The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-78211038, 2021-11-03 10:40:53

ISU ARAK TIMAH

ISU ARAK TIMAH

MTPERLIS 1

ISU ARAK “TIMAH”
SENJATA MAKAN TUAN

DILULUSKAN ZAMAN
PEMERINTAHAN PH TAHUN 2019

MTPERLIS 2

GESAAN MUFTI PULAU PINANG

• Pada Isnin (18 okt), wan salim menerusi satu
kenyataan berkata pihaknya amat kesal
dengan sebuah iklan tular di media sosial
beberapa hari lalu, yang menyatakan sejenis
wiski buatan malaysia diberi nama 'timah'
berserta paparan wajah seorang lelaki
berjanggut dan memakai kopiah pada botol
minuman tersebut.

MTPERLIS 3

TUKAR NAMA DAN GAMBAR

• Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama) Idris Ahmad bersetuju
dengan gesaan Mufti Pulau Pinang Wan
Salim Wan Mohd Noor supaya sebuah
syarikat pengeluar minuman beralkohol
tempatan segera menukar jenama
‘Timah’ berserta gambar yang digunakan.

MTPERLIS 4

BIMBANG

• “Soal arak ini untuk orang bukan Islam bagi
agama dia nak minum itu soal dia tetapi
bagi orang Islam, merupakan satu perkara
(arak) yang tidak boleh kita minum.

• “Apa maksud dia letak nama itu? Adakah
untuk wujud normalisasi baharu, yang ini kita
bimbang,”

MTPERLIS 5

MINTA TEMPOH

•Pengeluar arak jenama 'TIMAH',
Winepark Corporation (M) Sdn Bhd
memohon tempoh seminggu untuk
berbincang dengan pemegang
saham dan lembaga pengarah bagi
menukar nama dan imej pada label
produk keluaran syarikat.

MTPERLIS 6

PERBINCANGAN

• Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata
perkara itu adalah antara keputusan yang dicapai dalam
pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan
semalam.

• Beliau berkata, pertemuan itu yang dipengerusikannya disertai
Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris
Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah
Mohamed Sadique, selain Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk
Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA), Abdul Wahid
Abu Salim dan Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek
Malaysia (MyIPO), Abdul Haris Lakar.

MTPERLIS 7

YADIM BANTAH

• YADIM berpandangan, penggunaan jenama arak dengan
perkataan berbahasa Melayu seperti 'Timah' itu sendiri satu
strategi penjenamaan yang bersifat provokatif terhadap
masyarakat majoriti Melayu Muslim di Malaysia, meskipun
syarikat pengeluar telah menjelaskan bahawa perkataan itu
tidak merujuk kepada nama wanita, sebaliknya terjemahan
Bahasa Melayu kepada perkataan 'Tin'.

• YADIM juga menganggap, tindakan syarikat berkenaan yang
melancarkan jenama arak itu secara rasmi pada 7 Oktober
yang lalu ketika umat Islam akan menyambut peristiwa
kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW juga satu
tindakan provokatif.

MTPERLIS 8

TIDAK WAJAR

• "Meskipun ada sebahagian agama membenarkan arak,
tidak sewajarnya dipromosi secara terbuka dan meluas
kepada seluruh masyarakat yang majoritinya adalah
dalam kalangan Muslim.

• "Mereka boleh menghasilkan dan mengedar arak secara
terhad kepada golongan yang dibenarkan dengan
pilihan jenama lain yang banyak di pasaran tanpa
menyentuh sensitiviti umat Islam," katanya.

MTPERLIS 9

CAP

• Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan
supaya segera mengharamkan penjualan jenama arak Timah
keluaran Malaysia di pasaran negara ini.

• Malah, iklan dan promosi arak berkenaan dianggap biadap
berikutan penampilan imej lelaki berkopiah dengan janggut
panjang, seolah-olah memaparkan individu berimej agama.

• Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, berkata CAP kesal
mengenai jabatan yang memberi kebenaran penjualan arak
berkenaan di pasaran tempatan.

MTPERLIS 10

MTPERLIS 11

MTPERLIS 12

CONTOH ARAK

MTPERLIS 13

PEMBUKAAN RASMI

MTPERLIS 14

SEDIH

MTPERLIS 15

KE PARLIMEN

• Hasrat Kementerian Wilayah Persekutuan untuk
mengehadkan penjualan arak di kedai runcit, kedai
serbaneka dan kedai ubat Cina di ibu negara menjadi
hangat di Dewan Rakyat hari ini.

• Ketika sesi pertanyaan menteri, Teresa Kok (PH-Seputeh)
menganggap tindakan tersebut adalah tidak adil
kepada pengusaha kedai bukan Islam di Kuala Lumpur.

MTPERLIS 16

TERRESA KOK

• “Yang bertanya soalan ini adalah Yang Berhormat Dungun
(Wan Hassan Mohd Ramli), tetapi, Kuala Lumpur merupakan

ibu negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk
dan bukannya masyarakat konservatif seperti di Dungun.
Selama ini, tiada masalah bagi kedai di Kuala Lumpur untuk
menjual arak kerana ini produk mereka.

• “Jadi, cadangan garis panduan melarang penjualan arak ini
memang tidak adil kerana ada kedai ubat Cina yang menjual
produk mengandungi alkohol dan dijual untuk kesihatan, oleh

itu, larangan ini sebenarnya mengecewakan pengusaha
kedai runcit dan kedai ubat Cina

MTPERLIS 17

SHAHIDAN KASSIM

• Menteri Wilayah, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim bangkit
meredakan kehangatan isu tersebut.

• “Saya ada buat perjumpaan, tapi, belum habis lagi, itu
sebab saya tangguhkan penguatkuasaan hingga 31
Oktober ini, sebab kita bukan sahaja kena fikir pasal
orang nak jual sahaja, tapi kena fikir orang yang nak beli.
Ini kerajaan Keluarga Malaysia, kita menghormati orang
Islam dan bukan Islam, kalau melihat kepada jumlah lesen
yang diluluskan untuk bukan Islam, saya ingat mencukupi.

MTPERLIS 18

KEDAI KHUSUS

• Tetapi jual arak secara bebas di merata tempat, ini tidak wajar
kerana dia melibatkan anak muda yang boleh membeli
minuman arak dan juga minuman yang tidak dibenarkan oleh
Kementerian Kesihatan, berlegar dan di jual di mana-mana.

• “Jadi kita terpaksa perkenalkan undang-undang menyekat
daripada kemudahdapatan supaya orang Islam dan bukan
Islam tidak boleh menyediakan atau menghidang minuman
keras di mana-mana pun tapi orang bukan Islam boleh jual di
tempat yang dibenarkan seperti hotel, pub, bar, dan kedai
runcit yang khusus untuk jualan arak,” katanya.

MTPERLIS 19

COKLAT DAIM

• "Jika 'nama' senang mudah disalah tafsir, adakah kita
akan tukar nama coklat DAIM? Dutchlady? Banyak

contoh lain" - Syed Saddiq harap perkara itu dijelaskan
supaya tidak timbul isu akibat salah faham.
• - YB Muar @SyedSaddiq
• #AWANInews
• #SisiTVParlimen
• #DewanRakyat

MTPERLIS 20


Click to View FlipBook Version