The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NIA ADRIANA BT MOHD ANUAR
2 SAPPHIRE
SMK SULTAN ISMAIL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nia adriana, 2022-12-25 22:00:43

KERJA LAPANGAN GEO

NIA ADRIANA BT MOHD ANUAR
2 SAPPHIRE
SMK SULTAN ISMAIL

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

(TAMAN BUKIT INDAH 1, JOHOR BAHRU.)

DISEDIAKAN OLEH:

NIA ADRIANA BT MOHD ANUAR

TINGKATAN:

2 SAPPHIRE

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

26/12/2022 ISNIN

PERANCANGAN KERJA

JADUAL KERJA

BIL. TARIKH AKTIVITI CATATAN

1 5/12/2022 Menghadiri taklimat yang dijalankan oleh guru Bincang di dalam kelas
mata pelajaran Geografi berkaitan dengan

penulisan tugasan Kerja Lapangan ini menerusi

Pdpr.

2 6/12/2022 Membuat persediaan awal dan merancang Buat sendiri

jadual kerja dengan teratur.

3 7/12/2022 Mengenal pasti objektif kajian dan menentukan Bersama rakan

kaedah kajian yang sesuai.

4 7/12/2022 Menyediakan borang soal selidik. Bersama rakan

5 8/12/2022 Mula mengumpulkan maklumat daripada Bersama rakan di

- pelbagai sumber seperti internet, buku teks, Perpustakaan Sultan
10/12/2022 buku rujukan, majalah dan akhbar. Ismail

6 11/12/2022 Mendapatkan respoden di kawasan kajian Buat sendiri
- berkaitan dengan AMALAN TEKNOLOGI

15/12/2022 HIJAU yang boleh dilakukan.

7 16/12/2022 Menganalisis maklumat yang telah diperolehi Buat sendiri
ke dalam bentuk peta dan tafsiran dengan

bimbingan dan tunjuk ajar guru.

8 17/12/2022 Mengenal pasti takrif dan konsep TEKNOLOGI Di Taman Bukit Indah
HIJAU yang dilakukan di kawasan kajian. 1, Johor Bahru

9 18/12/2022 Menjelaskan amalan berkonsepkan Bersama rakan

- TEKNOLOGI HIJAU dan contoh produk yang
20/12/2022 sesuai dilakukan di kawasan kajian.

10 21/12/2022 Menjelaskan tiga kepetingan AMALAN Buat sendiri

TEKNOLOGI HIJAU dikalangan penduduk di

kawasan kajian.

11 23/12/2022 Menghuraikan halangan pelaksanaan Buat sendiri

AMALAN TEKNOLOGI HIJAU ini

dikalangan penduduk di kawasan kajian

12 23/12/2022 Mencadangkan strategi dan langkah-langkah Buat sendiri
bagi menjayakan AMALAN TEKNOLOGI

HIJAU dikalangan penduduk di kawasan kajian.

13 23/12/2022 Menyediakan peta I-THINK yang sesuai dan Buat sendiri

gambar yang berkaitan. Melalui telegram

14 26/12/2022 Menyemak dan menghantar tugasan.

SENARAI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN M/S
1 TAJUK
1
2 JADUAL KERJA 2-3
3
3 SENARAI KANDUNGAN 4
4
4 PENGHARGAAN 5
5 PENDAHULUAN 5-6
6 OBJEKTIF KAJIAN 7
7 KAWASAN KAJIAN
8 KAEDAH KAJIAN 8-18

9 HASIL KAJIAN 19

10 RUMUSAN 20

11 RUJUKAN 21

12 LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 2 yang bertajuk KAJIAN TENTANG AMALAN TEKNOLOGI
HIJAU DI KALANGAN PENDUDUK DINSEKITAR KAWASAN KAJIAN.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Sultan Ismail Johor Bahru, En.
Razali Bin Tamadi kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan
ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi saya iaitu Puan Hanifah kerana telah membantu saya dalam penyediaan
laporan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang
bernama Khyrah Binti Shahril kerana sering membantu bersama dalam mencari
maklumat.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya, iaitu Norlia Binti
Yahaya kerana memberi sokongan dan semangat kepada saya. Tidak lupa juga,
ucapan terima kasih kepada responden dan orang sumber dalam membantu proses
menyiapkan kerja lapangan saya.

PENDAHULUAN

Saya dan rakan telah bekerjasama untuk menjalankan kerja lapangan berkaitan
dengan AMALAN TEKNOLOGI HIJAU yang boleh dilakukan oleh kalangan murid
di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru semasa berada di rumah masing-masing.

Saya membuat kajian tentang kepentingan amalan teknologi hijau dan halangan
pelaksanaan amalan teknologi hijau yang dihadapi oleh murid di kawasan kajian.
Selain itu, saya juga memberi cadangan mengamalkan teknologi hijau ini secara
mudah walaupun berada di rumah.

Antara sebab pemilihan tajuk dan kawasan kajian ini ialah mudah memandangkan
negara sedang mengalami krisis wabak penyakit COVID-19 yang memerlkan
pemantuhan SOP. Saya hanya perlu berkongsi maklumat antara rakan-rakan sekolah
dan jiran secara maya sahaja.

OBJEKTIF KAJIAN

Diakhir kajian ini, saya akan dapat :
1) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau.

2) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Taman Bukit Indah 1, Johor Bahru.

3) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau.

4) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian.

5) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Bukit Indah 1, Johor Bahru. Lingkungan
kawasan kajian saya adalah lebih kurang 14.8 kilometer persegi. Kawasan ini
adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Iskandar Puteri Kawasan ini
juga terletak dalam Daerah Johor Bahru. Pandang darat fizikal kawasan ini ialah
mempunyai kawasan bukit yang mana menjadu satu tempat rekreasi penduduk
sekitar. Kawasan Bukit Indah telah dilancarkan pada tahun 1997. Pengasas SP
Setia , Tan Sri Liew Kee Sin telah merancang dan membeli 900 ekar tanah
daripada UEM Land pada tahun 1997 sebelum memajukan menjadi sebuah taman
perumahan terancang. Menjelang tahun 2000, SP Setia telah membeli lagi tanah
sebesar 300 ekar untuk tujuan pemajuan. Tanah tersebut dimajukan menjadi
Taman Bukit Indah 2 yang dikenali kini. Pandang darat budaya yang terdapat di
kawasan ini pula ialah bangunan, sekolah, taman permainan dan banyak lagi.
Perbandaran Bukit Indah menarik pengunjung asing kerana mempunyai banyak
kemudahan yang berdekatan. Pengangkutan-pengangkutan yang ada seperti bas

awam dapat menghubungkan bandar dari Singapura dengan MRT Boon Lay dan
ke bahagian lain di johor. Lebuhraya yang dibina juga dapat menjimatkan masa
dari Bukit Indah sama ada ke tambak atau Secondlink dengan mengambil masa
hanya 15 min untuk sampai dari 45 min sebelum ini.

Peta 1: Peta Daerah Negeri Johor

Peta 2: Peta Lokasi Kawasan Kajian

KAEDAH KAJIAN

Saya akan menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang
Amalan Teknologi Hijau dalam kalangan penduduk di Taman Bukit Indah 1,
Johor Bahru.

5.1 PEMERHATIAN

Saya telah melawat kawasan kajian saya iaitu Taman Bukit Indah 1, Johor Bahru.
Saya mengumpul data dan maklumat yang terdapat di kawasan kajian melalui
pemerhatian saya.

5.2 SOAL SELIDIK

Saya membuat soal selidik terhadap 10 orang responden di Taman Bukit Indah 1,
Johor Bahru untuk mengenal pasti bilangan yang melakukan Amaln Teknologi
Hijau di rumah masing-masing atau di kawasan tempat tinggal mereka. Kaedah
ini dilakukan untuk mengumpul maklumat dengan mengedarkan borang soal
selidik menggunakan ‘google form’ kepada penduduk setempat.

5.3 SUMBER RUJUKAN INTERNET DAN BUKU RUJUKAN

Saya telah melayari internet dan merujuk buku-buku untuk mencari maklumat
tentang Amalan Teknologi Hijau di kalangan penduduk serta sebagai maklumat
tambahan. Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya membuat
rujukan daripada laman web, buku, majalah, keretan akhbar dan lain-lain.

HASIL KAJIAN

6.1 DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU

6.1.1 Wikipedia
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam
sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal
kesan negatif kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa keturunan manusia.
Teknologi hijau juga ialah bahan yang boleh dikitar semula atau melalui
amalan 5R, mudah dan selamat digunakan.

6.1.2 Inovasi ICT
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan
atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

6.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.
Teknologi hijau dapat :
-meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan
-melindungi ekosistem semula jadi
-menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi
-mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia

BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfw4b_6tSVVpffq-
75_TNQoLrPypSj27NWqMckN-Yf7POfWmQ/viewform?usp=sf_link









6.3 3 JENIS DAN CONTOH TEKNOLOGI HIJAU YANG
TERDAPAT DI TAMAN BUKIT INDAH 1, JOHOR BAHRU

Berdasarkan kepada pemerhatian saya dan hasil soal selidik bersama 10 orang
responden di taman saya, kebanyakan mereka mengamalkan kaedah yang
mudah dan mampu untuk dilakukan oleh kita walau berada di rumah. Terdapat
3 orang responden yang mengamalkan kaedah menanam pokok di kawasan
rumah. Responden yang suka menanam pokok ini adalah dikalangan suri
rumah tangga yang minat dengan aktiviti menanam untuk mengisi masa lapang
mereka. Hanya 1 orang responden sahaja yang mengamalkan kaedah kitar
semula iaitu mengasingkan sampah seperti botol, kertas, tin dan kaca untuk di
kitar semula. Manakala 1 responden yang mengamalkan penggunaan beg kitar
semula apabila membeli belah. Amalan penjimatan tenaga elektrik juga turut
dilakukan oleh 3 responden lagi dan amalan penggunaan pengangkutan awam
iaitu bas awam dan teksi oleh 2 orang responden. Kesimpulan daoat dibuat
bahawa rata-rata penduduk mempunyai kesedaran amalan teknologi hijau dari
kempen media masa.

KEPENTINGAN AMALAN TEKNOLOGI HIJAU

Penerapan teknologi hijau dalam kehidupan seharian adalah amat penting.
Berikut merupakan kepentingan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau:-

SOSIAL
- Peningkatan suhu di kawasan kajian dapat dikurangkan
- Kualiti udara dapat ditingkatkan di kawasan sekitar
- Membendung pencemaran bunyi di kawasan kajian
- Kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan dan lebih baik
- Kemudahan infrastruktur dapat ditingkatkan

EKONOMI
- Produktiviti dapat ditingkatkan
- Keuntungan dapat ditingkatkan
- Kos operasi dapat dikurangkan
- Dapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) melalui industri fotovolta

MENJANA TENAGA

- Dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui

- Dapat mempromosikan kecekapan guna tenaga negara iaitu mesra pegguna
dan selamat

- Dapat menjana tenaga semula jadi seperti solar

MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

- Sumber semula jadi dapat dilindungi
- Kualiti udara dan air dapat ditingkatkan
- Pelepasan gas karbon ke udara dapat dikurangkan
- Keseimbangan ekosistem dapat dilindungi
- Penggunaan bahan yang boleh dikitar semula

PUNCA AMALAN TEKNOLOGI HIJAU TIDAK
DITERAPKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Terdapat beberapa punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian di Malaysia, antaranya ialah:

Kekurangan atau ketiadaan pembiayaan kewangan atau Masalah kos

- Tiada peruntukan dana yang khusus untuk promosi dan mewujudkan
kesedaran yang berterusan . Teknologi hijau ini memerukan kos modal
yang agak tinggi.

Kurang kesedaran/kefahaman
- Melihat kepada usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia, amalan

teknologi hijau ini diterapkan dikalangan penduduk sekitar. Sedikit sebanyak
peranan yang dimainka oleh setiap individu mampu untuk menggerakan
matlamat dalam membentuk Negara Malaysia

Kurang kepakaran

- Mungkin ada dikalangan penduduk di kawasan kajian turut mempunyai ilm
dan kepakaran yang membolekan pelaksanaan teknologi hijau inti diterapkan
dikalangan peduduk sekitar. Sedikit sebanyak peranan yang dimainkan oleh
setiap individu mampu untuk menggerakkan matlamat dalam membentuk
Negara Malaysia yang lebih lestari melalui penggunaan teknologi hijau akan
tercapai.

Tidak konsisen dalam melaksanakn progran kecekapan tenaga

- Kebanyakan usaha meggalakkan amalan teknologi hijsu ialah secara projek
dengan tempoh masa yang terhad. Kekurang bajet tahunan menyebabkan
program dihentikan dan tertangguh.

Kurang penguatkuasaan
- Kempen tanpa plastik adalah sangat bagus bagi mengurangkan penggunaan

palstik. Walau bagaimanapun, hanya di pasar raya dan kedai-kedai besar
sahaja yang mengamalkan penggunaan beg biodigrasi manakala peniaga-
peniaga kecil masih lagi berleluasa menggunakan plastik biasa untuk
membungkus makanan dan sebagainya. Ini menunjukkan kelemahan yang
terdapat dari segi penguatkuasaan yang masih lagi belum menyeluruh dan
tegas.

STRATEGI DAN LANGKAH-LANGKAH BAGI
MENJAYAKAN AMALAN TEKNOLOGI HIJAU

Kerajaan perlu memperuntukkan dana
- Kerajaan seharusnya memberikan insentif untuk program teknologi hijau yang

besar dan berjangka panjang bagi memastikan program berkenaan dapat
dilaksanakan dengan berjaya. Seharusnya bajet ini dapat dimasukkan dan
ditetapkan dalam perbelanjaan tahunan negara demi kesejahteraan alam sekitar
dan kualiti hidup yang lebih baik.

Kerajaan perlu jalankan program kesedaran

- Mengadakan promosi dan kempen kesedaran awam berkaitan teknologi hijau.
Hal ini penting kerana boleh merubah pemikiran masyarakat. Selain itu,
penyebaran maklumat boleh dilakukan melalui kemudahan telekomunikasi
bagi meningkatkan kesedaran awam dan teknologi hijau. Mungkin boleh
dimulakan diperingkat kawasan perumahan atau komuniti yang kecil di
kediaman setempat. Sebagai contoh dengan mengadakan kempen menanam
pokok di kediaman masing-masing.

Melaksanakan program latihan dan pendidikan

- Dengan mengadakan program latihan dan pendidikan dari awal seperti
memperkenalkan program teknologi hijau di dalam silibus pelajaran di sekolah
akan dapat memberikan penerapan penting untuk pelajar-pelajar amalkan.
Seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dab inovatif dalam
mencipta produk bercirikan teknologi hijau untuk penggunaan masa akan
datang.

Meningkatkan keupayaan inovasi dalam penciptaan

- Latihan dan bimbingan boleh diterapkan di sekolah dan juga secara terbuka.
Pelbagai program dengan melibatkan murid dan pelajar boleh dibuat dalam
melahirkan bakat-bakat muda dalam keupayaan mencipta. Sebagai contoh
tawaran kelab atau latihan secara terbuka mahupun berbayar.

Kerjasama antara kerajaan dengan swasta

- Bagi menerokai peluang dan dana yang lebih, kerajaan memerlukan kerjasama
daripada syarikat-syarikat swasta yang mempunyai pengalaman. Secara tidak
langsung dapat menembusi ke peringkat antarabangsa.

RUMUSAN

Rumusan dapat dibuat disini, sokongan masyarakat dan juga kerajaan dalam
menerapkan teknologi hijau ini perlu dilihat dari dua aspek. Pertama ialah
aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita
tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated atau kompleks. Produk
mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita boleh dihasilkan.
Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi
untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik
kita boleh menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk
tanpa membazir sumber- sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah
rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan
untuk tujuan eksport. Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau
sama ada dalam melaksanakan proses kerja atau amalan hidup seharian. Kita
harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan
perkara-perkara mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh
membawa air minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air.
Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita
menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam
atau plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-
belah. Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis
cekap tenaga. Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan
sedemikian akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan
cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun
penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang
penting adalah supaya kita mulakan dengan langkah-langkah yang mudah dan
murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup. Ibubapa harus
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut
terdorong untuk mengamalkan budaya hijau.

RUJUKAN

1)Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Penulis- Kang Chai Yeong / Zulkipli Bin Ismail / Rajanderan Subramaniam
IMS BOOKS TRADING Sdn.Bhd.

2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau

3) https://sites.google.com/site/hariinovasi/berita/apa-itu-teknologi-hijau

LAMPIRAN

__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________

DISEDIAKAN OLEH:
NIA ADRIANA BT MOHD ANUAR
2 SAPPHIRE

DISEMAK OLEH:
CG HANIFAH
SMK SULTAN ISMAIL


Click to View FlipBook Version