The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Qiya Mahat, 2020-03-03 21:53:25

BUKU MESYUARAT AGUNG KOPERASI KE 10

KOPERASI KKTM KUANTAN

LAPORAN
TAHUNAN

2020

MESYUARAT AGUNG

K E 10

4 M A C 2 0 20 ( R A B U )
2.30 PETANG

DEWAN IBNU KHALDUN
KKTM KUANTAN

Koperasi KKTM Kuantan Berhad

KANDUNGAN

***********

BIL PERKARA LAMPIRAN

1. Aturcara Majlis i
2. Sekapur Sirih dari Pengerusi Koperasi ii
3. Carta Organisasi 2019 iii
4. Notis & Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-10 1
5. Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 2
6. Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman 3
7. Laporan Kewangan Koperasi Berakhir Pada 31 Julai 2019
8. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Bagi Tahun Kewangan 2020 4

ATURCARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI KKTM KUANTAN BERHAD KALI KE-10

4 MAC 2020

***********

2.15 petang - Pendaftaran dan anggota mengambil tempat
2.45 petang - Majlis dimulakan

- Bacaan Doa
- Ucapan aluan oleh En. Farid bin Ibrahim,

Pengerusi Koperasi KKTM Kuantan Berhad
- Ucapan perasmian oleh En. Hazlen bin Ramli,

Pengarah KKTM Kuantan
3.00 petang - Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke -10 dimulakan
4.45 petang - Mesyuarat berakhir dan ditangguhkan
5.00 petang - Bersurai


 

SEKAPUR SIRIH DARI PENGERUSI KOPERASI

***********

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, kita diberi kesempatan untuk bersama-
sama hadir pada hari ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kolej Kemahiran
Tinggi MARA Kuantan Berhad kali ke-10.

Sememangnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sangat diperlukan dalam
menentukan arah tuju sesebuah koperasi. Syabas saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-
puan atas semangat, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan.

Sejak dari awal penubuhan sehingga ke hari ini, kita dapat melihat banyak transformasi
yang dilakukan. Sebenarnya, koperasi ingin menjana keuntungan yang lebih lagi di masa
hadapan sekiranya semua pihak bersama-sama kami membantu dalam memantapkan struktur
operasi. Kami benar-benar ingin membawa Koperasi KKTM Kuantan ke mercu kejayaan. Ini tak
dapat dilakukan tanpa adanya sokongan yang padu dari semua ahli koperasi. Matlamat utama
koperasi adalah untuk menjaga kebajikan semua ahlinya

Justeru itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
anggota kerana terus menyokong Koperasi dalam tempoh 10 tahun ini. Juga, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi komitmen,
kerjasama serta kepercayaan kepada saya untuk memimpin koperasi sehingga ke hari ini.

Insya Allah bersamalah kita memajukan koperasi.

Sekian, terima kasih.

(MOHD FARID BIN IBRAHIM) ii 
Pengerusi
Koperasi KKTM Kuantan Berhad

 

KOPERASI KKTM KUANTAN BERHAD

**********************

PENTADBIRAN KOPERASI

1. Siti Naqiah binti Mahat Pengurus Koperasi KKTM Kuantan Berhad
2. Nik Nur Azrin binti Nik Aziz Pembantu Kedai Koperasi KKTM Kuantan Berhad

BANK

1. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
G-05, G-06 & G-07, Mahkota Square,
Jalan Mahkota,
25000, Kuantan,
Pahang.

2. MALAYAN BANKING BHD (MAYBANK)
A21 & A23, Lorong Pandan Permai 2/2,
Pandan Permai, Jalan Gambang,
25150, Kuantan,
Pahang.

 
 
 
 
 





L A  M P  I R A N
1

NOTIS &

AGENDA

KOPERASI KKTM KUANTAN BERHAD

**********************

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-10

Dengan ini dimaklumkan kepada tuan / puan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-10,
akan diadakan pada 4 Mac 2020 (Rabu) Jam 2.30 petang di Dewan Ibnu Khaldun, KKTM

Kuantan

AGENDA MESYUARAT
Agenda Mesyuarat Agung dimulakan;

1. Mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali Ke-9;
2. Menimbang Laporan Lembaga dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman;
3. Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit koperasi;
4. Memilih anggota Lembaga;
5. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan yang akan

datang;
6. Meluluskan pelantikan satu panel audit yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua

orang juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya
7 Menentukan had maksimum keterhutangan Koperasi;
8. Melantik Jawatankuasa Penentusah Draf Minit Mesyuarat Agung yang terdiri daripada

enam orang ahli/anggota dan empat orang ahli Lembaga (ALK) untuk menentusahkan
draf minit mesyuarat agung tahunan;
9. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa cadangan atau urusan perniagaan
lain koperasi yang baginya suatu notis tidak kurang daripada 7 hari telah diberikan;

Kehadiran tuan/puan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 ini, sangat dialu-alukan dan
diucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih.

”Koperasi Untuk Semua”
Yang menjalankan tugas,

(HAFIZAN BIN HASSAN)
Setiausaha Koperasi KKTM Kuantan Berhad

KOPERASI KKTM KUANTAN BERHAD

**********************

MEMILIH ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

U.U.K 34 (1) Koperasi KKTM Kuantan hendaklah mengandungi 15 orang ALK yang terdiri
daripada sembilan (9) daripada kakitangan serta enam (6) daripada pelajar yang hadir dalam
Mesyuarat Agung Koperasi berkenaan. Satu pertiga daripada ALK hendaklah gugur pada setiap
kali Mesyuarat Agung diadakan.

Tiga (3) orang ALK kakitangan yang gugur mengikut giliran dan tiga (6) orang ALK pelajar yang
melepaskan jawatan ALK mengikut UUK bilangan 36 (1) adalah seperti berikut :-

ALK kakitangan yang gugur mengikut giliran adalah :-

1. En Hamzah bin Deraman
2. En. Mohd Noor Hanif bin Mohd Rosdi
3. En Mohd Azfitry bin Zolkhifly

ALK pelajar yang gugur adalah:-

1. Saudara Ikhwan Syazri bin Roslan
2. Saudari Afifah Syaza binti Hasran
3. Saudari Siti Nurfatihatul Syuhada Binti Mohd Faizal
4. Saudari Nur Nadhirah binti Mohamad Rosli
5. Saudara Muhammad Luqman Bin Zuraidi
6. Saudara Ahmad Farhan bin Johar

 
 
 
 

L A  M  P I R A N
2

MINIT MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN

K A L I KE - 9















L A  M  P I R A N
3

LAPORAN
J A WA T A N K U A S A
AUDIT DALAMAN







L A  M  P I R A N
4

LAPORAN KEWANGAN

KOPERASI

B E R A K H I R 31 JULAI 2019





















































L A  M  P I R A N
4

ANGGARAN BA J ET

2020


Click to View FlipBook Version