FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)
SEMESTER 2 SESI 2021/2022
DT50002 TEKNOLOGI DIGITAL DAN INOVASI DALAM
PENDIDIKAN
TUGASAN 2 (MULTIMEDIA)
SHERLY LAZURUS ( PP2112076T )
SEKSYEN 3
PENSYARAH : DR. LEE BIH NIH
PENDIDIKAN MUZIK
TINGKATAN 4
BAB 5 Bidang Apresiasi Muzik
5.1 Penghayatan pelbagai genre
muzik
Di akhir Pengajaran dan Pembelajaran, murid dapat:
1. Menganalisis dan memberi pendapat tentang muzik Asia Tenggara
yg didengar atau ditonton.
2. Membentangkan dapatan analisis muzik Asia Tenggara.
Pembelajaran berasaskan masalah
(pbm)
TAJUK ISU
Alat Muzik Tradisional Kian Dilupakan
Langkah 1 : Set Induksi (Mengenalpasti Masalah)
Langkah 2 : Menganalisis Masalah
Langkah 3 : Membuat Keputusan
Langkah 4 : Mengenalpasti Penyelesaian Yang Terbaik
Langkah 5 : Melaksanakan Keputusan
01 Mengenalpasti Masalah (+/- 5 minit)
Di langkah pertama ini, guru mengemukakan isu semasa kepada pelajar yang mencabar pemikiran mereka.
Dalam proses ini, guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menayangkan keratan
akhbar online dan gambar-gambar berkaitan isu alat muzik muzik tradisional yang kian dilupakan
menerusi paparan LCD projector di papan putih. Keratan akhbar online yang bertajuk “Jangan pandang
alat muzik tradisi sebelah mata” dan “Martabat seni muzik tradisi” ini boleh dirujuk di bahagian lampiran.
Seterusnya, guru akan merangsang pengetahuan sedia ada pelajar dengan bertanyakan soalan mengenai
keratan akhbar dan gambar yang ditayangkan. Soalan yang dikemukakan oleh guru akan menguji
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar iaitu dengan cara menilai. Selepas pelajar memberikan
pendapat atau jawapan, guru akan mengemukakan isu sebenar yang harus diselesaikan. Nilai-nilai positif
yang dapat dipupuk dalam fasa ini ialah sikap kepatuhan pelajar terhadap arahan guru dan menumpukan
perhatian sepenuhnya semasa sesi PdP berjalan.
02 Menganalisis masalah ( +/- 15 minit )
Langkah 2 adalah proses dimana pelajar mengenal pasti dan memahami masalah. Guru menayangkan video yang
bertajuk “Alat muzik tradisional kian dilupakan” yang berdurasi selama 7 minit dan setelah itu guru memberi
penerangan berkaitan video tersebut. Video ini merupakan video berbentuk kajian yang dihasilkan oleh
pelajar-pelajar daripada Universiti Utara Malaysia dan telah dimuat naik di Youtube (Paparan serta pautan
untuk video ini boleh dirujuk di bahagian lampiran). Melalui tayangan video ini, pelajar dapat memahami
dengan lebih mendalam lagi mengenai isu yang dikemukakan. Seterusnya, guru kemudiannya akan
membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli. Setelah itu, aktiviti seterusnya
ialah menghasilkan peta I-Think untuk melihat pemahaman pelajar mengenai isu alat muzik tradisional kian
dilupakan. Guru akan meminta setiap kumpulan untuk menghasilkan peta pelbagai alir dengan peruntukan
masa selama 6 minit sahaja. Setelah pelajar selesai menyiapkan tugasan, hasil mereka itu hendaklah
diserahkan kepada guru untuk dinilai dan diberi markah. Kesemua markah akan dikumpulkan dan kumpulan
yang mendapat markah tertinggi akan diberikan ganjaran di akhir sesi PdP.
03 Membuat keputusan ( +/- 15 minit)
Langkah ketiga iaitu membuat keputusan adalah proses dimana bertujuan untuk mengaplikasikan kemahiran,
prinsip dan teori kaedah penyelesaian masalah yang sesuai dan terbaik. Dengan hanya menggunakan buah
fikiran ahli dalam kumpulan masing-masing, setiap ahli akan memberi pendapat tentang peranan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta persatuan penggiat seni muzik tradisional Malaysia
untuk mengekalkan tradisi ini. Dalam proses ini, guru hanya berperanan sebagai fasilitator iaitu dengan
mengarahkan setiap kumpulan untuk melakukan perbincangan masing-masing berdasarkan kad yang
mereka perolehi. Seterusnya, guru akan meminta pelajar untuk melakukan aktiviti Brainstorming iaitu
untuk menghasilkan peta I-Think iaitu peta pokok menggunakan kreativiti masing-masing dengan
maklumat peranan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Persatuan Penggiat Seni dan
Kebudayaan Malaysia untuk mengekalkan tradisi ini. Menurut De Janasz et al (2002), kaedah
brainstorming mengundang banyak idea untuk menyelesaikan masalah kerana setiap ahli kumpulan
berbincang secara terbuka dan dapat berkongsi idea tanpa dikritik bagi menghasilkan idea kreatif.
04 Mengenalpasti penyelesaian yg
terbaik (+/- 15 minit)
Langkah keempat ialah mengenalpasti penyelesaian yang terbaik yang bertujuan untuk menyenarai dan
menilai cadangan penyelesaian masalah berkaitan isu yang dikemukakan. Proses dalam langkah ini
menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif iaitu aktiviti ‘one stay, the rest stray’. Di mana, guru akan
meminta seorang daripada ahli kumpulan untuk tinggal di meja mereka, manakala ahli yang lain akan
bergerak ke meja kumpulan yang lain. Mereka perlu mengumpul maklumat dan melengkapkan Borang
Penilaian yang disediakan oleh guru. Sesudah aktiviti tersebut selesai, guru akan meminta pelajar kembali
ke meja kumpulan mereka masing-masing untuk berbincang dan mengenalpasti penyelesaian terbaik hasil
daripada maklumat yang dikumpul daripada kumpulan lain.
04 Mengenalpasti penyelesaian yg
terbaik (+/- 15 minit)
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI ‘ONE STAY, THE REST STRAY’
1. Seorang ahli akan tinggal di meja kumpulan masing-masing dan ahli yang lain akan bergerak ke meja
kumpulan lain.
2. Pelajar akan mengumpul maklumat daripada kumpulan lain sambil mengisi borang penilaian mengenai hasil
kerja kumpulan tersebut yang diberikan oleh guru.
3. Pelajar akan kembali ke meja masing-masing untuk berbincang dan mengenalpasti penyelesaian terbaik
daripada maklumat yang dikumpul daripada kumpulan lain.
05 Melaksanakan Keputusan
Proses dalam langkah kelima ini ialah di mana pelajar berbincang dan membuat keputusan secara kolektif
bagi menentukan penyelesaian yang efektif kepada isu atau permasalahan yang telah dikemukakan oleh
guru. Setelah pelajar membuat penilaian di langkah keempat, mereka membuat keputusan secara kolektif
bahawa menggunakan media sosial untuk mempromosikan alat muzik tradisional merupakan kaedah
atau strategi yang efektif untuk menyelesaikan masalah alat muzik tradisional kian dilupakan. Bagi
menguatkan lagi pemilihan mereka, guru memberikan masa selama 5 minit untuk berbincang mengenai
kelebihan media sosial seperti Facebook dan Youtube dalam mempromosikan alat muzik tradisional ini
kepada masyarakat luar. Sambil pelajar berbincang, guru akan melakar peta buih kosong di papan putih
untuk diisi oleh setiap kumpulan selepas perbincangan tamat.
05 Melaksanakan Keputusan
Pada langkah ini, guru akan meminta pelajar untuk menjana idea bagi memberikan buah fikiran mengenai
kebaikan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Youtube dalam mempromosikan alat muzik
tradisional. Setelah selesai perbincangan, hanya satu kumpulan sahaja dipilih secara rawak untuk
menghantar dua orang wakil iaitu seorang mengisi ruang kosong peta buih dan seorang membuat
penjelasan untuk menjimatkan masa yang diperuntukan. Seterusnya, guru akan mengumpul hasil
kumpulan lain bagi menilai dan memberi markah bagi idea yang dikemukakan oleh setiap kumpulan
(Borang penilaian boleh dirujuk di lampiran). Akhir sekali guru membuat rumusan secara keseluruhan
dan memberi pujian kepada semua pelajar kerana telah berjaya mempelajari topik pada hari ini.
Lampiran
Bahan bantu mengajar (BBM)
Lampiran
KERATAN AKHBAR
Lampiran
Video Youtube
Tajuk : Alat Muzik Tradisional Kian Dilupakan
Tajuk : Alat Muzik Tradisional Kian
Dilupakan
Pautan :
https://www.youtube.com/watch?v=Xvl
bQjdz95Y&t=480s
TERIMA
KASIH