The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-78211038, 2021-04-23 12:28:55

E-BOOK ( KELEBIHAN BERSELAWAT)

E-BOOK ( KELEBIHAN BERSELAWAT)

42
KELEBIHAN
BERSELAWAT

Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad

NORHASLINA BINTI KAMAL

42 Kelebihan Berselawat

Daripada kitab

As Safinah Al Qadiriyah Li Asy Syaikh ‘Abd Qadir Al
Jailani Al Hasani

Hadis- hadis berkaitan kelebihan berselawat dan
kisah tauladan

Daripada kitab

40 Saripati Hadis dan aplikasi ‘camp selawat’

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 4

PENGHARGAAN 6

BIODATA 7

BAB 1 8

Kelebihan berselawat

BAB 2 16

Hadis berkaitan selawat

BAB 3 25

Cerita tauladan

PENUTUP 30

PENDAHULUAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Segala puji hanya milik Allah yang maha Tunggal lagi Maha Esa, Yang
Unggul dan tempat pergantungan sekelian hamba, Yang tidak
mempunyai anak dan tidak diperanakkan serta tidak ada sesiapapun
yang setara dan sebanding denganNya. Diri ini ( alfaqirah) memuji Allah
dan memuja Allah Taa’la serta mensyukuriNya.
Aku redha Allah itu Tuhannku, islam agamaku dan Nabi Muhammad
Sollallahu a’laihi wassalam adalah rasulku. Dengan berkat Baginda Nabi
Sollallahu a’laihi wassalam, alfaqirah diberi keizinan oleh Allah untuk
menghasilkan satu E-Book yang mana di dalamnya terkandung akan
kelebihan- kelebihan berselawat kepada baginda Nabi Sollallahu a’laihi
wassalam disamping itu juga dimuatkan serba sedikit hadis berkaitan
dengannya.
Semoga Allah Taa’la menerimanya dengan penerimaan yang baik,
dihilangkan daripada kita segala kesusahan, kegelisahan dan kesedihan
dengan kurniaan serta kemurahanNya. Sesungguhnya Dia memiliki
kurniaan yang agung dan sifat pemurah yang luas serta menyeluruh. Dia
tidak pernah menolak sesiapa yang meminta kepadaNya, tidak pernah
mengecewakan sesiapa yang mengharapkanNya

Terutamanya apabila kita memohon kepadaNya dengan perantaraan
syafaat sebaik-baik dan semulia-mulia makhlukNya iaitu Sayyiduna
Rasulullah Sollallahu a’laihi wassalam. Dalam keadaan memohon
kepadaNya Subhanahu wataa’la agar meralisasikan harapan kita,
menerima permintaan kita, menghapusksn dosa-dosa kita dan
menampung segala kesedihan kita, sesungguhnya Dia Maha Dekat lagi
Maha Memperkenankan permintaan sesiapa yang meminta
kepadaNya. Aamiin….

Alfaqirah Ummu Adam@ Norhaslina binti Kamal

PENGHARGAAN

Alhamdulillah thumma Alhamdulilhah,
Dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya Allah serta dengan
keberkatan Junjungan besar Baginda Nabi Sollallahu a’laihi wassalam,
dapat saya menuliskan E-Book ini dengan taufiq yang diberikan oleh
Allah Subhanahu wataa’la. Dikesempatan ini juga, saya ingin ucapkan
Jazakumullahu khairan kathiro kepada Puan Sara Masyitoh ( Mudirah
APSA), seterusnya al Mua’llimah, alfadhilatul Ustazah Mismawarty,
Ustazah Rokiah, Ustazah Nadia, Ustazah Nadiyah Hashim, Ustazah
Wahibah, Puan Atikah, Puan Nadia dan lain- lain yang mana tidak dapat
untuk saya senaraikan kesemuanya di dalam ini. Walaubagaimanapun
ianya tidak mengurangi sedikitpun rasa hormat saya kepada mua’llimah-
mua’llimah yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan semangat
sepanjang saya belajar di APSA. Tidak lupa juga kepada guru- guru saya
yang lain yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan membawa
saya kepada jalan untuk mengenali Allah Subhanahu wataa’la dan
RasulNya. Seterusnya terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-
sahabat seperjuangan di dalam APSA yang telah banyak berkongsi suka
dan duka, bertukar-tukar buah fikiran serta saling menasihati dan
memberikan kata-kata semangat. Dengan itu terhasillah E-Book ini, in
shaa ALLAH. Semoga Allah merahmati kita semua. Aamiin…

BIODATA

Nama diberi Norhaslina binti Kamal. Nama kunyah ummu
Adam. Dilahirkan pada 30/3/1981 di negeri Perak.
Sekarang menetap di Perlis. Mempunyai lima orang cahaya
mata. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah
kebangsaan Felda Besout 5, Sekolah Menengah
Kebangsaan Felda Besout, Sekolah Agama Bidor, Perak.
Kemudian alfaqirah bertalaqqi kitab- kitab dengan tuan
guru- tuan guru pondok. Diantaranya TG Baba Khairul Anuar,
Ustaz Ahmad Yusri Abni Hajar, TG Ustaz Yussaini bin Yahya,
TG Syeikh Nazrul Nasir, TG Syeikh Zainul Asri, Hubabah
Sofia Al-Habsyi dan lain-lain. Seterusnya alfaqirah sedang
menghabiskan semester yang berbaki di Akademi
Pengajian Saidatina ‘Aisyah (APSA) di dalam jurusan
Diploma Eksekutif Naqibat. In Syaa ALLAH.

BAB 1

KELEBIHAN
BERSELAWAT

 Berselawat umtuk Nabi Sollallahu a’laihi wassalam
beerti melaksanakan perintah Allah Subhanahu
wataa’la.

 Berselawat untuk Nabi Sollallahu a’laihi wassalam
beerti meniru Allah Subhanahu wataa’la yang
berselawat kepada Nabi.

 Berselawat untuk Nabi Sollallahu a’laihi wasssalam
beerti meniru malaikat- malaikatNya yang berselawat
kepada Nabi.

 Mendapat balasan sepuluh kali ganda dari Allah
Subhanahu wataa’la untuk diri kita pada setiap
selawat yang kita ucapkan.

 Memperbanyak bacaan selawat atas Nabi Sollallahu
a’laihi wasslam menjadikan dirinya satu tingkatan
dengan darjat seorang syeikh murobbi ( guru spiritual).

 Allah Subhanahu wataa’la akan mengangkat
darjat orang yang membaca
selawat dengan 10 tingkat lebih tinggi.

 Mendapat 10 catatan kebaikan.

 Allah Subhanahu wataa’la menghapuskan 10
dosa keburukan.

 Berpeluang besar doanya akan dikabulkan oleh
Allah Subhanahu wataa’la.

 Selawat adalah syarat utama untuk mendapatkan
syafaat dari Rasulullah Sollallahu a’laihi
wassalam/

 Selawat adalah syarat untuk mendapat ampunan
Allah dan akan ditutup segala aib.

 Selawat adalah syarat untuk memperoleh
perlindungan dari segala hal yang ditakutinya.

 Selawat adalah syarat seseorang dapat dekat kepada
Rasulullah Sollallahu a.laihi wassalam.

 Nilai selawat sama dengan nilai sedekah.
 selawat adalah alasan bagi Allah dan para malaikat

untuk membacakan selawat balasan.
 Selawat adalah syarat kesucian jiwa dan raga bagi

pembacanya.
 Terpenuhinya segala keinginan
 Selawat adalah alasan bagi seseorang mendapat

khabar baik bahawa dirinya kelak akan memperoleh
syurga.
 Selawat adalah buah yang paling manis dan faedah
paling utama yang apat didatangkan dari pembacaan
selawat atas Nabi adalah melekatnya gambaran
seorang Nabi yang mulia di dalam jiwa pembacanya.

 Selawat adalah alasan bagi Rasulullah Sollallahu a’laihi
wassalam untuk mengucapkan selawat balasan.

 Selawat dapat membuat pembacanya teringat akan
semua hal yang dilupakannya.

 Selawat dapat membuat harumnya sebuah majlis
pertemuan dan orang-orang yang hadir tidak mendapat
kerugian di hari kiamat kelak.

 Selawat dapat menghilangkan kemiskinan dan kefakiran
bagi pembacanya.

 Selawat dapat menghapus julukan orang kikir ketika
selawat dibacakan

 Selawat menjadi penyelamat dari doa ancaman
Rasulullah Sollallahu a’laihi wassalam bagi orang yang
tidak memnaca selawat ketika nama baginda disebutkan.

Selawat akan mengiringi perjalanan pembacanya kelak
di atas jambatan menuju syurga dan akan menjauh dari
orang yang tidak membacanya.

Selawat akan menghilangka keburukan- keburukan di
suatu majlis pertemuan yang tidak dimulai dengan
menyebut nama Allah dan RasulNya.

Selawat adlah penyempurna pahala dari sebuah
percakapan yang dimulai dengan menyebut nama Allah
dan dengan membaca selawat kepada RasulNya.

Selawat adalah faktor yang dapat menyelamatkan
seorang hamba ketika berada di atas jambatan menuju
Syuga.

Selawat menghapus status sebagai pembenci selawat.
Selawat adalah alasan bagi Allah untuk mengumumkan

pujian baikNya kepada pembaca selawat tersebut
dihadapan semua makhluk baik dibumi mahupun di
langit.

 Selawat dapat melahirkan dan menebalkan rasa cinta
kepada Rasulullah Sollallahu a’laihi wassalam dimana
cinta ini merupakan simbol keimanan. Dan, keimanan
seseorang belum sempurna tanpa adanya cinta kepada
Nabi.

 Selawat adalah syarat agar nama pembacanya disebut-
sebut dihadapan Rasullullah sollallahu a’laihi wasslam.

 Selawat mendatangkan hidayah dan menghidupkan hati
yang telah mati.

 Selawat dapat memikat hati Rasulullah Sollallahu a’laihi
wassalam agar mencintai dirinya.

 Selawat dapat memantapkan iman dan islam serta
dengan membacanya sama dengan memberi hak yang
layak diterima oleh Rasulullah Sollallahu a’laihi wassalam.

 Selawat merupakan bentuk syukur kita atas segala
nikmat dari Allah Subhanahu wataa’la.

 Bacaan selawat mengandungi zikir, syukur dan
pengakuan atas nikmat Allah Subhanahu wataa’la.

 Selawat yang dibaca seorang hamba adlah bentuk
doa dan permohonan kepada Allah, terkadang doa
itu dipersembahkan kepada Nabi Sollallahu a’laihi
wassalam dan tidak jarang pula untuk dirinya sendiri,
kerana selawat dapat mendatangkan tambahan
pahala.

 Selawat dapat mendatangkan berkah.
 Selawat dapat mendatangkan rahmat Allah
 Selawat adalah faktor memperoleh keselamatan di

hari kiamat.

BAB 2
HADIS BERKAITAN

SELAWAT

HADIS 1
MAKNANYA; Sabda Rasulullahi Sollallahu a’laihi wassalam,
“ Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat
sebanyak empat puluh kali nescaya ALLAH akan
menghapuskan dosa-dosanya kesemuanya.”

HADIS 2
MAKNANYA; Sabda Rasulullahi Sollallahu a’laihi wassalam,”
Tidaklah terdapat apa-apa dari satu doa itu melainkan di
antaranya dan juga langit itu satu penghalang sehinggalah
dia berselawat ke atasku, maka apabila berselawat ke
atasku akan terbuka penghalang tersebut dan akan
diangkat doa tersebut.”

HADIS 3
MAKNANYA; Sabda Rasulullahi Sollallahu a’laihi wassalam,
“ Barang siapa yang berselawat ke atasku di dalam satu
hari sebanyak seratus kali, nescaya Allah akan menerima
buatnya seratus hajat iaitu tujuh puluh daripadanya untuk
akhiratnya dan tiga puluh yang bakinya untuk dunianya.”

HADIS 4
MAKNANYA; Sabda Rasulullahi Sollallahu a’laihi wassalam ,
“ Barang siapa yang berselawat ke atasku satu selawat
nescaya ALLAH dan para malaikatNya akan berselawat ke
atasnya dua puluh kali dan dia tidak akan mati sehinggalah
dia disampaikan khabar gembira dengan balasan syurga.”

HADIS 5
MAKNANYA; Sabda Rasulullahi Sollallahu a’laihi wassalam,
“ Selawat kamu semua ke atasku akan memadamkan dosa-
dosa kamu.”

Diberikan perumpamaan berselawat ke atas baginda Nabi
Muhammad Sollallahu a’laihi wassalam dapat memadam
dosa-dosa adalah sepertimana air yang dijirus ke atas api
yang menyala, api itu akan terpadam.

HADIS 6
MAKNANYA; Sabda Rasulullahi Sollallahu a’laihi wassalam,
“ Sesungguhnya orang yang paling berhak untuk bersamaku
pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling banyak
berselawat ke atasku.”

Ini adalah disebabkan banyaknya selawat, menunjukkan
sebenar- benar kasih sayang seseorang terhadap
Rasulullahi sollallahu a’laihi wassalam di dalam hadisnya
yang bermaksud “ Seseorang itu akan bersama dengan
orang yang dia kasihi di akhirat kelak.”

HADIS 7
MAKNANYA; Sabda Rasulullahi Sollallahu a’laihi wassalam,
“ Barang siapa yang lupa untuk untuk berselawat ke atasku,
maka dia telahpun salah jalan untuk menuju ke Syurga.”

Yang dimaksudkan dengan terlupa itu adalah meninggalkan
selawat dengan sengaja. Apa yang dapat difahami dari
hadis tersebut, orang yang sengaja meninggalkan selawat
ke atas Nabi Sollallahu a’laihi wassalam, dia telah tersilap
jalan untuk menuju ke syurga, maka orang yang berselawat
ke atas Nabi Sollallahu a’laihi wassalam, dia telah pun
berjalan di jalan yang betul untuk menuju ke Syurga ALLAH.

HADIS 8
MAKNANYA; Sabda Rasulullahi Sollallahu a’laihi wassalam,
“Barang siapa yang berselawat ke atasku satu selawat
nescaya ALLAH akan berselawat ke atasnya sepuluh kali
selawat, dan barang siapa yang berselawat ke atasku
sepuluh kali nescaya ALLAH akan berselawat keatasnya
seratus kali, dan barang siapa yang berselawat ke atasku
seratus kali nescaya ALLAH akan berselawat ke atasnya
seribu kali selawat, dan barang siapa yang berselawat ke
atasku sebanyak seribu kali nescaya dia tidak akan
disentuh api neraka.”

HADIS 9
MAKNANYA; Sabda Rasulullahi Sollallahu a’laihi wassalam,
“ Barang siapa yang berselawat ke atasku sebanyak seribu
kali, dia tidak akan mati sehinggalah dia akan mendapat
berita gembira dengan syurga.”

Berita gembira yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut
ialah ALLAH akan mengabarkan kepadanya akan
dimasukkan ke dalam syurga sebelum dia meninggal dunia.

HADIS 10
MAKNANYA; Sabda Rasulullahi Sollallahu a’laihi wassalam,
“ Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya
ALLAH akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.

BAB 3
CERITA TAULADAN

KISAH SATU

Kata seorang ahli sufi; “ sesunggunya aku mempunyai seorang jiran
yang tidak pernah aku melihatnya melainkan dia dalam keadaan mabuk,
aku telahpun memberi nasihat kepadanya tetapi dia tidak menerima
nasihat aku itu. Aku juga pernah menyuruhnya untuk bertaubat tetapi
dia tidak melakukannya. Apabila dia telah meninggal dunia aku telah
melihatnya di dalam tidurku dia berada di satu tempat yang sangat
tinggi dan dia memakai satu pakaian yang sangat cantik dari pakaian
ahli syurga, pakaian yang megah. Lalu aku bertanya kepadanya,”
Bagaimana kamu memperolehi martabat yang setimggi ini?” Lalu dia
menjawab,” Pada suatu hari aku telah hadir di dalam satu majlis zikir, aku
mendengar seorang a’lim menyebut barang siapa yang berselawat ke
atas Nabi Sollallahu a’laihi wassalam dan dia meninggikan suaranya
nescaya akan diwajibkan kepadanya tempat di dalam syurga, lalu orang
a’lim itu meninggikan suaranya dengan berselawat dan aku juga
meninggikan suara. Maka ALLAH telah pun mengampunkan kepada
kami dosa-dosa kami pada hari tersebut. Dan dengan habuan yang
tersebut itulah aku memperoleh pengampunan serta rahmat dari
ALLAH Subhanahu wataa’la.”

KISAH DUA

Ada sebuah kish yang dialami oleh al-Imam Sufyan ats- Tsauri,
beliau mendapati ada seseorang ketika tawaf hanya melafazkan
kalimah selawat terus menerus dengan meninggalkan bacaan dan
doa lainnya. Lantas beliau bertanya kepada orang itu, yang
kemudian di jawab oleh orang tersebut dengan menceritakan sebab
dia melakukan itu.

Ketika al Imam Sufyan ats-Tsauri sedang tawaf menegelilingi
kaabah, dia melihat seseorang yang setiap kali ia mengangkat
kakinya saat melangkah sentiasa membaca selawat atas Nabi
Muhammad Sollallahu a’laihi wassalam.

Kerana berasa pelik, beliau menyempatkan diri untuk bertanya:
“ Sejak awal engkau telah meninggalkan bacaan tasbih dan tahlil
lalu menggantinya dengan hanya dengan mengucapkan selawat
atas Nabi. Adakah alasan khusus bagimu dalam mengamalnya?”

Lantas orang itu pula bertanya; “ Siapakah engkau? Semoga
ALLAH mengampunimu.”

Sufyan ats-Tsauri menjawab; “ Aku adalah Sufyan ats-Tsauri”.
Kemudian orang itu berkata; “ Sungguh seandainya jika bukan kerana
engkau orang yang sangat istimewa, nescaya aku tidak akan
memberitahukan rahsia kejadianku ini padamu.”
Berceritalah ia, “ Berawal ketika aku melaksanakan ibadah haji bersama
ayahku, tiba-tiba sahaja ayahku meninggal dunia dan kulihat wajahnya
nampak menjadi hitam kelam. Dalam keadaan penuh duka dan terkejut, aku
mengucapkan Innalillahi wa inna ilaihi rojiu’n, lalu kututup wajahnya
dengan kain. Setelah itu, aku mandikan dan aku sembahyangkan jenazah
ayahku. Kerana terasa letih aku sempat tertidur. Kemudian aku bermimpi
melihat seseorang yang wajahnya sangat tampan, wangi dan bercahaya
sangat bersih bersinar. Aku melihat orang itu tiba-tiba mengusap wajah
ayahku dengan tangannya yang penuh cahaya, lalu aku lihat wajah ayahku
serta merta berubah menjadi putih bercahaya. Saat orang yang tampan itu
hendak pergi, lalu dengan spontan aku memegang pakaiannya sambil
bertanya kepadanya: “Wahai hamba ALLAH, siapakah engkau ini? Mengapa
wajah ayahku berubah menjadi putih bercahaya seperti ini padahal
sebelumnya hitam kelam?”

Orang itu menjawab;”Apakah engkau tidak menegenaliku? Aku adalah
Muhammad Rasulullahi Sollallahu a’laihi wassalam yang mempunyai
mukjizat al-quran. Sesungguhnya ayahmu itu termasuk orang yang
telah melampaui batas, banyak berbuat dosa dan maksiat semasa
hidupnya.

Walaupun begitu, kerana dia sering berselawat kepadaku, disaat
sakaratulmautnya, aku datang untuk memberi syafaat kepadanya.”

Setelah aku terbangun dari tidurku, aku melihat wajah ayahku benar-
benar berubah menjadi putih bercahaya seperti yang aku lihat dalam
mimpi.”

Selawat adalah salah satu amalan yang sangat mudah dikerjakan
dan ganjarannya bernilai tinggi.

PENUTUP

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH Yang Maha
Agung lagi Maha Tinggi. Dengan limpah rahmatNya
serta taufiqNya saya dapat menyiapkan E-Book ini.

Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan
kekuatan dari ALLAH jua.

Terima kasih bagi yang turut membantu dalam
menghasilkan E-Book ini.

Semoga para pembaca memperolehi manfaat dari
penulisan alfaqirah ini. In shaa ALLAH
Sekian Terima Kasih.


Click to View FlipBook Version