TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK SYASYA, KIRAN, HARRINEE
"Teori Humanistik dalam pembelajaran murid dan kaitannya dengan muridmurid berkeperluan khas" Bincangkan pernyataan di atas dan sejauh manakah keberkesanan teori pembelajaran humanistik terhadap PdP. .
• Carl Rogers ialah seorang ahli psikologi Amerika dan antara pengasas pendekatan humanistik dalam psikologi. • Rogers dianggap sebagai salah seorang pengasas penyelidikan psikoterapi dan diberi penghormatan untuk penyelidikan perintisnya. • Memperkenalkan konsep Kendiri pada tahun 1950. • Rogers didapati menjadi ahli psikologi paling terkenal dalam abad ke-20 dan dianggap ahli psikoterapi paling berpengaruh dalam sejarah.
Konsep Kendiri Positif • Pelajar yang berjaya menyesuaikan diri dengan cabaran atau kegagalan menghasilkan konsep kendiri yang positif. •Pelajar yang memilih konsep kendiri positif akan mencapai lebih banyak kejayaan. Lazimnrya mereka lebih bertimbang rasa dan berpandangan terbuka. •Pelajar ini menunjukkan persepsi diri, penilaian dan tanggapan yang positif termasuk kelemahan diri. •Murid berkeperluan khas berasa yakin terhadap diri sendiri dan berusaha dengan positif untuk mengembangkan potensi dirinya
Abraham Maslow •Maslow percaya bahawa manusia adalah luar biasa setelah dia mula manganalisis dan menzambil nota tentang tingkah laku mereka. Analisis ini menjadi asas kepada teori dan penyelidikannya tentang potensi manusia. •Maslow ialah seorang ahli psikologi Amerika yang membangunkan hierarki keperluan untuk menerangkan motivasi manusia. •Maslow percaya bahawa manusia mempunyai beberapa keperluan asas yang mesti dipenuhi. Manusia berusaha mencapai hierarki untuk memenuhi lebih banyak keperluan sosial, emosi dan pencapaian diri.
Teori Maslow Proses aktualisasi diri memainkan peranan penting dalam teori Maslow. Beliau mentakrifkan kecenderungan ini sebagai penggunaan dan eksploitasi sepenuhnya bakat, kapasiti, potensi dan lain-lain. Dengan kata lain, manusia sentiasa dalam proses berusaha untuk mencapai potensi penuh mereka. Maslow percaya bahawa orang yang mengaktualisasikan diri mempunyai beberapa ciri utama yang boleh dikenal pasti melalui amalan, sikap atau pencapaian. Maslow percaya bahawa individu yang berusaha mencapai kesempurnaan diri mempunyai beberapa ciri utama iaitu : a)penerimaan diri- murid terima kekurangan fizikal mereka b)spontan atau kesegeraan dalam bertindak c)berdikari- walaupun berkeperluan khas d)keupayaan untuk mempunyai pengalaman puncak-berusaha mengembangkan pengalaman dan potensi
Keberkesanan teori pembelajaran humanistik terhadap PdP. 1. Menggunakan pendekatan multisensori. Meransang perkembangan minda kanak-kanak menerusi lima ransangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. 2.Menyediakan persekitaran pembelajaran yang sama Murid berkeperluan khas diberi peluang yang sama seperti murid normal seperti menggunakan multimedia semasa proses pembelajaran. 3.Mengunakan pendekatan khusus bagi murid berkeperluan khas. Banyakkan aktiviti mengunakan motor halus seperti mewarna dan memotong. Penggunaan alat seperti Braille untuk murid bermasalah penglihatan.
AKTIVITI 15 + 30 =?
Encik Ali membeli 21 biji Oren. Kemudian dia pergi ke kedai lain, dia membeli 13 biji Epal. Berapakah jumlah buah yang dibeli oleh Encik Ali?
RUJUKAN 10 Rosly Kayar, Kamsiah Buang & Faridah Sopah. (2023). Psikologi Pembelajaran. Local Publications (M) Sdn Bhd. https://coggle.it/diagram/Yl1Ljkc-pbpz10wt/t/bagaimanakah-teori-humanistik-kanak-kanakberkeperluan-khas
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN YANG DIBERI