TARIKH DISINI MASA DISINI TEMPAT 44 TARIKH Masa TEMPAT 24 JUN 2023 8.30 PAGI DEWAN INSPIRASI Dirasmikan oleh Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, IPPD Klang Selatan PENGHARGAAN Diucapkan ribuan terima kasih kepada En Ahmad Fuad Bin Mohamed Ghazali Yang Dipertua PIBG Dato’ Paduka Wan Idzham Bin Dato’ Yunos Naib Yang Dipertua PIBG Ahli Jawatankuasa PIBG SK Klang Pn Rozana Bt Adam Guru Besar SK Klang Para pentadbir SK Klang Barisan Guru dan AKP SK Klang Turut terlibat secara langsung Dan tidak langsung dalam program ini.
V 8:30 pagi : Kehadiran ibu bapa/ guru / Perasmi 9:00 pagi :Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Selangor :Bacaan doa :Ucapan Pn Rozana Bt Adam,Guru Besar SK Klang :Ucapan En Ahmad Fuad Bin Mohamed Ghazali, YDP PIBG :Ucapan perasmian, Sarjan Hasrol bin Ismail, Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, IPPD Klang Selatan :Tayangan Montaj :Persembahan Murid :Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 44 dimulakan : Cabutan Bertuah 11:30 pagi :Majlis bersurai ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SK KLANG 2023 1 2
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Sejahtera, Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Klang kali ke – 44 bagi tahun 2023. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2023 yang telah berusaha secara bersungguh- sungguh untuk menjayakan program ini . Sesungguhnya Mesyuarat Agong PIBG kali ini adalah sangat istimewa kerana diadakan secara maya melalui Google Meet. Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG, guru2 dan ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini. Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Dalam suasana norma baharu dunia Pendidikan sekarang ini,, kita berharap ibubapa dapat bersama-sama berganding bahu membantu dan membimbing anak-anak di rumah agar mereka tidak tercicir dalam pengajaran dan pembelajaran. Sesuai dengan matlamat sekolah untuk berada dalam 30 kelompok terbaik di daerah Klang, kita juga berharap dapat merealisasikan misi sekolah iaitu untuk melahirkan insan cemerlang dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah berlandaskan aspirasi negara. Justeru, PIBG perlu menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dan memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam dan azam yang kental dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah . Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan kebersamaan yang padu , PIBG mampu melahirkan modal insan yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah di SK Klang. Sesungguhnya, PIBG telah memainkan peranan yang hebat dalam membantu pihak sekolah menjana personaliti cemerlang dan masa depan yang cerah untuk anak-anak kita. Sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat melalui sarana ibubapa dalam menyumbang idea, material, sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita bersama. Sarana sekolah menjadi permulaan yang positif dan diharapkan akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan untuk warga SK Klang. Misi dan visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad , memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu. Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SK Klang terus mara dan proaktif dalam membina kecemerlangan SK Klang. SKK SEDERAP MENGGARAP KECEMERLANGAN ROZANA BINTI ADAM Guru Besar Sekolah Kebangsaan Klang 3 4
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Sejahtera, Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dengan limpah kurnia serta petunjuk dariNya dapat saya menyusun sepatah dua kata di dalam ruangan ini sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Klang kali ke-44 tahun ini. Saya sebagai YDP PIBG SK KLANG terlebih dahulu memohon ampun dan maaf di atas kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya menjalankan tugas jawatan ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru dan semua kakitangan sekolah ini kerana selama saya menjadi YDP PIBG sekolah ini saya mendapat kerjasama yang erat terutama daripada Guru Besar yang banyak memberikan komitmen yang tinggi dalam kegiatan PIBG sekolah ini. Saya yakin dengan pentadbiran yang jujur dan berwibawa akan membawa kejayaan kepada anak-anak di sekolah ini di dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum di masa akan datang. Saya juga mengharapkan kerjasama daripada semua ibubapa, penjaga dan juga masyarakat setempat agar dapat memberikan sokongan yang jitu terhadap PIBG untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Seterusnya saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah memberikan pelbagai bentuk sumbangan dalam membantu pihak sekolah menambahbaik kemudahan dan keperluan yang diperlukan dari semasa ke semasa. Semoga segala usaha dan kebaikan bersama yang diberikan mampu membawa SK Klang ke arah kecemerlangan. InshaAllah. Akhir kata dari saya, diucapkan selamat bermesyuarat Agung PIBG ke-44. Sekian, terima kasih. AHMAD FUAD BIN MOHAMED GHAZALI YDP PIBG SK KLANG 5 6
Penasihat : Pn Rozana binti Adam Yang Dipertua : En Ahmad Fuad bin Mohamed Ghazali Naib Yang Dipertua : Dato’ Paduka Wan Idzham Bin Dato’ Yunos Setiausaha : Pn Siti Hawa Bt Ruslaini Naib Setiausaha : Cik Esther Joan Dawson Bendahari : Pn Vutayathaannnu A/P Chandra Sekaran AJK Guru : Pn Rosyatimah Bt Ali Cik Syarafina Awanis Bt Abdul Rahman En Zulkarnain Bin Mohamad AJK Ibubapa : En Ibnus Shabah Jalidar : Pn Salha Salwa binti Mohd Rusli : Pn Nur Husna binti Othman : Pn Nur Saharani binti Abdul Rahim Pemeriksa kira-kira : Pn Nurul Dayana Bt Zakaria : Pn Rahimah binti Ramri JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 44 TAHUN 2023 Penasihat I : Pn Rozana binti Adam Penasihat II : Pn Zuraidah binti Kamsah : Pn Sunita binti Ngawitu : En Mohd Nazrul bin Hussin : En Mohd Zaki bin Mohd Ibrahim Yang Dipertua : En Ahmad Fuad bin Mohamed Ghazali Naib Yang Dipertua : Dato’ Paduka Wan Idzham Bin Dato’ Yunos Setiausaha : Pn Siti Hawa Bt Ruslaini Naib Setiausaha : Cik Esther Joan Dawson Bendahari : Pn Vutayathaannnu A/P Chandra Sekaran JAWATANKUASA PIBG KALI KE – 44 TAHUN 2023 7 8
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 / 2023 Sambutan Tetamu Pn Rozana Bt Adam Pn Zuraidah Bt Kamsah Pn Sunita Bt Ngawitu En Mohd Nazrul Bin Husain En Mohd Zaki Bin Mohd Ibrahim Pendaftaran Cik Esther Joan Dawson (K) Cik Nur Syarafina Awanis Binti Abdul Rahman Pn Rosyatimah Bt Ali Pn Nagakumari A/P Suppiah Cik Farah Nadiah Bt Mohd Faizal Buku Program Pn Siti Hawa Bt Ruslaini (K) Pn Vutayathaannnu A/P Chandra Sekaran Cik Wan Nor Diyana Bt Wan Ahmad Pn Nur Hidayah Aqidah Bt Md Yusof Bacaan Doa En Azman b Dahali (K) Juru kira Undi Pn Nurnajwa Bt Abdul Latif (K) Juhana Bt Hamzah Fotografi Pn Hjh Fairoes bt Abd Shukor (K) Pn Siti Zaliha bt Kassim Pn Nur Khairunnisa Bt Mohd Ismath Pn Hermiyanti Bt Hj Sain Cenderahati (PERASMI) Pn Zuraina Bt Zainal Mohthar (K) Pn Siti Zainun Bt Mat Janum Cik Siti Suhanah Bt Mukhruni Pn Sasirega A/P K. Narayanasamy Laporan/ Dokumentasi & Banner Pn Siti Hawa Bt Ruslaini (K) Siaraya En Wan Muhammad Anas Bin Zambri Hiasan Pentas Pn Yusfauzilah Bt Mohd Yunus (K) Pn Siti Hajar Bt Taib Pn Mas Iza Bt Abdul Rahman Pn Helda Anak Mapan Pn Siti Noor Nadiawani Bt Mohd Zulkifli Jamuan (VIP & guru) Pn Norashikin Bt Md Yusoff (K) Pn Siti Masriza Bt Mohd Hairi Pn Hidayah Hamizah Hamizah Bt Mat Tohid Pn Vanita A/P S.Jeyaseelan Cik Nabilah Bt Rosli Pn Salha Salwa Binti Mohd Rusli (PIBG) Pn Nor Saharani Binti Abdul Rahim (PIBG) Pn Nur Husna Binti Othman (PIBG) Pn Muselah Bt Bajuri (PIBG) Pn Rahimah Bt Ramri (PIBG) Pengacara Majlis En Mohamad Safwan bin Mustaffa Pengerusi Sementara En Zaidon b Din Pencatat Minit Pn Zaiton Bt Mohamed (K) Pn Normarziah Bt Mat Isa Pn Afifah Bt Abd Jalil Tayangan Montaj Pn Mashaliza Bt Masdar (K) Pn Nur Fatin Syazirah Bt Mohd Jidin Pn Yushanthini A/P Sathasivam Persembahan Murid Pn Siti Aimy bt Mohd Khidzir (K) Pn Nor Nadiah Bt Senin Pn Nurul Dayana Binti Zakaria Pn Maisarah Bt Ishak En Nazri Bin Sahmad En Syed Rahmad Bin Syed Baharom Persiapan tempat En Zulkarnain Bin Mohamad (K) En Harun Bin Nawari En Wan Mu’adzam Bin Wan Abidin En Mohd Shaiful Nizam Bin Md Ghazali En Abd Rahim Bin Hj Sabran Cik Marliani Bt Mislan Pn Zarina Bt Zabidi Cik Nurul Amirah Bt Mohd Kathar 9 10
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK KLANG KALI KE-43/2022 Tarikh : 13 Mei 2022 (Jumaat) Masa : 8.15 – 10.30 malam Medium : Google meet 1.0 UCAPAN PENASIHAT – PN ROZANA BINTI ADAM (GURU BESAR SK KLANG) 1.1 Mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana agenda wajib iaitu mesyuarat agung PIBG dapat dilaksanakan. 1.2 Merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua ibu bapa yang telah memberikan sumbangan kewangan dan juadah sempena sambutan hari raya peringkat sekolah pada sebelah pagi. 1.3 Mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid kerana sesi persekolahan secara bersemuka sepenuhnya dapat dilaksanakan pada tahun ini. 1.4 Selepas cuti hari raya semua murid telah dibenarkan makan dikantin. Unit HEM dan jawatankuasa kantin telah menyusun atur kedudukan murid ketika makan di kantin. SOP makan dikantin tetap dilaksanakan. Murid direhatkan secara bergilir-gilir agar tidak berlaku kesesakan dikantin. 1.5 Program kerjasama yang telah dilaksanakan antara PIBG dan sekolah : 1.5.1 Membeli peralatan sanitasi sekolah. Untuk makluman, selepas murid balik guru waktu terakhir akan melakukan sanitasi kelas dan bilik-bilik khas. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada PIBG di atas sumbangan kewangan membeli peralatan sanitasi. 1.5.2 Program naik taraf anjung ilmu. Program ini masih dalam proses namun ditangguhkan buat sementara waktu kerana terdapat beberapa kekangan. Oleh itu, pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama antara PIBG dan ibu bapa untuk mengadakan gotong royong bagi menjayakan program ini. 1.5.3 Majlis apresiasi murid tahun 6 (2021). Telah dilaksanakan pada bulan Februari 2022, pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan kewangan yang dihulurkan oleh PIBG bagi menjayakan program apresiasi ini. 1.5.4 Pihak sekolah telah menerima sumbangan kerusi dari JPN Perlis selepas fasa banjir. Pihak sekolah juga sedang menunggu bantuan meja, untuk makluman ibu bapa kerosakan meja yang berlaku dalam kelas adalah dalam pemantauan pihak sekolah. Pihak sekolah memohon semua ibu bapa mendoakan semoga usaha sekolah dipermudahkan untuk menerima bantuan dari sumber-sumber luar yang lain. 1.5.5 Membaik pulih paip bocor di belakang kedai buku. Terima kasih kepada PIBG kerana telah membantu mengatasi masalah paip bocor tersebut. 1.5.6 Menyambut murid pada hari pertama persekolahan. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada PIBG terutama kepada YDP dan AJK yang bersama-sama menyambut murid pada hari pertama persekolahan bersama Pegawai Seranta sekolah yang baru iaitu Sarjan Hadi Selvaraju bin Abdullah. 1.6 Guru Besar mengharapkan bantuan, buah fikiran, idea, tenaga dan sumber kewangan dari PIBG untuk membaik pulih kerosakan di SK Klang. Untuk makluman keadaan SK Klang sebenarnya sangat dhaif terutama kerosakan tandas. Terdapat banyak kerosakan tandas dan ianya memerlukan kos yang besar untuk membaik pulih keadaan tandas. Diharapkan pihak PIBG dan ibu bapa dapat sama-sama membantu menaik taraf tandas, dewan dan sebagainya. 1.7 Ucapan terima kasih kepada PIBG yang telah memberikan kerjasama yang erat di antara ibu bapa dan guru-guru di SK Klang. 11 12
2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 2021/2022 – PN NOOR ZAITUL AKMAR BT MD SANIP 2.1 Mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat agung PIBG secara maya ini yang julung kali diadakan selepas PKP. 2.2 Merakamkan ucapan tahniah kepada pengurusan sekolah kerana berjaya melaksanakan pengoperasian pembukaan sekolah dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. 2.3 Diharapkan semua ibu bapa akan sentiasa memberikan kerjasama yang erat dengan pihak sekolah menerusi PIBG demi kecemerlangan SK Klang. Semoga dengan usaha ini dapat melonjakkan nama sekolah supaya setanding dengan sekolah lain yang ada di sekitar Daerah Klang. 2.4 Jawatankuasa PIBG mengakui memang banyak bangunan sekolah yang perlu dinaik taraf seperti yang dinyatakan oleh Guru Besar dalam ucaptama sebentar tadi. Oleh itu, YDP PIBG amat mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa untuk membantu menaik taraf segala kemudahan dan fasiliti sekolah. Untuk makluman semua melalui sumbangan PIBG itulah semua projek naik taraf dapat dilaksanakan. YDP merakamkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. 2.5 Merakamkan ucapan selamat hari guru kepada semua guru SK Klang yang bakal disambut pada 16 Mei 2022. Terima kasih kepada semua guru SK Klang atas didikan dan kasih sayang yang diberikan dalam mendidik anak-anak SK Klang. 2.6 Merakamkan ucapan terima kasih kepada semua barisan ajk PIBG sesi 2021/2022 atas komitmen, tenaga dan wang ringgit yang disumbangkan. YDP berharap agar AJK PIBG baru yang bakal dilantik akan dapat meneruskan kerjasama erat dengan pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik dan kokurikulum. 3.0 UCAPAN PERASMIAN : TN HJ MOHD AZMI BIN JUSOH (PENYELARAS PUSAT KHIDMAT PARLIMEN KOTA RAJA) 3.1 Menyampaikan salam dari ahli Parlimen Kota Raja iaitu YAB Tn Hj. Mohamad Sabu dengan lafaz Assalamualaikum wrt.wbkth kepada semua hadirin. 3.2 Mendapati banyak perubahan dari sehari ke sehari di SK Klang. Ibu bapa perlu berasa bangga walaupun keadaan fizikal SK Klang nampak lama namun yang perlu diutamakan ialah pencapaian akademik anak-anak. Berkenaan bangunan lama diminta rujuk dengan kementerian pelancongan untuk mendapat peruntukan bagi memulihkan bangunan warisan. 3.3 Ibu bapa yang mempunyai kemahiran amatlah disarankan untuk menawarkan diri bantu pihak sekolah misalnya membaiki kerosakan dalam kelas, membaiki lampu atau kipas rosak, mengecat bilik darjah dan sebagainya yang difikirkan boleh membantu pihak sekolah menceriakan keadaan fizikal sekolah. 3.4 PIBG berperanan membantu pihak sekolah, sekiranya ada yang tidak betul sila hadir sekolah dan berbincang dan bukannya menyebarkan dalam media sosial kerana ianya akan merosakkan lagi nama sekolah. 3.5 Parlimen Kota Raja dibenarkan oleh ICU di Jabatan Perdana Menteri untuk menyalurkan peruntukkan ke SK Klang memandangkan 90% murid yang belajar di SK Klang merupakan anak-anak dari Kg Jawa oleh itu Parlimen Kota Raja amat berbesar hati dapat membantu dan memberi peruntukkan untuk murid SK Klang. 3.6 Parlimen Kota Raja akan memberikan peruntukkan sebanyak RM50,000.00 kepada SK Klang untuk menaik taraf sebahagian kerosakan di sekolah ataupun menambah baik bangunan lain. 3.7 Parlimen Kota Raja membuka ruang kepada SK Klang jika ada anak murid yang bermasalah sila maklumkan kepada beliau. YDP PIBG dan pihak sekolah boleh memilih dan senaraikan murid-murid yang difikirkan perlu untuk diberikan bantuan. 13 14
3.8 Wujudkan suasana harmoni dikalangan warga sekolah tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Oleh itu disarankan semua ibu bapa untuk memberikan pertolongan kepada semua murid tanpa mengira bangsa dan agama. 3.9 Jangan jadikan sekolah sebagai ‘punching bag’ dengan menyalahkan sekolah sekiranya anak-anak diminta mengutip sampah dan sebagainya. Itu adalah pendekatan yang baik untuk melatih anak-anak zaman ini yang selama ini lebih mengharapkan pembantu rumah sahaja untuk melaksanakan tugasan rumah. Berikan anakanak ini pengalaman dan melakukan aktiviti ini agar mereka dapat merasa pengalaman menyeronokkan. 3.10 Buat perbincangan lagi antara PIBG dan sekolah sekiranya ada lagi bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah. 3.11 Mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ajk yang PIBG yang sudi mengorbankan masa dan tenaga demi kebaikan sekolah walaupun tidak dibayar dengan gaji. 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 42 4.1 Minit mesyuarat agung tahunan PIBG kali ke 42 dibentang oleh Pn. Siti Hawa binti Ruslaini. 4.2 Minit mesyuarat agung PIBG diterima dan disahkan tanpa sebarang pindaan. 4.3 Minit mesyuarat dicadang untuk diterima dan disahkan. Pencadang : Pn. Noorhidayu binti Misnan Menyokong : En. Mohd Safwan bin Mustafa 5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2021/2022 5.1 Dibentangkan oleh Pn. Siti Hawa binti Ruslaini 5.2 Laporan aktiviti tahunan PIBG diterima dan disahkan tanpa sebarang pindaan. Pencadang : Pn. Azura Penyokong : En. Mohamed Safwan bin Mustafa 6.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR DISEMBER 2021. 6.1 Dibentangkan oleh Cik Vuthayathaannu a/p Chandra Sekaran. 6.2 Baki kewangan PIBG berakhir tahun 2021 ialah RM5851.45. 6.3 Laporan penyata kewangan diterima dan disahkan tanpa sebarang pindaan. Pencadang : Pn Norfazlika binti Fauzi Penyokong : En. Ahmad Fuad bin Mohamed Ghazali 7.0 MEMBAHASKAN USUL / CADANGAN. 7.1 Menaiktaraf kebersihan tandas sekolah. Ulasan : Guru Besar menjelaskan bahawa tandas memang dibersihkan setiap hari oleh pekerja kebersihan sekolah secara berjadual dan dipantau oleh Unit HEM. 7.2 Pembentangan pencapaian pelajar mengikut batch (samada secara bersemuka atau atas talian) Ulasan: Peperiksaan sudah tiada, jadi pihak sekolah hanya melaksanakan PBD dan pihak sekolah juga telah menyerahkan laporan pencapaian murid kepada ibu bapa sepertimana yang diarahkan oleh PPD. 15 16
7.3 Mencadangkan agar pihak sekolah berkongsi takwim sekolah dengan ibu bapa bagi memudahkan ibubapa mengetahui aktiviti dan program sekolah dari semasa ke semasa. Ulasan: Takwim sekolah yang melibatkan guru hanya untuk edaran dalaman sahaja. Takwim sekolah tidak boleh dikongsikan dengan pihak luar, sekiranya ada program anjuran sekolah yang melibatkan murid ianya akan dimaklumkan kepada ibu bapa. Cadangan : Pn. Noor Shazwani binti Ahmad Tajudin 7.4 Memohon sekolah menyediakan laluan khas untuk van sekolah. Ulasan : Pihak sekolah amat bersetuju dengan cadangan tersebut, namun kos untuk membina prasarana tersebut memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu kerjasama dari PIBG amat diperlukan. Diharapkan jawatankuasa PIBG yang bakal dilantik nanti dapat meneruskan projek tersebut supaya cadangan ini dapat direalisasikan. YDP PIBG meminta ibu bapa turut bekerjasama mengingatkan semua pengusaha van sekolah agar tidak memarkir van diselekoh depan padang dengan tujuan untuk memintas di depan ‘carwash’ kerana ianya sangat berbahaya untuk murid-murid menunggu van sekolah dikawasan tersebut. Cadangan : En Mohd Faizal bin Abdul Rahman 7.5 Bangunan lama nampak seperti tidak terurus / tidak terjaga. Risau akan keselamatan murid berkenaan struktur bangunan tersebut & risau juga sekiranya ada murid yang melalui/bermain di situ. Ulasan : Bangunan 2 tingkat dihadapan sekolah merupakan bangunan warisan. Bangunan tersebut telah dikategorikan sebagai bangunan warisan jadi pihak sekolah tidak boleh menukar sesuka hati warna cat bangunan lama kerana ianya ada kod warna tertentu, sekolah perlu mendapatkan keizinan dari pihak yang bertanggungjawab ke atas bangunan tersebut. Untuk makluman ibu bapa guru besar telah berhubung dengan pihak warisan untuk tujuan menceriakan bangunan tersebut. 7.6 Tandas murid kotor, tidak dicuci, lampu tidak menyala, flush rosak, air bocor, tandas tersumbat & tidak dibersihkan, sinki juga kotor. Keadaan ini menyumbang kepada masalah kesihatan murid. Ulasan : Dengan sumbangan yang pihak YB Parlimen Kota Raja beri, perkara pertama yang pihak sekolah akan ambil tindakan ialah kerjakerja menaik taraf tandas. 7.7 Penambahbaikan laluan murid di dataran selepas taklimat keselamatan jalan raya diadakan. Garisan kuning untuk laluan murid-murid telah disediakan. Ada sesetengah kenderaan parkir di laluan kuning tersebut. Tahap keselamatan murid yang berada di sekitar parkir guru adalah membimbangkan. Ulasan : Murid yang hadir akan melalui laluan kuning dan terus ke dewan atau foyer. Tiada murid yang berkeliaran atau bermain di kawasan tersebut. Kenderaan yang parkir dilaluan tersebut adalah ibu bapa murid PPKI sahaja. Pihak sekolah telah memberi kebenaran untuk mereka menurunkan anak-anak PPKI dalam kawasan sekolah. Murid yang hadir sekolah juga perlu melalui susur gajah sperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bagi memastikan keselamatan murid-murid. Cadangan : Pn. Munirah binti Hamid 7.8 'Inclusive learning' yang dijalankan bersama-sama aliran kelas perdana dengan bantuan guru khas ppki. Ulasan : Program Inklusif memang dijalankan dalam program PPKI SK Klang. Program ini ditangguhkan semasa PKP untuk keselamatan murid PPKI. Namun program ini akan dimulakan semula dan pihak ibu bapa akan dimaklumkan tentang hal tersebut setelah mendapat tarikh yang ditetapkan 17 18
7.9 Menyatakan unjuran sebenar perbelanjaan yuran PIBG yang telah digunakan untuk anak-anak di PPKI secara khusus. Ulasan : Semua program yang dijalankan antara perdana dan PPKI adalah sama, semua murid terlibat justeru tiada satu peruntukan khusus untuk PPKI sahaja. Jika ada program khas yang melibatkan PPKI sahaja, mereka boleh juga memohon sumbangan dari PIBG. YDP juga menjelaskan bahawa PIBG tidak pernah menyekat peruntukan yang diminta oleh PPKI, malahan PIBG sentiasa menyokong semua program yang dijalankan oleh PPKI. Cadangan : Ibnus Shabah Jalidar 7.10 Memohon pihak pengurusan sekolah memasang ‘padestrian line/tactile paving’ supaya murid-murid yang bermasalah penglihatan dapat bergerak secara bebas dan yakin dengan menggunakan tongkat tanpa bantuan/ dipimpin guru-guru di sekeliling sekolah atau dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Ulasan : Pihak sekolah sememangnya telah merancang memasang ‘padestrian line/tactile paving’ , walaubagaimanapun pihak sekolah masih belum mendapat peruntukan dari mana-mana pihak memandangkan kos pembinaan yang agak tinggi. Pihak sekolah masih dalam proses mencari dana. Justeru ibu bapa dimohon untuk samasama membantu mencari dana agar projek ini dapat dijalankan secepatnya. 7.11 Masa pembelajaran anak-anak di sekolah – Kami mendapati ada masanya murid-murid berada di dalam kelas tanpa kehadiran guru (guru keluar untuk menjalankan tugasan luar P&P PPKI). Kami mencadangkan supaya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan masa guru-guru PPKI digunapakai untuk menumpukan lebih perhatian kepada P&P murid-murid PPKI dan memastikan guru-guru dapat menghadiri kelas-kelas yang diaturkan seperti di dalam jadual waktu. Sekiranya guru-guru perlu menghadiri mesyuarat pada waktu kelas, kami memohon guru-guru memberikan kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti yang sesuai kepada muridmurid supaya masa tidak dibazirkan. Ulasan : Untuk makluman Ibu bapa PPKI, disamping menjalankan tugas hakiki di sekolah, guru-guru juga sering diarahkan untuk melaksanakan tugas rasmi di luar seperti mesyuarat, bengkel, seminar dan lain-lain oleh KPM. Pihak pengurusan sekolah tidak boleh menolak arahan yang dikeluarkan kerana guru-guru ini dipanggil atas kepakaran yang mereka miliki. Disamping itu, guru-guru yang keluar bermesyuarat atau bengkel akan memberikan tugasan kepada murid yang akan di pantau oleh guru ‘relief’. 7.12 Keselamatan kendiri murid-murid – Memohon pihak pengurusan sekolah menutup longkang-longkang di antara bangunan PPKI baru dan kantin serta longkang-longkang di antara bangunan PPKI baru dan bangunan lama supaya murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan tidak akan terjatuh ke dalam longkang –‘malang tidak berbau’. Ulasan : Pihak sekolah akan mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih atas keperihatinan bagi usul yang telah diutarakan. 7.13 Printed textbooks for parents – Kami memohon pihak pengurusan sekolah dapat meminjamkan buku-buku teks bercetak untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak membaca braille. Ini adalah penting kerana ibu bapa dapat sama-sama membimbing/mengajar anak menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji matapelajaran di rumah. Ini sekaligus dapat mengurangkan bebanan ibu bapa daripada membeli buku-buku teks yang tidak akan digunakan untuk tahun yang berikutnya. 19 20
Ulasan : Bagi murid PPKI masalah penglihatan hanya buku teks Braille yang diperuntukan. Bagi murid rabun dan penglihatan terhad, mereka perlu menyediakan sendiri buku teks untuk kegunaan mereka. Justeru pihak sekolah menyarankan agar ibubapa membeli sendiri buku teks bercetak untuk kegunaan masing-masing di rumah. Ini memandangkan KPM dan pihak sekolah tidak menyediakan peruntukan bagi pembelian buku-buku teks bercetak ini. 7.14 Mengekalkan guru-guru yang berpengalaman dalam pengkhususan penglihatan – Pada tahun lepas, kami mendapati guru-guru yang berpengalaman dalam pengkhususan penglihatan dipindahkan ke sekolahsekolah lain. Kami rasa adalah satu kerugian besar kepada P&P PPKI SKK. Maka kami memohon pihak sekolah SKK dapat mempertimbangkan dan sedaya upaya mengekalkan guru-guru yang berpengalaman ini di SKK PPKI supaya ia dapat memanfaatkan anak-anak bermasalah penglihatan. Ulasan : Pihak sekolah tiada kuasa untuk menahan guru-guru jika diminta bergerak ke sekolah lain atas sebab guru memohon bertukar, naik pangkat atau ditukarkan ke sekolah lain. Namun pihak sekolah yakin dan percaya dengan kekuatan 11 orang guru PPKI buat masa sekarang ini dapat mendidik anak-anak PPKI dengan baik. Cadangan : Ibu bapa PPKI SK Klang 7.15 Perbaiki landskap antara blok bangunan C dan D (Taman Sains) kerana ada pagar-pagar lama yang diturap dengan simen. Sekiranya tempat tersebut dapat diperbaiki akan mengindahkan lagi kawasan sekolah. Cadangan : Ahmad Fuad bin Mohamed Ghazali 7.16 Memohon sekiranya hujan benarkan murid lalu di pagar kecil agar murid tidak kena air hujan sekiranya melalui pagar besar. Ulasan : Unit HEM akan memaklumkan kepada pihak keselamatan sekiranya hari hujan untuk membenarkan murid melalui pagar kecil. 7.17 Benarkan murid menggunakan locker dan sekolah boleh dapatkan duit melalui penyewaan locker. Ulasan : Pihak sekolah telah mengatasi masalah beg berat dengan menyediakan jadual waktu anjal 4 subjek sehari. Isu berkenaan locker sekolah perlukan kos dan ruang untuk meletakkan locker. Pihak sekolah menghadapi masalah untuk meletakkan locker, ini kerana tiada kawasan yang sesuai. Namun pihak sekolah akan membawa cadangan ini untuk dibincangkan bersama jawatankuasa PIBG di dalam mesyuarat ajk PIBG akan datang. Cadangan : En. Syahrizan Jan 8.0 UCAPAN PENANGGUHAN DAN PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG BAGI TAHUN 2021 8.1 Dengan lafaz Bismillah. YDP membubarkan jawatankuasa PIBG 2021/2022 9.0 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG BAGI TAHUN 2022/2023 9.1 Pengerusi sementara memaklumkan pelantikan ahli jawatankuasa yang baru terdiri daripada jawatan YDP PIBG, NYDP, 5 orang ajk terdiri dari ibu bapa dan seorang juruaudit dalaman. 21 22
9.2 Senarai ahli jawatankuasa ibu bapa sesi 2022/2023 9.3 Berikutan pertukaran akaun PIBG, pihak AJK akan membuat pertukaran tandatangan di cawangan Bank Islam dalam masa terdekat. Sehubungan itu, dibenarkan 2 daripada 3 mandat penandatangan untuk pengeluaran cek PIBG SK Klang. . 10.0 HAL-HAL LAIN. 10.1 Tahniah kepada jawatankuasa pibg yang baru , terima kasih kepada jawatankuasa yang lama atas jasa dan khidmat bakti menerajui PIBG SK Klang semoga sumbangan yang diberi akan diterima Allah dan diberikan balasan dan ganjaran. 10.2 Kutipan sumbangan PIBG bagi sesi 2022/2023 dikekalkan iaitu sebanyak RM 110 (RM100 sumbangan PIBG + RM 10 keceriaan sekolah). 10.3 Demi kemenjadian anak murid SK Klang semoga jawatankuasa yang baru berjaya memimpin SK Klang ke arah kecemerlangan. 11.0 UCAPAN PENANGGUHAN. 11.6 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.09 malam. BIL NAMA JAWATAN 1. AHMAD FUAD BIN MOHAMED GHAZALI YDP PIBG 2. DATUK PADUKA WAN IDZHAM BIN YUNOS NYDP PIBG 3. SITI HAWA BT RUSLAINI SETIAUSAHA 4. ESTHER JOAN DAWSON NAIB SETIAUSAHA 5. VUTAYATHAANNNU A/P CHANDRA SEKARAN BENDAHARI 6. ROSYATIMAH BINTI ALI AJK GURU 7. NUR SYARAFINA AWANIS BINTI ABDUL RAHMAN AJK GURU 8. ZULKARNAIN BIN MOHAMAD AJK GURU 9. SALHA SALWA BINTI MOHD RUSLI AJK IBU BAPA 10. NUR HUSNA BINTI OTHMAN AJK IBU BAPA 11. NOR SAHARANI BINTI ABDUL RAHIM AJK IBU BAPA 12. IBNUS SHABAH JALIDAR AJK IBU BAPA 13. MUSELAH BT BAJURI AJK IBU BAPA 14. RAHIMAH BINTI RAMRI JURU AUDIT IBU BAPA 15. NURUL DAYANA BINTI ZAKARIA JURU AUDIT GURU 23 24
25 26
27 28
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SK KLANG SESI 2021/2022 BIL AKTIVITI 1 Gotong-royong Perdana 2 Sumbangan Majlis Apresiasi Murid 2022 (MAM) 3 Pengoperasian Pembukaan Sekolah 4 Ziarah Cakna Murid Pra-Sekolah 5 Membaik pulih Tandas Sekolah 6 Pendawaian Elektrik Bangunan Blok Lama 7 Memasang Suis Pam di Tandas 8 Sumbangan Sukan Tahunan Sekolah 9 Sumbangan Menaik taraf Bilik Inovasi 10 Bayaran Guru Ganti - Januari 11 Sumbangan Sambutan Hari Kanak-kanak 12 Sumbangan Kursus Kepimpinan Peringkat Sekolah 13 Sumbangan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-44 PIBG SK KLANG 2023 BIL NAMA NAMA ANAK USUL DAN CADANGAN 1. Nor Sahidah Binti Faruc Mardhiyah (3S) Abid Uzair (4S) Soalan : 1. Makanan di kantin sekolah agak mahal untuk murid sekolah rendah. Jawapan: Pengusaha kantin tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui antara kantin dan pihak sekolah. Namun begitu, pihak sekolah akan pantau harga makanan dari semasa ke semasa. 2. Mohd Syahrizan Bin Mohd Taib Muhammad Ali Arsyad Bin Mohd Syahrizan (5B) Soalan: 1.Menambah bumbung di pintu pagar masuk sekolah kerana bumbung panjang dikaki jalan raya terputus dengan bumbung di tangga sekolah di mana murid masih akan terkena hujan ketika memasuki pintu pagar sekolah. Jawapan : Akan dibuat penambahbaikan setelah mendapat sumbangan daripada PIBG. 3. Nurfazlika Nashrah/ Muhamad Afandi Bin Mohammad Esa Amni Nawwarah (2 B) Aqil Fahim (1 E) Soalan: 1. Tiada sebarang tanda arahan perlahan kenderaan depan sekolah. Kereta/Lori laju 2.Perlu letak bonggol dan tanda perlahan kenderaan di kawasan sekolah untuk elak perkara tidak diingini berlaku. Adakan seorang penjaga lalu lintas khas untuk waktu murid balik sahaja, untuk mengawal trafik. 3. Beg sekolah berat 4. Syor buku teks atau latihan ditinggalkan disekolah kecuali jika ada kerja sekolah yang perlu dibawa pulang. 29 30
BIL NAMA NAMA ANAK USUL DAN CADANGAN 5. Choy Wai Loon Justin Choy Kin Siang (6 Smart) Eason Choy Yu Shen (1 Smart) Soalan: 1. Masa Pembelajaran Anak-anak PPKI di sekolah – Kami mencadangkan supaya masa guru-guru PPKI dapat diguna pakai untuk menumpukan perhatian kepada P&P murid-murid PPKI dan dapat menghadiri kelas-kelas yang diaturkan supaya murid-murid PPKI dapat mengikuti dan menghabiskan silibus yang ditetapkan. Sekiranya guru-guru perlu menghadiri mesyuarat, khusus atau aktiviti di luar sekolah, kami memohon guruguru memberikan kerja sekolah atau guru ganti dapat diaturkan untuk menjalankan pembelajaran kepada murid-murid PPKI. 2. Pembelajaran Inklusif – Kami memohon pihak pengurusan sekolah dapat melibatkan anak-anak PPKI dalam pembelajaran inklusif. Kami juga memohon penambahan guru-guru resource yang berpengalaman untuk menjayakan program pembelajaran inklusif. Di samping itu, pihak sekolah dapat mengekalkan guru-guru berpengalaman yang sedia ada dalam pengkhususan penglihatan. Ini adalah penting kerana ia dapat memanfaatkan anak-anak bermasalah penglihatan dan melalui pembelajaran inklusif, anak-anak dapat meningkatkan keyakinan and kecekapan kendiri serta belajar kemahiran berkomunikasi dan bersosial dengan rakan-rakan di aliran perdana. Jawapan: 1. Terima kasih atas cadangan tersebut. Sebenarnya guru PPKI Sk Klang memang sentiasa dipanggil untuk keluar taklimat dan berkursus kerana dalam Daerah Klang PPKI Sk Klang sahaja yang ada ada Program Masalah Penglihatan. Ini menyebabkan guru tiada di sekolah. Namun begitu, Pdpc murid dan kemasukan guru ganti dalam kelas tetap BIL NAMA NAMA ANAK USUL DAN CADANGAN Jawapan: 1. PBT/MPK 2. bonggol - JKR /MPK 3. Dua kelas tahun 1 dan 2 kelas tahun 2 terima locker simpan buku. Peruntukan hanya 160 locker sahaja setakat ini.Murid lain boleh letak/simpan buku dlm meja. 4. Nor Harliza Binti Abd Hamid Muhammad firas (2S) Soalan: "Apakah tindakan cikgu terhadap murid yang suka membuli Dari segi mental dan fizikal kerana anak saya mangsa buli. Jawapan: Parents boleh buat aduan secara rasmi ke pejabat. Pihak sekolah selalu memberi Peringatan dan nasihat kpd murid-murid tentang isu buli. Kesan dan akibat jika membuli seseorang. 31 32
BIL NAMA NAMA ANAK USUL DAN CADANGAN Jawapan: 1) Tandas telah di baiki ikut peruntukan yang diperoleh. 2) Pernah dibincangkan. Perlukan dana yang besar. 8. Siti Baizura Muhammad Hariz Hayqal (1B) Soalan: Diharap kantin sekolah dapat menjual pelbagai jenis makanan dengan harga berpatutan Jawapan: Akan dipanjangkan kepada pengusaha kantin. 9. Nurul Atikah Muhammad Rafa (3B) Soalan: Minta tukar waktu kokurikulum buat pada hari sabtu pagi. Jawapan: Penetapan pelaksanaan aktiviti gerak kerja kokurikulum pada hari Rabu adalah untuk menangani isu ketidakhadiran murid-murid aliran perdana dan murid-murid PPKI SK Klang. Kesesuaian pelaksanaan aktiviti ini pada hari rabu mengambil kira keberadaan murid-murid dan guru-guru di sekolah dengan keperluan persekolahan 1 sesi dan tidak mengganggu waktu cuti/rehat murid pada hari sabtu. Pelaksanaan aktiviti gerak kerja hanya akan dijalankan pada sabtu minggu ke-2 atau ke-4 mengikut bulan sekiranya peruntukkan bagi masa perjumpaan aktiviti gerak kerja kokurikulum tidak mencukupi seperti yang telah ditetapkan oleh pihak KPM sekurangkurangnya 12 kali perjumpaan (120 minit) untuk setiap perjumpaan aktiviti Pergerakan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan sepanjang sesi persekolahan 2023/2024. BIL NAMA NAMA ANAK USUL DAN CADANGAN berjalan seperti biasa kerana kita akan membuat relief juga di kelas tersebut. Bukan itu sahaja, guru yang pergi berkursus ini juga akan meninggalkan latihan dan tugasan kepada murid untuk diajar oleh guru yang relief kelas tersebut. 2. Berkenaan dengan Inklusif, kita memang telah menjalankan inklusif ini kepada murid ppki dan kita akan cuba memberi peluang kepada beberapa orang murid PPKI kita untuk menjalani inklusif di Perdana pada tahun ini. Untuk guru resource, setakat ini tidak perlu lagi kerana kita sudah cukup dengan guru-guru PPKI yang berpengalaman. Berkenaan dengan guru-guru di PPKI, pihak sekolah masih mengekalkan semua guru yang ada di sekolah ini dan tiada perubahan. Malah kita sedang menunggu seorang guru agama baru yang akan menggantikan Ustaz Fazly yang berpindah sekolah. 6. Nurul Nazhatul Shima Binti Abu Razlan Muhammad Ainul Rashid Bin Yazid (6E) Soalan: Mencadangkan supaya pihak berwajib dapat menyediakan hidangan untuk RMT lebih sedikit kuantiti kerana sebelum ini kuantiti hidangan terlalu sedikit sehingga murid terpaksa berbelanja lebih di kantin untuk mengisi perut.ini dapat membantu ibu bapa murid yang tidak berkemampuan. Jawapan: Harga dan kuantiti makanan RMT telah ditentukan oleh pihak KPM. 7. Razali Bin Haji Sakkan Raziin Zamiir / Rizqi Zamiir ( 3S) Soalan: 1) Tandas Sekolah -Baiki pulih keadaan Tandas untuk murid-murid sekolah 2) Padang Sekolah- Perbaiki Padang sekolah untuk murid-murid menjalani latihan bersukan 33 34
BIL NAMA NAMA ANAK USUL DAN CADANGAN 10. YUSLIZA BINTI ZAINON ABDIN Auni Amieya Binti Eddy Yazid (5E) Soalan: 1. Memperindahkan Taman (Setiap kelas jaga satu kawasan) buat sistem 3S macam jepun - audit setiap bulan 2. Berbayakkan pondok-pondok belajar . 3.Naik taraf Kantin / toilet Jawapan: Keceriaan kelas masih dalam perancangan 1. Memerlukan dana 2. Akan dipertimbangkan dengan kerjasama pengusaha kantin 35 36 PENGHARGAAN Diucapkan ribuan terima kasih kepada En Ahmad Fuad Bin Mohamed Ghazali Yang Dipertua PIBG Dato’ Paduka Wan Idzham Bin Yunos Naib Yang Dipertua PIBG Ahli Jawatankuasa PIBG SK Klang Pn Rozana Bt Adam Guru Besar SK Klang Para pentadbir SK Klang Barisan Guru dan AKP SK Klang Turut terlibat secara langsung Dan tidak langsung dalam program ini.