P E N Y A L A H G U N A A N B A H A N T E R L A R A N G D I www.poliku.edu.my MPU23012 PENGAJIAN ISLAM IPT
ISI KANDUNGAN 02.SIDANG REDAKSI 03.PENGENALAN 04.PUNCA-PUNCA ROSAKNYA GENERASI BARU 05.BAHAN TERLARANG MEMBAWA KESAN 06.DEFINISI 07. CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH 08.INFOGRAFIK 09.KESIMPULAN 10.RUJUKAN INFOGRAFIK INFOGRAFIK INFOGRAFIK
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh, Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah NYA dapat juga kami berdua issamadudin & zahirah menyiapkan tugasan e-folio bertajuk Penyalahgunaan Bahan Terlarang Dalam Kalangan PelajarIPT yang telah diusahakan bersama-sama selama ini. E-folio ini amat penting buat kami memandangkan projek ini adalahsebahagian daripada kerja khusus bagui subjek Pengajian Islam ini.Seterusnya, diucapkan juga terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga kami kerana memberikan sokongan dandorongan kepada kami sepanjang proses e-folio ini disiapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain,yang turut bersama-sama berhempas-pulas melengkapkan tugasa ini. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenaiprojek ini amat kami hargai. Budi baik kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberi maklumat terkini tidak akankami lupakan.Ribuan terima kasih diucapkan kepada individu penting yang telah banyak membantu kami kerana memberikansokongan dan dorongan kepada kami sepanjang proses e-folio ini disiapkan. Pertama sekali kepada Pensyarah PengajianIslam bagi kelas DPM2C-S3 ini iaitu Puan FADHLINA BINTI MOHAMAD AHMAD kerana telah banyaj memberikan bimbingan kepada kamisepanjang melaksanakan e-folio ini. Jasa beliau akan kami kenang ke akhir hayat.Akhir sekali, diucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami secara langsung.mahupun tidak langsung bagi dalam menyiapkan tugasan ini. Sidang REDAKSI MAJALAH Editor & penulis ISSAMUDDIN QUSYAIRI RAIHAN BIN AHMAD DENAN 05DPM21F2107 penulis ZAHIRAH MUNIFAH BINTI ZAMBIA MOZAMBIQUE 05DPM21F2101
Apakah itu penyalahgunaan barang terlarang ? Di ambang era pemodenan kini, dadah merupakan satu istilah yang mana sering dirujuk sebagai bahan yang akan memberi kesan yang memudaratkan kepada kesihatan manusia dari segi fizikal, mental, emosi dan juga tingkah laku jika disalahgunakan. Penyalahgunaan dadah sudah semakin berleluasa dikalangan dewasa dan sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran golongan yang baru sahaja angkat remaja. Penyalahgunaan bahan terlarang di Malaysia kini semakin membimbangkan segelintir masyarakat kerana ianya juga mudah terdedah dikalangan golongan remaja. Walau bagaimanapun pengaruh yang datang dari luar negara ataupun di dalam negara, mudah mempengaruhi anak muda kita pada masa kini terutamanya para pelajar IPT. Seperti mana yang diketahui, dadah ini pada asalnya merupakan bahan perubatan yang dapat merawat atau mencegah daripada sebarang penyakit yang diambil secara kuantiti yang sedikit yang telah disyorkan oleh para doktor. Namun, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan dadah ini dan mengakibatkan berlakunya ketagihan. Oleh itu, maka berlakulah kemerosotan dari segi kesihatan fizikal, mental dan akhlak individu yang mengambil dan meminum bahan terlarang tersebut secara berlebihan. Pengambilan penggunaan dadah ini juga boleh terdedah dikalangan usia 7 tahun jika aktiviti seperti ini tidak dipantau dengan lebih teliti. Jika hal sebegini terus berlanjutan, keadaan seseorang tersebut akan bergantung sahaja kepada dadah untuk membolehkannya melakukan aktiviti sehariannya.
PUNCA-PUNCA ROSAKNYA GENERASI BARU Saban hari bertemu hari kita banyak dikejutkan dengan pelbagai teknologi baharu yang canggih diperkenalkan pada masa kini,dimana kita akan berasa risau terhadap generasi baharu yang banyak terdedah dengan pelbagai teknologi elit yang masa kini semakin pesat.kerisauan yang amat ketara dapat dilihat ialah kes-kes penyalahgunaan barang terlarang pada masa kini yang selalu diperdengarkan diakhbar berita.Penyalahgunaan barang terlarang ini kebanyakkannya berlaku melibatkan pelajar ipt yang sudah tentu mudah terpengaruh. Antara punca-punca penyalahgunaan barang terlarang dalam kalangan pelajar ipt ialah pengaruh rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya ini sangatlah ketara puncanya jilakau dilihat dengan mata kasar sekali pun.Hal ini kerana,rakan-rakan yang sama bermain,berbecerita,berkumpul dengan mereka akan menawarkan bahan terlarang tersebut kepada rakan-rakan yang lain iaitu rakan yang belum cakna akan efek samping yang akan berlaku terhadap mereka jikalau mengambil barang tersebut.Sebagai contoh,dadah,air arak, dan hidu gam.Ini membuatkan rakan yang baharu dikenal mempunyai rasa ingin tahu serta ingin mencuba barang tersebut.Maka disitu,pemilihan rakan sebaya amatlah memainkan peranan yang kuat untuk membendung masalah ini. Selain itu,kurangnya kasih sayang daripada keluarga.Perpecah belahan antara anggota keluarga atau dikenali sebagai “BROKEN FAMILY”telah mendorong kepada punca terpengaruhnya pelajar ipt terhadap barangbarang terlarang ini.Punca yang satu ini menimbulkan frekuansi yang sangat eronis terhadap keadaan pelajar ipt yang telah terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan barang terlarang.Sebagai contoh,pelajar tersebut tidak mendapat nasihat-nasihat yang berunsurkan larangan dan pendedahan dari ibu bapa yang sibuk kan masalah mereka sendiri.Hal ini menyebabkan pelajar tersebut berasa ingin hidup bebas tanpa adanya kawalan daripada kedua ibu bapa.Maka disitu terpampang jelas bahawa kasih sayang dan perhatian daripada keluarga memberi impak kuat terhadap isu ini. PENULIS : ISSAMUDDIN QUSYAIRI RAIHAN BIN AHMAD DENAN
CEBISAN AKHBAR Seterusnya ini ialah berasal dari teknolongi iaitu pengaruh media massa.Media massa sangatlah memainkan peranan kuat terhadap pergaulan tanpa batas pelajar dimedia massa.Hal ini kerana media massa dapat meluaskan jaringan perhubungan pelajar keseluruh dunia bahkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membuat carian melalui google tentang benda yang tidak mereka ketahui.Media massa banyak memaparkan paparan yang negatif yang telah mendorong mereka untuk mengikuti aksi-aksi tersebut.Media massa juga dapat memberi peluang untuk pelajar memberi dan menerima maklumat mengenai barangbarang terlarang seperti dadah.Bahkan lebih eronisnya pelajar akan berusaha untuk mencari kenalan yang menjual dadah melalui aplikasi whatsapp dan laman web gelab. Akhir sekali ialah,kurangnya didikkan pengetahuan am dan rohani dari ibu bapa.Tindakan ini menyebabkan anak-anak berani untuk melakukan perkara yang terlarang seperti membawa rokok,dadah dan minuman keras ke kampus untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan lain secara senyap.Justeru itu,ibu bapa perlulah cakna untuk bertindak mendidik anak-anak dari kecil bagi memantau semua perlakuan anakanak bagi mengelakkan mereka daripada melihat dan melakukan perkara yang merosakkan .Sebagaimana hadis rasullulah tentang didikkan anak iaitu : َحَل َواِلٌد َوَلَدُه ْيِه الَّصاَلُة َوالَّساَلُم: }َما َن اَل الَّنِبُّي َعَل َق َدٍب َحَسٍن ْفَضَل ِمْن َأ .{َأ Artinya: Nabi SAW bersabda: “Tidak ada pemberian seorang ayah untuk anaknya yang lebih utama dari pada (pendidikan) tata krama yang baik.” (HR At-Tirmidzi dan AlHakim) Kesimpulan yang dapat dirungkaikan disini ialah punca-punca penyalahgunaan barang terlarang di ipt tidaklah dapat dipandang dengan sebelah mata sahaja melainkan adanya tindak-tanduk agar sentiasa cakna dengan situasi sekeliling. "PERGAULAN BEBAS TANPA SEMPADAN"
AKHBAR BAHAN TERLARANG MEMBAWA KESAN Penyalahgunaan barang terlarang amatlah mendatangkan kemudaratan kepada semua masyarakat terutamanya kepada generasi muda pada masa kini jikalau mereka tidak dipantau sama sekali oleh orang sekeliling dan ibu bapa yang sememangnya wajib untuk memantau setiap gerak geri tingkah anak-anak mereka.Peratusan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan juga sangat jelas menunjukkan kesan bahaya dari penyalahgunaan barang terlarang di kalangan pelajar ipt.Terdapat banyaknya kesan yang telah terpapar luas yang kita boleh lihat. PENULIS : ISSAMUDDIN QUSYAIRI RAIHAN BIN AHMAD DENAN
FIZIKAL Remaja di IPT pada awalnya terlibat dalam aktiviti merokok sehingga segelintir mereka ini ingin cuba mencari sesuatu yang lebih memberi impak kepada mereka. Dadah merupakan jalan penyelesaian untuk mereka memenuhi keingınan mereka ini. Akibat yang ditanggung bukan sedikit, kesan negatif pada perkembangan fizikal seperti kemerosotan berat badan dan daya ketahanan badan mungkin akan berlaku. Kaedah perkongsian jarum suntikan umpamanya menyebabkan sesorang remaja itu terdedah kepada penyakit berjangkit malahan lebih teruk lagi mereka ini mungkin menerima risiko penyakit HIV Aids. Secara umumnya, kesan penyalahgunaan dadah di kalangan remaja akan merencatkan proses perkembangan fizikal remaja di ipt yang pesat berlaku. Gangguan perkembangan fizikal remaja di ipt ini juga akan mempengaruhi perkembangan emosi remaja yang ketagihan dadah.
Remaja yang ketagihan dadah menunjukkkan perubahan emosi yang sangat jelas, sama ada menjadi terlalu gembira, asyik ketawa, berperangai buruk atau menjadi pendiam dan tidak mahu melakukan aktiviti. Remaja yang mengambil ganja suka bunyi bising, jadi mereka mungkin memasang radio atau televisyen sekuat hati. Emosi akan menjadi tidak stabil akibat kesan dadah. Apabila mengambil dadah, mereka berasa lebih yakin dan gembira, sebaliknya menjadi murung dan gelisah jika tidak mendapat dadah. Apabila keinginan untuk mendapatkan dadah tidak dapat dipenuhi, akan berlaku gangguan dan ketidaktenteram jiwa. Remaja yang dalam keadaan ketagihan dadah yang memuncak mungkin akan bertindak agresif untuk menghilangkan ketagihan dadah yang sedang dialami. Emosi
Seterusnya ialah,dari segi aspek sosial pelajar. Pelajar yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah akan mula menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan-rakannya. Mereka lebih cenderung untuk bersama kelompok yang terlibat sama dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri, keluarga da masyarakat. Prestasi dalam bidang akademik mahupun pekerjaan merosot, tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan atau diperhatikan sebelumnya. Mereka juga tidak menghiraukan kesihatan dan kebajikan sebelumnya. Maka kesimpulannya disini, kita dapat menilai dengan mata kasar bahawa sememangnya terjerumus dengan penyalahgunaan barang terlarang ini teramat memberi kemusnahan dan salah satu kesalahan yang sangat besar di dalam islam.Jikalau dilihat dari sudut hukum Qisas ia adalah satu perbuatan yang memudaratkan kesihatan sama seperti kemudaratan kita meminum arak.Sepertimana hadis nabi yang berbunyi : Hadis Nabi ال ضرر وال ضرار Ertinya: Tiada kemudaratan (dalam syariat Islam) dan tidak boleh memudaratkan (tanpa hak). Hadis ini juga menunjukkan pengharaman melakukan kemudaratan secara umum sehingga nas hadis ini dijadikan salah satu kaedah feqah. Sosial
Seper t i yang telah dinyatakan di pengenalan, dadah merupakan bahan kimia yang di salahgunakan oleh sesetengah individu yang t idak ber tanggungjawab. Kegunaan dadah ini hanyalah untuk merawat dan mencegah manus ia ser ta haiwan dar ipada terkena segala bencana penyaki t . Jika diambil secara ber lebihan, ianya akan menyebabkan ketagihan dan sukar untuk individu ter sebut untuk memberhent ikan di r inya dar ipada mengambil bahan-bahan ter larang ter sebut kerana ianya sudah menjadi sebat ian di dalam hidupnya. DEFINISI
CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN Meningkatkan pusat pemulihan Pusat tempat pemulihan, tidak begitu terdedah dan menyebabkan mereka yang hendak berhenti daripada najis dadah ini sukar untuk mencari sumber dan alternatifyang betul untuk berhenti daripada mengambil bahan terlarang tersebut. Penulis : ZAHIRAH MUNIFAH BINTI ZAMBIA MOZAMBIQUE
Mendedahkan lebih banyak informasi tentang penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja. Hal ini kerana, ia dapat memberikan kesedaran awal kepada mereka agar tidak melakukan perkara yang boleh menggelapkan masa depan mereka dengan mengelak daripada melakukan perbuatan yang tidak sewajarnya mereka lakukan. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kem motivasi kesedaran dalam penyalahgunaan dadah dengan mengadakan pelbagai aktiviti di dalam kem tersebut. Dengan ada nya kem-kem sebegini, mereka akan lebih peka dan dapat menjauhkan diri lebih awal daripada najis dadah dan hal ini dapat mengisi masa lapang remaja dan juga dewasa daripada melakukan kegiatan yang tidak diingini daripada berlaku. Pihak media juga boleh memainkan peranan dengan menyebarkan betapa teruknya masa depan boleh menjadi gelap jika perkara sebegini tidak dibendung dari awal.
Mengenakan hukuman mati kepada pengedar dadah Disebabkan oleh bilangan pengedar dadah kini semakin berleluasa, hukuman mati merupakan salah satu alternatif yang bagus untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Pengedar-pengedar kini lebih gemar merapatkan diri mereka terhadap golongan remaja kerana mereka tahu remaja kini sukar untuk dikawal dan terlalu memiliki kehidupan yang bebas tanpa kawalan. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis 'Syabu'. Kesalahan mengedar dadah syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (dibawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Selain itu, hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebatan. Jika melebihi 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung) manakala kesalahan bagi memakan dadah Syabu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau RM20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
KESIMPULAN : DADAH MEMBAWA PADAH !!! PENULIS : ZAHIRAH MUNIFAH BINTI ZAMBIA MOZAMBIQUE Seperti mana yang telah dibahasakan,dadah membawa banyak kesan yang buruk kepada masyarakat dan penyalahgunaan dadah merupakan musuh utama yang menyebabkan masa depan sesetengah individu tersebut menjadi gelap dan tidak terurus.Punca berlakunya penyalahgunaan bahan terparang ini melibatkan kurangnya penyebaran informasi tentang penggunaan bahan terlarang,tidak memberikan hukuman yang setimpal kepada pengedar dan penagih dadah serta kurangnya pendedahan pembangunan pusat pemulihan bagi mereka yang hendak berhenti daripada pengambilan berlebihan penggunaan bahan terlarang tersebut. Oleh itu,semua pihak hendaklah berganding bagu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang dianggap juga musuh utama dikalangan masyarakat.Masyarakat hendaklah sentiasa berwaspada dan hendaklah memainkan peranan yang penting untuk membanteras isu agar mereka terhindar daripada aktiviti yang tidak berfaedah tersebut.Jika perkara ini dapat dibendung dari awal,maka sejahteralah kemakmuran negara dan bebaslah malaysia daripada sarang najis dadah dan majulah negara yang aman,damai dan harmoni.
TAHUKAH ANDA ? JENIS-JENIS DADAH & KESAN STIMULAN : nicotine,cocaine,amphetemin Merangsang tindakbalas Mengaktifkan sel-sel otak Bertindak terhadap sistem saraf DEPRESEN : Barbuturat,tranquilliser,herion Mengurangkan tekanan Menenteramkan fikirkan Melambatkan tindakbalas badan OPIAT HALUSINOGEN : morfin,kokain,herion Melegakan kesakitan & kegelisahan seseorang Menyebabkan khayalan Menyebabkan kegilaan & kematian : ganja & lsd 2.8 % pelajar ipt terlibat dadah 2018-2019 Data peratusan mengikut kategori 2018-2019 JANTINA Lelaki 8.4% wanita 15.8% Salahguna dadah atas sebab : Suka mencari keseronokkan Sikap Ingin tahu Ingin mengatasi masalah tekanan hidup
1. https://antidadahsedunia.blogspot.com 2. https://anyflip.com › bwexl › wzni › basic 3.https://www.orami.co.id/magazine/cara-dan-hadis-tentangmendidik-anak 4.https://sinaranbintangbintangitutampak.blogspot.com/202 0/03/penyalahgunaan-barang-terlarang_25.html 5.http://e-smaf.islam.gov.my/esmaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15951 6. http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-dadah/ 7. https://www.slideshare.net/ibrahim6444/apa-itudadah 8.http://dimahmudah.blogspot.com/2016/10/langkahlangkah-menghindari.html RUJUKAN