telah ditetapkan dalam
tugasan.Saya menyimpan koleksi gambar tersebut di dalam Microsoft Word,sebelum
perbincangan dengan Cikgu Laily.
Selepas selesai mencari semua maklumat,saya menghantar satu salinan maklumat
dapatan hasil kerja pencarian saya tentang cetakan stensil dan tema tugasan
kepada Cikgu Laily hari ini pada pukul 9.30 malam.
Cikgu Laily telah membalas dan juga telah memaklumkan beberapa kesilapan pada
dapatan hasil kajian saya.Cikgu Laily meminta untuk saya memperbaiki hasil kerja
saya.
30/03/2021 – Penerangan Lengkap Assessment 1
Cikgu Laily menerangkan secara menyeluruh apa yang perlu dibuat.Cikgu Laily juga
ada menunjukkan beberapa contoh dan maklumat sebagai rujukan kami untuk
membuat assessment bagi memudahkan tugas kami.
KAJIAN YANG DICARI
APA ITU SENI HALUS ?
Seni halus itu dapat ditafsirkan sebagai kegiatan melahirkan perasaan dan idea
melalui rekaan seni yang berbentuk lukisan, catan, cetakan dan binaan arca.
Rekaan seni halus biasanya dipamerkan di galeri seni, ruang tamu, dewan dan
pelbagai tempat awam.
TARIKH KAJIAN : 30/03/2021
APA ITU SENI CETAKAN ?
Cetakan adalah karya seni halus yang dihasilkan melalui terapan blok atau plat di
atas permukaan kertas,kain dan sebagainya.Seni ini telah berkembang di Eropah
sejak abad ke-14 lagi.
Terdapat beberapa jenis plat yang digunakan untuk menghasilkan imej cetakan
seperti kayu,logam,getah,lino,playwood dan sebagainya.Untuk menghasilkan imej
diatas permukaan plat,ia boleh dilakukan dengan cara mengguris,mengukir,
memotong,menebuk dengan pelbagai teknik supaya menghasilkan imej yang cantik
dan menarik.
TARIKH KAJIAN : 30/03/2021
JENIS-JENIS CETAKAN ?
(a) Cetakan Timbulan (Relief)
• Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna
pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.
• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
(b) Cetakan Stensil atau Skrin
• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas
pemidang kayu.
• Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
TARIKH KAJIAN : 01/04/2021
(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan
lukisan pensil.
• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(d) Cetakan Benaman (Intaglio)
• Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau
pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat
atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
• Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam
atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
TARIKH KAJIAN : 01/04/2021
(e) Cetakan Gurisan Asid
• Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid
diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.
• Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis
yang menggunakan teknik ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian
daripada karya utama mereka.
• Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu
dengan sejenis bahan yang kalis asid.
• Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.
• Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.
(f) Cetakan Lino
• Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.
• Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas
lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu
TARIKH KAJIAN : 01/04/2021
(g) Cetakan Lithografi
• Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan
pensil.
(h) Cetakan Sutera Saring
• Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil
karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
• Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang.
• Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.
• Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau
warna di atas permukaan kertas.
TARIKH KAJIAN : 01/04/2021
(i) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah
pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak,
letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak
dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau
warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat
perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada
belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak
kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau
warna terkeluar.
(j) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem
leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan
atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan.
Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa.Bahagian yang dipotong ialah
bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau
warna,kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia
dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang
sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan
melekat pada pemidang, sementara kertas biasa.
TARIKH KAJIAN : 02/04/2021
(k) Cetakan Kayu.
• Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak
rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan,
keagamaan,propaganda dan tekstil untuk pakaian.
• Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun
ke-16,cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting
dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.
• Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
• Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.
• Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu
menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino
menggunakan lino kesannya yang licin.
• Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat
menarik.
TARIKH KAJIAN : 02/04/2021
KAJIAN YANG DICARI : 2CETAKAN STENSIL ?
APA ITU CETAKAN STENSIL / SERIGRAFI ?
Cetakan stensil ini perlu menggunakan pemidang kain sutera saring untuk mencetak
imej supaya imej yang dihasilkan lebih tepat dan hasil cetakannya mempunyai rupa
atau bentuk yang lebih kemas.Cetakan ini juga boleh menggunakan potongan kertas
atau plastik yang ditebuk.
KOLEKSI GAMBAR CETAKAN STENSIL
TARIKH KAJIAN : 02/04/202
BUNTING @ BANNER
APA ITU BUNTING @ BANNER
Bunting@Banner atau dipanggil kain rentang adalah salah satu medium pengiklanan
atau hebahan yang baik dan berkesan.
Perkara utama yang perlu ditekankan dalam medium ini ialah design dengan imej
dan warna yang attractive serta tempat yang strategik.Keberkesanan iklan melalui
Bunting@Banner ini sangat bergantung kepada design dan tempat ianya diletakkan.
PERBEZAAN BUNTING@BANNER
Perbezaan antaran BUNTING@BANNER ialah BUNTING diistilahkan sebagai kain
rentang menegak (vertical) manakala BANNER ialah kain rentang yang melintang
(horizontol).
TARIKH KAJIAN : 03/04/2021
KOLEKSI BUNTING
TARIKH KAJIAN : 03/04/2021
KOLEKSI BANNER
TARIKH KAJIAN : 03/04/2021
TEMA KAJIAN : COVID 19
APA ITU COVID 19 ?
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran
pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory
syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related
coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah
Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum
gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.
KOLEKSI GAMBAR COVID 19
TARIKH KAJIAN : 03/04/2021
10 LAKARAN BUNTING @BANNER COVID 19
TARIKH KAJIAN : 17/05/2021
TARIKH KAJIAN : 18/05/2021
TARIKH KAJIAN : 19/05/2021
TARIKH KAJIAN :20/05/2021
TARIKH KAJIAN : 21/05/2021