The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Template Buku Program Hari Guru 2023 SKSK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90350035, 2023-05-15 17:47:29

BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 2023

Template Buku Program Hari Guru 2023 SKSK

PERINGKAT SAMBUTAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMBU, BANTING, SELANGOR HARI GURU & PEKERJA 2023 16 MEI 2023 7.30 PAGI KANTIN SEKOLAH ‘Salah Satu Inisiatif ke Arah Pemerkasaan KBAT’ “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”


PENGENALAN OBJEKTIF Bulan Mei merupakan bulan yang sungguh bermakna bagi para guru dan pekerja. Hari Pekerja disambut pada tarikh 1 Mei manakala Hari Guru pula pada 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan para pekerja dan guru di Malaysia dalam mencapai misi dan visi negara. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Sumbangan suci dan murni semua pekerja dan guru sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekalipun. Bagi meraikan dan membalas jasa para pekerja dan guru-guru yang tercinta, Unit Kokurikulum SK Sungai Kelambu turut tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah sesi 2023/2024. 1. Meraikan guru-guru dan pekerja sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. 2. Mengenang dan membalas jasa guru-guru dan pekerja yang mencurahkan bakti kepada murid-murid SK Sungai Kelambu. 3. Memupuk perasaan hormat-menghormati dan kasih sayang antara satu sama lain. 4. Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, pekerja dan murid-murid SK Sungai Kelambu. 5. Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dan pekerja serta murid-murid.


HURAIAN TEMA Slogan “guru insani pemangkin generasi madani” bermaksud bahawa guru merupakan individu yang berperanan sebagai penggerak atau pemangkin dalam pembentukan generasi madani yang berkualiti dan bertanggungjawab. “Guru insani” bermaksud guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan kecekapan dalam bidang akademik, tetapi juga mempunyai sifat-sifat kemanusiaan yang baik seperti kesabaran, empati, dan keprihatinan terhadap murid-murid mereka. Manakala “pemangkin generasi madani” bermaksud guru merupakan agen yang memacu dan membantu membina generasi muda yang bertanggungjawab, berdaya saing dan beretika. Dalam konteks ini, “madani” merujuk kepada sifat-sifat kesusilaan dan keperibadian yang terpuji dalam masyarakat. Jadi, secara keseluruhan, slogan ini menekankan peranan penting guru dalam membentuk dan membangunkan generasi muda yang berkualiti dan bertanggungjawab dengan nilai-nilai kemanusiaan dan madani sebagai landasan utama dalam hidup.


ATURCARA MASA AKTIVITI 7.30 PAGI Murid berkumpul di kantin 7.40 PAGI Perarakan masuk semua guru dan pekerja Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor 8.00 PAGI Kata alu-aluan oleh pengerusi majlis Titipan doa 8.10 PAGI Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Puan Hjh Shamsinar binti Hj Jamaludin - PK Kokurikulum) 8.20 PAGI Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia (Encik Mohd Jamali bin Basirun – PK Pentadbiran) 8.30 PAGI Ucapan wakil murid (Ketua Pengawas) 8.40 PAGI UcapanYDP PIBG 8.50 PAGI Ucapan Guru Besar 9.00 PAGI Ikrar guru Nyanyian Lagu “Standing In The Eyes Of The World” Nyanyian Lagu “Kami Guru Malaysia” Acara memotong kek 9.30 PAGI Persembahan murid 9.45 PAGI REHAT 10.30 PAGI Sukaneka 12.00 TENGAH HARI Penyampaian hadiah 12.50 TENGAH HARI Majlis tamat


JAWATANKUASA JAWATANKUASA NAMA Pengerusi En. Mohd Syaharuddin bin Subangat (Guru Besar) Naib Pengerusi Pn. Hjh Shamsinar binti Hj Jamaludin (PK Kokurikulum) En. Mohd Jamali bin Basirun (PK Pentadbiran) Pn. Nor’sikin binti Bawi (PK Hal Ehwal Murid) Setiausaha Pn. Noraini binti Hassim Bendahari Pn. Siti Azizah binti Muhammad Pengurus Majlis Pn. Noraini binti Hassim Pembaca Doa En. Hairulnuzul bin Nasim / Faheem Zhareef bin Faizarul Nizam Jurufoto & Dokumentasi Pn. Nurulfadillah binti Jais / Pn. Fauzilah binti Roslan Hebahan, Poster PSS & Buku Program Pn. Suziyana binti Buyanin Gimik Persembahan Pn. Hjh Noor Azakiah binti Abd. Aziz / Pn. Maryam binti Ahmad Persembahan Murid & Guru Pn. Asmahani binti Mad Lias / Pn. DayangYusnita binti Mohd Yussof Sukaneka En. Mohd Hishamuddin bin A. Kadir / Pn. Nor Hawa binti Ahmad Ahsan / Pn. Norhaidah binti Abdul Malik Cenderamata & Hadiah Pn. Norhaslinda binti Mahmudsah / Pn. Noraini binti Hassim Kawalan Murid Pn. Hjh Rozitah binti Sabar / Pn. Ramnah binti Shafie / Pn. Che Sakinah binti Che Mamat Persiapan Tempat & Pentas Pn. Siti Azizah binti Muhammad / Pn. Nadiah binti Mohamad Senin / Pn. Siti Rukiah binti Mohamed Hapidin Jamuan Pn. Roziah binti Samsi / AJK PIBG Sistem Siaraya & Multimedia En. Zakaria bin A. Rani Pengacara Majlis En. Zakaria bin A. Rani / Aqilah Nur Yasmin binti Anerullizam


IKRAR GURU KAMI GURU MALAYSIA Bahawasanya Kami Guru-guru Negara Malaysia Dengan Ini Berikrar Mendukung Terus Cita-cita Kami Terhadap Tugas Kami Dan Menyatakan Keyakinan Kami Pada Cita-cita Murni Pekerjaan Kami Kami Akan Berbakti Kepada Masyarakat Dan Negara Kita Kami Sentiasa Menjunjung Perlembagaan Negara Kami Mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada Setiap Masa Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada seri paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan


PENGHARGAAN Warga SK Sungai Kelambu mengucapkan terima kasih kepada PIBG dan semua individu yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan Sambutan Hari Guru dan Pekerja Peringkat Sekolah 2023. Terima kasih cikgu! Guru Oh Guru Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembutsabarnya mengajar tulis-baca Usman Awang 1979


“SALAH SATU INISIATIF KE ARAH PEMERKASAAN KBAT” SukSES CATATAN


Click to View FlipBook Version