ٱلبِدِايِ ِة
ASAS TAREKAT
AHMADIAH MUHAMMADIAH
Dikeluarkan oleh:
Institut Imam Ahmad ibn Idris
Cetakan Pertama
Zulqa`edah 1442 Hijrah/ Julai 2021 Masihi
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi,
dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan cara sekali pun,
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit.
INSTITUT IMAM AHMAD IBN IDRIS
KM 35, JALAN SEREMBAN-TAMPIN
KOTA, REMBAU, NEGERI SEMBILAN
HP: 019 3058080 / 012 2830040
EMAIL: [email protected]
2
KANDUNGAN Muka surat
4
Tajuk 7
Muqaddimah 10
Pengenalan Ringkas Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah 26
Biografi Ringkas Syeikh Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah, Sayyid Ahmad ibn Idris 29
Pengenalan Masyyakhah Tarekat Ahmadiah 33
Muhammadiah Dunia 36
Pengenalan Masyyakhah Tarekat 39
Ahmadiah Muhammadiah Asia Tenggara 44
Penerangan & Penjelasan 59
Syarat-syarat Mengambil Tarekat
Kewajipan Murid Atau Ikhwan
Amalan Asas Tarekat
Aurad Asas Tarekat
3
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
MUQADDIMAH
ََّفَٱ ْ حَلنْ ّب حَيآ ّء،َ حََوٱ حوللح ََّحسعحَلَآ ُِّم ّلََلأححَحْْع حجَأحّع ْْي ح حَنش،َ ِّيَ ّحوَدٱنحلاَ َُُّصمحح َّمَل ُةٍد،ٱ ْلَح ْم ُدَ ّل ِٰ َّلَ حر حوَٱَِّلْبَُمٱ ْلْر ححَعسَـّللحي ّحمنَي ح حنس
:َأح َّماَ حب ْع ُد،ِّفَ ُُ ِّكَلح ْم حح ٍةَ حو حن حف ٍسَ حع حد حدَ حماَ حو ّس حع ُهَ ّعلْ ُمَٱلل ّه
Buku Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah ini
merupakan sebuah buku ringkas berkaitan pengenalan
umum Tarekat Ahmadiah Muhammadiah khusus bagi
ikhwan yang baru memasuki Tarekat Sayyid Ahmad ibn
Idris .
Apa yang dimuatkan dalam buku ini ialah asas bagi
seseorang salik yang hendak memulakan perjalanannya
dalam tarekat yang mulia ini. Ia mesti dilaksanakan dan
dilazimi sebelum mereka diizinkan untuk beralih kepada
amalan tarekat yang seterusnya.
Secara ringkasnya, buku ini mengandungi:
4
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
1. Pengenalan ringkas Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah.
2. Biografi ringkas pengasas tarekat, Sayyid Ahmad
ibn Idris .
3. Pengenalan Masyyakhah Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah Dunia
4. Pengenalan Masyyakhah Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah Asia Tenggara Daripada
5. Penerangan dan Penjelasan
Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah
Muhamadiah Dunia.
6. Syarat-syarat mengambil Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah.
7. Kewajipan murid.
8. Amalan asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
iaitu wazifah dan fidyah Nabawiah.
9. Aurad asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
yang terdiri daripada lima wirid iaitu Fatihah al
Aurad, Zikir Makhsus, Salawat `Azimiah, Istighfar
Kabir dan Kaffarah Majlis.
Semoga buku ini dapat membantu ikhwan Tarekat
Ahmadiah Muhammadiah menjalani tarekat ini dengan
permulaan yang baik.
5
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Semoga kita diterima oleh Sayyid Ahmad ibn Idris
sebagai abnak beliau yang sodiq dan jujur yang
dengannya melayakkan kita mendapat futuh
(pembukaan) untuk terus diizinkan berenang dan
menghayati keindahan dalam lautan rahsia tarekat mulia
ini.
َ،حو حصََّّلَٱلل ُهَلحَحعََ حخ ْْ ّيَ حخلْ ّق ّهَ حس ِّي ّدنحاَُُمح َّم ٍدَ حولحَحعََآ ِّ ّلَ حو حسلَّ حَم
ََ.َِّفَ ُُ ِّكََلح ْم حح ٍةَ حو حن حف ٍ َسَ حع حد حدَ حماَ حو ّس حع ُهَ ّعلْ ُمَٱلل ّه
Dikeluarkan oleh:
Institut Imam Ahmad ibn Idris
20 Zulqa`edah 1442 Hijrah
Bersamaan 01 Julai 2021 Masihi
6
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
PENGENALAN RINGKAS
TAREKAT AHMADIAH MUHAMMADIAH
Tarekat Ahmadiah Muhammadiah diasaskan oleh
Sayyidi Ahmad ibn Idris . Ketika hayat beliau, Sayyid
Ahmad ibn Idris pernah menamakan tarekatnya dengan
nama Tarekat Ahmadiah Muhammadiah.
Ini dapat dilihat melalui kenyataan yang tulis oleh
murid-murid beliau. Antaranya, al `Allamah al Qadhi
Hasan `Akish meriwayatkan dalam kitabnya `Uqud al
Durar bi Tarajim Ulama’ al Qarn al Thalith `Asyar; bahawa
Sayyid Ahmad ibn Idris berkata kepadanya:
َََََٱتلحَْو حأُمُُنحامح حَح َّمأح َّم ّدحّخدَّي ٌْذةَِّيَأحُتْحَْو حححُمط ّنْدّرتحيَّي حٌهةحقاَ ِِّّحهافت،َِّهَاُهَفح ْمأحّمَنحبّاحَنحوََححٱسطلآّرُنّئّي حو حق ّرط،َلُذَ حفْوحواُماَبْ ّحستحط ححّردطأُي ٍة ححق،ََ ُحححرباَُس ٍلهوَ ّّذلحو ّهََحمٱٱلحقللا َّّهَطٍَل َّري حوحق ّف ّةحعَاَأح ّبٍلححخ.ّإأح ُُحَحعِّْرلْكبح َّْهان
“Pemilik-pemilik tarekat ini (jalan kepada Allah)
mengambil tarekat-tarekat mereka melalui perantaraan.
Manakala saya mengambil tarekat saya daripada
7
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Rasulullah tanpa sebarang perantaraan. Oleh itu,
tarekat saya ialah Muhammadiah Ahmadiah dalam
semua keadaan, ucapan dan perbuatan. Maka
permulaannya daripada cahaya Muhammadi dan
pengakhirannya juga kepada Baginda .”
Al Qadhi Hasan `Akish juga berkata:
“Tarekat ini dinamakan al Muhammadiah. Dari sudut
keistimewaannya, ia merupakan tarekat yang dinisbahkan
kepada Nabi . Semua perkara yang terkandung dalam
tarekat ini, merupakan ambilan dan cedokan daripada
Rasulullah dan Sunnahnya. Ini kerana, selepas orang
yang menjalani tarekat ini menyelesaikan tuntutan
bidayah (permulaan tarekat) dan suluknya dengan
mengikut manhaj istiqamah sebagaimana yang dijelaskan
oleh al Quran dan Sunnah, dia akan menyibukkan dirinya
pula dengan bersalawat ke atas Nabi sehingga
meninggalkan kesan ke dalam hatinya.”
Berkenaan dengan nama Tarekat Muhammadiah
ini, antara murid Sayyid Ahmad ibn Idris yang turut
menyebut tentangnya ialah Sayyid Muhammad ibn Ali al
Sanusi . Beliau berkata:
8
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
“Penisbahan Tarekat Muhammadiah kepada Sayyiduna
Muhammad dan bukan kepada selainnya ialah kerana
ikutannya terhadap Sunnah pada perkara yang sedikit
dan banyak.”
Ingatlah, sesungguhnya Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah merupakan cara hidup yang telah
digariskan oleh Sayyid Ahmad ibn Idris berpandukan
kepada al Quran dan Sunnah. Beliau tidak menyeru
manusia melalui tarekat ini melainkan kepada al Quran
dan Sunnah Rasulullah .
9
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
BIOGRAFI RINGKAS
Syeikh Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
AL QUTB AL NAFIS SAYYIDI AHMAD IBN IDRIS
(1163-1253H / 1750-1837M)
Sesungguhnya qudwah (ikutan) dan uswah
(teladan) tidak akan berlaku dan terhasil dengan
sempurna melainkan setelah idola yang dijadikan ikutan
tersebut benar-benar dikenali sehingga ikutannya itu
benar-benar berdasarkan ilmu dan ma`rifah.
Maka langkah pertama yang perlu dilakukan oleh
seseorang murid ialah mengenali syeikhnya dengan
pengenalan yang sempurna. Dengan mengenali hakikat
syeikhnya, akan menatijahkan hubungan dengan syeikh
tersebut yang seterusnya membangkitkan kerinduan
dalam dirinya untuk melihat syeikhnya. Daripada
kerinduan akan membangkitkan kecintaan, seterusnya
menghasilkan qudwah dan istiqamah yang sempurna
dalam ikutannya.
10
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Sesungguhnya Syeikh Tarekat adalah pintu
kepada Nabi dan Nabi adalah pintu kepada Allah
.
Untuk mencapai tujuan asas Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah ini, maka di sini disertakan pengenalan
ringkas Sayyidi Ahmad ibn Idris , Pelopor dan Syeikh
Tarekat Ahmadiah Muhammadiah.
Sayyid Ahmad ibn Idris diputerakan di sebuah
kampung bernama Mzoura yang terletak di negeri `Araisy
berdekatan pantai Maghribi pada 21 Rajab 1163 Hijrah
bersamaan 1750 Masihi.
Nama lengkap beliau ialah Ahmad ibn Idris ibn
Muhammad ibn Ali ibn Ahmad ibn Muhammad ibn
Abdullah ibn Ibrahim ibn Umar ibn Ahmad ibn Abdul
Jabbar ibn Muhammad ibn Yamlah ibn Masyish ibn Abu
Bakar ibn Ali ibn Harmah ibn Isa ibn Salam ibn Marwan
ibn Haidarah ibn Muhammad ibn Idris al Azhar ibn Idris al
Akbar ibn Abdullah al Kamil ibn al Hasan al Muthanna ibn
Sayyidina Hasan ibn Sayyidina Ali dan Sayyidah
Fatimah al Zahra’ binti Maulana Muhammad
Rasulullah .
11
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Ini menunjukkan bahawa beliau berasal dari
keluarga Sadah Adarisah (zuriat Sayyid Idris al Akbar ibn
Abdullah al Kamil ibn Hasan al Muthanna ibn Hasan ibn
Ali ibn Abi Talib) yang masyhur dan mulia di Maghribi dan
berketurunan Sayyiduna Hasan ibn Ali ibn Abu Talib .
Walaupun Sayyid Ahmad ibn Idris berketurunan
mulia, namun beliau tidak suka bermegah-megah dengan
kemuliaan nasab keturunannya. Ketika murid beliau,
Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi meminta beliau
menulis nasab beliau, Sayyid Ahmad ibn Idris dengan
tegas berkata:
ََ،َه.ُ ُهَّ حوحيبََُٱق حوَلوٱَّتلُ ْلق َُّ حسوٱ َّنل ّلةى،َََٱنأححلْحَحسلّكَِّ حت حواب،ن حَن ححفَسَلّهحَِححذبعا،َِّاَ حف ُّكإّب ْمَْنَ حَوَ حوٱحوأحل حْرجُّسحفْدَّن ُتحعّة، حََٱضلحْنُعَحَُعظأحَن ْْٱرَلحْإّساحَّكَّبحل حت،نَََٱحوَإَّْٱ ْدحلل ّْروُّيسْحم َّنَحأحُةس:بحَكَٱأَحلْحْوْ حتححّك حعُتحدااَ حَْب ُل ُب:ن ححتحفبححُقسا ّْ حِرل
“Nasab saya ialah al Quran dan al Sunnah. Lihatlah
kepada saya, jika kamu dapati saya berada di atas
landasan al Quran dan Sunnah, maka katakanlah,
“Ahmad ibn Idris berada di atas landasan al Quran dan
Sunnah.” Maka inilah nasab saya. Allah berfirman,
12
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
“(Maksudnya:) Pada hari ini, Aku merendahkan nasab-
nasab kamu dan meninggikan nasabKu, iaitu taqwa.”
Dari aspek pendidikannya, tokoh ulama’ besar ini,
semenjak kecil lagi telah ditanam dan diasuh dengan
didikan agama yang mantap. Semasa berada di peringkat
awal pendidikannya lagi, beliau telah menghafaz al Quran
dan sebahagian daripada matan-matan ilmu. Beliau
mempelajari ilmu-ilmu asas secara talaqqi sewaktu
dipelihara oleh saudaranya yang mulia iaitu Sayyid
Muhammad dan Sayyid Abdullah .
Kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya di kota
Fes dengan belajar secara talaqqi di Masjid Qarawiyyin
dan kawasan sekitarnya daripada ramai ulama’.
Antara tokoh ulama’ besar yang pernah menjadi
guru beliau ialah:
1. Al Muhaqqiq Sayyid Muhammad al Tawudi ibn
Sudah al Murri .
2. Al `Allamah Muhammad Abdul Karim ibn Ali al
Zahabi yang masyhur dengan gelaran al
Yaziqni.
13
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
3. Al `Allamah Abu Muhammad Abdul Qadir ibn
Syaqrun .
4. Al `Allamah Abu Abdillah al Tayyib ibn Abdul Majid
ibn Kiran .
5. Sayyidi Muhammad al Kanati .
6. Sultan al Ulama’ Sayyidi Umar al Fasi .
7. Al `Arif Billah Sayyidi Abu Muhammad Abdullah ibn
Muhammad al Bannani .
8. Al `Allamah al Lughawi Muhammad al Mujaidiri al
Syanqiti .
9. Al Qutb al Ghauth al Mu`ammar Sayyid Abdul
Wahhab al Tazi al Fasi al Hasani .
10. Al `Arif Billah Sayyid Abu al Qasim Muhammad ibn
Hammu ibn Abdul Wahhab al Gharnati al Andalusi
yang digelar dengan al Wazir , dan ramai lagi.1
Sayyid Ahmad ibn Idris mempunyai sanad yang
merangkumi semua bidang ilmu; tafsir, hadith, aqidah,
fiqh, tasawuf dan lain-lain.
1 Sayyid Ahmad al Syarif al Sanusi, Fuyudhat al Mawahib al
Makkiyyah bi al Nafahat al Rabbaniyyah al Mustafawiyyah, H: 47-65.
14
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Beliau juga mempunyai sanad `Aali (sanad yang
tinggi, iaitu sanad yang mempunyai rijal (perawi) yang
sedikit) sehingga mendapat pengiktirafan daripada al
Qadhi al `Allamah Muhammad ibn Ali al Syaukani .
Sanad Sayyidi Ahmad ibn Idris dalam tarekat
pula, diambil daripada Sayyid Abdul Wahhab al Tazi ,
daripada Sayyid Abdul Aziz al Dabbagh , daripada
Sayyiduna Khidhr , daripada Rasulullah .
Manakala sanad beliau daripada Sayyidi Abu al
Qasim al Wazir pula, bersambung kepada Sayyid Abu
al Hasan al Syazuli dengan perantaraan yang banyak.
Sanad al Syazuli bersambung dengan Sayyiduna al
Hasan ibn Ali , daripada Rasulillah .
Sayyidi Ahmad ibn Idris mempunyai sanad-
sanad yang lain daripada ramai ulama’ yang
bersambungan dengan Rasulullah .
Dari segi sifat-sifatnya, Sayyid Ahmad ibn Idris
diperakui memiliki kecerdikan yang sempurna, sentiasa
berlapang dada sehingga orang yang duduk bersama
beliau tidak pernah berasa jemu dengan beliau. Beliau
juga terkenal sebagai seorang yang pemurah, banyak
15
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
berdiam melainkan ketika berzikir dan menyampaikan
ilmu, petah dan tepat dialeknya.
Beliau termasuk dalam kalangan lelaki yang segak
dan tampan serta menghiasi diri beliau dengan akhlak
yang mulia. Beliau mempunyai ketinggian yang
sederhana, berkulit putih kemerah-merahan, bermata
luas dan dua bulu kening beliau bercantum, janggut beliau
nipis terdapat banyak uban. Lidah beliau fasih dan hati
beliau kuat.
Sayyid Muhammad al Hasan al Mirghani
menyebut mengenai ketampanan Sayyid Ahmad ibn Idris
:
“Beliau bagaikan jongkong emas pada kesempurnaan
kecantikan dan kesederhanaannya.”
Kebiasaannya, Sayyid Ahmad ibn Idris memakai
serban di atas ketayap beliau dengan meninggalkan ekor
di bahagian belakang. Labuh baju yang dipakai oleh
beliau berada di atas buku lali kerana mengikut Sunnah
Nabi . Beliau merupakan seorang yang wara’ lagi
bertaqwa.
16
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Sayyid Ahmad ibn Idris mempunyai murid-murid
yang tidak terkira ramainya. Antara murid beliau yang
hebat dan terkenal ialah:
1. Sayyid Abdul Rahman ibn Sulaiman al Ahdali.
2. Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi.
3. Sayyid Muhammad Uthman al Mirghani.
4. Qadhi al Hasan ibn Ahmad `Akish.
5. Sayyid al Tayyib ibn Muhammad ibn Idris.
6. Syeikh Majzub al Sawakini.
7. Syeikh Ibrahim al Rasyid dan ramai lagi.
Sayyid Ahmad ibn Idris merupakan seorang
ulama’ hebat yang menjadi sebutan ulama’ yang lain.
Mereka telah merakamkan biografi beliau dalam karya-
karya penulisan mereka. Tidak kurang pula, yang
mencatatkan saat-saat keemasan dan pengalaman yang
begitu bermanfaat ketika bersama beliau.
Berkata Penutup Segala Huffaz dan Mujtahidin,
Pemuka Agama Islam, Sayyid Abdur Rahman ibn
Sulaiman al Ahdal selepas menyebut tentang
kedatangan Sayyid Ahmad ibn Idris kepada dirinya,
hamba yang faqir lagi haqir (hina):
17
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
ََ،لَْ حعناح ّفْسيحأح ّةَُلََلٱحَلحلَع حَهَََٱٱلل ََّّتس ْوّق ّفييّم حَقَ حَو ِّٱ حلل حِّوشا ّحفمَآَٱّءلَ ُّشلحَح ْكَعَّرََٱْلحْلحَح ّرَعَيَ ّ حمحا،لححكَح ُُعَُنََوَذ ّلّلََحٱك َحوَ حكَ حَنََنَُ َُزوُِ َُل
َحَوٱ ْلح ْم ُدَ ّل ِٰ ّل
ََ .ُهنحالّ حك
“Kedatangan Sayyid Ahmad ibn Idris (kepada saya)
seperti kedatangan keafiatan kepada orang yang sakit
dan kesembuhan kepada orang yang tercedera. Segala
puji bagi Allah atas nikmat ini. Kami memohon kepada
Allah agar ditaufiqkan untuk sentiasa bersyukur atas
nikmat ini.”
Al Syaukani menulis dalam suratnya yang diutus
kepada Sayyid Abdur Rahman ibn Sulaiman al Ahdal :
َ.ٱ ْس حت ْك ِّ ُثواَ ّم ْنَ ُع ُلو ّمَهَ حذاَٱل َّس ّيِ ّدَفح ّإ َّن حهاَ حح ّديثح ُةَ حع ْه ّدَ حر ِّب حها
“Perbanyakkanlah menimba ilmu daripada Sayyid ini
(Sayyid Ahmad ibn Idris ) kerana ilmunya ialah ilmu
yang diilhamkan oleh Allah.”
Al `Allamah Sayyid Muhammad ibn Ali ibn `Uqail
pernah berkata:
“Saya mengenali Sayyid Ahmad ibn Idris
semenjak berhijrah ke Makkah pada tahun 1234 Hijrah.
18
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Saya mendapati beliau merupakan seorang ulama’ besar
yang mempunyai ilmu ma`rifah, syariah dan hakikat yang
tiada tolok bandingannya.”
Sayyid Ahmad ibn Idris juga mempunyai
kedudukan yang tinggi di sisi anak-anak muridnya serta
dimuliakan oleh mereka seperti yang diungkapkan oleh
sebahagian mereka. Antara mereka ialah:
Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi pernah
menyebutkan:
َََّل.أُحوَٱْسل حتلا ّه َّذ حويبَّاٱللل َّّهسَ ِّي حوّدتحَاأحلْْل ّححهَ حد حَمبْاَّنأحَ حّإر ْدىّرَي حن ح ْفس َِّسََ ححفو حَ ْلضََاٱللَُُّّأححتاْنَ حأحبَحرَٱ َّّى َّلَ حن ْفيَ ِّحي ْعسَلحأح ُنحقاََ ّب ُهنح حوْع
“Demi Allah! Demi Allah! Demi Allah! Tidak pernah saya
melihat diri saya (mempunyai apa-apa kedudukan),
walaupun seperti debu yang melekat di selipar guru saya
Sayyid Ahmad ibn Idris , apatah lagi untuk melihat diri
saya ini seperti beliau.”
Beliau juga berkata:
َ حَو ّإَ َّن حماَٱَ َّّ حت ْذنحا ُه.َى،ححمشايَْٱَاَّخّاحتَ ْذحونحإّا حمُهاَ امحشاَيْ حو اخ ُحاَ َّحوجإّ اة حمَاّف اميا حمَاأحََّيبحايْام حنانحَا حَم حْوعبحلُ ْيو حنحمَ اٱةَللُم ّه حَق َيُّد حْند اياةاََ ّب حاو ُأ ْلحْخحي حار ّة
19
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
“Tidaklah kami menjadikan Sayyid Ahmad ibn Idris
sebagai syeikh dan Sayyid kami hanya untuk hari-hari
tertentu di dunia sahaja, akan tetapi kami menjadikan
beliau syeikh, Sayyid dan hujjah antara kami dengan Allah
di dunia dan akhirat.”
Sayyid Muhammad Uthman al Mirghani berkata:
ََ.لح ْوَ حع ّل ْم ُتَأح َّنَ ُحلْ ُقو ِّمََحيْ حر ُعَٱلْ حمآ حءَ حو حشيْ ِّخَ حغ ْْ ُيَ حرا ٍضَ حعنْ ُهَلح حق حط ْعتُ ُه
“Jika saya menelan air kemudian saya mengetahui
bahawa syeikh saya (Sayyid Ahmad ibn Idris ) tidak
redha dengannya, nescaya saya akan memotong halqum
saya itu.”
Syeikh Ibrahim al Rasyid menyebutkan:
ََ.ٱللهمَ حَلََحتْ حع ْلَ َّلَ حم حعَ حس ِّي ّديَأحْْ حح حدَٱ ْس اماَ حو حَلَ حر ْس اما
“Ya Allah, janganlah Engkau gandingkan namaku dan
nama Sayyidi Ahmad ibn Idris pada nama mahupun
tulisan.”
Sayyid Ahmad ibn Idris mempunyai kitab
karangan yang banyak. Sebahagiannya telah dicetak,
20
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
manakala sebahagiannya lagi masih kekal dalam bentuk
manuskrip.
Antara karya beliau yang masih tinggal sama ada
dalam bentuk cetakan atau manuskrip ialah:
1. Tafsir Basmalah
2. Tafsir Surah al Fatihah
3. Tafsir Hizib Pertama daripada surah al Baqarah
4. Tafsir ayat () ّإ َّنَٱَلْ ُم ْس ّل ّمي حنَ حَوٱلَْ ُم ْس ّل حما َّت
5. Al `Iz al Masun fi Tafsir Surah al Tin wa al Zaitun
6. Tafsir Surah al Dhuha dan al Insyirah
7. Tafsir Surah al Kauthar
8. Tafsir potongan ayat-ayat al Quran
9. Al Nafahat al Rabbaniyyah fi Syarh Hadith al
Sunnah al Muhammadiyyah “Al Ma`rifah Ra’su
Mali.”
10. Al Nafahat al Kubra
11. Risalah Kimiya’ al Yaqin
12. Syarah `Aqidah Imam al Syafi`i
13. Syarh Husul al Haqiqah bi Nuzm Usul al Tariqah li
al `Arif Billah Sulaiman ibn Abi al Qasim al Ahdali
14. Risalah al Asas
15. Risalah al Qawa`id
21
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
16. Dialog Sayyidi Ahmad ibn Idris dengan Fuqaha’
Najd
17. Risalah mengenai Khalwat
18. Syarah hadith () حص ِّلَ حص ح َل حةَٱَلْ ُم حو َّدع
19. Syarah empat buah hadith iaitu:
ٱِ ِّلي ُنَٱل ّنَ ّصي ححةo
َ ّإ َّن حماَٱ ْ حلَ ْع حما ُلَ ّبال ِنّ َّيا ّتo
َ ٱ ْلَح ح َل ُلَبح ِّي ٌنَ حَوٱ ْلَح حرا ُمَبح ِّي ٌنo
َ ّم ْنَ ُح ْس ّنَ ّإ ْس حلَ ّمَٱلَْ حم ْر ّءَتحر ُك ُهَ حماَ حَلََ حي ْع ّني ّهo
20. Syarah Qasidah Imam Junaid al Baghdadi
dalam ilmu اtذaَ حsحتawْ ُكنuَنfْ :ّتح حو ََّضَأَْ ّب حمَآ ّءَٱلَْ حغ ْي ّبَإ
.ِّ ٍّس
21. Al `Iqd al Nafis fi Nazm Jawahir al Tadris (kitab
yang mengandungi jawapan-jawapan Sayyidi
Ahmad ibn Idris dalam majlis pengajiannya).
22. Risalah Mengenai Zikir
23. Risalah penolakan terhadap orang yang
menggunakan pendapat akal semata-mata.
24. Khutbah Nikah
25. Khutbah Dua Hari Raya dan Minta Hujan
26. Risalah mengenai Tasawuf dan Suluk.
22
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Sayyid Ahmad ibn Idris meninggalkan lapan
orang zuriat; lima orang putera iaitu Muhammad al
Ghauth, Abdul `Aali, Mustafa, al Hasan dan Abdul Jabbar,
dan tiga orang puteri iaitu Aisyah, Fatimah dan Khadijah.
Dikatakan, putera sulung beliau Sayyid
Muhammad al Ghauth sentiasa mendampingi
ayahandanya dan telah belajar sebanyak 500 buah kitab
daripada beliau.1
Putera kedua beliau, Sayyid Abdul `Aali telah
mencapai kedudukan yang tinggi dari segi ilmu zahir dan
batin serta diijazahkan semua ijazah ilmu dan tarekat oleh
gurunya yang merupakan murid kanan ayahandanya, iaitu
Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi .
Kedua-dua orang putera beliau telah menyambung
tugas beliau dalam arena dakwah dan penyebaran tarekat
beliau.
Pada penghujung hayat beliau, Sayyid Ahmad ibn
Idris ditimpa penyakit yang menyebabkan beliau
terpaksa terlantar di atas katil. Sepanjang tempoh beliau
gering, isteri-isteri beliau mengambil tanggungjawab
1 Sayyid Muhammad ibn Ali al Yamani, Risalah al Aurad al Idrisiyyah H: 78.
23
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
menguruskan beliau terutamanya bonda kepada Sayyid
Abdul `Aali .1
Ketika kewafatan Sayyid Ahmad ibn Idris ,
didengari suara riuh rendah dari dalam rumah beliau
sehingga sebahagian muridnya seperti Syeikh Ibrahim al
Rasyid dan Syeikh al Hamim memanjat pagar rumah
Sayyid Ahmad ibn Idris .
Peristiwa itu berlaku pada malam Sabtu antara
Maghrib dan Isya’ pada bulan Rajab.
Urusan memandikan jenazah beliau diuruskan
oleh murid beliau Syeikh Ahmad Uthman al `Uqaili.
Manakala Sayyid yang mensolatkan beliau ialah al
`Allamah Sayyid Yahya ibn Muhsin al Nu`mi al Hasani
dengan permintaan putera beliau Sayyid Muhammad al
Ghauth sendiri.
Sayyid Ahmad ibn Idris disemadikan pada pagi
21 Rajab 1253 Hijrah di Sabya, Yaman.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan
keredhaan ke atas roh beliau serta mengurniakan kepada
1 Sebagaimana yang disebut oleh Sayyid Muhammad ibn Ali al Yamani dalam
kitabnya, Risalah al Aurad al Idrisiyyah.
24
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
kami lautan limpahannya yang berharga dengan limpahan
(madad) yang akan memperbaiki zahir dan batin, Amin.
25
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
PENGENALAN
MASYYAKHAH TAREKAT
AHMADIAH MUHAMMADIAH DUNIA
Masyyakhah ialah pusat pentadbiran yang berautoriti
dan berperanan menguruskan hal ehwal sesebuah
tarekat.
Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Dunia dipimpin secara rasmi oleh zuriat Imam Ahmad ibn
Idris bermula pada era pentadbiran cicitnya iaitu Sayyid
al Mirghani ibn Muhammad al Syarif ibn Abdul `Aali ibn
Imam Ahmad ibn Idris , selaku Syeikh Tarekat
Ahmadiah Muhammadiah Dunia yang ke-3.
Selepas kewafatan Sayyid al Mirghani al Idrisi ,
kepimpinan Masyyakhah Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah Dunia dipegang oleh adinda beliau,
Sayyid al Hasan ibn Muhammad al Syarif al Idrisi
sehingga tahun 1967 Masihi.
Kepimpinan Masyyakhah Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah Dunia seterusnya, dipimpin oleh
puteranya iaitu Sayyid al Kamil al Hasan al Idrisi .
26
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Sayyid al Kamil al Hasan al Idrisi merupakan
individu yang berperanan memperbaharui pendaftaran
Tarekat Ahmadiah Muhammadiah di bawah enakmen
baru Majlis Tertinggi Tarekat-tarekat Sufi Mesir pada
tahun 1976 Masihi. Enakmen baru ini telah menetapkan
bahawa setiap tarekat sufi perlu mendaftarkan kembali
tarekat-tarekat mereka.
Di bawah enakmen baru ini, Sayyid al Kamil al Hasan
al Idrisi merupakan Syeikh Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah yang pertama walaupun beliau
merupakan Syeikh Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Dunia yang ke-5 dalam kalangan keluarga.
Setelah kewafatan Sayyid al Kamil al Hasan Idrisi
pada tahun 2009 Masihi, Majlis Tertinggi Tarekat-tarekat
Sufi telah mengeluarkan ketetapan rasmi melantik Prof.
Dr. Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Hasan al Idrisi
sebagai Syeikh Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
menggantikan kakandanya, Sayyid al Kamil al Hasan al
Idrisi . Pelantikan ini berdasarkan Perkara 29, Enakmen
no.118 tahun 1976 Masihi. Ketetapan ini berkuatkuasa
pada Sabtu, 7 Rajab 1431 Hijrah bersamaan 19 Jun 2010
Masihi.
27
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Kini, Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Dunia yang terletak di Omdurman, Sudan, diterajui oleh
Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Hasan al Idrisi
yang merupakan Syeikh Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah Dunia ke-6.
28
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
PENGASASAN MASYYAKHAH
TAREKAT AHMADIAH MUHAMMADIAH
ASIA TENGGARA
Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Asia Tenggara telah ditubuhkan pada 28 Zulqaedah 1438
Hijrah bersamaan 21 Ogos 2017 Masihi oleh Yang
Berbahagia, Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al
Hasan al Idrisi, Syeikh Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Dunia.
Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Asia Tenggara dipimpin oleh Dato’ Syeikh Haji
Muhammad Fuad bin Kamaludin selepas beliau dilantik
secara rasmi sebagai Syeikh, Khalifah dan Wakil Tarekat
Ahmadiah Muhammadiah Asia Tenggara.
Pada tanggal 29 Zulqaedah 1438 Hijrah
bersamaan 22 Ogos 2017 Masihi, Dato’ Syeikh Haji
Muhammad Fuad bin Kamaludin telah dilantik secara
rasmi sebagai Syeikh, Khalifah dan Wakil Tarekat
Ahmadiah Muhammadiah Asia Tenggara oleh Prof. Dr.
Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Hasan al Idrisi.
29
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Hasan al
Idrisi menegaskan bahawa para ikhwan Tarekat
Ahmadiah Muhammadiah wajib memperakui lantikan
tersebut sepertimana beliau memperakuinya.
Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Hasan al
Idrisi telah menyatakan tiga kriteria utama yang dimiliki
oleh Dato’ Syeikh Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin
sehingga melayakkan beliau dilantik memikul amanah
dan tanggungjawab besar ini.
Kriteria pertama adalah khidmat beliau kepada al
Quran dan Sunnah Rasulullah yang telah dizahirkan
melalui penubuhan puluhan institusi pendidikan dan
dakwah yang menjadikan al Quran dan Sunnah sebagai
asas dan keutamaan.
Kriteria ini amat bertepatan dengan manhaj yang
dibawa dan diperjuangkan oleh Imam Ahmad ibn Idris
dalam mengemudi Tarekat Muhammadiah Ahmadiah
sepanjang hayatnya.
Kedua, penguasaan terhadap manhaj Tarekat
Ahmadiah Muhammadiah merupakan keistimewaan yang
melayakkan Dato’ Syeikh Haji Muhammad Fuad bin
30
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Kamaludin dipilih serta dilantik sebagai Syeikh, Khalifah
dan Wakil Tarekat Ahmadiah Muhammadiah Asia
Tenggara.
Ketiga, kesungguhan dan keprihatinan Dato’
Syeikh Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin dalam
menjaga, mempertahan serta menyebarkan tarekat yang
mulia ini.
Kesungguhan beliau terserlah melalui usaha gigih
yang berterusan dalam mengumpulkan khazanah ilmu
peninggalan Imam Ahmad ibn Idris .
Antara pencapaian terbesar beliau ialah kejayaan
mengumpulkan koleksi karya dalam bentuk manuskrip
dan bahan cetakan berkaitan Imam Ahmad ibn Idris dan
Tarekat Ahmadiah Muhammadiah melalui permusafiran
ilmiah beliau ke perpustakaan-perpustakaan di negara-
negara Barat seperti di United Kingdom, Itali, Perancis,
Belanda dan Norway di samping negara-negara Timur
Tengah. Koleksi ini telah beliau himpunkan dalam sebuah
buku setebal 1529 muka surat yang diberi tajuk Min
Turath al Imam Ahmad ibn Idris Kutub wa Rasail.
Pelbagai lagi khidmat cemerlang beliau boleh dirujuk
31
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
dalam Al Wafa yang mengandungi Ketetapan-Ketetapan
Tarekat Ahmadiah Muhammadiah Dunia.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada
beliau untuk terus bergerak maju dalam mengemudi
bahtera Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Asia Tenggara demi merealisasikan misi dakwah tarekat
yang diasaskan oleh Imam Ahmad ibn Idris ini. Amin.
32
33
34
35
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
SYARAT-SYARAT
MENGAMBIL TAREKAT
Para ikhwan yang ingin menjalani Tarekat
Ahmadiah Muhammadiah perlu memenuhi syarat-syarat
yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Tarekat
Ahmadiah Muhammadiah Asia Tenggara seperti berikut:
1. Mendaftarkan diri dalam borang yang disediakan
oleh pihak Pengurusan Tarekat sebagai kaedah
ta’aruf agar Syeikh dan pihak pengurusan tarekat
dapat mengenal sebelum menerima seseorang
untuk menganggotai tarekat ini dan bergabung
dengan murid-murid yang lain.
2. Menyertai Kursus Pengajian Asas Tarekat yang
danjurkan oleh pihak Pengurusan Tarekat
sehingga tamat serta program Jilsah yang
ditetapkan.
Tujuannya agar dalam tempoh tersebut para
ikhwan dapat mengetahui peraturan-peraturan
dan adab-adab dalam tarekat.
36
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Ini merupakan tempoh ujian bagi memastikan
bahawa orang yang akan diterima masuk ke
dalam tarekat yang mulia ini benar-benar layak.
Setelah terserlah pada dirinya adab-adab yang
dikehendaki dan tanda-tanda mahabbah (kasih), sifat
tawadhu’, sidq dan keikhlasannya dalam menjalani
tarekat yang mulia ini, barulah dia diterima memasuki
tarekat ini.
KEPERLUAN MEMENUHI SYARAT YANG
DITETAPKAN
Syarat-syarat ini perlu dipenuhi bagi menjaga agar
tarekat ini tidak dimasuki oleh orang-orang yang tidak
sepatutnya yang datang dengan tujuan-tujuan yang lain,
atau membawa masuk unsur-unsur yang bersalahan yang
boleh mendatangkan keraguan kepada Ikhwan atau pun
menimbulkan bibit perpecahan.
Sesungguhnya tarekat ini diasaskan di atas syariat
yang luhur berlandaskan al Quran dan al Sunnah, jalan
Salafussoleh dengan sanad-sanad yang sohih dan
bersambung kepada Rasulullah . Maka tidak boleh
tidak, orang yang hendak memasuki tarekat ini perlu
dilihat pada dirinya perkara-perkara berikut:
37
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
1. Istiqamah di atas syariat Allah. Sesungguhnya
orang yang tidak berusaha untuk mendapatkan
maqam ihsan merupakan orang yang lemah
imannya dan tipis keislamannya.
2. Menjaga hubungan yang baik dengan ahli keluarga
dan jiran tetangga serta makhluk seluruhnya.
3. Taat kepada syeikhnya dan menerima nasihat.
4. Mempunyai pekerjaan yang diusahakannya untuk
mendapatkan rezeki yang halal sehingga murid
tersebut tidak hidup di atas tanggungan orang lain.
Murid juga perlu mempunyai sifat
bertanggungjawab terhadap diri dan orang yang
berada di bawah tanggungannya.
5. Menjaga penampilan dan keadaan zahirnya
kerana luaran seseorang melambangkan
dalamannya.
38
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
KEWAJIPAN
MURID ATAU IKHWAN
Dalam sesebuah tarekat, terdapat tiga perkara
utama yang menjadi rukun tarekat, iaitu:
1. Syeikh
2. Murid
3. Manhaj dan Aurad.
Begitu jugalah dengan Tarekat Ahmadiah
Muhammadiah, setiap murid mestilah mengetahui ketiga-
tiga rukun Tarekat ini untuk menjalani tarekat ini sehingga
mencapai tujuannya bertarekat.
Syeikh Soleh al Ja`fari , Imam Jami’ al Azhaf al
Syarif tokoh terkenal tarekat ini, telah menjelaskan
beberapa kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang
murid dalam usaha menggapai futuh (pembukaan) dalam
tarekat, antaranya:
1. Mengenali dan mengetahui kedudukan Syeikhnya
sehingga hatinya dipenuhi dengan rasa hormat dan
memuliakan Syeikhnya yang merupakan
39
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah dan
wasilahnya untuk mengenali Rasulullah
Allah.
2. Mengasihi Syeikhnya dengan kasih yang tulus
ikhlas sehingga dia tidak mendahulukan syeikh lain
yang ada pada zamannya supaya hatinya tidak
terisi dengan syeikh yang lain.
3. Mengetahui ahwal Syeikhnya semasa hayat
Syeikhnya di dunia sehingga dia dapat mengikut
atau meneladani Syeikhnya tersebut.
Dengan demikian, murid tersebut akan benar-
benar menjadi pewaris Syeikhnya kerana setiap
murid akan mewarisi Syeikhnya tetapi dengan
syarat hal murid tersebut mestilah seperti hal
Syeikhnya.
4. Beradab terhadap Syeikhnya yang telah
mentalqinkan Aurad Tarekat kepadanya.
Sesungguhnya Syeikh merupakan pintu yang akan
menghubungkan dan menemukan murid dengan
Rasulullah selaku Syeikh Hakiki Tarekat Sayyid
Ahmad ibn Idris ini. Dengan terlaksananya
seluruh kewajipan ini, maka akan menatijahkan
40
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
futuh (pembukaan) kepada hati para muridin
tentang hakikat sebenar tarekat yang mulia ini yang
akan menyampaikannya kepada Rasulullah
dan kepada Allah .
5. Tidak melebihkan atau meninggikan dirinya
daripada Syeikhnya dalam apa juga keadaan,
sekali pun sekiranya dia dikurniakan pelbagai
maklumat dan disingkap baginya pelbagai
mukasyafah (singkapan). Hendaklah dia melihat
dirinya itu sebagai cabang bagi Syeikhnya dan
hendaklah rohani atau jiwanya sentiasa merasa
rindu terhadap Syeikhnya.
6. Mengetahui Aurad Syeikhnya dan kelebihan Aurad
tersebut sehingga dia tidak memandang kecil
Aurad Syeikhnya dan memilih untuk membaca
aurad syeikh yang lain dan meninggalkan Aurad
Syeikhnya.
7. Menghadiri setiap hadharah, pengajian, jilsah, haul
dan program tarekat yang diadakan oleh pihak
Pengurusan.
41
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Ini bertujuan bagi membekalkan kepada murid
kefahaman tentang manhaj dan perjalanan Tarekat
Ahmadiah Muhammadiah, di samping memberikan
suntikan semangat dari semasa ke semasa kepada
murid agar murid tersebut menjalani Tarekat
Sayyid Ahmad ibn Idris ini berdasarkan
kefahaman yang benar dan mantap dan bukannya
berdasarkan ikutan semata-mata.
Sesungguhnya Sayyid Ahmad ibn Idris
merupakan seorang ilmuwan yang unggul pada
zamannya yang merangkul pelbagai gelaran
keilmuan seperti Syeikh al Syuyukh, Ustaz al
Asatizah dan sebagainya di samping gelaran
kesufiannya disebabkan ketinggian ilmunya yang
mengatasi pembesar-pembesar ulama’ yang lain.
Beliau telah membawa tarekatnya yang terbina di
atas landasan al Quran dan Sunnah yang jelas dan
telah diteruskan oleh murid-muridnya yang juga
dalam kalangan ulama’ yang hebat.
8. Menjaga adab-adab Tarekat seperti adab terhadap
Syeikh, Ikhwan dan Diri Sendiri. Ini kerana tarekat
itu kesemuanya adalah adab. Tanpa adab,
42
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
mustahil bagi seseorang murid itu mengecapi
nikmat dan sampai dalam perjalanannya menuju
kepada Allah .
43
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
AMALAN ASAS TAREKAT
Asas tarekat ialah amalan bidayah (permulaan)
yang perlu didahulukan oleh murid selepas ditalqinkan
dan diijazahkan oleh Syeikh atau Khalifah tarekat.
Asas tarekat ini terbahagi kepada dua wazifah atau
tugasan:
1. Wazifah siang
2. Wazifah malam.
Wazifah siang perlu dilakukan pada waktu siang,
manakala wazifah malam perlu dilakukan pada waktu
malam. Kedua-dua wazifah ini disarankan kepada murid
untuk dilakukan selama tiga hari berturut-turut.
Walau bagaimanapun jika dilakukan salah satu
daripada kedua-dua wazifah ini, atau dilakukan sekali
sahaja daripada 3 hari tersebut, sudah memadai.
Namun, jika dilakukan kesemuanya adalah lebih
sempurna. Bagi murid yang sodiq dan bersungguh-
sungguh ingin menjalani tarekat ini, sudah pastilah dia
44
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
berusaha untuk menyempurnakan kesemua saranan dan
arahan syeikhnya serta tidak meremehkannya kerana
meletakkan sepenuh keyakinan terhadap syeikhnya.
Begitu juga, sudah tentulah tidak sama murid yang
melakukan wazifah dan murid yang tidak melakukannya.
Berikut ialah wazifah yang perlu dilakukan oleh
murid:
WAZIFAH SIANG
1. Sebelum melakukan wazifah ini, murid hendaklah
mengosongkan anggota jasad dan hatinya daripada
kesibukan atau urusan dunia.
2. Kemudian, hendaklah mandi sebagaimana mandi
janabah, kerana selama seseorang manusia itu sibuk
dengan urusan dunia dan perkara-perkara yang
menyibukkannya daripada mengingati Allah , maka
hukum bagi dirinya seolah-olah hukum orang yang
berjunub. Apabila dia hendak berdiri di hadapan Allah
, maka hendaklah dia terlebih dahulu membersihkan
dirinya daripada kotoran janabah dengan air
sepertimana orang yang hendak mengerjakan solat.
45
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
3. Hendaklah dibaca sebelum mandi doa di bawah:
َََ حَو ّمَ ْن،َ حوَ َّم َْنَ ُُ َِّكَ ّعَلََّ ٍَة،ََ حَو َّم ْنََ ُُ َِّكَ ححَ حدَ ٍث،َٱللٰ ُه َّمََ حط ِّه ْر ّنََ َّم ْنََ ُُ ِّكََ حجََحناَبح ٍة
ََ،َ حَو َّم َْنَ ُُ َِّكَ حَغ َْفلَح ٍَة،َََ حوَ َّم َْنَ ُُ ِّكََ حمَ ْعَ َّصيحَ ٍة،َ حَو ّمَ ْنََ ُُ َِّكَ حذَنَْ ٍَب،ُُ ِّكََ حَم حرَ ٍ َض
َََ حوَ ّمَ ْنََ ُُ ِّكََ ُسَو ٍء،ََ حوَ َّم َْنَ ُُ َِّكَ حقَ ّطَي حَع ٍة،ََ حوَ َّم َْنَ ُُ ِّكََ ّحَ حجَا ٍب،حَو َّم ْنََ ُُ ِّكََ ُظَ َلْ حَم ٍَة
ََ حَظا ّهَ اَرا،﴾حَط ََّه ْرَ حَتَ ّمََنْ ُهََنَح َّب ََّي حَكََُُمح َّمَ اَداَ﴿ حصََّّلَٱلل ُهَ حع حليْ ّهَ حوآ ِّ ّلَ حو حس ّلَ حم
ََ.َََيحاَ حَر ََّبَٱلَْ حَعـَ حلَ َّمي حن،حَو حَبا َّط انَا
“Ya Allah, sucikanlah diriku dari segala janabah, segala
hadath, segala ‘illah, segala penyakit, segala dosa, segala
maksiat, segala kelalaian, segala kegelapan, segala hijab,
segala perkara yang memutuskan aku daripada rahmatMu
dan segala kejahatan sebagaimana yang telah Engkau
sucikan NabiMu Muhammad ; sama ada zahir
mahupun batin, wahai Tuhan yang mentadbir semesta
alam!”
4. Kemudian solat dua raka`at (Solat Sunat Mutlaq):
Niat solat:
َ.أُ حصِ ِّّلَ ُسنَّ اةَ حر ْك حع حت ْي ّنَ ّل ِٰ ّلَ حت حعا حَل
“Sahaja aku solat sunat dua raka`at kerana Allah.”
Hendaklah dibaca pada setiap raka`at surah al Fatihah
sekali dan surah al Ikhlas 100 kali. Hadiahkan
pahalanya kepada Nabi .
46
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
5. Selepas salam, baca Istighfar Soghir sebanyak 3 kali,
iaitu:
َحو حأتُو ُب ََٱلْ حق ُّيو حم َٱلْ حَ َّح ُه حو َّ َإِّ حل ح َّ ،َٱلل حهََٱلْ حع ّظي حم أح ْستح ْغ ّف ُر
َإَّل ََل ََٱّ َّلي
َ.َّإ حَلْ ّه
“Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha
Agung; Yang tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Dia; Tuhan Yang Maha Hidup, lagi Maha
Berdiri dengan sendiriNya.”
6. Kemudian, baca Muqaddimah Kubra di bawah sambil
menghadap Kiblat:
َََوٍءَلحَ ْم ُه ححوحَ ٍّةَِف حَو ح ّطع ْلْر ّفحم ٍةَحكحيَ ْطحَك ّآر ّئُ ٌفن:َِّكذ حَلوّ ُحنُ ِّححفككٍََُحَُكِّسَّْهَش ح،َُُ ََّحقسأُ ِّدمحق ُحموِّدََاإُّم حََّلّْإتَحَلْححوكأحَ ح ْبحهكَُْيبحلحَنْيٱَ حْيحنَحَلحديح ْر حْدّيَ ْضي،ُٱأحبّل حْوهلَٰا َُهقحأح َّْمدْهََإَُِّحلِّكَّنٱ حَلنأ
“Ya Allah, sesungguhnya aku persembahkan (amalanku
ini) kepadaMu di hadapan setiap nafas, setiap kerlipan
mata dan pandangan seluruh penduduk langit dan bumi,
dan setiap sesuatu yang berada dalam pengetahuanMu,
yang akan berlaku atau pun yang telah berlaku. Aku
persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya (agar ia menjadi saksi amalanku ini):”
47
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
حَلََ َّإِ حَلَإَّ ََّلََأَحنَْ حتََ ُسَبَْ حَحانَح حَكَ ّإَِ َِّّنَ َُكنَْ َُتَ َّم حنََٱل َّظَاَلّ ّمَي حَن7. Baca:ََ.
)(100 kali
“Tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang-orang yang
”melakukan kezaliman.
8. Baca Muqaddimah Sughra sekali:
حَو ُأ حق ِّد ُمَإّ حَلْ حكَبح ْي حنَيح حد ْيَ َذلّ حكَُُكِّ ّهََ:
“Aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang
demikian itu seluruhnya (agar ia menjadi saksi amalanku
”ini):
9. Diikuti dengan membaca Istighfar Kabir:
ٱُُأحّكُِّّلْحسهنُاحتوَ ْغحوَّ ّٱفبَُّر ُّلََحذنُٱالوََلٱّحهَْبَََْلحٱ حوَحَلْٱ حلَعْلَّّلظثحَيا ّححَوَممٱَََْ،ٱ حّولََّّ ّّلمْك ْحرنياََّ َُمُحََََِّ،لكَََ حوحإّذأحنِْتُ حَلَوٍإّب َََُّأحبَلَ ْذَ ّإنح حَُبْهلْتُحوّهَُهَََٱ ّلْمحع حَْْمنََّ احدََاْحٱَ ّجلَْحوي حقّحخعُّيَحَوطٱَلأَاحَمْ،،حمَََ ححعظاحاغ َّّّفهِا ار حصراَََ
ٱٱ ححووَلّْحأحبَّلْنا ّنْكحفّحتطاّاانبّاََََُِ،بٱسَََََّّ،حقّلُُحْووكِّ اَححيهخلََاََّ،طحََ ُهحلَحوَدَََآَفّٱّئأحَْعلَْ امَحاقْاعََلحللحأحَُ ،مَبحَُم،َ،اَّدََِاَ حفَوَ حعححعِ ححْدْحدس ّحجدححدمَيَ اّدعححمامَا،اَََأحّمحأحح ْوححرنححححَجاكٱ ّححِّد َّتلْتطَنَُْهََبّّحوٱ ّبهَلْحََس ُٱقَ َّٱّحْكّدلْلنح ّحعرا ُةَّليَُِْ َ،تمأَحََ ،حَوْعَحوحلحخحو حُحأمَخَّ ،حصَْحط حوححرحصاّمصّتِْا حُُتههنََََ
48
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
ََ حك حماَيحنْبح ِّغَّْلح ح َل ّلَ حو ْج ّهَ حربِّ حناَ حوْح حجا ِّ ّل،ََ حو ّم حدا حدَُح ّك حما ّتَٱلل ّه،َٱ ْ ّلَ حرا حد ُة
َ.َ حو حك حماَُُ ّي ُّبَ حر ُّبَحناَ حويح ْر ح َض،حو حك حما ِّ َّل
َ(70 kali)
“Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha
Besar; Yang tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Dia; Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha
Berdiri dengan sendirinya; Maha Pengampun segala
dosa; Yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Aku
bertaubat kepadaNya dari segala jenis maksiat, dosa dan
kesalahan yang telah aku lakukan, sama ada dengan
sengaja atau pun tidak, sama ada yang zahir mahupun
yang batin, sama ada pada perkataan dan perbuatan,
dalam setiap pergerakan dan diamku, yang terlintas di
dalam hati dan diriku; semuanya selama-lamanya. Tidak
kira sama ada dosa-dosa yang aku ketahui atau tidak aku
ketahui, sebanyak bilangan segala yang diliputi oleh Ilmu
Allah dan yang terkandung di Lauh Mahfuz, semenjak
diciptakan alam sehingga penghujungnya dan yang ditulis
oleh Qalam. Sebanyak yang diadakan oleh Qudrah Allah
dan ditentukan oleh IradahNya dan sebanyak tinta
kalimah-kalimah Allah sepertimana yang selayaknya bagi
keagungan Zat Tuhan kami, keindahanNya,
kesempurnaanNya dan sepertimana yang dikasihi oleh
Tuhan kami dan yang diredhaiNya.”
49
Asas Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
10. Kemudian, ditutup dengan Kaffarah Majlis:
ََ َْ(سفححت ّإ ْغنَّ ّفُهَُر حَ حَلك،3ََأحَلkّ ،ََتa حْرlّفiْ)إَََّّ حفلَاَ َأح ْغن،اءَاأحَ حْوش ح حهظ حلُدَْمأح ُ ْنتََ ححنََلْفَ ّإِِّ حلَََس، َّد ُس حَكو.َََُهَّإ َََّّمحعَلَ َّمحوأحلّْنِْبحُح ْتمت،حيحوُسأحْغبتُْ ّفو حُحر َُاٱبنحَّ ّإُّحل حَكنُلَْوٱلح حَكلَٰب
“Maha Suci Engkau, ya Allah, dan dengan segala
pujianMu, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan
Engkau. Aku memohon keampunan dan bertaubat
kepadaMu. Sesungguhnya aku telah melakukan
kejahatan dan menzalimi diriku, maka ampunilah daku
kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni
dosa-dosa melainkan Engkau.”
WAZIFAH MALAM
Wazifah malam pula ialah sebagaimana berikut:
1. Mengosongkan jasad dan hati dari urusan dunia.
2. Mandi mengikut cara di atas, iaitu dengan membaca
sebelum mandi doa ini:
َََ حوَ ّمَ ْن،ََ حوَ َّم ْنََ ُُ َِّكَ َّع َلَّ ٍة،َ حوَ َّم ْنََ ُُ ِّكََ ححَ حدَ ٍَث،َٱللٰ ُه َّمََ حط ِّه ْر ّنََ َّم َْنَ ُُ ِّكََ حَجنَحابَح ٍة
ََ،ََ حوَ َّم ْنََ ُُ ِّكََ حَغ َْف َحل ٍة،َََ حَو َّم َْنَ ُُ ِّكََ حمَ ْعَ َّصَحي ٍة،َ حَو َّم ْنََ ُُ َِّكَ حَذنَْ ٍَب،َُُ ِّكََ حمَ حرَ ٍض
َََ حوَ ّمَ ْنََ ُُ ِّكََ َُسو ٍء،َ حوَ ّمَ ْنََ ُُ َِّكَقَح ّطَي حَع ٍَة،ََ حَو َّم َْنَ ُُ ِّكََ ّحَ حَجا ٍب،حَو َّم ْنََ ُُ ِّكََ َُظلَْ حمَ ٍَة
50