The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-78211038, 2021-10-25 23:27:20

SIRI 7 BERSAMA SAIDATINA KHADIJAH

SIRI 7 BERSAMA SAIDATINA KHADIJAH

Siri 7

KULIAH
MUSLIMAT

SIRAH

usmismaperlis 1

REFRESH SIRI 6 2

BERSAMA BAPA SAUDARA
BERTEMU PENDETA
PERANG FAJAR

PERJANJIAN FUDHUL

usmismaperlis

BULAN JATUH KE RIBA

• Pada suatu malam Saidatina Khadijah r.a bermimpi
melihat bulan jatuh ke riba dan menerangi seluruh
rumahnya.

• Beliau bertemu dengan sepupunya Waraqah bin Naufal
yang merupakan pendeta yang mengetahui tentang
kitab.

• “Wahai Khadijah mimpi ini sangat besar, kamu akan
berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan nabi
akhir zaman.”

• “Siapa dia? Tunggu sekejap lelaki itu akan lalu di
hadapan rumah”

usmismaperlis 3

BERNIAGA DI SYAM

• Saidatina Khadijah telah mendengar tentang
kejujuran dan kemuliaan Muhammad saw.

• Kekayaan beliau menyamai kekayaan kafir
Quraisy.

• Ramai peniaga Quraisy meminjam wang daripada
beliau untuk memulakan perniagaan termasuk
Abu Talib.

• Dengan ditemani Maisarah Baginda saw
membawa dagangan ke Syam.

usmismaperlis 4

KEUNTUNGAN BERLIPAT GANDA

• Sepanjang perjalanan Nabi saw telah melayan Maisarah
dengan layanan yang sangat mesra, penuh kelembutan

dan kasih sayang.

• Maisarah sangat hairan kerana melihat awan sentiasa
melindungi Baginda saw.

• Cara Baginda saw melayani orang miskin, peniaga-
peniaga, pelanggan-pelanggan sangat menakjubkan

Maisarah.

• HASILNYA.. Mendapat keuntungan yang berlipat kali
ganda yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

• Keuntungan mengatasi para peniaga yang turut serta
dalam rombongan.

usmismaperlis 5

AJAIB

• Ketika berhenti rehat kebetulan rombongan

perniagaan tiba dekat gereja Buhaira yang ketika

Baginda saw pernah singgah bersama

rombongan Abu Talib.

• Buhaira telah meninggal dunia tetapi Rahib/Paderi

yang menggantikan beliau dapat melihat perkara

yang sama iaitu awan yang sentiasa memayungi

dan pokok tempat berteduh menggerakkan

dahan dan ranting-ranting menaungi Baginda

saw dari terkena pancaran matahari.

usmismaperlis 6

TERPAUT HATI

• Mendengar kisah-kisah ajaib dan cerita tentang
keperibadian Baginda saw yang sangat mulia telah
menyebabkan Saidatina Khadijah terpaut.

• Beliau telah menghantar wakil iaitu sahabatnya sendiri
Nafisah binti Munabbah untuk merisik dan menyatakan
hasrat hatinya.

• Saidatina Khadijah merupakan wanita bangsawan,
jutawan, jelitawan dan menjadi idaman di kalangan
bangsawan Quraisy.

• Ramai yang meminang tetapi ditolak selepas kematian
dua orang suaminya.

usmismaperlis 7

PERKAHWINAN DENGAN
SAIDATINA KHADIJAH

• Nabi saw meminta bapa-bapa saudaranya untuk
meminang Saidatina Khadijah r.a

• Abu Talib dan Hamzah telah bertemu bapa saudara
Saidatina Khadijah iaitu Amru bin Asad.

• Akad nikah dilangsungkan dengan diketuai oleh Abu
Talib, malah beliau yang menyampaikan khutbah
perkahwinan.

• Mas kahwin sebanyak 40 ekor unta paling baik bakanya.

• Seekor dianggarkan RM15,000.00 X 40 = RM 600,000.00

usmismaperlis 8

KHUTBAH PERKAHWINAN

• Ucapan Abu Talib;” Sesungguhnya Muhammad saw tiada
tandingan dalam kalangan pemuda Quraisy , melainkan dialah
yang paling menang dari segi keistimewaan dan kelebihan
keturunan, kelebihan akhlak dan akalnya, sekalipun sedikit
hartanya tetapi itu ibarat bayang yang hilang dan pinjaman
yang akan dipulangkan. Dia mahu memperisterikan Khadijah dan
Khadijah juga mahu kepadanya”

• Dijawab oleh walinya:” Dialah anak lelaki yang tidak disorong-
sorongkan hidungnya dan aku kahwinkan dia dengannya.”

• Perkahwinan yang berkat sehingga kewafatan Saidatina
Khadijah r.a.

usmismaperlis 9

DAKYAH ORIENTALIS

• Perkahwinan dengan Saidatina Khadijah r.a dengan
sendiri telah menolak dakyah yang mengatakan
berpoligami kerana nafsu.

• Buktinya adalah Nabi saw berkahwin dengan Saidatina
Khadijah dengan perbezaan umur yang agak banyak.

• Sepanjang perkahwinan Nabi saw tidak berpoligami.
Sedangkan masyarakat Quraisy ketika itu memang
mengamalkan poligami.

• Selepas kewafatan Saidatina Khadijah barulah Nabi saw
berkahwin lain itu pun setiap perkahwinan ada
hikmahnya yang tersendiri.

usmismaperlis 10

SEBELUM BERKAHWIN DENGAN
RASULULLAH SAW

• Saidatina Khadijah merupakan anak kepada Khuwaylid
ibn Asad dan Fatimah binti Za'idah dan termasuk dalam
suku Banu Hashim.

• Sebelum berkahwin dengan Baginda SAW, beliau pernah
menjadi isteri kepada :

• 1. Atiq bin Abid dan mendapat 2 orang anak iaitu
Abdullah dan Jariyah

• 2. Abi Halah bin Malik dan dikurniakan dua anak iaitu
Hindun dan Zainab.

usmismaperlis 11

MALAIKAT ATAU JIN

• Rasulullah SAW juga menganggap Saidatina Khadijah
seperti ibu selain daripada isteri oleh kerana sifat beliau
yang penyayang .

• Rasulullah saw pernah setelah mendapat wahyu , keliru
sama ada Malaikat Jibril AS itu jin atau malaikat lalu
Saidatina Khadijah berkata “jika engkau ingin tahu Jibril
itu malaikat atau jin beritahu aku apabila dia datang
nanti”

• Rasulullah saw pun setuju lalu ketika Jibril datang ,
Rasulullah saw memanggil Khadijah “Khadijah, Jibril telah
datang” seperti anak kecil memanggil ibunya .

usmismaperlis 12

SAMBUT MALAIKAT

• Saidatina Khadijah membalas “ayuh kita sambut
kedatangannya sini, duduklah di atas peha kiriku ya Rasulullah
saw“ Rasulullah saw duduk di atas peha kiri Saidatina Khadijah
“Jibril masih ada?” “Ada” jawab Rasulullah saw kemudian
Khadijah berkata “cuba pindah ke peha kanan ya Rasulullah”
lalu Rasulullah saw pun duduk di peha kanan dipeluk oleh
Saidatina Khadijah .

• “Masih nampak lagi?” “Iya , Khadijah” lalu Khadijah berkata
lagi “cuba pindah ke belakangku” lalu Rasulullah saw pindah ke
belakang memeluk Saidatina Khadijah dari belakang “Ya
Rasulullah, masih nampak lagi?” “iya masih nampak”

•.

usmismaperlis 13

UJI MALAIKAT

• Lalu , Saidatina Khadijah berpura-pura membuka
tudungnya dan ketika itu, Saidatina Khadijah bertanya
lagi “masih ada ya Rasulullah?”

• Rasulullah saw menjawab “Tidak, Jibril telah pergi” “Kalau
begitu benarlah Jibril itu malaikat bukan jin” kata
Saidatina Khadijah . “Kenapa ya Khadijah ?” tanya
Rasulullah saw ingin tahu “Kerana malaikat tidak suka
melihat aurat”

usmismaperlis 14

KHILAF TENTANG UMUR

• Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan
Saidatina Khadijah, umur Saidatina Khadijah berusia 40
tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur
25 tahun.

• Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang
tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia
yang sebaya.

• Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai
suami isteri selama 25 tahun.

usmismaperlis 15

ANAK-ANAK BERSAMA SAIDATINA KHADIJAH

• Al-Qasim , Abdullah, Zainab , Ruqayyah, Ummu Kaltsum
dan Fatimah

• Diriwayatkan bahawa anak perempuan Nabi
Muhammad SAW iaitu Fatimah az-Zahra telah berkahwin
dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

• Zainab berkahwin dengan sepupunya (anak saudara
Khadijah) Abu al-'As ibn ar-Rabi'.

• Manakala Ruqayyah berkahwin dengan Saidina Uthman
bin Affan. Selepas kematian Ruqayyah, Uthman
mengahwini pula Ummu Kalthum.

usmismaperlis 16

ANAK-ANAK LELAKI

• Manakala Ibrahim bin Muhammad pula adalah hasil
perkongsian hidup antara Nabi Muhammad SAW dengan
seorang hamba perempuan yang bernama Mariah Al-
Qibtiyyah.

• Hamba ini dihadiahkan kepada Nabi SAW oleh
Muqawqis(Pemerintah Mesir).

• Ketiga-tiga anak lelaki Rasullullah SAW telah meninggal
dunia sejak kecil lagi.

usmismaperlis 17

ISTERI-ISTERI BAGINDA SAW

• 2 – Saudah binti Zam’ah

• Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah.

Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi.
Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak

Rasulullah dengan Khadijah.

• 3 – Aisyah binti Abu Bakar

• Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara.
Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi

hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun

ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam

pengetahuan agamanya.

usmismaperlis 18

• 4 – Hafsah binti Umar
• Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya,

Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid
dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin
dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

• 5 – Zainab binti Khuzaimah
• Rasulullah SAW menikahinya demi memuliakan suaminya

yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika
berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin
(ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan
kelembutannya terhadap mereka.

usmismaperlis 19

6 – Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah
Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi
bagi memecah tembok permusuhan dengan
Qabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan
memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama
hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

7 – Zainab binti Jahsy
Seorang yang sangat kuat beribadah, paling
banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin.
Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi.
Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah
langsung daripada Allah.

usmismaperlis 20

8 – Juwairiyah binti Al-Harith
Tawanan perang Bani Mustalaq yang
dibebaskan oleh Rasulullah saw dan
kemudian dinikahi Baginda saw. Berusia 21
tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak
berpuasa dan beribadat.

9 – Safiyyah binti Huyai
Pembebasan daripada tawanan perang.
Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika
berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah
lembut dan bersikap benar.

usmismaperlis 21

10 – Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan
Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi
bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan.
Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan
suaminya meninggal di sana. Nabi meminang
beliau menerusi raja Najasyi.

11 – Maimunah binti Al-Harith
Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi
bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan
bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

. usmismaperlis 22

•12 – Mariah binti Syam’un
Hadiah daripada Raja
Muqawqis. Satu-satunya
isteri yang mempunyai
zuriat selepas Siti Khadijah
r.a

usmismaperlis 23

BANJIR

• Kaabah yang telah didirikan telah rosak teruk
akibat dilanda banjir.

• Pada mulanya kalangan Quraisy tidak berani
untuk meruntuhkan Kaabah.

• Mereka masih ingat tentang peristiwa burung
Ababil menghujani batu sehingga menyebabkan
tentera bergajah Abrahah mati bergelimpangan.

• Al Walid pemuka Quraisy (bapa Khalid Bin Al
Walid) memberanikan diri memulakannya.

usmismaperlis 24

DIA ‘AL AMIN’

• Mereka mengambil keputusan untuk melantik seorang hakim
bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

• Mereka bersetuju orang yang pertama masuk ke masjid akan
menjadi hakim.

• Dengan takdir Allah swt Baginda saw merupakan orang yang
ditunggu-tunggu dengan sepakat mereka berkata:” Ini dia Al
Amin yang kami redha dengan hukumannya. Ini dia
Muhammad”

• Dengan kebijaksanaan Baginda saw membentangkan kain
sebagai hamparan dan setiap qabilah memegang
penjurunya. Nabi saw meletakkan Hajar Aswad ditempatnya.

usmismaperlis 26

KAABAH ADALAH SYIAR ISLAM
Surah Al-Baqarah, Ayat 125:

• ‫َو َِإو ْذ َع ِهَج ْدعَنَْلانَا ِإلَا ْٰلىبَ ْيإِ ْب َتَرا َم ِهثَايبََمةً َوِل ِإلنَّ ْاس َمِاس ِع َيوأََل ْمنًأَان َوا َتطَّ ِِهخ َذُراوابَ ْي ِتِم ََن ِل َّملقَاَّط ِامِِ ِِإِ ْبي ََرنا َِهويا ْلَمعَاُم ِِ ِِيَصل َنى‬
•‫َوال ُّر َِّعِ ال ُّس ُجو ِد‬

• Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat
tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman;
dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan

Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman):
"Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara

yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang
beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan
sujud".

usmismaperlis 27

SEKIAN 28

JUMPA LAGI SIRI KE 8
FAJAR ISLAM

usmismaperlis


Click to View FlipBook Version