MPU23042
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
PENDIDIKAN
1
ISI KANDUNGAN
AHLI KUMPULAN-....................1
ISI KANDUNGAN-....................2
PENGENALAN-.........................3
KEPENTINGAN-........................4
KESAN-......................................5
KAEDAH-.................................6-7
KESIMPULAN-...........................8
RUJUKAN-..................................9
LAMPIRAN-..............................10
APA ITU PENDIDIKAN?
Pendidikan adalah antara agenda besar yang boleh mempengaruhi
kualiti dan ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Manusia dianggap
mundur sekiranya tiada pendidikan . Individu dan keluarga yang berilmu
dan meletakkan ilmu sebagai cara hidup akan lebih mudah membuat satu
keputusan yang tepat. Ikatan silaturahim dalam keluarga dan masyarakat
juga akan menjadi lebih kukuh. Pendidikan dalam sesebuah masyarakat
memerlukan sistem nilai yang mampu dikembangkan dan disuburkan
supaya warganya memiliki etika yang tinggi dalam kehidupan. Pendidikan
juga merupakan satu proses menimba ilmu terpenting dalam kehidupan
manusia. Proses pendidikan akan berlaku di sepanjang hayat manusia.
Bermula di dalam kandungan ibu sehingga akhir hayat. Fasa pendidikan
tersebut akan berlangsung dalam kehidupan manusia sama ada secara
formal ataupun tidak formal. Di dalam proses pendidikan ini manusia
membangunkan semua potensi yang ada merangkumi potensi akal
(cognitive), jasmani/tingkah laku (psikomotor/behaviour), dan rohani
(spiritual). Kesemua potensi ini berkembang dalam kehidupan manusia
bermula sejak dilahirkan. Perkembangan kesemua potensi tersebut dapat
meningkatkan kapastiti daya
KEPENTINGAN PENDIDIKAN
Terbahagi kepada 3 konsep iaitu ;
1. INDIVIDU
2. RAKYAT
3. NEGARA
1. INDIVIDU
- Memberi mereka suara
- Mendedahkan potensi mereka dengan mempelajari pelbagai kemahiran dan menyediakan individu untuk lebih
berjaya dalam kehidupan di rumah dan komuniti serta tempat di kerja.
-Menunjukkan jalan ke arah penyumpurnaan diri, serta meluaskan perdangan dan pemikiran individu kepada
dunia tanpa sempadan.
2. RAKYAT
- Melahirkan pemimpin yang cemerlang dengan membolehkan negara memiliki pemimpin pelapis yang lebih
hebat Dan cemerlang. Pemimpin yang berilmu pengetahuan ini akan membuat pertimbangan yang lebih rasional
dalam melaksanakan sesuatu program yang dirancang.
- Dapat melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan maka kehidupan rakyat akan menjadi lebih baik. Hal ini
kerana mereka yang berpendidikan akan dapat pekerjaan yang baik dan gaji yang lumayan.
- Meningkatkan mutu pendidikan negara deeëngan ramai rakyat yang berilmu pengetahuan maka sudah
tentulah sebagian daripada mereka akan menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan pusat pengajian
tinggi.Golongan pendidik ini pasti dapat membimbing generasi muda untuk menjadi rakyat yang
berpengetahuan dan kemahiran.
3. NEGARA
- Mewujudkan persaingan yang sihat antara negara kita dengan negara maju yang lain dapat pendidikan
berkualiti mampu menyediakan pendidikan yang baik setaraf dengan mutu pendidikan negara maju.
- Melahirkan banyak tenaga pakar di negara kita dapat memberikan banyak kemahiran dan taraf pendidikan
yang baik setanding dengan pendidikan yang disediakan di negara-negara yang maju.
- Malaysia sebagai pusat pendidikan dapat memajukan negara kita setanding dengan negara maju yang lain.
- Menjadikan sesebuah negara itu diiktiraf dan dihormati oleh negara-negara lain mampu menyediakan
banyak keperluan yang penting kepada para pelajar untuk belajar.
KESAN JIKA PELAJAR TIDAK MEMENTINGKAN PENDIDIKAN
Terdapat pelbagai kesan terhadap pelbagai pihak sekiranya pelajar tidak
mementingkan pendidikan.
1) INDIVIDU
Kesan kepada individu adalah , seorang individu akan tidak dapat berjaya dalam
kehidupannya sekirannya tidak dapat mendidik diri dengan pendidikan formal dan
tidak formal sejak kecil Seseorang individu yang tidak dididik akan tidak berjaya
dalam kerjayanya kerana kekurangan kelayakkan bagi beberapa kerja yang
memerlukan kelayakkan tinggi dan khas.
Selain itu , seseorang individu terpaksa bergantung kepada orang lain dalam
kehidupan sekirannya tidak mempunyai pendidikan. Ini kerana, pada era globalisasi ini
,semua perkara adalah sedang dilakukan secara digital dan atas talian.Oleh itu,
seseorang individu tidak boleh melakukan sesuatu perkara yang berteknologi tinggi
dan digital dengan sendiri. Individu tersebut tidak boleh menyesuaikan diri dalam
dunia digital ini sekiranya tidak mempunyai pendidikan.
2) MASYARAKAT
Kesan terhadap masyarakat adalah , sekiranya pelajar tidak mementingkan
pendidikan masyarakat akan menjadi masyarakat yang tidak terdidik dan tidak
berjaya.Hal ini demikian kerana, pelajar hari ini adalah masyarakat masa depan.
Seorang individu yang mempunyai pendidikan akan mampu memberi idea untuk
membina dan membangunkan sebuah masyarakat yang bijak dan berjaya.
Jika,sebuah masyarakat tidak mempunyai pendidikan pastilah taraf kehidupan
mereka akan tidak naik dan tidak bermutu tinggi.
3) NEGARA
Kesan kepada sesebuah negara jika pelajar tidak mementingkan pendidikan adalah negara
tidak dapat maju. Hal ini demikian kerana, seorang rakyat malaysia yang terdidik pastilah
memberi idea dan pendapat mereka untuk memajukan negara ini di kalangan negara-
negara yang sedang dimajukan atau telah maju. Lebih lagi, seorang individu yang
mempunyai pendidikan juga akan melibatkan diri dengan pelbagai perkara seperti kuiz
tentang pelajaran kebangsaan dan lain-lain lagi yang memanfaatkan negara kita dan
membanggakan negara kita. Jika ,pelajar tidak mementingkan pendidikan kita akan tidak
mejadi negara yang maju dan tidak boleh mencapai wawasan.
KAEDAH-KAEDAH MENGGALAKKAN MURID-MURID
UNTUK MENGAMBIL BERAT DAN MENGUTAMAKAN
PENDIDIKAN
Terdapat beberapa kaedah yang perlu dan boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk murid-murid lebih
mengutamakan dan lebih menumpu perhatian dalam Pendidikan yang sangat penting dalam kehidupan seseoran
insan untuk menjadi seorang insan yang bermutu tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab untuk menggalakkan murid-murid:
Murid(sendiri)
Ibu bapa
Guru-guru
Kerajaan
1)MURID
Terutamanya , murid- murid mestilah bertindak untuk mengutamakan Pendidikan dan untuk menumpu
lebih perhatian dalam Pendidikan. Murid-murid patutlah tidak membazirkan masa dan patut
menggunakan masa yang emas untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran yang telah diajar oleh
guru-guru di sekolah dan institusi pembelajaran. Mengulangkaji pelajaran menolong pelajar untuk fasih
dan lebih memahami mata pelajaran tersebut.
Seterusnya ,murid-murid juga wajib bertanyakan jawapan yang tidak dapat ditemui bagi soalan atau
mata pelajaran yang mereka tidak faham dengan guru supaya dapat penerangan dan jawapan yang
teliti yang mampu menolong kita meneruskan pelajaran dengan mudah. Kaedah ini pula menolong
murid-murid untuk dapatkan penjelasan dan mengurangkan ketidak fahaman terhadap sesuatu mata
pelajaran atau soalan. Oleh itu, murid-murid boleh belajar dengan teliti tanpa halangan.
Murid-murid wajarlah membina satu kumpulan untuk mengulangkaji pelajaran dan memastikan
kumpulan tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua murid yang mampu mengajar murid-murid
lain dalam kumpulan tersebut. Pembinaan kumpulan menyumbang kepada perkongsian pendapat dan
idea antara murid-murid. Kaedah ini dapat menggalakkan murid untuk mengutamakan Pendidikan dan
mengambil berat tentang Pendidikan.
2)IBU BAPA
Terutamanya, pihak ibu bapa pula boleh melakukan tanggungjawab dalam menggalakkan murid-murid
untuk mengambil berat terhadap Pendidikan mereka. Ibu bapa mestilah membeli buku-buku yang
bermutu tinggi yang mengandungi penerangan yang teliti untuk anak-anak mereka. Kaedah ini akan
memudahkan proses pembelajaran anak-anak mereka kerana penerangan dan penjelasan mata
pelajaran yang sedia ada dalam buku tersebut. Oleh ini murid-murid tidak perlu menghadapi kesukaran
dalam pembelajaran atau ulangkaji kendiri.
Selain itu, ibu bapa pula menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen sebagai sumber ilmu
tambahan bagi anak-anak mereka. Kaedah ini pula memberi kemudahan untuk berkomunikasi dengan
pengajar dengan lebih selesa dan lebih mudah disebabkan jumlah pelajar yang kurang daripada jumlah
pelajar yang terdapat dlam sebuah kelas di sekolah. Oleh itu, kaedah ini memudahkan murid-murid untuk
berkomunikasi dengan guru untuk mendapatkan penerangan bagi mata pelajaran yang tidak faham dan
ia juga menyumbang untuk maklumat atau ilmu tambahan kepada murid-murid.
3) Guru-guru
Terutamanya, guru-guru juga wajiblah menjalankan tanggungjawab dalam menggalakkan
anak-anak murid untuk mengutamakan Pendidikan. Guru-guru boleh memberi insentif
bagi murid-murid yang aktif dalam pembelajaran. Bukan sahaja pelajar yang cemerlang
tetapi seseorang murid yang tidak sangat pandai dan asyik mempunyai soalan dalam
pembelajarannya juga hendaklah diberi insentif sebagai dorongan dan sokongan untuk
lebih mencuba untuk menjadi cemerlang dalam Pendidikan. Kaedah ini mendorong
murid-murid untuk mencuba untuk menjadi pelajar yang lebih pandai dan mantap dari
dahulu.
Di samping itu, guru- guru juga boleh menggunakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik yang menarik perhatian murid-murid dan bahan yang
mampu memberi murid-murid rasa ingin tahu tentang mata pelajaran tersebut. Kaedah
ini dapat menambahkan tumpuan murid-murid terhadap Pendidikan.
4)KERAJAAN
Akhir sekali , kerajaan negara yang tercinta kita pula boleh melakukan
tanggungjawab dalam menggalakkan murid-murid mengutamakan Pendidikan.
Kerajaan patutlah memberi bantuan Pendidikan atau subsidi kos Pendidikan
sebagai galakkan kepada murid-murid yang menghadapi kesukaran dalam
pembayaran yuran terutamanya bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi.
Kaedah ini dapat mengggalakkan murid-murid untuk lebih mengambil
berat tentang pendidkan mereka dan lebih mengutamakan Pendidikan mereka.
GAMBAR MENUNJUKKAN SEKUMPULAN GAMBAR MENUJUKKAN PINJAMAN KEPADA PELAJAR
MURID SEDANG BELAJAR BERKUMPULAN PENGAJIAN TINGGI YANG DISEDIAKAN OLEH
KERAJAAN
MENUJUKKAN GAMBAR TENTANG GAMBAR MENUNJUKKAN SEKUMPULAN
BAHAN BACAAN DIGITAL PELAJAR BERTANYAKAN SOALAN
MEREKA KEPADA CIKGU
KESIMPULAN
Perbincangan ini membincangkan mengenai
maksud pendidikan, kepentingan
pendidikan,kesan jika tiada pendidikan dan cara-
cara untuk mengatasinya .E folio ini memberi
banyak manfaat kepada para pembaca. Pendidikan
secara formal dan tidak formal sebenarnya saling
berkaitan, menjurus kepada mengembangkan
segala potensi individu secara keseluruhannya dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Apa
yang penting matlamat akhir dalam konteks
tulisan ini ialah untuk membina kebenaran segagat
(universal), iaitu kebenaran yang diukur dengan
ilmu wahyu. Dengan kebenaran ini para pendidik
perlu memberi bimbingan yang sebenar-benarnya
kepada pelajar. Pelajar juga perlu dibimbing
menggunakan daya intelektual secara maksima
dan menterjemah maksud ilmu yang tersirat
menggunakan potensi rohani secara seimbang.
Dengan ini, sistem pendidikan kita dapat membina
generasi yang bersifat universal dan membina
kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.
LAMPIRAN
Gambar menunjukkan pembukaan sekolah secara bersemuka oleh kerajaan bagi sesi
sekolah rendah yang ditutup pada suatu masa akibat dilanda Covid-19
Gambar menunjukkan Menteri Pendidikan iaitu Dr Gambar menunjukkan kepujian yang
Maszlee Malik yang pernah bersuara bahawa pendidikan siterima daripada Menteri Pendidkan
Tinggi bahawa sistem pendidkan tinggi
adalah untuk semua tidak kira kaum dan agama
negara kita semakin maju
Gambar menunjukkan Kementerian Pendidikan Gambar menunjukkan Pelan Pembangunan
yang memberi peluang kepada golongan B40 Pendidikan Malaysia yang masih berusaha
untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) demi kemajuan negara dari segi pendidikan
RUJUKAN
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pendidikan
https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/pencapaian-
kerajaan-2-2/kementerian-pendidikan-malaysia/
https://eseistpm.blogspot.com/2015/01/kepentingan-pendidikan-yang-
berkualiti.html?m=1
https://www.moe.gov.my/pendidikan