The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vincentczj1116, 2022-05-11 00:20:41

Mitos Bunian Api

Mitos Bunian Api

CHOONG ZI JIAN 270633

Pada zaman dahulu, terdapat satu mitos
yang sering wujud di sebuah kampung
bernama Utara. Mitos itu berkata bahawa
seorang bunian api tinggal di dalam hutan
di belakang Kampung Utara. Ada
penduduk yang beranggap bunian api itu
pelindung kampung, ada yang beranggap
dia syaitan. Namun, tiada siapa-siapa
yang pernah nampak atau jumpa bunian
api itu.

Amin tinggal di Kampung Utara dengan
neneknya sejak kecil. Dia seorang yang
sangat rajin dan taat pada neneknya.
Setiap pagi, Amin akan bangun awal
untuk membantu neneknya memotong
kayu dan memetik buah-buahan di
hutan. Amin juga seorang yang baik hati
dan berani. Dia selalu bersedia
membantu penduduk-penduduk di
Kampung Utara. Oleh itu, Amin sangat
disukai dan dipercayai oleh penduduk-
penduduk lain.

Nenek Amin sering menceritakan kepada
Amin tentang kisah bunian api itu sejak
dia kecil. Nenek Amin percaya bahawa
bunian api itu akan sentiasa menolong
dan melindungi orang yang baik hati.
Oleh itu, Amin ingin berjumpa dengan
bunian api itu.

Suatu hari, anak jiran Amin, Clara
bermain di hutan tetapi masih belum balik
pada waktu malam. Ibu Clara cemas
mengetuk pintu Amin dan meminta
bantuannya untuk mencari Clara yang
terhilang di dalam hutan. Oleh itu, Amin
berlari ke hutan dengan segera untuk
mencari Clara. Di hutan, Amin tidak
nampak apa-apa kerana terlalu gelap. Dia
tidak berhenti untuk memanggil nama
Clara dan harap untuk mendengar
jawapan.

Tiba-tiba, Amin nampak satu cahaya
yang terang dari dalam hutan. Dia berlari
ke arah cahaya dan menampak bunian api
dengan Clara. Rupa-rupanya, bunian api
itu sedang membawa Clara yang tersesat
untuk keluar dari hutan. Amin sangat
terkejut dan gembira apabila menampak
bunian api. Amin berterima kasih kepada
bunian api dan mengata ingin berkawan
dengannya. Bunian api tersenyum lalu
terbang balik ke dalam hutan.

Sejak peristiwa itu, bunian api selalu
muncul apabila Amin bekerja di hutan. Dia
kadang-kadang akan menolong Amin
untuk memetik buah-buahan. Lama-lama,
mereka telah menjadi kawan yang rapat.
Amin membawa bunian api melawat ke
Kampung Utara. Semua penduduk sangat
terkejut apabila menampak bunian api.
Ada yang sangat gembira menampak
bunian api manakala ada juga yang takut
pada bunian api.

Sejak itu, bunian api sering muncul di
Kampung Utara. Dia kadang-kadang akan
menggunakan sihirnya untuk membantu
Amin dan penduduk-penduduk lain. Dia
akan menolong untuk menyalakan api
apabila penduduk memasak. Pada waktu
malam, bunian api akan menunjukkan
penduduk-penduduk jalan pulang ke
rumah mereka dengan cahayanya. Dengan
ini, ramai penduduk Kampung Utara
bermula untuk menyukai dan mempercayai
bunian api.

Namun, langit tidak selalu cerah.
Aran merupakan seorang peniaga
yang tinggal di bandar Timur. Dia
seorang yang sangat licik dan
berniat jahat untuk merampas
tanah Kampung Utara untuk
keuntungannya. Suatu hari, Aran
telah mendapati kemunculan bunian
api di Kampung Utara. Selepas
mendapat tahu kuasa bunian api,
dia berniat untuk menangkapnya
dan memusnahkan Kampung Utara
dengan sihir bunian. Dengan ini,
Aran telah menyediakan satu
perancangan yang jahat untuk
mencapai tujuannya.

Suatu malam, sebuah rumah di Kampung
Utara tiba-tiba terbakar. Amin dan
penduduk lain terkejut dan bertindak segera
untuk menolong memadamkan api.
Walaupun Amin dan penduduk-penduduk
lain berusaha untuk memadamkan api,
terlalu ganas api itu tidak berhenti
membakar sehingga matahari terbit. Tuan
rumah itu menangis kerana barangnya
semua terbakar. Semasa Amin masih berfikir
punca kebakaran ini, Aran dan orang
bawahannya tiba-tiba muncul di Kampung
Utara dan mengatakan bahawa kebakaran
ini dilakukan oleh bunian api.

Apabila mendengar perkataan Aran,
setiap penduduk amat terkejut. Ada yang
takut kerana merasa bunian api benar-
benarnya syaitan yang akan
memusnahkan kampung; ada yang marah
dan ingin menangkap serta menghukum
bunian api. Walaupun Amin menasihati
penduduk-penduduk untuk menyiasat
sebelum membuat kesimpulan, tetapi
sesetengah penduduk telah terhasut oleh
Aran untuk menangkap bunian api dan
memberi hukuman kepadanya. Dengan ini,
penduduk-penduduk bertindak untuk
masuk ke dalam hutan dengan alat-alat
penangkap dan senjata.

Di hutan, bunian api berasa sangat
seronok apabila melihat penduduk-
penduduk masuk ke hutan. Dia ingat
bahawa penduduk-penduduk datang
untuk bermain dengannya. Namun,
penduduk-penduduk dan orang bawahan
Aran menyerang bunian api dengan busur
dan lembing. Bunian api terkeliru pada
perlakuan mereka. Dia berasa takut dan
ingin melarikan diri dari serangan
penduduk.

Namun, bunian api tiba-tiba ditembak
oleh Aran dengan sebatang senapang.
Orang bawahan Aran bertindak segera
untuk menawan bunian api apabila dia
sudah tercedera. Amin ingin
menyelamatkan bunian api tetapi telah
dihalang oleh sesetengah penduduk.
Selepas menangkap bunian api, mereka
membawanya dan pulang ke Kampung
Utara.

Di Kampung Utara, apabila
penduduk-penduduk sedang
membincangkan hukuman bunian
api, Aran tiba-tiba memberi arahan
kepada orang bawahannya untuk
menawan Amin. Dia menggunakan
nyawa Amin sebagai tebusan untuk
memaksa bunian api membakar
Kampung Utara.

Rupanya, Aran ingin menggunakan tanah
ini untuk membina kilang selepas
Kampung Utara telah dimusnahkan.
Malah, kebakaran rumah itu juga adalah
dilakukan oleh Aran untuk menganiayai
bunian api. Pada saat ini, penduduk-
penduduk baru menyedari bahawa mereka
telah ditipu oleh Aran. Mereka ingin
membantu bunian api dan Amin tetapi
telah ditawan oleh orang bawahan Aran
dengan senapang.

Bunian api berasa sakit hati kerana dia tidak
mahu Amin untuk dibunuh dan Kampung
Utara dimusnahkan. Dengan ini, bunian api
bertindak untuk menggunakan kesemua
kuasanya untuk melindungi semua penduduk.
Bunian api menggunakan sihir api
memusnahkan senjata orang bawahan Aran
dengan sekelip mata. Mereka tidak boleh lagi
menindas penduduk-penduduk tanpa senjata
mereka. Oleh itu, semua penduduk bertindak
segera dan bekerjasama untuk menahan orang
bawahan Aran. Sementara ini, Amin juga
berjaya untuk menawan Aran yang ingin
melarikan diri.

Selepas Aran dan orang bawahannya
ditahan, bunian api menjadi semakin lemah
kerana dia telah tercedera dan kuasanya
telah habis digunakan. Sesetengah penduduk
berasa susah hati kerana telah
menyalahfaham bunian api. Amin dan
kesemua penduduk sangat bersyukur pada
bunian api kerana telah menyelamatkan
mereka dan juga Kampung Utara. Oleh itu,
kesemua penduduk mengambil keputusan
untuk menjaga bunian api di kampung
sehingga dia sembuh.

Selepas beberapa bulan, bunian api telah
sembuh dan kembali sihat. Dia berterima
kasih pada penjagaan penduduk Kampung
Utara dan juga telah memaafkan
penduduk yang menyerangnya. Semenjak
itu, Kampung Utara telah menjadi damai
lagi seperti masa dahulu. Amin, bunian api,
dan semua penduduk bersama-sama hidup
dengan aman di kampung ini.




Click to View FlipBook Version