The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazrin_nazri, 2021-04-14 23:33:43

TUGASAN 3 PENULISAN E-MAJALAH Travelog

TUGASAN 3 PENULISAN E-MAJALAH Travelog

Edisi Pertama 2021

4 Musim di kota

6 KEUNIKAN Airasia Unlimited

KOREA SELATAN pass RM499

12 RESTORAN HALAL DAN Tips Menabung Untuk
Percutian…
TERBAIK DI SEOUL
Panduan Bercuti Bajet Di
Pakej dan Promosi Ke Korea Selatan
KOREA

Pakej UMMRAH 2021

Senarai Hotel terbaik
Hanya Di agoda

Sidang Redaksi

Penasihat

En. Badrul Hisham Gazali

Ketua Sidang Pengarang

Mohd Hanif Yusoff

Editor

Mohd Nazri Mohd Nasir
Supan A/L Aimi

Sidang Pengarang

Noorsyazwan Mohd
Nurulizati Mohd Nizam Yeo

Dicetak oleh:

Percetakan Maju Jaya (M) Sdn. Bhd
No. 35, Jalan Pipit 1

Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong Jaya
Selangor

1

Tinta Editor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sajak MH 370 Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada En. Badrul Ghazali sebagai
Khabaran penasihat majalah Travelog.com edisi pertama
Rebah Mu Di Dada 2021.
Samudera Ganas Hindi
Melonglai Kami Semua Kita semua telah memasuki tahun 2021 iaitu tahun
Termanggu Diam Diri terakhir dalam semester 9. justeru, pelbagai onak
Tafakur Nazak Rasa dan cabaran yang kita semua telah tempohi
Hilang Mu Diterima sepanjang lima tahun di UUMKL (PJJ). Kenangan
Mengalir Air Mata Musibah manis dan pahit adalah penguat semangat kepada
Dibiarkan Semahunya kita untuk bergraduasi.
Menghujani Bibir Lemah
Dikala Bait-Bait Doa Dibaca Penerbitan e-majalah ini adalah sebagai panduan
Menelan Kepiluan Teramat kepada semua pembaca untuk mendapatkan
Tuhan Ku… maklumat pelancongan dan tempat-ptempat yang
Di Dada Sarat Sedih Ini menarik untuk dilawati.
Aku Reda Ketentuan Mu
Aku Bersujud Kebesaran Mu Edisi pertama ini adalah coretan dari pelancongan
Engkau Maha Mengetahui ke negara Korea Selatan. Pelbagai informasi-
Hiba Hati Kalian Itu Hiba Kami Semua informasi yang menarik untuk dibaca sebelum
Linangan Air Mata Sama Lautan Air Mata merancang ke sana.
Pilu
Mengiringi Suci Doa Di Hati Sekian terima kasih...
Mereka Berpusara Aman Di Sana
Doa Kami Untuk Mu MH370
Moga Allah Cucuri Rahmatnya…

2

3



Seoul (/soʊl/; 서울; Korea: [s⁽ʰ⁾ʌul] (Speaker Icon.svg
dengar)) ialah ibu negara dan metropolis terbesar Korea Se-
latan. Seoul ialah bandar raya ke–16 terbesar di dunia mengi-
kut populasi di mana ia membentuk Kawasan Ibu Negara
Seoul bersama metropolis Incheon dan wilayah Gyeonggi.
Hampir separuh penduduk Korea Selatan tinggal di Kawasan
Ibu Negara Seoul, menjadikannya pusat ekonomi, politik dan
kebudayaan utama di negara ini.
Korea merupakan sebuah masyarakat yang homogen, menutur sebuah bahasa yang dipanggil
Hangungmal/Chosŏnmal dan menggunakan sistem tulisan yang dipanggil hangul. Masyarakat minoriti
Cina wujud di Korea Selatan (lebih kurang 20,000) dan minoriti Cina dan Jepun di Korea Utara

Seoul sudah sekian lama menjadi petempatan manusia sejak pengasasannya sekitar tahun 18 SM oleh
Baekje yang merupakan salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea. Ia kekal sebagai ibu kota negara Ko-
rea di bawah Dinasti Joseon. Terdapat lima Tapak Warisan Dunia UNESCO di Kawasan Ibu Negara
Seoul iaitu Istana Changdeok, Kubu Hwaseong, Kuil Jongmyo, Namhansanseong dan Makam Diraja
Dinasti Joseon. Seoul dikelilingi oleh pergunungan, yang tertinggi ialah Gunung Bukhan. Tempat ke-
lahiran K-pop dan Gelombang Korea, Seoul menerima lebih daripada 10 juta pelancong antarabangsa
pada tahun 2014 menjadikan ia bandar raya ke–9 paling banyak dilawati di dunia.

Kini, Seoul dianggap sebagai sebuah bandar raya global peneraju hasil daripada pertumbuhan ekonomi
yang mengubah bandar raya ini kepada ekonomi metropolitan ke–4 terbesar dengan KDNK sebanyak
AS$845.9 bilion pada tahun 2014 selepas Tokyo, Bandar Raya New York dan Los Angeles. Kawasan
Ibu Negara Seoul merupakan pusat kepada 15 syarikat Fortune Global 500 termasuk Samsung, LG dan
Hyundai-Kia. Pada tahun 2014, KDNK per kapita bandar raya ini sebanyak $39,786 ialah setanding
dengan negara Perancis dan Finland.

Seoul menikmati prasarana yang amat canggih dari segi teknologi. keretapi berkelajuan tinggi KTX dan
Seoul Subway menyediakan kemudahan 4G LTE, WiFi dan DMB di dalam keretapi bawah tanah serta
wifi di setiap stesen. Seoul dihubungkan melalui AREX ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
yang dinilai sebagai lapangan terbang terbaik di dunia selama sembilan tahun berturut-turut (2005–
2013) oleh Majlis Antarabangsa Lapangan Terbang.[4] Menara Lotte World, sebuah pencakar langit 123
tingkat dengan ketinggian 556-meter telah dibina di Seoul.

Seoul menganjurkan Sukan Asia 1986, Sukan Olimpik Musim Panas 1988, Piala Dunia FIFA 2002 dan
Sidang Kemuncak G-20 2010. Bandar raya ini juga dinamakan sebagai Pusat Reka Bentuk Sedunia
2010.

5



Spring atau musim bunga, musim yang wajib bagi
peminat bunga-bunga especially bunga sakura. Time
ni, jalan-jalan rasa blissful sangat. Kiri kanan penuh
bunga cantik-cantik dan colorful. Musim bunga ni
ialah antara bulan Mac hingga Mei. Kalau nak lagi
best, pergi pada pertengahan bulan 4. Time tu me-
mang boleh nampak sakura di mana-mana sahaja.

Suhu musim bunga pula antara 10 – 22°C. Sekitar bulan 4, cuaca di sana nyaman sahaja kerana tidak
terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Untuk pakaian, anda boleh pakai seperti di Malaysia. Elok juga
sediakan sweater sekiranya anda hendak keluar malam.

Sekiranya anda pergi dalam bulan Mac, cuaca masih sejuk,
jadi anda perlu pakai sweater dan kasut bertutup
Yang paling menarik pada musim bunga di Korea adalah
Cherry Blossom Festival, Lotus Lantern Festival, Pesta
Musim Bunga, dan The Jeju Canola Flower Festival di Jeju.
Jadi pada waktu ini adalah sedikit sesak kerana ramai orang
menyambut festival.

Lokasi menarik di Pulau Jeju. Seongsan Sunrise Peak, lokasi ini telah diiktiraf antara 7 keajaiban
dunia dan merupakan tapak warisan pertama di Korea yang di iktiraf UNESCO bersama dengan Man-
janggul Lava Tunnel.
Seongsan Ilchulbong muncul di permukaan lautan selepas letusan gunung berapi lebih 100,000 tahun
dahulu. Terletak di hujung timur Pulau Jejudo, terdapat kawah yang besar di puncak gunung Seong-
san Ilchulbong Peak.

7



Summer atau Musim Panas di Korea berlangsung
dari bulan Juni hingga Agustus dengan suhu
berkisar dari 25-38 ℃. Memasuki akhir Juli hing-
ga akhir Agustus, udara akan terasa sangat panas
dan lembab. Jadi, siapkan pakaian dengan bahan
yang ringan, nyaman, dan dapat menyerap
keringat dengan baik, seperti kaus berbahan
dingin atau berlengan pendek. Lengkapi juga
dengan kacamata hitam dan topi untuk melindungi dari sengatan sinar matahari. Jika Anda pergi anta-
ra akhir bulan Juni hingga pertengahan Juli, sebaiknya siapkan jas hujan atau payung karena bi-
asanya sudah memasuki musim hujan.

Pada musim panas, orang Korea gemar pergi ke
tempat peranginan di tepi pantai. Terutamanya
pasir pantai yang luas dan air yang jernih di be-
berapa daerah termasuk Mangsang, Naksan,
Seokcho, Gyeongpo dan Hwajin. Pantai resort
lain yang terkenal termasuklah Laut Kuning di

mana berbeza tahap air pasang surutnya dan Pulau
Jeju yang terkenal dengan keindahan alam semula-
jadinya. Di wilayah laut selatan juga seperti Gyeong-
podae dan Haeundae penuh dengan orang ramai
yang ingin menikmati pantai musim panas.

9



Purata suhu pada musim luruh ialah 11~19°C dan
perbezaan suhu di waktu siang dan malam sangat
besar. Tapi oleh kerana pada musim ini udaranya
segar dan bersih, sangat sesuai untuk menjalankan
sebarang aktiviti luar. Musim luruh juga ialah musim
menuai. Walaupun sibuk menuai, para petani tetap
gembira. Maka itulah musim ini dipanggil musim ke-
mewahan.
Yang istimewa pada musim luruh ialah langitnya yang terang dan tinggi dan diwarnai dengan warna-
warna dedaunan mapel. Pada pertengahan bulan Ok-
tober adalah waktu kemuncak daun-daun mapel ber-
tukar warna dan orang ramai bersesak-sesak untuk
melihat daun mapel di gunung-gunung yang terkenal
seperti Gunung Seorak, Gunung Jiri, Gunung Odae,
gunung Chiak, gunung Naejang dan sebagainya.
Hasil pertanian adalah yang paling meriah pada musim luruh dan para pelancong akan menikmati per-
cutian yang indah. Pendek kata, musim luruh adalah musim yang terbaik untuk makan angin. Pulau
Nami atau nama tempatannya ‘Namisoem’ merupakan pulau kecil yang berbentuk bulan separa dan
terletak di sebatang sungai. tumpuan pelancong yang datang.
Apa yang menarik minat pelancong untuk ke pulau ter-
sebut adalah pesona pulau itu sendiri yang seperti lukis-
an alam yang mempersonakan. Pulau Nami juga
mempunyai pesona keajaiban yang jelas iaitu suasana
yang mempunyai 4 musim. Setiap musim yang berubah-
ubah bakal memperlihatkan kecantikan Pulau Nami yang
luar biasa mengikut musim tertentu.

11



Winter atau musim sejuk di Korea adalah pada bulan
Disember hingga Februari. Kalau hendak rasa salji di
Korea, boleh lah pergi antara bulan Disember hingga
Februari.
Untuk musim sejuk ni, kami tak bawa anda ke Ever-
land keadaan cuaca yang tidak sesuai dan banyak
permainan tutup. Tapi, kami akan bawa anda bermain ski di Vivaldi Ski Park. Pakej main ski tidak
termasuk dalam harga pakej. Sebabnya, bukan semua orang sesuai untuk main ski. Sebenarnya
ada pelbagai aktiviti menarik sepanjang aturcara perjalanan anda boleh nikmati pada musim salji.

Tumpuan utama adalah percutian di Ski Resort serta
tempat-tempat semulajadi seperti perkampungan
yang memiliki pemandangan indah pada musim ini.
Antara tempat utama yang kami syorkan adalah di
Ski Resort, Lotte World Theme Park, Nami Island
dan juga lawatan di sekitar kawasan tumpuan Seoul.

13



1. Bukchon Hanok Village

Boleh dibilang, wilayah pedesaan Bukchon adalah wilayah yang pal-
ing cantik dan bersejarah di Seoul, ibukota Korea Selatan itu. Di de-
sa ini, Anda masih bisa menyaksikan berderet rumah tradisional Ko-
rea dari berbagai ukuran, khas dengan dindingnya yang runcing.
Jika mau, Anda bisa menikmati perjamuan teh ala Bukchon dengan
cara dituang seperti ratusan silam.

2. Korea Furniture Museum
Museum ini merupakan warisan sejarah arsitektur yang spektaku-
ler di Seoul. Setidaknya 2.000 perabotan tradisional dan sederet
hanok (rumah tradisional Korea) dipajang disini. Karena padatnya
peminat, untuk memasuki museum ini Anda tidak bisa langsung
datang, melainkan harus registrasi terlebih dahulu.

3. Gyenongbok Palace

Gyenongbok adalah salah satu istana penting di Korea dan berlo-
kasi di area jantung kota, Sejongro. Lagi-lagi, karena peminat wist-
awan untuk mengunjungi istana ini tak pernah surut, pemerintah
setempat mengatur waktu kunjungan menjadi 3 kali sehari

4. Itaewon
Area Itaewon sendiri menghuni tak jauh dari pangkalan Angkatan Darat Seoul. Di sini, wisatawan yang
haus akan belanja, bakalan terpenuhi hasratnya karena beragam
pilihan suvenir, perhiasan hingga tembikar ala Korea dijajakan
dengan harga tak terlalu mahal

15

Berita Semasa

Pendaftaran Program Vaksinasi Melalui Aplikasi MySejahtera

27 Feb. 2021 Seramai 1,183,779 individu sudah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Ke-
bangsaan di aplikasi MySejahtera. Jumlah berkenaan terus meningkat berbanding sebanyak
1,065,423 individu. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKAV),
daripada jumlah itu seramai 3,580 individu sudah menerima suntikan vaksin yang merangkumi petugas
barisan hadapan dan beberapa individu lain. Sebelum ini media melaporkan pengguna MySejahtera
kini boleh mula membuat pendaftaran untuk menyertai PICK sejak 23 Februari lalu menerusi aplikasi
itu.

Program imunisasi itu dilaksanakan menerusi tiga fasa, bermula dengan Kumpulan Barisan Hadapan,
disusuli Kumpulan Berisiko Tinggi dan rakyat berusia 18 tahun ke atas. Ia bagi memastikan antara 70
hingga 80 peratus rakyat di negara ini menerima vaksin menjelang Februari 2022, sekali gus memben-
tuk imuniti kelompok bagi mengekang penularan COVID-19.

Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech di Malaysia pada Ahad

menandakan sinar baharu dalam perjuangan negara

menentang Covid-19, memberi harapan agar rakyat kem-

bali bersama dalam usaha untuk mengakhiri pandemik

itu. Menyifatkan ketibaan vaksin berkenaan di Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Ahad

itu sebagai peristiwa bersejarah, Ketua Pengarah

Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia

simbolik kepada segala usaha, keringat, air mata dan pengorbanan dalam menghadapi cabaran pan-

demik itu selama ini. Dr Noor Hisham juga mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan dan

tenaga kerja Kementerian Kesihatan atas dedikasi serta ketekunan mereka dan berdoa agar Yang Ma-

ha Esa memberkati, melindungi, memberi kekuatan dan meringankan beban dalam menghadapi caba-

ran pandemik. Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini:

https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

16

PANDUAN BERCUTI BAJET DI KOREA SELATAN

Pada bulan Mei 2017, saya dengan gembiranya memangkah “Korea Selatan” daripada senarai bucket list saya. Ya,
buat pertama kalinya, saya menjejakkan kaki ke tanah suci K-Pop dan kimchi untuk bercuti di sana selama 11 hari
(10, jika tidak termasuk hari perjalanan saya).
Saya berpeluang melawati tempat-tempat menarik di Seoul, Busan dan Pulau Jeju ber-
sama rakan saya. Seperti yang dilakukan di Jepun, kami berjaya melancong dengan
selesa ke Korea Selatan dengan bajet yang agak ketat. Secara keseluruhannya, kami ber-
belanja kurang daripada RM4,000 (sebenarnya kurang daripada RM3,500 tapi anda
akan tahu mengapa saya kata RM4,000 sebentar lagi) termasuklah pengangkutan dan
tempat penginapan! Ini cara kami melakukannya!
1. Kos Penerbangan
Sebelum kita bermula, anda perlu tahu bahawa semasa saya bercuti di Korea Selatan, ia
merupakan sambungan percutian 10 hari saya di Jepun. Jadi, kos penerbangan saya me-
mang agak murah! Kami terbang ke Busan daripada Osaka, Jepun dengan tiket berharga
RM285, sebelum terbang pulang ke Kuala Lumpur dari Seoul dengan tiket berharga
RM620. Maka, jumlah keseluruhan kos penerbangan kami hanyalah RM905.
Tetapi, untuk perkiraan bajet yang objektif, kami akan menggunakan harga tiket penerbangan dua hala yang bi-
asa. Tip saya ialah menempah tiket sekurang-kurangnya 6-8 minggu sebelum tarikh penerbangan anda dan cuba
dapatkan tarikh penerbangan pada pertengahan minggu (Selasa hingga Khamis) untuk harga yang terbaik.
Anda selalunya boleh mendapatkan tiket pada harga RM1,000 hingga RM1,300 jika anda menempah daripada syari-
kat penerbangan kos rendah. Buat masa sekarang, kita akan meletakkan bajet penerbangan dua hala anda pada
harga RM1,500, kerana anda tahu yang anda perlu membayar harga bagasi tambahan sewaktu pulang nanti!
2.Pengangkutandi KoreaSelatan
Jadi, sesudah anda tiba di Korea Selatan, anda perlu mendapatkan Kad T-Money terlebih dahulu, sama ada di lapan-
gan terbang atau mesin layan diri di stesen-stesen keretapi (subway) dengan harga 2,500KRW (RM9).

Fungsinya sama seperti kad Touch N Go kita. Anda boleh menggunakan
kad ini di mana-mana tempat di Korea Selatan untuk menaiki keretapi,
bas awam, teksi, dan juga membeli barang di kedai serbaneka. Untuk
menjimatkan wang serta memudahkan urusan harian anda, saya benar-
benar mengesyorkan kad ini kerana ia amat berguna.

17

Harga tambang keretapi di Korea Selatan agak rumit dan berbeza di sesebuah kawasan. Sebagai contoh, di Seoul,
tambang asas bagi setiap perjalanan dalam jarak 10km ialah 1,350KRW (RM5). Tetapi, di Busan, tambang asasnya
ialah 1,400KRW (RM5.10) dan 1,600KRW (RM5.80), bergantung pada tempat yang anda mahu pergi.

Bukan sahaja Kad T-Money akan memberikan anda diskaun tambang, malah ia juga akan menjimatkan masa anda
jika anda bercadang untuk bergerak menggunakan pengangkutan awam. Anda juga boleh mengembalikan kad itu
sebelum meninggalkan Korea Selatan dan segala baki duit akan dipulangkan kepada anda!

Saya menambah nilai sebanyak 50,000KRW (RM180) dan menggunakan hampir kesemuanya semasa di sana. Saya
memutuskan untuk menyimpan kad itu sebagai kenangan dan juga untuk percutian saya pada masa hadapan.

3. Pengangkutan ke, dari dan di Pulau Jeju

Kami boleh sahaja menaiki feri dari Busan, tetapi ia akan mengambil masa 12 jam dan tiketnya pula hanya
10,000KRW (RM36) lebih murah daripada harga tiket penerbangan. Tambahan pula, feri itu hanya berlepas pada
hari-hari tertentu, jadi rancangan perjalanan kami pasti akan terganggu. Kami pun terus menempah tiket pen-
erbangan sehala ke Jeju pada harga yang agak berpatutan iaitu RM165. Penerbangan kami ke Seoul tiga hari
kemudiannya pula agak mahal, kira-kira RM270.

Semasa anda berada di Pulau Jeju, pengangkutan awam di sana hanyalah bas awam. Jangan bimbang kerana ke-
banyakan bas di Jeju mempunyai papan tanda dalam bahasa Inggeris dan terdapat juga skrin di hentian bas yang
memaparkan jarak bas anda.

Satu perkara yang anda perlu ingat ialah tiada duit baki yang akan dipu-
langkan untuk tambang bas, jadi sediakan tambang secukupnya, atau-
pun, dapatkan Kad T-Money Transport untuk memudahkan hidup an-
da.

Secara keseluruhannya, ini jumlah kos pengangkutan kami di Korea
Selatan:

Kad T-Money: 2,500KRW (RM9) + Tambah nilai 50,000KRW (RM180). Penerbangan ke Pulau Jeju dari Busan:
RM175. Penerbangan ke Seoul dari Pulau Jeju: RM270. Jumlah keseluruhan: RM624

4. Tempat Penginapan

Kami bermalam selama 4 malam di Seoul (73,000KRW – RM265 setiap
seorang), 3 malam di Busan (56,250KRW – RM205 setiap seorang),
dan 3 malam di Pulau Jeju (RM175). Maka, jumlah kos tempat
penginapan kami ialah RM645 bagi 10 malam = RM64.5/hari.

Sepanjang percutian kami, rumah tetamu yang paling saya gemari
ialah semasa di Pulau Jeju. Walaupun harganya sangat murah, suasana rumah itu amat selesa dan amat mengalu-
alukan tetamu. Kami berpeluang untuk berjumpa dengan ramai pelancong dari luar negara, manakala pekerja di
sana juga sangat ramah. Jika tiada tetamu di kaunter, mereka akan ke ruang tamu untuk berbual-bual dengan
pelancong dan mengesyorkan tempat-tempat yang terbaik untuk makan (kebanyakannya barbeku) dan membeli-
belah.

Terdapat juga sarapan percuma yang disediakan setiap hari. Cuma, anda perlu menyediakannya sendiri! Walau-
pun ia bukanlah bufet yang istimewa, sarapan itu sudah cukup mengenyangkan. Dan, ia dapat menjimatkan wang
kami walaupun beberapa Ringgit sahaja. Jika ada berminat untuk tahu, rumah tetamu ini dipanggil Skywalker
Guesthouse (tiada hadiah untuk sesiapa yang berjaya meneka filem kegemaran pemilik rumah ini!).

RM1,500 (penerbangan dua hala) + RM624 (pengangkutan di Korea Selatan) + RM645 (tempat penginapan)=
RM2,769. Boleh tahan, bukan? Lebih-lebih lagi kerana kita sudah mengira perbelanjaan yang penting.

18

5. Makan-Makan
Satu perkara yang saya perasan sepanjang pengalaman saya bercuti ialah, perbelanjaan makan yang lebih banyak daripada
perkara lain! Memang benar-benar anak jati Malaysia, bukan? Apatah lagi, sebagai peminat makanan Korea (saya
salahkan Running Man), mula-mulanya saya agak risau tentang perbelanjaan saya di sana.
Walaupun rakan-rakan saya di Seoul pasti tidak setuju, sebenarnya anda boleh memastikan perbelanjaan anda pada had
10,000KRW (RM36) sehari, bergantung pada apa yang anda makan. Walau bagaimanapun, untuk artikel ini, kita akan
mengehadkan perbelanjaan pada 18,000KRW (RM64), iaitu 180,000KRW (RM645) sepanjang percutian ini.
Purata harga makanan di Korea Selatan ialah antara 5,000 hingga 7,000KRW (RM18-RM25) jika anda makan di restoran yang
murah, juga dikenali sebagai 식당 (shik dang). Satu tip ialah untuk pergi ke tempat yang selalu dikunjungi pelajar (seperti
Hongdae), atau di luar kawasan komersial seperti Gangnam atau Myeongdong.
Selain itu, harga makanan di pasar tepi jalan dan gerai makanan mobil juga agak berpatutan. Tempat-tempat ini membole-
hkan anda merasai makanan jalanan yang popular seperti tteokbokki (kek beras pedas), eomuk (kek ikan bersama
sup), twigim (aneka makanan bergoreng), kimbap (nasi gulung ala Korea), dan banyak lagi. Anda juga boleh berkunjung ke
kedai serbaneka seperti 7-11 untuk sarapan yang murah.
Ikuti tips-tips ini supaya anda dapat memastikan perbelanjaan makan anda ialah 180,000KRW (RM645) untuk 10 hari.
Dengan bajet yang munasabah ini, rakan saya dan saya juga dapat bermakan malam di tiga barbeku ala Korea (dua di
Hongdae, kawasan tumpuan pelajar) dan satu di Jeju.
Jumlah yang dibelanjakan setakat ini: RM3,415

6. Tempat Tarikan
Anda tidak perlu berbelanja sakan di Korea Selatan untuk melihat tarikan-
tarikannya yang popular. Rakan saya dan saya berjaya membelanjakan hanya
11,000KRW (RM40) untuk tiket kemasukan, tetapi ini bermakna kami perlu
meninggalkan tarikan seperti Lotte World dan Everland Theme Park.
Tentu sekali, jika anda mahu melawati tempat-tempat ikonik ini, anda boleh
melakukannya tanpa berbelanja banyak. Tipnya ialah untuk mencari ejen
tempahan dan organisasi pelancongan yang menawarkan diskaun. Membeli
tiket secara online melalui organisasi pihak ketiga seperti Funtastic Korea
selalunya lebih murah daripada membeli di pintu masuk taman tema.

Sebagai contoh, bayaran tetap untuk pas hari dewasa di Everland ialah 54,000KRW (RM196). Tetapi, jika anda membeli me-
lalui Funtastic Korea, anda akan diberikan diskaun. Cuma, tiket berdiskaun ini selalunya mempunyai tempoh sah yang tetap
(seperti tangkapan skrin di atas, iaitu sah dari April ke Oktober sahaja). Maka, anda hanya perlu merancang dengan bijak dan
ia pasti tidak akan menjadi masalah. Kami tidak melakukan banyak aktiviti di Pulau Jeju dan cuma berpeluang melawati Man-
janggul Caves, Dongmun Traditional Market, Geumneung Euddeum Won Beach, and Gimnyeong Maze Park. Oh ya, kami juga
hampir pengsan mendaki ke puncak Hallasan (gunung tertinggi di Korea)!

19

Ini 5 Tips Menabung Duit Travel Untuk Yang Nak Travel Tapi Takde Duit

Kami percaya semua orang diantara kita mempunyai impian untuk pergi melancong dan mengunjungi tempat-
tempat yang diidamkan. Tak kiralah samaada di dalam negara, luar negara mahupun Mekah sekalipun.
Tapi tak ramai yang bertuah untuk mencapai impian tu kerana mempunyai kekangan wang ringgit yang tidak
mencukupi.
Jadi ini tips mudah dan berguna untuk korang cuba untuk capai impian korang untuk pergi travel. Tapi apapun
sebelum menabung, set dulu target nak kumpul berapa, destinasi percutian dan juga bila nak bercuti

1. Simpan sehari RM5 atau RM10.
Nilai tabungan hendaklah bergantung kepada kemampuan diri. Jangan paksa diri, yang pasti kena konsisten. Se-
bagai contoh, Miss K nak travel ke Korea:

1 HARI RM530 HARI -> RM5 X 30 = RM150
10 BULAN -> RM150 X 10 =RM1500

2. Cari passive income.
Tak kira la buat online business ke, baking atau apa-apa yang boleh generate side income. Jadinya, kita takkan sen-
tuh gaji bulanan. Jangan sebab nak kejar travel, sampai kan tanggungjawab lain terabai
3. Jadi Personal Shopper.
Beberapa bulan sebelum pergi travel, amik order dulu sekali dengan duit deposit 70%. List kan item-item yang di
pesan. Lagi bagus kalau korang setup 1 account instagram, lebih mudah nak cari potential customer. Jangan sekali-
kali terima order tanpa duit deposit melainkan korang memang kenal rapat dengan orang yang order tu. Tak pasal-
pasal nanti jenuh kutip hutang. Hehe..
4. Simpan duit dalam currency USD / Euro / Pound.
Kadang-kadang bila tengok account bank, macam banyak je kan duit. Tup-tup terguna buat shopping. Lebih
selamat kalau kita tukar sikit-sikit ke matawang yang lain.

Baca Juga : Tips Kewangan Seorang Pelajar

20

Kami menghabiskan sebanyak 2,000KRW (RM7) untuk pas kemasukan di Manjanggul Caves dan 3,000KRW (RM11) di
Gimnyeong Maze Park. Tip pro: jika rakan anda tidak mahir akan arah, JANGAN biarkan mereka menavigasi di maze park itu!
Malangnya, ia masa berharga yang saya takkan dapatkan semula.

Okey… Anda mungkin akan bernasib baik seperti saya, tetapi, secara jujurnya, jangan pula anda berkhemah di luar bangunan
syarikat hiburan di sana. Ia tidak elok dan anda berdepan risiko disenarai hitam pada masa hadapan.

Baiklah, bajet kita setakat ini ialah: RM3415+RM40 = RM3455

7. Membeli-belah

Baiklah, perkara ini agak rumit. Andaikan anda mengikuti bajet kami dengan sebaik-baiknya, anda akan mempunyai baki RM500
(137,600KRW) untuk membeli-belah. Jumlah ini lebih daripada mencukupi dan ia bergantung pada apa yang anda beli dan
bagaimana anda membelinya. Mari kita lihat apakah tips untuk berjimat di sana.

Walaupun pusat membeli-belah seperti COEX Atrium di Gangnam
kelihatan amat menarik, ia bukanlah tempat yang sesuai untuk membeli-
belah secara ekonomi. Jika anda ingin membeli cenderahati yang popular
seperti stokin kartun, beg duit dan perhiasan Korea yang unik, pergi ke
pusat membeli belah bawah tanah (underground malls) dan juga pasar
tepi jalan.
Harga di tempat-tempat ini ialah antara 1,000KRW (RM3.50) untuk
sepasang stoking hinggalah 10,000KRW (RM35) untuk barang-barang pre-
mium seperti beg galas dan penyepit makanan chopsticks yang cantik.
Harganya ialah antara 1,000 hingga 30,000KRW (RM3.50-RM110), bergan-
tung pada barangan yang anda cari. Album dan buku gambar selalunya lebih mahal daripada poster, kad gambar
dan magnet/pin. Tetapi, jangan risau. Tidak kira apa yang anda mahu beli, ia lebih murah daripada harga di Malaysia

Akhir sekali, bagi cenderahati tipikal orang Malaysia: snek dan makanan!
Pilihan yang terbaik ialah Lotte Department Stores. Bukan sahaja anda akan
menemui pelbagai snek Korea di sana, malah harganya juga amat berpatu-
tan.
Purata harganya ialah antara 5,000 hingga 10,000KRW (RM18 – RM36) bagi
setiap pek makanan. Tetapi, jika anda ingin tahu pendapat saya, keropok
Honey Butter Chips yang pernah menjadi kegilaan ramai beberapa tahun
lepas itu bukanlah hebat mana pun selepas anda makan sekali.

Jadi, secara keseluruhannya:
Tiket penerbangan: RM1500
Pengangkutan Domestik: RM624 (dengan baki di dalam Kad T-Money)
Tempat penginapan: RM645
Makanan: RM645
Tempat tarikan: RM40
Membeli-belah: RM500
Jumlah Keseluruhan: RM3954

Annyeonghaseyo, Korea!

Penulis,

Salmi

21

Makanan Halal Popular di Seoul

1. Makan Halal Korean Restaurant, Itaewon
2. Halal Kitchen, Samcheong-dong

3. Yang Good BBQ, Gangnam

4. EID Halal Korean Food,
Itaewon

5. Kampungku Restaurant, Itaewon

6 Murree Muslim Food, Itaewon

7. The Halal Guys

22

Top Hotel di Seoul, Korea

Senarai Hotel terbaik
Hanya Di agoda

23

Promosi Pakej UMRAH 2021

24

KERJASAMA AGENSI PELANCONGAN

MATTA

PENERBAGAN TERUS DARI KUALA LUMPUR KE
SEOUL, KOREA

25

Happy Journey!

May you have a wonderful time
And come back

With a lot of amazing memories!


Click to View FlipBook Version