2 KANDUNGAN BIL PERKARA M/S i Prakata 3 ii Dasar Ketetapan Kokurikulum SMK Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran - Pengertian Kegiatan Kokurikulum - Dasar Utama (1): Kokurikulum Kebangsaan - Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah Adalah Wajib - Dasar Utama (2): Penyertaan Semua Murid Adalah Wajib - Dasar Utama (3): Penyertaan Semua Guru Adalah Wajib - Dasar Utama (4): Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum - Penyertaan Beramai-ramai - Dasar-dasar Sokongan: Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah 4 4 5 5 6 6 7 7 1.0 Mesyuarat Unit Kokurikulum 9 2.0 Pendaftaran Kokurikulum Murid 11 3.0 Pemilihan Guru Penasihat / Pemimpin 12 4.0 Perjawatan Murid 13 5.0 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 13 6.0 Perjumpaan Mingguan 14 7.0 Perancangan / Pelan Strategik Aktiviti Kokurikulum 16 8.0 Program Kokurikulum 16 9.0 Kewangan 17 10.0 Mekanisme Pemantauan Aktiviti Kokurikulum 21 11.0 Keselamatan 21 12.0 Penilaian PAJSK 23 13.0 Pengiktirafan dan Penghargaan 25 14.0 Lampiran Lampiran 1 : Borang ABM Lampiran 2 : Borang Semakan Pemilihan Guru Penasihat Lampiran 3: Surat Lantikan Guru Lampiran 4: Surat Serah Tugas Guru Akhir Tahun Lampiran 5: Borang Semakan Perjawatan Murid Lampiran 6: SPI bil 8/2007 – Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Lampiran 7: Borang Pemantauan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Lampiran 8: Borang Semakan Perjumpaan Mingguan Lampiran 9: Borang Semakan Perancangan Kokurikulum Lampiran 10: Instrumen Pemantauan Aktiviti Unit Kokurikulum Sekolah Lampiran 11 : Pemantauan Peralatan Sukan & Kokurikulm 26 29 30 31 32 33 36 37 38 39 40
3 PRAKATA Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya Buku Dasar Ketetapan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran @ SmaTStep ini telah berjaya disediakan sebagai panduan atau rujukan kepada warga pendidik, para pelajar dan para ibu bapa yang merupakan komuniti setempat warga sekolah. Manual Pengurusan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran @ SMaTStep (MAPKOS) ini bertujuan menyebar luas maklumat yang berkaitan dengan pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum di sekolah. MAPKOS ini merupakan sumber rujukan yang mengandungi maklumat bagi memudahkan pihak sekolah merealisasikan pengurusan kokurikulum dalam mencapai KPI yang ditetapkan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Puan Jannie A.Roman dan pasukan kerja MAPKOS atas inisiatif menghasilkan Buku Dasar Ketetapan Kokurikulum SmaTStep ini dengan merujuk sepenuhnya daripada Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah (Kementerian Pelajaran Malaysia) serta daripada pelbagai buku-buku Manual Dasar Ketetapan Kokurikulum sekolah lain secara talian internet. Akhir kata saya menyeru kepada semua warga pendidik SMaTstep untuk memanfaatkan buku ini ke arah memantapkan lagi pengurusan kokurikulum di sekolah yang kita sayangi ini agar lebih berkesan dan cemerlang membentuk kemenjadian pelajar-pelajar yang kita kasihi dalam mengharungi pelbagai bidang dalam kehidupan. Sekian. ZAMLI BIN MANTAMIN Pengetua SMK Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran Sesi 2024 / 2025
4 DASAR KETETAPAN KOKURIKULUM SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU TUARAN PENGERTIAN KEGIATAN KOKURIKULUM Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan kokurikulum juga dikenali sebagai ‘Kegiatan Kumpulan’, dan dinyatakan seperti berikut: “Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.” Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) menyatakan perihal takrif Kokurikulum iaitu: Penyertaan dalam sukan dan permainan Penyertaan dalam persatuan dan kelab Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan DASAR UTAMA (1): KOKURIKULUM KEBANGSAAN Subperaturan 3(1) Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU (A) 531/97. “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertiingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”
5 PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH ADALAH WAJIB Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan bahawa: Kegagalan / keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am. Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550): Penalti Am. “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”. “(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan”. DASAR UTAMA (2): PENYERTAAN SEMUA MURID ADALAH WAJIB Sekolah wajar mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati. Pengetua sekolah telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU (A) 196/98. Justeru itu, guru-guru penasihat bertanggungjawab untuk merekod dan memberi penilaian kepada penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam setiap kegiatan kokurikulum. Rujukan Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29) menyatakan bahawa: “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap murid. Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan”.
6 Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986 turut menegaskan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum: Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. DASAR UTAMA (3): PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB Setiap guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum. “Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) (Bab D)” menyatakan bahawa: Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin. Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Merujuk Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985: “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” DASAR UTAMA (4) PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM Pelaksanaan setiap kegiatan kokurikulum hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.
7 Setiap pelaksanaan kegiatan kokurikulum hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni bagi membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang. Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 menyatakan: “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari dalam bilik darjah.” PENYERTAAN ‘BERAMAI-RAMAI’ Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000 menyebut bahawa pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid-murid. Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat eksklusif dan terbuka kepada penyertaan oleh semua murid. DASAR-DASAR SOKONGAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998 menyatakan perkara berikut iaitu: “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh petubuhan bukan kerajaan yang berdaftar”. Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk ‘Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat’ menyatakan bahawa: “Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.”
8 Merujuk Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929; “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah mengalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.” Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000 menyatakan bahawa: “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani”. Tambahan rujukan daripada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000: “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut”. Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 turut memaklumkan tentang: “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid atau orang perseorangan (atas penyertaan , penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan semata- mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid yang mempunyai sifat disiplin yang baik”. Sekolah berupaya mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
9 KETETAPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU TUARAN 1.0 MESYUARAT ITEM KETETAPAN TINDAKAN Mesyuarat 1.1 Mesyuarat Induk Kokurikulum dirancang dan dilaksanakan *tiga kali setahun. (Surat Siaran PKPA Bil 2: 1991- Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan) 1.2 Mesyuarat Unit Kokurikulum (Jawatankuasa Murid) dirancang dan dilaksanakan sekurangkurangnya dua kali* setahun termasuk Mesyuarat Agung Tahunan. 1.3 Pencatat minit dan menyediakan minit mesyuarat. 1.4 Notis panggilan mesyuarat disediakan 07 hari bekerja sebelum mesyuarat menggunakan format SPSK PK07-1 dan diedarkan setelah ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan Kokurikulum. 1.5 Mesyuarat Induk Kokurikulum hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua dan boleh dikendalikan oleh Timbalan Pengerusi (PK Kokurikulum) dengan penurunan kuasa. 1.6 Agenda Mesyuarat Induk berdasarkan SPSK PK07-3 a. Ucapan Pengerusi b. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas c. Perkara-perkara Berbangkit d. Perkara Baharu / Laporan unit e. Hal-hal Lain f. Penangguhan Mesyuarat 1.7 Minit mesyuarat disediakan mengikut format SPSK PK07-03 1.8 Minit mesyuarat perlu disiapkan dalam tempoh 3:7:14 selepas mesyuarat mengikut SPSK PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat SU Unit Kokurikulum (murid) SU Kokurikulum SU Unit Kokurikulum (murid) SU Kokurikulum SU Unit Kokurikulum (murid) Pengetua PK Kokurikulum SU Kokurikulum Pengetua PK Kokurikulum SU Kokurikulum SU Kokurikulum SU Unit Kokurikulum SU Kokurikulum SU Unit Kokurikulum
10 1.9 Minit Mesyuarat Induk Kokurikulum dibuat salinan dan disimpan dalam fail induk kokurikulum dan fail Penyelaras. 1.10 Mesyuarat Unit Kokurikulum (termasuk mesyuarat agung) dipengerusikan oleh pengerusi unit dan dibimbing oleh Guru Penasihat / Guru Pemimpin. 1.11 Minit Mesyuarat Unit Kokurikulum dibuat satu salinan dan disimpan dalam BLAK dan fail Guru Penasihat/Penyelaras 1.12 Agenda Laporan Unit @ Perkara Baharu: 1.12.1 Mesyuarat Pertama a. KPI, Visi & Misi, matlamat dan Objektif Kokurikulum b. Dasar dan Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum / Post Mortem c. Perancangan Strategik Kokurikulum d. Anggaran Belanjawan Mengurus (BKK, BTP, BSS) 1.12.2 Mesyuarat Kedua a. Dasar dan Ketetapan (perlu dibangkitkan untuk semakan semula) b. Laporan Pemantauan / Penilaian / Keberkesanan /Tindakan Penambahbaikan (Program/Pencapaian / PAJSK/ Kewangan) c. Pascanilai / PAJSK d. Penarafan Kendiri Sekolah SKPMg2 1.12.3 Mesyuarat Ketiga a. Laporan pemantauan / penilaian / keberkesanan / penambahbaikan (Program / Kewangan) b. Pascanilai / PAJSK c. Penyediaan / Kemaskini dokumen / Laporan d. Penarafan Kendiri Sekolah SKPMg2 e. Perancangan tahun hadapan SU Kokurikulum Guru Penasihat Pengerusi Unit (murid) SU Unit Kokurikulum (murid) SU Unit Kokurikulum (murid) Dasar Utama Kokurikulum KPM Sila rujuk: i. Bahan edaran ii. Manual Pengurusan Kokurikuum - Dasar Ketetapan Kokurikulum SMK Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran Pemantauan oleh Jawatankuasa pemantau (jawatankuasa pengurusan tertinggi sekolah)
11 2.0 PENDAFTARAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN Pendaftaran Kokurikulum Murid 2.1 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB. (SPI Bil 1/1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah) 2.2 Pendaftaran ahli dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan. 2.3 Setiap murid wajib mendaftar untuk tiga (3) aktiviti kokurikulum iaitu: a. Kelab / Persatuan b. Pasukan Badan Beruniform c. Sukan / Permainan 2.4 Pemilihan unit oleh murid berdasarkan minat / kebolehan / keperluan sekolah. 2.5 Jumlah ahli bagi setiap Kelab / Persatuan / Badan Unit Beruniform, Sukan / Permainan diselaraskan untuk memudahkan pengurusan. 2.6 Pendaftaran bagi murid baharu yang bertukar dari sekolah lain hendaklah dipertimbangkan keahlian dari sekolah lama kecuali Kelab / Persatuan itu tiada di sekolah yang baharu. 2.7 Borang kebenaran ibu bapa / borang deklarasi kesihatan diedar kepada murid dan dikembali kepada guru kelas selepas pendaftaran murid. 2.8 Maklumat kokurikulum murid dicatat dalam buku rekod kokurikulum / e-sistem kokurikulum. 2.9 Keahlian murid didaftarkan secara dalam talian melalui Sistem PAJSK. Data keahlian dihantar ke PPD dan disahkan oleh PK Kokurikulum. 2.10 Data kehadiran murid dihantar ke PPD menggunakan Borang Data Kehadiran dan disahkan oleh PK Kokurikulum. Satu salinan dihantar ke PPD dan satu salinan Fail Data Kokurikulum. 2.11 Pendaftaran rumah sukan adalah berdasarkan digit terakhir dalam nombor pendaftaran murid Tingkatan 1 / Buku Jadual Kedatangan Kelas * Guru Penasihat Guru Penasihat SU Kokurikulum SU Sukan Penyelaras Unit SU Kokurikulum Penyelaras Unit PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Tingkatan SU Kokurikulum Guru Tingkatan Penyelaras Unit Guru Penasihat Guru Tingkatan PK Kokurikulum Guru Tingkatan Guru Penasihat PK Kokurikulum Guru Tingkatan Guru Penasihat SU Sukan Guru Tingkatan
12 3.0 PEMILIHAN GURU PENASIHAT / PEMIMPIN ITEM KETETAPAN TINDAKAN Pemilihan Guru Penasihat / Guru Pemimpin 3.1 Guru mesti menjawat sekurang-kurangnya dua jawatan dalam Unit Kokurikulum. Contoh: Badan Beruniform (wajib) dan Kelab / Persatuan atau Sukan / Permainan (pilihan). * 3.2 Pemilihan Guru Penasihat / Pemimpin berdasarkan minat dan kemahiran yang dimiliki / mengikut keperluan pihak sekolah. LAMPIRAN 2: Borang Semakan Pemilihan Guru Penasihat 3.3 Surat Lantikan dan Surat Penerimaan Lantikan yang berkuatkuasa dalam tahun semasa mengikut peraturan PUA 196 Warta Kerajaan 1998 disediakan dan diberi kepada Guru Penasihat / Pemimpin dalam mesyuarat kali pertama. LAMPIRAN 3 – Surat Lantikan 3.4 Ketua Guru Pemimpin pasukan Badan Beruniform boleh ditukar setiap 3 tahun sekali bertujuan memberi peluang kepada semua guru untuk menunjukkan komitmen masing-masing* 3.5 Bagi guru baharu, pemilihan dalam unit kokurikulum juga berdasarkan pentauliahan, minat dan kebolehan guru tersebut* 3.6 Surat Serah Tugas Guru Akhir Tahun setiap guru penasihat unit Kokurikulum LAMPIRAN 4: Surat Serah Tugas Guru Akhir Tahun JK Kokurikulum JK Kokurikulum Pengetua / PK Kokurikulum SU Kokurikulum JK Kokurikulum JK Kokurikulum SU Kokurikulum
13 4.0 PERJAWATAN MURID ITEM KETETAPAN TINDAKAN Perjawatan Murid 4.1 Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa Murid seramai 9/11/13/15 orang murid. LAMPIRAN 5 : Borang Semakan Perjawatan Murid 4.2 Pelantikan AJK dibuat semasa mesyuarat agung pertama atau mengikut perlembagaan. 4.3 Keutamaan Ahli Jawatankuasa induk tertinggi dilantik dalam kalangan tingkatan tertinggi. Rujukan: Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum (BLAK)* 4.4 Perjawatan murid diberikan markah penilaian kokurikulum jika menjadi AJK induk sekurangkurangnya 6 bulan. 4.5 AJK induk yang gagal hadir 50% kehadiran, hilang kelayakan mendapat markah perjawatan kokurikulum setelah diberi surat amaran / amaran lisan. (Rujuk kehadiran dalam BLAK )* 4.6 Murid boleh menjawat maksimum dua jawatan tertinggi daripada Unit Kokurikulum yang berdaftar. Guru Penasihat / Guru Pemimpin Guru Penasihat / Guru Pemimpin Guru Penasihat / Guru Pemimpin Guru Penasihat / Guru Pemimpin Guru Penasihat / Guru Pemimpin Guru Tingkatan Guru Penasihat / Guru Pemimpin 5.0 PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM ITEM KETETAPAN TINDAKAN Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 5.1 Dilaksana hari pertama minggu ke-3 setiap bulan. 5.2 Guru berpakaian lengkap mengikut unit masing-masing. Murid-murid digalakkan beruniform lengkap mengikut unit masing-masing. Sekolah perlu merancang secara berperingkat pemakaian kokurikulum masa ini supaya tidak membebankan ibu bapa. Murid dibenarkan memakai uniform ikut kesesuaian dan tatacara pasukan. 5.3 Aktiviti perhimpunan dikendali oleh murid-murid dengan bimbingan/panduan guru penasihat/pemimpin. LAMPIRAN 6: SPI Bil 8/2007 5.4 Pemantauan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum dijalankan setiap kali perhimpunan diadakan. LAMPIRAN 7: Borang Pemantauan Perhimpunan Bulanan PK Kokurikulum S/U Kokurikulum Ketua Penyelaras Unit Guru Penasihat / Guru Pemimpin Guru Penasihat / Guru Pemimpin J/K Pemantauan
14 6.0 PERJUMPAAN MINGGUAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN Perjumpaan Mingguan 6.1 Peruntukan waktu pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah 180 minit seminggu (3 jam) berdasarkan SPI Bil. 2/2007 : Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan kokurikulum di sekolah Rendah dan Menengah 6.2 Bilangan perjumpaan setahun sebanyak 18 kali mengikut ketetapan dalam dasar PAJSK bagi setiap unit Pasukan Badan Beruniform, dan 12 kali untuk Sukan dan Permainan serta Kelab dan Persatuan. LAMPIRAN 8 : Borang Semakan Perjumpaan Aktiviti Mingguan. 6.3 Kod etika pakaian 6.3.1 Murid wajib memakai pakaian Pasukan Badan Beruniform (lengkap/separa lengkap) semasa hari perjumpaan mengikut kesesuaian aktiviti* 6.3.2 Semasa perjumpaan sukan & permainan, murid memakai t-shirt dan track bottom* 6.3.3 Murid perempuan Islam dibenarkan memakai tudung sekolah / tudung hitam / tudung Pasukan Badan Beruniform. 6.3.4 Semua murid mesti memakai kasut sekolah / kasut sukan / kasut Badan Beruniform. 6.3.5 Etika pakaian guru semasa aktiviti kokurikulum berdasarkan SPI bil 6/1985 : Peraturan Pakaian Guru di Sekolah 6.4 Keselamatan 6.4.1 Mematuhi SOP (Standard Operating Procedure) semasa melaksanakan aktiviti 6.4.2 Memastikan semua lokasi perjumpaan dan peralatan selamat sebelum aktiviti dijalankan 6.4.3 Melaporkan kes-kes kecemasan dan mengambil tindakan segera 6.4.4 Guru Penasihat wajib berada bersama dengan murid sepanjang aktiviti dijalankan 6.5 Pengurusan Kad / Buku PAJSK 6.5.1 Semua murid mesti memiliki Kad / Buku PAJSK pada awal tahun 6.5.2 Kad / Buku PAJSK diurus dan disimpan di tempat yang selamat dan sesuai 6.5.3 Kehadiran murid direkodkan setiap kali perjumpaan PK Kokurikulum S/U Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat Penyelaras Unit Guru Penasihat Penyelaras Unit Guru Penasihat Penyelaras Unit Guru Penasihat Guru Tingkatan Guru Penasihat
15 6.5.4 Rekod penglibatan dan pencapaian dikemas kini dari semasa ke semasa 6.5.5 Analisis kehadiran ahli (bulanan) disediakan dalam BLAK 6.6 Pengurusan Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum (BLAK) 6.6.1 BLAK disediakan dan diserahkan kepada guru penasihat pada awal tahun 6.6.2 Melengkapkan dokumen dan item yang diperlukan dalam BLAK dalam tempoh 2 minggu selepas Mesyuarat Agung. 6.6.3 Buku BLAK perlu disahkan oleh Pengetua. 6.6.4 Laporan mingguan direkod pada setiap kali perjumpaan oleh Setiausaha Unit (Kehadiran, laporan aktiviti mingguan) 6.6.5 Laporan mingguan disemak dan disahkan 6.6.6 BLAK disemak sekurang-kurangnya 3 kali setahun 6.6.7 Laporan Dapatan Pemantauan disediakan 6.6.8 Laporan/dapatan dibawa ke Mesyuarat JK Induk Kokurikulum 6.7 Kehadiran Guru Penasihat 6.7.1 Guru penasihat wajib hadir setiap kali perjumpaan mingguan. Rujuk Perkara 5.2 dalam SPI Bil 1/1985 : Penglibatan Guru dalam Aktiviti Kokurikulum 6.7.2 Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan/kebertanggungjawaban penjawat awam ataupun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) - Bab D 6.7.3 Borang / buku kehadiran guru disediakan dan direkodkan setiap kali perjumpaan (tanda tangan guru) 6.7.4 Ketidakhadiran guru penasihat mestilah dimaklumkan awal kepada Pengetua / PK Kokurikulum. 6.7.5 Data kehadiran guru perlu dianalisis dan dibentang dalam Mesyuarat JK Induk Kokurikulum. 6.7.6 Guru yang tidak hadir 3 kali tanpa alasan diminta menghantar surat tunjuk sebab kepada Pengetua dan Salinan kepada PK Kokurikulum. Guru Penasihat Guru Tingkatan Penyelaras PAJSK Setiausaha Unit S/U Kokurikulum Penyelaras Unit Penyelaras Unit Guru Penasihat S/U Kokurikulum Guru Penasihat J/K Pemantauan
16 7.0 PERANCANGAN / PELAN STRATEGIK AKTIVITI KOKURIKULUM ITEM KETETAPAN TINDAKAN Perancangan / Pelan Strategik Aktiviti Kokurikulum 7.1 Perancangan bagi setiap unit Badan Beruniform , Kelab/ Persatuan dan Sukan/ Permainan disediakan/ diperolehi/diusahakan pada awal tahun semasa. LAMPIRAN 9 : Borang Semakan Perancangan Kokurikulum 7.2 Pelan Strategik setiap unit perlu digunakan dalam perancangan aktiviti tahunan yang direkodkan dalam BLAK. 7.3 Pemilihan program / aktiviti setiap unit mengikut kesesuaian dan keperluan sebanyak 12 atau 18 aktiviti (kemahiran,pengetahuan dan sahsiah). 7.4 Pelan Strategik yang dibuat / diperolehi disimpan dalam Fail Induk dan satu salinan disimpan dalam fail setiap unit. 7.5 Program yang telah dipilih dalam perancangan perlu dilaksanakan dalam perjumpaan setiap unit. PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat 8.0 PROGRAM KOKURIKULUM ITEM KETETAPAN TINDAKAN Program Kokurikulum 8.1 Perancangan Strategik 2023 - 2025 dan Perancangan Tahunan disediakan pada akhir tahun / awal tahun semasa. 8.2 Pelan Taktikal / Operasi disediakan pada akhir tahun / awal tahun semasa. 8.3 Perancangan Aktiviti Tahunan disediakan dan dicatatkan dalam BLAK dan salinan diserahkan kepada penyelaras / Setiausaha sebelum akhir tahun 8.4 Perancangan Strategik disimpan dalam fail khas dan perancangan aktiviti tahunan dicatat dalam BLAK. PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat Setiausaha Unit Guru Penasihat SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat
17 8.5 Cadangan Aktiviti 8.5.1. Kejohanan Merentas Desa 8.5.2. Sukantara 8.5.3. Kejohanan Balapan dan Padang 8.5.4. Pertandingan Sukan antara tingkatan/rumah sukan/dorm/kelab sukan 8.5.5. Perkhemahan Tahunan 8.5.6. Anugerah Kokurikulum 8.5.7. Kursus Kepimpinan Pengurusan Organisasi 8.5.8. Sambutan Hari Kemerdekaan 8.5.9. Sambutan Bulan Bahasa 8.5.10. Program khidmat Masyarakat dalam kelab / persatuan 8.6 Kertas kerja aktiviti tahunan sekolah disediakan dua bulan sebelum pelaksanaan dan disimpan dalam fail kertas kerja dan dokumentasi. 8.7 Pelantikan AJK induk dan AJK pelaksana dimaklumkan dalam taklimat program. Penyelaras Unit Guru Penasihat PK Kokurikulum SU Kokurikulum JK Pelaksana 9.0 KEWANGAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN Kewangan 9.1 Pengurusan Kewangan Kokurikulum dan sukan dijadikan agenda dalam Mesyuarat Induk Jawatankuasa Kokurikulum. 9.2 Pematuhan prosedur penggunaan kewangan berdasarkan SPK Bil 8 2012 : Garis Panduan Pengurusan Kewangan, Peruntukan Bantuan Persekolahan ke Sekolah berdasarkan Perkapita dan Enrolmen Murid 9.3 BANTUAN KOKURIKULUM SEKOLAH (BKKS) 9.3.1 Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan BKKS adalah meliputi : a. Pasukan Badan Beruniform (PBB) b. Kelab dan Persatuan (tidak termasuk kelab sukan dan Permainan); dan Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah murid seperti perkhemahan seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik). Pengetua PK Kokurikulum PK Kokurikulum Guru Penasihat Pengetua PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat
18 9.3.2 Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di para 9.3.1 adalah seperti berikut: a. Pengendalian dan pengurusan pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan; b. Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring; c. Perolehan / penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna d. Pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah e. Pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah* (bagi tujuan perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti); f. Pembayaran yuran pendaftaran / penyertaan; dan g. Pembelian hadiah aktiviti. 9.4. BANTUAN SUKAN SEKOLAH (BSS) 9.4.1 Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan BSS adalah meliputi a. Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah; b. Aktiviti pra kejohanan seperti sukan tara dan merentas desa; c. Karnival permainan antara rumah sukan, kelas, tingkatan dan sebagainya; dan d. Program-program sukan lain sepanjang tahun 9.4.2 Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di para 9.4.1 adalah seperti berikut: a. Pengendalian dan pengurusan kelab-kelab sukan dan permainan; b. Kursus pendedahan sukan dan permainan kepada murid; c. Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid. d. Penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; e. Pembelian dan penyelenggaraan peralatan sukan sekolah ; f. Pemberian wang saku* kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi tujuan perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti); g. Pembayaran yuran pendaftaran/ penyertaan; dan h. Pembelian hadiah aktiviti. Pengetua PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat
19 9.5 BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP) KOKURIKULUM 9.5.1 Perbelanjaan yang dibenarkan meliputi pelaksanaan aktiviti: a. Pasukan Badan Beruniform (PBB) b. Kelab dan Persatuan(tidak termasuk kelab sukan dan permainan); dan c. Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah murid seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik). 9.5.2 Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan pelaksanaan aktiviti di para 9.5.1 adalah seperti berikut: a. Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring; b. Perolehan / penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; c. Pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah(bagi tujuan perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti) d. Pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan; dan e. Pembelian hadiah aktiviti. 9.6. BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP) SUKAN 9.6.1 Perbelanjaan bagi menampung pengelolaan sukan tahunan sekolah seperti: a. Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid. b. Perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; c. Pembelian cenderahati, pingat dan piala d. Sekiranya peruntukan masih berbaki setelah sukan tahunan sekolah dilaksanakan baki tersebut dibenarkan dibelanjakan untuk aktiviti sukan yang lain. 9.7. Anggaran Belanja Mengurus (ABM) perlu disediakan pada setiap akhir tahun supaya dibawa ke mesyuarat JK Induk Kokurikulum untuk dibincangkan. 9.8. ABM yang dicadangkan adalah mengikut kadar yang dipersetujui di dalam mesyuarat Jawatankuasa induk Kokurikulum. ABM dibuat menggunakan format yang terkandung item berikut:- Pengetua PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat Pengetua PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat PK Kokurikulum SU Kokurikulum PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat
20 a. Bilangan b. Program/aktiviti c. Tarikh/haribulan d. Sasaran e. Item f. Kos g. Sumber h. Format borang (LAMPIRAN 1) 9.9. Permohonan pembelian barang dan peralatan mestilah mengikut prosedur kewangan sedia ada seperti: 9.9.1 Menyediakan kertas kerja 9.9.2 Membuat Nota Minta 9.9.3 Memohon sebut harga 9.9.4 Invois bayaran (selepas membuat pembelian) 9.10. Resit-resit pembelian setiap barangan atau peralatan hendaklah dikemukakan ke pejabat dalam masa 14 hari setelah pembelian dilakukan untuk dibuat bayaran. 9.11. Bayaran penyertaan yang menggunakan PCG Kokurikulum dan Sukan hendaklah dikemukakan 7 hari sebelum aktiviti tersebut dijalankan. 9.12. Permohonan yang dikemukakan mestilah lengkap dengan perkara berikut: 9.12.1 Borang penyertaan 9.12.2 Senarai nama peserta 9.12.3 Surat jemputan pertandingan/aktiviti 9.12.4 Minit mesyuarat penyelarasan (yang menyatakan jumlah bayaran/sumbangan penyertaan) 9.13. Tuntutan wang saku/makan dan minum murid boleh dibuat mengikut kadar mengikut kesesuaian sekolah* 9.14. Prestasi perbelanjaan hendaklah dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum. Penolong Kanan Kokurikulum selaku penyelia kewangan kokurikulum hendaklah mendapatkan laporan kewangan dari Ketua Pembantu Tadbir Kewangan dari masa ke semasa. 9.15. Data Kewangan Kokurikulum Sekolah (bagi BKKS dan BBTP Kokurikulum) perlu dihantar ke PPD menggunakan Tapak data yang disediakan pada setiap bulan Jun dan Oktober. 9.16. Kutipan bayaran penyertaan bagi segala aktiviti perlu mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Agung PIBG PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat PK Kokurikulum SU Kokurikulum Penyelaras Unit JK Pelaksana PK Kokurikulum PK Kokurikulum PK Kokurikulum PK Kokurikulum
21 10.0 MEKANISME PEMANTAUAN AKTIVITI KOKURIKULUM ITEM KETETAPAN TINDAKAN Mekanisme Pemantauan Aktiviti Kokurikulum 10.1 Pembentukan Jawatan Kuasa Pemantauan terdiri daripada Pengetua, Semua PK, Semua GKMP, Setiausaha dan Penyelaras. 10.2 Surat lantikan tahun semasa diberikan kepada JK Pemantauan yang dilantik 10.3 Jadual pemantauan disediakan berdasarkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum 10.4 Pemantauan aktiviti kokurikulum dijalankan tiga (3) kali setahun. Pemantauan menggunakan borang pemantauan yang disediakan dengan fokus kepada aspek kehadiran murid dan cara pelaksanaan aktiviti / peralatan. (LAMPIRAN 10: Instrumen Pemantauan Aktiviti Unit Kokurikulum Sekolah) 10.5 Membuat penilaian dan analisis bagi setiap aktiviti / program yang dijalankan / penglibatan / pencapaian murid dan disimpan dalam fail khas. 10.6 Pemantauan peralatan tiga kali setahun dengan menggunakan Borang Instrumen (LAMPIRAN 11 : Pemantauan Peralatan Sukan & Kokurikulum) 10.7 Membuat pelaporan pemantauan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Induk Kokurikulum PK Kokurikulum Pengetua/ PK Koku SU Kokurikulum JK Pemantauan SU Kokurikulum SU Kokurikulum SU Sukan Pengetua PK Kokurikulum 11.0 KESELAMATAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN Keselamatan 11.1 SEBELUM AKTIVITI 11.1.1 Pematuhan kepada SPI 5/2016 : Panduan Keselamatan Diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di luar kawasan. 11.1.2 Surat makluman kepada Balai Polis/Pejabat Kesihatan/ Renjer Hutan/ Balai Bomba dan lainlain agensi mengikut keperluan dalam tempoh sebulan *sebelum aktiviti. PK Kokurikulum PK Kokurikulum Guru Penasihat Jurulatih Sekolah SU Kokurikulum SU Sukan
22 11.1.3 Pematuhan SOP keselamatan dan penggunaan peralatan dibentangkan kepada guru semasa mesyuarat kokurikulum yang pertama. 11.1.4 Taklimat SOP keselamatan kepada murid pada minggu pertama persekolahan dan pada setiap perjumpaan/aktiviti secara berterusan. 11.1.5 Surat makluman aktiviti kepada ibu bapa / penjaga murid disediakan dan diedarkan dalam tempoh 2 minggu. 11.1.6 Semua aktiviti kokurikulum dan sukan yang dijalankan perlu mendapat kelulusan pengetua. 11.1.7 Memastikan dokumen-dokumen sokongan lengkap: a. Surat kebenaran ibu bapa/penjaga b. Borang perakuan kesihatan murid / c. Deklarasi kesihatan d. Borang Pelancongan (Undang-undang Pelancongan Sekolah 1957) – ESTRIP e. Borang Pelepasan Pegawai f. Borang Pelepasan Murid g. Kebenaran menggunakan kenderaan (Rujuk SPI KPM BIL 3/2019 - SOP Penggunaan Kenderaan Sendiri Membawa Murid Bagi Urusan Rasmi) 11.1.8 Permohonan pelancongan untuk aktiviti luar anjuran sekolah perlu dihantar ke PPD bagi mendapatkan kelulusan dalam tempoh 5 minggu dengan menggunakan sistem e-Strip (Undangundang Pelancongan Sekolah 1957) 11.1.9 Tempat aktiviti selesa dan selamat digunakan. 11.1.10 Semua peralatan berfungsi dan selamat digunakan berdasarkan keadaan fizikal dan tempoh guna (warranty). 11.2 SEMASA AKTIVITI: 11.2.1 Taklimat aspek keselamatan semasa aktiviti dijalankan kepada murid. 11.2.2 Guru mesti mematuhi jadual bertugas dan SOP sepanjang aktiviti yang dijalankan dan peka kepada persekitaran bagi mematuhi keberadaan dan keselamatan murid Guru Penasihat/ Guru Pengiring Guru Penasihat/ Guru Pengiring Guru Penasihat/ Guru Pengiring Jurulatih Guru Penasihat/ Jurulatih Guru Penasihat/ Guru Pengiring Penyelaras Unit SU Sukan Penyelaras Sukan Guru Penasihat Guru Penasihat/ Jurulatih Guru Penasihat/ Jurulatih Guru Penasihat/ Guru Pengiring/ Jurulatih
23 11.2.3 Sebarang aktiviti luar (kawasan terbuka/ padang / hutan /air)ditangguhkan sekiranya berlaku cuaca buruk atau terlampau panas. (Akur surat siaran dari semasa ke semasa; RUJUK SPI bil 1/2019) 11.2.4 Aspek pemakaian seperti kasut, pakaian sukan atau seragam yang lengkap, sesuai dengan aktiviti. 11.2.5 Murid yang terlibat dengan aktiviti berada dalam keadaan sihat. 11.2.6 Ibu bapa/penjaga perlu dihubungi dengan segera sekiranya berlaku kecemasan / kecederaan murid dan menghantar ke klinik/hospital yang berhampiran. 11.2.7 Makanan murid dipantau setiap hari dan sampel makanan yang disimpan (dilabel). 11.2.8 Pematuhan kepada tugas dan tanggungjawab sepanjang pelaksanaan aktiviti. 11.3 SELEPAS AKTIVITI: 11.3.1 Taklimat keselamatan kepada murid sebelum program berakhir (Rujuk SOP) 11.3.2 Memastikan bilangan peserta mencukupi sebelum bersurai. Guru Penasihat / Guru Pengiring/ Jurulatih/ JK Program Guru Penasihat/ Jurulatih Guru Penasihat/ Guru Pengiring Guru Penasihat/ Guru Pengiring/ Jurulatih Guru Penasihat/ Guru Pengiring Guru Penasihat/ Guru Pengiring Guru Penasihat/ Guru Pengiring Guru Penasihat/ Guru Pengiring 12.0 PENILAIAN PAJSK ITEM KETETAPAN TINDAKAN Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) 12.1 Menubuhkan Jawatankuasa PAJSK yang terdiri daripada Pengetua, Semua Pentadbir, Kaunselor, dan beberapa orang guru (mengikut keperluan sekolah) 12.2 PAJSK dijadikan agenda dalam Mesyuarat Induk Jawatankuasa Kokurikulum. 12.3 Data kokurikulum murid dimasukkan dalam sistem Modul Pengurusan Murid (MPM) Pengetua PK Kokurikulum SU Kokurikulum Guru Tingkatan SU Kokurikulum
24 12.4 Semua murid wajib mempunyai kad / buku rekod PAJSK (SPI Bil. 2/1986 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar). 12.5 Kad / Buku* Rekod PAJSK diisi oleh murid dan disahkan oleh Guru Penasihat serta disimpan oleh Guru Penasihat serta setiap kali perjumpaan. 12.6 Taklimat PAJSK (pengisian markah) kepada Guru Penasihat/pemimpin dari semasa ke semasa. 12.7 Pengisian PAJSK dilaksanakan mengikut arahan pada tahun semasa. 12.8 Penilaian PAJSK perlu mematuhi Manual Pengurusan PAJSK, KPM yang meliputi aspek berikut: a. Kehadiran (40 Markah) b. Jawatan (10 markah) c. Penglibatan (20 markah) d. Pencapaian (20 markah) e. Komitmen (10 markah) f. Khidmat Sumbangan (10 markah) 12.9 Menyemak dan mengesahkan maklumat yang terdapat dalam Kad / Buku Rekod PAJSK 12.10 Markah penilaian diisi dalam sistem PAJSK dalam tempoh tiga minggu selepas sistem dibuka. 12.11 Pengisian markah PAJSK dipantau dan disemak secara berterusan. 12.12 Pelaporan dicetak untuk tingkatan 3 dan tingkatan 5 sebanyak 2 salinan (salinan asal untuk murid dan salinan sekolah). 12.13 Pelaporan disahkan oleh Pengetua. 12.14 Semua salinan pelaporan perlu disimpan dalam fail pelaporan PAJSK murid sehingga tamat persekolahan. 12.15 Pihak sekolah perlu memastikan murid yang berpindah masuk membawa markah akhir kokurikulum dari sekolah asal. Maklumat kokurikulum juga perlu disediakan untuk murid yang berpindah ke sekolah lain. SU Kokurikulum Guru Penasihat Guru Penasihat PK Kokurikulum SU Kokurikulum Guru Penasihat/ Guru Pemimpin Guru Tingkatan Guru Penasihat/ Guru Pemimpin PK Kokurikulum PK Kokurikulum SU Kokurikulum Guru Tingkatan Guru Penasihat JK Pemantau Guru Tingkatan Pengetua PK Kokurikulum SU Kokurikulum Pengetua PK Kokurikulum SU Kokurikulum Guru Tingkatan
25 13.0 PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN Pengiktirafan Dan Penghargaan 13.1 Pengiktirafan kepada murid dan guru dalam aktiviti kokurikulum dan sukan perlu dilaksanakan (SPI Bil 1/1985 Sub Perkara 8.2.4) 13.2 Menubuhkan Jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan. 13.3 Menyediakan anggaran perbelanjaan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan menggunakan peruntukan. 13.3.1 Bantuan Kokurikulum (BKK) 13.3.2 Bantuan Sukan Sekolah (BSS) 13.3.3 Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) - Kokurikulum 13.3.4 Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) - Sukan 13.4 Kertas kerja disediakan sebulan sebelum program dilaksanakan dan mendapat kelulusan daripada pengetua. 13.5 Pemilihan calon untuk diberi pengiktirafan dan penghargaan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh sekolah. 13.5.1 Murid cemerlang kokurikulum dan sukan peringkat daerah / negeri/ kebangsaan / antarabangsa. 13.5.2 Unit cemerlang kokurikulum dan sukan 13.5.3 Guru cemerlang kokurikulum dan sukan 13.5.4 Tokoh murid / murid harapan dalam kokurikulum dan sukan 13.5.5 Tokoh Guru dalam kokurikulum dan sukan 13.5.6 Individu / agensi luar 13.5.7 Ahli Jawatankuasa tertinggi setiap unit kokurikulum dan sukan 13.6 Bentuk penghargaan (cadangan) 13.6.1 Sijil pencapaian / penghargaan 13.6.2 Plak / Piala 13.6.3 Hamper 13.6.4 Wang tunai 13.6.5 Baucer tunai / barang 13.7 Dokumentasi disediakan dalam tempoh 4 minggu selepas program dilaksanakan. PK Kokurikulum S/U Kokurikulum S/U Sukan PK Kokurikulum SU Kokurikulum/ SU Sukan S/U Kokurikulum, S/U Sukan Pengetua PK Kokurikulum JK Program JK Program JK Dokumentasi JK Program
26 LAMPIRAN 1 CONTOH: ANGGARAN BELANJA MENGURUS KEWANGAN AKTIVITI SUKAN SEKOLAH MSS SMK ___________________________________ TAHUN 2023 1. Sukan / Permainan Merentas Desa MSSD Tarikh Tempat Bilangan Pelajar 8 orang Kadar Perbelanjaan 8 orang X RM 8.00 2 kereta X RM 30.00 Yuran Pendaftaran RM 64.00 RM 60.00 RM 80.00 Jumlah RM 204.00 2. Sukan / Permainan Bola Jaring MSSD Tarikh Tempat Bilangan Pelajar 16 orang Kadar Perbelanjaan 16 orang X RM 8.00 3 kereta X RM 30.00 (2 hari) Yuran Pendaftaran RM 128.00 RM 180.00 RM 240.00 Jumlah RM 584.00 3. Sukan / Permainan Bola Baling MSSD Tarikh Tempat Bilangan Pelajar 26 orang Kadar Perbelanjaan 26 orang X RM 8.00 3 kereta X RM 30.00 (2 hari) Yuran Pendaftaran RM 208.00 RM 180.00 RM 200.00 Jumlah RM 588.00
27 4. Sukan / Permainan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Tarikh Tempat Bilangan Pelajar 800 orang Kadar Perbelanjaan Hadiah Pelajar Air Minuman Perbelanjaan Runcit RM 500.00 RM 560.00 RM 260.00 Jumlah RM 1 320.00 5 Sukan / Permainan Bola Sepak MSSD Tarikh Tempat Bilangan Pelajar 36 orang Kadar Perbelanjaan 36 orang X RM 8.00 (2 hari) 1 Bas X RM 50.00 (2 hari) Yuran Pendaftaran RM 576.00 RM 100.00 RM 300.00 Jumlah RM 976.00 6. Sukan / Permainan Olahraga MSSD Tarikh Tempat Bilangan Pelajar 18 orang Kadar Perbelanjaan 18 orang X RM 8.00 (2 hari) 2 kereta X RM 40.00 (2 hari) Yuran Pendaftaran RM 288.00 RM 160.00 RM 100.00 Jumlah RM548.00 7. Sukan / Permainan Badminton MSSD Tarikh Tempat Bilangan Pelajar 8 orang Kadar Perbelanjaan 8 orang X RM 8.00 (2 hari) 3 kereta X RM 40.00 (2 hari) Yuran Pendaftaran RM 128.00 RM 160.00 RM 100.00 Jumlah RM 380.00 8. Sukan / Permainan Catur MSSD Tarikh Tempat Bilangan Pelajar 8 orang Kadar Perbelanjaan 8 orang X RM 8.00 (2 hari) 1 Bas X RM 100.00(2 hari) Yuran Pendaftaran RM 128.00 RM 200.00 RM 200.00 Jumlah RM 528.00
28 9. Sukan / Permainan Kejohanan Padang dan Balapan Tarikh Tempat Bilangan Pelajar 100 orang Kadar Perbelanjaan Persiapan Padang Khemah Hadiah Jamuan Murid Runcit RM 500.00 RM 900.00 RM 2 436.00 RM 580.00 RM 402.00 Jumlah RM 4 482.00 ANGGARAN PENDAPATAN JUMLAH (RM) ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH (RM) 1. Bantuan Sukan Sekolah (BSS) 2. Bayaran Tambahan Sukan Tahunan 3. Bantuan PIBG RM 4 000.00 RM 4 000.00 RM 3 960.00 Merentas Desa MSSD 204.00 Sepak Takraw MSSD 584.00 Bola Jaring MSSD 588.00 Kejohanan Merentas Desa 1320.00 Bola Sepak MSSD 976.00 Olahraga MSSD 548.00 Badminton MSSD 380.00 Catur MSSD 528.00 Kejohanan Padang dan Balapan 4 482.00 JUMLAH RM 11 960.00 JUMLAH RM 9610.00 Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, ......................................... ......................................... .........................................
29 LAMPIRAN 2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN __________________________________ PEMANTAUAN UNIT KOKURIKULUM BADAN BERUNIFORM / KELAB & PERSATUAN / SUKAN & PERMAINAN BORANG SEMAKAN (Pemilihan Guru Penasihat Tahun __________) Bil Nama Guru Unit Pengalaman Sebagai Guru Penasihat Kemahiran sedia ada Maklum balas Catatan Sijil / Peringkat 1. Mawar Binti Ros KRS 5 Ikatan & Simpulan minat Sijil Jurulatih 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Disediakan oleh: Disahkan oleh: ……………………………………… ……………………………………….
30 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN FUAD STEPHENS Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Beg Berkunci 5 89259 TAMPARULI, SABAH. Tel : 088-782835 Faks : 088-783837 e-mel: [email protected] LAMPIRAN 3 Rujukan Kami : Tarikh : Walexander Dani SMK Tun Fuad Stephens, Beg Berkunci 5, 89259, Tamparuli, Sabah. Tuan/Puan, PERLANTIKAN JAWATANKUASA KOKURIKULUM SESI 2023/24 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan. 2. Untuk sesi 2023/24, sukacita dimaklumkan tuan/puan telah dilantik sebagai: 2.1 SETIAUSAHA KOKURIKULUM 2.2 SETIAUSAHA PAJSK SIDANG PAGI 2.3 GURU PENASIHAT KELAB INDOOR GAMES 3. Sehubungan dengan itu diharapkan tuan/puan dapat melaksanakan tugas dan amanah ini dengan cekap, profesional dan berkualiti mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas dan surat edaran KPM, JPN, PPD dan Sekolah. 4. Semoga dengan perlantikan ini, tuan/puan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berkomitmen tinggi meningkatkan prestasi unit Kokurikulum sekolah. Sekian terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, …………………………………………… (AWANG SEMAN BIN AG TAHIR) Pengetua, SMK Tun Fuad Stephens. Sk: Fail Induk Kokurikulum
31 LAMPIRAN 4 CONTOH SURAT SERAH TUGAS Kepada Pengetua SMK Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran Tuan, Penyerahan Tugas/Kuasa Sebagai Guru Penasihat Kelab Persatuan/ Badan Beruniform/Sukan Permainan Bagi Tahun 2022 Perkara di atas adalah dirujuk Sukacita dimaklumkan bahawa kuasa yang telah diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 P.U(A) 196 bahawa dengan ini saya menyerahkan tugas/kuasa sebagai Guru Penasihat untuk Jawatan …………………………………………………………………………………………. Mulai : …………………………………………… hingga ………………………………….. 2. Kepercayaan dan kerjasama daripada pihak sekolah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, …………………………………………….
32 LAMPIRAN 5 SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU TUARAN PEMANTAUAN UNIT KOKURIKULUM BADAN BERUNIFORM / KELAB & PERSATUAN / SUKAN & PERMAINAN) BORANG SEMAKAN (PERJAWATAN MURID TAHUN _______) Disediakan oleh: Disahkan oleh: ……………………………… ………………………………………. Bil NAMA MURID TING KELAB/ PERSATUAN JAWATAN DISANDANG BADAN BERUNIFORM JAWATAN DISANDANG SUKAN / PERMAINAN JAWATAN DISANDANG 1. ROSNI BT AHMAD 5A Bahasa Melayu SETIAUSAHA Kadet Polis NAIB PENGERUSI Ping Pong AHLI BIASA 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
33 LAMPIRAN 6
34
35
36 LAMPIRAN 7 INSTRUMEN PEMANTAUAN PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM 2020 SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU TUARAN Nama Pemantau : ___________________________________ Tarikh Pemantauan : ___________________________________ Sesi Pemantauan : Pagi/ Petang Skala : Skala pencapaian : 0 = Tiada 85 – 10% = Cemerlang 1 = Memuaskan 70 – 84% = Baik 2 = Baik 50 – 69% = Sederhana 3 = Cemerlang 30 – 49% = Lemah 21 – 29% = Sangat lemah BIL ITEM 0 1 2 3 CATATAN 1. UCAPAN • Fokus Kokurikulum • Unsur Motivasi Kokurikulum • Menyentuh Peranan Guru • Kokurikulum 2. PEMAKAIAN UNIFORM LENGKAP • Pentadbir • Guru • Murid 3. KEKEMASAN • Pentadbir • Guru • Murid 4. PENGLIBATAN • Pentadbir • Guru • Murid 5. KAWALAN MURID • Laluan Keluar / Masuk Sitematik • Guru/Murid Bertugas Di Tempat Laluan JUMLAH SKOR ( /24 ) PERATUS SKOR ( /24 x 100 ) % STATUS Cadangan Penambahbaikkan/ Ulasan: Tandatangan Pemantau : …………………………………………………….. Nama : ………………………………………………………. Jawatan : ……………………………………………………… Tarikh : ………………………………………………………
37 LAMPIRAN 8 TARIKH : PERJUMPAAN KE: PEMANTAUAN MINGGUAN KELAB / PERSATUAN: ______________________________________ Disediakan oleh : …………………………………….…………… (Penyelaras:…………………………………………………………….) BIL NAMA UNIT AKTIVITI TEMPAT NAMA GURU JUM HADIR JUM AHLI % HADIR L P L P L P L P L P L P 1. B.MELAYU 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. JUMLAH
38 LAMPIRAN 9 PEMANTAUAN UNIT KOKURIKULUM BADAN BERUNIFORM/ KELAB & PERSATUAN/ SUKAN & PERMAINAN BORANG SEMAKAN (PERANCANGAN KOKURIKULUM TAHUN 2023) Bil NAMA BADAN BERUNIFORM PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN ( / ) ATAU ( X ) PERANCANGAN STRATEGIK SELARAS DENGAN TAKWIM SEKOLAH ( / ) ATAU ( X ) PENGURUSAN PELAN OPERASI / PELAN TAKTIKAL ( / ) ATAU ( X ) 1. KADET REMAJA SEKOLAH 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Disediakan oleh: ______________________________ Disahkan oleh: ______________________________
39 LAMPIRAN 10 Instrumen Pemantauan Aktiviti Unit Kokurikulum Sekolah Kelab/ Persatuan : ___________________________________________ Sukan/ Permainan : __________________________________________ Badan Beruniform : __________________________________________ Tarikh : ____________________ Masa : ____________________ Guru penasihat Terlibat : 1. ____________________________________ 2. ____________________________________ Pemantau : ________________________________________________ Jawatan : _________________________________________________ BIL PERKARA STATUS PELAKSANAAN AKTIVITI ADA TIADA CATATAN 1. Menepati waktu aktiviti 2. Dilaksanakan mengikut perancangan takwim yang disediakan. 3. Kemudahan/bahan/peralatan asas dalam keadaan selamat serta mencukupi 4. Hampir 100% murid terlibat secara aktif semasa aktiviti dilaksanakan. 5. Disiplin murid terkawal. 6. Aktiviti berjalan lancar dalam tempoh pelaksanaan. 7. Kehadiran murid direkodkan. 8. Program menarik dan mampu menarik kehadiran dan penyertaan murid. Ulasan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Disediakan oleh, Disahkan oleh, ……………………………………........ ..................................……………. ( ) ( )
40 LAMPIRAN 11 PEMANTAUAN UNIT KOKURIKULUM BORANG INSTRUMEN PEMANTAUAN PERALATAN KOKURIKULUM / SUKAN SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU TUARAN Bil TARIKH JENIS ALATAN BILANGAN SEBENAR BILANGAN ROSAK BILANGAN HILANG TINDAKAN CATATAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Disediakan oleh: Disahkan oleh: ………………………………………………… ……………………………………………………