Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Raja
Temenggung Tun Daeng Ibrahim
Nama peserta : Syahmi Nor Iman bin Shamsul Izam
Kelas : 4 RC 1
Alamat e-mail : [email protected]
Nama sekolah : SMK Dato Ali Haji Ahmad
Alamat sekolah : SMK Dato Ali Haji Ahmad , Jalan Parit Mesjid , 82000 Pontian ,
Johor
Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
Biodata
• Lahir pada 3 Februari 1833 dan meninggal dunia pada 4 Jun 1895
• Baginda menggantikan ayahandanya Temenggung Daeng Ibrahim bagi mentadbir Johor
dari 1862 hingga 1895.
• Baginda berumur lebih kurang 28 tahun semasa ayahandanya mangkat.
• Temenggung Abu Bakar ialah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana.
• Baginda adalah anak sulung Temenggong Daeng Ibrahim
• Nama penuh baginda ialah Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum
Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim
Pendidikan
Pada usia muda dia ditugaskan oleh guru-guru tempatan mengenai Islam dan Adat (undang-
undang Melayu tradisional) sebelum dia dihantar ke Sekolah Melayu Teluk Blanga, sebuah
sekolah mubaligh yang dikendalikan oleh Reverend Benjamin Peach Keasberry. Di bawah
bimbingan guru-guru mubaligh ini, Abu Bakar diajar beradab serta berbahasa Inggeris dengan
fasih selain bahasa Melayu jatinya.
Kerjaya
Pada tahun 1851, Temenggong telah mewakilkan Abu Bakar, yang kemudian menjadi pemuda
berusia lapan belas tahun, untuk membantunya dalam usaha rundingan terhadap Sultan Ali, yang
membuat percubaan remeh untuk menuntut hak kedaulatan ke atas Johor.
Sumbangan
• Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British.
Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri
yang bebas dan berdaulat.
• Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima
seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai
penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari
luar.
Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
• Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak
dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan
pengalaman.
• Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta
risiko , baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
• Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain
datang kepadanya minta bertindak.
• Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang
wujud dalam organisasi.
Penutup/Kesimpulan
• Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim seorang yang
bijaksana.
• Baginda merupakan salah satu tokoh yang boleh diambil sebagai contoh tokoh pemimpin
yang baik.
Sumber rujukan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum_Raja_Temenggung_Tun_Dae
ng_Ibrahim