PENGENALAN Kentucky Fried Chicken (KFC) adalah sebuah rangkaian restoran makanan segera yang khusus dalam penjualan ayam goreng. Berasaskan di Louisville, Kentucky, syarikat KFC ini adalah merupakan restoran makanan segera yang kedua terbesar di dunia selepas McDonald’s dengan hamper 20,000 buah kedai. Syarikat ini adalah dibawah Yum!Brands, sebuah syarikat yang juga memiliki Pizza Hut, Taco Bell dan yang lain-lain. KFC telah diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, seorang usahawan Amerika yang mula menjual ayam gorengnya di Corbin, Kentucky sewaktu Amerika dilanda krisis ekonomi terbesar yang dikenali sebagai The Great Depression. Pada tahun 1952, Sanders telah membuka francais pertamanya di South Salt Lake, Utah. KFC telah memperkenalkan ayam goreng di dalam industri makanan segera yang pada waktu itu telah didominasikan oleh hamburger. Dengan ini, Sanders telah menjadi seorang tokoh yang terkenal di dalam sejarah Amerika dan imejnya digunakan dalam strategi pemasaran KFC sehingga ke hari ini secara besarbesaran. Namun begitu, perkembangan syarikatnya yang terlalu pesat telah menyebabkan Sanders menjual syarikat itu kepada sekumpulan pelabur yang diketuai oleh John Y. Brown Jr. dan Jack C. Massey pada tahun 1964. KFC pada awalnya hanya menjual ketulan ayam goreng yang diperap dengan resipi khas ciptaan Sanders yang mempunyai 11 jenis rempah ratus yang dirahsiakan. Ketulan- ketulan ini telah dijual didalam sebuah kotak kadbod yang dipanggil sebagai ‘bucket’, yang telah menjadi cap dagangan syarikat tersebut. Sejak tahun 1990, KFC telah mengembangkan menunya dengan memperkenalkan menu lain yang berasaskan ayam seperti sandwich fillet ayam, serta hidangan sampingan yang lain seperti kentang goreng dan salad kubis, hidangan pencuci mulut dan minuman ringan. KFC juga dikenali dengan beberapa slogannya iaitu “Finger Lickin Good”, “Nobody does chicken like KFC” dan juga “So Good”. Nama Perniagaan Kentucky Fried Chicken ( atau dikenali sebagai KFC) Bentuk Perniagaan Francais Alamat Perniagaan 1441 Gardiner Lan , Loisville Kentucky, United States (Ibu Pejabat) Delaware, United States (Perbadanan) Visi Mewujudkan suasana mesra pelanggan kepada pengunjung di restoran KFC melalui layanan dan perkhidmatan yang cekap Misi Memperkukuhkan lagi imej jenama KFC dengan strategi dan idea dari kemudahan restoran yang berkualiti mengikut perubahan keperluan dan cita rasa pelanggan Logo Perniagaan
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH SYARIKAT ▪ Struktur Organisasi Menurut Sabri Hj Hussin (2015) ,Struktur organisasi merupakan pembentukan struktur fungsian berdasarkan fungsi atau tugas yang dilakukan oleh bahagian tersebut seperti pemasaran , pengeluaran, kewangan personel, penyelidikan dan pembangunan dan logistik. Struktur organisasi yang diguna pakai oleh Syarikat KFC ialah struktur organisasi mengikut jabatan. Menurut Mokhhtar Pet (2016) dibahagikan mengikut fungsi-fungsi penting yang wujud dalam cawangan di dalam sesebuah organisasi merupakan lakaran untuk struktur organisasi mengikut jabatan bagi Syarikat KFC ialah :
▪ Kawalan Pengurusan Menurut Sabri Haji Hussin (2010) , cabaran kawalan pengurusan terdapat dua kaedah kawalan iaitu pendekatan pemencaran (decentralization) dan Pendekatan pemusatan(centralization).Pendekatan pemusatan (centralization) melibatkan segala aktiviti Anak syarikat dikawal oleh ibu pejabat. Pendekatan pemencaran (decentralization) pula berlaku apabila anak syarikat lebih bebas bertindak dan membuat keputusan berhubung pasaran. Kawalan pengurusan yang digunakan oleh syarikat KFC ialah kawalan pengurusan secara berpusat. Hal ini disebabkan oleh syarikat induk KFC yang akan mengeluarkan sesuatu produk produk baharu maka cawangan syarikat KFC di setiap negara khusunya di negara Malaysia akan mengeluarkan produk tersebut. Kawalan pengurusan secara berpusat menjadi cabaran kepada syarikat disebabkan pembuat keputusan oleh cawangan di luar negara mungkin bertentangan dengan visi dan misi syarikat induk dan menyukarkan proses kawalan ke atas perjalanan urusan cawangan di luar negara oleh syarikat induk. Misalnya,terdapat cawangan KFC di Malaysia yang tidak mengikuti standard peraturan syarikat induk KFC di Amerika Syarikat. Sebagai contoh, peraturan KFC syarikat induk mengatakan bahawa memberikan layanan yang baik terhadap pelanggan serta memberikan menu pesanan yang betul , namun terdapat segelintir pekerja yang gagal mematuhi arahan tersebut. Misalnya, pekerja KFC tersebut bertindak sesuka hati untuk menukar wedges atau coleslaw dengan kentang putar. Ianya terjadi apabila pelanggan menggunakan panel layan diri dan membayar menggunakan debit kad , malangnya apabila membawa pulang ke rumah hidangan yang dipilih tidak sama dengan yang dibungkus. Hal disebabkan syarikat induk KFC yang jauh, Maka seluruh cawangan KFC di Malaysia mengamalkan kawalan pengurusan tidak berpusat iaitu cawangan sendiri yang memutuskan keputusan dan hal ini menyebabkan terdapat beberapa cawangan yang membuat peraturan yang tidaak bersesuaian dengan peraturan standard syarikat induk KFC di Amerika Syarikat. Masalah ini berlaku disebabkan jarak syarikat induk KFC di Amerika Syarikat yang sejauh 15.075 km dari Malaysia menyebabkan syarikat kesulitan untuk mengawal cawangan KFC di Malaysia dan akhirnya terpaksa bergantung kepada pengurusan tempatan untuk mengawal syarikat. ▪ Politik Dan Perundangan Menurut Sumartono (2018), politik ditandai dengan kesedaran budaya politik yang sangat tinggi . Sistem politik mengandungi tiga aspek iaitu struktur (badan perundangan, eksekutif dan birokrasi) pemerintah (monarki/demokrasi, pembuat undang-undang dan pentadbir) dan dasar awam. Konsep Perundangan pula menurut Kamal Halali Hassan (1990), peraturan atau kaedah yang dibuat oleh sesuatu badan perundangan yang dikenakan ke atas rakyat dan dikuatkuasakan melalui badan penguatkuasaan. Dalam aspek cabaran ini, politik dan perundangan memberi pengaruh besar kepada syarikat KFC selaras termasuk cukai perkhidmatan yang dikenakan melalui (SST). Restoran KFC telah memaklumkan dan melakukan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan cukai jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6 peratus yang berkuatkuasa mulai Disember 2018. Keadaan ini merupakan cabaran apabila harga makanan segera KFC telah meningkat menyebabkan segelintir pelanggan mengulas tentang kenaikan harga menu KFC. BAgi Perundangan pula, pada waktu pandemik Covid-19 tahun 2020, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu undang-undang baru iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana semua individu tidak dibenarkan keluar rumah kecuali membeli barang keperluan. Disebakan undang-undang ini, KFC tidak dapat menjana keuntungan seperti biasa kerana tiada pelanggan yang dapat keluar rumah pada ketika itu.
▪ Ekonomi Menurut Haji Zahari Mohamad (2022) , ekonomi merujuk kepada aspek kuasa beli pengguna, kitaran ekonomi dunia, penawaran wang dan dan sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara. Secara langsung, syarikat multisional perlu mengambil kira tentang aspek ekonomi dalam negara untuk memperbaiki kemajuan perniagaan. Jika ekonomi negara Malaysia meleset maka pendapatan setiap pengguna akan jatuh. Keadaan ini akan menyebabkan perbelanjaan atau kuasa beli pengguna akan menurun.Khusunya terhadap pembelian makanan segera seperti produk makanan yang dikeluarkan oleh syarikat KFC. Dengan itu, aktiviti perniagaan Syarikat KFC akan jatuh. Sebaliknya, jika ekonomi negara Malaysia stabil aktiviti perniagaan Syarikat KFC akan turut berkembang kerana pendapatan pengguna tidak terjejas. Kesan kenaikan harga ayam tersebut menyebabkan KFC akan terjejas teruk kerana memerlukan lebih dua juta ayam segar sebulan. Bekalan untuk ayam KFC sahaja adalah 10 peratus daripada bekalan ayam mentah tempatan. Pelanggan juga tidak mampu menampung untuk membeli ayam KFC lagi daripada bekalan ayam mentah tempatan . Pelanggan juga tidak mampu menampung untuk membeli ayam KFC lagi diseabkan harga ayam KFC meningkat. ▪ Sosiobudaya Menurut Sabri Hj. Hussin (2010) sosiobudaya ialah kombinasi lebihd a r ip ad a d ua bu da ya ya ng ber la ina n. Sika p p ers eps i y an g d ik on gs i bersama oleh setiap individu dalam masyarakat sesebuah negara yang dapat mempengaruhi gelagat pembelian penduduk negara tersebut.Menurut Kateri na Boniface, sosiobudaya adalah amalan yang berupagaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai hidup untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan masyarakat itu. Sosiobudaya merupakan cabaran yang dialami oleh Syarikat KFC disebabkan masyarakat di Malaysia majoriti beragama islam. Keadaan ini menimbulkan keraguan tentang isu halal berikutan cara pemprosesan ayam dikilang KFC yang diragui. Syarikat KFC juga mengalami cabaran sosiobudaya apabila majoriti masyarakat Malaysia lebih menyukai dan menjadi kebiasaan ayam goreng apabila disajikan Bersama nasi yang telah menjadi ruji makanan kegemaran mereka. Pada ketika permulaan KFC beroperasi, mereka hanya menyediakan set ayam goreng original dan spicy sahaja. Keadaan ini menyebabkan masyarakat tidak terbiasa apabila hanya memakan ayam goreng sahaja.
RISIKO YANG DIHADAPI OLEH SYARIKAT ▪ Risiko ekonomi Syarikat multisional KFC merupakan syarikat besar yang beroperasi dengan cawangannya terdapat di beberapa buah negara. Semua cawangan dikawal oleh syarikat induk iaitu Amerika Syarikat. Sesebuah syarikat Multinasional KFC akan berhadapan dengan berbagai risiko seperti risiko ekonomi. Risiko ekonomi merujuk kepada perubahan dalam kitaran ekonomi disesebuah negara seperti kemelesetan ekonomi dan inflasi. Kemelesetan ekonomi ini akan menyebabkan permintaan berkurangan dan inflasi pula akan mengakibatkan harga keluaran dalam pasaran meningkat kerana kewujudan sebahagian permintaan yang tidak dapat dipenuhi yang akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Ini menyebabkan harga makanan semakin meningkat.Sesebuah Syarikat multisional seperti KFC yang beroperasi di Malaysia perlu peka terhadap sebarang perubahan dalam kitaran ekonomi yang berlaku tersebut kerana inflasi dan kemelesetan ekonomi akan menjejaskan keuntungan dan kebersaingan syarikat dalam pasaran. Sekiranya pendapatan penduduk negara Malaysia adalah tinggi, maka peluang perniagaan syarikat multisinal adalah lebih cerah kerana kuasa beli penduduk tinggi dan permintaan terhadap barangan akan meningkat. ▪ Risiko Politik Risiko politik merujuk kepada sebarang tindakan kerajaan Malaysia atau perkaraperkara yang berlaku yang mempunyai motif politik yang memberi kesan kepada syarikat KFC sama ada dari segi nilai mahupun kesan jangka Panjang seperti penurunan kadar keuntungan yang diperolehi syarikat. Sistem pemerintahan sesebuah negara yang berbeza juga menyebabkan syarikat mengalami kerugian. Untuk memastikan strategi antarabangsa yang berjaya, syarikat KFC perlu mengambil langkah-langkah untuk memahami risiko politik dan kesannya terhadap operasi dan hasil kewangan. Risiko politik juga berkait dengan dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan Malaysia iaitu wujud peraturan perdagangan yang ketat, syarikat yang pelbagai untuk menggunakan bahan mentah tempatan dan juga cukai korporat yang tinggi. Contohnya embargo kerajaan boleh melarang perdagangan dengan negara asing yang akan menhalang penjualan produk syarikat di pasaran negara itu. Kerajaan juga boleh melarang berlepas atau ketibaan kapal saudagar dan dari pelabuhannya, yang mungkin menghalang penghantaran barang syarikat kepada pelanggannya atau penerimaan bahan yang diperlukan oleh syarikat untuk mengeluarkan produk. Ketidakstabilan politik seperti rusuhan, pergolakan politik dalaman dan rampasan kuasa memungkinkan risiko nasinalisasi. Oleh itu, syarikat multisional perlu melihat kestabilan politik sesebuah negara sebelum melabur.
▪ Risiko Kredit Bagi sesebuah syarikat multinasional seperti KFC ada banyak risiko yang terpaksa mereka hadapinya seperti risiko kredit dimana ia merupakan risiko yang perlu dihadapi pengeksport apabila pengimport tidak membayar wang bagi barang yang diterima. Syarikat pengimport yang membuat pinjaman tidak mampu membayar balik pinjaman bersama faedah kepada bank tempatan. Ini terjadi kemungkinsn disebabkan muflis,kemelesatan ekonomi atau pergerakan politik. Situasi yang berlaku seperti kemelesatan ekonomi ini akan menybabkan sesebuah syarikat multinasional menghadapiu masalah untuk mendapatkan bayaran daripada sebuah syarikat pengimport yang beroperasi di negara yang mengalami kemelesetan ekonomi. Pengurusan yang berbeza antara kedua-dua negara juga boleh menyebabkan bayaran tidak dapat dijelaskan. Perkara ini boleh diatasi dengan negara pengeksport boleh menyediakan kaedah pembayaran yang berkesan seperti menyediakan surat kredit atau menyediakan wakil untuk terima bayaran. ▪ Risiko pemilikan negara Sesebuah syarikat multinasional seperti KFC di Malaysia adalah berisiko untuk berlakunya pengambil alihan sesebuah perniagaan oleh kerajaan tempatan yang memerintah iaitu negara Malaysia. Pemilikan negara ini dilakukan sama ada memberi sejumlah bayaran kepada pemilik perniagaan atau tidak memberi apa-apa bayaran langsung. Pemilik negara ini cenderung berlaku di negara yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis atau sistem perancangan pusat dan negara komunis contohnya negara China. Bagi menghindari berlakunya pemilikan negara ini syarikat KFC perlu membentuk suatu memorandum kerjasama yang perlu ditandatangani oleh kedua-dua negara yang berdagang sebagai jaminan. Jika pemilikan negara ini berlaku syarikat KFC akan hilang sebahgaian atau semua modal atau operasi. ▪ Risiko Penghantaran Balik Modal Dan Dividen Bagi sesebuah negara seperti Malaysia yang banyak menggunakan tenaga buruh iaitu pekerja asing miik sesebuah syarikat asing. Namun bagi syarikat KFC pula banyak menggunakan tenaga buruh tempatan berbanding pekerja asing. Jadi pelabur atau pekerja asing tersebut akan mengirimkan pendapatan ke negara asal, ini akan menyebabkan pengaliran wang atau modal keluar. Contohnya kerajaan sesebuah negara melaksanakan kawalan tukaran asing menyebabkan subsidiari syarikat multinasional menghadapi masalah untuk memindahkan keuntungan ke syarikat induk. Sekatan penghantaran balik modal dan dividen akan mengurangkan pelaburan iaitu apabila wang dan modal dibawa balik ke negara asal, maka syarikat tidak akan menggunakan wang itu untuk pelaburan seterusnya. Maka itulah sebab negara mengenakan sekatan penghantaran balik modal dan dividen ke negar asalnya.
▪ Risiko Pertukaran Wang Nilai matawang di setiap negara berbeza-beza. Sesebuah syarikat multinasional yang akan beroperasi di negara lain perlu mengkaji nilai matawang sesebuah negara Itu untuk melakukan pelaburan. Maka itu sesebuah syarikat multinasional akan menghadapi pelbagai risiko. Antara risikonya ialah risiko pertukaran mata wang. Kadar pertukaran matawang asing menggambarkan nilai mata tempatan berbanding dengan nilai mata wang asing. Para peramal yang meramal pergerakan pertukaran mata wang pada masa hadapan yang akan memberi kesan kepada perniagaan. Nilai kadar pertukaran sentiasa berubah-ubah menyebabkan kadar pertukaran asing tidak stabil. Kadar pertukaran yang berubah menyebabkan kerugian kepada pihak tertentu. Contohnya syarikat KFC akibat penurunan nilai mata wang ringgit menyebabkan KFC mengalami kerugian. Oleh itu syarikat multinasinal perlu meramal pergarakan mata wang asing untuk mengelakkan kesan kepada perniagaan.