NILAI MASYARAKAT
MPU23042 – NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
1
TABLE OF CONTENT
COVER PAGE…………………………………………………..……………………1
TABLE OF CONTENT……………………………………..……………………..2
TUJUAN KAJIAN…………………………………………..……………………….3
KONSEP DAN TEMA KAJIAN………………………………..………………..3
KAEDAH KAJIAN……………………………………………………..……………4
TEORI/METHOD YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN…………….4
HASIL KAJIAN……………………………………………………………………….5
PERSOALAN………………………………………………………………………….5
ULASAN KRITIS…………………………………………………………………….6-10
KESIMPULAN……………………………………………………………………….11
LINK RUJUKAN ARTIKEL………………………………………………………12
2
NILAI MASYARAKAT
TUJUAN KAJIAN DIBUAT
Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan
pelbagai gejala sosial remaja yang berlaku hampir setiap hari. Kehidupan remaja yang penuh dengan
pelbagai permasalahan sosial sangat merunsingkan ibu bapa dan juga pemimpin negara.Banyak cara
dan kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke arah kebaikan untuk menjadi insan berguna
namun mereka tetap memilih jalan yang salah dan hitam. Kes rogol, ragut, penyalahgunaan dadah,
berpeleseran di pusat-pusat beli belah,seks bebas, lumba motor haram, Black Metal dan yang
seumpamanya yang mana semua ini semakin berleluasa dari sehari ke sehari.Mereka seolah-olah suka
membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri sendiri
tetapi juga kepada orang lain.Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan
satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda
harapan bangsa,pemudi tiang negara”Persoalannya,jika remaja kita musnah akibat kesan keseronokan
yang sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan masa depan mereka? Justeru itu,
senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak seperti golongan ibu
bapa,guru,masyarakat, negara dan termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia.Oleh itu sebelum
keadaan menjadi semakin teruk, satu pelan menyeluruh berkaitan perancangan program pencegahan
masalah sosial remaja perlu dirangka oleh pasukan kesihatan termasuk Pegawai Kerja Sosial
Perubatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan lancar.
KONSEP DAN TEMA KAJIAN
Gejala sosial dapat mempengaruhi tingkah laku individu dalam suatu masyarakat. Timbulnya gejala
sosial di lingkungan masyarakat menjadi salah satu pertanda munculnya masalah sosial. Secara garis
besar, gejala sosial bisa memberikan dampak positif dan negatif. Contoh dampak positifnya ialah
muncul modernisasi. Sedangkan contoh dampak negatifnya bisa memunculkan berbagai
permasalahan sosial, seperti pengangguran dan kemiskinan.Menurut Soerjono Soekanto dalam
Sosiologi: Suatu Pengantar (1999), gejala sosial merupakan salah satu penyebab terjadinya masalah
sosial yang disebabkan oleh lingkungan masyarakat . Dapat diartikan juga, bahwa gejala sosial adalah
fenomena yang ditandai dengan adanya permasalahan sosial dalam masyarakat. Mengutip dari
Pengantar Sosiologi Politik (2013) karya Elly M. Setiadi dan Usman Kolip, gejala sosial lumrah
dijumpai dalam hubungan sosial ataupun interaksi sosial, yang memungkinkan perilaku individu
dipengaruhi oleh individu lainnya.
3
NILAI MASYARAKAT
KAEDAH KAJIAN
Kita menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat,iaitu:
- PEMERHATIAN
Kita telah membuat pemerhatian ke atas taman saya, Taman Merak. Melalui pemerhatian, Kita dapat
melihat beberapa kes gejala sosial. Kita membuat catatan dengan bantuan penduduk taman di sini.
- TEMUBUAL
Kita telah menemu bual penduduk di kawasan in.Tujuan temu bual tersebut adalah untuk
mendapatkan keterangan maklumat tentang kes gejala sosial yang berlaku.
TEORI / METHOD YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN
-TEORI DARIPADA BUKU-BUKU RUJUKAN DARI PERPUSTAKAAN
Bagi melengkapkan kajian ini supaya ia lebih tepat serta benar pengkaji telah menggunakan
kaedah kepustakaan bagi mencari bahan maklumat yang kukuh berkaitan dengan tajuk kajian
seperti buku, jurnal, tesis, surat khabar dan sebagainya.Bukan itu sahaja, pengkaji menggunakan
kaedah ini juga bagi mencari berkenaan dengan definisi, atau maksud yang berkaitan tentang gejala
sosial yang dapat menjadi sumber bahan rujukan yang lebih sistematik.
-TEORI DARI LAMAN SESAWANG
Penggunaan laman sesawang dapat membantu melengkapkan kajian. Pengkaji telah menggunakan
kaedah laman sesawang iaitu medium google,youtube dan sebagainya. Hal ini kerana, pengkaji
menggunakan medium bagi mencari maklumat berkaitan gejala sosial di sekolah secara lebih teliti
dan benar.
- TEORI LAPANGAN
Kita telah menerima beberapa maklumat dari kejiranan ini mengenai kajian ini . Antaranya
pengumpulan info kejiranan melalui soal selidik,perekodan dan sebagainya.Daripada itu,kita
mendapat pelbagai teori dan Komen negatif dan posititf.Daripada itu,kajian ini dpt menjadi semakin
kukuh
4
NILAI MASYARAKAT
HASIL KAJIAN
Daripada hasil kajian ini, kita dapat mengetahui bahawa gejala sosial adalah perkara yang perlu
dibantah serta perlu dihiraukan . Kita perlu memahami bahawa perbuatan gejala sosial ini adalah
negatif dan tidak baik terhadap semua aspek .Gejala sosial ini bukan sahaja memalukan nama sendiri
malah memalukan nama keluarga,masyarakat,agama,bangsa dan negara.Daripada kajian ini juga, kita
perlu memahami bahawa gejala sosial semakin meningkat dalam kalangan remaja.Hal ini disebabkan
oleh beberapa pengaruh yang mengubah minda remaja kini Oleh itu,kita perlu mencegah benda
tersebut menjadi semakin sensasi dan teruk di mana hal ini dapat menghancurkan masa depan remaja
kini. Daripada kajian ini juga,kita perlu memahami bahawa kehidupan masyarakat semakin sengsara
dan terancam akibat penglibatan gejala sosial oleh remaja semakin meningkat. Hal ini terutamanya
sekali mengancam kaum wanita untuk keluar dengan bebas. Dalam kajian ini juga turut mendapati
beberapa kesan buruk yang memberi penjelasan kepada semua dan memberi ketelitian betapa
bahayanya gejala sosial. Akhir sekali, kajian ini juga memberikan informasi yang tepat tentang cara-
cara mengatasi gejala sosial yang berlaku pada era globalisasi ini.
PERSOALAN
-Persoalan Semangat Cinta akan Negara
-Persoalan Semangat Patriotisme
-Persoalan Tanggungjawab terhadap Negara
-Persoalan Kasih Sayang keluarga terhadap anak
5
NILAI MASYARAKAT
ULASAN KRITIS
Isi utama kandungan aritikel
Isi utama kandungan artikel ini ialah tentang cara-cara mengatasi gejala sosial dalam kalangan
remaja. Dalam artikel ini,terdapat beberapa cara penyelesaian masalah gejala sosial yang telah
dinyatakan. Dalam menangani gejala sosial ini,ibu bapa adalah antara yang memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan seseorang remaja. Hal ini kerana banyak masa ibu bapa dapat meluangkan
masa Bersama anak-anak.Pada masa yang sama,ibu bapa perlu sentiasa menasihati anak-anak agar
sentiasa menerapkan nilai-nilai murni seperti kepercayaan kepada Tuhan, cinta akan negara ,budi
Bahasa,kasih sayang dan lain-lain. Tambahan pula,ibu bapa juga perlu membincangkan dan
membantu anak-anak menyelesaikan masalah di rumah atau di luar.Hal ini dapatlah anak-anak
tersebut rasa selamat,aman, dan disayangi serta dihargai. Sebagai contohnya,hal ini dapat dikaitkan
dengan sebuah isu yang berlaku di New Zealand di mana anak sendiri menembak ibu bapa akibat
ketagihan permainan video yang keterlaluan.Isu ini berlaku akibat pengabaian ibu bapa terhadap anak
yang terlalu tagih dengan video permainan. Mereka tidak memberi kasih sayang serta tumpuan yang
baik terhadap anaknya.
Seterusnya,caranya yang telah dinyatakan dalam artikel ini ialah masyarakatyang
bertanggungjawab serta menerapkan undang-undang negara ini perlulah berganding bahu untuk
menghindari gejala sosial.Caranya ialah dengan menegur serta berani menegakkan suara apabila
terserempak dengan remaja yang terlibat dengan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan
pergaulan bebas.Jikalau tidak,masyarakat perlulah bertanggungjawab untuk mengadu perbuatan
tersebut kepada pihak atasan.Isu yang boleh dikaitkan dengan isi diatas adalah isu di Malaysia.Hal ini
berlaku di mana beberapa kumpulan penagih dadah yang berusia 17-21 tahun telah ditangkap akibat
seorang saksi yang mempunyai sikap patriotisme mendedahkan semua benda yang berlaku di depan
matanya.Hal ini dapatlah menahan remaja-remaja tersebut dan menghantar ke pusat pemulihan serta
dapat menahan beberapa sindiket yang terlibat.
Selain itu,pihak sekolah juga turut terlibat dalam menangani masalah ini.Contohnya,pihak
sekolah bolehlah mengadakan perhimpunan sekolah setiap Isnin .Antara aktiviti yang boleh diadakan
sepanjang perhimpunan ialah nyanyian lagu Negaraku,ucapan pengetua , mengadakan kempen
berkaitan negara(jika boleh).Hal ini dapatlah menjauhi kesan buruk dari semua aspek . Untuk
pengetahuan semua,pemberian nasihat oleh guru-guru merupakan antara yang relevan .Guru perlulah
nasihat pelajar agar tidak melibatkan diri dalam gejala sosial dan menerapkan nilai murni
bertanggungjawab,bertolak ansur,sabar dan menghormati antara satu sama lain.
6
NILAI MASYARAKAT
Selain itu,cara lain adalah media massa.Media massa juga turut memainkan peranan.Hal
ini kerana media massa boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang dengan berkesan.Media massa
seperti televisyen perlulah menyiarkan lebih banyak program yang berunsur positif dan memberi
Pendidikan kepada penonton.Rancangan yang berunsurkan hiburan yang melalaikan juga tidak atau
perlu kurangkan penayangan rancangan tersebut di televisyen.Hal ini dapat dicontohi dengan isu
rancangan Çanadian TV.Dalam rancangan tersebut,kanak-kanak dan remaja diberi ajaran yang
secukupnya tentang beberapa nilai murni yang penting seperti bekerjasama,emghormati dan lain-
lain.Tambahan pula,kajian juga menunjukkan kebanyakan remaja dan kanak-kanak lebih melakukan
amalan yang positif akibat menoton rancangan tersebut. Kajian juga turut menyatakan bahawa kanak-
kanak dan remaja yang menonton rancangan Canada TV ini membantu mereka tidak terlibat dengan
gejala sosial.
Akhir sekali, pihak kerajaan juga turut menangani isu ini . Caranya ialah pihak kerajaan
perlulak mengorbankan beberapa sumber kewangan demi masa depan remaja dengan cara
mengadakan pelbagai kempen seperti cegah gejala sosial dan kempen tentang negara Malaysia .Hal
ini dapatlah memberi kesedaran kepada mereka tentang keburukan gejala sosial . Tambahan pula,
kerajaan perlulah bertanggungjawab menggubal undang-undang bagi mengatasi gejala sosial.Isu yang
dapat diungkitkan berkaitan cara di atas adalah isu di Singapura. Singapura telah menyatakan bahawa
pembawa dadah ke negara tersebut akan didenda hukuman gantung.Hukumannya dahsyat tetapi hal
ini dapatlah mengurangkan kes membawa dadah ke negara Singapura.
7
NILAI MASYARAKAT
Isu yang menarik, nyatakan mengapa?
Isu ini iaitu isu gejala sosial adalah isu yang menarik dan sensasi.Hal ini kerana remaja pada
globalisasi ini kebanyakannya terlibat dengan gejala sosial tersebut atas faktor kurang didikan ibu
bapa,pengaruh rakan sebaya,pengaruh media massa dan tabiat ingin mencuba. Oleh itu, artikel ini
adalah untuk membincangkan cara-cara mengatasi gejala sosial yang semakin berleluasa pada zaman
ini. Isu ini masih menarik kerana kebanyakan remaja yang terlibat dengan gejala sosial menyebabkan
suasana sesebuah negara tidak harmoni.Seterusnya,masalah ini semakin rumit akibat tiada pengganti
oleh remaja dari segi politik dan intelektual.Oleh itu,artikel ini membantu untuk mencari penyelesaian
yang segera seperti yang dinyatakan dalam artikel ini.
Adakah isu yang dibangkitkan adalah relevan bagi anda sebagai
seorang penyelidik?
Sebagai seorang penyelidik,saya rasa isu ini sangat relevan kerana pada era globalisasi ini ,gejala
sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat. Berdasarkan artikel ini,diharapkan semua remaja
yang berada di luar sana akan membaca dan menghayati setiap ayat yang dinyatakan .Hal ini kerana
artikel ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pembaca untuk tidak melakukan gejala sosial
sama ada di dalam negara dan juga di luar negara. Seterusnya,masalah ini semakin berbelit akibat
kekurangan pengganti dari segi politik dan intelektual .Hal ini akan menyebabkan sesebuah negara
dipinggirkan selama-lamanya akibat gejala sosial semakin meningkat.
Adakah anda setuju / tidak bersetuju dengan hasil kajian? Mengapa?
Saya setuju dengan hasil kajian yang dinyatakan dalam artikel ini. Hal ini kerana hasil kajian
tersebut sangat penting dan tepat dengan isi yang dinyatakan. Hasil kajian tersebut mampu memberi
penekanan yang baik untuk pihak yang sedang membaca artikel ini.Diharapkan apa yang dinyatakan
dalam hasil kajian tersebut dapat dicontohi oleh remaja-remaja di luar sana .
8
NILAI MASYARAKAT
Adakah persoalan/objektif
penulisan yang dikemukakan oleh penulis terjawab?
Antara persoalan yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini ialah persoalan semangat cinta
akan negara,persoalan semangat patriotisme dan persoalan tanggungjawab terhadap negara.Ini adalah
antara persoalan yang dinyatakan dalam artikel dan pada pendapat saya kesemua persoalan tersebut
memang jitu dan sesuai . Antara persoalan tersebut,persoalan semangat cinta akan negara adalah
persoalan yang paling sesuai. Hal ini kerana gejala sosial hanya dapat dihentikan apabila kesemua
remaja mempunyai semangat patriotism terhadap negara.Sikap patriotism ini dapat dipupuk dari
semua aspek sama ada dari ibu bapa,sekolah,media massa dan kerajaan.Persoalan tersebut telah diberi
huraian yang sempurna dan hasil kajian yang dinyatakan oleh penulis boleh menjadi sokongan kepada
persoalan-persoalan tersebut.
Method yang digunakan sesuai atau tidak?
Method yang digunakan oleh penulis adalah sesuai. Penulis telah menggunakan kaedah
kualitatif yang sesuai bagi menghasilkan hasil kajian yang bermutu. Data kualitatif terhasil daripada
hasil pemerhatian. Hasil pemerhatian merupakan huraian terperinci tentang situasi, kejadian, interaksi
yang diamati . Tambahan pula, hasil kajian ini berdasarkan daripada dua sumber iaitu sumber internet
dan sumber buku rujukan. Penulis menggunakan teknik pengumpulan data yang betul bagi
meyakinkan pembaca dan memahami cara penulis sampaikan dalam kajian tersebut.
Dapatan/hasil kajian meyakinkan dan boleh dipercayai atau tidak?
Hasil kajian ini sangat meyakinkan dan boleh dipercayai. Hal ini kerana penulis telah
menggunakan teknik cara penyelidikan kajian yang betul. Antaranya, penulis telah berjaya
mengumpul data penting untuk membuat penyelidikan kajian. Pengumpulan data merupakan taktik
penting dalam memberi maklumat yang diperlukan. Selain itu, penulis juga merancang penyelidikan.
Strategi ini tentang bagaimana penulis menyelesaikan pernyataan masalah yang telah dikenalpasti.
Akhir sekali, tafsiran hasil kajian. Penulis telah memaparkan hasil tersebut dalam struktur yang dapat
saya fahami seperti lampiran gambar yang ada di artikel ini.
9
NILAI MASYARAKAT
Apakah langkah yang boleh diambil oleh penulis untuk memastikan
kebolehpercayaan kajian yang dibuat?
Langkah yang perlu diambil untuk memastikan kebolehpercayaan kajian tersebut adalah penulis
perlulah menganalisis data dan mengkaji kerana hal ini akan merumitkan situasi apabila artikel yang
dicipta adalah dianggap pencurian maklumat. Seterusnya,penulis juga perlulah merekod semua data
melalui rakaman video apabila melakukan temu ramah sebagai bukti pembuatan artikel oleh penulis
tersebut.Akhir sekali,penulis juga perlulah mengumpulkan borang-borang soal selidik dan simpan
sebagai bahan bukti ataupun dijadikan ahan pendokumentasian.
Apakah kesan artikel terhadap pemikiran / pandangan anda
dalam penyelidikan anda pada masa akan datang?
Kesan artikel terhadap penyelidikan saya pada masa akan datang adalah saya pasti tidak akan
tidak sama sekali akan terlibat gejala sosial.Apabila saya membaca artikel ini, saya mengganggap
gejala sosial ini sebagai musuh. Dari segi penyelidikan, ia akan membantu bukan sahaja saya malah
remaja-remaja Malaysia sama ada generasi muda kini atau akan datang untuk mengubah minda dan
menunjukajar melalui artikel ini bahawa betapa parahnya gejala sosial ini kepada dunia ini.Tambahan
pula, artikel ini juga turut membantu generasi yang akan datang untuk menghindari gejala sosial.Saya
juga seorang remaja dan diharapkan remaja pada masa kini dan akan datang insaf dan bertaubat serta
tidak sama sekali menyokong gejala sosial sehingga generasi yang akan datang.
10
NILAI MASYARAKAT
KESIMPULAN
Kesimpulannya ,adalah saya sebagai pelajar yang mengkaji kajian dan artikEl ini kita telah
dapat menerima banyak pengetahuan baru dan juga dapat memberi pengetahuan baru kepada
pembaca artikel atau kajian saya. Saya sebagai remaja yang berhidup dalam masyarakat dan negara
ini akan menggunakan pengetahuan ini untuk menjaga negara saya yang tercinta dan untuk
membentukkan diri saya agak tidak melibatkan diri dalam gejala sosial yang mencemarkan nama
negara antara negara-negara yang maju. Saya akan memperbaiki kajian saya dengan mencari
maklumat yang lebih teliti sebagai bukti dan penerangan bagi menelitikan para pembaca untuk
meningkatkan pengetahuan saya dan mereka. Saya juga akan mencantumkan beberapa gambar-
gambar yang menarik perhatian pembaca dan gambar-gambar yang memberi penerangan yang teliti
kepada para pembaca. Rumusanya adalah saya telah menerima banyak nilai-nilai masyarakat
daripada kajian ini dan saya juga berharap agar para pembaca juga menerima banyak nilai-nilai
masyarakat yang mampu membentuk diri sendiri untuk menjadi insan yang baik dan warganegara
yang baik bagi negara yang tercinta.
11
NILAI MASYARAKAT
LINK RUJUKAN ARTIKEL
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.johorkini.my/gejala-sosial-
di-kalangan-remaja-perlu-ditangani/amp/&ved=2ahUKEwjo7Z-
T9eD3AhXxTmwGHUPqANsQFnoECBAQAQ&usg=AOvVaw2OyAMXdyZdIJ6HUEiuB5k
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.ceriasihat.com/gejala-
sosial-punca-kesan-isu-pencegahan/&ved=2ahUKEwjo7Z-
T9eD3AhXxTmwGHUPqANsQFnoECCQQAQ&usg=AOvVaw0KdCu840Q43iz51RsOeY4I
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.astroawani.com/topic/geja
la-sosial&ved=2ahUKEwjo7Z-
T9eD3AhXxTmwGHUPqANsQFnoECD0QAQ&usg=AOvVaw3_sjVKBHd5siK4JKcmkORP
12