The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elzrina22-110, 2022-04-16 10:37:48

Cabaran Dan Risiko Yang Perlu Dihadapi Oleh Malaysia Dalam Revolusi Industri 4.0

GISC 1082

CABARAN DAN RISIKO
YANG PERLU

DIHADAPI OLEH
MALAYSIA DALAM
REVOLUSI INDUSTRI

4.0




KURSUS : ISU SEMASA
DAN CABARAN MASA

DEPAN

Disediakan oleh :



Elzrina Kurin
PPISMP BM1 AMBILAN

JUN 2021

SENARAI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 1
2.0 Cabaran Dan Risiko Yang Perlu Dihadapi 1


Oleh Malaysia Dalam Revolusi Industri 4.0 1
2.1 Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Malaysia

1
Dalam Revolusi Industri 4.0 2
2.1.1 Kekurangan Tenaga Mahir

2.1.2 Penyediaan Infrastruktur Berteknologi 2


Tinggi 2
2.2 Risiko Yang Perlu Dihadapi Oleh Malaysia 3
4
Dalam Revolusi Industri 4.0 5
2.2.1 Keselamatan IT

2.2.2 Menjejaskan Peluang Pekerjaan
3.0 Penutup
Rujukan

1.0 Pengenalan

Dalam meniti arus globalisasi ini, dunia sedang melonjak ke arah era revolusi
industri 4.0 di mana kuasa teknologi merupakan sumber utama dalam kehidupan. Oleh
itu, semua perkara dan informasi menjadi tanpa sempadan kerana kepesatan
perkembangan teknologi ditgital. Penggunaan teknologi ini tidak hanya terbatas pada
komunikasi, akan tetapi juga mencakupi kawalan dan kendali jarak jauh (Wahlster,
2012). Bukan itu sahaja, era ini juga dikenal pasti sebagai era cyber physical apabila
kesemua sistem pengurusan kerja dan corak kehidupan manusia bergantung kepada
persekitaran digital dan data (Mohamad, 2020).

2.0 Cabaran Dan Risiko Yang Perlu Dihadapi Oleh Malaysia Dalam Revolusi
Industri 4.0

Sudah terang lagi bersuluh dengan apabila munculnya sesebuah revolusi, sudah
pasti akan ada cabaran dan risiko yang perlu dihadapi. Dengan kemunculan revolusi
industri 4.0, terdapat cabaran dan risiko yang perlu dihadapi oleh Malaysia agar
perubahan teknologi industri baharu ini dapat dilaksanakan secara ideal pada semua
peringkat dan berjalan seiring dengan perkembangan semasa serta kemahuan
masyarakat dunia.

2.1 Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Malaysia Dalam Revolusi Industri 4.0

2.1.1 Kekurangan Tenaga Mahir

Seperti yang kita tahu, revolusi industri 4.0 ini tidak dapat dilaksanakan secara
mutlak di Malaysia disebabkan industri kini sangat memerlukan pengetahuan dan
kemahiran tertentu dalam pekerjaan yang melibatkan pelbagai sektor seperti
perkilangan, pertanian atau pembinaan. Ini merupakan salah satu cabaran terbesar
kerana latihan kemahiran, peningkatan kemahiran serta pendekatan pendidikan dan
pembangunan sepanjang hayat diperlukan bagi membantu negara berkembang maju
dalam era revolusi industri 4.0. Hal ini kerana, jika seseorang individu itu tidak mampu
mengikuti perkembangan semasa seiring dengan kemunculan era globalisasi, maka itu
akan menimbulkan komplikasi besar dalam mendepani situasi untuk membiasakan diri
dengan kewujudan teknologi baru. Tambahan itu, penyediaan tenaga mahir untuk
berhadapan industri keempat di Malaysia masih tercirir kerana kebanyakan industri di
negara ini masih lagi memerlukan pekerja sedia ada yang bergantung kepada tenaga
manusia. Bukan itu sahaja, Malaysia juga masih berharap kepada teknologi luar untuk
membantu menghampiri industri keempat ekoran negara ini masih belum mampu

1

untuk membangunkan teknologi sendiri yang seiring dengan keperluan industri
tersebut.

2.1.2 Penyediaan Infrastruktur Berteknologi Tinggi

Jika ditinjau dari aspek yang berbeza, penyediaan infrastruktur berteknologi
lengkap dan diselenggara dalam keadaan yang baik di seluruh negara juga dipandang
sebagai cabaran utama bagi Malaysia dalam menuju ke era revolusi industri 4.0 ini. Hal
ini kerana, sebelum berhadapan dengan era revolusi industri 4.0, kemudahan dari segi
telekomunikasi dan rangkaian jalur lebar perlu ditingkatkan lagi agar dapat
memudahkan para pelabur dan pemain industri menggunakan kemudahan itu dalam
melaksanakan revolusi industri 4.0. Seperti yang kita tahu, capaian jalur lebar yang
terkini di Malaysia iaitu rangkaian 4G dan 5G dapat membantu ke arah kebersanan
teknologi. Namun begitu, capaian rangkaian 5G yang baru sahaja diperkenalkan di
Malaysia baru-baru ini, hanya tiga kawasan di Malaysia iaitu Putrajaya, Cyberjaya dan
Kuala Lumpur yang menerima liputan berkenaan setakat ini (Sinar Harian, 2022).
Tambahan itu, isu-isu mengenai kemudahan infrastruktur dari segi telekomunikasi dan
rangkaian jalur lebar ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana
khususnya di kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak, ini merupakan salah
satu cabaran yang sukar untuk dibendung akibat darjah ketersampaiannya yang tinggi.
Jadi, untuk mendepani cabaran revolusi industri keempat ini, Malaysia haruslah
berusaha sedaya upaya untuk selaraskan penyediaan infrastruktur lengkap serta
berteknologi canggih tidak kira di kawasan bandar mahupun di desa.

2.2 Risiko Yang Perlu Dihadapi Oleh Malaysia Dalam Revolusi Industri 4.0

2.2.2 Keselamatan IT

Dalam menuju ke arah melaksanakan revolusi industri keempat, terdapat risiko
yang perlu dihadapi oleh Malaysia dari aspek keselamatan. Kemunculan revolusi baharu
ini akan mendatangkan ancaman jenayah siber yang lebih bahaya berbanding revolusi
sebelum ini. Pengenalan kepada Internet of Things (IoT) yang mengintegrasikan antara
sistem fizikal dan siber akan menimbulkan lebih banyak kelemahan dalam sistem
rangkaian termasuklah ancaman penggodam dan penjenayah siber (Min, David & Suk,
2018). Ancaman berbentuk siber ini boleh mendatangkan risiko keselamatan IT dalam
pemilikan data bagi seseorang individu atau sesebuah organisasi syarikat. Hal ini
kerana, wujudnya intergrasi atas talian yang

2

dapat memberi peluang kepada kesalahan pelanggaran keselamatan dan kebocoran data
sulit. Seperti yang telah berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan
Kanada, di mana perkembangan evolusi IoT telah mengancam keselamatan rangkaian
siber terhadap negara-negara tersebut. Serangan khusus ke atas sistem perindustrian
di negara-negara ini berkemungkinan akan berterusan berikutan peningkatan automasi
dan sambungan internet yang tinggi (Ervural & Ervural, 2018).

2.2.2 Menjejaskan Peluang Pekerjaan

Jika dilihat dari perspektif yang lain, kemunculan revolusi industri 4.0 dalam dunia
pekerjaan di Malaysia juga akan mengalami perubahan yang drastik kerana ini mampu
menimbulkan banyak komplikasi dalam kalangan pekerja. Menurut Frey dan Osborne
(2017), di Amerika Syarikat lebih 50% pekerjaan telah terjejas akibat peranan
telahdigantikan dengan robotik. Kecanggihan teknologi yang berlaku dalam revolusi
industri keempat akan merisaukan para pekerja disebabkan kedudukan pekerjaan
mereka akan tergugat kerana banyak sektor pekerjaan akan digantikan secara serta-
merta oleh sistem robotik, automasi kilang dan pengawalan berkomputer yang selaras
dengan revolusi 4.0 di negara-negara maju yang lain seperti negara Jepun. Sistem
robotik ini mampu menggantikan peluang pekerjaan manusia di mana robot mampu
melakukan kerja-kerja yang sukar dengan cepat dan tepat. Tambahan itu, ia tidak
terhad kepada pergerakan sahaja malahan mempunyai pelbagai pemasangan
sambungan yang membolehkannya merangsang seperti pergerakan tangan manusia.

Sekiranya pekerjaan di Malaysia terjejas akibat digantikan sepenuhnya dengan
teknologi yang canggih, maka banyak masyarakat di negara ini akan kehilangan
pekerjaan. Bukan itu sahaja, untuk mendapatkan sesuatu mesin, negara harus bersedia
untuk berbelanja besar dan sekiranya mesin tersebut rosak, jadi pihak negara perlu
mengeluarkan dana untuk membaikinya. Seperti sedia maklum, kos untuk membaiki
mesin yang berteknologi canggih ini sangat tinggi. Ini secara tidak langsung boleh
merisikokan keadaan ekonomi negara kerana perlu menampung kos perbelanjaan yang
sangat tinggi apabila menggunakan teknologi canggih secara sepenuhnya di Malaysia.
Walaupun demikian, itu tidak menjadi alasan kepada negara untuk menolak arus
pemodenan yang membawa negara lebih maju ke hadapan. Ekoran itu, setiap individu
di negara ini haruslah bersedia dengan baik dalam menghadapi risiko dalam revolusi
industri 4.0 ini.

3

3.0 Penutup
Kesimpulannya, jelaslah bahawa kemunculan Revolusi Industri 4.0 sangat

menitikberatkan aspek teknologi realiti tanpa batasan di mana ia mampu memberi
implikasi terhadap negara dan juga masyarakat yang boleh mengubah gaya hidup, cara
berkomunikasi serta cara bekerja. Selain dari membuka peluang yang baik untuk negara
membangun dengan baik, revolusi ini turut mendatangkan cabaran dan risiko yang
perlu ditangani. Jadi, keberhasilan pelaksanaan dasar revolusi baharu ini bergantung
kepada tahap kesediaan semua pihak berkepentingan di Malaysia. Dorongan dan
komitmen yang konsisten daripada semua pihak sangat memainkan peranan dalam
merealisasikan Dasar Revolusi Industri 4.0 Negara.



(1054 patah perkataan)

4

5


Click to View FlipBook Version