Tarikh : 9 Oktober 2021
Masa : 10.00 pagi
Hari : Sabtu
Tempat : Google Meet (lokasi masing-masing)
1.0 TAJUK PROGRAM :
MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT)
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-42
Sekolah Kebangsaan Kampong Padang, Tahun 2021
2.0 PENGENALAN
Pihak sekolah dengan kerjasama erat PIBG sentiasa berbincang bagi mencapai permuafakatan
bersama dalam usaha merangka dan merancang program-program ke arah peningkatan
kecemerlangan akademik, sahsiah dan juga kokurikulum murid. Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG SK Kampong Padang yang diadakan setiap tahun adalah suatu wadah ke arah
menggembleng kerjasama dan melaksanakan tanggungjawab secara bersama dalam
memastikan setiap program yang dirancang oleh pihak sekolah berjaya direalisasikan. Ini
terutamanya dalam memastikan kebajikan dan kecemerlangan murid dapat dijaga dan
ditingkatkan dari setahun ke setahun.
3.0 MATLAMAT
Mendapatkan kerjasama dan sokongan pihak ibu bapa terhadap sekolah dalam melahirkan
murid SK Kampong Padang yang sentiasa bersungguh-sungguh, komited dan konsisten
(istiqamah) dalam segala bidang terutama demi mencapai cita-cita mereka. Kesungguhan,
tumpuan dan penglibatan aktif sama ada dalam PDPC mahupun aktiviti kokurikulum akan
melahirkan murid yang hebat jati dirinya, mantap personalitinya, kuat daya juangnya dan
tinggi cita-citanya untuk menjadi insan yang berjaya pada suatu masa nanti.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Supaya dapat mengeratkan kerjasama dan sokongan dalam kalangan ibu bapa dan
guru secara lebih tersusun dalam program-program akademik, kokurikulum dan
sahsiah murid
4.2 Supaya dapat mencapai kata sepakat dalam kalangan ibu bapa dan guru untuk
menyalurkan sumbangan dana PIBG dan kecemerlangan murid
4.3 Supaya dapat meningkatkan pencapaian akademik murid.
4.4 Supaya dapat menghasilkan modal insan berkualiti yang sentiasa cinta akan ilmu
pengetahuan dan mempunyai daya saing dan juang yang tinggi.
4.5 Supaya dapat menghasilkan Pusat Sumber Sekolah serta Bilik-bilik Khas MP sebagai
gedung Ilmu yang kondusif dan ceria serta dapat memberi manfaat kepada semua
murid.
4.6 Supaya dapat membina sahsiah dan jati diri murid melalui program kokurikulum.
5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT MESYUARAT
Tarikh : 9 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Aplikasi Google meet (lokasi masing-masing)
6.0 KUMPULAN SASARAN PROGRAM
6.1 Ibu Bapa Dan Guru
6.2 Seluruh warga SK Kampong Padang
2
7.0 STRATEGI PELAKSANAAN / PERJALANAN PROGRAM
BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN
Setiausaha PIBG
PELAKSANAAN
AJK MAT
1 Pembentangan kertas kerja MAT kepada Guru 25/08/2021
Besar dan YDP PIBG Bendahari PIBG
2 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MAT kali 16/09/2021 Pentadbir dan
Pertama AJK PIBG
Menyiapkan laporan kewangan berakhir 31 SU PIBG
3 Disember 2020 dan mendapatkan semakan serta 16/9 – 16/9/2021 Guru kelas
pengesahan juruaudit luar yang dilantik AJK MAT
Mesyuarat AJK PIBG membincangkan program SU PIBG dan
Bendahari PIBG
kecemerlangan yang dirancang dan cadangan 25/09/2021
4 Guru Kelas
AJK MAT
bayaran sumbangan PIBG dan Dana AJK MAT
AJK PIBG
Kecemerlangan
AJK MAT
Mengedarkan notis panggilan mesyuarat MAT
5 dan borang usul secara google meet dan surat 09/10/2021
rasmi
6 Tarikh tutup penghantaran borang usul 1/10/2021
Mesyuarat JK Kerja MAT kali ke-2 untuk
7 pelaporan dan penyelarasan MAT serta 5/10/2021
memurnian usul untuk dibentangkan
Mengedarkan Laporan Penyata Kewangan dan
laporan akvitivi dalam bentuk PDF kepada ibu
8 bapa secara maya melalui group telegram kelas 7/10/2021
dan group telegram PIBG untuk diteliti sebelum
MAT
9 Mengedarkan link google meet MAT 7/10/2021
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 dan
Pembentangan Usul termasuk usul tentang 9/10/2021
10 bayaran sumbangan PIBG dan Dana
Kecemerlangan Sekolah
11 Mengadakan post mortem MAT untuk 14/10/2021
penambahbaik pada MAT akan datang
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH
SEUNIT (RM) (RM)
1 Makanan dan minuman 8.00 12 96.00
Cenderamata AJK PIBG dan 12.27 30 368.10
2 464.10
JK MAT
JUMLAH KESELURUHAN
3
9.0 JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
Penasihat : En. Nawawi bin Sarupin – Guru Besar
Pengerusi : En. Zukarnaim bin Mubin – YDP PIBG
Timbalan Pengerusi : En. Mohd Hafiz bin Ibrahim – PK Kokurikulum
Naib Pengerusi I : Pn. Hjh. Norhanisah bt Mohd Salleh – PK Pentadbiran
Naib Pengerusi II : En. Zamri bin Mohamed Nor – PK HEM
Naib Pengerusi PIBG : Pn. Rahimah bt Daud – NYDP PIBG
Setiausaha PIBG
Naib Setiausaha PIBG : Pn. Nurul Asma bt Ibrahim
Bendahari PIBG
Naib Bendahari PIBG : Pn. Noor Atikah bt Shaari
: Pn. Nurul Aida bt Ibrahim
: Pn. Mastura bt Talib
AJK KERJA :-
Jemputan / Surat Siaran : Pn. Nurul Asma bt Ibrahim (K)
Google Form Pn. Noor Atikah bt Shaari
Pn. Nurul Aida bt Ibrahim
Pendaftaran QR Code & : Pn. Noor Atikah bt Shaari (K)
Undian Pn. Nor Najwa Arifah bt Sapri
Pautan Google Meet & : Pn. Wiza bt Sulaiman (K)
En. Shahril bin Kamarudin
Rakaman (Teknikal/Siaraya) En. Azuwan bin Mohamad
Juru Acara Majlis : Cik Mazilawati bt Mohamad (K)
Bacaan Doa : En. Mohd Nazri bin Mat Isa (K)
Persiapan tempat : Tn. Hj. Rosdi bin Deraman (K)
En. Asman bin Suhari
En. Ahmad Alhadi bin Bakar
Banner : Pn. Mardiana bt Zaki (K)
Cenderamata : Pn. Nurul Aida bt Ibrahim (K)
Pencatat Minit
: Pn. Siti Nuraishah Hussin (K)
Pn. Norazah bt Mohamed Saaid
Pn. Siti Shaeirah bt Abdullah Tahir
Pembawa usul : En. Razali bin Mohamed Diah
4
10.0 PERINCIAN TUGAS AJK PELAKSANA MAT
AJK SENARAI / BIDANG TUGAS
Setiausaha PIBG 1) Berbincang, merangka dan menyusun perjalanan MAT
2) Menyediakan kertas kerja MAT
Bendahari PIBG 3) Bekerjasama dengan Penolong Kanan Kurikulum, HEM, dan
Pendaftaran QR Code Kokurikulum untuk mendapatkan laporan perjalanan aktiviti tahun
Pautan Google Meet & lepas yang menggunakan dana PIBG untuk dilaporkan semasa MAT
4) Memastikan program yang diatur berjalan lancar dan sentiasa
Rakaman berbincang dengan pentadbir untuk pemurnian dan penambaikan
Juru Acara Majlis program sesuai dengan norma baru dan mengikut SOP
5) Mengeluarkan notis mesyuarat secara online dan google form borang
Bacaan Doa usul serta kehadiran
Pencatat Minit 6) Menyediakan minit MAT lepas untuk dibentangkan semasa MAT
Persiapan Tempat 7) Menyediakan laporan aktiviti PIBG tahun lepas
8) Membentangkan laporan aktiviti PIBG dan sekolah semasa MAT
Banner 1) Menyediakan laporan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2020
Cenderamata 2) Mendapatkan semakan dan pengesahan juruaudit luar yang dilantik
Pembawa usul 3) Mengedarkan penyata kewangan kepada ibu bapa
4) Membentangkan laporan kewangan semasa MAT berlangsung
Menyediakan QR Code dan mencetak salinan kehadiran. Membuat pautan
dan pengiraan untuk undian sekiranya diperlukan.
Menyediakan pautan Google Meet
Membuat rakaman peristiwa MAT
Menyediakan dan membacakan teks pengacara majlis berpandukan agenda
mesyuarat MAT
Menyediakan dan membacakan teks doa
Mencatat Minit Mesyuarat MAT dan menyerahkan kepada SU PIBG
Menyediakan tempat untuk melaksanakan MAT di sekolah (MaKom)
Menyediakan design dan menempah banner.
Menyedia dan mengendalikan cenderamata.
Membawa usul bagi PIBG wakil guru.
11.0 ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG
09:30 pagi Pendaftaran
10:00 pagi Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar SK Kampong Padang
Ucapan Yang DiPertua PIBG
Ucapan Perasmian Majlis Mesyuarat Agung PIBG oleh
En. Kamal Zaim bin Hj. Mohd Amin
Setiausaha UMNO Indera Mahkota
Ahli Majlis Bandaraya Kuantan
5
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42, SK KAMPONG PADANG
Agenda Mesyuarat :-
▪ Ucapan Pengerusi (YDP PIBG)
▪ Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41
▪ Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 2020/2021
▪ Membentang, Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan
▪ Membahaskan Usul
▪ Hal-hal Lain
▪ Pembubaran Jawatankuasa PIBG Kali Ke-41
▪ Pelantikan Pengerusi Sementara
▪ Pemilihan Jawatankuasa PIBG Kali Ke-42
▪ Ucapan Penangguhan
12.0 PENUTUP
Pihak PIBG dan sekolah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk sama-sama
menjayakan Majlis MAT pada tahun ini. Semoga kesepakatan dan permuafakatan antara PIBG dan sekolah
akan dapat melancarkan lagi program yang telah disusun rapi.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
(NURUL ASMA BT IBRAHIM)
Setiausaha PIBG
SK Kampong Padang, Kuantan
Disemak oleh,
(ENCIK NAWAWI BIN SARUPIN)
Guru Besar
SK Kampong Padang
25200 Kuantan
Diakui dan disahkan oleh ,
(ENCIK ZUKARNAIM BIN MUBIN)
YDP PIBG
SK Kampong Padang
25200 Kuantan
6