The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GAPD1032_TASK 2_LEE MAN CHENG_TESL B_2022212310032

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPTESLB0623 Lee Man Cheng, 2023-07-06 03:39:36

Dasar Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum

GAPD1032_TASK 2_LEE MAN CHENG_TESL B_2022212310032

Keywords: Dasar

Dasar Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum PISMP JUN2022 TESL B Lee Man Cheng


01 02 03 ISI KANDUNGAN 05 Kepentingan Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum 04 Dasar-dasar Utama Dasar-dasar Sokongan Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum Pengertian Kegiatan Kokurikulum (1) Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan (2) Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib (3) Penyertaan semua guru adalah wajib (4) Pelaksanaan "kegiatan kokurikulum" (5) Penyertaan "beramai-ramai"


01/ PENGERTIAN KEGIATAN KOKURIKULUM 01/ PENGERTIAN KEGIATAN KOKURIKULUM Kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid untuk menambah ilmu pengetahuan dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. Kegiatan tersebut dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan" [Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956].


Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan [Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan)] Penyertaan dalam sukan dan permainan. 1. 4. Kegiatan lain ditentukan oleh Menteri Pendidikan. 2. Penyertaan dalam kelab dan persatuan. 3. Penyertaan dalam pasukan badan beruniform.


(1) KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN (2) PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB (3) PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB (4) PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM” (5) PENYERTAAN “BERAMAI-RAMAI” 02/ DASAR-DASAR UTAMA


DASAR UTAMA Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN


Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97. (1) Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB. (2) Kegagalan ataupun keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am. DASAR UTAMA 1: Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan


Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am. (1) “Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.” (2) “Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.” DASAR UTAMA 1: Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan


Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29) "Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.” PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB DASAR UTAMA


DASAR UTAMA 2: Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98 Pihak sekolah menyediakan pelbagai peluang dan pilihan kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang diminati oleh mereka. Bagi mencapai objektif ini, Pengetua ataupun Guru Besar bertanggungjawab dan berkuasa untuk menubuhkan kelab dan persatuan di sekolah.


Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986 Pihak sekolah haruslah merekod penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum dan memberi penilaian kepada mereka untuk meningkatkan motivasi. DASAR UTAMA 2: Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib


Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka Murid akan dikenakan tindakan disiplin yang serius jikalau mereka tidak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum tetapi mendaftarkan diri sebagai hadir. Sebagai contoh, ponteng sekolah dan ponteng kelas. DASAR UTAMA 2: Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib


PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB Semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam mesti terlibat dalam mengurus, menyelia dan mengelola aktiviti kokurikulum di sekolah. Semua guru hendaklah diserahkan tugas dan tanggungjawab secara spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah seperti yang ditetapkan dalam kurikulum. DASAR UTAMA


Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985. Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib)(Bab D) "Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah”. Guru yang gagal untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan disiplin dari segi keperluan perkhidmatan, kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam, serta moral dan wibawa keguruan. DASAR UTAMA 3: Penyertaan semua guru adalah wajib


PELAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM” Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” DASAR UTAMA


mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan skema penilaian yang praktikal dan progresif. mengandungi nilai murni, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran baru yang membantu mengimbangi perkembangan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid. Setiap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah: DASAR UTAMA 4: Pelaksanaan "kegiatan kokurikulum"


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000 Kegiatan kokurikulum haruslah bersepadu, merentas disiplin dan tidak bersifat eksklusif. Semua pelajar diberi peluang untuk menyertai. Aktiviti kokurikulum di sekolah haruslah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa paksaan atau diskriminasi. Selain itu, aktiviti ini menumpukan pada peningkatan perpaduan dan integrasi muridmurid. PENYERTAAN “BERAMAI-RAMAI” DASAR UTAMA


Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.(929) 1. "Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerjagerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian." 03/ DASAR-DASAR SOKONGAN 03/ DASAR-DASAR SOKONGAN


2. Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat” "Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat." 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998 Kementerian Pendidikan sangat menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti Pasukan Badan Beruniform yang telah disediakan di sekolah. Selain itu, dasar ini membenarkan guru dan murid-murid menyertai perkhemahan, perbarisan, dan kursus yang dianjurkan oleh agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar. 03/ Dasar-dasar sokongan


4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000 Kementerian Pendidikan membenarkan sekolah mengadakan lawatan pendidikan semasa waktu persekolahan. Kementerian juga menggalakkan ibu bapa untuk melibatkan diri dalam lawatan tersebut. 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000 Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa pihak sekolah harus memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu supaya manusia yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dilahirkan selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara. 03/ Dasar-dasar sokongan


6. Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 "Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik." 03/ Dasar-dasar sokongan


7. Sekolah memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan bakat dan potensi diri dalam bidang kokurikulum yang diminati oleh mereka serta menunjukkan bakat dan kecemerlangan kepada masyarakat untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dan sehingga ke tahap antarabangsa. 03/ Dasar-dasar sokongan


K.H.B. Kerjaya Pengguna Pelancongan & Kebudayaan Bimbingan & Kaunseling Pencegahan Jenayah Komputer Pencinta Alam KKQ Wartawan & Fotografi 04/ JENIS-JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM 04/ JENIS-JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM 1. Kelab dan Persatuan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Pendidikan Islam Sains/Matematik Geografi Sejarah


Olahraga/Merentas Desa Sofball Bola Baling Bola Jaring Bola Tampar Sepak Takraw Ping Pong Permainan Dalaman 3. Sukan dan Permainan KRS BBSM Kadet Polis Pandu Puteri Kadet Bomba Puteri Islam 2. Badan Beruniform Alisetan. (2014, March 26). Jenis-jenis aktiviti kokurikulum di sekolah. Scribd. https://www.scribd.com/doc/214579380/Jenis-jenis-Aktiviti-Kokurikulum-Di-Sekolah 04/ Jenis-jenis aktiviti kokurikulum


1. mengembangkan rohani, jasmani, dan emosi pelajar Kokurikulum dapat meminimumkan stress dan tekanan pelajar. Hal ini dapat mengelakkan gejala kemurungan dalam kalangan pelajar yang mampu menyebabkan pelajar menghilang motivasi dan berhenti belajar. 05/ KEPENTINGAN PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM 05/ KEPENTINGAN PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM 2. Menjalinkan hubungan positif Pelajar mempunyai kesempatan untuk berkenalan dan mengukuh hubungan dengan rakan baru. Pelajar juga diberi peluang untuk menjalinkan hubungan baik dengan pensyarah yang terlibat sebagai pengajar dalam kegiatan kokurikulum. 3. Meningkatkan bakat dan minat pelajar Kegiatan kokurikulum menyediakan peluang kepada para pelajar untuk menyalurkan minat mereka dan mengasah bakat dalam bidang tertentu. Kegiatan kokurikulum focus pada kegiatan praktikal yang berbeza dengan pembelajaran dalam kelas yang lebih berorientasi pada teori. 4. Memupuk disiplin dan kerjasama pelajar Kegiatan kokurikulum mengajar pelajar untuk mengurus masa dengan baik dan sistematik untuk menyiapkan tugasan dalam waktu yang telah ditepatkan. Kegiatan kokurikulum juga mengajar pelajar untuk bekerjasama dalam melaksanakan tugas yang diberikan dan menyelesaikan masalah. Izwan Ramlan. (2022, January 28). 5 Kepentingan kokurikulum pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Getaran. https://www.getaran.my/artikel/refleksi/18395/5-kepentingan-kokurikulum-pada-peringkat-institusi-pengajian-tinggi


sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version