15 RESEPI
LOCAL
DESSERT
Disediakan Oleh :
Nur Amira Athirah Binti Rozaidi
B05SPT20F508
MALAY DESSERT
• KETAYAP
• APAM SRI AYU
• KERIA
• PENGAT PISANG
• PENGAT JAGUNG
• PENGAT LABU
• TALAM SERI MUKA
• TALAM SUJI MOCHA
KETAYAP INTI :
½ biji kelapa ¼ cawan gula ¼ cawan gula 2-3 helai daun ½ sudu kecil
parut
melaka pasir pandan garam
KULIT :
2 cawan tepung 2 cawan santan 1 biji telur 1 sudu kecil
garam
gandum sederhana cair
2-3 titik pewarna hijau
(optional)
Cara Penyediaan
Inti :
1) Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di
dalam kuali.
2) Masak di atas api yang perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering.
Sejukkan.
Kulit :
1) Kisarkan daun pandan dengan anggaran air 2cawan dan tapis.
2) Bancuh air daun pandan bersama santan, tepung gandum, garam, telur dan
beberapa titik pewarna (jika mahu) supaya kulit menjadi lebih hijau. Kacau
sebati dan tapis supaya tiada ketulan. (Bancuhan tepung sepatutnya
menjadi sedikit cair).
3) Panaskan kuali yang di griskan dengan minyak. Tuang satu senduk bancuhan
tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya
mendapat bentuk bulat. Anggaran 3-4minit di atas kuali.
4) Angkat dan gulung bersama inti yang sudah sejuk.
Apam seri ayu
4 biji telur 2 cawan tepung 300g gula 1 sudu besar 1 sudu teh
gandum pasir ovallete baking powder
2-3 titik 200ml ½ biji kelapa Sedikit
pewarna hijau santan parut garam
Cara Penyediaan
1) Panaskan pengukus.
2) Ayak tepung gandum dan baking powder.
3) Sapu acuan kuih dengan sedikit minyak. Masukkan sedikit kelapa yang
telah digaul sedikit dengan garam dan mampatkan di bahagian bawah.
4) Pukul gula pasir, telur dan ovallete sehingga kembang. Masukkan
tepung gandum, baking powder, santan dan pewarna. Kacau sehingga
sebati.
5) Masukkan adunan ke dalam acuan. Kukus selama 5-7minit.
6) Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
Keria DOH KERIA :
800g keledek 1 ¼ tepung 1 sudu kecil 1 sudu kecil
baking powder garam
(dalam 2ketul besar) gandum
SALUTAN GULA :
1 ketul gula melaka 1 sudu besar gula 1 sudu besar ½ cawan air
batu gula putih
Cara Penyediaan
Doh Keria :
1) Rebus ubi sehingga empuk dan toskan air. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus
sehingga halus.
2) Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga doh kurang melekat.
3) Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
4) Gorengkan doh ke dalam minyak panas sehingga keperangan.
5) Kacau atau gaulkan kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang
mendidih.
Salutan Gula :
1) Tumbuk halus gula dan masa di dalam kuali sehingga mendidih pekat.
2) Sedia untuk digaul kuih keria.
PENGAT PISANG
3-4 biji pisang 2 cawan santan 2 cawan air ½ cawan sagu
tanduk
1 ketul gula 1/3 cawan 2 helai daun Garam secukup
melaka gula pasir pandan rasa
Cara Penyediaan
1) Buang kulit pisang tanduk dan hiris pisang setebal 1-2cm.
2) Rebus pisang sehingga empuk (optional).
3) Masakkan pisang Bersama santan, air, sagu dan gula melaka, gula pasir,
daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau
dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
4) Masak sehingga kuah mendidih dan sedia untuk dihidang.
PENGAT JAGUNG
2 batang jagung 2 cawan santan 2 cawan air ½ cawan sagu
(hiris isi)
1 ketul gula 1/3 cawan 2 helai daun Garam secukup
melaka gula pasir pandan rasa
Cara Penyediaan
1) Masukkan santan, daun pandan dan isi jagung ke dalam periuk. Masakkan
di atas api perlahan sehingga mendidih.
2) Masukkan gula pasir, gula melaka, garam dan sagu. Kacau perlahan-lahan
sehingga mendidih. Kadar manis mengikut citarasa sendiri.
PENGAT lABU
½ biji labu 2 cawan santan 2 cawan air ½ cawan sagu
1 ketul gula 1/3 cawan 2 helai daun Garam secukup
melaka gula pasir pandan rasa
Cara Penyediaan
1) Kupas kulit labu, bersihkan dan potong kiub besar.
2) Masukkan dalam periuk bersama air, gula pasir dan daun pandan yang di simpulkan.
Tutup periuk dan masak labu sehingga lembut.
3) Masukkan santan, gula melaka dan sagu. Pastikan api perlahan supaya santan tidak
berketul. Kacau sehingga mendidih.
4) Letakkan garam secukup rasa dan sedia untuk di hiding.
PULUT KUKUS;
Talam seri muka
2 cawan 2 cawan 1 sudu besar 1 sudu kecil
beras pulut santan
gula pasir garam
LAPISAN ATAS (A) :
(blend bahan A untuk
dapatkan air pandan)
8 helai daun ¾ cawan air
pisang
LAPISAN ATAS (B) ;
1 ½ cawan 1 cawan ½ tepung 5 biji telur 1 sudu kecil 2-3 titik
santan gula pasir gandum garam pewarna hijau
Cara Penyediaan
Lapisan Bawah :
1) Rendam pulut (30minit-1jam) kemudian tapis.
2) Masuk pulut ke dalam bekas, gaul bersama santan, gula, garam dan daun pandan.
3) Kukus selama 30minit atau sehingga pulut masak. Setelah masak, gemburkan sedikit.
4) Gris Loyang dengan minyak. Lapik dengan plastic.
5) Tuang pulus kukus dan tekan supaya rapat dan padat.
Lapisan Atas :
1) Campurkan bahan A dan bahan B , kemudian kisarkan sehingga halus. Kemudian
tapiskan adunan.
2) Cakar sedikit permukaan pulut dengan garfu supaya adunan atas melekat dengan
adunan bawah.
3) Tuang lapisan hijau.
4) Kukus selama 1jam atau sehingga masak. Cucuk menggunakan lidi untuk tahu sama ada
sudah masak atau belum.
LAPISAN BAWAH :
TALAM SUJI MOCHA
1 cawan 3 cup santan 3 cup air 3 sudu besar
gula pasir tepung gandum
2 cup 1 sudu kecil pewarna
tepung suji kuning telur
LAPISAN ATAS :
2 cawan santan 1 cawan air 3 biji telur ½ cawan 4 sudu besar 1 sudu besar
gula pasir tepung gandum mocha emulco
Cara Penyediaan
Lapisan Bawah :
1) Campurkan gula pasir, santan kotak dan pewarna kuning telur.
2) Masukkan tepung suji dan tepung gandum. Kacau atau gaul sehingga sebati.
3) Gliskan loyang dengan sedikit minyak dan alaskan dengan plastic.
4) Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30minit.
Lapisan Atas :
1) Campurkan santan kotak, telur, gula pasir dan mocha emulco.
2) Campurkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
3) Cakar sedikit lapisan bawah dengan garfu supaya adunan atas dan bawah melekat.
4) Tuang adunan atas dan kukus selama 30minit.
5) Pastikan sejuk dahulu baru keluarkan dari Loyang dan potong. Siap untuk di hidang.
NYONYA DESSERT
• ONDE-ONDE
• KUIH BOM
• TANG YUAN
• ANGKOO
ONDE-ONDE
1 cawan 2 sudu besar 5 helai daun Gula Melaka
pandan (potong kiub kecil)
tepung pulut tepung beras
½ biji kelapa 2-3 cawan 2-3 titik Sedikit
pewarna hijau garam
parut air
Cara Penyediaan
1) Kukuskan kelapa parut dengan sedikit garam selama 15-30minit.
2) Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
3) Kisar daun pandan dan air , kemudian tapiskan. Campurkan sedikit pewarna hijau ke
dalam air pandan..
4) Tuangkan air pandan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung beras dan
tepung pulut.
5) Ambil sedikit adunan (besar 50sen baru) , leperkan atas tapak tangan dan letakkan
gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
6) Rebus dalam air mendidih sehingga onde-onde timbul. Angkat dan toskan.
7) Salut onde-onde tadi dengan kelapa parut yang telah di kukus.
KUIH BOM BAHAGIAN LUAR :
1 cawan ½ cawan tepung 1 cawan ubi 2-3 cawan 1sudu kecil
tepung pulut gandum keledek air garam
Bijan putih
INTI BOM :
1kg kelapa 200g gula 200g gula 1 sudu kecil 1 sudu kecil
parut Melaka pasir tepung tepung
gandum jagung
Cara Penyediaan
Inti Bom :
1) Masukkan kelapa parut ke dalam periuk.
2) Letakkan air gula melaka dan gula pasir. Kemudian kacau sehingga sebati dan pekat.
3) Tambahkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau sehingga sebati dan biarkan sejuk.
Bahagian Luar :
1) Masukkan tepung gandum dan tepung pulut. Kemudian masukkan ubi keledek yang telah
direbus dan dilenyekkan.
2) Tambahkan garam dan gaulkan sehingga sebati.
3) Tuangkan sedikit demi sedikit air dan ulikan adunan.
4) Ambil sedikit doh dan leperkan sebesar tapak tangan. Letakkan inti kelapa dan bulatkan doh.
5) Golekkan kuih bom dengan bijan putih.
6) Goreng kuih bom di atas api yang panas sehingga kuih bom menjadi keperangan
TANG YUAn ISI TANG YUAN :
2 cawan 1 sudu besar 20ml air 2-3 titik pewarna
tepung pulut gula pasir merah dan hijau
KUAH TANG YUAN :
500ml air 500g gula 2 helai daun
pasir pandan
Cara Penyediaan
ISI TANG YUAN :
1) Campurkan tepung pulut, gula pasir dan air. Gaul sehingga sebati.
2) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan setiap satu bahagian dengan
warna merah dan hijau. Lagi satu tidak perlu diwarnakan atau boleh
diwarnakan mengikut citarasa sendiri.
3) Rebus isi tang yuan sehingga timbul. Toskan isi di dalam air sejuk.
KUAH TANG YUAN :
1) Masukkan air, gula pasir dan daun pandan yang telah di simpul ke dalam
periuk.
2) Didihkan di atas api sehingga menjadi likat.
3) Kemudian masukkan isi tang yuan ke dalam kuah tersebut.
4) Pastikan kuah telah menyerap ke dalam isi tang yuan.
ANGKOO BAHAGIAN LUAR :
200g ubi 300g tepung ½ sudu besar ½ sudu besar
keledek pulut tepung ubi kayu gula pasir
2 sudu besar 160ml air Pewarna Daun pisang
minyak jagung merah
INTI :
Kacang merah
Cara Penyediaan
1) Potong keledek dan rebus sehingga lembut. Kemudian lenyekkan keledek sehingga
hancur halus.
2) Campurkan tepung pulut dan tepung ubi kayu. Tambahkan minyak jagung dan sedikit air
ke dalam tepung.
3) Uli sehingga menjadi doh dan tambahkan sedikit pewarna.
4) Potong daun pisang mengikut bentuk acuan kuih angkoo.
5) Ambil segenggam besar doh dan leperkan. Letakkan inti kacang merah dan bulatkan.
6) Sapukan acuan dengan sedikit minyak jagung. Letakkan doh di dalam acuan.
7) Keluarkan doh pada acuan dan letakkan di atas daun pisang yang telah di potong.
8) Kukus selama 30minit dan siap untuk di hiding.
INDIAN DESSERT
• KESARI
• LADDOO
• KHEER
KESARI
3 cawan 1 sudu besar 3 cawan 3 cawan susu 400g gajus
tepung suji minyak sapi air suam
400g almond 200g kismis
2cawan minyak 3 cawan Sedikit Pewarna
sapi gula pasir garam oren
Cara Penyediaan
1) Campurkan 3cawan tepung suji dan 1 sudu besar minyak sapi ke dalam kuali.
Tambahkan air suam dan susu. Gaul sehingga sebati.
2) Tambahkan pewarna oren (oren pekat).
3) Masukkan minyak sapi dan gaul.
4) Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan likat.
5) Goreng gajus, almond dan kismis dengan minyak sapi.
6) Campurkan bahan yang telah di goreng ke dalam adunan tepung suji tadi.
7) Isikan ke dalam Loyang atau bekas. Mampatkan isi supaya kesari tidak pecah
apabila di potong.
LADDOO
4 cawan tepung 2 ½ cawan 1 sudu kecil Pewarna oren,
kacang kuda air baking soda merah dan hijau
1cup air 3 cawan ½ sudu kecil ½ sudu kecil
gula pasir ginger powder cardamom
400g almond 200g kismis 400g gajus 1 sudu besar
minyak sapi
Cara Penyediaan
1) Campurkan tepung kacang kuda, air dan baking soda. Gaul sehingga sebati.
2) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan adunan menggunakan warna oren,
merah dan hijau.
3) Gorengkan adunan menggunakan acuan.
4) Gorengkan gajus, almond dan kismis dengan minyak sapi.
5) Campurkan adunan yang telah digoreng dengan gajus, almond dan kismis.
6) Campurkan air, gula pasir, ginger powder dan cardamom powder ke dalam periuk.
Cairkan sehingga menjadi likat.
7) Tambahkan air gula tadi ke dalam adunan yang telah siap digoreng.
8) Kepalkan adunan sehingga menjadi bulat.
TIPS :
Sebelum kepal, sapukan minyak sapi pada tangan supaya laddoo menjadi bulat cantik.
KHEER
2 cawan susu 2 cawan 1 cawan 1 cawan
air gula pasir beras
2 sudu besar ¼ sudu kecil
minyak sapi cardamom
400g almond 200g kismis 400g gajus
Cara Penyediaan
1) Masukkan susu, air, gula pasir, beras dan minyak sapi.
2) Gorengkan gajus, almond dan kismis. Masukkan ke dalam adunan tadi.
3) Kacau sehingga beras masak dan sedia untuk dihidang.