Tajuk: Warisan Negara: Pua Kumbu
Subjek: Pendidikan Sains Sosial dan aAam Sekitar
Disediakan oleh:
Abdul Matin Basiunee Bin Mohamad Usul
Tingkatan 1 Balanced PK
Latar belakang
dan
sejarah pua kumbu
Terdapat beberapa versi sejarah asal usul pua kumbu. Antara nya adalah seperti mana yang
diceritakan oleh Puan Noria Tugang dalam kajian Febbie Kay dan penulisan Kedung BK
dalam laman web ILOVEBORNEO
Kajian oleh Fabian Kay
Asal usul dan sejarah penenunan pua kumbu berkait rapat dengan petara dan kuasa luar biasa
lain.Berdasarkan lagenda dan mitos iban, petara memiliki kepakaran yang luar biasa yang
boleh menghasilkan pelbagai jenis kain pua yang berkualiti tinggi yang berasal dari gelong.
Menurut Miya Dibong, kain pua bersal dari Gelong Batu Teluk sungai Gelung. Kepakaran
menenun ini dipelopori oleh petara Jawai Ensengai Dayang Kumang. Wilayah kediaman di
gelong kemudiannya diiktiraf oleh orang panggan libau sebagai iban Gelong Batu Benang.
Kaum iban percaya bahawa kepakaran orang iban menenun diperuntukkan oleh petara
Kumang, Lulong dan Indai Abang. Kain pua dikatakan di Gelong Batu Benang oleh petara
Kumang Dara lnya dan dan Lemok Lulong Bintang. Sehingga kini kaum iban percaya
kewujudan petara ini di Gelong Batu Benang
Penulisan oleh Kedung BK
Sejarah hanya boleh dikenang melalui tradisi lisan yang diturunkan secara temurun dalam bentuk
pengap, pantun, sabak dan renong oleh pujangga (lemambang) dan belian dari dukun.
Terdapat banyak lagenda tentang asal usul Pua Kumbu, semua berkaitan dengan watak-watak Menggin
dan Dara Tinchin.
Salah satu cerita ini bermula dengan Menggin, seorang pemburu Iban yang menembak seekor burung
yang cantik. Ketika dia pergi untuk mengutip hasil tembakannya, apa yang dia temukan adalah sehelai
kain tenunan dan bukan mayat burung tersebut. Dia turut simpan kain tersebut sebab dia tidak pernah
melihat kain sebegitu sebelum ini. Tanpa pengetahuan dia, kain tersebut adalah milik Dara Tinchin
Temaga, anak sulung salah satu petara iaitu Singalang Burong.
Dara Tinchin Temaga turut bercari kain tenunannya yang hilang di merata-rata tempat. Setelah berjumpa
dengan Menggin dan menyatakan keinginannya untuk mendapatkan kainnya yang hilang, Menggin
menyedari kain tersebut adalah kain yang sama ditemuinya dan memulangkan kain tersebut. Sebagai
balasan, Dara berkahwin dengan Menggin, walaupun dia sudah kahwin.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Sera Gunting. Selepas setahun, suami pertama Dara
kembali ke rumah. Dara turut menyuruh Menggin dan anak mereka untuk kembali ke dunia Iban dan
menghadiahkan sebuah ‘jaket’ iaitu baju burong dan kainnya yang dia telah tenun kepada Menggin dan
Sera untuk perjalanan mereka. Sejak hari itu, baju burong dan kain itu diserahkan kepada wanita Iban
untuk mereka menenun rekaan yang sama dan tetap dekat dengan para dewa.
Faktor kewujudan
warisan
Pua Kumbu
1. Simbol status sosial dalam
masyarakat Iban
Kebolehan menenun kain Pua amat dititikberatkan dalam masyarakat Iban hingga
wujud ungkapan yang berbunyi “ngiga indu dara ambi ka menantu ia ka tau
telepong ka ai ngena tampuk lemba” yang bermaksud carilah gadis Iban yang
memiliki kebolehan luarbiasa dalam menenun dan banyak menenun kain pua, gadis
sebeginilah yang layak dijadikan menantu.
Disamping itu, jumlah kain Pua yang dimiliki oleh sesebuah keluarga itu menjadi
simbol kekayaan mereka.
2. Digunakan dalam ritual atau acara penting
Penggunaan kain Pua dalam ritual keagamaan adalah sangat
penting. Ini kerana, kain Pua dianggap sebagai perantara atau
cara berkomunikasi dengan petara mereka. Kain Pua merupakan
satu simbol identiti atau pengenalan diri mereka kepada petara
yang disembah.
3. Perantara antara kaum Iban dengan Tuhan
• Kain Pua amat penting dalam masyarakat Iban kerana ia merupakan antara
salah satu cara yang digunakan untuk berkomunikasi dengan petara mereka.
• Orang Iban percaya bahawa manusia, haiwan, tumbuhan, serangga dan
burung dikurniakan kuasa luarbiasa oleh petara. Oleh kerana itu, sebelum
wanita Iban melakukan tenunan yang berasaskan motif ini, mereka perlu
melakukan ritual miring untuk mendapatkan izin dari petara.
Kronologi Pembuatan
Pua Kumbu
Proses Menenun Pua kumbu
Sedia bahan
penenunan
Mewarna tenunan
Huraian Proses Menenun Pua Kumbu
Proses ini bermula dengan menyediakan benang untuk tenunan, yang terdiri daripada
yang berikut:
• Nabu’– menggulung benang ke dalam bola
• Muai – untuk menyusun
• Ngirit – proses peregangan dan menarik kulit benang secara mendatar, sehelai
benang pada satu masa, untuk membentuk asas atau warp
• Ngarap – pemilihan warp alternatif
• Ngebat – mengikat
• Mampul – untuk menampung
• Muka ‘tanchang – membebaskan
• Ngerembai – memuka
• Anak dan Ara – menambah reka bentuk sampingan
Penenunan
Untuk mempersiapkan proses tenunan, benang akan dimukakan dan disusun dengan
teliti pada bingkai kayu.
Sebelum tenunan sebenar bermula, bahagian tepi benang yang terbelah, dikenali
sebagai anak atau ara, diatur dengan teliti. Tenun dilakukan menggunakan mesin
tenun belakang yang ditempatkan di tempat yang mudah di dalam rumah panjang.
Peringkat akhir melibatkan penamat tepi atas dan bawah dengan crowfeet pattern.
Proses Mewarna
Semua bahan mentah untuk pewarna semulajadi dituai
dari hutan.
Orang Iban secara tradisinya memanfaatkan
sebilangan besar tumbuhan untuk menghasilkan pelbagai warna.
Tumbuhan Rengat menghasilkan warna Indigo dalam pelbagai ton.
Akar penawar landak digunakan untuk mendapatan warna kuning.
Untuk pewarna Engkudu, jika kapur dicampurkan, ia akan berubah menjadi coklat.
Benang dicelup ke dalam kombinasi, dipusing dan dibiarkan berendam sebelum
dikeringkan di bawah matahari.
Proses pewarna disediakan lagi dengan mengikat bahagian untuk membina reka bentuk.
Proses mewarna ini digelar ‘kayau indu’, dimana ia menekankan pentingnya tenunan
adalah untuk wanita dalam masyarakat Iban sama seperti headhunting untuk lelaki.
IMPAK
PERISTIWA
Impak pada diri sendiri:
Setiap kerja perlulah melalui proses yang terancang dan teratur untuk hasil
yang terbaik. Ini samalah seperti proses menghasilkan kain pua kumbu yang melalui
proses yang teratur.
Impak pada masyarakat setempat
Tradisi dan sejarah dapat di kekalkan untuk genarasi yang akan datang
Impak pada negara
Masyarakat dunia dapat mengetahui keunikan tradisi rakyat seperti contoh penenun
ini ialah Pn. Bangie ak Embol, berasal daripada Kampung Gari. Kebanyakan tenunan
beliau telah dipamerkan di seluruh dunia seperti New York, Paris, dan London.
Iktibar
Tradisi Yang Perlu Dikekalkan
Walaupun pua kumbu kini dijual secara komersil, untuk menyenangkan proses
penenunan, kita mesti menghargai nilai dan tradisi di sebalik seni tekstil ini.
Seni ini seperti macam ditelan zaman, akan tetapi masih ada lagi penenun pua
kumbu yang setia mengekalkan tradisi ini. Salah seorang daripada penenun ini
ialah Pn. Bangie ak Embol, berasal daripada Kampung Gari. Kebanyakan
tenunan beliau telah dipamerkan di seluruh dunia seperti New York, Paris, dan
London. Beliau juga diiktiraf sebagai Adiguru Kraf Pua dan masih menenun
sehingga ke hari ini!
Yang membezakan cara penenunan beliau dengan mesin ialah beliau
menggunakan cara tradisional, dari cara menenun sehingga ke proses mewarna
pua kumbu.
Rumusan
• Pua kumbu sangat penting dalam masyarakat iban.
• Kain pua digunakan dalam ritual keagamaan, kain ini dianggaa
suci kerana digunakan bagi tujuan penyembahan petara dan
seterusnya sebagai perantara bagi orang iban dengan petara.
• Selain daripada fungsinya dalam ritual keagamaan, kain pua
juga melambangkan status sosial seseorang pahlawan.
• kain pua juga melambangkan status sosial seseorang keluarga
dalam komuniti anak gadis atau wanita dan sesebuah keluarga
dalam komuniti rumah panjang. Anak gadis yang rajin
menenun kain pua akan menjadi pilihan keluarg pihak lelaki,
manakala kaum wanita yang mahir dalam menenun juga
dipandang tinggi atas kemahirannya.
• Selain itu, sesebuah keluarga yang mempunyai kain pua yang
banyak dianggap kaya dan seterusnya dipandang tinggi status
sosial mereka.
Lampiran
Menenun Pua Kumbu Proses mewarna
Ritual Pua Kumbu Proses mewarna
Puan Bangie Anak Embol
Sumber rujukan
• Fungsi dan Peranan Pua Kumbu dalam Budaya Kaum Iban, Febbie
Kay, Academia.edu
• Kenali Pua Kumbu, Seni Tenunan Tekstil Tradisional Masyarakat
Iban,Kedung BK, Iloveborneo.my, 12 Februari 2020
• Living in the Ngar - Cerava SarawakLiving in the Ngar - Cerava
Sarawak, ceravasarawak.com
• This is Mdm Bangie anak Embol from Sungai Kain, Kapit. She got
the title Master Weaver of Pua Kumbu from Unesco.
,mobile.twitter.com