TAJUK : SEKOLAH WAWASAN
NAMA PENSYARAH : ENCIK. JAMALIZAMANI BIN JAMALUDDIN
JENIS PENILAIAN : E-FOLIO
SESI PENGAJIAN : 1 : 2021/2022
NAMA AHLI KUMPULAN:
1) VISHANTH MENON A/L SIVAKUMARA MENON - 23DLS21F1011
2) FAITH A/P MANICKAM - 23DLS21F1035
3) SHALINEY A/P HARICHANDRAN - 23DLS21F1069
4) CHELLVA SUDAR A/P MALAYANDI – 23DLS21F1059
ISI KANDUNGAN
BIL BUTIR MUKASURAT
1.0 PENGENALAN 3-4
1.1 PENDAHULUAN 5-6
1.2 KONSEP
1.3 OBJEKTIF
1 1.4 TUJUAN
2 2.0 SEKOLAH WAWASAN
3 3.0 PERANAN 7
4 4.0 KEBAIKAN TERHADAP SEKOLAH 8
WAWASAN
5 5.0 KEBURUKAN TERHADAP 9
SEKOLAH WAWASAN
6 6.0 ALASAN-ALASAN DONG JIAO
ZONG MENOLAK PENUBUHAN 10-11
SEKOLAH WAWASAN
7 7.0 KOMPLEKS SEKOLAH 12
WAWASAN
8 8.0 LAMPIRAN 13
9 9.0 PENUTUP 14-15
9 10.0 RUJUKAN 16
1.0. PENGENALAN
1.1. PENDAHULUAN
Sekolah Wawasan ialah sejenis sekolah bersepadu, dengan berbilang sekolah genre berbeza
dalam kawasan yang sama. Sekolah wawasan ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada
tahun 1997. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam sejarah negara.
Walaupun kejadian ini sudah lama berlalu, tidak mustahil kesilapan yang sama akan berulang
jika kita tidak memanfaatkan masa dan masa sekarang. Ketika itu, Malaysia mengalami huru-
hara yang memalukan. Akibat kejadian ini, pemimpin negara mendapat inspirasi untuk
memulihkan hubungan antara etnik negara.
“Teruskan bekerja keras sehingga dekad baru ini”. Cadangan Perdana Menteri Datuk Seri.
Mahathir Mohamad percaya pembentukan sistem sekolah yang lebih kolektif dan harmoni
kaum disifatkan sebagai langkah bijak. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun,
Malaysia pastinya akan mengalami perubahan dalam pelbagai aspek negara khususnya dalam
bidang politik, sosial dan ekonomi. Bagaimanapun, integriti Malaysia dalam mengekalkan
konsep kepelbagaian etnik, jika tidak diimbangi dengan betul, akan mencetuskan satu lagi
konflik etnik.
1.2 KONSEP
Dalam konsep ini, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan ditempatkan di bangunan sekolah
yang sama. Setiap pelajar di sekolah ini akan berkongsi kemudahan dan prasarana
sekolah seperti padang, koperasi sekolah dan kafeteria. Ini boleh dilakukan dengan
menyatukan sekolah dalam sistem pendidikan bersatu yang sebelum ini terasing antara
satu sama lain, seterusnya mewujudkan konflik perkauman di Malaysia untuk memupuk
lebih ramai rakyat Malaysia yang patriotik. Ruang yang sama. Ini bermakna
penggabungan sekolah pastinya akan membawa andaian baharu kepada kehidupan
pelajar.
3
1.3 OBJEKTIF
Matlamat utama mewujudkan sekolah wawasan adalah untuk melatih anak-anak negara
Malaysia lebih patriotik. Sekolah Cerapan Tercerna.Perdana Menteri boleh menjadi
pemangkin untuk merealisasikan Wawasan 2020. Sekolah wawasan ialah sekolah yang
dahulunya terasing antara satu sama lain, tetapi kini disatukan dalam sistem pendidikan yang
bersatu. Apabila Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain dapat berinteraksi dari peringkat
awal pendidikan, satu generasi rakyat Malaysia akan lahir dengan sifat pelbagai budaya. Pada
masa ini, orang Melayu mampu menguasai budaya kaum lain. Begitu juga dengan kaum lain,
sudah tentu semangat kekitaan yang berlaku pada 13 Mei 1969 tidak akan lahir semula dalam
diri rakyat Malaysia.
1.4 TUJUAN
a) Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa
dan latar belakang.
b) Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.
c) Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang
tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.
d) Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktivit-aktiviti lain di sekolah.
4
2.0 SEKOLAH WAWASAN
Pada era globalisasi ini,masih wujud sekolah perkauman dikhaskan untuk kaum Melayu,
Cina dan India. Bagaimana jika sekolah sebegini masih wujud untuk tempoh 20 hingga 30
tahun akan datang? Ilham yang telah diberi oleh Perdana Menteri iaitu pengwujudan Sekolah
Wawasan mampu menjadi titik untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di
Malaysia untuk mencintai negara sepenuhnya. Untuk menuju ke matlamat itu, Malaysia perlu
bersedia menyediakan elemen manusia yang jauh daripada virus perosak. Bukan mudah bagi
negara memastikan ia sentiasa berada dalam kawalan. Pembentukan sistem persekolahan
sedemikian adalah variabel kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Ini kerana dalam
sistem itu bukan sahaja bangsa Melayu yang akan bersekolah berkenaan tetapi akan turut
terhimpun pelbagai ras dan agama. Lantaran daripada pertemuan itu, satu wadah pendidikan
akan mewujudkan pertembungan budaya dan bangsa.
Mekanisme pemusatan etnik perlulah parallel darisegi kurikulum dan kokurikulum. Sekolah
Wawasan yang telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 memerlukan satu sistem
pendidikan yang bernas,Penyediaan keperluan pendidikan perlu selaras dengan hasrat dan
matlamat penubuhan sekolah berkenaan. Kementerian Pendidikan selaku institusi yang
bertanggungjawab perlu memikirkan input yang akan dipraktikkan dalam memastikan ia
benar-benar memberi manfaat untuk tempoh terdekat dan masa hadapan. Perancangan,
pengkajian dan penyelidikan berterusan perlu dilakukan bagi menjamin mutu dan jumlah
yang keluar daripada perlaksanaan sistem ini agar tidak tersasar daripada kehendak negara.
Dalam penubuhan Sekolah Wawasan, kita perlu melihat dalam konteks penggunaan kaedah
pemikiran timbal balik, iaitu proses melihat setiap perancangan yang dilakukan bagi
mewujudkan elemen pertentangan atau lebih tepat lagi wujudnya konsep pro dan kontra.
Jika kita fikirkan bahawa Sekolah Wawasan akan menjamin mutu pendidikan negara kita,
namun adakah ia akan dapat mencapai matlamat itu sepenuhnya? Jika dilihat secara global,
mungkin akan wujud pelbagai masalah daripada sistem ini. Jika hanya melihat dalam satu
sudut pandangan memanglah amat baik tetapi perlu juga difikirkan pro dan kontradalam
membina sesuatu sistem itu.Kesan kesan negatif dengan penubuhan Sekolah Wawasan
akan dibincangkan kemudian. Seperkara yang perlu diingat, masyarakat Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum dan isu-isu sensitif akan mengundang konflik yang membawa
parah. Sejarah negara telah menyaksikan bahawa sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh
penjajah Inggeris iaitu pengasingan sekolah dan tiadanya peraturan yang seragam dipakai
untuk semua sekolah telah melahirkan bibit-bibit semangat perkauman yang menebal. Pada
ketika itu, sekolah Cina menggunakan sukatan dan sistem pendidikan yang berorientasikan
negara China. Begitu juga dengan sistem pendidikan bagi masyarakat India yang
berkiblatkan negara India. Di beberapa buah sekolah pula, guru-guru diambil dari negara
China dan India. Situasi beginilah yang ingin dilihat oleh penjajah dengan rakyat Melayu
pada ketika itu tidak bersatu padu. Semangat perkauman yang tebal ini terbawa-bawa
selepas merdeka sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.Maka jika penyelesaian
yang wajar diambil ialah mewujudkan semangat integrasi antara kaum. Integrasi yang
dimaksudkan dalam konteks ini ialah mewujudkan kerjasama dan harmoni di antara kaum
di negara ini.
5
Jika diteliti Penyata Razak 1956 yang mana “tujuan dasar pelajaran di dalam negara ini ialah
bermaksud hendak menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negara ini
dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar.
Walau bagaimanapun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan
hendaklah dilaksanakan dengan “beransur-ansur”. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa
sistem pendidikan di Malaysia adalah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan di kalangan
kaum. Perpaduan di sini dalam erti kata lain berupaya menangkis semua gejala-gejala yang
boleh memecah-belah rakyat seperti semangat perkauman yang merebak dan perasaan
kedaerahan yang melampau. Oleh sebab itulah, Penyata Razak telah mengambil langkah
supaya sistem pendidikan di Malaysia menggunakan kurikulum yang sama untuk semua
sekolah dan bahasa Melayu wajib diajar di SJK. Manakala SJK terus kekal menggunakan
bahasa ibunda mereka.
Jaminan dan penjelasan yang dibuat oleh menteri pendidikan ini diharap akan
menghilangkan kegusaran dan kegelisahan pihak berkenaan mengenai status SJK.Walaupun
mereka tetap ditempatkan di sekolah yang sama adalah diyakini bahawa usaha-usaha ini akan
lebih berjaya dan berkesan jika dilaksanakan di peringkat awal usia pelajar iaitu di sekolah
rendah. Ini bersesuaian dengan pepatah Melayu iaitu “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Pelajar sekolah rendah ini akan bergaul secara langsung apabila mereka
bersukan di padang, makan di kantin atau semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Jika
perkara ini telah ditanam dan disemai sejak awal lagi, masalah perkauman ini akan terhapus
sedikit demi sedikit dan perasaan syak wasangka antara kaum tidak akan wujud lagi.Cuma
dalam hal ini, KPM perlu memberi jaminan yang tegas dan penjelasan yang meluas kepada
semua pihak bahawa Sekolah Wawasan ini tidak akan menguburkan identiti SJK.Sebenarnya
masyarakat Malaysia akan dan mampu berinteraksi dengan pelbagai kaum dalam pertubuhan
belia, perniagaan, politik dan aktiviti masyarakat, mengapa kita tidak melaksanakannya di
peringkat sekolah? Sesungguhnya Sekolah Wawasan ini perlu diberi peluang yang luas untuk
dilaksanakan dan KPM mestilah memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.
Maka disarankan kepada semua pihak agar berlapang dada menerima konsep sekolah
wawasan ini kerana hasil yang ingin di kecapi daripada konsep tersebut tidak mungkin dapat
dicapai dalam tempoh masa yang singkat, sebaliknya mengambil masa yang lama. Kita
penuh yakin dan percaya bahawa pelajar yang bakal lahir dari sekolah ini akan lebih bersatu
padu dengan mengetepikan semangat perkauman yang menebal, malahan bangga menggelar
diri mereka sebagai bangsa Malaysia.Jika disoroti kembali sejak negara mencapai
kemerdekaan, berbagai usaha telah dilakukan untuk membetulkan semula kepincangan dan
“kerosakan” yang dilakukan oleh pihak penjajah terutamanya untuk menyatupadukan semula
kaum melalui pelbagai program yang bersepadu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Penyusunan semula masyarakat kita supaya menjadi lebih seimbang terutamanya dari segi
pemikiran ekuiti ekonomi sudah hampir tercapai. Namun, penyusunan masyarakat kita dari
segi pendidikan masih belum menampakkan hasil yang membanggakan.
6
3.0
3.0 PERANAN
Masyarakat Malaysia perlu memainkan peranan yang penting dalam memajukan konsep
sekolah wawasan yang diupayakan oleh pemerintah. Masuk akal bahwa masyarakat negara
kita perlu menyingkirkan rasis dan kebencian terhadap agama lain untuk persatuan negara
dan kemajuan pendidikan. Keberadaan sekolah tidak hanya dapat mencapai tujuan untuk
mengintegrasikan manusia, tetapi juga menjadi cara untuk memecahkan masalah pemikirn
manusia di negeri ini. Di kalangan anak muda dan remaja yang mengikuti kegiatan
keagamaan atau belajar di perpustakaan negara masing-masing pada akhir pekan, mereka
dapat dengan jelas melihat mereka yang telah terbiasa hidup dalam "dunia yang terpisah"
sejak masa sekolah mereka. Hal ini membuktikan bahwa hal ini tidak hanya dibahas di
tingkat yang lebih rendah, tetapi juga di tingkat yang lebih tinggi. Ini juga salah satu isu
panas yang dikhawatirkan oleh para profesional China.
Selain itu, penglibatan masyarakat dalam melaksanakan dasar pendidikan Sekolah Wawasan
ini juga amat ditagih demi untuk mencapai satu kata sepakat untuk merealisasikan konsep
Sekolah Wawasan ini. Masyarakat Melayu, Cina dan India khasnya perlu bergabung tenaga
,usaha dan idea untuk mendokong usaha murni kerajaan ini. Pada hari ini, rakyat perlu
membuka mata dan memberi fokus kepada usaha untuk menjayakan Sekolah Wawasan
berbanding melayan isu isu dan kontroversi antara kaum yang terjadi di dalam negara kita.
Hal ini adalah untuk memastikan lebih ramai generasi muda dan generasi akan datang untuk
mengenali dan memahami erti perpaduan kaum. Pada hari ini, kita hanya mengharapkan
elemen kesukanan, festival, rumah terbuka untuk mengeratkan perpaduan dan ini
sememangnya tidak cukup dan negara kita tidak akan dapat mencapai matlamat Wawasan
2020 iaitu mengerat dan memperteguhkan perpaduan antara kaum. Melalui konsep Sekolah
Wawasan ini, diharapkan perpaduan antara kaum dapat diteguhkan lagi dan jurang antara
kaum juga akan dapat dikurangkan.
Di samping itu, peranan kerajaan juga mempengaruhi dalam usaha menubuhkan
konsep Sekolah Wawasan ini. Kerajaan sepatutnya menjelaskan dan
menguaruarkan konsep Sekolah Wawasan ini terlebih dahulu kepada masyarakat
semua kaum untuk mengelakkan berlaku perselisihan faham antara kaum.
Mentaliti segelintir masyarakat berhubung isu tersebut demi menyatukan
keharmonian perpaduan di negara ini dapat ditingkatkan. Persepsi masyarakat dan
kaum lain adalah berlainan dengan kita kerana menyangka keistimewaan mereka
seolah-olah diabaikan. Justeru, kerajaan perlu menerangkan dengan lebih jelas
supaya mereka faham dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
7
4.0
4.0 KEBAIKAN TERHADAP SEKOLAH WAWASAN
Kebaikan penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk mengukuhkan perpaduan yang telah
bertapak kukuh dalam masyarakat Malaysia yang majmuk. Menekankan semangat perpaduan
dan integrasi antara kaum sejak kecil akan lebih mudah di sekolah rendah kerana mereka
masih kanak-kanak fleksibel. Selain itu, kita juga dapat memahami tujuan Penyata Razak
pada tahun 1956, yang merangkumi penyatuan pelajar semua kaum di negeri ini melalui
penerapan peraturan pendidikan.
Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah
kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SJK menguasai bahasa Melayu. Ini kerana
penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar SJK agak lemah dan dengan adanya interaksi
pelajar pelbagai keturunan ini membuka ruang seluas luasnya untuk mereka berkomunikasi
menggunakan bahasa kebangsaan. Dalam masa yang sama pula, membolehkan pelajar
memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum lain. Pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia juga dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dengan hanya
mengeluarkan kurikulum yang sama untuk semua sekolah. Kurikulum yang sama ini dapat
dipantau dengan lebih berkesan dan dapat diperbaiki sekiranya berlaku kepincangan dengan
cepat.
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh menteri pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad,
Sekolah Wawasan tidak akan menghapuskan identiti SRJK tetapi Sekolah Wawasan adalah
gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SK (Sekolah Rendah Kebangsaan), SJKC (Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Cina) dan SJKT (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil) dalam
satu kawasan. Di dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan menggunakan segala kemudahan
yang ada seperti padang, kantin, perpustakaan dan pelbagai lagi secara bersama atau dikongsi
bersama. Manakala setiap sekolah tetap mempunyai bangunan dan pentadbiran mereka
sendiri. Murid-murid akan dibiarkan mereka bergaul, berinteraksi dan bermain bersama-
sama. Proses integrasi dan asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta semula
jadi. Sebarang percubaan untuk mewujudkan integrasi dan asimilasi secara paksaan pasti
akan menemui kegagalan. Dengan cara ini dapat menghapuskan tembok pemisah serta
mengurangkan jurang yang wujud di antara pelbagai kaum di negara ini.
Di samping itu, ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat dari aspek akademik dan
perkongsian kemahiran pengajarandan kemudahan peralatan pengajaran dan pembelajaran.
Peluang ini mewujudkan masyarakat sekitar yang lebih harmonis melalui hubungan mesra
ibu bapa yang kerap bertemu di kawasan sekolah semasa menjalankan aktiviti-aktiviti
bersama seperti gotong-royong.
8
5.0
5.0 KEBURUKAN TERHADAP SEKOLAH WAWASAN
Konsep Sekolah Wawasan adalah antara kaedah yang terbaik untuk mewujudkan integrasi
nasional dan mengeratkan hubungan yang ada di antara berbagai bangsa di negara ini, tetapi
ada hal buruk di sisi baiknya. Sampai hari ini, sistem pendidikan Malaysia tidak pernah
mengalami guncangan internal yang ditimbulkan oleh ketidakmampuan siswa dan lembaga
pendidikan itu sendiri. Dato Mahadzir Mohd Hira, MP Setiausaha dari Kementerian
Pendidikan Malaysia, mengatakan istilah "bandit" tidak terlalu sesuai dengan suasana
pendidikan di negara tersebut. Pertimbangan harus diberikan untuk pengamatan lebih dekat
dengan lebih banyak siswa dan administrasi yang lebih hati-hati. Konsentrasi akan
mengungkapkan keragaman aspek budaya, agama, sosial dan ekonomi setiap siswa di sekolah.
Jika faktor ini tidak diperhitungkan dengan baik, bentuk kecenderungan siswa untuk
melakukan sesuatu di luar jangkauan. Dengan begitu banyak siswa, dapatkah guru dan sekolah
menghadapi tekanan untuk memainkan peran mereka? Sekolah-sekolah yang ada masih
terisolasi satu sama lain, tetapi institusi sekolah tidak memiliki kendali atas runtuhnya disiplin
siswa. Pendidik juga perlu mempersiapkan diri secara mental dan mental. Jika pendidik tidak
memiliki rasa pengendalian diri yang kuat, konsep mazhab wawasan dianggap kabur dan tidak
dapat menghasilkan individu sesuai keinginan negara.
Apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pengenalan Sekolah
Wawasan, semua pihak termasuk individu, NGO dan parti politik mempunyai reaksi yang
berbeza. Lebih-lebih lagi masyarakat Cina amat terganggu dan bimbang konsep sekolah
wawasan akan menguburkan identiti sekolah rendah kebangsaan yang telah didokong sejak
sekian lama. Mereka juga bimbang kewujudan sekolah itu akan menjejaskan pengurusan
sekolah rendah Cina dan menjejaskan penggunaan bahasa ibunda oleh pelajar Xiaoxi.
9
6.0 ALASAN-ALASAN DONG JIAO ZONG MENOLAK PENUBUHAN SEKOLAH
WAWASAN
Dong Jiao sentiasa merupakan singkatan daripada Dong Zong, yang bermaksud Persatuan
Sekolah Cina, dan pengajaran sentiasa bermakna guru sekolah Cina. Oleh itu, apa yang
diikuti ialah istilah "Dong Jiaozong", atau gabungan "Persekutuan Persatuan Lembaga
Sekolah Cina" dan "Persekutuan Guru Sekolah Cina". Mengikut sejarahnya, persatuan itu
ditubuhkan pada awal 1950-an ketika negara masih belum mencapai kemerdekaan, mewakili
1,284 Sekolah Rendah Minoriti Cina (SJKC). Dong Jiaozong juga mampu memperuntukkan
1 bilion ringgit setiap tahun untuk menyokong 1,284 sekolah rendah Cina dan 60 sekolah
menengah persendirian Cina. Kebelakangan ini persatuan ini telah dapat mempengaruhi
Pilihan Raya Kecil DUN Kedah, Dun Lunas.
Inilah antara sebabnya Don Jaosung enggan menubuhkan sekolah wawasan. Punca utama mereka
ialah mereka takut kehilangan jawatan sebagai SJKC dan taraf Cina akan terhakis. Di sini, saya akan
menerangkan mengapa Don Jaozone enggan menubuhkan sekolah wawasan. Punca terbesar mereka
ialah takut kehilangan identiti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang telah beberapa
kali didedahkan oleh kerajaan, walaupun identiti Cina akan terhakis, tetapi mereka Adalah kaum yang
ragu-ragu terhadap keinginan untuk bersatu. . Mereka masih percaya ada agenda tersirat yang boleh
menggugat kepentingan mereka. Datuk Sim Mou Yu, Penasihat Kehormat Persatuan, tidak
memerlukan sekolah wawasan kerana semua pelajar dari Melayu, China dan India belajar dan
membesar bersama semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Pengajian Tinggi (IPT).Saya fikir
begitu. Tambahnya, sekolah sedia ada sudah memadai untuk membuktikannya.Sukatan Pelajaran yang
dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk semua aliran sekolah termasuk Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) adalah berlatarbelakangkan Malaysia dan semua rakyat termasuk
orang Cina akan sentiasa setia dan taat kepada negara. Jika dilihat kepada Akta Pendidikan 1996 yang
mengatakan semua sekolah aliran Cina dan Tamil dibenarkan menggunakan bahasa ibunda masing-
masing sebagai bahasa pengantar di sekolah sepatutnya difahami oleh persatuan ini, (Datuk Hon
Choon Kim – Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia). Sebenarnya terdapat segelintir orang Cina
yang tidak faham tentang konsep Sekolah Wawasan sehingga menganggap Sekolah Wawasan sebagai
senjata untuk mengikis identiti orang Cina di Malaysia. Berbeza pula dengan pentadbir SJKT yang
menerima baik dan bersikap terbuka dengan Sekolah Wawasan.
Kekhawatiran lain ialah mereka bimbang jika anak-anak mereka bergaul dengan kanak-kanak lain
ketika kecil, mereka akan terpengaruh dengan bahasa lain. Jika ketika kecil mereka sudah biasa
berbahasa Melayu, kanak-kanak ini tidak lagi mempunyai kecenderungan untuk berbahasa Cina.
Lama kelamaan bahasa itu akan pupus. Di samping itu sifat tidak mahu berkongsi atau perkongsian
pelbagai peralatan seperti dewan, padang sekolah dan gelanggang permainan akan menimbulkan
masalah sekiranya berlakunya pertembungan bagi menganjurkan sebarang aktiviti yang menggunakan
kemudahan yang dikongsi bersama. Adalah sukar untuk membuat jadual aktiviti kerana jadual sekolah
adalah terlalu ketat dan bukan senang untuk ketiga-tiga guru besar sekolah mempunyai sikap bertolak
ansur kerana masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza-beza.
10
Kenyataan-kenyataan Dong Jiao Zong yang bersikap negatif mendapat ulasan daripada Perdana
Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr.Mahathir Mohamad yang menyifatkan pendidik ekstremis Cina
menolak konsep Sekolah Wawasan sebagai penentang proses menyatupadukan rakyat pelbagai kaum
di negara ini. Mereka bukannya mempertahankan bahasa Cina atau pelajaran dalam bahasa Cina tetapi
sengaja membangkitkan isu supaya dapat menghalang perpaduan di kalangan masyarakat
majmuk.Dong pandai bertutur dan menentang tetapi bukan memberi ikhtiar bahkan menentang ikhtiar
orang lain.
11
7.0 KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN
Terdapat kira-kira 5 buah kompleks sekolah wawasan yang Berjaya beroperasi sehingga kini
iaitu:
1.) KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN PEKAN BARU,PARIT BUNTAR,PERAK
DARUL RIDZUAN
2.)KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN TAMAN AMAN,ALOR SETAR,KEDAH
DARUL AMAN
3.)KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN TASIK PERMAI,PULAU PINANG
4.)KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN USJ 15,SUBANG JAYA,SELANGOR DARUL
EHSAN
5)KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN PUNDUT,SERI MANJUNG,PERAK DARUL
RIDZUAN
12
8.0 LAMPIRAN
13
9.0 PENUTUP
Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 adalah
menggabungkan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana para
pelajarnya berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi
membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Matlamat
Sekolah wawasan ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan perpaduan pelbagai
kaum di kalangan para pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan dengan Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil. Bila dilihat matlamat dan objektif Sekolah
Wawasan ini memang mudah dituturkan di atas kertas, tetapi pelaksanaannya jika tidak
diatur dengan teliti akan kembali di takuk lama. Perancangan yang mendalam serta
perbincangan di antara pelbagai pihak seperti NGO, Badan-badan bukan kerajaan,
pertubuhan-pertubuhan, Suqiu, Dong Jiao Zong dan lain-lain amatlah diharapkan. Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia pula hendaklah memberikan penjelasan kepada semua
masyarakat berhubung kekeliruan dan kebimbangan yang timbul mengenai pelaksanaan
konsep Sekolah Wawasan ini.
Diharapkan Dong Jiao Zong tidak terus menolak konsep Sekolah Wawasan tetapi duduk
berbincang dan mencari jalan penyelesaian agar dapat memenuhi dan memuaskan hati semua
pihak. Tidak guna mereka berkeras kerana Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad
berkata, pelaksanaan Sekolah Wawasan tetap akan diteruskan pada tahun ini juga dan
melibatkan beberapa buah sekolah baru dan lama telah bersetuju menyertai Sekolah Wawasan
sebagai projek perintis. Para pendidik juga disarankan supaya menjadikan agenda perpaduan
sebagai keutamaan dalam semua aktiviti dan program pendidikan yang dilaksanakan.
Diharapkan Sekolah Wawasan akan diterima semua lapisan masyarakat dan berjaya
direalisasikan.
Pendidikan merupakan salah satu tonggak penting dalam kemajuan dan pembangunan
sesebuah negara. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitikberatkan
keharmonian dalam proses penimbaan ilmu, maka institusi pendidikan peringkat rendah
merupakan wadah yang sesuai bagi kerajaan merealisasikan matlamat untuk menyatupadukan
etnik. Sekolah Wawasan yang telah diwujudkan ini berpotensi merealisasikan ke arah
melahirkan generasi yang menghargai perpaduan dalam masyarakat majmuk. Justeru, dapatlah
kita membuat natijah bahawasanya sekolah wawasan ini merupakan satu usaha yang relevan
dan berkesan dalam membentuk masyarakat bersatu padu pada masa akan datang.
14
Setiap isu dan permasalahan yang timbul bukanlah sesuatu yang besar tetapi hanyalah sikap
rasis yang melampau oleh segelintir pihak yang tidak memikirkan baik buruk bagi sesuatu
perkara namun hanya melihat kepada satu sudut pandangan semata-mata. Hal ini kerana,
Sekolah Wawasan ini dihasilkan bukanlah bertujuan untuk menghapuskan identiti mana-mana
pihak seperti SJK(C) dan SJK(T) sebagai contohnya, tetapi Sekolah Wawasan ini diwujudkan
untuk mengintegrasikan sekolah-sekolah tersebut di dalam satu kawasan yang telah
ditetapkan. Perkara ini dapat dilihat dengan sangat jelas dalam garis panduan pelaksanaan
Sekolah Wawasan itu sendiri. Garis panduan yang telah ditetapkan juga telah menegaskan apa
jua bentuk perlindungan kepada SJK(C) dan SJK(T) akan tetap dikekalkan sepanjang
pelaksanaan Sekolah Wawasan ini. Maka, setiap kaum tidak akan terjejas dari segi identiti
mereka masing-masing.
Konsep Sekolah Wawasan harus dilihat dari perspektif yang positif iaitu satu alternatif
untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan bukannya bertujuan untuk
menghapuskan identiti sesuatu etnik serta menghilangkan terus Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan. Dengan adanya Sekolah Wawasan ini, sikap diskriminasi dan prejudis daripada
setiap kaum yang ada di Malaysia akan dapat disingkirkan. Tembok pemisah yang wujud
dalam sistem pendidikan di negara kita selama ini juga secara tidak langsung akan dapat
dihapuskan. Setiap murid akan dapat berinteraksi dengan lebih berkesan dengan murid-murid
daripada kaum dan ras yang pelbagai. Hal ini seterusnya akan dapat memastikan murid akan
dapat belajar untuk bersikap lebih terbuka dan secara tidak langsung kita dapat melahirkan
generasi yang mempunyai sikap integrasi dan perpaduan yang utuh antara semua kaum.
Sekaligus dapat mewujudkan Malaysia yang lebih aman dan harmoni pada masa akan dating
15
10.0 RUJUKAN
Internet :
http://yik.itgo.com/tex/AktaPendidikan.html
http://arenapendidikanmalaysia.blogspot.com/p/sekolah-wawasan.html?m=1
http://arenapendidikanmalaysia.blogspot.com/p/sekolah-wawasan.html
http://eprints.utm.my/id/eprint/2291/1/Aziziyahaya__sekolah_Wawasan.pdf
https://fatennazrenmanaf.wordpress.com/pendidikan-sekolah-2/jenis-sekolah/sekolah-wawasan/
https://www.malaysiakini.com/news/494492
https://news.ump.edu.my/experts/sekolah-wawasan-pemangkin-atau-pemusnah-perpaduan
16