The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurindalia15, 2021-09-09 19:57:00

Kompilasi Peribahasa Melayu

Kompilasi Peribahasa Melayu

Kompilasi
Peribahasa

Melayu

NURIN DALIA BINTI SAAD
PISMP JUN 2021

PENDIDIKAN ISLAM 2

Belum berkuku hendak menggaruk,
belum bergigi sudah hendak menggigit

Maksud: Belum berkuasa sudah hendak menegur, memerintah
atau dan sebagainya

Ayat contoh: Perangai pegawai muda yang suka mengarah
orang walaupun belum dinaikkan pangkat seperti belum
berkuku hendak menggaruk, belum bergigi sudah hendak
menggigit.

Gunting makan di hujung

Maksud: Mencapai sesuatu dengan diam-diam
Ayat contoh: Guru-guru terkejut dengan pencapaian Ahmad
kerana telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan
sajak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dalam diam-diam
ibarat gunting makan di hujung.

Burung diam dalam sangkar

Maksud: Keadaan seseorang yang tidak bebas
Ayat contoh: Semenjak Kamelia berkahwin, dia berasa dirinya
laksana burung diam dalam sangkar apabila suaminya tidak
membenarkan dia berjumpa dengan rakan-rakannya.

Mati tidak akan menyesal,
luka tidak akan menyiuk

Maksud: Sudah bulat hati untuk melakukan sesuatu dan tidak
akan menyesal kemudiannya

Ayat contoh: Azmi telah bertekad untuk berhenti kerja supaya
dapat menjaga ibunya yang sedang sakit dan tidak akan
menyesal dengan keputusannya itu ibarat mati tidak akan
menyesal, luka tidak akan menyiuk

Memasukkan minyak tanah

Maksud: Menyalakan kemarahan orang supaya perselisihan
semakin hebat

Ayat contoh: Oleh sebab tidak menyukai menantunya, wanita
itu memasukkan minyak tanah dengan menabur fitnah
terhadap menantunyai itu apabila mengetahui bahawa anak dan
menantunya itu sedang bergaduh.

Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi
jerat tidak pernah lupakan pelanduk

Maksud: Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap
mengancam

Ayat contoh: Pemaju perumahan diingatkan agar berhati-hati
dan mematuhi peraturan yang digariskan jika mahu mambina
bangunan di lereng bukit kerana pelanduk selalu lupakan jerat
tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

Terkilat ikan di dalam air
sudah tahu jantan betinanya

Maksud: Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud
seseorang itu daripada gerak-gerinya

Ayat contoh: Melihat kepada keadaan kakak yang tersipu-sipu
malu apabila ditegur Kamal, ayah dapat mengagak bahawa
kakak menyukai Kamal ibarat terkilat ikan di dalam air sudah
tahu jantan betinanya.

Tiada beban batu digalas

Maksud: Mencampuri perkara orang lain dan beroleh kesusahan
sendiri
Ayat contoh: Fikri telah campur tangan dalam pertengkaran antara
Munir dan kumpulan samseng itu sehingga dia turut diancam oleh
kumpulan tersebut seperti tiada beban batu digalas.

Kayu lampung, belum ditolak
tumbang sendiri

Maksud: Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut
kehendak orang lain

Ayat contoh: Luqman yang kurang yakin untuk mempertahankan
pendapatnya hanyalah bersetuju dengan pendapat orang lain
umpama kayu lampung, belum ditolak tumbang sendiri.

Berkelahi dengan perigi akhirnya
mati dahaga

Maksud: Menentang orang yang berkuasa nanti kita juga yang
mendapat kesusahan

Ayat contoh: Nasib Raju yang telah diberhentikan kerja kerana
menentang arahan majikannya ibarat berkelahi dengan perigi
akhirnya mati dahaga.

Biar pecah di perut,
jangan pecah di mulut

Maksud: Menyimpan rahsia

Ayat contoh: Faiz dan Hafiz berjanji akan menyimpan rahsia
mereka dengan baik kerana biar pecah di perut, jangan pecah
di mulut.

Dinanti sampai kucing bertanduk
pun tak akan tiba

Maksud: Menanti perkara yang tidak mungkin berlaku

Ayat contoh: Amir sudah lima tahun menunggu pemberian bonus
daripada syarikatnya, namun memandangkan kewangan syarikat
yang semakin merosot dia merasakan bahawa bonus itu ibarat
dinanti sampai kucing bertanduk pun tak akan tiba.

Harimau tanpa gigi

Maksud: Orang tiada kuasa lagi
Ayat contoh: Pengarah yang digeruni itu sudah tidak lagi
dihiraukan oleh bekas pekerjanya sejak dia bersara ibarat
harimau tanpa gigi.

Jinak-jinak merpati

Maksud: Perempuan yang kelihatan mudah diperdaya tetapi
sebenarnya tidak
Ayat contoh: Siti ibarat jinak-jinak merpati kerana kelihatan
peramah dan mudah didekati namun tiada seorang pun jejaka yang
berjaya memikat hatinya.

Laut yang ditimba akan kering

Maksud: Harta yang banyak akan habis juga jika dibelanjakan
Ayat contoh: Walaupun Kasim kaya-raya tetapi hartnya akan
habis juga sekiranya isterinya boros berbelanja ibarat laut yang
ditimba akan kering juga akhirnya.

Menyapu sampah di bawah pokok

Maksud: Kerja yang tidak berkesudahan kerana perlu dilakukan
setiap hari
Ayat contoh: Tanggungjawab menasihati anak-anak perlu dipikul
oleh setiap ibu bapa laksana menyapu sampah di bawah pokok
meskipun sudah ada di antara anak mereka yang berumah tangga.

Naik seperti semut,
turun seperti ribut

Maksud: Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi
hendak jatuh mudah sekali

Ayat contoh: Perniagaannya itu mengambil masa sepuluh tahun
untuk maju tetapi jika dia bertindak cuai, tidak mustahil semuanya
akan hancur sekelip mata ibarat naik seperti semut, turun
seperti ribut.

Padi masak jagung mengupih

Maksud: Keuntungan yang diperoleh berlipat ganda
Ayat contoh: Zamani tidak menyangka bahawa produk terbarunya
akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna
ibarat padi masak jagung mengupih.

Punggur rebah belatuk
menumpang mati

Maksud: Jika orang yang menjadi pelindung jatuh, maka anak
buahnya turut merasai akibatnya

Ayat contoh: Serbuan polis yang dibuat pada malam itu bukan
sahaja menangkap pelumba haram bahkan para penonton turut
ditangkap umpama punggur rebah belatuk menumpang mati.

Sekali membuka pura,
dua tiga hutang berbayar

Maksud: Sekali melakukan pekerjaan, dua tiga tujuan tercapai

Ayat contoh: Pihak sekolah telah mengadakan dua majlis besar
pada hari yang sama iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Kantin
kerana kesuntukan masa ibarat sekali membuka pura, dua tiga
hutang berbayar.

Sekian,
terima kasih!


Click to View FlipBook Version